kajian tindakan

25
Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG BINTANGOR, SARAWAK KERJA KURSUS PENDEK (SEMESTER 7 TAHUN 2014) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH ( PPG-PJJ) BMM 3143 KAJIAN TINDAKAN KAEDAH KUMPULAN BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN NAMA : MATSAH AK RUGIS KP : 720416-13-5319 PENSYARAH PEMBIMBING : TUAN HAJI OLEN@ULIN B. TABOR Tarikh mula : 12 Julai 2014 Tarikh hantar : 6 September 2014 [Type text] Page 1

Upload: kelimelancarkeli

Post on 27-Dec-2015

172 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANGBINTANGOR, SARAWAK

KERJA KURSUS PENDEK(SEMESTER 7 TAHUN 2014)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUMOD PENDIDIKAN JARAK JAUH ( PPG-PJJ)

BMM 3143KAJIAN TINDAKAN KAEDAH

KUMPULAN BAHASA MELAYU 1

AMBILAN JUN NAMA : MATSAH AK RUGISKP : 720416-13-5319

PENSYARAH PEMBIMBING : TUAN HAJI OLEN@ULIN B. TABOR

Tarikh mula : 12 Julai 2014

Tarikh hantar : 6 September 2014

Page 1

Page 2: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

PENGAKUAN BERTULIS

PPG-PJJ (KUMPULAN BM 1/AMBILAN JUN 2011)

Sesungguhnya saya mengaku segala apa yang terkandung dalam kerja

kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri dengan merujuk buku-buku, serta mencari

maklumat daripada internet. Saya juga mengaku tidak pernah meniru dari mana-

mana kerja kursus orang lain untuk menyiapkan kerja ini. Segala maklumat adalah

hasil usaha perbincangan bersama serta tunjuk ajar yang diberi oleh Pensyarah

secara langsung atau tidak langsung semasa menghadiri tutorial yang lalu.

Yang benar.

Tarikh : 04 September 2014

Matsah Ak Rugis

720416-13-5319

Page 2

Page 3: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

PENGHARGAANPPG-PJJ (KUMPULAN BM 1/AMBILAN JUN 2011)

Pada semester ini kami dikehendaki mengambil kursus modul WAJ3073, Seni Dalam Pendidikan. Justeru itu saya ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu saya menyiapkan kerja kursus ini terutama sekali Pensyarah Pembimbing kursus ini iaitu (Mdm. Ling Ching Rou). Beliau banyak membantu kami dalam usaha menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan semua agak sukar untuk saya menghasilkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan.

Atas sebab itu saya merakamkan setingi penghargaan di atas bantuan kalian. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anak isteri diatas pengorbanan kalian.

.

Sekian terima kasih.

Matsah Ak Rugis

720416-13-5319

Page 3

Page 4: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

Isi KandunganBil Muka

suratSoalan kerja kursus pendek WAJ3073Borang Maklum Balas

Pengakuan bertulis iPenghargaan ii

1.0. Pendahuluan 1

1.1. Konsep

.

3.0

4.0

5.0

6.0.

Page 4

Page 5: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

1.0. Kertas Cadangan Kajian tindakan meningkatkan penguasaan kemahiran

membaca KV+KVK melalui kaedah pandang sebut dengan menggunakan

papan geluncur.

1.1. Pengenalan

Dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu, empat kemahiran yang diberi penekanan

dan seharusnya dikuasai oleh murid-murid diperingkat awal. Kemahiran membaca

merupakan salah satu kemahiran asas yang harus dan mesti dikuasai oleh pelajar.

Kegagalan menguasai kemahiran itu akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

akan terganggu. Roselan (2003) dalam Jurnal Pendidikan Bahasa bahagian 3 oleh Abdul

Rashid Jamain, Mei 2011, menjelaskan kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas

yang harus dan mesti dikuasai. Kemahiran berbahasa ini merangkumi kemahiran membaca,

menulis, bertutur dan mendengar. Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan

dan asas pembentukan diri kea rah memperolehi ilmu pengetahuan. Tujuan utama

membaca sebagaimana yang digariskan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu ialah

memahami teks yang dibaca dan bacaan itu difahami dan memberi makna kepada pembaca

(Yahya:2005). Kebolehan seseorang menguasai kemahiran membaca merupakan suatu

kemahiran yang amat bernilai. Kemahiran membaca juga sering dikaitkan dengan

keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk dengan bunyi

dan seterusnya mentafsir apa yang dilihat.

