kajian tindakan lk

Download Kajian Tindakan Lk

Post on 04-Aug-2015

434 views

Category:

Documents

12 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

KAJIAN TINDAKAN

1.0 TAJUK KAJIAN

DUDA DEMONTRASI UNTUK DAPAT A PENGGUNAAN KAEDAH VIDEO UNTUK KAEDAH PENYELESAIAN DALAM TAJUK ORTOGRAFIK TINGKATAN 4

2.0 NAMA PENYELIDIK ANUAR BIN OTHMAN

3.0 NAMA SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULIM JALAN LUNAS, 09000 KULIM KEDAH DARUL AMAN.

4.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Penglibatan saya dalam proses pengajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan selama hampir 16 tahun membolehkan saya dapat melihat sedikit sebanyak kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran yang mengambil kira pelbagai aspek kemahiran. Bukan sahaja aspek kognitif malah kemahiran psikomotor dan kemahiran efektif juga perlu digunakan dalam proses pembelajaran Lukisan Kejuruteraan. Dalam tempoh tersebut didapati penguasaan topik di kalangan pelajar murid agak ketara. Sebahagian murid dapat menterjemahkan pemahaman mereka melalui kerja yang kemas dan betul. Manakala sebahagian lagi tidak mampu menggabungjalinkan pengetahuan yang diperolehi daripada guru seterusnya menterjemahkannya dalan bentuk lukisan yang kemas dan betul. Kelemahan di kalangan murid-murid ini meliputi penguasaan topik asas Pandangan Ortografik dan Lukisan Isometri . Sehubungan dengan itu, kebolehan pelajar menggunakan peralatan dengan betul dalam menjawab soalan perlulah dititikberatkan. Sehubungan dengan itu teknik yang betul perlulah ditunjukkan guru semasa pengajaran. Namun bilangan murid yang ramai di dalam kelas membantutkan proses ini. Oleh itu, untuk memenuhi yakni membolehkan murid-murid secara serentak dapat melihat teknik yang digunakan oleh guru, maka teknik DUDA digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran penggunaan peralatan dalam lukisan kejuruteraan. Masalah yang dikenal pasti ialah : (i) Pelajar tidak dapat mengaplikasi kemahiran menggunakan peralatan dengan betul. (ii) Pelajar tidak dapat mengunjurkan pandangan dengan tepat. (iii) Pelajar tidak dapat menjawab tajuk-tajuk yang berkaitan seperti Lukisan isometri, Lukisan Oblik, Pengorakan dan Persilangan. (iv) Lukisan Bangunan yang dilukis tidak berkualiti terutamanya pada bahagian pandangan sisi. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian tingkah laku pelajar, soal selidik, analisis jawapan peperiksaan (ujian), dan pemerhatian rambang terhadap kerja pelajar satu rumusan dapat dibuat sebagai sandaran terhadap kajian tindakan yang dilakukan. Daripada analisis tersebut satu dapatan yang amat mengecewakan yang mana beberapa perkara kelemahan dapat disenaraikan.

2

Analisis yang didapati daripada jawapan pelajar : (i) (ii) Pelajar tidak dapat menyiapkan latihan pada masa yang ditetapkan Pelajar tidak dapat mengunjurkan pandangan dengan tepat ke arah pandangan sisi terutamanya. (iii) Pelajar kurang bermotivasi untuk membuat latihan tambahan yang diberikan berikutan kurang pengetahuan dalam penyelesaian masalah. (iv) Pelajar masih tidak menggunakan peralatan mengikut fungsi yang betul. Sebahagian pelajar menggunakan T square untuk garisan menegak sepatutnya Set Square dengan bantuan T Square digunakan.

