kajian tindakan syawal.doc

4
CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PEMULIHAN SK (P) JALAN YAHYA AWAL, 81200 JOHOR BAHRU Nama Pengkaji : MUHAMAD SYAWALWAHED BIN MOHAMAD KAMAL Tajuk Kajian : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN YANG MELIBATKAN DIGRAF MEREFLEK Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Saya mengajar di kelas 2 Gemilang bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Masalah utama bagi pelajar saya ialah kelemahan dalam membaca perkataan yang melibatkan digraf. Hal ini dapat dibuktikan, ada dikalangan murid agak pasif, tidak melibatkan diri dan tidak menunjukkan kesungguhan untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Sepanjang pengalaman saya melalui pemerhatian mengajar murid Tahun 2 Gemilang, saya melihat golongan yang pasif ini tidak menguasai kemahiran utama iaitu bertutur. Analisis yang didapati hanya 97 peratus murid sahaja yang mengambil bahagian dengan membaca secara jelas. Seramai 2 peratus murid tidak membaca dan tidak mengikuti arahan yang diberikan namun masih memberikan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Selebihnya 1 peratus murid yang lain langsung tidak memberikan perhatian terhadap arahan yang diberikan. Fokus Kajian Masalah murid tidak boleh membaca perkataan yang melibatkan digraf dalam kalangan murid tahun dua. Contohnya, ketidak bolehan pelajar membatangkan suku kata yang mengandungi digraf, ketidakbolehan pelajar membaca dan memahami frasa yang mengandungi digraf dan ketidakbolehan pelajar dalam membunyikan atau membaca perkataan yang melibatkan digraf. Selain daripada itu saya melihat murid-murid juga tidak menguasai dengan mendalam konsep digraf. Hal ini mungkin akibat kurang latihan dan pendedahan tentang perkataan yang melibatkan digraf itu sendiri. Murid juga mempunyai masalah dalam membatangkan suku kata perkataan yang melibatkan digraf. Konsep mencerakinkan perkataan juga mungkin minimal dalam kefahaman mereka. Perkataan digraf juga hanya melibatkan perkataan yang sinonim dengan kehidupan mereka seperti ‘nyanyi’. Oleh sebab itu, saya berasa kajian ini penting untuk dilaksanakan agar masalah ini dapat diperbaiki. Objektif kajian:- i. ii. i. Meningkatkan penguasaan membaca perkataan melibatkan digraf dalam kalangan murid tahun 2 Gemilang ii. ii. Mengenal pasti kaedah-kaedah dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca iii. iii. Mengesan perubahan minat yang dapat menarik minat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun dua SK (P) Jalan Yahya Awal,Johor Bahru Johor. saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang mengalami masalah untuk 1

Upload: syawalwahed

Post on 24-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TINDAKAN SYAWAL.doc

CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PEMULIHAN SK (P) JALAN YAHYA AWAL, 81200 JOHOR BAHRU

Nama Pengkaji : MUHAMAD SYAWALWAHED BIN MOHAMAD KAMALTajuk Kajian : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN YANG MELIBATKAN DIGRAF

MEREFLEK

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya mengajar di kelas 2 Gemilang bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Masalah utama bagi pelajar saya ialah kelemahan dalam membaca perkataan yang melibatkan digraf. Hal ini dapat dibuktikan, ada dikalangan murid agak pasif, tidak melibatkan diri dan tidak menunjukkan kesungguhan untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Sepanjang pengalaman saya melalui pemerhatian mengajar murid Tahun 2 Gemilang, saya melihat golongan yang pasif ini tidak menguasai kemahiran utama iaitu bertutur. Analisis yang didapati hanya 97 peratus murid sahaja yang mengambil bahagian dengan membaca secara jelas. Seramai 2 peratus murid tidak membaca dan tidak mengikuti arahan yang diberikan namun masih memberikan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Selebihnya 1 peratus murid yang lain langsung tidak memberikan perhatian terhadap arahan yang diberikan.

Fokus Kajian

Masalah murid tidak boleh membaca perkataan yang melibatkan digraf dalam kalangan murid tahun dua. Contohnya, ketidak bolehan pelajar membatangkan suku kata yang mengandungi digraf, ketidakbolehan pelajar membaca dan memahami frasa yang mengandungi digraf dan ketidakbolehan pelajar dalam membunyikan atau membaca perkataan yang melibatkan digraf.

Selain daripada itu saya melihat murid-murid juga tidak menguasai dengan mendalam konsep digraf. Hal ini mungkin akibat kurang latihan dan pendedahan tentang perkataan yang melibatkan digraf itu sendiri. Murid juga mempunyai masalah dalam membatangkan suku kata perkataan yang melibatkan digraf. Konsep mencerakinkan perkataan juga mungkin minimal dalam kefahaman mereka. Perkataan digraf juga hanya melibatkan perkataan yang sinonim dengan kehidupan mereka seperti ‘nyanyi’. Oleh sebab itu, saya berasa kajian ini penting untuk dilaksanakan agar masalah ini dapat diperbaiki.

