kajian tindakan

132
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Mengikut Kamus Dewan (2007), pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspek contohnya aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Dalam pendidikan yang formal, proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu proses yang amat penting dan haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dua pihak 1

Upload: pismpipgipoh

Post on 24-Dec-2015

66 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

contoh laporan

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TINDAKAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan (2007), pengajaran dapat didefinisikan sebagai

perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau

sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara

atau perbuatan yang diajarkan. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang

berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu.

Pengajaran ini meliputi semua aspek contohnya aktiviti perancangan, pengelolaan,

penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu

pengetahuan.

Dalam pendidikan yang formal, proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan suatu proses yang amat penting dan haruslah diberi penekanan yang

sewajarnya. Proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dua pihak iaitu

guru dan murid ini sememangnya memerlukan suatu usaha yang berterusan ke arah

menyediakan pendidikan yang menyeluruh dan berkesan terhadap segala isi

pelajaran yang disampaikan. Justeru itu, pengajaran yang ideal dan efektif haruslah

membawa kesan yang penuh ke atas pembelajaran yang berlaku.

1

Page 2: KAJIAN TINDAKAN

Menurut falsafah Pendidikan Kebangsaan “ Pendidikan di Malaysia adalah

suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan”. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. (Falsafah

Pendidikan Kebangsaan).

Oleh kerana Falsafah Pendidikan Negara berusaha ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani maka mata pelajaran Pendidikan Muzik telah dijadikan sebagai salah satu

matapelajaran yang diajar di sekolah-sekolah di Malaysia samada di sekolah rendah

ataupun di sekolah menengah. Pendidik, ahli psikologi dan ahli falsafah amat

menghargai nilai seni kanak-kanak dan kepentingan peranannya di dalam

perkembangan pendidikan kanak-kanak itu sendiri.

Pendidikan muzik dapat membantu kanak-kanak untuk lebih sensitif terhadap

persekitaran fizikal, menggalakkan pembangunan kognitif dan meningkatkan

pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak. Pendidikan muzik dapat memainkan

peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak kerana melalui

2

Page 3: KAJIAN TINDAKAN

penglibatan secara aktif dalam muzik dengan itu mereka dapat mengalakkan

perkembangan kognitif, efektif serta psikomotor dan nilai sosialisasi.

1.2 Refelsi Pengajaran dan Pembelajaran

Selama lebih kurang 17 tahun menjadi guru muzik saya mendapati bahawa

murid-murid tahap dua begitu berminat untuk bermain rekoder jika dibandingkan

dengan aktiviti muzikal yang lain,seperti permainan alat perkusi dan nyanyian.

Tetapi mereka hanya berminat untuk meniup rekoder tanpa hala tuju dan meniup

dengan sesuka hati tanpa mengetahui nilai-nilai not serta kedudukan not-not yang

terdapat pada rekoder, bahkan prestasi mereka dalam permainan rekoder juga tidak

memuaskan, terutamanya dalam penguasaan teknik bermain rekoder dari aspek

postur, penglidahan, penjarian dan pernafasan. Perbincangan ini menjurus kepada

masalah kemahiran memainkan nilai notasi yang tepat dan penjarian rekoder yang

betul sambil memainkan rekoder.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa murid-murid yang saya ajar ini begitu

berminat untuk meniupkan rekoder namun mereka hanya meniupkan rekoder sesuka

hati tanpa mementingkan penjarian dan nilai notasi yang betul semasa memainkan

rekoder. Masalah murid yang tidak dapat menguasai penjarian rekoder dengan

memainkan nilai notasi dan penjarian rekoder yang betul merupakan sesuatu masalah

yang besar dan merunsingkan serta merisaukan saya semasa menjalankan proses

pengajaaran dan pembelajaran permainan rekoder.

3

Page 4: KAJIAN TINDAKAN

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, ada murid menunjukkan minat

dan kesedian yang baik untuk mempelajari permainan rekoder malah mereka

tertunggu-tunggu untuk meniup rekoder tetapi mereka suka meniup tanpa mengikut

nilai not hinggakan kelas menjadi bising dengan tiupan yang menyakitkan halwa

telinga. Ada murid yang bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran

permainan rekoder. Namun,mereka tidak dapat menguasai kemahiran memainkan

nilai notasi dan penjarian rekoder yang betul pada akhir proses pengajaran dan

pembelajaran.

Mereka memberikan respon yang amat baik semasa saya menujukan soalan-

soalan tentang penjarian dan kiraan nilai notasi. Mereka juga mengetahui penjarian

rekoder bagi sesuatu notasi dan mengetahui kiraan nilai notasi yang betul apabila

ditanya secara berasingan daripada lagu. Tetapi apabila mereka meniupkan sesebuah

lagu,mereka tidak mengikut nilai not yang betul dan meniup sesuka hati. Mereka

juga ridak dapat meniupkan sesebuah lagu dengan penjarian dan memainkan nilai

notasi yang betul dengan menggunakan rekoder.

Apabila dikaji punca utama adalah kekangan masa di mana saya hanya

mengajar mereka hanya seminggu sekali dalam masa 1 jam sahaja untuk menjalani

proses pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder. Malah di rumah,mereka

tidak dapat meniup rekoder untuk latihan kerana tidak mempunyai dan tidak

membeli rekoder.

4

Page 5: KAJIAN TINDAKAN

1.3 Refleksi Pengalaman Lalu

Saya mendapati bahawa murid juga tidak mempunyai keyakinan diri ketika

dikehendaki memainkan rekoder di depan kelas. Ketika disuruh untuk memainkan

sesebuah lagu dengan rekoder, murid akan berasa takut dan tidak dapat

memainkannya dengan baik. Murid juga tidak dapat mengaplikasikan teknik bermain

rekoder yang telah dipelajari sebelum ini dengan baik. Apabila murid tidak dapat

memainkan rekoder dengan baik, secara tidak langsung mereka kehilangan minat

untuk terus belajar lagi.

Murid-murid juga suka bermain rekoder secara berkumpulan,terutamanya

bagi murid yang tidak begitu mahir dalam permainan rekoder ataupun murid yang

tidak pernah belajar bermain rekoder dengan bersungguh-sungguh. Murid tersebut

akan mengambil kesempatan ini untuk bermain rekoder dalam kumpulan bersama

dengan orang lain kerana mereka menganggap bahawa murid lain yang pandai

bermain rekoder dapat bermain dengan baik. Jadi mereka akan menjadi

“penumpang” dalam kumpulan itu dan berpura-pura bermain rekoder seperti murid

lain juga. Sekiranya guru tidak menyedari hakikat ini,murid-murid tersebut akan

meneruskan sikap mereka dan tidak akan mempunyai tekad untuk belajar bermain

rekoder dengan bersungguh-sungguh lagi.

5

Page 6: KAJIAN TINDAKAN

Sementara itu, saya juga mendapati bahawa murid yang selalu dimarahi oleh

guru dalam kelas muzik, permainan rekoder akan kehilangan minat untuk terus

belajar bermain rekoder lagi. Manakala murid yang diberi pujian atau galakan oleh

guru, mereka akan terus berusaha untuk berlatih dan bermain rekoder dengan

bersungguh-sungguh walaupun prestasi mereka tidak begitu baik. Hal ini

menunjukkan murid-murid memerlukan motivasi atau dorongan positif dalam proses

pembelajaran.

1.4 Refleksi Nilai Pendidikan

Program pembelajaran yang disediakan direka bentuk untuk memberi

peluang kepada pelajar menikmati unsur-unsur estetik dalam muzik dan pada waktu

yang sama, memperolehi pengetahuan dan kefahaman konsep muzuk yang

elementary . Disamping itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (2002:1) juga

menjelaskan pelajar mendapat pengalaman muzik yang memadai bagi mencetus dan

mempekembangkannminat dan bakat meereka dalam bidang seni muzik.

Sharifah Maimunah (2002:ix) mengharapkan dengan adanya Huraian Sukatan

Pelajaran ini, guru-guru akan dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan.

Melalui muzik, murid dapat memperkembangkan bakat dan potensi mereka melalui

aktiviti pemikiran, penerokaan, penyataan idea, ekspresi diri dan penghasilan muzik,

6

Page 7: KAJIAN TINDAKAN

guru-guru hendaklah menghayati aspirasi dokumen ini dan memperkembangkan lagi

cadangan-cadangan aktiviti yang disedia dengan idea-idea yang kreatif.

Menurut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan harus

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dari segi emosi, intelek, rohani dan jasmani.

Pendidikan Muzik juga bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan

dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam

penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai

dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni (PPK.2000:1).

7

Page 8: KAJIAN TINDAKAN

2.O FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Pengenalan

Mengikut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Pendidikan Muzik (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK,2000:1), murid-murid

akan berpeluang terdedah kepada aspek bahasa muzik, pengalaman muzikal, ekspresi

kreatif dan penghargaan estetik. Setelah mengikuti pelajaran pendidikan Muzik

KBSR,murid dapat:

a) Mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik.

b) Memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik dengan teknik yang

betul.

c) Mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan,sikap dan ingin mencuba.

Sesungguhnya, Pendidikan Muzik dijadikan sebagai mata pelajaran wajib di

sekolah adalah amat memanfaatkan. Kajian mendalam terhadap perhubungan muzik

dengan perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa muzik dapat memainkan

peranan penting dalam perkembangan kognitif, fizikal dan sosial kanak-kanak.

