kajian tindakan

Upload: hassan-bohari

Post on 02-Mar-2016

441 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KAJIAN TINDAKANSejarah

Konsep kajian tindakantelah dipelopori olehJohn Deweydi Amerika Syarikat pada tahun 1920an, tetapi tidak mendapat sambutan sehinggalah selepas perang dunia kedua. Pada tahun 1946, seorang ahli psikologi sosial, Kurt Lewin mula menggunakan pendekatan kajian tindakan dalam usaha menyelesaaikan masalah komuniti setempat. Perkembangan pelaksanaan penyelidikan tindakan dalam bidang pendidikan pula telah dipelopori oleh Steven Corey dari Kolej Guru, Universiti Columbia, Amerika Syarikat pada tahun 1953 apabila beliau menggunakan kajian tindakan sebagai pendekatan dalam projek penyelidikan guru-guru di sekolah.Kajian tindakan ketika itu telah didefinisikan sebagai proses penyelidikan amalan kendiri bagi menyelesaikan masalah dalamanguru.Dalamtahun 1970an, kajian tindakan telah mendapat perhatian antarabangsa apabila Lawrence Stenhouse memperkenalkan konsep guru sebagai penyelidik, melaluidua projek penyelidikan iaitu (i)Humanities Curriculum Project(HCP) pada tahun 1975 dan (ii)Research as a Basic for Teachingpada tahun 1978 di Norwich, England. Seterusnya pada tahun 1976, John Elliot dan Clem Adelman dalamFord Teaching Projecttelah memperkembangkan lagi konsep guru sebagai penyelidik apabila memperkenalkan pula pelaksanaan kajian tindakan dalam bilik darjah (classroom action research).Di Australia, kajian tindakan digunakan sebagai pendekatan untuk membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pelopornya seperti Steven Kemmis menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan penyelidikan yang mampu mempertingkatkan profesionalisme guru (Kemmis & McTaggart,1988). Di Australia juga, Baird, Fensham, Gunstone, dan White (1989), melalui projek PEEL (Project for Enhancing Effective Learning) telah menjalankan kajian tindakan secara kolaboratif, di mana ahli akademik di pusat pengajian tinggi bekerjasama dengan guru secara berkumpulan bagi menjalankan kajian tindakan. Perkongsian antara konsultan luar dengan guru dilakukan atas andaian adalah sukar bagi guru melaksanakan peranan sebagai penyelidik di sekolah secara bersendirian.Di Malaysia pula, kajian tindakan mula diperkenalkan kepada guru melalui program PIER (Project Innovation, Excellence and Research) yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1993. Pihak kementerian pada masa itu telah berusaha untuk menggalakkan budaya menyelidik dalam kalangan guru sekolah (Arfah, 1993; Jamil,2002).Sehingga kini, tempat kajian tindakan dalam pendidikan adalah sangat jelas. Selepas lima tahun semenjak Lewin memperkenalkan idea kajian tindakan, genre ini telah berkembang dan berubah. Kajian tindakan dilihat sebagai penyelidikan yang berfungsi sebagai satu pelengkap (complementry) dan boleh bergabung dengan kaedah inkuiri yang lain. Sebagai contoh Stenhouse (1975) menyatakan bahawa kajian tindakan dan idea guru sebagai penyelidik merupakan idea beliau memperkenalkan cara untuk memperbaiki pendidikan melalui pemberian kuasa kepada guru dengan melibatkan mereka dalam pembentukan kurikulum.

DefinisiSecara amnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya.

Guru jugaboleh menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka dalam memahami sesuatu perkara atau topik yang diajar. Melalui penyelidikan yang dijalankan, guru akan beroleh maklumat bagi merangka suatu tindakan yang bakal diambil, diikuti oleh suatu penyemakan sama ada tindakan yang diambil itu berkesan atau tidak. Sekiranya tidak berkesan, maklumat baru akan dikumpul bagi membuat tindakan susulan dengan diikuti penyemakan seterusnya. Penyelidikan ini dijalankan secara berterusan sehinggalah penyelesaian ditemui untuk masalah yang dihadapi. Oleh itu, kajian tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu penyelidikan dengan tindakan agar tindakan yang diambil oleh guru adalah tindakan yang berasaskan fakta atau maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan oleh guru sendiri sebagaipengamal.Terdapatbeberapadefinisiyang sering dirujuk tentang kajiantindakan:Elliot(1981)-Elliot menyifatkan kajian tindakan sebagai suatu kerangka penilaian kendiri (framework for self evaluation) dan pendekatan yang digunakan, mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam lingkungan situasi sosial yang terdiri daripada guru, pelajar, pentadbir, ibu bapa dan individu-individu lain yang berkepentingan. Menurutnya, kajian tindakan juga merupakan penyelidikan situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri. Definisi yang selalu dijadikan rujukan, khususnya di Malaysia, ialah kajian tindakan guru berkaitan dengan permasalahan harian yang dilalui oleh guru, bukannya masalah teoritikal seperti mana yang dikemukakan oleh penyelidik akademik.Ebbut (1985)-Ebbut mendefinisikan kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.McNiff (1988)-McNiff mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menyedari amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru lain.Cochran & Lytle (1990)- Cochran & Lytle mentakrifkan kajian tindakan sebagai penyelidikan berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan oleh guru. Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik perhatian mereka. Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian daripada literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke arah pembinaan struktur pendidikan.Kember & Gow (1992)-Kember & Gow menyatakan kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) yang cuba membaiki pengajaran mereka melalui lingkaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi.Calhoun (1993)-Calhoun menyatakan bahawa kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kajian tindakan individu (individual action research), di mana kajian tindakan dilaksanakan oleh guru secara bersendirian; kajian tindakan kolaboratif (collaborative action research), iaitu penyelidikan yang dilaksanakan oleh sekumpulan guru dengan individu di institusi pengajian tinggi atau yang setaraf dengannya;school wide action research, iaitu penyelidikan yang melibatkan seluruh staf atau guru bersama konsortium sekolah.McBride & Schostak (1994)-kajian tindakan merupakan refleksi tentang pengajaran sendiri yang dilakukan dalam satu putaran perubahan, di mana fokus utama adalah untuk memperbaiki amalan kendiri.

Jenis

Kajian tindakan boleh dibahagikan kepadatiga jenisiaitukajian tindakan teknikal(technical action research),kajian tindakan praktikal(practical action research) dankajian tindakan bebas(emancipatory action research) (Carr & Kemmis 1986; Grundy 1982). Menurut pengkaji-pengkaji ini, tujuan kajian tindakan teknikal adalah lebih kepada keberkesanan dan kecekapan pendidikan atau lebih tertumpu kepada produk. Projek di bawah jenis ini (kajian tindakan jenis teknikal) dimulakan oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamal-pengamal banyak bergantung pada fasilitator tersebut.Kajian tindakan praktikalpula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal menyelidik secara bersama dan mengalakkan penglibatan serta refleksi kendiri pengamal-pengamalnya. Sementarakajian tindakan bebasadalah masih melibatkan fasilitator dan pengamal penyelidik bersama secara kolaboratif. Kajian tindakan bebas menggalakkan tanggungjawab dikongsi sama rata oleh pengamal dan pengamal bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan demokrasi.Bagi Calhoun (1993) pula, beliau membahagikan kajian tindakan kepada tiga senario iaitu kajian tindakan individu (individual action research), kajian tindakan kolaboratif (collaborative action research) dan kajian tindakan seluruh sekolah (schoolwide action research). Kajian tindakan individu adalah kajian yang dilaksanakan secara individu manakala kajian tindakan kolaboratif pula dilaksanakan oleh kumpulan guru secara sukarela dengan pensyarah universiti. Kajian tindakan seluruh sekolah adalah kajian yang melibatkan seluruh kakitangan dan guru sekolah secara bersama melaksanakan kajian.McNiff et al (2002) membahagikan kajian tindakan kepadatiga pendekataniaitu, pertama,pendekatan interpretif(interpretive approaches) iaitu pendekatan yang mengakui kewujudan pengamal sebagai peserta kajian yang sebenar di dalam kajian; kedua,pendekatan teoritik kritikal(critical theoritic approaches) iaitu pendekatan yang membolehkan orang menjadi sedar tentang kekuatan sejarah dan budaya yang telah mempengaruhi mereka dan situasi serta proses membuat teori adalah terhad pada kenyataan secara retorik daripada wujud dalam amalan mereka sendiri; dan ketiga,pendekatan teori hidup(living theory approaches) iaitu pendekatan yang menggalakkan pengamal sendiri yang mengemukakan penghuraian dan penjelasan mereka bagi pembelajaran mereka sendiri.Walau apapun jenis atau senario ataupun pendekatan kajian tindakan yang dikemukakan, tujuan utama seharusnya adalah untuk menambahbaikkan amalan secara sistematik. Malahan tiga jenis kajian tindakan yang diutarakan boleh dilihat sebagai peringkat-peringakat perkembangan dalam amalan kajian tindakan. Kajian tindakan boleh dimulakan dengan kajian tindakan teknikal, perlahan-perlahan berkembang kepada kajian tindakan praktikal dan seterusnya kepada kajian tindakan bebas.

