kajian tindakan peralihan

12
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT 2010 MENGESAN KELEMAHAN PELAJAR PERALIHAN MENYEBUT SUKU KATA OLEH: SAIM BIN OSMAN SMK SERI BALI, KM 1, JALAN YONG PENG, CHAAH, 85400 SEGAMAT, JOHOR. 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu. Saya telah mengajar lebih 5 tahun dalam kelas Peralihan di SMK Chaah dan sering berhadapan dengan pelajar yang tidak dapat membaca dan menyebut perkataan. Mulai bulan Februari 2010 saya telah berpindah ke SMK Seri Bali Chaah, sekolah saya mengajar sekarang. Kebanyakan

Upload: iskandarsaim

Post on 07-Jul-2016

420 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KAJIAN

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TINDAKAN PERALIHAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

2010

MENGESAN KELEMAHAN PELAJAR PERALIHAN MENYEBUT SUKU KATA

OLEH:

SAIM BIN OSMAN

SMK SERI BALI,

KM 1, JALAN YONG PENG, CHAAH,

85400 SEGAMAT, JOHOR.

Page 2: KAJIAN TINDAKAN PERALIHAN

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.Saya telah mengajar lebih 5 tahun dalam kelas Peralihan di SMK Chaah dan sering berhadapan dengan pelajar yang tidak dapat membaca dan menyebut perkataan. Mulai bulan Februari 2010 saya telah berpindah ke SMK Seri Bali Chaah, sekolah saya mengajar sekarang. Kebanyakan pelajar boleh membaca dan hanya segelintir pelajar tidak tahu menyebut perkataan dan membaca petikan yang dibaca oleh pelajar lain. Walaupun saya pernah menulis dan mengariskan sukukata yang dipilih di atas whaite board dan menyebutkan perkataan berulang-ulang tetapi pelajar yang sama masih tidak dapat menyebut sukukata yang sama.

2. Isu Kajian/Fokus Kajian Bagi permulaan, saya cuba mengatasi dan mengurangkan masalah kelemahan menyebut sukukata dengan cara-cara berikut:

2.1 Memberi peluang pelajar tersebut duduk dengan pelajar yang boleh menyebut sukukata dan membaca.

2.2 Menggalakkan pelajar berkenaan membaca berulang-ulang kali di rumah dengan bantuan ibubapa atau abang dan kakak.

2.3 Bersedia dengan membaca terlebih dahulu bagi bacaan akan datang sebelum pelajaran itu dimulakan. Cara ini menjadikan pelajar dapat bersedia, sebelum dimulakan pelajaran baru.

2.4 Guru membacakan petikan terlebih dahulu dan mengeluarkan istilah yang sukar difahami. Guru mengeja dan menyebut suku kata dan perkataanserta memberitahu erti perkataan itu.

Cara-cara dan kaedah di atas sering diingat dan dilaksanakan, namun pejajar berkenaan masih tidak dapat membunyikan suku kata dan tetap lemah membaca, seolah-olah bergantung kepada rakan berhampiran memberitahu dan menyebut perkataan itu, barulah mereka dapat menyebut perkataan. Kesannya seolah-olah mereka tidak kenal huruf dan tidak membaca langsung di rumah seperti apa yang dipesan oleh guru mereka.

Melalui pemerhatian yang saya buat, bahawa sikap dan tingkahlaku pelajar seperti in hanya 5 orang. Manakala kebanyakannya bukan sahaja suka merayap dan berjalan-jalan ke meja rakannya tetapi apabila rakan-rakannya yang lain membaca, mereka tidak mahu menyemak dan menunjuk di mana rakannya sedang membaca. Adakah ini menjadikan mereka lemah membaca atau keluarga tidak menggalakkan atau mereka tidak kenal huruf. Jika dibiarkan kelemahan ini, sudah pasti mereka akan jauh ketinggalan jauh jika mereka naik ke tingkatan 1 atau tingkatan lebih atas. Matapelajaran di Tingkatan 1, 2 dan 3 seperti Sejarah, Geogerafi, Sains dan Kemahiran Hidup adalah subjek yang memerlukan banyak membaca dan kemahiran mengingat. Ketidakbolehan membaca menyebabkan mereka gagal dalam Peperiksaan PMR.