Dalam usaha kerajaan menuju Wawasan 2020, kemajuan bangsa dan negara

seharusnya diisi dengan rakyat yang berilmu pengetahuan dan kemahiran berbahasa

merupakan salah satu cara seseorang mendapatkan ilmu pengetahuan khususnya

kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Namun tanpa kebolehan membaca adalah

sukar seseorang menguasai ilmu pengetahuan

Dalam pembelajaran Bahasa Melayu, kemahiran membaca merupakan salah satu

kemahiran yang berupaya melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan

berkomunikasi. Kemahiran ini menurut objektif yang terdapat dalam sukatan pelajaran

merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa berteraskan bahasa

Melayu baku. Ini bermakna kebolehan seseorang membaca seharusnya menekankan aspek

sebutan da intonasi yang tepat. Justeru itu digariskan beberapa objektif yang harus dikuasai

oleh murid-murid dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu, antaranya ialah:

Page 5

Page 6: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

5.0. membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan

yang betul.

6.0. Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

7.0. Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca.

Berdasarkan objektif diatas dapatlah dirumuskan penguasaan bacaan dengan kelancaran,

sebutan serta intonasi yang betul menjadi asas kepada penguasahaan kemahiran

membaca.

Kegagalan menguasai kemahiran membaca boleh menyebabkan murid gagal

menguasai ilmu pengetahuan. Perkara sebegini sememangnya berlaku dikalangan murid-

murid diperingkat awal persekolahan. Malah dalam laporan Utusan Malaysia, 12 Oktober

2005, dianggarkan lebih 100,000 murid tahun 2 hingga 6 masih gagal menguasai kemahiran

asas menulis, membaca dan mengira. Perkara ini diakui sendiri oleh setiausaha Agung

NUTP.

1.1.1. Refleksi pembelajaran yang lalu.

Disekolah tempat saya mengajar, penguasaan kemahiran membaca dikalangan

murid-murid masih berlaku. Perkara ini sering menjadi masalah kepada guru-guru disekolah

saya. Walaupun kesemua murid-murid disekolah ini pernah bersekolah diprasekolah selama

dua tahun, namun sekitar 30 hingga 40 peratus dikalangan mereka sukar menguasai

kemahiran asas membaca terutama suku kata tertutup. Justeru hampir setiap tahun masih

ada murid-murid yang sukar dan gagal menguasai kemahiran membaca ini sehingga ke

darjah tiga. Daripada pemerhatian dan pengelaman pengajaran saya selama lapan tahun

disekolah ini sebahagian daripada mereka sukar menyebut dan membatangkan sukukata

terbuka dengan betul. Kegagalan mereka menguasai kemahiran asas membaca dengan

betul terutama sukukata terbuka menyebabkan mereka seakan meminggirkan diri dan saya

perhatikan sikap dan tingkah laku mereka berubah. Berdasarkan dapatan ujian saringan

linus 1 40% daripada murid-murid tahun1 masih gagal menguasai kontruks 4 hingga 12.

Kegagalan menguasai kontruks ini lebih melibatkan kesukaran membaca sukukata dengan

lancar. Saya juga mendapati mereka sering memunyikan sukukata tertutup mengikut

sebutan mereka sendiri tanpa membunyikan bunyi sukukata itu dengan tepat.

Malah berdasarkan kajian dan dan tinjauan, kegagalan mereka menguasai

kemahiran membaca dan memahami menjadi faktor mereka bermasalah dalam

pembelajaran yang lain. Masalah utama yang saya kesan semasa pembelajaran yang lalu

ialah kesukaran mereka menyebut dan membunyikan sukukata tertutup dengan tepat.

Walaupun mereka mampu membunyikan huruf, namun diperingkat akhir bunyi, yang mereka

Page 6

Page 7: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

eja berlain daripada apa yang mereka sebut atau membunyikan, bunyi ejaan mengikut

sebutan mereka sendiri.

Perkara ini berlaku mungkin disebabkan faktor persekitaran serta masalah diluar bilik

darjah serta sikap kebanyakan mereka yang kurang mementingkan bunyi dan sebutan yang

betul bila membaca sesuatu. Keperluan menguasai kemahiran asas membaca dengan

sebutan yang betul harus dikuasai oleh semua murid terutama diperingkat awal. Keperluan

ini bukan sahaja atas sebab Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang wajid dipelajari,

malah hari ini ia merupakan salah satu bahasa ilmu. Walaupun pelbagai program telah

dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan namun, saya merasakan guru terutama saya

sendiri memainkan peranan yang penting mengatasi masalah ini diperingkat awal agar ia

tidak berlarutan hingga ke tahap dua. Di sekolah saya masalah ini bukanlah masalah yang

begitu serius namun berdasarkan pengalaman lalu masalah kesukaran menguasai

kemahiran membaca perkataan dengan sebutan yang betul dan lancar sering berlaku

kepada segelintir mereka. Perkara ini berlaku menurut Buku Panduan Am Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003) mungkin disebabkan cara serta proses

pembelajaran mereka berbeza antara satu dengan lain.