TujuanMenurut Carr dan Kemmis (1986), terdapat dua tujuan utama pelaksanaan sesuatu kajian tindakan:(a) Menambah baik- merujuk kepada penambahbaikan dalam tiga peringkat iaitu: penambahbaikan terhadap amalan; penambahbaikan kefahaman terhadap amalan oleh pengamal; dan penambahbaikan terhadap situasi di mana amalan diamalkan.(b) Melibatkan- merujuk kepada penglibatan pengamal yang mengamalkan sesuatu bidang.

Dalam bidang pendidikan, sering kali akan terdapat sesuatu yang tidak kena dengan amalan pengajaran dan pembelajaran, dan ini menuntut pemulihan keadaan. Misalnya, katakan sebilangan pelajar tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran apabila diajar oleh seorang guru yang baru mengambil alih tugas daripada guru lain. Situasi sebegini dapat diatasi melalui pelaksanaan suatu penyelidikan bagi mengembalikan minat kumpulan pelajar berkenaan terhadap mata pelajaran tersebut, yakni suatu penambahbaikan terhadap amalan. Penyelidikan juga boleh dijalankan bagi memahami punca minat sekumpulan pelajar menurun apabila berlaku pertukaran guru yang mengajar; untuk mengetahui sama ada perubahan yang berlaku adalah berikutan ciri guru atau ciri topik yang diajar oleh guru suatu penambahbaikan terhadap kefahaman guru terhadap amalan. Malah penyelidikan tindakan juga dapat dilaksanakan bagi mengubah situasi di mana masalah kekurangan minat berlaku, contohnya dengan mewujudkan elemen baru. Misalnya, penggunaan pendekatan bercerita dalam pengajaran guru bagi meningkatkan kembali minat terhadap pengajaran.Ini bermakna, kajian tindakan bukan sahaja membantu memahami amalan serta menambah baik amalan, malah membantu menyesuaikan amalan dengan perubahan yang berlaku di luar, serta mengubah apa yang berlaku di luar bagi menambah baik amalan. Sebagai contoh, kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut guru menyesuaikan amalan pengajarannya dengan mengemas kini fakta-fakta yang disampaikan; fakta-fakta terkini dapat dicapai melalui internet. Guru juga boleh mencari jalan untuk mengesan dan menghalang amalan memplagiat dalam kalangan pelajarnya dengan menggunakan kemudahan internet; seperti mewajibkan pelajar menyertakan senarai rujukan alamat URL laman web yang dirujuk oleh pelajar. Suatu lagi matlamat kajian tindakan ialah memastikan penambahbaikan berlaku terhadap guru dari segikefahaman terhadap perubahan yang berlaku serta amalan bertindak balas dengan perubahan itu.Kesimpulannya, kajian tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya iaitu menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan serta menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usahaitu.Dalamhal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya yang boleh menambah tingkat tahap keprofesionalisme yang dimilikinya.

KonsepKemmisdan McTaggart (1988), menggariskan beberapa konsep penting dalam kajian tindakan iaitu:1. Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambah baik atau membaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut.2. Kajian tindakan adalah bersifat penglibatan (participatory) iaitu berusaha ke arah memperbaiki amalan mereka sendiri.3. Kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-reflectivespiral) iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai, mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai, mereflek.4. Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki suatu amalan pendidikan.5. Kajian tindakan melibatkan aktiviti menyimpan rekod, mengumpul dan menganalisis pertimbangan (judgement), reaksi dan tanggapan terhadap apa yang berlaku sebagai bukti.6. Kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi iaitu kita merekod perkembangan dan refleksi kita tentang proses pembelajaran.7. Kajian tindakan melibatkan penyelidik dalam membuat analisis kritikal (critical analysis) terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, sistem) mereka bekerja.Kajian tindakan dimulakan secara kecil (start small) dan kemudian ke arah perubahan yang lebih besar.8. Kajian tindakan bermula dengan kitaran kecil (small cycles) yang terdiri daripada merancang, bertindak, menilai, mereflek supaya dapat membantu untuk mentafsir isu, idea, dan tanggapan dengan lebih jelas.Sebelum penyelidikan layak dikenali sebagai kajian tindakan, Grundy dan Kemmis (1981) telah menyenaraikan tiga prasyarat yang perlu dipatuhi iaitu:1. Projek tersebut menjalankan kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki.2. Projek berjalan mengikut satu kitaran pusingan iaitu setiap pusingan terdiri daripada turutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati, dan mereflek, yang dilaksanakan secara sistematik dan berhubung kait.3. Projek tersebut dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa kehilangan kawalanke atas projek penyelidikan.

Henry dan Henry (1982) sebaliknya pula telah mengubah suai tiga prasyarat kajian tindakan yang dikemukakan oleh Grundy dan Kemmis (1981) untuk diaplikasikan ke dalam bidang pendidikan. Mereka berpendapat suatu projek penyelidikan layak dilabelkan sebagai kajian tindakan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:1. Projek yang berbentuk kolaborasi sama ada antara guru dengan guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibu bapa.2. Projek dijalankan harus merangka suatu perancangan yang boleh dilaksanakan, dipantau dan direkodkan dalam bentuk kitaran serta mempunyai dinamika dalaman untuk menjana kitaran-kitaran berikutnya.3. Projek harus mempunyai keupayaan memberi sumbangan pada proses pengajaran dan pembelajaran secara jelas.Henry dan Henry(1982) berpendapat bahawa projek penyelidikan yang mempunyai satu kitaran tidak boleh dianggap sebagai kajian tindakan, sebaliknya hanya sebagai satu projek penyelesaian masalah. Elliott (1991) mencadangkan satu-satu projek penyelidikan kajian tindakan sekurang-kurangnya mempunyai tiga kitaran atau satu tahun pengajian. Walau bagaimanapun, Boomer (1980 dalam Grundy & Kemmis 1981) dalam projekNegotiating the Curriculummenyatakan bahawa kebanyakan laporan kajian tindakan dalam projek tersebut hanya menampakkan satu kitaran sahaja.

Ciri-CiriTerdapat tiga ciri penting kajian tiindakan yang membezakannya daripada penyelidikan-penyelidikan lain. Ciri-ciri tersebut ialah (a) amalan reflektif yang perlu ada pada pengamal bidang, (b) penglibatan pengamal dalam penyelidikan yang dijalankan, dan (c) lingkaran penyelidikan yang dijalankan secara berterusan.(a) Elemen Reflektif

Kajian tindakan membawa dua manfaat utama iaitu, kajian tindakan menggalakkan guru untuk mereflek amalan mereka dan seterusnya akan menggalakkan perubahan terhadap amalan tersebut. Oleh itu, kajian tindakan sebagai penyelidikkan untuk menambah baik amalan oleh individu pengamal yang memerlukan mereka sentiasa memikir kembali segala tindakan yang dilakukan dalam amalan harian mereka. Seorang guru yang profesional perlu sentiasa mengimbas kembali pengajarannya tentang apa yang berlaku semasa pengajarannya setelah selesai mengajar sesuatu perkara. Tanpa mengimbas kembali atau membuat refleksi terhadap aksi-aksi pengajaran yang telah berlaku, kajian tindakan tidak boleh berlaku.(b) Elemen Penglibatan

Satu ciri untuk kajian tindakan ialah individu yang melaksanakan penyelidikan, iaitu guru, akan terlibat dengan penyelidikan tersebut. Secara amnya, masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang bersifat setempat (natural setting) dan unik. Ini memerlukan penelitian khusus oleh guru yang terlibat. hal ini bermakna, hanya guru yang terlibat seharusnya bertanggungjawab ke atas penyelesaian kepada masalah berkenaan. Memandangkan hanya guru yang lebih memahami situasi yang dihadapi, maka ia jugalah yang paling layak untuk menilai dan mempertimbangkan tindakan yang seharusnya diambil. Di samping itu, masalah yang dihadapi melibatkan guru sebagai individu yang memiliki keupayaan, kepercayaan, pemikiran serta pengetahuan sedia ada yang hanya diketahui oleh guru tersebut. Oleh itu, bagi mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi, suatu penyelidikan wajar dijalankan olehh guru yang terlibat bagi membolehkannya mengambil sesuatu tindakan yang lebih tepat daripada penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik luar.(c) Elemen Lingkaran

Kajian tindakan bukanlah suatu penyelidikan yang berhenti setelah penyelesaian ditemui. Walaupun setiap kajian akan mempunyai suatu penghujung, namun kajian tersebut merupakan penyelidikan yang berlangsung dalam lingkaran yang berterusan. Lingkaran pertama- merancang, bertindak, memerhati, mereflek tidak akan berhenti, sebaliknya akan diteruskan dengan merancang tindakan seterusnya. Kajian tindakan jarang sekali memberi penyelesaian muktamad bagi sesuatu masalah yang dihadapi. Pada peringkat pemerhatian dan refleksi, maklumat baru akan diperoleh bagi masalah yang dihadapi, yang menuntut kajian tindakan. Ada kalanya beberapa masalah baru akan timbul yang memerlukan penyelidikan lain dijalankan di bawah penyelidikan sedia ada.Madzniyah et al.(1995) telah merumuskan bahawa ciri-ciri kajian tindakan boleh dilihat dalam dua aspek iaitu:1. Aspekpendekatan kajian Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran perkembangan iktisas guru yang sistematik melalui kritikan yang membina Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri.2. Aspek alam persekitaran kajian Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif Memberi fokus pada suatu isu atau masalah di persekitaran sekolah Melibatkan tindakan inferensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan jangkaan

LewinMenurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah berikut.