Maka, ia adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang dapat

merealisasikan matlamat pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

8

Page 9: KAJIAN TINDAKAN

2.2 Isu Kajian

Berdasarkan pengalaman lepas , saya mendapati bahawa permainan rekoder

selalu dianggap oleh murid sebagai satu aktiviti muzikal yang paling sukar oleh

murid-murid dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik. Murid-murid menghadapi

masalah untuk menguasai teknik bermain rekoder yang betul dan hal ini telah

menyebabkan murid kurang berminat terhadap permainan rekoder. Hasil daripada

pemerhatian, saya berpendapat bahawa murid-murid merasa susah untuk memahami

sesuatu topik yang kompleks sekiranya ia diajar secara biasa yang lebih berpusatkan

kepada guru dan tidak banyak melibatkan penyertaan murid secara aktif.

Sebagai penerangan , saya dapati murid-murid ini menghadapi kesukaran

untuk memainkan rekoder mengikut nilai notasi yang tepat dan lagu yang hendak

ditiup. Murid sepatutnya perlu mempelajari kemahiran asas iaitu mendengar,

mengira nilai notasi sebelum memulakan pembelajaran meniup rekoder. Oleh itu

mereka gagal untuk meniup nilai notasi dengan kiraan yang tepat, oleh itu proses

pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan seperti yang dirancangkan.

Justeru itu, saya perlu lebih banyak masa untuk mendengar, memerhati dan

mengajar murid-murid yang tidak dapat meniup rekoder dengan baiknya.

9

Page 10: KAJIAN TINDAKAN

Selain itu, penjarian semasa meniup rekoder juga merupakan satu masalah

dimana murid selalu lalai untuk menutup lubang dibahagian belakang atau depan

dengan betul. Mereka juga menggunakan tangan yang salah ketika memegang

rekoder. Teknik yang betul untuk memegang rekoder adalah dengan tangan kanan

dibahagaian atas manakala tangan kiri dibahagaian bawah tetapi sebaliknya mereka

selalu tertukar tangan.

Hal ini telah menyebabkan murid mudah rasa bosan dan jemu apabila

mereka tidak mengambil bahagian secara aktif semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Maka, prestasi dan pencapaian murid akan merosot.

Justeru itu, guru perlu memilih kaedah pengajaran yang sesuai dan relevan

terutamanya bagi topik-topik atau kemahiran yang sukar dikuasai oleh murid.

Dengan demikian, saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah Suzuki

dalam pengajaran dan pembelajaran saya secara lebih sistematik dan menyeluruh.

Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan prestasi dan minat dalam permainan

rekoder disamping membina keupayaan dalaman mereka. Sebagai seorang guru

muzik yang berpengetahuan dan berkemahiran perlu mengembangkan dan

mengcungkil minat, potensi, bakat dan kreativiti murid-murid secara menyeluruh dan

optimum. Persoalan yang timbul di sini ialah, “Adakah Kaedah Suzuki dapat

membantu meningkatkan prestasi dan minat murid dalam permainan rekoder?”

10

Page 11: KAJIAN TINDAKAN

2.3 TINJAUAN LITERATUR

2.3.1 Pendidikan Muzik di Malaysia

Pada tahun 1983,Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telaj

diimplimentasikan di seluruh Negara dan mata Pelajaran Muzik telah diwajibkan

untuk semua murid sekolah rendah dari Tahun Satu. Pendidikan Muzik dan 14 mata

pelajaran yang diajar di sekolah rendah memainkan peranan yang penting untuk

memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu.

Merujuk Falsafah Pendidikan Negara (Sukatan Pelajaran Pendidikan,

2002:5), pendidikan dinyatakan sebagai satu usaha yang berterusan yang harus

mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek. Penglibatan murid dalam kegiatan muzik juga akan memeliharakan

aspek perasaan,kreativiti, nilai estetika, memperkembangkan kecerdasan mental,

psikomotor dan nilai sosialisasi. Menurut Dato’ Seri Dr.Abdul Shukor b. Abdullah,

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ketika itu, dalam kata penghantarnya, telah

menyatakan Pendidikan Muzik akan juga mendukung hasrat mulia ini untuk

melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara.

11

Page 12: KAJIAN TINDAKAN

Pendidikan Muzik bertujuan untuk melahirkan insan yang mempunyaipengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik,mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspekkreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzikdan dapat mnegamalkan nilai murni…..

(Pusat Perkembangan Kurikulum,2002:8)

2.3.2 Kelebihan Pendidikan Muzik Kepada Pelajar

Shinichi Suzuki seperti Kodaly berpendapat bahawa kanak-kanak harus

didedahkan kepada muzik pada peringkat awal lagi iaitu semenjak sembilan bulan

sebelum bayi itu dilahirkan. Dengan pendedahan ini, ia dapat melahirkan individu

yang harmoni dari segi rohani dan jasmaninya (Johami Abdullah, 1993). Plato juga

menyatakan bahawa muzik ialah instrument yang amat penting dalam pendidikan

berbanding dengan seni-seni yang lain. Program muzik sangat penting dalam

perkembangan dan pembesaran kanak-kanak dari segi tanggapan, fizikal, sosial,

intelektual, emosi dan deria estetik. Pendidikan muzik bukan sahaja dapat

membolehkan pelajar memperolehi lebih kemahiran, malah ia dapat

mengembangkan pelajar secara menyeluruh dari sgi fizikal, emosi, rohani, intelek

dan sosial yang selaras dengan FPN

Tambahan pula, menurut Ball (2010) menyatakan ahli sains neuro dari

Universiti Northwestern, Kraus dan Chandrasekaran, telah merumuskan kajian ke

atas perkaitan latihan muzik dengan perkembangan otak. Kajian ini telah

menunjukkan bahawa latihan muzik dapat membentuk pemikiran otak secara

12

Page 13: KAJIAN TINDAKAN

meluas. Kajian neuroscience ini telah menunjukkan sitem pendengaran sseorang

boleh menyebabkan perubahan yang lebih positif disebabkan aktiviti muzik.

Pendengaran yang tajam akan menyebabkan respon yang berkesan kepada pertuturan

seseorang.

“…. And as neuroscientists Nina Kraus and Bharath Chandrasekaran of Northwestern University in Evanston, Illinois, point out in a review published today in Nature Reviews Neuroscience, there is good evidence that music training reshapes the brain in ways that convey broader cognitive benefit. It can, they say, lead to “changes throughout the auditory system that prime musicians for listening challenges beyond music processing”

(Philip Ball,2010)

Kesan Pendidikan Muzik ke atas pendengaran adalah seumpama senaman ke

atas kecergasan badan. Kajian ini juga mengkaji perkaitan di antara latihan muzik

dengan kemahiran-kemahiran seperti bahasa, peringatan, keupayaan meluahkan

emosi dan sebagainya. Kajian tersebut telah menunjukkan latihan muzik sebenarnya

memberi maklum balas yang positif yang ketara kepada kemahiran-kemahiran yang

lain. Muzik dapat merangsangkan otak dalam pembelajaran.

Trainor dalam Ellis (2006) menyatakan perkembangan kanak-kanak adalah

berbeza antara kanak-kanak yang mendapat Pendidikan Muzik dan juga tidak

mendapat Pendidikan Muzik. Kanak-kanak yang mendapat Pendidikan Muzik

menunjukkan perkembangan yang menggalakkan dalam kemahiran bahasa,

matematik, visual-spatiala dan perkembangan kognitif yang lain. Kajian mengenai

rangsangan otak melalui Pendidikan Muzik yang dijalankan secara bersama oleh

13

Page 14: KAJIAN TINDAKAN

Trainor dan Fujioka (dalam Ellis 2006) telah menunjukkan terdapat peningkatan

keupayaan mengingat dalam diri kanak-kanak yang mendapat Pendidikan Muzik.

“Dr Laurel Trainor, Profesor of Pyschology, Neuroscience and Behaviour at McMaster University and Director of the McMaster Institute for Music and the Mind, said: “This is the first study to show that brain responses in young, musically trained children change differently over the course of the year. These changes are likely to be related to the cognitive benefit that is seen with musical training”. Prof Trainor led the study with Dr Takako Fujioko, a scientist at Baycrest’s Rotman Research Institute”.

(Trainor dalam Ellis Ellis,2006)

Disamping itu .Haji Muhammad Zakaria (2005:118) juga menerangkan

muzik boleh meransang pembelajaran seseorang. Muzik adalah sebagai hiburan

selepas penat belajar. Ia boleh menghilangkan rasa mengantuk semasa belajar pada

sebelah malam. Muzik membuat otak kanan berfungsi aktif bagi mengimbangi otak

kiri yang letih menerima fakta dan maklumat. Artis yang berjaya dalam bidangnya

boleh membari semangat untuk Berjaya di dalam pelajaran. Nur Amalina dalam Haji

Muhammad Zakaria (2005:118) berpendapat muzik yang ringan dan lembut

menggerakkan otak kanan untuk mengimbangi otak kiri yang bekerja keras untuk

mengingati dan menghafal.

14

Page 15: KAJIAN TINDAKAN

2.3.3 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Muzik di Malaysia

Joe Chelliah atau Johami Abdullah (2009), telah memberikan perhatian yang

serius mengenai sistem pendidikan Negara kita dan beliau telah menyatakan

penekanan dan perhatian yang diberi kepada subjek peperiksaan telah menyebabkan

subjek-subjek lain kurang diberi penumpuan sepenuhnya. Malah, waktu mata

pelajaran tidak teras ini terpaksa dipinggirkan bagi memberi laluan untuk mata

pelajaran teras.

