kajian tindakan

10
1 KERTAS KAJIAN TINDAKAN MENARIK MINAT PARA PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH MELALUI PENGGUNAAN SUMBER ANIMASI DIGITAL. Abstrak Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor kejayaan Jepun mengalahkan British dan kesan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dalam mata pelajaran Pendidikan Sejarah. Tumpuan diberikan kepada para pelajar dalam kelas KPD 3026 (Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2) iaitu para pelajar yang berada pada tahap kelas pertengahan. Kelas ini mengandungi 30 orang. Pemilihan kumpulan sasaran ini adalah berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang pengajaran saya di dalam kelas tersebut. Pemerhatian ini dijalankan khusus untuk melihat sejauhmanakah penguasaan para pelajar terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran (P&P). Turut dilihat bagaimana cara pengajaran yang telah saya gunakan untuk mencapai tahap penguasaan mereka. Saya telah menggunakan pendekatan dua hala iaitu berpusatkan guru dan pelajar dalam P&P terutamanya semasa menjalankan aktiviti. Pendekatan ini ternyata lebih berkesan, mudah dan menyeronokkan serta telah mendapat respon yang sangat baik dari para pelajar. Setiap aktiviti yang dijalankan ini telah membolehkan para pelajar memahami dan menguasai serta dapat meninggkatkan kemahiran bekerjasama atau interaktif sesama para pelajar yang lain. Saya menumpukan penggunaan sumber animasi digital bagi mengatasi masalah ini. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang dibuat ini akan dapat membantu rakan sejawatan yang lain mengatasi masalah yang dihadapi.

Upload: nur-azyan

Post on 21-Feb-2017

116 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

1

KERTAS KAJIAN TINDAKAN

MENARIK MINAT PARA PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH

MELALUI PENGGUNAAN SUMBER ANIMASI DIGITAL.

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor kejayaan Jepun

mengalahkan British dan kesan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dalam mata pelajaran

Pendidikan Sejarah. Tumpuan diberikan kepada para pelajar dalam kelas KPD 3026

(Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2) iaitu para pelajar yang berada pada tahap kelas

pertengahan. Kelas ini mengandungi 30 orang. Pemilihan kumpulan sasaran ini adalah

berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang pengajaran saya di dalam kelas tersebut.

Pemerhatian ini dijalankan khusus untuk melihat sejauhmanakah penguasaan para pelajar

terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran (P&P). Turut dilihat bagaimana cara pengajaran

yang telah saya gunakan untuk mencapai tahap penguasaan mereka.

Saya telah menggunakan pendekatan dua hala iaitu berpusatkan guru dan pelajar

dalam P&P terutamanya semasa menjalankan aktiviti. Pendekatan ini ternyata lebih berkesan,

mudah dan menyeronokkan serta telah mendapat respon yang sangat baik dari para pelajar.

Setiap aktiviti yang dijalankan ini telah membolehkan para pelajar memahami dan menguasai

serta dapat meninggkatkan kemahiran bekerjasama atau interaktif sesama para pelajar yang

lain. Saya menumpukan penggunaan sumber animasi digital bagi mengatasi masalah ini.

Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang dibuat ini akan dapat membantu rakan

sejawatan yang lain mengatasi masalah yang dihadapi.

2

1.0 Pengenalan

Saya telah ditugaskan untuk mengajar para pelajar kelas KPD 3026. Kelas ini

merupakan kelas pertengahan atau kelas sederhana. Saya mula mengajar kelas ini pada awal

tahun lagi, setiap bulan saya mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka

menguasai setiap pengajaran dan pembelajaran yang saya ajar. Beberapa cara telah saya

gunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya ada dalam kalangan para

pelajar yang masih lagi tidak boleh menguasai pembelajaran yang dipelajari dengan baik.

Pada pembelajaran yang lalu saya hanya menggunakan strategi berpusatkan pelajar. Di

mana strategi ini saya hanya memberi pengajaran tanpa melibatkan para pelajar. Sebagaimana

yang kita tahu, mata pelajaran Pendidikan Sejarah ini memerlukan gaya pengajaran yang lebih

kreatif untuk menarik minat para pelajar agar mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Oleh

disebabkan saya menggunakan strategi yang lebih berpusatkan guru, maka mereka menjadi

kurang minat untuk mempelajari mata pelajaran ini.

Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan kesungguhan dan minat untuk

mempelajari mata pelajaran ini. Mereka masih lagi tidak dapat mengenal pasti kesan

pemerintahan Jepun di Tanah Melayu yang melibatkan kepada tiga aspek utama iaitu dari segi

politik, sosial dan juga ekonomi. Apabila mereka masih lagi gagal memahami dan mengenal

pasti, maka objektif pengajaran saya ternyata gagal. Namun begitu, saya turut menggunakan

kaedah lain iaitu mengadakan aktiviti pengukuhan sebaik sahaja sesi pengajaran selesai

dijalankan. Langkah kedua ini boleh dikatakan boleh mencapai objektif pengajaran, di mana

mereka mula menunjukkan minat dan kesungguhan untuk belajar. Saya perlu memperbaiki

kelemahan pada diri saya iaitu dengan bersifat lebih kreatif dan kristis dengan membina

bahan-bahan atau alat bantu mengajar yang lebih berkesan untuk para pelajar saya. Saya

menggunaan sumber animasi digital untuk menyelesaikan masalah tersebut.

2.0 Isu Keperihatian / Fokus Kajian

Saya memfokuskan kajian ini terhadap masalah pelajar kurang berminat dan tidak

bersungguh-sungguh mempelajari mata pelajaran Sejarah. Tajuk pembelajaran yang akan

saya fokuskan ialah Kesan Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Kesan ini terbahagi kepada

tiga aspek iaitu aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Ketiga-tiga aspek ini mengandungi

kata kunci yang berbeza supaya para pelajar dapat membezakan isi-isi utama bagi aspek yang

berbeza. Masalahnya, cara pengajaran saya (micro teaching 1) yang hanya berpusatkan

3

kepada guru sahaja telah menyebabkan para pelajar tidak dapat membezakan kata-kata kunci

tersebut dalam mengelaskan ketiga-tiga aspek yang ada.

Saya dapat mengesan masalah ini apabila saya membuat pemerhatian semasa

melakukan aktiviti pengukuhan di dalam kelas. Semasa aktiviti dilakukan, ramai pelajar telah

tertukar antara kata kunci bagi setiap aspek. Kefahaman yang kurang dan bersifat malu

bertanya telah menyebabkan mereka tidak melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh.

Hal ini telah menyebabkan wujudnya gangguan dalam kelancaran semasa menjalankan

aktiviti tersebut. Selain itu, arahan atau cara pengajaran saya yang agak mundur telah

menyebabkan mereka kurang berminat dan faham akan pengajaran yang disampaikan.

Kajian ini sangat penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, saya

perlu membuat perubahan terhadap gaya pengajaran iaitu dalam pengajran dua (micro

teaching 2) yang telah saya gunakan untuk mengajar mereka. Saya akan menggunakan

pendekatan dua hala iaitu berpusatkan guru dan pelajar agar dapat mengingkatkan tahap

kefahaman mereka terhadap mata pelajaran Sejarah. Dalam kajian ini, saya menekankan

penggunaan kaedah baru iaitu Dengan itu, saya mengadakan aktiviti interaktif semsa

menyampaikan kuliah dengan menggunakan bantuan perisian powerpoint dalam

menyampaikan isi kandungan pelajaran, edaran nota, bantuan gambar-gambar dan

sebagainya. Saya menggunakan sumber animasi digital untuk menyelesaikan masalah. Antara

aktiviti yang saya lakukan ialah “bola ajaib”, “kami faham” dan “mini games”. Saya berharap

pendekatan ini dapat meningkatkan tahap penguasaan para pelajar serta menambahkan

keyakinan serta meningkatkan minat para pelajar terhadap pelajaran mereka.

3.0 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, kajian diharapkan akan mencapai objektif berikut :

i. Objektif Umum

Mengenal pasti faktor kejayaan Jepun mengalahkan British dan kesan

pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

4

ii. Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah :

Para pelajar dapat membezakan ketiga-tiga aspek yang terdapat dalam Kesan

Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu iaitu aspek politik, ekonomi dan sosial.

Para pelajar dapat meningkatkan tahap penguasaan terhadap pelajaran dan juga

tahap kejakinan dalam diri mereka.

Para pelajar dapat menunjukkan minat dan kesungguhan terhadap mata

pelajaran yang diajar iaitu dalam Mata pelajaran Sejarah.

Guru dapat menyediakan alat bantu mengajar yang kreatif agar dapat menarik

minat para pelajar untuk belajar.

Guru dapat menukar pendekatan pengajaran kepada pendekatan dua hala atau

berpusatkan guru dan pelajar.

Penggunaan sumber animasi digital.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini telah dilakukan terhadap para pelajar yang mengikuti kelas KPD 3026.