SomekhModel kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.

Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci.

CRASP Zuber-SkerrittModel Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian tindakan iaitu:1. critical collaboration enquiry by2. reflective practitioners who are3. accountable in making the results of their enquiry public,4. self-evaluative in their practice, and engage in5. participative problem solving and continuing professional developmentMenurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama, bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah demi peningkatan profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan penyelidikan.

McKernanMenurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat keputusan.

Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt. pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum.

Altrichter et.alMenurut Altrichter et al (1993) , setiap projek kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jadi mereka keberatan untuk menyediakan model yang menunjukkan langkah demi langkah kerana ini akan membataskan laluan yang pelbagai untuk ditujui. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kajian tindakan bermula dengan mencari titik permulaan (A). Kemudian, pungutan data dilakukan dan data dianalisis dan seterusnya ini memberi penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu strategi tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). Sesuatu strategi tindakan yang baru tidak semestinya akan dapat menyelesaikan masalah. Maka langkah baru bagi mendapatkan penjelasan akan dilakukan (C ke B) yang akan membawa kepada pembentukan strategi tindakan yang selanjutnya. Hasil kajian perlu dikongsi dengan orang ramai. Model ini ditunjukkan pada Rajah berikut.

McBride & SchostakMcBride&Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang bermula dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

JohnsonJohnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses pelaksanaan kajian tindakan. Langkah-langkah tersebut ialah:1. mengenal pasti masalah,2. membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara pemungutan3. memungut dan menganalisis data,4. merumus serta5. berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan.Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah di bawah menggambarkan model ini.

Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam penyelidikan. Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa kerana tidak mempunyai langkah-langkah yang lebih berstruktur.

Proses 11. Idea Permulaan

Suatu kajian tindakanbermula dengan satu idea bahawa suatu perubahan atau penambahbaikan diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut akan terbit daripada rasa prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakui, di mana suatu masalah sedang dihadapi. Contohnya, apabila hampir separuh pelajar sebuah kelas gagal dalam ujian topikal yang baru dijalankan yang membuatkan guru berasa sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan kembali situasi; guru mendapati segelintir pelajarnya tidak memberi sokongan dalam tugasan kumpulan yang diberikan, membuat guru ingin mengetahui sebabnya; guru mendapati seorang guru mata pelajaran lain menggunakan teknik pengajaran berasaskan ICT dengan jayanya di dalam kelas, dan beliau ingin mengetahui sama ada teknik tersebut boleh berjaya diaplikasikan dalam mata pelajaran yang diajarnya atau sebaliknya. Oleh itu guru tersebut mencari jalan untuk mengaplikasikan ICT dalam mata pelajaran yang diajarnya dan mencubanya dalam tindakan kelas. Pendek kata, seseorang pengamal (guru) akan sentiasa berdepan dengan masalah, yang terjadi apabila nilai-nilai yang dipegang bertentangan dengan apa yang berlaku dalam amalan, yang menyebabkan suatu penambahbaikan perlu dicari (Kemmis & Mctaggart,1982; Whitehead,1985). Situasi tersebut akan memberi idea untuk memulakan suatu kajian tindakan.Kemmis & McTaggart (1988) menggariskan empat langkah penting bagi menjalankan kajian tindakan; (a) membina suatu rancangan tindakan bagi membaiki sesuatu yyang sedang berlangsung, (b) melaksana rancangan yang dibina, (c) memerhati kesan pelaksanaan dalam konteks bilik darjah, dan (d) mereflek atau mengimbas kembali kesan yang terjadi sebagai asas untuk merancang tindakan seterusnya.Madzniyahet.al(1995) pula telah mengemukakan prosedur atau proses pelaksanaan kajian tindakan mengikut langkah-langkah berikut:1. Mengenal pasti isu atau masalah atau situasi2. merancang tindakan3. melaksanakan langkah-langkah tindakan4. meninjau dan mengutip data5. tindakan untuk gelungan atau kitaran keduaMcNiff et al (1996) pula berpandangan bahawa asas proses kajian tindakan boleh digambarkan sebagai:1. meninjau amalan semasa2. mengenal pasti sesuatu aspek yang hendak diperbaiki3. membayangkan langkah ke hadapan4. cubamembuat atau mengambil catatan apa yang berlaku5. mengubah suai perancangan berdasarkan apa yang ditemui dan meneruskan tindakan6. menilai model yang telah diubah suai dan seterusnya sehingga berpuas hati dengan semua aspek dalam kajianWalau apapun pandangan ahli akademik di atas, apa yang dapat disimpulkan ialah proses suatu kajian tindakan itu ternyata telah memperlihatkan satu kitaran yang jelas yang patut dipatuhi oleh pengamalnya.

Proses 22. Membina Rancangan Tindakan

Setelah mendapat idea awal untuk memulakan langkah kajian tindakan, penyelidik (guru) perlu membina rancangan untuk bertindak ke arah penambahbaikan. Sebagai permulaan, penyelidik perlu menilai situasi sedia ada bagi mendapatkan maklumat yang akan membantunya merancang tindakan yang bakal diambil. Contohnya, apabila hampir separuh daripada sekumpulan gagal dalam ujian topikal yang ditadbir, maklumat terperinci diperlukan tentang soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kumpulan pelajar berkenaan. Maklumat ini dapat diketahui dengan merujuk kepada isi kandungan yang gagal difahami oleh pelajar sehinggakan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan topik berkenaan dalam ujiian topikal. Kemudian berdasarkan maklumat yang terkumpul, penyelidik boleh membentuk soalan penyelidikan:1. Apakah aspek-aspek yang belum difahami oleh pelajar tentang topik yang diajar?2. Apakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami aspek-aspek tersebut?3. Bolehkah masalah ini diatasi dengan mengajar semula topik tersebut dengan kaedahpembelajaran masteri?Setelah soalan-soalan penyelidikan Setelah soalan-soalan penyelidikan dibentuk, penyelidik perlu membina suatu kerangka penyelidikan. Bagi kelas yang terlibat, beberapa ujian diagnostik perlu dibina bagi mengesan kelemahan pelajar,serta beberapa contoh yang lebih mudah digunakan dalam pengajaran semula. kemudian, satu ujian setara dengan ujian topikal hendaklah dirangka bagi memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada pelajar dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.

Proses 33. Melaksana TindakanSetelah membina rancangan tindakan, tiba masanya bagi pelaksanaan. Penyelidik (guru) perlu menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi mengenal pasti soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kebanyakan mereka, diikuti oleh ujian diagnostik bagi mengesan kesukaran serta kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar tentang topik yang diajar.Setelah itu, penyelidik akan mengajar semula topik berkenaan dengan memberi contoh-contoh yang lebih mudah difahami oleh pelajar serta disertai dengan latihan dan bimbingan bagi setiap pelajar secara individu.

Proses 44. Memerhati Kesan Pelaksanaan

Semasa tindakan sedang diambil, penyelidik akan mula mengesan perubahan dalam kalangan pelajar terbabit, jika ada. Tindak balas yang diberikan oleh pelajar semasa pengajaran semula yang memberi fokus terhadap aspek-aspek yang sukar difahami akan memberi maklum balas kepada penyelidik. Akhir sekali, keputusan ujian setara tentang topik yang diajar akan memberi maklum balas sama ada tindakan yang dilaksanakan berjaya mengurangkan bilangan pelajar yang gagal kepada hanya 20% daripada keseluruhan pelajar.

Proses 55. MereflekKesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupunpositif masih boleh dipertingkatkan lagi. Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik mengenal pasti kelemahan dalam ujian diagnostik yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar mungkin gagal menjawab aspek-aspek lain dalam ujian setara, berikutan kefahaman pelajar yang tidak kekal untuk tempoh masa panjang. Secara amnya, penyelidik perlu mencari idea untuk mengatasi masalah retention kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya.

PopulasiSampel

Sampelialah kumpulan(orang, institusi, tempat, atau fenomena)yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji.Contohnya, jika sebuah sekolah mempunyai1200orang pelajar Sains dan240orang pelajardaripada kumpulan itu telah dipilih untuk suatu penyelidikan, maka240orang pelajar tadi dikenali sebagaisampel.