Page 3: KAJIAN TINDAKAN PERALIHAN

3. Objektif KajianSecara umumnya, apabila pelajar dapat menguasai sebutan sukukata, mereka akan lebih mudah menyebut perkataan dan membaca ayat. Ini akan membantu mereka lebih mudah

Memahami fakta Sejarah, Sains, Geografi dan lain-lain subjek yang memerlukan banyak membaca.

Secara Khusus murid dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran berikut:

1. Dapat meningkatkan kemahiran murid menyebut suku kata.2. Dapat meningkatkan kemahiran murid menyebut perkataan, membaca ayat dan petikan.3. Dapat meningkatkan kebolehan murid menguasai matapelajaran lain seperti Sejarah.

4. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang hendak dikaji ialah 5 orang pelajar Tingkatan Peralihan yang lemah

menyebut suku kata dan menyebut perkataan seterusnya sangat lemah membaca membaca.

Mereka juga adalah terdiri pelajar yang sangat lemah dalam ujian membaca.

5. Tindakan Yang Dicadangkan i. Pemerhatian

ii. Temu Bual iii. Pre-Test iV.Post Test v. Pengumpulan Maklumat

6. Jadual Kajian

Minggu Ke-3 April 2010 – Pre- Test, Pemerhatian, Temu bual dan Pengumpulan Data.

Minggu Ke-4 April 2010 – Pengasingan Perkataan kepada suku kata dan mencantumkan

Suku kata menjadi perkataan serta permainan perkataan.

Minggu Ke-5 April 2010 - Temu bual, Pemerhatian, Pengumpulan Data dan Post Test.

Page 4: KAJIAN TINDAKAN PERALIHAN

7. Anggaran Kos

JADUAL 1.0 : Jadual Kos Perbelanjaan Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil. Bahan Kos (RM) Unit Jumlah (RM)

1 Borang senarai semak

(Pemerhatian dalam mengenal pasti isu dan masalah)

0.20 5 1.00

2 Borang soalan temu bual pelajar

0.20 5 1.00

3 Borang ujian pra (pre-test) 0.20 5 1.00

6 Borang Ujian Pos 0.20 5 1.00

4 Kad Suku Kata

- Manila kad

- Kertas warna

- Marker Pen

0.60

0.20

1.50

4

4

3

2.40

0.80

4.50

Jumlah 11.70

Page 5: KAJIAN TINDAKAN PERALIHAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

2010

MENGESAN KELEMAHAN PELAJAR PERALIHAN MENYEBUT SUKU KATA

OLEH:

SAIM BIN OSMAN

SMK SERI BALI,

KM 1, JALAN YONG PENG, CHAAH,

85400 SEGAMAT, JOHOR.

Page 6: KAJIAN TINDAKAN PERALIHAN

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.Saya telah mengajar lebih 5 tahun dalam kelas Peralihan di SMK Chaah dan sering berhadapan dengan pelajar yang tidak dapat membaca dan menyebut perkataan. Mulai bulan Februari 2010 saya telah berpindah ke SMK Seri Bali Chaah, sekolah saya mengajar sekarang. Kebanyakan pelajar boleh membaca dan hanya segelintir pelajar tidak tahu menyebut perkataan dan membaca petikan yang dibaca oleh pelajar lain. Walaupun saya pernah menulis dan mengariskan sukukata yang dipilih di atas whaite board dan menyebutkan perkataan berulang-ulang tetapi pelajar yang sama masih tidak dapat menyebut sukukata yang sama.