Biasanya, pihak pentadbir sekolah terlalu mementingkan ‘ A ‘ yang perlu

untuk murid-murid mencapai dalam UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah)

sehingga mereka mengabaikan subjek-subjek lain seperti Pendidikan Muzik,

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan sebagainya. Mata

pelajaran seperti ini diberi layanan seperti subjek ‘kelas kedua’. Menurut Johaimi

lagi,subjek-subjek yang tidak teras dianggap kurang penting ini sebenarnya

memainkan peranan yang penting dalam perkembangan psikologi dan sosial

seseorang kanak-kanak. Tambahan pula, tumpuan yang keterlaluan kepada subjek-

subjek teras akan menyebabkan perkembangan murid-murid menjadi tidak seimbang

dan harmonis.

Johaimi juga menegaskan guru-guru Muzik di sekolah rendah selalunya

merupakan guru bukan opsyen Muzik. Mereka kurang kemahiran muzik untuk

mengajar Pendidikan Muzik. Guru-guru ini kerap kali menggunakan waktu

Pendidikan Muzik untuk mengajar subjek teras yang lain dan tindakan ini

15

Page 16: KAJIAN TINDAKAN

sebenarnya adalah salah. Menurut Johaimi lagi,waktu Pendidikan Muzik seharusnya

merupakan waktu yang penuh dengan nyanyian,pergerakan,permainan alat muzik

dan gelak ketawa. Pada hakikatnya, ini tidak berlaku atau jarang berlaku di sekolah-

sekolah Negara ini.

Menurut Utusan Online (2009), Ketua Pengarah Pelajaran, Alimuddin

Mohamad Dom berkata, “Ibu bapa tidak perlu risau dengan tambahan waktu

mengajar Inggeris itu kerana waktu pembelajaran subjek lain akan dikurangkan tanpa

menjejaskan pelajaran subjek itu. Misalnya mungkin kita akan mengurangkan waktu

subjek Muzik untuk memberi lebihan masa kepad subjek Bahasa Inggeris” katanya

pada siding akhbar. Menurut beliau, ia sebagai langkah memperkukuhkan

penguasaan Bahasa Inggeris tanpa membebankan pelajar dan guru dengan tambahan

waktu persekolahan. Dengan itu, waktu mata pelajaran Pendidikan Muzik akan

dikurangkan dan adalah tidak cukup untuk memperkembangkan potensi dan bakat

pelajar-pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek, psikologi dan sosial.

Oleh yang demikian, mata pelajaran Muzik yang tidak teras ini sebenarnya

memainkan peranan yang penting dalam perkembangan psikologi, emosi, intelek,

jasmani, rohani dan sosial seseorang kanak-kanak. Tumpuan yang keterlaluan kepada

mata pelajaran teras akan menyebabkan pelajar-pelajar menjadi tidak harmonis dan

seimbang.

16

Page 17: KAJIAN TINDAKAN

2.3.4 Kaedah Suzuki

Kaedah Suzuki atau Suzuki Method juga dikenali sebagai ‘Mother Tongue

Method’ kerana ia serupa dengan proses seseorang bayi mempelajari percakapan

atau pertuturan. Seseorang berupaya mempelajari bahasa ibundanya melalui cara

mendengar, mengimitasi dan mengulang. Maka, kaedah Suzuki juga mempercayai

bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan muzikal tertentu jika diberikan

persekitaran yang baik dan sesuai. Hal ini bukan semestinya bagi mereka yang ada

bakat sahaja. Pada umumnya, kaedah Suzuki berlandaskan konsep ‘Character First,

Ability Second’ kerana ia mementingkan perkembangan personality yang sempurna

tetapi bukan hanya pada penguasaan permainan alat muzik sahaja.

Prinsip Asas dalam kaedah Suzuki:

i) Mendengar / Listening

- Murid akan diberi satu CD yang mengandungi lagu yang akan

dipelajari. Murid dikehendaki memainkan CD tersebut dan

mendengar lagu yang terdapat di dalam CD setiap hari. Hal ini

demikian kerana semakin kerap murid mendengar kepada rekod

muzik itu, semakin senang bagi murid untuk memainkannya dengan

menumpukan pendengaran kepada warna ton, tempo dan pernafasan.

17

Page 18: KAJIAN TINDAKAN

ii) Langkah demi langkah / Step by Step

- Teknik yang digunakan dalam permainan rekoder diperkenalkan oleh

guru kepada murid dan murid mempelajari secara perlahan, langkah

demi langkah serta dipraktikkan secara berulangan.

iii) Pembelajaran secara kumpulan / Group Lesson

- Murid akan mendengar, melihat dan memainkan rekoder bersama ahli

umpulan. Pembelajaran secara kumpulan ini akan dijalankan setelah

pembelajaran individu telah dilaksanakan. Murid akan memperolehi

pengalaman dan kemahiran ensemble serta mempelajari sesuatu yang

mereka dimotivasikan daripada murid lain dalam suatu persekitaran

yang tiada persaingan.

iv) Persembahan yang kerap / Frequent Performance

- Murid akan diberi peluang untuk melakukan persembahan permainan

rekoder di depan murid. Hal ini dapat membantu murid untuk

memperoleh pengalaman sebagai ‘performer’ dan lantaran itu

persembahan yang kerap akan membantu meningkatkan keyakinan

diri murid secara tidak langsung.

v) Persekitatan pembelajaran yang positif / Positive Learning Environment

- Guru tidak memaksa murid dengan menyediakan jadual waktu yang

ketat untuk berlatih. Murid akan berlatih dan belajar mengikut tahap

18

Page 19: KAJIAN TINDAKAN

dan proses sendiri. Pujian atau galakan akan diberikan kepada murid

bagi memastikan murid belajar dalam suatu persekitaran yang positif

dan selesa.

Pembelajaran permainan rekoder yang menggunakan Kaedah Suzuki adalah

berbeza dengan kaedah pembelelajaran tradisi. Berikut merupakan perbandingan

antaranya:

Kaedah pembelajaran Kaedah Suzuki Kaedah pembelajaran biasa

1.Menekankan listening sebelum mempelajari pembacaan notasi.

1.Menekankan pembelajaran membaca notasi dulu.

2.Menekankan active modes of learningMurid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran

2. Mengabaikan active modes of learning- murid tidak digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dan menunjukkan sikap yang pasif.

3.Pembelajaran secara berkumpulan digalakkan dan dipentingkan

3.Pembelajaran secara berkumpulan diabaikan.

4.Kemahiran sosial dipupuk. 4. Kemahiran sosial tidak ditegaskan.

5.Mementingkan persekitaran pem- belajaran yang positif.

5.Tidak mementingkan persekitaran pem-Belajaran yang positif.

6.Setiap teknik dipelajari secara langkah demi langkah dan dipraktikkan secara berulangan:- contohnya mempelajari teknik pernafasan dan memastikan murid dapat menguasainya baru meneruskan ke teknik yang baru.

6. Tidak begitu mementingkan penguasaan sesuatu teknik dan terus belajar teknik yang baru.-contohnnya mempelajari teknik permainan rekoder dengan cepat dan tidak memastikan murid dapat menguasainya lalu terus ke teknik seterusnya.

19

Page 20: KAJIAN TINDAKAN

2.3.5 Pendekatan Muzik dalam Pendidikan

Pendekatan Koperatif

Saya juga akan memasukkan pendekatan koperatif dalam kajian saya iaitu

pembelajaran secara berkumpulan. Berdasarkan kajian kes yang dijalankan oleh

pengkaji-pengkaji dahulu, penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dapat

meningkatkan pencapaian murid, pemikiran kreatif dan kritis, sikap,positif, saling

memahami dan berkeyakinan diri. Di mana kaedah Suzuki juga menekankan aspek

ini iaitu dalam langkah ke 4 “Pembelajaran secara berkumpulan digalakkan dan

dipentingkan.”

Menurut Slavian (1991) ia akan memberi faedah kepada golongan yang

berbeza kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan

pembelajaran koperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif

murid. Jika dijalankan secara sempurna, setiap murid mempunyai tanggungjawab

untuk memahiri sesuatu suntopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan

ahli kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini,murid-murid perlu betul-betul memahami

subtopic itu,bukan sekadar menghafal sesuatu topic. Ini mengakibatkan pemprosesan

pada aras yang lebih tinggi, yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya

membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

20

Page 21: KAJIAN TINDAKAN

Kajian juga menunjukkan pembelajaran koperatif boleh memperbaiki

kemahiran sosial murid-murid. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk

mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak langsung,mereka perlu mempelajari

atau memperbaiki kemahiran sosial mereka. Murid-murid yang bersuara perlahan

perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain.

Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan

tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar.

Selain itu, Ee Ah Ming (1997) juga telah mengutarakan beberapa kelebihan

berkenaan dengan pembelajaran koperatif, iaitu:

i. Murid-murid yang lemah dapat layanan yang lebih dan yang cerdas juga

dapat bimbingan yang sewajarnya.

ii. Kaedah ini berguna untuk menjalankan sesuatu projek.

iii. Perhubungan antara gutu dan murid adalah lebih rapat lagi.

iv. Interaksi antara murid akan meningkat.

v. Murid-murid berpeluang memupuk sifat-sifat sosial positif seperti tolong

menolong, bekerjasama, bertanggungjawab, bertolak ansur dan

sebagainya.