Jenis Populasi

Populasi terbahagi kepada2jenis iaitu: populasi sasaran populasi capaianPopulasi SasaranPopulasi sasaran ialah populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta dijadikan asas untuk membuat generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini jarang dapat diperoleh. Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasipilihan ideal(Fraenkel dan Wallen, 2006).Populasi CapaianPopulasi capaian dikatakan sebagai populasipilihan realistikkerana kebanyakan pengkaji dapat menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dapatan kajian.Contoh untuk memahami konsep populasi sasaran,populasi capaiandansampeladalah seperti berikut:Masalah penyelidikan yang ingin diterokai:Kesan Pembelajaran Berbantukan Komputer terhadap Pencapaian Sains Murid Tahun Lima di Selangor. Populasi sasaran: semua murid tahun lima di Selangor Populasi capaian: semua murid tahun lima di daerah Hulu langat, Selangor Sampel: 10 % murid tahun lima di daerah Hulu Langat, Selangor

Persampelan

Persampelanbermaksud pemilihan suatu kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang ingin diselidiki oleh pengkaji. Persampelan merupakanproses memilihsekumpulan(orang, institusi, tempat, atau fenomena) oleh pengkaji untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili kumpulan besar(orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang dipilih. Tujuan persampelanadalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi(orang, institusi, tempat, atau fenomena). Matlamat persampelanadalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Inibermakna pengkaji mengambil sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian, dan membuat generalisasi berkenaan populasi yang diwakili oleh sampel tersebut. Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.

Persampelan kebarangkalian (rawak)Prosedurpersampelan kebarangkalian adalah sinonim denganpenyelidikan jenis kuantitatif. Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian.Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi. Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah persampelan rawak. Rajah di bawah menunjukkan proses prosedur persampelan kebarangkalian.

Persampelan bukan kebarangkalian (takrawak)Prosedurpersampelan jenis bukan kebarangkalianlazimnya diguna pakai oleh pengkaji dalam penyelidikan bersifatkualitatif.Persampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan.Sebagai contoh, seorang pengetua ingin mengenal pasti pendapat guru-guru di sekolahnya tentang suatu dasar. Beliau memilih 30 orang guru daripada populasi guru seramai 180 orang yang telah mengajar di sekolahnya. Guru-guru berkenaan dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut; (a) pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun, (b) ahli koperasi guru, (c) pernah menjadi ahli jawatankuasa penggubalan dasar sekolah. Memandangkan pemilihan sampel adalah berdasarkan ciri-ciri tertentu, maka terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi sampel penyelidikan pengetua.Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis persampelan kebarangkalian dan persampelan bukan kebarangkalian.

Memandangkan perbincangan penulis lebih menjurus kepada penyelidikankualitatif, maka hanya jenispersampelan bukan kebarangkalianyang dibincangkan dalam konteks persampelan ini.

Persampelan Mudah

Persampelan mudah dikenali juga sebagai persampelan secara kebetulan atau persampelan kesediaan. Di bawah persampelan mudah / Convenience Sampling, pengkaji memilih mana-mana subjek yang ditemuinya, yang paling dekat dengannya. Persampelan jenis ini biasanya digunakan dalam temu bual.Sebagai contoh, pengkaji melakukan kajian untuk mengetahui pendapat peserta seminar tentang keberkesanan program seminar yang dihadiri oleh mereka. pengkaji menemu bual 10 orang peserta, iaitu peserta-peserta yang paling dekat dengannya yang ditemuinya. Dalam kes ini, pengkaji menemui 10 orang peserta yang berada di bahagian hadapan dewan seminar secara kebetulan. Peserta-peserta lain terutamanya peserta yang berada di bahagian belakang dewan tidak mempunyai peluang untuk ditemu bual. Kebarangkalian peserta-peserta yang dipilih adalah berbeza, walaupun pengkaji tidak mempunyai apa-apa kriteria pemilihan responden, dan pemilihan tidak dibuat secara sengaja, pengkaji tidak dapat menganggarkan ralat persampelan kerana prosedur persampelan mudah bukan merupakan persampelan rawak.

Persampelan Tujuan

Persampelantujuan ataupurposive sampling/judgment samplingmerujuk kepada prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya dipilih oleh pengkaji sebagai responden.Sebagai contoh, jika pengkaji ingin mengenal pasti kesedaran pelajar-pelajar sekolah tentang akibat buruk merokok, dan hanya subjek-subjek kajian yang merokok sahaja yang dipilih sebagai responden. Maka, pengkaji telahh memilih subjek kajian berdasarkan tujuan atau kehendaknya. Dalam kes ini, responden-responden kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merokok, yang tidak mewakili seluruh populasi pelajar di sekolah. Sampel begini bukan merupakan sampel rawak dan hasil kajiannya tidak dapat digeneralisasi kepada seluruh populasi pelajar di sekolah kerana sampel tersebut tidak mewakili semua pelajar dalam populasi berkenaan. Keputusan kajian hanya mewakili kumpulan subjek kajian yang dipilih sahaja.

Persampelan Kuota

Persampelan kuota (Quota Sampling) dikenali juga sebagai persampelan rawak berlapis yang bukan kebarangkalian. Dalam prosedur persampelan ini, pengkaji memilih subjek berdasarkan kategori-kategori yang dianggap wujud dalam populasi. Ia adalah berbeza dengan persampelan rawak berlapis kerana dalam persampelan rawak berlapis, subjek dipilih secara rawak dalam kumpulan-kumpulan berlapis. Persampelan kuota sebaliknya dilakukan ke atas kumpulan subjek tertentu (persampelan bertujuan), oleh itu, responden kajian merupakan subjek-subjek berlapis yang dipilih secara kebetulan. Dengan erti kata lain, pemilihan sampel adalah berdasarkan kuota-kuota yang dikategori oleh pengkaji. Dalam prosedur ini, subjek dipilih secara kebetulan sehingga bilangan bagi satu kategori yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi, dan prosedur ini diteruskan untuk memilih subjek-subjek lain dalam kategori-kategori lain sehingga semua kategori dipenuhi.Sebagaicontoh, pengkaji ingin mengenal pasti pendapat pelajar kursus komputer tentang keberkesanan program komputer di sekolah. Pengkaji membahagikan pelajar-pelajar kepada dua kategori iaitu kategori pelajar yang sering menggunakan komputer sekolah (tiga atau lebih daripada tiga kali seminggu) dan kategori pelajar yang kurang menggunakan komputer di sekolah (kurang daripada tiga kali seminggu). Pengkaji memilih 30 orang pelajar untuk setiap kategori berdasarkan kepada kriteria siapa yang ditemui dahulu dipilih, sehingga kedua-dua kategori dipenuhi. Dalam kes ini, walaupun pengkaji memilih satu peratusan tertentu subjek dalam setiap kategori, pemilihan tidak dibuat secara rawak atau ralat persampelan tidak dapat dianggarkan. Oleh itu, keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian di bawah prosedur persampelan kajian ini.

Persampelan DimensionalPersampelandimensional (Dimensional Sampling) biasanya digunakan dalam kajian kes. Hanya sebilangan kecil subjek mempunyai ciri-ciri khas yang diminati pengkaji, dijadikan sebagai responden kajian. Persampelan dimensional digunakan untuk mengurangkan masalah saiz sampel dalam prosedur persampelan kuota. Di bawah persampelan ini, pengkaji mengenal pasti ciri-ciri (faktor-faktor atau variabel bebas) yang diminati dalam populasi dan memilih sekumpulan kecil (sekurang-kurangnya seorang) responden yang mempunyai semua ciri tersebut.Sebagai contoh, dalam kajian kes, pengkaji ingin mengetahui pandangan pegawai-pegawai lelakidan perempuan sebuah organisasi yang bertaraf pekerjaan yang tetap, sementara dan kontrak. Jadual di bawah menunjukkan subjek yang dipilih dengan prosedur persampelan dimensional.

Berdasarkanjadual di atas, subjek bagi setiap kumpulan responden dipilih berdasarkan pemilihan secara kebetulan, iaitu subjek yang mempunyai ciri-ciri tersebut yang ditemui dahulu dipilih sebagai responden kajian.

Persampelan Kes KritikalProsedur persampelan kes kritikal (Critical case sampling) digunakan apabila kajian dilakukan ke atas kes-kes yang spesifik, yang melibatkan tingkah laku yang aneh, luar biasa atau jarang dijumpai. Persampelan kes kritikal ini biasanya digunakan untuk kajian kualitatif atau kajian kes yang bertujuan menyelidik individu atau kumpulan yang unik. Sebagai contoh, pengkaji berminat untuk mengkaji kes-kes berikut; seorang kanak-kanak tadika mengalami kecederaan di sebuah tadika beberapa penghuni rumah terpaksa berpindah kerana kawasan yang didiami mereka mengalami tanah runtuh cara seorang korporat mencapai kejayaan walaupun merupakan individu yang kurang upayaProsedur persampelan ini digunakan dalam kajian bertujuan untuk memahami dan mempelajari secara mendalam tentang sesuatu yang berlaku secara serius, yang mendatangkan kesan kepada masyarakat. Sampel kes kritikal yang digunakan juga dikenali sebagai sampel kes ekstrim.

