kajian tindakan sivik

2
KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH Nama Pengkaji : Lee Wei Peng Tajuk Kajian : Teknik Membina Lima Ayat Berdasarkan Gambar Dalam Bahagian A (Kertas 2) MEREFLEK Saya mengajar di kelas 4M bagi matapelajaran Bahasa Malaysia. Masalah utama bagi murid saya ialah murid belum menguasai teknik membina ayat berdasarkan gambar dalam bahagian A (kertas 2). Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku murid , semakan latihan murid dan keputusan ujian dalam kelas semasa saya mengajar. Analisis yang didapati daripada pemerhatian tingkah laku murid , semakan latihan murid dan keputusan ujian seperti berikut: Cheng Mu Jing, Tiu Jun Rose, Goh Jia En dan See Yi Xin. Berikut analisis / contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian: Bina lima ayat bahagian A (kertas 2). Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab soalan. FokusKajian Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan / menguasai kemahiran (a) Tidak berfikir secara kreatif dan kritis untuk membina ayat yang menarik. (b) Tidak memahami teknik-teknik bagai menjawab soalan yang dikemukakan. Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus gagal menguasai bahagian A (Kertas 2). Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana tidak menguasai teknik-teknik menjawab soalan.

Upload: celyn-lee

Post on 06-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAHNama Pengkaji: Lee Wei PengTajuk Kajian : Teknik Membina Lima Ayat Berdasarkan Gambar Dalam Bahagian A (Kertas 2)MEREFLEK

Saya mengajar di kelas 4M bagi matapelajaran Bahasa Malaysia.Masalah utama bagi murid saya ialah murid belum menguasai teknik membina ayat berdasarkan gambar dalam bahagian A (kertas 2).Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku murid , semakan latihan murid dan keputusan ujian dalam kelas semasa saya mengajar.Analisis yang didapati daripada pemerhatian tingkah laku murid , semakan latihan murid dan keputusan ujian seperti berikut: Cheng Mu Jing, Tiu Jun Rose, Goh Jia En dan See Yi Xin.Berikut analisis / contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian: Bina lima ayat bahagian A (kertas 2). Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab soalan.

FokusKajianDaripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan / menguasai kemahiran(a) Tidak berfikir secara kreatif dan kritis untuk membina ayat yang menarik.(b) Tidak memahami teknik-teknik bagai menjawab soalan yang dikemukakan.Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus gagal menguasai bahagian A (Kertas 2).Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana tidak menguasai teknik-teknik menjawab soalan. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba menambahkan latihan semasa pengajaran dan pembelajaran untuk meminatkan murid-murid.

Tujuan / objektif kajian :-Secara amnya akan dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Secara khususnya :-1) Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia.2) Meningkatkan penguasaan murid ketika membina ayat.3) Meningkatkan peratusan murid yang lulus dalam Bahasa Malaysia Kertas 2, Bahagian A.Kajian ini melibatkan 4 orang pelajar daripada 1 orang murid lelaki dan 7 orang perempuan.

MerancangSaya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan Kaedah:1) Tinjauan masalah2) Ujian Pra 3) Teknik Menjawab4) Ujian (post test)