kajian tindakan tolak[2]

10
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah 1 MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN TOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA DARI RATUS KE PULUH DAN PULUH KE SA Oleh Julaila Selamat Rosnah Embok Tang Rashidah Punawan SK Laksamana, Kota Tinggi, Johor. ABSTRAK Peratusan kelulusan Matematik dalam UPSR di sekolah kami semakin merosot. Pemahaman murid dalam kemahiran asas mengira terutamanya tolak dengan mengumpul semula masih lemah, sedangkan aspek ini adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan celik angka. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran tolak dengan mengumpul semula dari rumah ratus ke puluh dan puluh ke sa. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 3 Jaya dan Maju di SK. Laksamana, Kota Tinggi. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja rumah, ujian bulanan dan ujian pra berhubung dengan kemahiran itu. Soal selidik murid- murid juga digunakan sebagai instrumen untuk meninjau pandangan murid-murid terhadap pengajaran guru. Rawatan klinikal dengan pendekatan latih tubi ditambah penggunaan pembilang EQ (Easy Quantifiers / Emotion Quation (ukuran emosi)) dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dan mengubah persepsi dalaman murid. Pembilang EQ ini dapat membantu murid lemah mendapatkan jawapan hasil tolak dengan tepat. Guru Matematik Tahun 3 berpendapat bahawa rawatan klinikal selama dua minggu ini memuaskan dan berjaya mengubah sikap bosan dan takut kepada sikap seronok, minat dan suka belajar Matematik. Dapatan kajian ini diharap dapat menyorot sedikit pengalaman, mengintai teladan dan berkongsi keilmuan tentang keinginan meningkatkan penguasaan kemahiran berkenaan. 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sewaktu saya menyemak buku latihan Matematik murid-murid kelas 3 Jaya dan 3 Maju, kami rasa sungguh terkejut kerana kami dapati murid-murid ini tidak dapat menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula (konsep pinjam sebelah) walaupun kami rasa kemahiran ini sungguh mudah. Ditambah lagi apabila merujuk keputusan Ujian Bulanan 1 kami berasa kecewa dan sedih atas kegagalan ini. Rasanya kami telah berusaha semampu yang boleh untuk memudahkan pemahaman murid.

Upload: rezafirst

Post on 07-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan Guru Subjek Matematik

TRANSCRIPT

  • Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

    1

    MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN TOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA DARI RATUS KE PULUH DAN PULUH KE SA

    Oleh

    Julaila Selamat Rosnah Embok Tang Rashidah Punawan

    SK Laksamana, Kota Tinggi, Johor.

    ABSTRAK

    Peratusan kelulusan Matematik dalam UPSR di sekolah kami semakin merosot. Pemahaman murid dalam kemahiran asas mengira terutamanya tolak dengan mengumpul semula masih lemah, sedangkan aspek ini adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan celik angka. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran tolak dengan mengumpul semula dari rumah ratus ke puluh dan puluh ke sa. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 3 Jaya dan Maju di SK. Laksamana, Kota Tinggi. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja rumah, ujian bulanan dan ujian pra berhubung dengan kemahiran itu. Soal selidik murid-murid juga digunakan sebagai instrumen untuk meninjau pandangan murid-murid terhadap pengajaran guru. Rawatan klinikal dengan pendekatan latih tubi ditambah penggunaan pembilang EQ (Easy Quantifiers / Emotion Quation (ukuran emosi)) dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dan mengubah persepsi dalaman murid. Pembilang EQ ini dapat membantu murid lemah mendapatkan jawapan hasil tolak dengan tepat. Guru Matematik Tahun 3 berpendapat bahawa rawatan klinikal selama dua minggu ini memuaskan dan berjaya mengubah sikap bosan dan takut kepada sikap seronok, minat dan suka belajar Matematik. Dapatan kajian ini diharap dapat menyorot sedikit pengalaman, mengintai teladan dan berkongsi keilmuan tentang keinginan meningkatkan penguasaan kemahiran berkenaan.

    1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

    Sewaktu saya menyemak buku latihan Matematik murid-murid kelas 3 Jaya dan 3 Maju, kami rasa sungguh terkejut kerana kami dapati murid-murid ini tidak dapat menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula (konsep pinjam sebelah) walaupun kami rasa kemahiran ini sungguh mudah. Ditambah lagi apabila merujuk keputusan Ujian Bulanan 1 kami berasa kecewa dan sedih atas kegagalan ini. Rasanya kami telah berusaha semampu yang boleh untuk memudahkan pemahaman murid.

  • Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

    2

    Berdasarkan pemerhatian kami, didapati murid-murid ini tidak faham konsep pinjam sebelah dan kemudian kumpul semula. Murid-murid ini tidak faham nilai yang dipinjam dan kemudian bagaimana hendnak kumpul semula nilai yang dipinjam dengan nilai yang sedia ada. Murid-murid ini juga tidak mahu mengira, tiada keyakinan dan kesungguhan. Mereka mudah putus asa dan tiada motivasi dalaman.

    Kami berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Kami membuat ujian pra untuk mengenal pasti kumpulan sasaran. Kami perlu membuat sesuatu pembaharuan untuk mengubah tanggapan negatif murid terhadap matapelajaran Matematik ini. Kami perlu mencari perkara yang disukai oleh mereka. Kami mendekati mereka. Kami dapati mereka terlalu sukakan kartun. Jadi, kami mengambil inisiatif mencipta pembilang yang lain sikit ditambah pula diselitkan dengan kartun agar menarik minat murid-murid sasaran ini untuk terus meminati matapelajaran Matematik.

    Jika masalah ini awal-awal lagi tidak dibendung, ia akan berlarutan menjadi permasalahan yang besar dan sukar untuk murid-murid berkenaan menjawab soalan-soalan UPSR dengan cemerlang.

    2.0 Isu Keperihatinan / Fokus Kajian Kajian ini meninjau permasalahan murid-murid Tahun 3 dalam menjawab soalan-soalan tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa. Permasalahan ini dipilih berdasarkan pemerhatian guru-guru Matematik kelas-kelas berkenaan. Murid-murid sukar untuk memahami konsep pinjam sebelah dan kemudian kumpul semula. Kebanyakan murid tidak mengumpul semula. Mereka hanya tahu pinjam dan pinjam pula hanya bilangan 10 sahaja, walaupun pada rumah tersebut ada nombor. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid ialah: a) tidak faham konsep pinjam sebelah b) pinjam sebelah dengan nilai 10 tanpa mencampur atau mengumpul

    semula nombor yang sedia ada. Dengan membantu murid-murid menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa, kami yakin murid-murid sasaran ini boleh menguasai kemahiran tolak sepenuhnya. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas Matematik UPSR.

    Kami yakin jika kami dapat mempelbagai dan meningkatkan kaedah P&P, sikap negatif dan pencapaian murid Tahun 3 yang rendah ini akan dapat diperbaiki.

    3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Am

    Secara amnya, objektif kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas Matematik menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa.

    3.2 Objektif Khusus Secara khususnya, melalui kajian ini murid dapat : 3.2.1 Menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula dari ratus

    ke puluh dan puluh ke sa melibatkan tiga digit dengan tepat menggunakan pembilang EQ (Easy Quantifiers).

  • Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

    3

    3.2.2 Menguasai konsep pinjam sebelah dengan lebih pantas. 3.2.3 Menambahkan keyakinan diri yang tinggi. 3.2.4 Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan

    mempelbagaikan kaedah.

    4.0 Kumpulan Sasaran Sasaran kami terdiri daripada 11 orang murid Tahun 3 (Jaya dan Maju). Sembilan orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Realitinya, kelas ini dibezakan mengikut tahap pencapaiannya. Murid-murid ini dalam kalangan murid-murid sederhana dan lemah.

    5.0 Pelaksanaan Tindakan

    5.1 Tinjauan Masalah Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan maklumat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra, dan soal selidik.

    5.1.1 Pemerhatian Kami telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebelum kajian dijalankan murid-murid kurang memberi respon kepada soalan yang diajukan dan berasa tidak yakin untuk memberikan jawapan, serta takut untuk mencuba.

    5.1.2 Ujian Pra Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian pra ini mengandungi 10 soalan perlu dijawab dalam masa 30 minit.

    5.1.3 Soal Selidik Kami juga telah mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca kelemahan murid-murid ini tidak menguasai kemahiran tersebut. Borang soal selidik diberikan kepada murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan ujian pra dengan betul.