Persampelan Variasi MaksimumDalam persampelan variasi maksimum (Maximum variation sampling), individu-individu atau kumpulan individu dipilih untuk mewakili tahap terendah dan tahap tertinggi dalam sesuatu variabel (atau ciri) yang mempunyai nilai selanjar.Sebagai contoh, kumpulan pekerja tahap IQ tertinggi dan kumpulan pekerja tahap IQ terendah dalam sesebuah organisasi dipilih sebagai sampel variasi maksimum dalam kajian yang bertujuan untuk menyelidik perhubungan antara tahap IQ dan produktiviti pekerja-pekerja.

Persampelan Bola Salji

Persampelan bola sajli atausnow ball samplingmerujuk kepada prosedur persampelan iaitu, responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk kajian. Prosedur persampelan ini digunakan terutamanya apabila pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Dalam prosedur ini, pengkaji akan mengenal pasti sebilangan kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri yang hendak dikaji. Setelah subjek ditemu bual atau diberi soal selidik untuk dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek-subjek lain dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Kaedah persampelan ini akan dilakukan berterusan sehingga pengkaji memperoleh semua responden yang dikehendaki. Persampelan bola salji ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek kajian tidak diperoleh, terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif, atau tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu.Sebagai contoh, kajian yang dilakukan ke atas pegawai-pegawai sesebuah organisasi yang terlibat dengan kes jenayah tertentu atau kajian yang dilakukan ke atas guru-guru yang terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), atau kajian ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat secara aktif dalam politik. Walaupun prosedur persampelan ini tidak melibatkan pemilihan rawak, ia sesuai digunakan pada keadaan-keadaan di mana prosedur persampelan lain tidak sesuai digunakan.

Format Penulisan Laporan kajian Tindakan EPRD (KPM)

1. Abstrak2. Refleksi P & P3. Isu keperihatinan / Fokus kajian4. Objektif kajiana. Objektif amb. Objektif khusus5. Kumpulan sasaran6. Pelaksanaan Kajiana. Tinjauan masalahb. Analisis tinjauan masalahc. Tindakan yang dijalankand. Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian/ Penilaiani. Pelaksanaan aktiviti 1 Pemerhatian, Refleksiii. Pelaksanaan aktiviti 2 Pemerhatian, Refleksi7. Refleksi kajiani. Penilaian pencapaian tindakanii. Rumusan hasil dapatan kajianiii. Refleksi proses P & P8. Cadangan untuk kajian seterusnya.

JPNS (Selangor)Format Proposal Kajian Tindakan JPNS (Selangor)

Format cover depan lencana sekolah nama sekolah nama penyelidik tajuk kajianFormat isi kandungan1. Nama Sekolah2.Penyelidik3.Tajuk Kajian4.Refleksi Pengajaran & Pembelajaran lalu5.Isu/ Keprihatinan (Fokus Kajian)6.Objektif Kajian6.1Objektif Umum 6.2Objektif Khusus7.Kumpulan Sasaran8.Tindakan yang dicadangkan9.Bahan yang dicadangkan10.Jadual Pelaksanaan11.Kos kajian12.Penutup

CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIANBIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Sekilas Bicara 2

2. Abstrak 3

3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4

4. Fokus Kajian 5

5. Objektif Kajian 5

6. Objektif Khusus 5

7. Kumpulan Sasaran 5

8. Pelaksanaan Kajian 6 - 17

9. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 17

10. Bibliografi 18

SEKILAS BICARA

Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya,maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali ini.

Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyakmematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid pemulihan khas khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca dan melengkapkan.

Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru BesarSK. LKTP Tenggaroh Selatan, guru-guru Penolong Kanan serta guru- guru rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini..

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka,maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik , demi membantu murid-murid yang mempunyai pencapaian rendah di dalam kemahiran asas membaca dan melengkapkan .

Wassalam.

Mat Zaidi b. Dahlan ( GURU PEMULIHAN KHAS ) SK. LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi 2010

1. Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv dalam matapelajaran bahasa Melayu Pemulihan Khas tahap 1 iaitu murid-murid pemulihan khas tahun 2 seramai 2 orang.Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga Februari. Pemerhatian ini khusus untuk melihat penguasaan anak-anak murid saya dalam mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.Saya telah menggunakan kaedah IT Bestari iaitu menggunakan bahan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan menyeronokkan yang memberikan respon yang sangat baik dari kumpulan sasaran yang dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam kaedah IT Bestari ini membolehkan murid mengaksesnya sendiri dengan guru sebagai pembimbing. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap agar dapat membina bahan powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-kemahiran perkataan yang lain dalam Bahasa Melayu khususnya murid-murid Pemulihan Khas .

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Pemulihan Khas SK. Tenggaroh Selatan sejak tahun 2004 lagi, setiap tahun saya mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan. Beberapa cara telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada di kalangan murid tahap satu yang belum menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan dengan baik terutamanya murid-murid pemulihan khas .

Beberapa orang murid pemulihan yang berada dalam tahap satu langsung tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran membaca. Mereka sentiasa menjadi murid yang tersisih apabila berada di dalam kelas. Disebabkan mereka tidak pandai membaca walaupun suku kata yang paling mudah, guru mata pelajaran yang mengajar Bahasa Malaysia sukar untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia akibat daripada masalah tersebut.

Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan sukukata dan mengecam sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan semula sukukata yang disebutkan.Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka mengingat semula suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku kata awalan sebanyak sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal melengkapkan perkataan dengan baik.

Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-murid saya .

2. FOKUS KAJIAN

Murid pemulihan memang sangat bermasalah dalam mengenal perkataan-perkataan tertentu. Saya akan fokuskan kajian kali ini terhadap masalah mengeja,menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv. Antaranya murid tidak dapat mengecam bunyi suku kata dan menyebut perkataan tersebut dengan tepat, mereka juga tidak boleh mengingat bunyi suku kata awalan dan akhiran. Akibat daripada itu, mereka juga tidak boleh melengkapkan perkataan tersebut dengan baik.

Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan perisian powerpoint mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv , saya berharap dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran tersebut dan menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut :

i. Objektif umum

Mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv

ii. Objektif KhususObjektif khusus kajian ini adalah agar

Murid dapat menyanyikan lagu sukukata kv supaya mereka dapat menyebut sukukata dengan betul. murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv Meningkatkan kebolehan murid menggunakan perisian powerpoint dalam menguasai kemahiran melengkapkan perkataan kvkv. Guru dapat menguji keberkesanan perisian powerpoint yang dibina untuk meningkatkan kemahiran murid pemulihan khas dalam mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan Khas Tahun 2 , SK Tenggaroh Selatan.5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.

Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul. Murid juga tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurnaUjian pra ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 ) Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan diuji. Ujian ini mengandungi 24 perkataan kvkv bergambar yang perlu dilengkapkan oleh murid .Murid yang tidak dapat melengkapkan kurang daripada 15 perkataan adalah terlibat dalam kajian ini.Perkataan yang diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan murid berdasarkan gambar. KEPUTUSAN UJIAN PRA.

Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 1 diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat melepasi sasaran markah yang ditetapkan untuk ujian melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang demikian, saya telah membina bahan-bahan latihan secara interaktif dalam bentuk powerpoint bagi mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv bagi membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki dengan lebih baik.

Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah

Kaedah IT Bestari Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan perkataan kvkv ini, saya telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu murid murid menggunakan bahan latihan powerpoint yang telah saya bina khas untuk murid-murid pemulihan yang terlibat.

Aktiviti yang dijalankan Empat aktiviti yang dijalankan iaitua) Nyanyi lagu sukukata dan perkataanb) Eja dan sebut perkataanc) Latihan interaktif sukukata perkataan kvkvd) Latihan melengkapkan perkataan interaktif.

Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata dan perkataan.Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010

Cara pelaksanaan

Guru memaparkan senikata lagu .Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut.Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru.Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulanMurid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan muzikGuru menambahkan pada senikata lagu dengan perkataan berdasarkan lagu suku kata yang diberi.Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk menyanyikan lagu tersebut. Aktiviti 1

CONTOH LAGU SUKUKATA

ba ba ba babe be be bebi bi bi bi bi bibe be be be be bebu bu bu bu bu bubo bo bobo bo bo

Tambahkan perkataan dibelakang bersama gambar

ba ba ba ju

be be be sibi bi bi ru

bi bi bi ri

be be be be be ca

bu bu bu bu bu ku

bo bo la

bo bo la

pengukuhan : Guru menggunakan sukukata dan perkataan lain

Refleksi dari aktiviti 1Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok menyanyikan lagu sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk menyebut sukukata dan perkataan. Mereka juga dapat mengingat sukukata dan perkataan yang disebut. Penggunaan gambar perkataan dihujung lagu juga sedikit sebanyak dapat membantu murid mengingat perkataan kvkv yang digunakan. Pengukuhan dengan perkataan kvkv lain beserta dengan gambar dapat menambahkan lagi perkataan yang boleh diingati murid.

Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan Tarikh : 14 April hingga 17 April 2010

Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk mengeja dan membunyikan sukukata serta menyebut perkataan kvkv yang disediakan.Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara mengeja dan menyebut sukuta akan kedengaran dan murid perlu mengikuti suara sukukata dan perkataan tersebut

Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan

Refleksi dari aktiviti 2Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah saya sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam slaid itu telah ditambahkan suara menyebabkan murid mudah untuk mengikuti suara sukukata dan perkataan. Murid dapat menggunakannya berulang-ulang, ini membolehkan murid mengeja dan menyebut dengan betul

Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan perkataan, isi huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang dibina guru

Cara Pelaksanaan:

Murid menggunakan bahan latihan interaktif powerpoint padan perkataan, mengisi sukukata awal dan akhir ,mengisi huruf tertinggal perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.

Gambar tidak dapat disertakan

Refleksi dari aktiviti 3Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus menggunakan latihan powerpoint yang disediakan. Ini kerana murid dapat menjalankan aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan akhir perkataan, padan perkataan dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara ini sedikit sebanyak membolehkan murid menguasai kemahiran menggunakan komputer dan dengan menggunakan hyperlink dalam powerpoint ini semakin menarik minat untuk murid terus belajar. Saya juga sangat teruja dengan perubahan sikap murid yang telah berminat untuk mengulangi latihan-latihan yang telah saya sediakan itu.Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihan Powerpoint melengkapkan perkataan kvkv dengan betul.Tarikh : 4 Mei hinga 8 Mei 2010

Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui nombor soalan yang diberi.

Gambar tidak dapat disediakan

Refleksi dari aktiviti 4Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan perkataan berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan melengkapkan perkataan ini,sangat membantu mereka melengkapkan sebarang perkataan kvkv. Disamping itu mereka juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan latihan perpandukan komputer dan mereka dapat belajar menggunakan papan kekunci dan tetikus yang ada pada komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan mereka bukan sahaja celik huruf, malahan juga celik IT.

UJIAN POS1. Ujian pos ( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 ) Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk Mengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi melengkapkan 24 perkataan kvkv yang diberikan.Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang daripada 20 perkataan adalah gagal dalam kajian ini.Perkataan yang diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan perkataan murid berdasarkan gambar.

Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 2 diatas. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya melengkapkan perkataan kvkv dan melepasi had yang ditetapkan

Penilaian dan refleksiBerdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa Program IT Bestari yang saya bina menggunakan program perisian powerpoint khusus untuk murid pemulihan ini merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv. Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan murid pemulihan dalam mengenal perkataan kvkv dengan mudah. Mereka telah dapat melengkapkan perkataan kvkv dengan baik berdasarkan gambar ataupun secara lisan. Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan membina bahan-bahan seperti ini untuk kemahiran-kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan yang lain pula. Saya juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada sumbangan idea dan juga kewangan bagi membolehkan saya membina banyak lagi bahan-bahan seperti ini.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkvk. Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti interatif menggunakan aplikasi powerpoint yang telah saya pelajari sebaik mungkin....Insyaallah..

BIBLIOGRAFI

Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (masalah penguasaan 3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd,

Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009OthmanPuteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi baharu KBSR, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

kajian tindakan bahasa melayu tahun 3 (masalah membaca)KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN 3.

AbstarkKajian ini dijayakan bagi mengenalpasti keadah untuk mengatasi masalahmembaca yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Arif. Seramai22 orang murid tahun 3 Arif terlibat sebagai responden dalam kajian ini.

Tinjuan awal kajian ini dilakukan dengan menggunakan keadah pemerhatian hasil kerja murid dan melaksanakan sesi ujian bertulis dan ujian lisan. Hasil tinjauan mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak mahir membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Suatu perancangan tindakan telah diberi tumpuan bagi membolehkan murid mencapai kemahiran membaca.

Guru telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid diberi peluang untuk mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan..Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul.

1.0Pengenalan.1.1Membaca merupakan suatu kemahiran ahasa yang penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan diMalaysia. Kemahiran membaca merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid dalam mempelajari Bahasa Melayu. Bacaan lancar yang dikuasai oleh murid akan memudahkan proses menimbapelbagai ilmu.

1.2Kelemahan menguasai kemahiran membaca akan menjejaskan pengunaan sistem bahasa dan menjejaskan kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Kajian ini jua bertujuan membina kemahiran bacaan dengan sebutan dan intonasi yang betul di kalangan murid.

1.3Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 2 sesi persekolahan 2011. Temubual juga dilakukan kalangan responden kajian tindakan ini.

1.4Sekolah ini mempunyai murid seramai 253 orang murid. Pada keseluruhannya murid-murid di sini adalah berbangsa Melayu dan hanya segelintir sahaja yang berbangsaIndiadan warga asing. Murid murid di sini sudah menjadi kebiasaan bertutur dalam dialek kedearah mereka yang merupakan bahasa berkomunikasi utama di sekolah dan di rumah.

1.5Hanya segelintir murid-murid sekolah ini tidak dapat membaca dengan baik. Ini adalah kerana masalah persekitaran dan kekeluargaan serta tahap kesediaan belajar yang responden alami.

1.6Kebolehan beberapa orang pelajar yang mampu mambaca dengan amat baik mewujudkan suatu situasi yang membina.

2.0 : Fokus Kajian Tindakan.2.1Berdasarkan keadah pemerhatian, didapati semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid mengalami masalah menyesuaikan nada bacaan dengan elemen tanda baca. Murid murid tidak mengendahkan tanda bacaan ketika membaca dengan mengikut intonasi yang betul.

2.2Maslah yang berlarutan akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Maka aspek tanda baca telah menjadi isu yang akan kami kaji dalam kajian tindakan ini.3.0Objektif Kajian Tindakan.3.1Bagi memurnikan kajian tindakan ini, saya telah menetapkan dua objektif utama iaitu objektif sampingan dan objektif utama.

3.2Objektif sampinganyang sasarannya untuk meningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda noktah, tanda koma dan tanda soalan.

3.3Objekif utama pula mensasaran agar murid dapat membaca dengan lancar ketikamengunakan tanda baca dan murid dapat membacanyadengan sebutan serta intonasi yang betul.

4.0Responden yang terlibat.4.1Seramai 22 orang murid tahun 3 Arifterlibat iaitu 12 orang murid perempuan dan 10 oarang murid lelaki.

4.2Seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

5.0Fokus kajian/ Isu keperihatinan.5.1Berdasarkan keadah pemerhatian semasa proses p&p guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Antaranya adalah murid tidak dapat membaca sesuatu petikan atau prosa dengan betul. Ini kerana sebilangan murid tidak mengikut intonasi bacaandan hanya meneruskan pembacaan tanpa menguasai bacaan dengan nada bertanda baca.

5.2Sesi temu bual dengan responden mendapati bahawa mereka tidak memahami fungsi setiap tanda baca dengan nada dangayabacaan yang sepatutnya.

5.3Segelintir responden jugatidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan betul. Responden juga tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan noktah. Jelas responden juga tidak memahami konsep membaca dengan berhenti sekejap ( koma ) dan membaca berhenti tetap ( noktah ).

5.4Responden dibekalkan dengan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah (ADD) dan buku bacaan makanis adalah sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini. Responden dibimbing berkaitan konsep tanda bacaan dan latihan sebagai menguji kefahaman mereka dalam menggunakan tanda bacaan dalam ayat-ayat yang mereka baca, tutur dan tulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.

6.0Persoalan kajian.6.1Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawabbeberapa persoalan yang berkaitan seperti:Adakah responden mengetahui dan faham konsep sistem asas tatabahasa bahasa Melayu?Adakah sistem asas tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu rsponden membaca, bertutur dan menulis dengan baik?

7.0Galuran aktiviti.7.1Dua aktiviti telah digalurkan bagi mengesan masalah membezakan penggunaan tanda baca.Aktiviti pertama akan melibatkan responden membaca ayat yang sama dengan tanda baca berlainan. Sementara aktiviti kedua akan membolehkan responden terlibat dengan permainan bahasa.

7.2bahan-bahan yang digunakan dalam menjayakan aktivti adalah seperti kertas lembaran bacaan dan kad ayat untuk aktiviti pertama. Sementarabalang plastik, radio dan kad arahan.7.3Instrumen dan keadah pemerhatian melibatkan soalan ujian, temu bual dan pemerhatian. Analisa dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan maklumat percapaian murid dalam aspek yang dikaji. Maklumat daripada temubual dan maklumbalas dari rakan guru dapat dijadikan kayu pengukur dalam menilai keberkesanan p&p. Kelebihan dan kelemahan guru semasa mengajar juga dicatatkan. Begitu juga dengan amalan pembelajaran murid.

8.0Perlaksanaan Tindakan.8.1Aktiviti membaca ayat dengan tanda bacaan8.1.1Proses Pengajaran dan Pembelajaran .Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan sesi soal jawab.Seterusnya guru mengedarkan kertas lembaran ( rujuk lembaran 3 ) yang mengandungi ayat yang sama tetapi tanda baca yang berlainan.