Selain dari faktor cara pembelajaran yang berbeza saya juga mendapati faktor

keluarga dan persekitaran memainkan peranan yang penting berlakunya masalah sebegini

terutama dikalangan murid-murid tahap satu sekolah saya mengajar. Perkara sebegini

menurut Zulkiffley:2006) menjadi punca terjejasnya tumpuan mereka sehinga gagal

menguasai kemahiran berbahasa terutama kemahiran membaca.

Berdasarkan pengalaman lalu serta melalui pemerhatian semasa proses pengajaran

dan pembelajaran masalah kesukaran menguasai kemahiran membaca lancar juga menjadi

faktor murid lemah dalam mata pelajaran yang lain. Selain itu Abdul Rashid dan Zulkafli

(2008) menyatakan kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid-murid

kurang berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya merasakan perkara ini

bertepatan dengan keadaan serta perlakuan murid-murid disekolah saya terutama murid-

murid tahun 1. Saya juga merasakan kesukaran mereka membaca dengan lancar menjadi

punca mereka lemah dalam kemahiran lisan. Selain itu mereka juga akan ketinggalan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran terutama penekanan dalam aspek

kemahiran membaca, masalah menyebut sukukata tertutup akan berlaku. Saya mendapati

mereka akan mengambil masa yang lama dan teragak-agak untuk menyebutnya sehingga

apa yang disebut berlainan dengan apa yang dieja. Kegagalan mereka menyebut dan

mengeja dengan tepat perkataan sukukata terutup menjadi punca mereka gagal membaca

lancar serta tidak dapat menulis dan mengeja perkataan tertutup dengan betul terutama jika

saya hanya menunjukkan kad perkataan sahaja tanpa merujuk kepada gambar.

Page 7

Page 8: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai mampu mengatasi masalah

ini, agar masalah kesukaran membaca suku kata terutup dapat diatasi dengan berkesan

sebelum mereka melangkah ke tahap 2.

1.2. Refleksi sorotan Literatur.

Kemahiran membaca merupakan asas kepada kemahiran lisan. Murid yang Berjaya

menguasai kemahiran membaca dengan baik mampu menguasai kemahiran lisan dengan

baik. Keupayaan membaca lancar secara amnya menjadikan seseorang mampu

menujarkan ayat dengan gramatis. Selain itu penguasaan kemahiran membaca juga

menjadi faktor kejayaan seseorang mendapat ilmu pengetahuan. Terdapat beberapa Kajian

Lepas yang telah dilakukan bagi mencari punca serta cara mengatasi masalah menguasai

kemahiran membaca dikalangan murid-murid sekolah rendah antaranya ialah:

Abdul Rasid Jamian, dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu telah membuat kajian

keatas permasalah kemahiran membaca dan menulis dikalangan murid-murid sekolah

rendah di luar bandar. Dapatan kajiannya, beliau mendapati keseluruah min masalah

membaca dikalangan murid yang dikaji ialah min=3.56 dan sisihan piawaia ialah 0.86. Bagi

masalah gagal membaca lancar min ialah 2.90 dan sisihan piawai 0.91. Kajian dibuat keatas

161 murid sekolah luar bandar Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Nur Nadiyah Binti Indra Gunawan, pula telah membuat kajian ke atas cara

meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata bagi murid tahun dua di

Sekolah Kebangsan Chica Menyabong tahun 2010. Kajian dibuat keatas 7 orang murid

yang mengikuti program Linus. Hasil kajian selepas ujian pos, beliau mendapati murid-murid

itu mampu membaca 82 hingga 124 patah perkataan. Ini menunjukan min purata ujian para

sebelum pos meningkat dari 24.38% ke 79.89%, peningkatan 55.51% mampu membaca

perkataan yang diberi.

Sufiah bt Mat Yusof dan Pn. Nor Laini bt Che Mat juga telah membuat kajian ke atas

belajar membaca. Kajian ini dijalankan keatas 4 orang murid di Sekolah Kebangsaan Fakeh

Abd. Samad, Kuantan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran

membaca dari 6 ke 8 patah perkataan.