21

Page 22: KAJIAN TINDAKAN

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menjelaskan rasional kajian, objektif kajian. Dua persoalan kajian telah

dinyatakan dalam tajuk ini.

.Kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk:

i. Meningkatkan prestasi murid Tahun Empat dalam permainan rekoder

dengan menggunakan kaedah Suzuki.

ii. Meningkatkan minat murid Tahun Empat dalam permainan rekoder

dengan menggunakan kaedah Suzuki.

3.2 Persoalan Kajian

Persoalan bagi kajian ini adalah seperti berikut:

i. Adakah kaedah Suzuki dapat membantu meningkatkan prestasi

permainan rekoder murid Tahun Empat?

ii. Adakah kaedah Suzuki dapat membantu meningkatkan minat permainan

rekoder murid Tahun Empat?

22

Page 23: KAJIAN TINDAKAN

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Pengenalan

Kajian yang dijalankan memerihalkan ciri-ciri kumpulan sasaran dari aspek

bilangan kumpulan sasaran, jantina, sekolah Tahun, kelas serta tahap keputusan dan

pencapaian akademik, perkara seperti berikut:

4.2 Justifikasi Kumpulan Sasaran

i. Kajian ini hanya berfokus kepada skop yang kecil iaitu 10 orang murid

Tahun Empat di sebuah sekolah.

ii. Kumpulan murid yang dikaji terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 4

orang murid perempuan.

iii. Murid yang dikaji adalah dari kelas 4 Bestari

iv. Murid yang dikaji terdiri daripada murid-murid mempunyai prestasi

akademik yang sederhana.

23

Page 24: KAJIAN TINDAKAN

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Pengenalan

Tujuan peringkat ini adalah mencari penyelesaian yang terbaik bagi isu atau

permasalahan yang dikenal pasti. (Chow & Jaizah Mahmud,2011). Bab ini

menjelskan tindakan yang dijalankan, Carta Gantt, Carta Aliran dan Kos Kajian

untuk melaksanakan kajian tindakan ini.

5.2 Tindakan yang dijalankan

Saya merujuk balik masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Seterusnya, suatu kaedah dirancangkan oleh pengkaji untuk

menyelesaikan masalah yang wujud. Masalah yang timbul dikalangan murid-murid

Tahun 4 Bestari mempunyai prestasi yang kurang memuaskan dan tidak mempunyai

minat dalam permainan rekoder. Oleh itu, saya telah merancang untuk menggunakan

kaedah Suzuki untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran permainan

rekoder untuk mengetahui sama ada kaedah ini dapat meningkatkan prestasi dan

minat murid terhadap permainan rekoder dikalangan murid Tahun 4 Bestari. Dengan

itu satu kajian telah dilaksanakan terhadap 10 orang murid dari kelas tersebut.

24

Page 25: KAJIAN TINDAKAN

Pada langkah awal,melalui pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran

sebelum ini, saya telah mengenal pasti 10 orang murid Tahun 4 Bestari yang kurang

berminat terhadap permainan rekoder dan mempunyai prestasi yang rendah terhadap

permainan rekoder. Saya telah memilih 10 orang murid tersebut untuk menjadi

kumpulan sasaran bagi melaksanakan kajian ini.

Seterusnya ,saya telah menjalankan beberapa langkah dalam Ujian Pra

sebelum melaksanakan rawatan. Antara instrumen yang telah dipilih untuk

dijalankan pada peringkat Ujian Pra termasuklah soal selidik, Ujian Pencapaian dan

senarai semak. Saya menjalankan soal selidik terhadap murid. Soal selidik ini adalah

untuk meninjau minat murid terhadap permainan rekoder sebelum melaksanakan

kaedah Suzuki.

Selain itu, Ujian Pencapaian juga dijalankan terhadap murid. Ini adalah untuk

menilai prestasi dan tahap penguasaan murid terhadap permainan rekoder. Markah

akan diberikan dan dicatatkan berdasarkan prestasi dan penguasaan murid terhadap

permainan rekoder. Lagu yang dipilih Ujian Pencapaian pada peringkat Ujian Pra

ialah ‘Mary Had A Little Lamb’. Pada masa yang sama, saya memerhatikan teknik

permainan rekoder yang ditunjukkan oleh murid lalu mencatat dalam Senarai Semak,

di mana saya akan menandakan ( _/) bagi pernyataan yang dapat ditunjukkan oleh

murid.

25

Page 26: KAJIAN TINDAKAN

Setelah menjalankan Ujian Pra tersebut,maka saya mula menjalankan

rawatan,iaitu melaksanakan kaedah Suzuki dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Terdapat beberapa langkah yang akan dilaksanakan dalam kaedah

Suzuki seperti berikut:

i) Listening / Mendengar

- Saya akan memperdengarkan kepada murid lagu yang yang akan

dipelajari. Murid mendengar lagu yang terdapat di dalam CD setiap

kali saya masuk mengajar selama 20 minit selama 3 minggu dan

menumpukan pendengaran kepada warna ton,tempo dan pernafasan.

ii) Langkah demi langkah / Step by step

- Teknik yang digunakan dalam permainan rekoder diperkenalkan oleh

saya kepada murid dan murid mempelajari secara perlahan, langkah

demi langkah secara berulangan.

iii) Group Lesson / Pembelajaran secara kumpulan

- Murid mendengar, melihat dan memainkan rekoder bersama ahli

kumpulan.Pembelajaran secara berkumpulan ini kan dijalankan

setelah pembelajaran individu telah dilaksanakan. Murid akan

meperolehi pengalaman dan skel ensemble serta mempelajari sesuatu

di mana mereka memotivasikan dari murid lain dalam satu

persekitaran yang tidak berasingan.

26

Page 27: KAJIAN TINDAKAN

iv) Frequent Performance / Persembahan yang kerap

- Murid kan diberi peluang untuk melakukan persembahan permainan

rekoder di depan murid lain. Ini dapat membantu murid untuk

meperolehi pengalaman sebagai seorang ‘performer’ lalu

meningkatkan keyakinan diri secara tidak langsung.

v) Positive Laerning Environment / Persekitaran Pembelajaran yang positif

- Saya tida memaksa murid dengan menyediakan jadual waktu yang

ketat untuk berlatih. Murid akan berlatih dan belajar mengikt tahap

dan proses sendiri. Pujian atau galakkan akan diberikan kepada murid.

INTERVENSI

SESI Aktiviti yang dijalankan

1 -Murid didedahkan dengan kaedah Suzuki.-Memberi murid mendengar lagu yang akan dipelajari selama 20 minit-Saya memberi penerangan bagi aktiviti yang akan dijalankan seterusnya supaya murid mempunyai kondep awal terhadap kaedah ini.

2 -saya membuat demonstrasi postur bermain rekoder dengan betul.-Murid mempelajari dan menguasai postur yang betul-Saya membuat demonstrasi teknik pernafasan bermain rekoder dengan betul.- Murid mempelajari dan menguasai teknik pernafasan yang betul.-Saya membuat demonstrasi teknik penglidahan bermain rekoder yang betul.- Murid mempelajari dan menguasai teknik penglidahan bermain rekoder yang betul.-Saya membuat demonstrasi penjarian not B-Murid mempelajari dan menguasai penjarian not B- Saya membuat demonstrasi penjarian not A-Murid mempelajari dan menguasai penjarian not A-Saya membuat demonstrasi penjarian not G-Murid mempelajari dan menguasai penjarian not G-Saya membuat demonstrasi penghasilan ton dalam permainan rekoder

27

Page 28: KAJIAN TINDAKAN

yang betul.-Murid mempelajari dan menguasai penghasilan ton dalam permaian rekoder yang betul-Murid dikehendaki menunjukkan teknik-teknik dalam permainan rekoder yang telah dipelajari di depan secara berseorangan.-Saya memberi galakkan dan peneguhan yang positif kepada murid.

(* Saya memastikan murid menguasai suatu teknik permainan rekoder sebelum mempelajari suatu teknik permainan rekoder yang baru dan seterusnnya)

3 -Saya memberikan satu skor lagu yang hanya mempunyai not B,A,G-Say membimbing murid memainkan lagu frasa demi frasa-Murid melakukan latihan untuk memainkan lagu tersebut-Murid diehendako memainkan lagu itu secara berseorangan di depan murid lain-Pemerhatian dijalankan dan dicatatkan dalam boring senarai semak-Saya memberikan galakan dan peneguhan yang positif kepada murid.

4 -Murid memainkan lagu secara berkumpulan.-Murid dikehendaki memerhati dan mendengar sambil memainkan lagu dalam kumpulan.-Murid menyatakan kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan.-Murid melakukan latihan memainkan lagu secara berkumpulan sekali lagi.-Saya memberikan galakkan dan peneguhan yang positif atas usaha dan kerjasama murid.