Murid diminta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan seterusnya membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan tepat. Guru membimbingmurid membaca dengan intonasi yang betul. Guru juga akan membetulkan kesilapan bacaan murid.

Pada sesi penutup, guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka.

8.1.2Pemerhatian.Pemerhatian telah dilakukan oleh rakan sejawat dan mendapati bahawa semua murid-murid memberikan perhatian dan penglibatan yang aktif semasa proses p&p.Murid-murid jugagembira semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan menggunakan intonasi yang berlainan. Guru juga menunjukkan komitmen dan keyakinan sebagi seorang pendidik.

8.1. 3Refleksi.8.1.3..1Guru mendapati bahawa aktiviti pertama berjaya diajalankan berdasarkan penglibatan semua murid terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang dicatatkan. Penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama kepada guru sepanajang aktivti dijalankan.

8.1.3.2Aktiviti membaca secara kumpulan juga dijayakan dengan berkesan. Ini kerana guru dapat mendengar intonasi bacaan murid yang jelas kedengaran. Penglibatan murid yang aktif serta kawalan kelas yang baik membolehkan objektif serta matlamat pembelajaran tercapai.

8.2.Aktiviti permainan bahasa.Aktivitipermainan bahasa merupkan aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain.8.2.1Proses Pengajaran dan Pembelajaran .8.2.1.1Guru menerangkan cara prmainan dan murid-murid diminta untuk mengingati aliran kotak yang akan dilakukan. Guru mengedarkan sebuah bekas plastik untuk setiap kumpulan, yang mana setiap bekas plastik mempunyai kad simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan tanda soal.

8.2.1.2Guru mengalunkan muzik yang menandakan permainan bahasa bermula. Caranya adalah apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan bergerak secara bergilir-gilir mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik diberhentikan.

8.2.1.3Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak beracun akan mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( ? ). Murid diberi tempoh untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini akan diulang semula setelah murid tersebut berjaya membina ayat dengan betul.

8.2.2Pemerhatian.8.2.2.1Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan murid. Murid kelihatan lebih memahami elemen penggunaan tanda baca. Hampir semua muid dapat membina ayat secara lisan dengan begitu cepat dan betul.

8.2.3Refleksi.8.2.3.1Proses pengajaran dan pembelajaran ini dianggap berjaya kerana murid-murid dapat membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Ini telah membuktikan bahawa aktiviti permainan bahasa ini berjaya mempertingkatkan kefahaman murid.

9.0Cadangan kajian.9.1Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana.

9.2Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem tatabahasa.

9.3Menggunakan kaedah penyelidikan berdasarkan rujukan melalui buku-buku bahasa.

9.4Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah. .

9.5Guru Bahasa Melayu seharusnya mengadakan perbincangan serta pembandingan mengenai kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu sama lain bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi masalah.

9.6Peyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dipaktikan semasa proses pengajaran di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan juga haruslah diuruskan dengan baik seperti mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar supaya alat bantu mengajar dapat dikongsi dan diguna oleh guru-guru yang lain.

9.7Latihan dalam perkhidmatan wajar diadakandalam bentuk bengkel yang dapat memberi guru pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat bantu mengajar seiring dengan penyebaran standard pembelajaran.

10.0Penutup.Guru yang perkasa akan sentiasa berjuang melengkapkan dirinya dengan sahsiah yang unggul, kemahiran yang bersesuaian dan ilmu yang tanpa sempadan. Kajian tindakan adalah sebahagian proses melengkap diri guru sebagai pendidik bertaraf murabbi.

CONTOH KAJIAN TINDAKANSENARAI NAMA AHLI JAWATAN KUASAPENASIHAT: Puan Tan Siok Kian ( Guru Besar )PENGERUSI: Encik Theng Nyuk Seong ( Guru Penolong Kanan Kurikulum )NAIB PENGERUSI: Puan Lee SangPENGKAJI UTAMA :1. Encik Anuar bin Kassim2. Puan Faridah Hanum binti SalmanAHLI JAWATAN KUASA: 1. Cik Nur Al-Khautsar binti2. Cik Gooi Phaik Khoon3. Cik Lai Ka YeeiSEKALUNG BUDI SEUNTAI KASIHSetinggi-setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua insan-insan berjiwa yang telah memberikan kerjasama dan sokongnan kepada semua Ahli Jawatan kuasa pengkaji khususnya :o Jabatan Pendidikan Negeri Johoro Pejabat Pendidikan Daerah Kulaio Puan Tan Siok KianGuru Besar,Sekolah Kebangsaan Jenis ( C ) Kulai Besaro Guru-guru Penolong Kanano Ketua Panitia Bahasa Melayuo Guru-guru dano Murid-murid S.J.K ( C ) Kulai BesarSertaKepada sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu ahli jawatan kuasa menyiapkan kajian tindakan ini ,Tenang-tenang air di laut,Sampan kolek mudik ke tanjung,Hati terkenang mulut menyebut,Budi tuan dan puan rasa nak junjung.iiAbstarkKajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah pembacaan yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 4 ( J ). Seramai 10 orang murid Tahun 4 ( J ) dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini.Tujuan awal kajian ini dilaksanakan melalui hasil kerja murid dan ujian-ujian kecil. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir dalam membaca dengan intonasi yang betul. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran tersebut.Dua sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan di mana murid belajar kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan prestasi murid telah meningkat dan mereka lebih minat belajar.Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul.11.0 : Latar Belakang KajianSekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kulai Besar adalah sebuah sekolah yang baru mencecah empat tahun. Sekolah ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari bandar kulai dan hampir 30 kilometer dari Bandaraya Johor Bahru.Sekolah ini mempunyai murid yang hampir mencecah 1100 orang dan dijangka mencecah sehingga 1500 orang tahun hadapan. Pada keseluruhannya murid-murid di sini adalah berbangsa cina dan hanya segelintir sahaja yang berbangsa Melayu dan India. Oleh hal demikian, telah menjadi satu tradisi di sekolah jenis kebangsaan cina di mana murid-muridnya bertutur dalam bahasa ibuanda mereka iaitu bahasa cina sebagai bahasa berkomunikasi antara satu sama lain.Oleh kerana fenomena ini sebahagian besar di antara murid-murid sekolah ini tidak dapat bertutur Bahasa Melayu dengan sepenuhnya. Masalah ini berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas dan semasa berkomunikasi dua hala antara guru dan murid. Berdasarkan kepada pemerhatian masalah ini berpunca daripada pergaulan persekitaran mereka yang hanya bergaul dengan komuniti cina sahaja terutamanya di luar sekolah. Sebab demikian mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu kerana setiap komunikasi antara mereka hanya menggunakan bahsa ibunda mereka sahaja.Walaubagaimana pun, berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberi sumbangan kepada masalah dalam penggunaan Bahasa Melayu dikalangan murid-murid cina terutamanya sekolah ini. Pertama ialah tiada pemahaman mengenai fungsi satu-satu ayat dan kedua adalah amalan pengajaran guru yang tidak memberikan penekanan yang tegas dan nyata dalam pengajaran.22.0 : Fokus Kajian.Berdasarkan pemerhatian kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu setakat ini, kami mendapati bahawa aspek tanda baca dalam ayat Bahasa Melayu selalu menglirukan murid.Contoh : i. Ini apa ?ii. Inis eekor kucing.Seperti dari contoh di atas, murid-murid selalu keliru ketika membaca ayat di atas dengan mengikut intonasi yang betul. Terdapat di antara murid yang membaca dengan suara mendatar dan ada pula yang membaca dengan suara yang tinggi..Jika masalah di atas tidak dapat di selesaikan, kelemahan dalam kemahiran ini boleh menjadi semakin serius. Ini akan berlanjutan sehingga ke tahap seterusnya. Apabila masalah ini berlarutan akhirnya akan menyebabkan murid-murid hilang minat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini aspektanda bacatelah menjadi isu yang akan kami kaji dalamkajian tindakanini.33.0 : Objektif Kajian.Dalam menyempurnakn kajian tindakan ini kami telah menetapkan dua objektif yang perlu kami capai. Dua objektif tersebut ialah :3.1 Objektif AmMeningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan tanda bacaseperti noktah, koma dan tanda soala dalam ayat-ayat mudah Bahasa Melayu.3.2 Objekif KhususKami telah menetapkan tiga objektif khusus yang perlu dicapaidalam menyempurnakan kajian ini iaitu :1. Murid dapat membaca dengan lancar.2. Murid dapat membaca tanda baca yang betul.3. Murid dapat membaca dengan intonasi yang betul.4.0 : Kumpulan SasaranMurid-murid tahun 4 ( J ) seramai 10 orang iaitu enam lelaki dan empat perempuan yang tiak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Murid-murid ini berasal dari latar belakang keluarga yang berlainan, sama ada dari aspek ekonomi dan sosial.Sebahagian besar ibu bapa murid-murid ini adalah bekerja sepenuh masa. Oleh hal itu, masa yang di peruntukan untuk bersama dengan anak-anak adalah terhad.45.0 : Perancangan Tindakan.Berdasarkan kepada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Di antara masalah tersebut ialah tidak dapat membaca sesuatu petikan atau prosa dengan betul. Kebanyakan murid membaca tidak dihentian yang sepatutnya dan meneruskan pembacaan tanpa melihat tanda baca yang terdapat di dalam petikan.Selain itu, melalui sesi temu bual dengan murid-murid yang bermasalah tersebut di dapati mereka tidak memahami fungsi setiap tanda baca yang mereka pelajari.Di samping itu juga, guru turut menjalankan soal selidik dan ujian bacaan di kalangan murid yang bermasalah ini dan didapati bahawa sebilangan di antara mereka tidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan betul. Berikut adalah analisa tinjauan maslaah tersbut :Analisa Tinjauan Masalah ( Rujuk Lampiran 5 ).Berikut adalah hasil ujian yang telah dijalankan :MURIDSOALAN