Objektif kajian:-i.ii. i. Meningkatkan penguasaan membaca perkataan melibatkan digraf dalam kalangan murid tahun 2 Gemilang ii. ii. Mengenal pasti kaedah-kaedah dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membacaiii. iii. Mengesan perubahan minat yang dapat menarik minat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun dua SK (P) Jalan Yahya Awal,Johor Bahru Johor. saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang mengalami masalah untuk membaca perkataan yang melibatkan digraf.

MerancangPanduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/intervensi adalah bergantung kepada masalah yang guru hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Apa yang penting di sini setiap aktiviti tindakan intervensi yang akan dijalankan perlu diperjelaskan jenis dan pelaksana kandungan terperinci.

ROJEK P&P TERANCANG

(KAEDAH P&P UNTUK

MERAWAT MASALAH

Jenis perancanganMengubahsuaicara

/kaedah yang sedia adaMencipta carabaru

(inovasi P&P guru terhasil dari sini)

1

Page 2: KAJIAN TINDAKAN SYAWAL.doc

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu jenis kajian tindakan. Model bagi kajian ini berdasarkan Model Kurt Lewin (1946) dan Laid Law (1992). Model ini melibatkan lima proses utama kajian tindakan berdasarkan gelungan iaitu mengenal pasti aspek amalan, perancangan, tindakan, pengumpulan data dan refleksi.

Secara umumnya, kajian tindakan ini menggunakan pendekatan analisis deskriptif kualitatif. Data kualitatif boleh memberikan huraian yang jelas dan penjelasan yang menunjukkan penemuan yang lebih baik. Kaedah kualitatif boleh mengambil pelbagai bentuk dan keputusan dari penggunaan pengumpulan data instrumen seperti pemerhatian, temu bual, soal selidik dan analisis dokumen.

BERTINDAKPanduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini.

( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)Sebelum tindakan dilaksanakan, pemilihan sampel dipilih berdasarkan uijan diagnostik. Instrumen yang pelbagai dijadikan bukti sokongan kepada ujian pra dan ujian pos. Sebelum sesi tindakan dilaksanakan, ujian pra dijalankan oleh dua sampel kajian. Kemudian, diikuti dengan pelaksanaan kaedah ‘GRAFVO’, ‘GRAFITI’, dan ‘GRAFIK’. Selesai ketiga-tiga tindakan, ujian pos dilaksanakan untuk menguji keberkesanan tindakan yang telah dijalankan.

2

Melaksanakan perubahan

(tindakan/rawatan)

Catat segala tindakan dan buat refleksi bagi setiap aktiviti semasa pelaksanaan

Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin melibatkan beberapa masa P&P biasa. Dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran (mesti dilaksana oleh guru sendiri, yang penting dalam kawalan guru sebagai pengkaji)

Page 3: KAJIAN TINDAKAN SYAWAL.doc

MEMERHATI

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini.

( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)

Masalah membaca perkataan yang melibatkan digraf merupakan satu masalah yang boleh didapati di mana-mana sekolah yang ada di Malaysia ini. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar kajian yang telah dijalankan ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang. Untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang melibatkan digraf, pengkaji-pengkaji pada masa akan datang perlu memikirkan inovasi daripada kaedah-kaedah yang telah dijalankan oleh saya untuk meningkatkan pencapaian murid.

Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dalam melaksanakan kajian ini, iaitu kekerapan ulangan bagi setiap kaedah yang saya laksanakan tidak diberi penekanan. Hal ini berikutan kekangan masa yang berlaku sepanjang tempoh pelaksanaan sesi kajian tindakan ini. Saya merasakan sekiranya masa yang lebih panjang diperuntukkan, lebih banyak strategi dan kaedah yang dapat dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang melibatkan digraf.

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang memerlukan pendekatan yang menarik dan sistematik daripada guru untuk menarik minat murid. Guru perlu kreatif untuk mempelbagaikan teknik mengajar di dalam kelas agar murid tidak cepat bosan untuk mempelajari sesuatu kemahiran yang baru. Jika murid-murid Berjaya dididik dengan cara-cara untuk membaca dengan betul, mereka pasti akan seronok untuk terus belajar.

3

Membuat penilaian keberkesanan proses tindakan

dan mengukur pencapaian objektif kajian

Pemerhatian bolehdilakukan oleh guru sendirisebagai penyelidik atauguru juga boleh memintabantuan daripada guru lainuntuk membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran guru.Penilaian mesti dilakukanuntuk menilai keberkesanan TINDAKAN.

Guru membuat renungan atau refleksi terhadap kajian yang telah dilakukan sama ada berjaya atau tidak .Dapatkan data sekali lagi Gunakan cara mengutip data yang sama semasaperingkat awal(pemerhatian tingkah laku murid I semakan latihan muridl keputusan ujian/ temubual/analisis head countl) analisis item.

Laporan juga ditulis diperingkat ini. Dokumentasi penting. Sekiranya program tindakan tersebut berjaya,maka bolehlah disebarkan kepada guru-guru lain. Jika tidak berjaya, perlu dirancang semula.