5.3 Carta Gantt

28

Page 29: KAJIAN TINDAKAN

Berikut adalah Carta Gantt untuk Kajian Tindakan ini:

Jadual 5.3 Carta Gantt

KRITERIA OGOS JULAI NOV DIS

Pengesahan Tajuk

Mengenal pasti masalah

Merancang kajian

Perbincangan denganPensyarah pembimbingMenulis draf pertama kajiantindakanMenghantar draf pertamakepada pensyarah pembimbingMengubah suai draf pertama

Perbincangan dengan pensyarahpembimbingMenghantar draf ke dua kepadapensyarah pembimbingPerbincangan dengan pensyarahpembimbingMengubah suai draf kedua

Menyediakan persembahan power pointMempersembahkan power point

Menghantar kajian

29

Page 30: KAJIAN TINDAKAN

5.4 Carta Aliran Pelaksanaan Kajian

Jadual 5.4 Carta Aliran Pelaksanaan Kajian

30

Rawatan Kaedah Suzuki

Ujian Pra

Ujian Pos

Temubual

Pemerhatian II & III

Pemerhatian Awal

Soal selidik l – Skala Likert

Page 31: KAJIAN TINDAKAN

5.5 Kos Kajian

Jadual 5.5 Kos Kajian

BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGASEUNIT (RM)

JUMLAH (RM)

1 Kertas A4 3 3 x RM 12.00 RM 36.00

2 Dakwat Pencetak 2 2 x RM 10.00 RM 20.00

3 Fotostat bahan Kajian RM 50.00

4 Alat tulis RM 20.00

5 Binding RM 2.00

6 Hard cover printing RM 20.00

7 Lain-lain perbelanjaan

RM 50.00

JUMLAH RM 198.00

31

Page 32: KAJIAN TINDAKAN

6.0 CARA MENGUMPUL DATA

6.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan reka bentuk, alat kajian, tatacara pengutipan data serta

prosuder pengumpulan data. Alat kajian yang digunakan adalah Ujian Pra dan Ujian

Pos, Borang Soal Selidik, Pemerhatian dan Temu Bual.

6.1.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk sesuatu penyelidikanadalah teknik dan kaedah tertentu untuk

memperolehi maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Khususnya,

reka bentuk sesuatu penyelidikan membincangkan bagaimana mencapai sesuatu

objektif penyelidikan. Reka bentuk merupakan keseluruhan rangka projek

penyelidikan yang menyatakan apakah corak jenis kajian yang hendak dilaksanakan,

jenis maklumat yang perlu dikumpul, dari mana sumber maklumat didapati dan

dengan kaedah apa maklumat diperolehi. Sekiranya penyelidikan direka bentuk

dengan berhati-hati, ini akan memastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah

sesuai dengan persoalan masalah yang ingin diselesaikan.

Reka bentuk kajian yang dipilih untuk kajian tindakan ini adalah gabungan

pendekatan kuantitatif dan kualitatif. . Kaedah kualitatif merupakan satu pemerhatian

32

Page 33: KAJIAN TINDAKAN

terhadap keadaan sebenar. Ia juga merupakan satu proses untuk memahami sesuatu

berdasarkan tanggapan umum. Kaedah kualitatif adalah terhadap bersikap deskriptif.

Qualitative method have four major components or design decisions:

1. Research relationsips

2. Site and participant selection

3. Data collection

4. Data analysis

(Maxwell J.A.,1996)

Kaedah kualitatif mempunyai empat komponen utama iaitu penyelidikan

hubungan, pemilihan peserta, pengumpulan data serta analisis data. Menurut

Maxwell J.A. (1996), kaedah kualitatif lebih kepada memberikan keterangan,

mencari serta pemerhatian secara bukan numerical walaupun terdapat keterangan

yang merujuk kepada statistic. Kebanyakkan kajian dalam bidang ini memberikan

keterangan, interprestasi atau makna dalam sesuatu proses komunikasi.

Kaedah ini juga lebih merupakan usaha untuk memberikan keterangan

tentang sifat dan keadaan manusia dengan menggunakan pandangan umum tentang

apa-apa sahaja tindakan sosial. Justeru itu, penyelidikan kualitatif tidak tertumpu kea

rah pengutipan maklumat yang banyak. Sebaliknya, kaedah ini berusaha untuk

memperoleh maklumat kualiti dengan memberikan tumpuan terhadap sampel yang

kecil.

“Qualitative data are not restricted to the results of specified ‘methods’;as noted earlier, you are the research instrument in a qualitative study,

33

Page 34: KAJIAN TINDAKAN

and your eyes and ears are the tools you use to make sence of what is going on.”

(Joseph A.Maxwell,2005:79)

Pada masa yang sama, kaedah kuantitatif pula akan digunakan untuk

menganalisis data yang melibatkan angka-angka seperti data-data yang dikumpul

melalui borang soal selidik serta skala likert. Huraian deskriptif juga akan dibuat

sebagai gambaran dan huraian yang lebih jelas atas data yang dikumpul.

Kuasi eksperimen telah digunakan sebagai metadologi kajian dengan Ujian

Pencapaian Pra dan Pos, Soal selidik dan Pemerhatian melalui senarai semak dan

temubual sebagai instrumen kajian. Kajian secara kuantitatif ini merupakan

penyelidikan eksperimental. Penyelidikan eksperimental merupakan sesuatu jenis

kajian kawalan terhadap pembolehubah di bawah sesuatu situasi yang

dimanipulasikan oleh penyelidik Ia boleh diuruskan dengan kajian sampel atau

kumpulan kawalan di bawah situasi sebenar. Di dalam sesuatu kajian sampel atau

kumpulan kawalan di bawah situasi sebenar.

Di dalam sesuatu kajian ujikaji, sesuatu kumpulan kawalan yang

mengandungi aspek-aspek yang relevan atau serupa dengan kumpulan

eksperimrental dibentuk. Semua kajian ditumpukan kepada kumpulan eksperimental,

sedangkan kumpulan kawalan digunakan untuk perbandingan dengan hasil kajian

yang diperolehi daripada kumpulan eksperimental itu.

34

Page 35: KAJIAN TINDAKAN

Dengan demikian , saya telah memilih reka bentuk kajian secara kuantitatif

yang berbentuk kuasi eksperimen ini mempunyai langkah-langkah perancangan dan

pelaksanaan penyelidikan eksperimental yang tertentu. Pertamanya ialah mengenal

pasti tujuan ujikaji. Keduanya ialah memilih sampel kajian untuk persampelan

bertujuan.

Selepas itu,instrumen Ujian Pencapaian Pra, Soal Selidik Pra dan

Pemerhatian sebelum intervensi melaui Senarai Semak digunakan. Seterusnya,

mengawal keadaan eksperimental, termasuklah alam sekitar dan memilih kaedah

ujikaji yang sesuai. Setelah itu, menguruskan intervensi yang telah ditentukan dan

mentadbirkan Ujian Pencapaian Pasca. Soal Selidik Pos dan Pemerhatian selepas

intervensi untuk mengenal pasti kesan-kesan atas pembolehubah dependen serta

menganalisis, menginterprestasi dan menilai hasil ujikaji dan seterusnya

menyediakan laporan.

Disamping itu, saya juga melaksanakan kajian secara kualitatif yang

merupakan penyelidikan bukan eksperimental iaitu kajian yang tidak dikawal serta

pembolehubahnya tidak dimanipulasikan. Ia merupakan suatu kajian yang dirancang

dengan membentuk pemerhatian. Dengan itu, pengkaji memerhati dan mencatatkan

sikap responden dalam permainan rekoder lalu menghuraikannya berdasarkan

pemerhatian yang dicatatkan dengan senarai semak. Temubual juga dijalankan dan

sebuah transkripsi dihasilkan selepas temu bual dijalankan.

35

Page 36: KAJIAN TINDAKAN

Penilaian hasil ujikaji menentukan sama ada objektif kajian telah tercapai.

Sekiranya ujikaji itu berkesan dan skor-skor di antara kumpulan-kumpulan

eksperimen dengan kawalan didapati berbeza dan mengikut hipotesis yang

dicadangkan pada peringkat permulaan, maka dapatan kajian akan mengesahkan

ramalan yang dijangkakan terlebih dahulu.

6.1.1 Alat Kajian

Alat penyelidikan adalah penting dalam sesuatu kajian yang akan dijalankan.

Ia juga dinamakan sebgai instrument atau alat ukur. Alat ukur akan menentukan

sama ada data atau maklumat yang dikehendaki diperolehi atau tidak. Mohamad

Najib (2003) menyatakan instrument kajian mestilah berupaya mengukur apa yang

ingin dikukur untuk mendapatkan data. Mohamad Najib juga mengatakan bahawa

instrument merupakan alat yang digunakan untuk mengukur tingkah laku manusia

dan bukannya fizikal manusia. Instrument yang terdiri daripada ciri-ciri seperti

objektif, kesahan, kebolehpercayaan dan kepenggunaan.

Selain itu, menurut Majid (2004), instrumen kajian atau alat ukur adalah

penting bagi mencapai objektif sesuatu penyelidikan. Alat ukur menentukan sama

ada data seterusnya maklumat yang dikehendaki dapat diperoleh atau tidak. Alat

ukur yang sempurna akan mengukur dengan tepat sesuatu pemboleh ubah yang

hendak diukur.

6.1.2 Ujian Pencapaian

36

Page 37: KAJIAN TINDAKAN

Cronbach (1970) menyatakan, ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk

memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan

bantuan skala bernombor 80/100 untuk pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran

seperti Sains. Kepentingan ujian pencapaian bagi mengukur perubahan tingkah laku

murid seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang

dipetik dalam Raminah (1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yangdiperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal dan ditentukan.Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.”

