kajian tindakan munchit

Download Kajian tindakan munchit

Post on 20-Jun-2015

702 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. MENINGKATKAN KEBERKESANAN KOMITMEN GURU DALAM PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN (P&P) MELALUI INTERVEENSI DINAMIKR&R (RECTIFY DAN RESOLVE)Chitra A/P Gopalan Maimun BT Ali KutySMK Methodist Ayer Tawar PerakABSTRAKKajian ini adalah berdasarkan usaha meningkatkan keberkesanan sekolah yang melibatkantanggungjawab guru disekolah. Ibubapa menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggikepada guru di sekolah untuk menjana kecemerlangan anak-anak mereka dalam akademik dansahsiah. Pada masa yang sama sekolah diharap dapat mewujudkan suasana persekitaran bilikdarjah yang kondusif untuk P&P. Apabila harapan gagal dipenuhi,timbul rasa tidak puas hatidalam kalangan ibubapa dan mereka mengemukakan aduan kepada pengurusan sekolah . Diatasrasa kesedaran untuk meningkatkan kualiti komitmen guru, aduan-aduan yang diterimadijadikan data dalam kajian tindakan. Data tersebut dianalisis menggunakan force fieldanalysismengikut Kurt Lewin(1947). Berdasarkan dorongan positif, strategi dan tindakandirancang ,dilaksana dan dinilai keberkesanannya. Intervensi pengurusan adalah bersifatdinamik berdasarkan rectify & resolve. Petunjuk aduan rasa tidak puas hati ibubapa terhadapkomitmen guru dalam P&P didapati berkurang secara mendadak selepas kajian. Persekitaranfizikal bilik darjah turut berubah menjadi lebih kondusif.1.0 LATAR BELAKANGSekolah adalah satu persekitaran institusi sosial yang kompleks dengan kumpulan yang berbeza,tetapi mendokong visi dan misi bersama. Kepempimpinan pendidikan di sekolah menjadi faktorpenting dalam usaha penambahbaikan sesebuah sekolah. Budaya serta iklim sekolah cemerlangakan tercapai apabila berlaku perubahan dalam bilik darjah, kurikulum ,kegiatan kokurikulumserta berbagai aspek pengurusan lain seperti perkhidmatan kepada pelajar, pengurusan pejabat,

2. pengurusan kewangan , pengurusan fizikal, pembangunan staf dan hubungan komuniti. Bagitujuan perbincangan,kertas ini akan memfokuskan kepada komitmen guru dibilik darjah.Sebagai makluman, sekolah ini mempunyai pencapaian akademik yang sangat baik dankonsisten khususnya dalam PMR dan SPM. Sokongan dan kerjasama dari ibu bapa melalui PIBGberada pada tahap yang sangat baik. Ibu bapa juga menunjukkan sikap yang prihatin dan sangatresponsif terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh anak-anak danjagaan mereka. Oleh yang demikian, guru seharusnya bertanggungjawab penuh terhadappengajaran dan pembelajaran dibilik darjah .REFLEKSI MASALAHPengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalamkalangan para pelajar dan berlaku dalam suasana yang sihat dan bersemangat. Lazimnyapengajaran dan pembelajaran (P & P) yang berkesan berlaku apabila guru-guru menunjukkankomitmen yang tinggi terhadap amalan-amalan baik dibilik darjah.Guru yang berkesan adalah pendidik professional, menunjukkan taat setia kepada profesion sertamempamerkan kekuatan teori serta kaya dengan maklumat. Pada masa yang sama mereka mestimempunyai kekuatan ilmu,memiliki personaliti sihat dan serba boleh. Guru yang komited akansentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti hasil pengajarannya supaya terus mendapatpengiktirafan masyarakat umum. Mereka perlu prihatin terhadap kehendak klien