kajian tindakan kuasa elektrik

9
KAJIAN TINDAKAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SMK DATO HAJI TALIB KARIM TAHUN 2011 TAJUK: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID UNTUK MENGIRA KUASA ELEKTRIK DENGAN MENGGUNAKAN GAMBARAJAH PIRAMID. DISEDIAKAN OLEH: ROHANA BINTI JANTAN GURU CEMERLANG GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU UNIT TEKNIK & VOKASIONAL SMK DATO HAJI TALIB KARIM 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. 17hb. OGOS, 2011 - 1 - KAJIAN TINDAKAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU Created by:RJ/P.KHB/OGOS/01/2011

Upload: rohana-jantan

Post on 03-Jul-2015

5.753 views

Category:

Business


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan kuasa elektrik

KAJIAN TINDAKANMATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

SMK DATO HAJI TALIB KARIMTAHUN 2011

TAJUK:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID UNTUK MENGIRA KUASA ELEKTRIK DENGAN

MENGGUNAKAN GAMBARAJAH PIRAMID.

DISEDIAKAN OLEH:

ROHANA BINTI JANTANGURU CEMERLANG

GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADUUNIT TEKNIK & VOKASIONALSMK DATO HAJI TALIB KARIM78000 ALOR GAJAH, MELAKA.

17hb. OGOS, 2011- 1 - KAJIAN TINDAKAN

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADUCreated by:RJ/P.KHB/OGOS/01/2011

Page 2: Kajian tindakan kuasa elektrik

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Dalam proses pengajaran dan pengajaran (P&P) untuk tajuk Elektrik (Elektif) Tingkatan 1, murid-murid akan mempelajari sub topik mengira kuasa elektrik. Di dalam topik ini ia melibatkan penggiraan kuasa, voltan dan arus elektrik dengan menggunakan satu (1) formula/rumus sahaja. Dalam pemerhatian secara kasar di dapati kebanyakkan murid-murid tidak dapat mengingati formula/rumus bagi kuasa elektrik dan tidak dapat mengira dengan betul.

Oleh itu, saya berpendapat saya perlu menangani masalah ini agar kemahiran mengira kuasa elektrik ini dapat dikuasai oleh murid-murid dengan cara yang mudah dan mendapat jawapan penggiraan yang lebih tepat.

Saya juga berharap proses mengira kuasa elektrik ini akan menjadi satu aktiviti yang dapat menarik minat murid terhadap topik ini dan meyakinkan murid bahawa dengan menguasai proses mengira ini, ia akan dapat membantu mereka untuk menjawab soalan mengira kuasa elektrik.

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Kemahiran mengira adalah merupakan satu kemahiran yang sangat penting. Ia perlu dikuasai oleh setiap murid untuk memudahkan mereka membuat proses pengiraan dalam apa sahaja topik yang melibatkan proses mengira. Di dalam topik Elektrik (Teras) Tingkatan 1 ini, murid akan terlibat dalam membuat proses pengiraan kuasa elektrik. Oleh itu, murid-murid perlu diberi satu pendedahan teknik yang lebih jelas dan mudah dalam semua kerja-kerja penggiraan dan dengan menggunakan formula/rumus yang betul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

• Kajian ini bertujuan untuk memberi satu pendedahan teknik mengira yang lebih mudah dalam menyelesaikan semua masalah pengiraan kuasa elektrik dengan menggunakan formula/rumus yang betul.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

• Memperkenalkan kepada murid cara mengira kuasa elektrik yang lebih mudah.

• Membolehkan murid lebih mudah mengingati formula/rumus yang terlibat dalam proses mengira kuasa elektrik.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Sasaran kajian ini ialah murid-murid tingkatan 1 Rancangan Khas 2, pilihan Kemahiran Teknikal iaitu seramai lapan (8) orang murid lelaki.