Nur Maizura, juga turut membuat kajian keatas murid tahun 1 di Sekolah

Kebangsaan St. Anthony Cawangan Lengkap tahun 2011. Kajiannya berfokus kepada

masalah mengeja dan membunyikan suku kata terbuka.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan , saya merasakan adalah wajar

kajian ini dilakukan disekolah tempat saya mengajar bagi menentukan masalah sebenar

kegagalan atau kesukaran murid-murid menguasai kemahiran membaca serta mencari

Page 8

Page 9: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

kaedah terbaik mengatasi masalah ini. Justeru itu kajian ini akan dilaksanakan bagi

menentukan masalah serta langkah terbaik meningkatkan tahap penguasaan asas

membaca dikalangan pelajar agar mereka mampu membunyikan sukukata tertutup

seterusnya membaca perkataan yang diberi dengan sebutan dan intonasi yang tepat. Selain

itu. Penentuan kaedah yang sesuai diharap dapat dijadikan panduan untuk menyelasaikan

masalah ini berdasarkan isntrumen yang dibina.

Khadijah Rohani (1987) pernah menjalankan kajian terhadap persepsi guru tentang

membaca, dapatan kajiannya menjelaskan masih terdapat 30 peratus murid-murid tahap 1

disekolah rendah seluruh Malaysia masih ketinggalan jauh dalam penguasaan aspek

kemahiran membaca dan memahami.

Kesimpulan.

Berdasarkan tinjauan literature, saya dapati masalah penguasaan kemahiran asas

membaca akan menjadi punca kegagalan murid menguasai kemahiran lisan serta menjadi

faktor mereka kurang berminat terhadap matapelajaran Bahasa Melayu dan seterusnya

menjadi punca mereka lemah dalam mata pelajaran yang lain.

2.0. Fokus Kajian.

Berdasarkan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kesemua

murid-murid tahun 1 telah mengenal huruf serta membunyikan suku kata terbuka KV+KV

dengan baik. Mereka mampu membaca suku kata terbuka dengan lancar. Hal ini kerana

mereka telah belajar diPrasekolah selama dua tahun. Masalah penguasaan kemahiran asas

membaca KV+KV bukanlah menjadi isu utama. Walaubagaimanapun berdasarkan

pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran terutama sewaktu penekanan

kemahiran membaca 5 daripada 14 orang murid gagal membaca suku kata tertutup seperti

perkataan “berus”, “papan” dan sebagainya. Mereka juga tidak dapat menguasai kontruks 4

hingga 12 berdasarka ujian saringan linus1. Apa yang saya dapati kelima-lima mereka

mempunyai masalah yang saya iaitu tidak dapat membunyikan suku kata terutup. Walaupun

mereka mampu mengeja dan menyebut huruf namun bunyi sukukata yang mereka bunyikan

lain daripada apa yang mereka eja. Pendek kata sebutan mereka tidak sama dengan apa

yang mereka eja. Saya juga telah menjalankan ujian membaca perkata dengan

menggunakan 30 sempel perkataan dan hanya 9 daripada 14 yang Berjaya menyebut dan

membunyikan perkataan itu dengan lancar iaitu mereka Berjaya membunyikan 90%

perkataan yang ditunjukkan dengan tepat dan lancar. Selebihnya tidak dapat membunyikan

sukukata tersebut dengan tepat dan lancar. Ini bermakna 64.28% yang Berjaya menyebut

dan membaca perkataan itu dengan tepat.

Page 9

Page 10: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

Berdasarkan dapatan itu saya merasakan kajian ini akan saya fokuskan kepada

proses meningkatkan dan mengatasi masalah penguasaan kemahiran membaca sukukata

tertutup atau pola KV+KVK, KVK+KV dan KVK+KVK.

Kajian ini akan saya fokuskan kepada murid tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Paku.

Sri Aman, yang saya dapati menghadapi masalah mengeja dan mambaca suku kata tertutup

dengan bunyi dan sebutan yang lancar.