(Raminah 1991:2)

Kajian ini akan menggunakan kaedah pencapaian Pra dan ujian pencapaian

Pasca untuk mendapatkan data yang dikehendaki daripada murid bagi mengenal pasti

kaedah Suzuki dalam meningkatkan prestasi murid Tahun 4 dalam permainan

rekoder sebelum dan selepas menjalankan rawatan.

6.1.3 Ujian Pra dan Ujian Pos

Pretest-posttest designs are widely used in behavioral research,

37

Page 38: KAJIAN TINDAKAN

Primarily for the purpose of comparing groups and/or measuring Change resulting from experimental treatments.

(M.Dimitrov and Phillip D.Rumrill,Jr,2003)

Menurut M.Dimitrov and Phillip D.Rumrill.Jr.(2003) dalam kajiannya yang

bertajuk “Pretest-posttest designs and measurement of change” menerangkan Ujian

Pra dan Ujian Pos adalah digunakan untuk kajian behavioris. Tujuan utama Ujian Pra

dan Ujian Pos adalah untuk membuat perbandingan atau pengukuran antara

perubahan hasil eksperimen yang dijalankan . Beliau menyatakan Ujian Pra dan

Ujian Pos adalah digunakan secara meluas dalam kaedah penyelidikan. Oleh itu,saya

memilih Ujian Pra dan Ujian Pos sebagai alat kajian.

a) Ujian Pencapaian Pra

Ujian ini dijalankan sebelum rawatan dijalankan. Murid akan diuji dengan

memainkan sebuah lagu dan markah akan diberi berdasarkan aspek-aspek yang

penting dalam permainan rekoder seperti postur, pernafasan, perlidahan dan

penjarian.

b) Ujian Pos

Ujian ini diajalankan selepas rawatan dijalankan. Lagu yang diuji adalahsama

38

Page 39: KAJIAN TINDAKAN

dengan skor lagu semasa ujian pencapaian Pra. Markah juga akan diberikan

berdasarkan aspek-aspek yang penting dalam permainan rekorder seperti postur,

pernafasan, perlidahan dan penjarian. Ujian ini akan diadakah bagi mengenal pasti

perubahan prestasi atau peningkatan prestasi murid dalam permainan rekoder.

6.1.4 Soal Selidik

Sulaiman Ngah Razali (1996-:2006) mengatakan bahawa soal selidik

merupakan satu cara yang paling mudah untuk memperolehi maklumat dalam

sesuatu kajian. Sementara itu, Khalid Johari (2003) berpendapat bahawa penggunaan

borang selidik merupakan alat pengumpulan data secara terperinci, tersusun dan

piawai. Malahan, instrument ini juga mudah ditadbir, menjimatkan masa, minda dan

wang pengkaji semasa pengumpulan data.

Oleh itu, saya menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian kerana

ianya dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga saya bagi mengumpulkan data. Soal

selidik ini mengandungi soalan yang sama kepada semua responden. Responden juga

diberi kebebasan untuk menjawab soal selidik di dalam kajian ini, penyelidik akan

mengemukakan 10 soalan untuk meninjau minat murid terhadap permainan rekoder.

Soal selidik ini diberikan kepada murid untuk diisi sebelum dan selepas rawatan

dijalankan. Murid akan menandakan jawapan soal selidik yang difikrkan paling

sesuai dan tepat dalam pernyataan yang diberikan dalam bentuk skala likert seperti

jadual 6.1 di bawah:

39

Page 40: KAJIAN TINDAKAN

Jadual 6.1 Skala Likert

1 = sangat tidak setuju

2 = Tidak setuju

3 = Tidak pasti

4 = Setuju

5 = Sangat setuju

6.1.5 Pemerhatian

Sulaiman Ngah Razali (1996:216) menjelaskan pemerhatian merupakan satu

cara untuk mendapatkan data dalam penyelidikan. Pemerhatian melibatkan

pemerhatian terhadap perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan yang berada dalam

situasi yang terkawal atau bebas. Pemerhatian tidak bergantung pada apa yang

dicatatkan oleh murid atau apa yang dikatakan olehnya seperti dalam temubual.

Mengapakah kaedah pemerhatian dipilih? Ini disebabkan kebaikan kaedah ini

adalah sesuai dengan kajian iaitu pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah

terperinci, jelas, teliti dan tepat. Ini akan menyumbangkan kepada dapatan kajian

yang lebih sah serta boleh dipercayai. Menurut Mohd Majid Konting (2004),

maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh

memastikan bahawa maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian benar-benar

dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil yang telah dikenal pasti.

40

Page 41: KAJIAN TINDAKAN

Keadah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan

untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan

altenatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal

selidil dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat perhatikan sesuatu

tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah

dikenalpasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-

perubahan tingkah laku, mendengar serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari

jauh atau dari dekat.

Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu memerhati sampel-

sampelnya dalam tempoh masa yang tertentu. Dalam kajian ini,beberapa masa telah

dipilih untuk melaksanakan kajian atas murid yang telah dipilih dan permerhatian

akan dijalankan. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan

terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat. Sebelum membuat

pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap

pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik,

mempunyai fokus dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat

mestilah tepat, sah dan boleh dipercayai.

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu

kategori tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta

persampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri

tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Tingkah laku saling berkait antara

41

Page 42: KAJIAN TINDAKAN

satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu

dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua

kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak

bertindan antara satu sama lain.

Sistem pengkodan kategori tingkah alaku oleh Flanders (1974) adalah satu

contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod

maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat. Semakin kecil unit tingkah laku

digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut

diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan

meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran

pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang

diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering

menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperolehi.

Saya telah memilih senarai semak untuk mencatatkan perkara sesuai sebelum,

semasa dan selepas menggunakan kaedah Suzuki melaui permerhatian. Sulaiman

Ngah Razali (1996:210) menerangkan senarai semak merupakan satu lagi contoh

borang siasatan. Senarai semak mengandungi satu senarai butiran untuk diperiksa

terhadap murid. Oleh itu, saya telah menggunakan senarai semak sebagai boring

pemerhatian untuk memerhati 10 orang murid sebelum, semasa dan selepas

menjalankan kajian dengan kaedah Suzuki

6.1.6 Temu Bual

42

Page 43: KAJIAN TINDAKAN

Selain dari itu, saya juga menggunakan temubual sebagai instrument dalam

kajian ini untuk meninjau minat murid terhadap permainan rekoder. Soalan temubual

dibentuk terlebih dahulu dan dijadikan panduan semasa proses temu bual. Soalan

yang dikemukakan “Adakah anda berminat terhadap permainan rekoder dalam setiap

kelas pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik sebelum / selepas kaedah

Suzuki dijalankan?” Soalan tersebut adaalah bertujuan menjawab pesoalan kedua

dalam kajian ini. Temu bual ini dijalankan ke atas 10 orang murid. Sebuah traskripsi

dihasilkan selepas temu bual dijalankan semasa menganalisis data.

6.2 CARA ANALISIS DATA

6.2.1 Pengenalan

Data yang dikumpulkan dalam kajian ini akan dikumpulkan melalui 4 jenis

instrument iaitu pemerhatian senarai semak, ujian pra dan ujian pos, soal selidik dan

temu bual. Semua data yang dikumpulkan dari instrumen-instrumen ini akan

dianalisis dan maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk menguji

keberkesanan penggunaan Kaedah Suzuki untuk meningkatkan prestasi dan minat

murid dalam permainan rekoder.

6.2.2 Analisis Data Ujian Pencapaian Pra dan Ujian Pencapaian Pos

43

Page 44: KAJIAN TINDAKAN

Analisis satistik seperti peratusan digunakan untuk mengkaji prestasi murid

dalam kemahiran permainan rekorder. Kesemua analisis data ini ditunjukkan dalam

jadual. Keputusan ujian pra dan ujian pencapaian pos untuk murid kajian dianalisa

untuk mengkaji sama ada terdapat peningkatan prestasi dalam kemahiran permainan

rekoder. Hasil data diberi huraian deskriptif.

6.2.3 Analisis Data Soal Selidik

Hasil dapatan akan dianalisis dan dilaporkan dalam bentuk frekuansi, peratus,

mean serta dihurai secara deskriptif. Mengikut kajian “Role og Residental College

Management in Improving Students Learning” yang telah dilaksanakan oleh

Dr.Lokman, Sanitah Mohd Yusof & Shamsiha Mohd Nawi (2009) menyatakan

Mohd Majid (1990) berpendapat bahawa hubungan antara nilai peratusan dan

kekerapan adalah lebih kukuh sekiranya disokong dengan nilai mean. Skala mean

digunakan untuk menentukan tahap bagi mean yang diperolehi oleh penyelidik sama

ada berada pada tahaptinggi, sederhana atau rendah. Menurut Mohd majid (1990),

mean merupakan satistik yang sering digunakan sebagai sukatan kecenderungan

memusat.