5.0 PERLAKSANAN KAJIAN

- 2 - KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Created by:RJ/P.KHB/OGOS/01/2011

Page 3: Kajian tindakan kuasa elektrik

5.1 TINJAUAN MASALAH

• Dalam perlaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian semasa P&P, analisis dokumen dan ujian pra.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 PEMERHATIAN / ANALISIS DOKUMEN

Hasil dari tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan semasa P&P, 6 daripada 8 orang murid kelas ini tidak dapat memahami cara mengira dengan betul dan sukar membuat jalan kerja penggiraan dengan baik. Pemerhatian ini disahkan oleh pemerhatian ke atas murid semasa menyelesaikan masalah mengira kuasa/voltan dan arus elektrik semasa di dalam kelas (Rujuk lampiran A). Di dapati hanya 2 orang murid sahaja yang dapat mengira dengan betul.

5.2.2 UJIAN PRA

Di dalam ujian pra ini, murid-murid diminta untuk mengira kuasa/voltan/arus elektrik yang telah digunakan berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada. Hasil yang telah diperolehi adalah seperti berikut:

Mengira kos penggunaan elektrik dengan betul.

Mengira kos penggunaan elektrik yang kurang tepat.

2 orang 6 orang25.0% 75.0 %

(Sila rujuk lampiran A)

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Untuk mengatasi masalah ini, murid-murid diperkenalkan satu teknik yang mudah dan biasa dilihat oleh murid-murid iaitu dengan menggunakan gambarajah piramid. Gambarajah piramid ini akan dijadikan sebagai tapak proses untuk mengingati formula/rumus dengan mudah dan cepat. Maka dengan ini aktiviti-aktiviti untuk mengira kuasa/voltan/arus elektrik dapat dikira dengan mudah, cepat dan tepat jawapannya.

- 3 - KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Created by:RJ/P.KHB/OGOS/01/2011

Page 4: Kajian tindakan kuasa elektrik

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

5.4.1 PELAKSANAAN AKTIVITI 1 (P&P)

Di dalam aktiviti 1 ini, guru akan mengajar murid dengan menggunakan gambarajah piramid sebagai asas dalam mengira kuasa elektrik dengan tepat.

Langkah 1:

i. Murid telah diberi sehelai lampiran B. yang mengandungi gambarajah piramid seperti pada rajah 1.

ii. Guru memberi penerangan berkaitan dengan gambarajah piramid yang diberikan kepada murid serta kaitannya dengan teknik menjawab soalan mengira kuasa elektrik.

iii. Murid diberi lima (5) soalan untuk mengira kuasa elektrik. (Rujuk lampiran c)

iv. Bagi soalan yang pertama penyelesaiannya telah di terangkan secara terperinci oleh guru kepada murid. Manakala bagi soalan berikutnya perlu diselesaikan oleh murid dengan menggunakan kaedah tesebut.

Rajah 1: Gambarajah Piramid

- 4 - KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Created by:RJ/P.KHB/OGOS/01/2011

Page 5: Kajian tindakan kuasa elektrik

5.4.2 PELAKSANAAN AKTIVITI 2 (UJIAN POS)

Setelah selesai P&P, murid-murid diminta membuat perbandingan diantara kedua-dua teknik membuat pengiraan bagi mendapatkan kos penggunaan elektrik tersebut. Hasil yang diperolehi adalah seperti jadual dibawah.

Mengira kuasa elektrik dengan betul.

Mengira kuasa elektrik yang kurang tepat.

8 orang 0 orang100 % 0 %

6.0 REFLEKSI KAJIAN

• Dengan membuat pemerhati secara menyeluruh di dalam ujian pra dan ujian pos didapati dengan menggunakan gambarajah piramid ia dapat meningkatkan kefahaman murid dan memudahkan murid menyelesaikan masalah dalam membuat pengiraan kuasa elektrik. Jalan kerja pengiraan murid lebih cepat dapat diselesaikan dan jawapan yang diperolehi lebih tepat.