Masalah penguasaan kemahiran membaca diperingkat awal jika tidak diatasi akan

menjadi penyebab murid gagal menguasai mata pelajaran yang lain. Justeru kajian ini akan

menjadi hala tuju kepada saya dalam usaha mencari punca yang menyebabkan masalah ini

timbul disamping mencari kaedah dan teknik yang sesuai mengatasi masalah ini dikalangan

murid disekolah saya. Apa yang dapat saya rumuskan sebagaimana pengalaman yang lalu

masalah sebegini kebiasaannya akan berlarutan hingga ke tahap dua. Perkara ini terjadi

bukan disebabkan kegagalan guru mengajar kemahiran berbahasa, namun mungkin

keterbagantungan guru kepada kaedah konvensional menjadi salah satu punca masalah

begini sering berlaku. Malah Abd. Azizi Abd. Talib (2007), keterbagantungan guru kepada

pengajaran konvensional secara syarahan yang berpandukan buku teks, buku latihan topical

serta papan tulis dan kapur boleh menjadi penyebab timbulnya masalah kebosanan

dikalangan murid yang akhirnya menyebabkan timbulnya masalah penguasaan kemahiran

asas berbahasa yang merangkumi kemahiran membaca. Selain itu pemilihan kaedah dan

teknik yang tidak sesuai juga boleh menjadi punca masalah ini berlaku walaupun murid telah

disediakan dengan proses pembelajaran selama dua tahun diprasekolah.

Justeru itu selain meningkat dan mengatasi masalah penguasaan kemahiran

membaca lancar sukukata tertutup dikalangan murid tahun 1, kajian ini juga berfokus

menentukan keberkesanan kaedah pandang sebut dengan menggunakan papan geluncur.

Dengan berpandukan kaedah pandang sebut, penggunaan papan gelunsur yang

mempunyai gambar, sukukata dan perkataan penuh murid akan dapat memberi tumpuan

penuh serta dapat mengingat gambar agar disesuaikan dengan perkataan yang dipaparkan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum manusia mempunyai lima deria rasa yang

terdiri daripada dengar, sentuh, lihat, rasa dan hidu yang digunakan untuk memperolehi

sesuatu ilmu pengetahuan atau mendapatkan ilmu pengetahuan. Justeru melalui kaedah ini

murid mampu menggunakan sekurang-kurangnya tiga deria rasa yang akhirnya memberi

pengalaman langsung yang bermakna.

Melalui kajian ini saya juga berharap masalah penguasaan kemahiran membaca

sukukata tertutup dikalangan kelima-lima responden dapat diatasi dengan kaedah yang

saya pilih. Pemilihan kaedah ini adalah disebabkan naluri murid-murid tahun 1 lebih

cenderung mempelajari sesuatu jika berdasarkan gambar dan bahan maujud.

Page 10

Page 11: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

3.0. Objektif kajian.

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif seperti dibawah.

3.1. menentukan punca masalah kegagalan membaca sukukata tertutup dengan

lancar.

3.2. meningkat dan mengatasi masalah kesukaran membaca sukukata tertutup

dengan sebutan yang betul dan lancar.

3.3. meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca sukukata tertutup

dengan kaedah dan teknik yang dipilih.

3.4. menentukan keberkesanan kaedah pandang sebut dan papan geluncur

mengatasi dan meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca

sukukata tertutup dikalangan murid yang mempunyai masalah menyebut dan

mengeja sukukata dengan tepat.

4.0. Persoalan Kajian

3.1. Apakah punca masalah responden sukar menguasai kemahiran membaca

sukukata tertutup.

3.2. Dapatkah kaedah pandang sebut dengan papan geluncur membantu murid

menguasai kemahiran membaca sukukata tertutup.

3.3. mengenalpasti kekuatan dan kelemahan teknik dan kaedah yang dipilih

mampu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca sukukata

tertutup.

5.0. Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran kajian ini adalah terdiri daripada murid tahun1 Sekolah

Kebangsaan Paku. Kumpulan ini terdiri daripada 14 orang murid. Fokus kajian dilakukan

kepada murid-murid yang masih sukar membatang dan membunyikan sukukata tertutup

berdasarkan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu data

juga diambil dari keputusan ujian saringan linus 1 dan berdasarkan ujian yang dijalankan.

Kelima-lima responden menghadapi yang sama. Berikut adalah senarai nama responden

yang menjadi kajian ini.

Bilangan murid dalam kelas = 14 orang

Bilangan Responden kajian = 5 orang

Bi

l

Nama Jantina Kaum

1 Moses ak Medan Lelaki Iban

Page 11

Page 12: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

2 Sahahara Bewheater ak Ben Perempuan Iban

3 Johnny ak Nulin Perempuan Iban

4 Hillary Buma ak Wiliam Perempuan Iban

5 Mardiana Nadia ak Sini Perempuan Iban

Kelima-lima responden ini merupakan murid yang berada pada tahap linus berdasarkan

ujian saringan 1. Mereka mempunyai masalah yang sama iaitu tidak dapat menyebut bunyi

sukukata tertutup dengan betul dan lancar.