5.0 FOKUS KAJIAN Daripada beberapa analisis yang telah dibuat majoriti pelajar tidak dapat menggunakan peralatan dengan betul. Kemahiran penggunaan perlatan ini menyebabkan pelajar menghadapi masalah dalam meyelesaikan masalah dalam lukisan ortografik. Masalah ini akan berterusan apabila pelajar berhadapan dengan tajuk yang lebih mencabar seperti lukisan isometri, lukisan oblik, lukisan perspektif, lukisan persilangan dan lukisan pengorakan. Apabila hal ini berlaku, pelajar tersebut tidak dapat menjawab secara tepat soalan lukisan isometri, lukisan oblik, lukisan perspektif, lukisan persilangan mahupun lukisan pengorakan. Jika kita menganalisis peratusan permarkahan untuk setiap soalan, lebih 60 % markah yang diberikan untuk ketepatan dan kejituan. Ketepatan dan kejituan yang diterima hanyalah 1mm. Untuk menjelaskan lagi di bawah ini di tunjukkan contoh pemarkahan untuk lukisan ortografik. 1. Kedudukan pandangan sisi kanan betul 2. Butiran garislurus 9 x 0.44 3. Mendapatkan lengkung - Titik perantaraan 4 X 0.5 - Melukis lengkung 2 X 0.5 JUMLAH 1.0 M 4.0 max 2.0A 1.0 M 8.0 M.

3

Daripada analisis, pembahagian markah kepada ketepatan dan kejituan melebihi 80%. Ini menunjukkan jika seseorang pelajar tidak dapat mengunjurkan dengan tepat, maka pelajar tersebut akan kehilangan sebahagian besar markah. Kurangnya kemahiran penggunaan peralatan akan menyebabkan masalah yang lebih besar apabila menjawab soalan lukisan isometri, lukisan oblik, lukisan perspektif, lukisan persilangan dan lukisan pengorakan. . Sekiranya pelajar tidak berjaya menjawab dengan baik, maka peluang untuk pelajar tersebut mendapat keputusan cemerlang tidak akan tercapai. Justeru itu saya berhasrat menggunakan DUDA (Demonstrasi Untuk Dapat A) dalam p&p bagi topik Lukisan Ortografik kepada kumpulan pelajar sasaran bagi menyelesaikan masalah tersebut.

4

6.0 OBJEKTIF 6.1 OBJEKTIF UMUM Meningkatkan kebolehan pelajar menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan dengan betul dalam menyelesaikan masalah Lukisan Ortografik 6.2 OBJEKTIF KHUSUS (i) (ii) (iii) iv) Menggunakan T Square dengan betul untuk menunjurkan garisan binaan ke garisan 45O untuk menghasilkan pandangan sisi kiri atau pandangan sisi kanan. Menggunakan Set Square dengan betul untuk melukis garisan menegak. Menggunakan Jangka Lukis dengan betul untuk melukis bulatan dan lengkuk. Menggunakan Jangka Lukis dengan betul untuk melukis bulatan dan lengkuk

7.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 10 pelajar tingkatan 4. 8.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN 8.1 PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN 8.1.1 T SQUARE Berfungsi untuk membuat garisan mendatar

5

8.1.2 SET SQUARE Berfungsi unyuk membuat garisan mendatar, garisan menegak, garisan selari dan melukis garisan objek.

8.1.3 COMPAS (JANGKA LUKIS) Membuat bulatan dan lengkuk

6

8.1.4 PENSIL Menghasilkan garisan.

8.1.5 LENGKUNG PERANCIS Membantu melukis garisan lengkung.

7

8.2 PERALATAN UNTUK DEMONTRASI 8.2.1 Tripot Berfungsi untuk memegang kamera dan menetapkan dalam kedudukan yang dikehendaki.

8.2.2

Skrin Digunakan untuk memaparkan imej dari projector LCD.

8

8.2.3 Kamera Video. Kamera Video digunakan untuk menghasilkan imej digital.

8.2.4 Projektor LCD Projektor digunakan untuk memaparkan imej di skrin.

9

8.3.5

Kabel Penghantaran

Digunakan untuk membuat penghantaran data dari kamera video ke LCD .