2. Isu Kajian/Fokus Kajian Bagi permulaan, saya cuba mengatasi dan mengurangkan masalah kelemahan menyebut sukukata dengan cara-cara berikut:

a. Memberi peluang pelajar tersebut duduk dengan pelajar yang boleh menyebut sukukata dan membaca.

b. Menggalakkan pelajar berkenaan membaca berulang-ulang kali di rumah dengan bantuan ibubapa atau abang dan kakak.c. Bersedia dengan membaca terlebih dahulu bagi bacaan akan datang sebelum

pelajaran itu dimulakan. Cara ini menjadikan pelajar dapat bersedia, sebelum dimulakan pelajaran baru.

d. Guru membacakan petikan terlebih dahulu dan mengeluarkan istilah yang sukar difahami. Guru mengeja dan menyebut suku kata dan perkataanserta memberitahu erti perkataan itu.

Cara-cara dan kaedah di atas sering diingat dan dilaksanakan, namun pejajar berkenaan masih tidak dapat membunyikan suku kata dan tetap lemah membaca, seolah-olah bergantung kepada rakan berhampiran memberitahu dan menyebut perkataan itu, barulah mereka dapat menyebut perkataan. Kesannya seolah-olah mereka tidak kenal huruf dan tidak membaca langsung di rumah seperti apa yang dipesan oleh guru mereka.

Melalui pemerhatian yang saya buat, bahawa sikap dan tingkahlaku pelajar seperti in hanya 5 orang. Manakala kebanyakannya bukan sahaja suka merayap dan berjalan-jalan ke meja rakannya tetapi apabila rakan-rakannya yang lain membaca, mereka tidak mahu menyemak dan menunjuk di mana rakannya sedang membaca. Adakah ini menjadikan mereka lemah membaca atau keluarga tidak menggalakkan atau mereka tidak kenal huruf. Jika dibiarkan kelemahan ini, sudah pasti mereka akan jauh ketinggalan jauh jika mereka naik ke tingkatan 1 atau tingkatan lebih atas. Matapelajaran di Tingkatan 1, 2 dan 3 seperti Sejarah, Geogerafi, Sains dan Kemahiran Hidup adalah subjek yang memerlukan banyak membaca dan kemahiran mengingat. Ketidakbolehan membaca menyebabkan mereka gagal dalam Peperiksaan PMR.

Page 7: KAJIAN TINDAKAN PERALIHAN

3. Objektif KajianSecara umumnya, apabila pelajar dapat menguasai sebutan sukukata, mereka akan lebih mudah menyebut perkataan dan membaca ayat. Ini akan membantu mereka lebih mudah

Memahami fakta Sejarah, Sains, Geografi dan lain-lain subjek yang memerlukan banyak membaca.

Secara Khusus murid dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran berikut:

4. Dapat meningkatkan kemahiran murid menyebut suku kata.5. Dapat meningkatkan kemahiran murid menyebut perkataan, membaca ayat dan petikan.6. Dapat meningkatkan kebolehan murid menguasai matapelajaran lain seperti Sejarah.

4. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang hendak dikaji ialah 5 orang pelajar Tingkatan Peralihan yang lemah

menyebut suku kata dan menyebut perkataan seterusnya sangat lemah membaca membaca.

Mereka juga adalah terdiri pelajar yang sangat lemah dalam ujian membaca.

5. Tindakan Yang Dilakukan

i. Pemerhatian

Berdasarkan apa yang diperhatikan sikap semulajadi pelajar yang dikaji merupakan

pelajar yang sukar mendengar kata. Mereka sering bercakap sesama sendiri walau pun guru

sedang menjagajar dihadapan kelas. Beberapa tindakan telah diambil tetapi mereka masih

melakukan perkara yang sama.

1.1 Tulisan mereka juga sebahagiannya sukar dibaca kerana menulis seperti cakar ayam, keadaan tulisan juga menyukarkan lagi dirinyadan orang lain untuk membacanya. Oleh itu cara yang terbaik ialah memantau tulisan supaya mereka sentiasa menulis dengan baik.

1.2 Tidak dinafikan bahawa hubungan mereka dengan rakan-rakan mereka sangat rapat. Keadaan ini akan menggalkakkan mereka untuk denganrakan mereka yang mereka gemari dan bertutur bukan

Page 8: KAJIAN TINDAKAN PERALIHAN

menggunakan bahasa Melayu. Ini menyukarkan guru mengatur tempat duduk mereka. Sepatutnya mereka duduk bersebelahan dengan kaum lain, tetapi pada hari yang berikutnya sudah duduk dengan rakan yang disukainya. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini, guru mengarahkan pelajar supaya duduk dengan rakan tempat asal.