    5.2 Analisa Tinjauan Masalah

    5.2.1 Analisa Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian guru, murid-murid yang lemah ini tidak berminat untuk belajar, tidak kira sama ada subjek Matematik dan sebagainya. Malah ada yang tidak mahu masuk ke kelas langsung. Sikap malas mereka ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai asas Matematik.

    5.2.2 Analisa Ujian Pra Hasil dapatan daripada ujian pra, kekerapan menjawab dengan betul soalan-soalan yang diberikan dapat dikelaskan seperti berikut:

  • Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

    4

    Jadual 1: Keputusan Pencapaian Ujian Pra UJIAN PRA

    SKALA KEKERAPAN BIL % Betul semua 0 0 Betul 7 9 0 0 Betul 3 6 0 0 Betul 1 3 7 64 Salah semua 4 36

    Jumlah 11 100

    Jadual 1 menunjukkan 7 orang murid masih tidak menguasai kemahiran dengan mendapat skor betul 1-3 dan 4 orang murid salah semua dalam ujian pra yang dijalankan.

    5.2.3 Analisa Soal Selidik Borang soal selidik diberikan kepada murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan ujian pra dengan betul. Analisa dapatan soal selidik dapat dilihat menerusi jadual di bawah.

    Jadual 2 : Analisa Soal selidik Berdasarkan Bilangan dan Peratus

    PILIHAN BILANGAN PERATUS Tidak suka mata pelajaran Matematik 4 37 Masa yang diberikan tidak cukup 1 9 Tidak tahu / tidak faham 3 27 Malas hendak kira 3 27

    11 100

    Berdasarkan Jadual 2 di atas, 37% murid sasaran tidak suka mata pelajaran Matematik, 9% menyatakan masa yang diberikan tidak cukup, 27% menyatakan tidak faham dan 27% lagi menyatakan malas hendak kira.

    5.3 Tindakan yang dijalankan

    5.3.1 Sesi rawatan klinikal Sesi rawatan telah dijalankan selama 2 minggu kepada 11

    orang murid sasaran di Bilik Muzik. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

    a) Aktiviti Suluh b) Aktiviti Litar EQ c) Latihtubi berterusan

    5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan: a. LCD dan laptop untuk paparan powerpoint b. Soalan-soalan Ujian Pos c. Set soalan latihan rawatan klinikal d. Set pembilang EQ d. Alat tulis sebagai ganjaran

  • Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

    5

    5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian a. Senarai semak pencapaian individu murid sasaran dalam rawatan klinikal b. Senarai semak perubahan tingkah laku murid c. Graf pencapaian individu murid sasaran d. Borang soal selidik c. Set Soalan-soalan latihan rawatan klinikal

    5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian

    5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1- Suluh Dalam aktiviti Suluh ini, murid-murid diberi penerangan konsep tolak dengan pinjam sebelah dan kumpul semula melalui tayangan slaid powerpoint cara operasi pinjam sebelah dan kumpul semula. Kemudian, murid diberi dua soalan tolak dengan mengumpul semula melibatkan 3 digit. Murid ini hanya membuat operasi pinjam sebelah dan kumpul semula sahaja tanpa mendapatkan hasil tolak.

    ra pu sa 6 13 13 7 4 3 - 3 8 6

    i. Pemerhatian Murid-murid sasaran ini berasa terpegun pada mulanya apabila ditunjukkan slaid penerangan ini. Mereka terdiam seketika sehingga kami selesaikan penerangan ini.

    ii. Refleksi Aktiviti ini memang berkesan. Murid-murid boleh menguasai langkah pinjam sebelah dan kumpul semula secara perlahan dan berperingkat. Ini dapat dilihat apabila murid-murid secara aktif ingin mencuba dan tampil ke hadapan untuk membuat langkah / cara pinjam sebelah dan kumpul semula.

    5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 Litar EQ Murid-murid diberikan 10 soalan tolak dengan mengumpul

    semula melibatkan 3 digit.

    652 374 =

    754 276 =

    660 279 =

    626 397 =

    548 379 =

    409 229 =

    607 429 =

    803 665 =

    621 493 =

    631 289 =

  • Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

    6

    Murid-murid mengaplikasikan cara pinjam sebelah dan kumpul semula terlebih dahulu tanpa mendapatkan hasil tolak.