Kelas ini telah dikategorikan kepada kelas sederhana atau kelas pertengahan. Pengkategorikan

ini dibuat berdasarkan kepada pencapaian pemikiran mereka. Kelas ini mempunyai seramai

30 orang pelajar yang mempunyai pelbagai-bagai ragam.

5.0 Perlaksanaan Kajian

Para pelajar telah diajar terlebih dahulu dengan menggunakan pelbagai teknik

mengajar yang lebih kreatif seperti menggunakan penggunaan teknologi,

animasi, nota ringkas, dan sebagainya.

Saya akan pastikan bahawa semua para pelajar dapat menguasai pembelajaran

terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti pengukuhan.

Saya telah menggunakan pendekatan baru iaitu pendekatan dua hala atau lebih

berpusatkan guru dan pelajar serta penggunaan kaedah sumber digital iaitu

animasi semasa menjalankan sesi pembelajaran yang seterusnya.

Saya turut menggunakan pendekatan berbahasa iaitu kemahiran berfikir

(menganalisis) dan juga kecerdasan pelbagai (kinestetik).

i. Langkah Mengatasi

Rujuk lampiran 1 (macro teaching 2).

5

ii. Pengumpulan Data

Selepas langkah-langkah mengatasi dijalankan, satu tinjauan dilakukan untuk

mengetahui sejauhmanakah tahap keberkesanan langkah yang dilaksanakan itu mencapai

objektif ataupun tidak. Tinjauan yang dilakukan dengan mengutip data seperti berikut :

1. Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku para pelajar semasa

proses P&P berlangsung dan didapati para pelajar makin tertarik dan telah

menunjukkan minat untuk mengikut proses P&P.

Para pelajar mula memberi respon dan wujud hubungan interaktif antara

guru dan para pelajar semasa P&P dijalankan.

2. Latihan

Saya telah memberi kerja rumah yang berbentuk latihan untuk mengetahui

sejauhmana tahap pemahaman mereka berdasarkan kepada P&P yang telah

dijalankan.

Para pelajar sudah paham dan boleh membezakan ketiga-tiga aspek yang

terdapat dalam kesan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

3. Ujian Pra (tarikh laksana : 6 Mei 2014)

Ujian Pra telah dijalankan kepada para pelajar untuk mengesan tahap

pemahaman dan penguasaan mereka terhadap topik faktor kejayaan dan

kesan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Para pelajar mendapati telah berjaya melengkapkan dan mengenal pasti

aspek-aspek kesan pemerintahan dengan betul.

iii. Aspek yang difokus

Tahap pemahaman dan penglibatan para pelajar terhadap P&P.

Gaya pengajaran dan kreativiti guru dalam proses P&P.

6

6.0 Analisis Data / Maklumat Yang Diperolehi

Berdasarkan pendekatan macro teaching 2, masalah yang saya hadapi dapat

diselesaikan dengan baik. Para pelajar mula memahami pengajaran yang saya ajar

terutamanya dalam tajuk faktor kemenangan Jepun mengalahkan British dan juga kesan

pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Para pelajar mula mengenal pasti dan tahu

mengelaskan aspek-aspek kesan yang ada berdasarkan kepada tiga aspek utama iaitu dari segi

politik, ekonomi dan sosial.

Antara bukti yang dapat mengatakan bahawa aktiviti yang saya lakukan ini telah

berjaya dapat dilakukan iailah melalui pengumpulan data. Pertama melalui pemerhatian,

berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan sepanjang ketiga-tiga aktiviti yang berlangsung

saya mendapati bahawa para pelajar telah berjaya melaksanakan aktiviti tersebut dengan

jayanya. Saya telah melakukan tiga aktiviti iaitu “bola ajaib dan pintu doremon”, “kami

faham” dan juga “mini games”. Berdasarkan aktiviti ini, saya telah mengeluarkan beberapa

jenis soalan untuk menguji tahap pemahaman para pelajar. Hasilnya, mereka telah berjaya

untuk mengenal pasti dan menjawab soalan dengan betul. Soalan terdiri daripada pelbagai

jenis sama ada berbentuk objektif, subjektif mahupun struktur. Malah, mereka telah

menunjukkan hubungan interaksi yang agak aktif dalam kalangan mereka di dalam kumpulan.

Selain itu, saya turut memberi latihan kepada pelajar untuk dilakukan di rumah.