1.3 Tugasan yang diberikan oleh guru di rumah selalu diabaikan. Contohnyamembaca buku setiap hari mengikut paragraph atau mukasurat yang diberikan. Kebanyakan mereka tidak membacanya. Walaupun mereka boleh meminta bantuan dari kakak, emak dan juga abang. Sikap begini menjadikan mereka tertinggal dengan pelajar yang lain.

ii.Temu BualTemu bual dilakukan oleh guru dengan guru-guru yang mengajar subjek kelas

berkenaan dan rakan-rakan pelajar sekelas.

1. Temubual dengan guru tingkatan yang mengajar subjek ABM. Didapati 5 orang pelajar yang dipilih mempunyai perwatakan dan personaliti yang hampir sama iaitu suka bercakap, tidak membuat tugasan yang seagai kerja rumahdiberikan dan lambat sangat membuat kerja.

2. Temu bual dengan guru Bahasa Inggeris. Watak dan ciri-ciri pelajar hampir sama, Cuma bagi mengatasi masalah mereka selalu ditukarkan tempat duduk bagi membantu mereka tidak bercakap dengan rakannya.

3. Melalui temu bual dengan beberapa orang yang mengenali pelajar bahawa mereka memang mempunyai kakak dan abang di rumah tetapi pelajar ini tidak kiash dengan pelajarannya. Sepatutnya mereka sama-sama membimbing dan mengajar adiknya di rumah supaya pandai membaca.

iii. Pre-Test Sebelum pelajar diperkenalkan dengan sebutan suku kata mereka diuji dengan

bacaan berapa ayat di bawah bagi melihat kebolehan mereka membacanya.

1. Saya suka makan nasi dan sayur.2. Dia tidur di atas tilam.3. Kucing saya suka menangkap tikus.4. Rumah saya dekat dengan sekolah.5. Bapanya bekerja memandu lori.6. Adik saya suka menonton televisyen.7. Banjir di tempat saya banyak mengorbankan haiwan ternakan.8. Penduduk di kampung saya terdiri daripada bangsa Melayu, India dan Cina.9. Orang ramai di tempat saya ramai yang sakit kerana terhidu gas beracun.10. Bapa saya memelihara lembu dan kambing di kebun.

Berdasarkan Pre-Test yang dilakukan markah yang diperolahi adalah seperti berikut:

Page 9: KAJIAN TINDAKAN PERALIHAN

PelajarAyat 1

Ayat 2

Ayat 3

Ayat 4

Ayat 5

Ayat 6

Ayat 7

Ayat 8

Ayat 9

Ayat 10

A / / / / / / / / / /B / / / / / x x x x XC / / / x x x x x x xD / / x x x x x x x xE / / x x x x x x x X

Jadual 1: Menunjukkan penguasaan pelajar membaca ayat 1-10

IV Tindakan yang dijalankan.1. Saya suka makan nasi dan sayur.2. Dia tidur di atas tilam.3. Kucing saya suka menangkap tikus.4. Rumah saya dekat dengan sekolah.5. Bapanya bekerja memandu lori.6. Adik saya suka menonton televisyen.7. Banjir di tempat saya banyak mengorbankan haiwan ternakan.8. Penduduk di kampung saya terdiri daripada bangsa Melayu, India dan Cina.9. Orang ramai di tempat saya ramai yang sakit kerana terhidu gas beracun.10. Bapa saya memelihara lembu dan kambing di kebun.

Berdasarkan kepada analisis yang terhasil bahawa pelajar semakin lemah semakin ramai yang sukar menguasai ayat yang diberikan. Oleh itu bagi mengatasi kelemahan kita hendaklah menggunakan kaedah sebutan suku kata.