    5 14 12 6 5 2 - 3 7 4

    Dalam permasalahan di atas, pada rumah sa, 2 tolak 4. Rumah sa perlu pinjam nilai 10 dari rumah puluh dan kumpul semula menjadi 12. Pada rumah puluh pula, digit 5 telah berkurangan menjadi 4 dan 4 tidak boleh tolak 7. Rumah puluh perlu pinjam sebelah nilai 10 dari rumah ratus dan kumpul semula menjadi 14. Pada rumah ratus, 6 telah berkurangan menjadi 5 setelah dipinjam oleh rumah puluh tadi.

    Seterusnya, murid menggunakan Pembilang EQ (Rujuk Rajah 1) untuk mencari hasil tolak. Setiap murid diberikan salinan Pembilang EQ. Murid mencari hasil tolak dengan menolak atau mengundur pada pembilang EQ.

    Rajah 1: Pembilang EQ

  • Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

    7

    Berdasarkan permasalahan tadi, pada rumah sa 12 tolak 4. Murid akan mencari nombor 12 pada Pembilang EQ dan tolak dengan cara mengundur sebanyak 4 kali. Murid akan mendapat jawapan hasil tolak 8. Murid akan terus menulis jawapan pada petak jawapan dalam ruang rumah sa. Begitu juga seterusnya pada rumah puluh, 14 tolak 7. Murid akan mencari nombor 14 pada Pembilang EQ dan tolak secara mengundur sebanyak 7 kali. Murid akan dapat jawapan 7. Murid akan terus menulis jawapan 7 pada petak jawapan dalam ruang rumah puluh. Seterusnya, pada rumah ratus, 5 tolak 2. Murid akan mencari nombor 5 pada Pembilang EQ dan tolak secara mengundur sebanyak 2 kali. Murid akan mendapat jawapan 3. Murid akan terus menulis jawapan 3 pada petak jawapan dalam ruang rumah ratus.

    i. Pemerhatian Pada awalnya, murid-murid sukar untuk mencari hasil tolak dengan menggunakan Pembilang EQ. Kami cuba menerangkan kepada murid berkenaan secara pendekatan mesra murid. Akhirnya, murid-murid ini boleh mendapatkan hasil tolak dengan menggunakan pembilang EQ. Di luar jangkaan kami apabila ada seorang murid menanyakan mengapakah kartun itu gelak dan seorang lagi masam. Dan ada yang menanyakan mengapakah pembilang ini sehingga nombor 18 sahaja. Ternyata murid-murid ini berminat untuk tahu.

    ii. Refleksi Aktiviti ini berkesan untuk murid-murid sasaran ini. Murid berjaya mendapatkan hasil tolak dengan menggunakan pembilang EQ dan berasa seronok.

    5.5 Refleksi Kajian

    Semasa rawatan klinikal dilakukan, kami membuat senarai semak pencapaian setiap murid sasaran untuk melihat perubahan peningkatan mereka dari semasa ke semasa.

    Jadual 3 : Pencapaian murid sasaran dalam rawatan klinikal PENCAPAIAN (markah dalam %)

    BIL NAMA MURID

    (bukan nama sebenar)

    25 MAC

    26 MAC

    27 MAC

    29 MAC

    01 APR

    02 APR

    03 APR

    04 APR

    1 AINI 0 10 20 20 10 20 10 10 2 RASUL 50 40 60 50 50 50 60 70 3 ARIF 0 10 20 20 0 20 10 20 4 AMIR 70 50 70 60 60 60 70 60 5 VASHAN 50 50 50 60 50 60 70 60 6 SIVA 50 50 60 60 50 40 60 60 7 HAFIZ 40 40 50 60 40 40 50 50 8 BILA 70 70 70 70 70 70 80 90 9 AFIQ 70 70 80 100 70 80 100 100

    10 ZARITH 70 70 60 70 60 80 80 100 11 ASHRAF 50 50 60 70 50 60 60 60

  • Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

    8

    0102030405060708090

    100

    0 50 50 60 60 50 40 60 60 100

    PRA 25/3 26/3 27/3 29/3 01-Apr02-Apr

    03-Apr

    04-Apr POS

    GRAF PENCAPAIAN MURID SASARAN

    KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK 2002

    NAMA: SIVA (bukan nama sebenar)

    Ma

    rkah

    dipe

    role

    hi

    Jadual 3 di atas menunjukkan peratusan pencapaian murid sasaran dalam masa rawatan klinikal dijalankan dari semasa ke semasa.