danberkebolehan menangani masalah P & P dengan cekap. Keberkesanan pengurusan P & P dibilikdarjah akan meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan awam dan peringkat sekolah. Inimemerlukan rutin tugas guru dilaksanakan secara sedar dengan komitmen yang berterusan.Guru mesti berupaya kecekapan baru yang diperlukan bagi melaksanakan inovasi. Semasamelaksanakan tugas rutin P & P di bilik darjah,ada guru-guru yang tidak dapat memenuhitanggungjawab profesionalisme penguruan. Ini menyebabkan wujud perbezaan antara apa yangsebenarnyadengan apa yang sepatutnya. Keadaan yang sedemikian dibimbangi bahawa satupola perubahan dalam perkembangan kerjaya guru berlaku seperti yang digambarkan olehwoodcook dan Francis (1993) sebagaimana berikut: 3. Kemunduran Penguasaan Kemunduran KemampuanCabaran Menjalankan tugas baru Rajah 1 : Tahap Pekerjaan Dalam PekerjaanWoodcook dan Francis (1993) juga mengatakan bahawa sesudah beberapa lama dalam sesuatutugas, cabaran menjadi kurang kerana seseorang telah tahu bahawa kebanyakan tuntutan dapatsegera diatasi kerana pengalaman yang banyak. Ini berlaku bila seseorang berada di peringkatpenguasaan. Peringkat kemunduran dalam pekerjaan tiba apabila rangsangan tugas menjadilemah dan seseorang itu tidak berhasil mencari cabaran dan rangsangan baru.Penulis berpendapat sudah tiba masa untuk meningkatkan komitmen guru melalui inisiatif dankreativiti pengurusan. Petanda awal terhadap kemerosotan kualiti komitmen guru dalam P & Ptelah dikesan melalui aduan yang diterima dari ibubapa dan penjaga murid.Komitmen tinggi yang diharapkan bukan satu jaminan yang akan diperoleh dari setiap orangguru sepanjang tahun. Aduan-aduan yang diterima daripada ibubapa dan penjaga mengenaiguru-guru yang tidak memenuhi tingkah laku piawai (standard behavior) profesion perguruantelah diterima pihak pengurusan sekolah. Ini mengesahkan bahawa terdapat kelemahan ataukekurangan dalam mewujudkan suasana P & P yang teratur dan baik. Kempimpinan sekolahbertanggungjawab untuk melakukan penambahbaikan dan ia adalah berdasarkan permasalahansebenar yang dihadapi oleh pihak sekolah. 4. ISU KEPRIHATIAN / FOKUS KAJIANMembina kecemerlangan sekolah boleh dilakukan menerusi program penambahbaikan sekolahsecara dalaman. Hussein (1997) mengatakan terdapat dua pendekatan yang biasa dilakukan iaitu(i) mengarahkan pihak sekolah melaksanakan sesuatu program oleh stakeholders atau (ii) pihaksekolah sendiri yang mengusahakannya dan penambahbaikan itu menggunakan maklumat daridalam sekolah. Untuk melaksanakan proses perubahan disekolah, peranan guru besar sangatpenting. Penulis telah memilih untuk memulakan (intiate) perubahan dari dalam analisis masalahdan menyelesaikan masalah, komunikasi, perkembangan persetujuan bersama (consensusdevelopment) dan motivasi staf.Sesebuah organisasi seperti sekolah perlu mendapat input dari persekitarannya dan mungkinboleh diperoleh daripada komuniti atau PIBG. Pada masa yang sama mekanisme prosespembelajaran dan pengurusan mesti dapat membangitkan tenaga dan usaha secara menyeluruhdan bersepadu untuk mencapai misi dan visi organisasi.Pengurusan sekolah bertanggungjawab mempastikan guru memberi sepenuh komitmen terhadaptugas mereka selaras denga Tatasusila Profesion Perguruan, patuh dalam melaksanakan semuaarahan dalam Surat Pekeliling Ikthisas Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru hendaklahjelas dan faham akan peranan, tugas dan tanggungjawab mereka, disamping itu berusahamenerapkan nilai-nilai yang baik kepada pelajar melalui pengajaran mereka.Komitmen atau sikap sama ada pendirian atau perbuatan untuk memberikan sepenuh tenaga danperhatian telah sedia terbina dalam kalangan guru sejak dari institusi latihan lagi. Namunpencairan mungkin berlaku kerana tiada pembaharuan ,akauntabiliti, konflik personality atautiada personal development.Untuk mengelakkan institusi sekolah dari menjadi usang dan bersikap defensif kerana kurangkepekaan kepada persekitaran dan klien,maka pengurusan perlu melakukan intervensi bagimeningkatkan komitmen guru. Di antara perkara yang penting dilakukan ialah mewujudkanperhubungan professional yang berkualiti dalam kalangan guru, berkongsi dalam hal-halkepemimpinan, berkongsi maklumat dan kefahaman megenai P & P dan sentiasa menjadikan dirisebagai pelajar. Barth(1990) menyebut bahawa guru-guru sebagai komuniti pembelajaranmelibatkan diri dalam inkuiri mengenai pengajaran secara berterusan. 5. Pendekatan yang diambil adalah dengan melaksanakan program perkembangan staf, penyeliaanklinikal P &P, sesi taklimat dan lain-lain mekanisme kawalan pengurusan. Mengambilpandangan dari Hussein yang menyatakan proses penambahbaikan sekolah mengandungi tigafasa iaitu : (i) Naming and Framing yang bermaksud pembentukan kesafahaman bersama. (ii)Menganalisis dan menyatukan dimana para guru melakukan refleksi dan menilai amalan-amalanyang diamalkan oleh mereka. (iii) Applying and experimenting iaitu idea-idea baru dilaksanakandan pihak luar boleh juga memberi bantuan dan sokongan agar inovasi dan perubahan yangdijalankan itu dapat dikekalkan. Pandangan ini menjadikan panduan untuk merangka tindakandalam kajian ini.Bersandarkan pemikiran school improvement, penulis telah menamakan usaha penambahbaikanyang dilaksanakan sebagai intervensi dinamik R & R. Ia adalah untuk membuang idea, sikapdan nilai yang merugikan serta membolehkan guru melakukan perubahan atau sedia belajar. R& R yang dimaksudkan adalah rectify and resolve. Ini bermakna semasa melakukan intervensidalam menyelesaikan isu atau masalah yang timbul, ia perlu dilakukan secara dinamik. Iamemberi maksud semua tindakan dilaksanakan dengan teratur, berhemah dan baik. Akhirnya apayang tidak wajar berlaku diperbetulkan, dielakkan dari berulang pada masa hadapan dan dapatdiselesaikan dengan baik.4.0 OBJEKTIF KAJIAN4.1 Objektif umum Meningkatkan keberkesanan dan kecekapansekolah dalamusaha menjana kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.4.2Objektif Khusus 4.2.1 Membina dan mengekalkan amalan-amalan positif P & P dibilik darjah. 4.2.2 Mengamalkan perkhidmatan P & P berkualiti semasa berada dibilik darjah. 6. 5.0 METODOLOGI KAJIAN5.1Rekabentuk KajianKajian ini adalah berdasarkan anekdot aduan yang diterima oleh pengurusan sekolahmengenai rasa tidak puas hati ibu bapa atau penjaga terhadap guru. Rekod aduan tersebutadalah aduan-aduan yang diterima sepanjang tahun sebelum kajian.5.2 Batasan KajianData yang digunakan adalah anekdot aduan yang berkaitan dengan komitmen guru dalammengurus P & P di bilik darjah dan tidak melibatkan aduan dalam bidang-bidang lain.6.0 PELAKSANAAN KAJIAN6.1 Kumpulan SasaranKajian ini disasarkan kepada semua guru-guru yang mengajar disekolah ini yangberjumlah 52 orang. Adalah wajar