1. Memperkenalkan sebutan sukukata

Suku kata dimulakan dari mudah kepada yang lebih susah.

i. Sukukata berbentuk imbuhan. Imbuhan awalan atau akhiran Contohnya me, mem, men, meng, kan dll.

ii. Sukukata terdiri daripada KV, dan KVK Contohnya, sa, ban,hai, kam, pen dll.iii. Sukukata terdiri daripada KVKK Contohnya pung, nang dll.

Bagi memudahkan pelajar melihat dan guru mengajar, kad imbasan yang terdiri daripada sukukata di buat dan ditunjukkan kepada murid dan murid hanya menyebut seperti yang diajar oleh guru. Bagi mengetahui sejauh mana pelajar boleh menyebut sukukata dapat seperti jadual dibawah.

1. Me 6. Ban2. Mem 7. Kam3. Men4. Meng5. Kan

Pel. Imbuhan1

Imbuhan2

Imbuhan3

Imbuhan4

Imbuhan5

Imbuhan6

Imbuhan7

Page 10: KAJIAN TINDAKAN PERALIHAN

A / / / / / / /B / / / / / / /C / / / / / / /D / / / / / / XE / / / / / X X

Jadual 2: Menunjukan pelajar menguasai sebutan sukukata imbuhan

2. Kad imbasan ditambah dengan sukukata yang lebih sukar dan bebas.

Contohnya seperti di bawah.

1.pang, contoh perkataan : panggil, panggang, pangsa2.sang, contoh perkataan: sangkar, sangka, sangkak3.rang, contoh perkataan: rangka, rangkai, rangkul,4. tang, contoh perkataan: tangkai, tangkap, tangga,5. bang, contuh perkataan: bangku, bangsal, bangga6.sam, contoh perkataan: samsing, sambal, samsu. 7.kang, contoh perkataan: kangkong, kangkang, kangkar8.tam, contoh perkataan: tambah, tamban,9.ram, contoh perkataan: rambai, rambutan, rampas,

Jadual 3: Menunjukan pelajar menguasai sukukata yang lebih sukarPELAJAR Sukukata

1Sukukata

2Sukukata

3Sukukata

4Sukukata

5Sukukata

6Sukukata

7Sukukata

8A / / / / / / / /B / / / / / / / /C / / / / / / / /D / / / / X X X XE / / / X X X X X

iV.Post Test

Setelah pelajar telah menguasai sebutan sukukata, mereka diuji dengan ayat permulaan melalui Ujian Post Test. Didapati pelajar lebih mudah membaca berbandingn sebelum mengusai sukukata.

Pel. Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Ayat 6 Ayat 7 Ayat 8 Ayat 9 Ayat 10

A / / / / / / / / / /B / / / / / / / / / /C / / / / / / / / / /D / / / / / / / / / /E / / / / / / / / / /

Jadual 4: Menunjukan hampir semua pelajar boleh membaca selepas menguasai sukukata

Page 11: KAJIAN TINDAKAN PERALIHAN

6. Kesimpulan Kajian Berdasarkan kajian yang dibuat, didapati pada peringkat awal pelajar kurang

menguasai membaca kerana mereka tidak menguasai sebutan sukukata. Tetapi selepas mereka diperkenalkan dan diajar dengan sebutan sukukata, baharulah mereka dapat membaca ayat yang sama seperti yang dinyatakan dalam ujian post-test.

7. Anggaran Kos

JADUAL 1.0 : Jadual Kos Perbelanjaan Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil. Bahan Kos (RM) Unit Jumlah (RM)

1 Borang senarai semak

(Pemerhatian dalam mengenal pasti isu dan masalah)

0.20 5 1.00

2 Borang soalan temu bual pelajar

0.20 5 1.00

3 Borang ujian pra (pre-test) 0.20 5 1.00

6 Borang Ujian Pos 0.20 5 1.00

4 Kad Suku Kata

- Manila kad

- Kertas warna

- Marker Pen

0.60

0.20

1.50

4

4

3

2.40

0.80

4.50

Jumlah 11.70

Page 12: KAJIAN TINDAKAN PERALIHAN

Rujukan Responden

A. Vadivalagan

B. Ganesan

C. Saundran

D. Sulosini

E. Ker Wing Kiat