kajian tindakan

6
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN TAJUK KAJIAN MENINGKATKAN PENGUASAANPELAJAR TAHUN 3(5) DALAM MENULIS PERKATAAN DENGAN STRUKTUR DAN URUTAN STROKE YANG BETUL DENGAN MENGGUNAKAN “MICROSOFT OFFICE POWERPOINT” NAMA PENGKAJI CHOI MEI NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

Upload: boonping-wang

Post on 19-Feb-2016

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIANMENINGKATKAN PENGUASAANPELAJAR TAHUN 3(5) DALAM MENULIS PERKATAAN DENGAN STRUKTUR DAN URUTAN STROKE YANG BETUL DENGAN MENGGUNAKAN “MICROSOFT OFFICE POWERPOINT”

NAMA PENGKAJICHOI MEI

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAHSJK(C) PA YAI, JALAN MERSING, KAMPUNG PAYA 86000

KLUANG, JOHOR.

Page 2: Kajian Tindakan

PROPOSAL KAJIAN TINDAKANTajuk Kajian

Meningkatkan penguasaan pelajar Tahun 3(5) dalam menulis perkataan dengan struktur dan urutan stroke yang betul dengan menggunakan “Microsoft Office Powerpoint”.

Nama Pengkaji

Choi Mei

Nama dan alamat sekolah

SJK(C) Pa Yai, Jalan Mersing, Kampung Paya, 86000 Kluang, Johor.

1.0 REFLEKSI PENGAJIAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu saya menanda buku penulisan pelajar tahun 3(5), saya rasa sungguh terperanjat dan sedih kerana saya dapati sebahagian daripada mereka masih tidak dapat menulis perkataan dengan betul walaupun telah mempelajari perkataan tersebut. Apabila saya tanyakan kepada para pelajar tentang keadaan ini, jawapan yang diberikan oleh mereka mudah sahaja iaitu “tidak ingat cara menulis perkataan tersebut.” Saya lihat seolah-olah mereka tidak berminat dan tidak berusaha dalam menulis.

Adakah cara saya mengajar selama ini dapat membantu pelajar dalam penulisan? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar dalam peulisan mereka? Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar saya? Apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?

Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun, masih ramai pelajar mempunyai masalah dalam menulis. Saya berpendapat bahawa lemahnya penulisan di kalangan mereka disebabkan penguasaan dalam cara menulis yang tidak mencukupi. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak dapat menulis dengan baik.

2.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penulisan perkataan baru. Penguasaan penulisan perkataan di kalangan pelajar saya sangat lemah. Walaupun perkataan berikut telah didedahkan kepada mereka, tetapi mereka masih tidak dapat menulis perkataan dengan betul. Terdapat banyak kesilapan dalam penulisan mereka. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:

Page 3: Kajian Tindakan

Menulis perkataan dengan struktur yang tidak betul. Menulis perkataan dengan urutan stroke yang tidak betul.

Dengan membantu pelajar menguasai cara menulis perkataan baru, saya yakin pelajar boleh menulis dengan struktur yang betul, jelas dan urutan stroke yang betul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Umum Boleh menulis perkataan dengan betul.

3.2 Objektif khusus Boleh menulis perkataan dan struktur perkataan tersebut adalah betul. Boleh menulis perkataan dengan urutan stroke yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar Tahun 3(5).

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Tinjauan Malasah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

Ejaan dijalankan terdiri daripada 10 perkataan. Temubual dengan beberapa orang pelajar secara rawak. Mengemukakan soalan dan minta pelajar menjawab.

5.2 Program “Microsoft Office Powerpoint”.

Cara Pelaksaan:(a) Guru menunjukkan Microsoft Office PowerPoint yang menerangkan cara

menulis perkataan baru dengan struktur yang betul.(b) Pelajar menulis perkataan tersebut di dalam papan hitam kecil yang dibekalkan

oleh guru dan juga membuat latihan pengukuhan di buku kerja.

Page 4: Kajian Tindakan

6.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal.

1 minggu

2 Menulis proposal 1 minggu

3 Merancang Tindakan (individu / rakan sejawat) 2 hari

4 Melaksanakan tindakan aktiviti 1 1 hari

5 Membincang masalah yang timbul dalam tindakan 1 (rakan sejawat)

1 hari

6 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 1 hari

7 Membincang masalah yang timbul dalam tindakan 2 (rakan sejawat)

1 hari

8 Melaksanakan tindakan aktiviti 3 1 hari

9 Membincang masalah yang timbul dalam tindakan 3 (rakan sejawat)

1 hari

10 Ujian untuk mengesan pencapaian murid 1 hari

11 Refleksi kajian 2 hari

12 Menulis laporan kajian 1 minggu

7.0 KOS KAJIAN

Bil Jenis Bahan Kuantiti X Harga seunit Jumlah Kos- - - -