6.0. Tindakan yang dicadangkan.

Kajian ini dijalankan dengan berpandukan model Kemmis dan Mac Taggart (1988). Model ini

mempunyai empat peringkat dalam melaksanakan kajian tindakan. Berikut adalah model

Kemmis dan Mac Taggart yang saya pilih dalam melaksanakan kajian ini.

Page 12

Page 13: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

Dalam model Kemmis dan MacTaggart (1988) terdapat empat peringkat yang harus

dijalankan dalam melaksanakan kajian tindakan. Peringkat itu ialah dari peringkat

merancang, bertindak, memerhati dam membuat refleksi tentang hasil kajian.

6.1. Peringkat merancang.

Peringkat awal mengikut model ini ialah peringkat merancang apa yang akan

dilakukan. Peringkat ini dilakukan dengan membuat refleksi pengajaran yang lalu. Pada

peringkat ini saya akan menentukan serta memastikan masalah yang sering berlaku serta

menjadi kesukaran kepada murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penentuan masalah yang hendak dikaji telah saya lakukan menerusi pemerhatian semasa

proses pengajaran dan pembelajaran dan hasil perbincangan dengan rakan guru yang lain.

Selain dari membuat pemerhatian, saya turut melakukan proses ujian dengan menggunakan

30 sempel. Selain membuat cacatan semasa proses pengajaran, terutama penekanan

aspek kemahiran membaca secara individu. Data dari ujian saringan Linus 1 turut digunakan

untuk menentukan masalah yang akan dikaji. Hasil daripada penelitian menggunakan ujian,

data Linus, perbincangan dengan rakan sejawat dan pemerhatian semasa proses

pengajaran dan pembelajaran, saya dapati terdaat lima dari empat belas murid tahun 1

menghadapi masalah kesukaran membaca sukukata tertutup. Kelima-lima mereka

menghadapi masalah yang sama. Aspek yang saya perhatikan mereka ini membunyikan

sukukata berdasarkan sebutan mereka sendiri, yakni apa yang dibaca berlainan dengan apa

yang disebut.

6.2. Phasa bertindak.

Setelah mengenal pasti masalah yang timbul, saya mula merancang tindakan yang

akan saya gunakan untuk membantu mengatasi masalah ini. Tindakan yang diambil

bertujuan mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Bagi mengatasi masalah

penguasaan kemahiran membaca sukukata tertutup ini, saya telah memilih menggunakan

kaedah pandang sebut dengan penggunaan papan gelunsur. Pemilihan kaedah ini yang

disesuaikan dengan alat dikenali papan gelunsur bertujuan memudahkan responden

membunyikan perkataan berdasarkan gambar yang diberi.

Kaedah pandang dan sebut merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk

mengajar kemahiran membaca. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan.

Aktiviti utama yang akan saya lakukan ialah murid memandang gambar dahulu dan

menamakan gambar itu. Kemudian mereka akan ditayangkan dengan kad perkataan, dan

diminta mengeja dan menyebutnya. Perkataan yang disebut akan dipastikan sama bunyi

dengan gambar yang ditunjukkan. Juriah Long et.al (1994) yang dipetik dalam modul PPG

Page 13

Page 14: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

BMM3104 (2011) menjelaskan kaedah ini dijalankan dengan murid ditayangkan seluruh

perkataan. Murid akan diminta membunyikan perkataan beberapa kali dan perkataan itu

dipadankan dengan gambar

Kaedah ini saya sesuaikan dengan alat bantu mengajar yang saya kenali sebagai

papan gelunsur. Papan gelunsur merupakan papan yang mengandungi empat ruang yang

diletakkan kad gambar dan perkataan, penuh dan suku kata. Kad-kad ini boleh digerakkan

ke atas dan kebawah. Setiap ruang mengandungi lima kad yang disusun secara berlapis.

Dimana kad pertama adalah gambar yang sepadan dengan perkataan pada kad kedua.

Seterusnya kad sukukata pada lapisan ketiga dan empat dank ad terakhir ialah perkataan

penuh. Kad-kad ini boleh ditukar ganti mengikut kesesuai dan kepantasan murid membaca

perkataan itu dengan lancar.