9.0 MERANCANG TINDAKAN Saya merancang akan menjalankan tindakan seperti berikut :

10

AKTIVITI

LANGKAH PELAKSANAAN

MASA TINDAKAN

AKTIVITI 1

Memasang peralatan video seperti tripod, video 10 Minit camera cabel penyambungan terus ke LCD. Menghalakan kamera ke ruang kerja lukisan kejuruteraan. Menghidupkan kamera dan terus menayangkan pada skrin dihadapan kelas. Menjelaskan penggunaan T Square dengan menunjukkan 10 Minit penggunaan yang betul pada papan lukisan. Imej teknik penggunaan dipaparkan di skrin. Menjelaskan penggunaan Set Square dengan menunjukkan 10 minit penggunaan yang betul pada papan lukisan. Imej teknik penggunaan dipaparkan di skrin. Menjelaskan penggunaan Jangka lukis dengan menunjukkan penggunaan yang betul pada 10 minit papan lukisan. Imej teknik penggunaan dipaparkan di skrin. Menjelaskan penggunaan pensil dengan menunjukkan penggunaan yang betul pada papan lukisan. 10 minit Imej teknik penggunaan dipaparkan di skrin.

Aktiviti 2

Aktiviti 3

Aktiviti 4

Aktiviti 5

Aktiviti 6

Guru menunjuk cara penggunaan 60 minit perlatan untuk menyelesaikan 10 soalan lukisan ortografik mengikut peringkat soalan mengikut peringkat kesukaran.

Aktiviti 7

Memberi satu pengukuhan

soalan 11

latihan 20 minit

Memberi 5 soalan latihan sebagai

10.0 JADUAL PELAKSANAAN

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

AKTIVITI Menyediakan bahan bercetak Riso edaran Tarikh Perlaksanaan Melaksanakan tindakan Refleksi Kajian Menulis laporan kajian Pemurnian Laporan Serahkan laporan ke PPD untuk diserahkan kepada JPN

TARIKH/TEMPOH Mac April Mei Jun Jun Jun Julai Julai

11.0 KOS BAHAN KUANTITI (unit) 1 rim 1 pek 2 set HARGA SEUNIT 22.00 90.00 12.00 Sedia ada JUMLAH (RM) 22.00 90.00 24.00

BIL 1 2. 3. 4.

BAHAN Kertas lukisan A3 Dakwat Pencetak Warna Pen Marker Peralatan Demontrasi

JUMLAH

136.00

12.0 PELAKSANAAN KAJIAN 12

12.1 TINJAUAN SEBELUM PELAKSANAAN Dalam pelaksanaan kajian ini saya mengumpulkan maklumat secara terperinci melalui 2 cara. Iaitu pemerhatian dalam bilik darjah dan pemeriksaan buku latihan.

12.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan sebahagian besar pelajar tidak dapat menggunakan perlatan lukisan kejuruteraan dengan betul. Garisan yang dihasilkan oleh para pelajar tidak tepat. Pada masa ini pelajar yang pandai sahaja akan dapat membuat jawapan dengan menggunakan garisan dari penggunaan peralatan dengan betul.

12.1.2 Pemeriksaan Kertas Latihan

Saya telah mengumpulkan buku latihan pelajar dan memeriksanya selepas mereka membuat latihan. Setelah saya memeriksa latihan mereka saya berpendapat bahawa pelajar lemah dalam mengaplikasikan kemahiran menggunakan peralatan dan kurang penguasaan dalam menjawab soalan.

13

13.0 ANALISIS TINJAUAN SELEPAS PELAKSANAAN 13.1 Analisis Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap 10 orang pelajar tersebut didapati :

Majoriti pelajar

lebih melibatkan diri dalam pengajaran dan

pembelajaran engan menggunakan perlalatan dengan betul .

Pelajar t