Jadual 6.2.1 Klasifikasi Skala mean

44

Page 45: KAJIAN TINDAKAN

Mean Skala Mean

1.0 - 2.33 Rendah

2.23 - 3.37 Sederhana

3.68 - 5.00 Tinggi

(Sumber Mohd Majid,1990 dalam Dr.Lokman, Sanitah Mohd Yusof & Shamsiha

Mohd Nawi ,2009)

6.2.4 Analisis Data Pemerhatian melalui Senarai Semak

Pemerhatian dijalankan ke atas murid sepanjang melaksanakan kajian dengan

menggunakan kaedah Suzuki dalam pengajaran dan pembelajaran permainan

rekoder. Hasil daripada pemerhatian dicatatkan dalam senarai semak yang

disediakan. Data pemerhatian melalui senarai semak sebelum, semasa dan selepas

menggunakan kaedah Suzuki dihuraikan. Hasil data ditunjukkan dalam bentuk jadual

peratusan pemerhatian ditunjukkan dalam bentuk graf. Satu huraian deskriptif diberi

untuk menganalisis dapatan data pemerhatian melalui senarai semak.

6.2.5 Analisis Data Temu Bual

45

Page 46: KAJIAN TINDAKAN

Temu bual antara 10 orang murid dianalisis selepas data dikumpul. Respon

yang diberi telah dicatatkan dalam borang yang disediakan yang kemudiannya

ditranskripsikan dan dikodkan. Hasil data ditunjukkan dalam jadual peratusan. Satu

huraian deskriftif diberi untuk menganalisis dapatan data temubual.

6.2.6 Perincian Alat Kajian

Perincian Instrumen Kajian Cara Analisa Data

Persoalan Alat Kajian Sasaran

JenisSoalan

KategoriSoalan

Analisa Data

Hasilan Data

1

Ujian Pencapaian Pra dan Pasca

Subjekkajian

Amali skor lagu rekoder

-Prestasi permainan rekoder

Analisa statistik deskriptif

Huraian deskripti, jadual peratusan

Pemerhatian 1(sebelum)

Subjek kajian

Bentuk tertutup

-Prestasi permainan rekoder

Analisa statistik deskriptif

Huraian deskripti,danjadual frekuensi, peratusan

Pemerhatian 2(semasa)

Subjek kajian

Bentuk tertutup

-Prestasi permainan rekoder

Analisa statistik deskriptif

Huraian deskripti,danjadual frekuensi, peratusan

Pemerhatian 3(selepas)

Subjek kajian

Bentuk tertutup

-Prestasi permainan rekoder

Analisa statistik deskriptif

Huraian deskripti,danjadual frekuensi, peratusan

2

Soal selidik 1 Subjek kajian

Bentuk tertutup dan skala

-Minat dalam permainan rekoder

Analisa statistik deskriptif

Huraian deskriptif,jadual, mean dan

46

Page 47: KAJIAN TINDAKAN

likert peratusanSoal selidik 1 Subjek

kajianBentuk tertutup dan skala likert

-Minat dalam permainan rekoder

Analisa statistik deskriptif

Huraian deskriptif,jadual, mean dan peratusan

Temu bual Subjek kajian

Bentuk tertutup

-Minat dalam permainan rekoder

Analisadeskriptif

Huraian deskriptif, peratusan

6.2.7 Kajian Rintis

Kajian rintis dilakukan sebelum melakukan kajian sebenar. Melalui

kajian rintis ini,saya berpeluang untuk memperbaiki soalan yang kurang sesuai

dengan menambahkan soalan yang bersesuaian, ia juga dapat membantu saya

mengenal pasti kelemahan-kelemahan instrument. Dengan itu, saya berpeluang untuk

menambahbaikan, memperbaiki dan mengubah suai mana-mana kelemahan yang

ada. Melalui kajian rintis, pemahaman murid terhadap setiap item yang ditanya, nilai

pekali kebolehpercayaan setiap bahagian dalam soal selidik yang dapat dibina dapat

diketahui selain daripada membolehkan penyelidik memperbaiki alat ukur.(Zawiyah

Mohammmad Yusof & Mariah Lambak,2008)

6.3 Analisa Data

47

Page 48: KAJIAN TINDAKAN

6.3.1 Analisa Data Ujian Pencapaian Pra

Bahagian ini akan membuat analisis terhadap ujian pra mengikut persoalan

kajian pertama. Ujian pencapaian pra diberikan kepada murid pada permulaan

kajian,iaitu sebelum rawatan dijalankan. Ujian pencapaian pra yang dijalankan

adalah bertujuan untuk mengetahui prestasi dan tahap kemahiran murid dalam

permainan rekoder.

Jadual berikut telah menunjukkan keputusan ujian pencapaian pra oleh murid.

Jumlah markah murid akan ditukar kepada tahap pencapaian. Tahap ini ditentukan

berdasarkan jadual yang seterusnya.

Pemarkahan Ujian Pencapaian PraJadual 6.3.1 (a)

MARKAH_____________________________________________________________

Murid Lemah Sederhana Baik JUMLAH (0-8M) (9-17M) (18-25M) MARKAH

__________________________________________________________________________M1 - 13 - 13M2 - 13 - 13M3 - 12 - 12M4 5 - - 5M5 6 - - 6M6 - 10 - 10M7 - 10 - 10M8 - 12 - 12M9 - 13 - 13M10 - 13 - 113

JUMLAH 11 96 - 107

PERATUSAN 13.75% 56.46% 0% 42.8%

48

Page 49: KAJIAN TINDAKAN

Jadual 6.3.1(a) telah menunjukkan keputusan Ujian pencapaian Pra bagi

persoalan kajian pertama saya. Markah penuh dalam Ujian Pencapaian Pra ini adalah

sebanyak 25 markah. Dalam Jadual 6.3.1(a), saya mendapati bahawa tiada murid

yang mendapat markah ‘Baik’ dalam ujian pencapaian pra ini. Hal ini demikian

kerana murid mempunyai tahap kemahiran yang rendah dalam permainan rekoder.

Manakala gred markah yang paling banyak diperoleh oleh murid ialah

sederhana,iaitu dengan jumlah markahnya 96 markah dan peratusan sebanyak

56.46%. Murid yang mendapat 13 markah sebanyak 4 orang, 12 markah 2 orang, 10

markah pula 2 orang . Ini menunjukkan 3/4 daripada jumlah murid mempunyai tahap

kemahiran yang sederhana dalam memainkan rekoder.

Terdapat 2 orang murid mendapat markah rendah iaitu seorang murid

mendapat 6 markah manakala seorang murid lagi mendapat 5 markah. Peratusan

jumlah markah bagi gred markah lemah ialah 13.75%.

Jumlah markah kajian telah ditukar kepada tahap pencapaian supaya boleh

membuat analisis dengan lebih berkesan. Jadual 6.3.1(b) akan menunjukkan jumlah

murid dan peratusan yang mendapat Tahap Lemah, Sederhana dan Baik dalam ujian

Pencapaian Pra.

Keputusan Ujian Pencapaian Pra Dalam Tahap Pencapaian

49

Page 50: KAJIAN TINDAKAN

Jadual 6.3.1(b) :

Tahap Pencapaian Bilangan Peratusan

Baik 0 0

Sederhana 8 80

Lemah 2 20

Mengikut Jadual 6.3.1(b), saya membahagikan tahap pencapaian dikalangan

murid kepada 3 tahap, iaitu tahap Baik, Sederhana dan juga Lemah. Murid yang

layak mendapat tahap Baik harus mendapat 18 markah hingga ke 25 markah ; murid

yang layak mendapat tahap Sederhana pula hendaklah mencapai markah 9 ke 17

markah manakala murid di tahap Lemah markah mereka adalah dari 0 – 6 markah .

Rajah 6.3(a) berikut telah menunjukkan keputusan peratusan bagi tahap pencapaian

dalam Ujian Pencapaian Pra ini.

Analisis Peratusan Tahap Pencapaian Ujian Pencapaian Pra

Rajah 6.3.1(c)

Lemah Sederhana Baik 0

1020304050607080

Ujian Pencapaian Pra

Tahap Pencapaian

Pera

tusa

n (%

)

50

Page 51: KAJIAN TINDAKAN

Merujuk Rajah 6.3.1(c),terdapat 20% daripada jumlah murid mendapat tahap

Lemah dan 80% pula mencapai tahap Sederhana. Tiada seorang pun yang mendapat

tahap Baik. Ini menunjukkan bahawa prestasi dan tahap kemahiran murid dalam

memainkan rekoder adalah tidak begitu baik. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini

untuk meningkatkan prestasi dan tahap kemahiran permainan rekoder murid.

6.3.2 Analisis Data Ujian Pencapaian Pos

Setelah menjalankan rawaatan dengan kaedah Suzuki, Ujian Pencapaian

Pasca dijalankan terhadap murid. Ujian Pencapaian Pasca dijalankan adalah

bertujuan untuk menguji adakah kaedah Suzuki dapat meningkatkan tahap kemahiran

permainan rekoder murid. Lagu yang digunakan dalam Ujian Pencapaian Pra dan

Ujian Pencapaian Pos adalah sama. Ini adalah membolehkan dan memudahkan saya

untuk membuat perbandingan dengan lebih tepat, di mana sama ada murid telah

menunjukkan peningkatan tahap kemahiran permainan rekoder.

Jadual 6.3.2(a) berikut menunjukkan keputusan Ujian Pencapaian Pos

terhadap murid mengikut markah.