Bentuk latihan ini sama juga ada objektif, subjektif dan juga struktur. Arahan saya, para

pelajar dikehendaki menjawab soalan dan lembaran kerja tersebut perlu dilekatkan di dalam

buku latihan serta perlu dihantar kepada saya untuk disemak. Apabila saya mengutip buku

latihan tersebut, saya mendapati mereka telah berjaya membuat dan hampir keseluruhan

adalah betul. Hal ini telah menunjukkan perubahan yang baik di dalam peningkatan

pemahaman serta prestasi mereka.

Begitu juga dengan ujian pra yang diadakan iaitu untuk menguji tahap pencapaian

mereka. Ujian ini adalah berbentuk objektif di mana pelajar perlu memilih jawapan yang

terbaik dan betul bagi setiap jawapan. Kesemua pelajar telah menduduki ujian ini. Apabila

ujian ini selesai dijalankan, saya akan melakukan proses penyemakan. Saya mendapati,

mereka telah menjawab dengan bersungguh-sungguh dan mempunyai persedian yang

lengkap. Mengikut hasil purata ujian ini, para pelajar telah berjaya melepasi gred lulus yang

telah ditetapkan. Tidak ada seorang pun yang gagal dalam ujian ini. Oleh itu, pendekatan

7

yang saya gunakan ini adalah berjaya untuk diteruskan lagi pada masa hadapan. Rujuk rajah

1.

Oleh itu, berdasarkan pengumpulan data ini saya dapat membuktikan bahawa

pendekatan yang saya lakukan ini telah berjaya mencapai objektif.

Rajah 1 : carta keputusan ujian pra.

7.0 Cadangan Untuk Kajian Masa Hadapan

Sebagai lanjutan daripada kajian ini, beberapa cadangan telahpun diberikan untuk

memantapkan lagi cara pengajaran dan proses P&P pada masa akan datang.

Bagi aktiviti 1, iaitu aktiviti “Bola dan Pintu Ajaib Doremon”, secara keseluruhan

boleh dikatakan agak baik dan memuaskan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu

diperbaiki lagi. Aktiviti ini jika dilihat ia agak biasa dijalankan di hampir kesemua kelas tidak

kira dari pelbagai subjek yang lain. Oleh itu, para pelajar akan berasa bosan atau lebih

mengetahui aktiviti tersebut daripada guru yang mengajar. Aktiviti ini memerlukan lebih

banyak kreativiti agar para pelajar tidak merasakan ia sesuatu yang biasa. Selain itu, semasa

menjalankan aktiviti ini bola tidak digalakkan untuk digunakan. Hal ini kerana, bola itu

bersifat bulat dan ia sangat digemari oleh semua lapisan pelajar. Apabila para pelajar

mendapat bola tersebut, mereka akan terlebih “suka” atau teruja dan besar kemungkinan

Keputusan Ujian Pra

lulus

gagal

8

mereka akan pegang dan membalingkan bola tersebut dengan laju dan sebagainya. Kita akan

melihat kesannya seperti, bola tersebut mudah jatuh, baling terkena kawan-kawan dan

sebagainya. Apabila perkara ini terjadi, ia akan memakan masa aktiviti yang dijalankan serta

boleh berlaku perkara luar jangka yang lain. Oleh itu, cadangan terhadap aktiviti ini boleh

menukarkan penggunaan bola tersebut kepada kotak comel dan sebagainya.

Selain itu, terdapat cadangan lain iaitu memberikan edaran lembaran kerja berbentuk

latihan mengisikan tempat kosong atau kenyataan berbentuk soalan. Edaran ini akan diberikan

kepada semua pelajar. Semasa aktiviti sedang berlangsung, bagi pelajar yang terkena bola

tersebut perlu ke hadapan untuk menjawab soalan yang dibuka dari pintu Doremon, pelajar

akan buka dan menjawab soalan tersebut. Maka, bagi para pelajar yang duduk mereka perlu

mencari soalan dan tulis jawapan yang betul terhadap edaran yang disediakan. Soalan di

dalam pintu dan di dalam edaran itu adalah sama. Hal ini dapat mengukuhkan lagi tahap

pemahaman para pelajar. Walaupun guru memberi arahan supaya menyalin soalan tersebut ke

dalam buku, besar kemungkinan mereka tidak sempat kerana laju dan sebagainya. Maka,

dengan memberi edaran ini masalah tersebut dapat diselesaikan.