• Murid juga telah menyatakan bahawa dengan menggunakan gambarajah piramid ini semua kerja-kerja mengira kuasa/voltan/arus elektrik menjadi lebih mudah, senang dan mendapat jawapan yang tepat.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Untuk kajian seterusnya saya akan cuba memperkenalkan kaedah ini kepada murid-murid yang lain. Ini adalah kerana soalan topik ini sudah menjadi satu kemestian di dalam peperiksaan PMR akan dikeluarkan. Maka dengan ini, akan menjadi satu kerugian sekiranya topik ini tidak dikuasai sepenuhnya oleh murid. Menjadi satu harapan agar kaedah ini dapat disebarkan kepada kumpulan murid yang lain terutamanya tingkatan 3 agar mereka dapat mengingati semula topik ini kerana telah lama di pelajari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………ROHANA BINTI JANTANGuru Kemahiran Hidup Bersepadu, Disahkan oleh:SMK Dato Haji Talib Karim,78000 Alor Gajah, Melaka.

- 5 - KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Created by:RJ/P.KHB/OGOS/01/2011

Page 6: Kajian tindakan kuasa elektrik

- 6 - KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Created by:RJ/P.KHB/OGOS/01/2011

LAMPIRAN

HASIL KERJA MURID DIDALAM PENGHASILAN

KAJIAN INI

LAMPIRAN A:GAMBARAJAH PIRAMID

(RUMUS)

LAMPIRAN B: TUGASAN MURID DALAM UJIAN PRA

(3 SOALAN)

LAMPIRAN B:5 SOALAN UNTUK KAJIAN

Page 7: Kajian tindakan kuasa elektrik

LAMPIRAN A

Gambarajah Piramid

LAMPIRAN B

(1 SET SOALAN UNTUK TUGASAN MURID DALAM UJIAN PRA)

Rajah 1

1. Rajah 1 menunjukkan plat perincian pada pengisar elektrik. Nilai arus elektrik untuk alatan tersebut ialah 0.5A. Berapakah kuasa elektrik yang digunkan oleh alatan tersebut?

2. Sebuah televisyen berkuasa 1200 W, voltan di litar ialah 240 V. Berapakah nilai arus?

3. Sebuah cerek elektrik berkuasa 1000 watt menggunakan 5A arus elektrik. Berapakah nilai voltan di litar ini?

LAMPIRAN C

- 7 - KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Created by:RJ/P.KHB/OGOS/01/2011

Model : C 1661Kandungan : 3 literNo. Siri : 67061523Voltan : 240 V, 100 Hz

Page 8: Kajian tindakan kuasa elektrik

( 5 SOALAN UNTUK KAJIAN)

1.

Rajah 1 Rajah 1 menunjukkan litar skema sepunca kuasa disambungkan ke sebuah alatan elektrik. Hitungkan jumlah arus yang mengalir melalui alat itu.

A. 0.416 AB. 2.5 AC. 150 AD. 2500 A

2.

Rajah 2Berapakah kuasa bagi litar dalam Rajah 2?

A. 18 wattB. 24 wattC. 120 wattD. 240 watt

3. Sebuah televisyen berlabel 2.5 A/240V digunakan. Kirakan kuasa yang digunakan.

- 8 - KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Created by:RJ/P.KHB/OGOS/01/2011

Page 9: Kajian tindakan kuasa elektrik

A. 96 wattB. 243 wattC. 415 wattD. 600 watt

4.

Rajah 3

Rajah 3 menunjukkan plat perincian pada sebuah periuk elektrik. Nilai arus untuk alatan tersebut ialah 0.5 A. Berapakah kuasa elektrik yang di gunakan oleh alatan tersebut?

A. 80 WB. 100 WC. 120 WD. 140 W

5. Sebuah seterika berlabel 0.5 A/240V digunakan. Kirakan kuasa seterika yang digunakan.

A. 100 wattB. 110 wattC. 120 wattD. 130 watt

- 9 - KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Created by:RJ/P.KHB/OGOS/01/2011

Model : E 2330Kandungan : 2.5 literNo. Siri : 0688134Voltan : 240 V AC, 100 Hz