Pada peringkat pertama responden akan ditunjukkan lapisan pertama iaitu gambar,

mereka diminta menyebut nama gambar itu. Setelah itu kad gambar digelunsurkan ke

bawah, dan terpaparlah kad perkataan. Pada peringkat ini mereka akan mengeja dan

membaca perkataan sambil membunyikannya. Mereka akan melihat gambar yang dibawah

kad perkataan. Setelah sebutan itu betul, kad perkataan akan digelunsurkan lalu terpapar

kad sukukata yang diwarnakan untuk mereka cerakinkan agar bunyinya mengikut bunyi

sukukata yang tepat. Kad terakhir ialah kad seluruh perkataan, dimana mereka akan diminta

membaca perkataan itu secara terus atau dicerakinkan mengikut sukukata sekali lagi.

Langkah ini akan dilakukan secara berulang sehingga mereka dapat membunyikan

perkataan dengan lancar.

Untuk menentukan keberkesanan kaedah dan bahan yang digunakan, saya akan

membuat ujian peringkat awal iaitu pasca ujian secara individu. Data akan dikumpulkan

untuk menentukan tahap peningkatan mereka. Seterusnya ujian pos akan dijalankan

berdasarkan instrumen yang sama.

Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian.

Kajian ini akan dijalankan selama dua bulan dari bulan Ogos hingga September

2014. Ia akan dijalankan setiap kali waktu bahasa Melayu. Ketiga-tiga responden akan

dibimbing membaca perkataan yang mempunyai sukukata tertutup. Ujian pos akan

dijalankan setiap dua minggu selepas bimbingan dijalankan. Ia dijalankan bagi menentukan

pencapaian objektif kajian ini.

Sebelum pelaksanaan kajian ini murid-murid telah diteliti melalui pemerhatian dan

ujian secara individu semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Berikut adalah prosedur tindakan yang akan saya lakukan dalam melaksanakan

kajian ini.

Langkah 1 : Pemerhatian awal semasa Pengajaran dan pembalajaran

Langkah 2 : Ujian bacaan /Ujian diagnostic

Page 14

Page 15: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

Langkah 3 : menentukan masalah dan merancang tindakan

Langkah 4 : Pengajaran dan pembelajaran

1. Bimbingan 1 dengan papan geluncur

2. Bimbingan 2 dengan papan geluncur

3. Bimbingan 3 dengan benda yang sama

4. Bimbingan 4

Langkah 4 : Ujian pos.

Langkah 5 : Mengumpul data dan menganalisis

Langkah 6 : membuat refleksi dan rumusan.

6.3. Memerhati.

Dalam melaksanakan kajian ini, saya telah merancang beberapa siri aktiviti lisan iaitu

membaca perkataan dengan menggunakan papan geluncur serta kad perkataan sahaja.

Setiap kad perkataan pada peringkat awal disertakan kad gambar, dank ad sukukata.

Seterusnya pada peringkat kedua mereka akan diminta membaca perkataan tanpa kad

gambar. Peringkat ketiga mereka akan ditunjukkan gambar dan mengeja berdasarkan

gambar yang diberi. Aktiviti ini akan dilakukan 15 sebelum masa tamat iaitu waktu aktiviti

pemulihan dan pengayaan. Semasa aktiviti dijalankan senarai semak perkataan yang

mereka baca akan dijadikan data untuk mengukur kemajuan mereka sebelum ujian pos

dijalankan. Dapatan dari senarai semak, dan ujian pos akan dianalisis dan dibandingkan

dengan pasca ujian sebelum kajian ini dijalankan. Tujuan bagi menentukan peratusan

peningkatan mereka membaca perkataan yang mempunyai sukukata tertutup sebelum dan

selepas kajian dijalankan. Selain itu data senarai semak turut digunakan bagi melihat

peningkat setiap dua minggu.

6.4. membuat refleksi dan rumusan.

Setelah menjalankan 4 siri aktiviti serta membimbing mereka membaca perkataan yang

mempunyai sukukata tertutup dengan menggunakan alatan yang dikenali papan geluncur,

semua data akan dikumpul. Kesemua data melalui pemerhatian, pasca ujian dan ujian pos

akan dianalisis untuk menilai keberkesanan tindakan yang saya jalankan. Hasil-hasil ujian

pos dan pemerhatian ini akan dijadikan ukuran keberkesanan kaedah dan bahan yang saya

gunakan mengatasi masalah kesukaran membaca sukukata tertutup dikalangan responden

yang dijadikan sempel kajian. Dapatan ini juga akan digunakan untuk merangka dan

merancang tindakan susulan untuk membuat rumusan dan penambahbaikan.

Cara menganalisis data.