Bagi aktiviti 2 pula, iaitu aktiviti “Kami Faham” adalah aktiviti yang baik kerana ia

melibatkan kesemua para pelajar. Petikan yang diberikan itu terdapat ketiga-tiga aspek iaitu

politik, ekonomi dan juga sosial yang diletakkan secara bercampur antara kata kunci dan

pecahannya. Para pelajar dikehendaki mengenal pasti antara kata kunci utama dengan

pecahannya. Aktiviti ini dapat menguji tahap pemahaman bagi setiap pelajar. Namun, terdapat

sedikit kesilapan yang saya lakukan di mana semasa saya menerangkan dan berbincang

jawapan yang betul bersama-sama dengan para pelajar. Saya menggunakan alat bantu

mengajar iaitu berbentuk kad yang berisi jawapan bagi setiap aspek yang wujud. Saya telah

melekatkan kad-kad jawapan tersebut di papan putih semasa membincangkan jawapan.

Semasa saya meletakkan kad-kad tersebut, saya tidak mempunyai interaksi bersama dengan

pelajar. Selain itu, kad yang saya gunakan itu tulisannya sangat kecil sehingga terdapat

pelajar yang berada di belakang tidak nampak. Oleh itu, cadangan bagi aktiviti ini ialah

semasa sesi perbincangan jawapan tersebut, saya perlu menggunakan pendekatan dua hala

iaitu berpusatkan guru dan pelajar. Pendekatan ini akan memberi peluang untuk para pelajar

memberi respon dan dapat mewujudkan hubungan interaksi di dalam kelas. Selain itu, kad-

kad yang saya gunakan itu perlu dibesarkan tulisannya agar semua pelajar dapat melihat dan

membaca.

9

Aktiviti yang terakhir iaitu “Mini Games”. Aktiviti ini sangat bagus dan dilihat sangat

kreatif. Pembahagian kumpulan adalah sangat berbeza dari biasa iaitu berdasarkan gula-gula

yang mempunyai pelbagai perisa. Namun, semasa aktiviti ini dijalankan terdapat sedikit

masalah iaitu semasa saya memberi arahan. Para pelajar kelihatan sangat teruju sehingga

kelas tak dapat dikawal dan sedikit bising. Ada sesetengah kumpulan tidak memberi perhatian

semasa saya memberi arahan. Apabila keadaan ini berlaku, cadangan yang sesuai untuk

mengatasi masalah ini adalah dengan menunjukkan model “mini games” tersebut terlebih

dahulu. Saya perlu memberi arahan berdasarkan model tersebut. Arahan dan cara bermain

perlulah jelas dengan memberi contah berdasarkan model yang ditunjukkan atau yang

dilekatkan di papan putih. Cara ini dapat mengatasi masalah jika kelas tidak dapat dikawal

dan para pelajar dapat mendengar arahan dengan jelas.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menambahkan satu kaedah baru iaitu dengan

menggunakan sumber digital sejarah yang dapat menggantikan peranan muzium dan arkib

dalam membantu para pelajar memahami sejarah dengan lebih baik. Sumber digital sejarah

merupakan satu kaedah untuk mengkaji peristiwa masa lampau menggunakan sumber-sumber

sejarah yang telah diproses secara elektronik (Ivan, 2009). Sumber yang digitalkan seperti

teks, imej dan artifak dapat memberi kemudahan dan kebebasan kepada saya untuk

mengakses dan menggunakannya di dalam bilik kelas semasa proses P&P. Keupayaan saya

menggunakan sumber digital sejarah ini dalam P&P dapat memberi peluang dan ruang kepada

para pelajar untuk meneroka, mentafsir dan mencari makna di sebalik bahan bukti sejarah.

Malah, terdapat unsur multimedia yang terdapat dalam sumber digital menggabungkan teks,

audio dan imej. Elemen ini telah menawarkan murid dengan mempunyai pelbagai gaya

pembelajaran untuk berfikir tentang permasalahan dalam sejarah. Keadaan ini juga

mewujudkan sifat inkuiri dalam sejarah iaitu satu proses untuk mencari kebenaran tentang

masa lampau.

Saya memfokuskan kepada penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat.

Ia akan kelihatan seperti hidup atau realistik berbanding dengan penggunaan teks semata-

mata. Selain itu, animasi juga akan memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi

membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin saya

sampaikan. Penggunaan animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks

secara visual dan juga dinamik. Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu

menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya. Ia membolehkan para pelajar

memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. Ia secara tidak

10

langsung akan mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut

dalam tempoh yang lebih lama di dalam ingatan para pelajar.

Rujukan

Ivan C. Sibero (2009). Membuat Model dan Animasi Transformers dengan 3D Max.

Penerbit : Kuala Lumpur.

Siow Heng Loke (2005). Pedagogi Merentas Kurikulum. PTS Professional : Kuala Lumpur