12345678910JUMLAH

1/////////8

2////////9

3/////////7

Jumlah murid adalah seramai 10 orang.Melalui ujian yang telah dijalankan seperti di atas, guru elah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murd iaitu terdapat sebahagian daripada murid yang mengambil ujian tersebut tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan noktah.Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh guru ramai di antara mereka tidak memahami konsep membaca dengan berhenti sekejap ( koma ) dan membaca berhenti tetap ( noktah ).5Selain itu juga terdpat di antara mrid-murid yang dianalisa tidak dapat memahami Bahasa Melayu sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di samping itu juga, murid-murid tidak dapat berkomunikasi dengan guru dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan tepat.5.1 : Aktiviti Yang Di Rancang.i.Sebanyak 3 aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi mengesan masalah yang di hadapi oleh murid dalam membezakan penggunaan tanda baca.Berikut adalah penerangan menegenai aktiviti-aktiviti tersebut :a. Aktiviti 1 : membaca ayat yang sama dengan tanda baca berlainan.b. Aktivti 2 : membina ayat mudah.c. Aktiviti 3 : belajar sambil bermain Kotak Beracun ii. Bahan-bahanyang digunakan dalam menyediakan setiap aktivti adalah seperti berikut :a. Aktiviti 1 : Kertas lembaran bacaan dan kad ayatb. Aktivti 2 : Lembaran kerja, pensel dan warnac. Aktiviti 3 : Kotak, radio dan simbul tanda baca.iii.Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian adalah seperti berikut :a. Soalan Ujian: Tinjauan pos ialah untuk mendapatkan maklumat percapaian murid dalam aspek yang dikaji. Permarkahan diberikan. Analisa dibuat untuk mengenal pasti keberkesanan tindakan yang dijalankan.6b. Temu bual Guru berbual dengan murid untuk mengetahui pandangan mereka terhadap topik iaitu Tanda baca .c. Pemerhatian : Seorang rakan sejawat akan memerhati an menilai semasa guru Bahasa Melayu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan dan kelemahan guru semasa mengajar dicatatkan. Amalan pembelajaran murid di kesan.76.0 : Perlaksanaan Tindakan.6.1 : AKTIVITI 1i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran.Bagi memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid sebagai set induksi. Guru menyoal murid beberapa soalan untuk dijawab oleh murid.Seterusnya guru mengedarkan kertas lembaran (rujuk lembaran 3) yang mengandungi ayat yang sama tetapi tanda baca yang berlainan.Murid di minta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan seterusnya membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan tepat. Guru mengajar murid membaca dengan mengikut intonasi yang betul serta membetulkan kesilapan murid secara langsung sekiranya berlaku.Sebagai langkah penutup, guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka.ii. Pemerhatian.Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh rakan sejawat di dapati bahawa semua murid-murid memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajran dijalankan. Di samping itu, semasa sesi soal jawab diadakan dapat dilihat dengan jelas bahawa penglibatan murid adalah sangat aktif.Di samping itu, murid-murid juga turut berasa gembira semasa aktiviti 1 dijalankan terutamnya semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan menggunakan intonasi yang berlainan. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dapti guru elah menunjukkan komitmen dan keyakinan serta semangat yang tinggi sebagi seorang pendidik.8ii. Refleksi.Guru mendapati bahawa aktivi seperti aktiviti 1 berjaya diajalankan memandangkan semua murid melibatkan diri sewaktu aktiviti 1 dijalankan terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang ditujukan. Selain itu juga, penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh perhatian dan kerjasama kepada guru sepnajang aktivti 1 dijalankan.Guru juga mendapati bahawa aktiviti membaca secara kumpulan juga berkesan kerana guru dapat mendengar intonasi yang disampaikan adalah amat jelas kedengaran. Dengan segala kerjasama dan penglibatan semua murid aktiviti 1 telah berjaya dijalankan dengan lancar serta mencapai objektif serta matlamatnya.96.2 : AKTIVITI 2Aktiviti 2 adalah aktiviti yang berbentuk tulisan.i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran.Guru menerangkan fungsi setiap tanda baca seperti noktah,koma dan tanda soal semasa sesi soal jawab. Guru mengedarkan kertas lembaran kerja( lembaran 4 dan 5 )untuk muri-murid siapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan iatu 20 minit untuk 10 soalan. Seterusnya guru menjalankan sesi perbincangan setelah murid menyiapkan kertas lembaran kerja( lembaran 4 dan 5 ).ii. Pemerhatian.Berdasarkan pemerhatian di dapati bahawa murid menunjukkan reaksi memahami akan penggunaan tanda baca yang diberikan. Selain itu juga murid dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dengan cepat dan baik sekali. di samping itu juga semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid telah memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama semasa menjawab soalan serta sewaktu menjalankan aktiviti 2.ii. Refleksi.Proses pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti ini dianggap berjaya. Hal ini kerana murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukan oleh guru dengan tepat serta dapat menulis jawapan yang betul pada kertas lembaran kerja yang dikemukakan. Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa murid-murid lebih faham akan penggunaan tanda baca jika dibandingkan dengan sebelum menjalankan aktiviti ini.106.2 : AKTIVITI 3.Aktiviti 3 adalah aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain (Kotak beracun)i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran.Bagi menjalankan aktiviti ini, guru telah membawa murid keluar dari bilik darjah dan berkumpul di Dataran Ilmu. Murid-murid diminta untuk membuat satu bulatan dan duduk tanpa menjejaskan bentuk bulatan ( dalam kumpulan yang telah ditetapkan ).Guru telah mengedarkan sebuah kotak untuk setiap kumpulan, yang mana setiap kotak mempunyai simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan tanda soal( , . ? ). Guru menerangkan langkah bagi melincinkan aktiviti ini. Guru memainkan muzik dan apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan bergerak secara bergilir-gilir mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik diberhentikan.Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak beracun akan mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( , ). Murid diberi tempoh untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini akan diulang semula setelah murid tersebut berjaya membina ayat dengan betul.ii. Pemerhatian.Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan murid. Selain itu juga, murid-murid didapati bahawa murid kelihatan lebih memahami tentang penggunaan tanda baca. Di samping itu juga, didapti hampir semua muid dapat membina ayat secara lisan dngan begitu cepat dan betul. Kerjasama yang diberikan oleh murid telah berjaya melincinkan aktiviti ini dengan jayanya.ii. Refleksi.Proses pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti ini dianggap berjaya. Hal ini kerana murid-murid dapat membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Secara tidak langsung telah membuktikan bahawa aktiviti 3 telah berjaya mempertingkatkan kefahaman murid akan setiap penggunaan tanda baca.117.0 :Cadangan Tindakan Seterusnya.Sebagai langkah tindakan seterusnya, guru Bahasa Melayu seharusnya mengadakan perjumpaan dan mengadakan perbincangan serta pembandingan mengenai kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu sama lain. Dengan adanya perbincangan dua hala secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi masalah-masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pemebelajaran.Selain itu juga, guru boleh mengemukakan masalah yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu semasa perbincangan kumpulan diadakan. Dengan adanya perbincangan kumpulan secara tidak langsung guru dapat mengemukakan masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.Di samping itu , guru-guru juga perlu meyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dipaktikan semasa proses pengajaran di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan juga haruslah diuruskan dengan baik seperti mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar supaya alat bantu mengajar dapat dikongsi dan diguna oleh guru-guru yang lain.Pihak pengurusan sekolah juga boleh mengambil insiatif melalui panitia Bahasa Melayu dengan mengadakan bengkel atau kursus pendek yang dapat memberi guru pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat bantu mengajar seiring dengan pembaharuan sukatan pelajaran dan masa. Melalui bengkel yang diadakan secara tidak langsung tahap profesionalisme guru turut ditingkatakan seiring dengan kehendak semasa.Guru-guru Bahasa Melayu juga boleh melaksanakan pengajaran rakan sebaya antara murid yang sederhana dan cerdas semasa menjalankan aktivti pengukuhan