    Kami berasa puas hati kerana terdapat perubahan dalam kalangan murid sasaran ini, bukan sahaja perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan asas Matematik, malah perubahan dari segi tingkah laku murid berkenaan. Tindakan yang dilaksanakan sungguh berkesan dalam mengatasi masalah kajian. Hasil kajian menunjukkan perubahan kepada murid-murid amat tinggi nilainya jika dibandingkan dengan kos perbelanjaan yang digunakan dalam menyelesaikan kajian ini.

    Perbandingan pencapaian murid dalam ujian Pra dan Pos adalah seperti berikut:

    Jadual 4 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos UJIAN PRA UJIAN POS

    SKALA BIL % SKALA BIL % Betul semua 0 0 Betul semua 4 37 Betul 7 9 0 0 Betul 7 9 4 37 Betul 3 6 0 0 Betul 3 6 1 9 Betul 1 3 7 64 Betul 1 3 2 17 Salah semua 4 36 Salah semua 0 0

    Jumlah 11 100 Jumlah 11 100

    Berdasarkan jadual di atas, kami dapati murid sasaran pada awalnya tidak menguasai kemahiran ini akhirnya telah menguasainya. Ini dapat dilihat dalam Ujian Pos, 11 orang murid tersebut telah dapat menjawab dengan betul pada tahap maksima, kecuali dua orang masih kekal pada tahap minima. Walau bagaimanapun, keseluruhan pencapaian murid sasaran meningkat.

    Pencapaian murid dalam Ujian Pra, rawatan klinikal (latihtubi), dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan. Ini dapat dilihat menerusi graf pencapaian individu murid sasaran.

    Graf 1 : Graf Pencapaian Individu

    0102030405060708090

    100

    29 70 70 80 100 70 80 100 100 100

    PRA 25/3 26/3 27/3 29/3 01-Apr02-Apr

    03-Apr

    04-Apr POS

    GRAF PENCAPAIAN MURID SASARAN

    KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK 2002

    NAMA: AFIQ (bukan nama sebenar)

    Ma

    rkah

    dipe

    role

    hi

  • Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

    9

    Berdasarkan Graf 1 di atas, Siva (bukan nama sebenar), dalam Ujian Pra murid ini langsung tidak menguasai kemahiran yang dikaji. Ianya bergerak menunjukkan peningkatan sedikit dalam sesi rawatan seterusnya menunjukkan peningkatan kemuncak pada ujian pos. Begitu juga graf pencapaian individu Afiq (bukan nama sebenar).Pada Ujian Pra, murid ini berjaya menjawab hanya 30%. Pencapaian ini meningkat dalam sesi rawatan klinikal dan seterusnya pada Ujian Pos murid ini berjaya mendapat 100%. Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ianya telah menunjukkan keberkesanan. Kaedah ini menjadi suatu wacana kepada murid-murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran ini.

    6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

    Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut: a) mengguna pakai pembilang EQ sebaik sahaja guru mengajar kemahiran

    yang sama ini pada murid-murid yang berbeza pada tahun hadapan. b) Memperbanyakkan lagi unsur-unsur warna dan kartun dalam kaedah atau

    teknik pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid, terutamanya murid-murid lemah sekaligus dapat menanam konsep learning is fun dan mathematic is fun.

    Hasil dari kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian kami ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

    Akhir kata; adalah lebih baik jika EQ menguasai IQ daripada IQ mengatasi EQ.

    BIBLIOGRAFI

    Jamaliah Kamal (1994). Kesukaran Dalam Menyelesaikan Operasi Darab Di Kalangan Murid-Murid Tahun III Di Sekolah Rendah. Johor Bahru : Jabatan Matematik Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim.

    Jamaliah Tubah ( ). Guru Reflektif : Dimensi Baru Dalam Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik (KBSR) Tahun 3. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1984). Kajian Pencapaian Matematik KBSR Tahap 1. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Lakarani Lamadiangi (2002). Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Matematik 1999 : Matematik Itu Mudah Satu Kajian Projek Klinik Matematik SMART. Kuala Lumpur :Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- Sekolah Rendah

    10

    Mok Soon Sang (1986). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Matematik 1999 mengharungi gelombang ketiga. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.