kajian tindakan p.muzik

7
Nama dan Alamat Sekolah: SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG BATU PEKAKA, 09300 KUALA KETIL, KEDAH. Nama Pengkaji: CIK.MUGILAH A/P SAGADEVAN Tajuk Kajian: MEMBENTUK SAHSIAH MURID MELALUI LAGU-LAGU MOTIVASI. 1. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu. Pada tahun ini, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar muzik. Saya berasa sungguh terkejut dengan keadaan murid-murid yang suka menyanyi lagu-lagu rock dan moden. Hal ini disebabkan oleh terpengaruh dengan media komunikasi. Pada zaman sekarang kebanyakan ibu bapa sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Keadaan ini menyebabkan, mereka tiada masa lapang untuk diluangkan bersama anak-anak mereka. Hal ini menyebabkan mereka terpengaruh dengan perkara- perkara negatif. Selain itu, mereka juga tidak berminat untuk menyanyikan lagu-lagu yang menerapkan nilai-nilai moral dan beretika. Saya sedar sebagai guru muzik, tugas saya bukanlah sekadar hanya mengajar muzik tanpa menitikberatkan nilai etika murid-murid. Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan 1

Upload: mugilah-mugilah

Post on 09-Feb-2017

473 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan p.muzik

Nama dan Alamat Sekolah:

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG BATU PEKAKA, 09300 KUALA KETIL, KEDAH.

Nama Pengkaji:

CIK.MUGILAH A/P SAGADEVAN

Tajuk Kajian:

MEMBENTUK SAHSIAH MURID MELALUI LAGU-LAGU MOTIVASI.

1. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu.

Pada tahun ini, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar muzik. Saya berasa

sungguh terkejut dengan keadaan murid-murid yang suka menyanyi lagu-lagu rock dan

moden. Hal ini disebabkan oleh terpengaruh dengan media komunikasi. Pada zaman

sekarang kebanyakan ibu bapa sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Keadaan ini

menyebabkan, mereka tiada masa lapang untuk diluangkan bersama anak-anak mereka.

Hal ini menyebabkan mereka terpengaruh dengan perkara-perkara negatif. Selain itu,

mereka juga tidak berminat untuk menyanyikan lagu-lagu yang menerapkan nilai-nilai

moral dan beretika.

Saya sedar sebagai guru muzik, tugas saya bukanlah sekadar hanya mengajar muzik

tanpa menitikberatkan nilai etika murid-murid. Oleh yang demikian, saya mengambil

keputusan untuk menggunakan lagu-lagu yang menerapkan nilai-nilai moral dan berunsur

motivasi dalam pengajaran pendidikan muzik. Selaku Ketua Panitia Muzik, saya telah

membuat keputusan untuk mengajar lagu-lagu yang berunsur motivasi bagi membentuk

insan yang sempurna selaras Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pendidikan

Negara. Saya berhasrat untuk menggunakan pendidikan muzik yang selalu dianggap

kurang penting untuk memantapkan diri murid dengan nilai-nilai murni supaya dapat

melahirkan insan murid yang seimbang dan harmonis sejajar dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Negara.

1

Page 2: Kajian tindakan p.muzik

2. Fokus Kajian

Walaupun terdapat banyak masalah dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan

muzik seperti kekurangan alatan muzik, tiada guru beropsyen muzik disekolah dan juga

tiada kemahiran penguasan dalam membaca dan menulis symbol lirik. Saya telah

membuat keputusan untuk menggunakan kemahiran yang sedia ada kepada saya iaitu

kemahiran menyanyi untuk menerapkan nilai moral dan motivasi di kalangan murid.

3. Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Selepas kajian ini, saya berharap murid-murid akan menghayati nilai-nilai moral yang

dipelajari dalam kehidupan harian mereka.

3.2 Objektif Khusus

1 Menimbulkan minat dalam nyanyian lagu-lagu yang bermoral dan

bermotivasi.

2 Membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni yang terdapat dalam

lagu-lagu motivasi.

3 Membentuk insan yang beretika dan mengamalkan nilai moral yang terpuji.

2

Page 3: Kajian tindakan p.muzik

4. Kumpulan sasaran

Kajian ini melibatkan 28 orang murid tahun 3 yang terdiri daripada 12 lelaki dan 16

perempuan.

5. Tindakan yang dirancang

5.1 Tinjauan masalah

Sebelum mengenal pasti dan menganalisasi masalah yang seterusnya diambil,

tinjauan masalah yang di kenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami

dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang dilakukan dengan

menganalisasi seperti berikut:

I. Murid tidak berminat mendengar lagu-lagu motivasi apabila

diperdengarkan.

II. Murid-murid sukar menghafal lagu-lagu motivasi yang diberikan oleh guru.

III. Murid-murid juga tidak mengambil bahagian dalam pertandingan lagu-lagu

motivasi yang dianjurkan di peringkat sekolah.

5.2 Program “Penyair Muda”

Cara pelaksanaan

Guru memperkenalkan lagu-lagu berunsur motivasi kepada murid murid.

Guru menggunakan irama yang dan gaya yang menarik untuk menarik minat

murid-murid kepada lagu-lagu motivasi.

Guru menerangkan konsep setiap lagu motivasi yang diperkenalkan untuk

memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan pengamalan nilai

etika yang tinggi dalam hidup.

3

Page 4: Kajian tindakan p.muzik

Guru melatih murid-murid menulis lagu yang mengandungi nilai-nilai moral

secara berkumpulan dan individu.

Guru mengadakan pertandingan menulis dan menyanyi untuk membentuk

murid-murid yang dapat menghayati kepentingan mengamalkan nilai etika

yang tinggi.

Aktiviti-aktiviti akan diubahsuaikan keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.

6. Jadual pelaksanaan kajian

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

1. Mengenalpasti masalah dan menganlisasi 15 April 2010

2. Menulis proposal kajian 20 April 2010

3. Merancang tindakan – individu /panitia 19 April 2010

4. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 21 April 2010

5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1- dalam panitia 23 April 2010

6. Melaksanakan aktiviti 2 5 Mei 2010

7. Mengenalpasti dan menganalisasi 7 Mei 2010

8. Menganalisasi masalah 9 Mei 2010

9. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 dalam panitia 12 Mei 2010

10. Melaksanakan tindakan aktiviti 3 18 Mei 2010

11. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 dalam panitia 20 Mei 2010

12. Refleksi kajian 20 Jun 2010

13. Menulis laporan kajian 5 Julai 2010

14. Pembentang kajian 8 Ogos 2010

4

Page 5: Kajian tindakan p.muzik

Kos Kajian

Bil Jenis bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos

1. Kertas A4 5 X RM 8.00 RM 40

2. Printer Cartridge 1 X RM 65.00 RM 65

3. Potostas bahan & laporan kajian RM 55

4. Kad manila 5 X RM1.00 RM 5

5. Kertas majung 10XRM 0.20 RM 2

6. Buku catatan guru 1 X RM 2 RM 2

7. CD 6 X RM 2 RM 12

JUMLAH RM 181

5