kajian tindakan

7
KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan Kemahiran Pengiraan Zarah Subatom Sains Tingkatan 4 Nama pengkaji : Pn. Nurul Shahida Shahira bt Mat Yunus Nama Sekolah : SMK Puteri Ampang, Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur

Upload: aisha

Post on 12-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: kajian tindakan

KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan Kemahiran Pengiraan Zarah Subatom Sains Tingkatan 4

Nama pengkaji : Pn. Nurul Shahida Shahira bt Mat Yunus

Nama Sekolah : SMK Puteri Ampang, Jalan Ampang, 55000

Kuala Lumpur

Page 2: kajian tindakan

Nama pengkaji : Pn. Nurul Shahida Shahira bt Mat Yunus

Nama Sekolah : SMK Puteri Ampang, Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur

Tajuk Kajian : Meningkatkan Kemahiran Pengiraan Zarah Subatom Sains Tingkatan 4

1.0 REFLEKSI

Saya mengajar di kelas akhir Tingkatan 4 bagi matapelajaran Sains Teras. Masalah utama bagi murid saya ialah mereka susah untuk mengingat dan mengaplikasikan penggunaan formula bagi zarah subatom. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian tingkah laku yang tidak memberi respon apabila soalan diajukan dan semakan latihan murid di dalam kelas semasa saya mengajar yang mana kebanyakan murid memberi jawapan yang salah bagi pengiraan walaupun latihan diberi sejurus selepas penerangan dibuat. Saya menggunakan kaedah mengajar yang sama bagi kelas pertama Sains Teras dan semua murid di dalam kelas tersebut dapat menjawab soalan yang diberi dengan betul. Setelah membuat refleksi kendiri saya dapati bahawa murid di kelas akhir tidak dapat membuat gambaran yang jelas tentang struktur atom kerana atom tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya murid perlu membuat imaginasi sendiri mengenai struktur atom. Apabila murid tidak dapat membuat imaginasi tentang struktur atom, secara tidak langsung murid tidak dapat menjawab soalan pengiraan zarah subatom.

Analisis yang didapati daripada pemerhatian dan semakan latihan murid seperti berikut:

Contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ialah murid keliru dengan konsep bilangan proton, bilangan elektron, bilangan neutron dan nombor nukleon. Masalah ini berlaku dalam kalangan murid apabila mereka tidak dapat membayangkan bentuk sebenar atom kerana atom merupakan zarah yang sangat halus, diskrit dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Masalah ini berlaku juga berpunca dari saya kerana saya hanya menggunakan kaedah “chalk and talk” ketika memberi penerangan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menguasai kemahiran mengira kerana murid tidak dapat memahami konsep tersebut.

Jika perkara ini tidak ditangani murid akan terus membuat kesilapan bagi menjawab soalan isotop kerana soalan berkenaan isotop dan pengiraan zarah subatom berkait rapat. Murid juga terlepas peluang mendapatkan markah kerana soalan pengiraan ini mudah sekiranya murid memahami konsep. Bagi mengatasi masalah ini saya akan cuba menggunakan model atom 3D bagi memberi gambaran sebenar kepada murid tentang zarah subatom.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara amnya akan dapat meningkatkan peratus murid menjawab dengan betul soalan pengiraan zarah subatom.

Secara khususnya:

3.1 Sekurang-kurangnya 8 daripada 10 orang murid akan dapat menjawab dengan betul pengiraan zarah subatom.

Page 3: kajian tindakan

3.2 Sekurang-kurangnya 8 daripada 10 orang murid akan dapat menjawab dengan betul soalan isotop.

3.3 Guru dapat meningkatkan bilangan murid lulus dalam subjek Sains Teras.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang murid daripada 33 orang murid di dalam kelas akhir Tingkatan 4 Sains Teras.

5.0 MERANCANG

Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah ujian pra dan ujian pos.

Pelaksanaan tindakan yang akan saya jalankan ialah:

Aktiviti 1: Ujian Pra

Langkah 1: 10 orang murid diberikan ujian pra yang melibatkan pengiraan tentang zarah subatom.

Langkah 2: Masa yang diberi ialah setengah jam bagi 10 soalan. Jawapan disemak dan bilangan jawapan betul dikira.

Aktiviti 2: Menunjukkan model zarah subatom

Langkah 1: Guru menerangkan konsep pengiraan dengan menggunakan model.

Aktiviti 3: Ujian Pos

Langkah 1: Murid dikehendaki menjawab 10 soalan yang berbeza tentang zarah subatom tetapi mempunyai bentuk soalan yang sama dengan ujian pra.

Langkah 2: Masa yang diberi ialah setengah jam. Jawapan disemak dan bilangan jawapan betul dikira.

6.0 KEPUTUSAN

Ujian Pra

MuridSoalan Jumlah

betul1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 / / / 32 / / / / / / 63 / / / 34 / / / / 45 / / / / / 56 / / / / 47 / / / 38 / / / / 49 / / / / 410 / / 2

Page 4: kajian tindakan

Jumlah murid yang terlibat ialah 10 orang. Murid turut dibekalkan dengan 10 soalan tentang zarah subatom. Melalui ujian yang telah dijalankan seperti di atas, guru dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid iaitu murid kurang mahir bagi soalan pengiraan. Peratus betul bagi ujian pra ialah 38.

Menunjukkan model zarah subatom

Setelah guru mengenal pasti punca murid tidak dapat menjawab dengan betul, guru telah mununjukkan satu model zarah subatom. Guru menerangkan formula pengiraan dengan menggunakan model.

Ujian Pos

MuridSoalan Jumlah

betul1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 / / / / / / / / 82 / / / / / / / / / / 103 / / / / / / / 74 / / / / / / / / 85 / / / / / / / / 86 / / / / / / / / / 97 / / / / / / / / 88 / / / / / / / 79 / / / / / / / / 810 / / / / / / 6

Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang diuji. Keputusan daripada ujian pos menunjukkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul meningkat setelah guru menggunakan model. Peratus betul bagi ujian pos ialah 79.

Page 5: kajian tindakan

7.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI

Berdasarkan ujian pos dan analisis yang telah dilaksanakan, saya dapati bahawa Model Zarah Subatom yang saya bina khusus untuk murid di kelas hujung merupakan satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat murid untuk menguasai soalan pengiraan.

Hasil kajian ini juga menunjukkan perkembangan murid dalam memahami konsep pengiraan zarah subatom dengan mudah. Mereka dapat menjawab soalan pengiraan dengan baik. Atas kesedaran ini, saya amat yakin bahawa kaedah ini boleh dianggap berjaya berdasarkan kepada keputusan yang telah diperoleh.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Sebagai langkah yang seterusnya, guru boleh menghasilkan “power point” yang juga berkaitan dengan model atom. “Power point” ini seharusnya mempunyai maklumat yang lebih banyak dan mempunyai nota yang menarik seterusnya mesra pengguna.

Semua guru harus sedar bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya terhad di dalam kelas sahaja tetapi ia merangkumi seluruh persekitaran sekolah. Sebagai contoh, guru boleh membawa murid keluar dari bilik darjah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kemahiran dan masa.

Akhir sekali, motivasi serta pengukuhan daripada guru kepada murid secara tidak langsung dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains. Sebagai kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran Sains seiring dengan matlamat kerajaan.