Page 15

Page 16: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

Data akan dianalisis dengan menukarnya kepada peratus yang diambil dari ujian pos dan

data Linus. Selain itu jumlah perkataan yang dikuasai berdasarkan ujian-ujian pos akan

dibendingkan dan akan ditukar kepada bentuk peratus bagi menentukan keberkesanan

kaedah yang dipilih.

Saya juga menentukan responden dan mengesan masalah yang mereka hadapi

melalui proses pemerhatian kekerapan mereka atau berepa bilangan perkataan yang

mereka gagal kuasai dibahagi dengan jumlah perkataan yang mereka baca setiap hari. Data

ini diambil melalui proses pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran sewaktu

aktiviti membaca. Setiap perkataan yang diuji akan dicatat dan akan ditentukan peratus

penguasaan dan dibandingkan dengan peratusan semasa pasca ujian.

Selain itu saya juga menggunakan kaedah analisis data secara kauntitatif, dimana

data yang diambil akan ditukar kepada bentuk peratus. Jumlah perkataan yang betul disebut

akan dibahagi dengan jumlah perkataan yang diuji dan didarab dengan seratus. Data ini

akan dibandingkan sepanjang kajian ini bagi menentukan kejayaan kajian ini.

7.0. Perancangan pelaksaan Tindakan.

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan langkah seperti dijadual dibawah.

7.1. Jadual pelaksanaan kajian tindakan.

TarikhMingg

uAktiviti Catatan

13 – 19

Julai 20141

Refleksi isu atau masalah

- Membuat tinjauan awal derdasarkan

pengalaman pengajaran lalu

20 – 25

Julai 20142

Tinjauan awal.

- Mereka bentuk soalan untuk pasca

ujian dan ujian pos berdasarkan

pengalaman lalu bagi mengenal pasti

kelemahan yang wujud

- Mereka bentuk item untuk digunakan

sebagai pemerhatian ( 10 soalan )

i. Item ujian

ii. Item soal selidik

iii. Catatan perkara

yang diperhatikan

26/7 –

2/8/2014

3 i. Menjalankan pasca ujian ( bacaan 30

perkataan )

ii. Mengumpul data linus

iii. Membuat pemerhatian semasa aktiviti

membaca

1. Item pasca ujian

seperti dalam

lampiran 1

2. Data linus

lampiran 2

3. Catatan

pemerhatian

Page 16

Page 17: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

lampiran 3

3 – 9 Ogos

20141

Menganalisis data tinjauan awal yang

diambil

10 – 16

Ogos 2014 2

i. Menganalisis, merekod dan melapor

markah pasca ujian – tentukan

peratusan lulus yang dapat membaca

perkataan dengan lancar dan betul

ii. Menganalisis data Linus saringan 1 dan

data yang dicacat semasa pemerhatian

semasa proses pengajaran dan

pembelajaran

iii. Mencatat dapatan analisis data

permerhatian dalam jadual

17 – 23

Ogos 20143/4

Merancang dan menyusun aktiviti membaca

i. Aktiviti 1- menentukan kaedah yang

sesuai

ii. Membina papan gelunsur dan kad

gambar dan perkataan

iii. Memperkenalkan papan gelunsur

kepada murid dan meminta mereka

memainkan papan itu dahulu.

( kad dan bentuk papan pada gambar

lampiran 4.)

iv. Menjalankan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran membaca

terhadap responden dengan

menggunakan papan gelunsur

v. Aktiviti dilakukan berulang kali

dank ad akan ditukar

September

Melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran kemahiran membaca dengan

papan geluncur yang sama

Mencatatkan perkembangan murid-murid dan

membuat perekodan

Page 17

Page 18: Kajian tindakan

Kertas cadangan kajian tindakan Semester 7

Oktober 3/4

Menjalankan ujian pos untuk menilai tahap

perubahan dan peningkatan dalam

menguasai kemahiran membaca melalui

papan gelunsur dengan kaedah pandang dan

sebut

Januari 2/3

Menganalisis data ujian pos

Menganalisis data melalui pemerhatian

Menyediakan jadual dan membuat pelaporan

hasil analisis data

Februari 1Menulis refleksi kajian dan membuat

cadangan

Mac 2Mengemaskini laporan

April Membentangkan hasil kajian

7.2 Kos kajian

Anggaran perbelanjaan

Bil Butiran Harga Jumlah (RM)

1 Mountin board 10.00 X 4 RM40.00

2 Kertas A4 12.00 X 1 rim RM12.00

3 Dakwat pencetak 80 X 1 katraj RM80.00

4 Pensel warna 12 X 1 kotak RM12.00

Page 18