Pemarkahan Ujian Pencapaian PosJadual 6.3.2(a)

51

Page 52: KAJIAN TINDAKAN

MARKAH_____________________________________________________________

Murid Lemah Sederhana Baik JUMLAH (0-8M) (9-17M) (18-25M) MARKAH

__________________________________________________________________________M1 - - 18 18M2 - - 18 18M3 - - 19 19M4 - 12 - 12M5 - 14 - 14M6 - - 19 19 M7 - - 20 20M8 - - 20 20M9 - - 20 20 M10 - - 22 22 JUMLAH 0 26 156 182

PERATUSAN 0% 15.29% 62.4% 72.8%

Jadual 6.3.2(a) menunjukkan keputusan Ujian Pencapaian Pos dalam

pemarkahan yang diperolehi oleh setiap murid setiap pelaksanaan rawatan kaedah

Suzuki. Markah penuh dalam ujian Pencapaian Pos adalah sama dengan markah

penuh Ujian Pencapaian Pra,iaitu 25 markah. Merujuk Jadual 6.3.1(a), saya

mendapati murid menunjukkan peningkatan dalam tahap kemahiran permainan

rekoder jika dibandingkan dengan keputusan Ujian pencapaian Pra. Dalam Ujian

Pencapaian Pra, markah tertinggi diperolehi ialah 14 markah manakala dalam Ujian

Pencapaian Pos ini, markah tertinggi diperolehi ialah 22. Ini menunjukkan bahawa

murid mempunyai peningkatan dalam prestasi rekoder setelah rawatan Suzuki.

Jumlah markah kajian telah ditukar kepada tahap pencapaian supaya boleh

membuat analisis dengan lebih berkesan. Jadual 6.3.1(b) akan menunjukkan jumlah

52

Page 53: KAJIAN TINDAKAN

murid dan peratusan yang mendapat tahap Lemah, Sederhana dan Baik dalam Ujian

Pencapaian Pos.

Keputusan Ujian Pencapaian Pos dalam Tahap Pencapaian

Jadual 6.3.1 (b)

Tahap Pencapaian Bilangan Peratusan

Baik 8 80

Sederhana 2 20

Lemah 0 0

____________________________________________________________________

Analisis Peratusan Tahap Pencapaian Ujian Pencapaian Pra

Rajah 6.3.2(b)

Lemah Sederhana

Baik

01020304050607080

Ujian Pencapaian Pos

Tahap Pencapaian

Peer

atus

an (%

)

53

Page 54: KAJIAN TINDAKAN

Merujuk Rajah 6.3.2.(b), terdapat 20% murid mendapat tahap Sederhana,

80% murid mendapat tahap Baik dan tiada murid yang mendapat tahap Lemah dalam

ujian Pencapaian Pos. Melalui rajah ini,saya mendapati bahawa keputusan Ujian

Pencapaian Pos ini menunjukkan peningkatan dalam tahap kemahiran permainan

rekoder. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa kaedah Suzuki dalam meningkatkan

prestasi permainan rekoder adalah berkesan dikalangan murid Tahun 4 Bestari.

6.3.3 Perbandingan Keputusan Pencapaian Pra dan Ujian Pos

Sebelum melaksanakan kaedah Suzuki, saya telah menjalankan Ujian

Pencapaian Pra untuk menguji tahap kemahiran permainan rekoder. Melalui Ujian

Pencapaian Pra, saya mendapati beberapa kelemahan dalam kemahiran memainkan

rekoder yang terdapat pada murid. Oleh itu, saya melaksanakan kaedah Suzuki,

Ujian pencapaian Pos dijalankan untuk menguju sama ada kaedah Suzuki dapat

meningkatkan prestasi permainan rekoder di kalangan murid.

Saya, telah membuat perbandingan markah ujian Pencapaian Pra dengan

markah Ujian Pencapaian Pos untuk melihat peningkatan kemahiran permainan

rekoder dengan menggunakan kaedah Suzuki. Jadual 6.3.1 menunjukkan

perbandingan antara keputusan ujian Pencapaian Pra dan Ujian Pencapaian Pos serta

peningkatan markah antara kedua-dua ujian ini.

54

Page 55: KAJIAN TINDAKAN

Perbandingan keputusan Ujian Pencapaian Pra dan Pos

Jadual 6.3.3(a)

MURID MARKAH UJIAN MARKAH UJIAN PENINGKATAN PENCAPAIAN PENCAPAIAN PERATUSAN(%)

PRA POS

M1 13 18 38.46M2 13 18 38.46M3 12 19 58.33M4 5 12 140.00M5 6 14 133.33M6 10 19 90M7 10 20 100M8 12 20 66.67M9 13 20 53.85M10 13 22 69.23JUMLAH 107 182 71%

Jadual 6.3.3(a) telah menunjukkan keputusan Ujian Pencapaian Pos telah

mempunyai peratusan peningkatan sebanyak 71 % jika dibandingkan dengan

keputusan Ujian Pencapaian Pra. Ini telah membuktikan bahawa kaedah Suzuki

dapat meningkatkan prestasi dalam permainan rekoder. Kebanyakkan murid

mendapat markah yang lebih tinggi pada ujian Pencapaian Pos. Keputusan murid 8

menunjukkan peningkatan peratusan sebanyak 66.67% dan keputusan murid 6

menunjukkan peningkatan peratusan sebanyak 90%. Walaupun tahap pencapaiam

markah murid 6 masih tidak mecapai tahap baik, tetapi sekurang-kurangnya

menunjukkan peningkatan dalam markahnya. Rajah 6.3.3(b) di bawah menunjukkan

perbandingan markah Ujian Pencapaian Pra dan Ujian Pencapaian Pos bagi setiap

murid.

55

Page 56: KAJIAN TINDAKAN

Rajah 6.3.3(b) Perbandingan Markah Ujian Pencapaian Pra dan Ujian Pencapaian Pos

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M100

5

10

15

20

25

Ujian PraUjian Pos

Murid

Mar

kah

Rajah 6.3.3(c) Perbandingan Peratusan Tahap Pencapaian Ujian Pra dan PencapaianUjian Pos

0 Sederhana Baik0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

90%

100%

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah di atas menunjukkan perbandingan peratusan tahap pencapain Ujian

Pencapaian Pra dan Ujian Pencapaian Pos dalam kemahiran memainkan rekoder.

Dalam Ujian Pencapaian Pra, tiada murid mendapat tahap Baik manakala sebanyak

56

Page 57: KAJIAN TINDAKAN

80% murid mendapat tahap Baik dalam Ujian Pencapaian Pos. Sementara itu, 80%

mendapat tahap Sederhana dalam ujian Pencapaian Pra dan 20% murid mendapat

tahap Sederhana dalam Ujian pencapaian Pra dan 20% murid mendapat tahap

Lemah dalam ujian Pencapaian Pra dan tiada responden mendapat tahap Lemah

dalam Ujian Pencapaian Pos

Peningkatan peratus dalam mendapat tahap pencapaian baik dan Penurunan

peratus dalam mendapat tahap pencapaian Lemah telah menunjukkan prestasi

permainan rekoder murid telah meningkat setelah rawatan kaedah Suzuki

dijalankan.

6.3.4 Analisis Data Soal Selidik Pra

Analisis Data Soal Selidik Pra

Jadual 6.3.4(a)

No Item 1 2 3 4 5 Mean STS TS TP S SS

(f) (f) (f) (f) (f)% % % % %

S1 Saya suka bermain rekoder. 4 4 0 2 0

40 40 0 20 0 2

S2 Saya lebih suka mempelajari 4 4 0 2 0

rekoder di kelas Pendidikan 40 40 0 20 0 2

Muzik.

S3 Saya berasa gembira ketika 2 4 2 2 0

berrmain rekoder. 20 40 20 20 0 2.3

S4 Saya berasa sangat susah 0 2 2 4 2

untuk mempelajari rekoder. 0 20 20 40 20 4.6

S5 Saya akan membawa 2 4 2 2 0

rekoder pada setiap kelas 20 40 20 20 0 3

57

Page 58: KAJIAN TINDAKAN

pengajaran dan pembelajaran

rekoder

S6 Saya berasa takut untuk 0 2 2 4 2

bermain rekoder secara 0 20 20 40 20 3.6

berseorangan.

S7 Saya berasa selesa ketika 0 4 2 2 2

bermain rekoder bersama- 0 40 20 20 20 3.2

sama dengan kawan dalam

kumpulan.

S8 Saya berasa gembira apabila 2 2 2 2 2

Saya dapat memainkan 20 20 20 20 20 3

sebuah lagu yang lengkap

dengan rekoder.

S9 Saya berasa gembira untuk 2 4 0 2 2

mempelajari memainkan 20 40 0 20 20 2.4

lagu baru dengan rekoder.

S10 Saya suka akan pertandingan 2 2 0 4 2

bermain rekoder antara 20 20 0 40 20 3.2

kumpulan di dalam kelas.

JUMLAH 18 32 12 26 12 3.02

Jadual 6.3.4(a) telah menunjukkan satu hasil data yang dikumpul dari soal

selidik yang dijalankan pada ujian pra.

58

Page 59: KAJIAN TINDAKAN

Bagi item pertama, dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan murid tidak suka

bermain rekoder. Hal imi berlaku kerana 20 % daripada keseluruhan yang memilih

sangat setuju dengan pernyataan ’Saya suka memainkan rekoder’ dan 40% daripada

keseluruhan yang memilih tidak sangat setuju pernyataan berikut. Hanya 2 orang

murid yang setuju dengan pernyataan berikut.

Bagi item kedua, dapat dirumuskan bahawa kebanyakan murid tidak suka

mempelajari rekoder di kelas Pendidikan Muzik. Hal ini demikian kerana 20 %

daripada keseluruhan yang memilih tidak setuju dengan pernyataan ‘Saya lebih suka

mempelajari rekoder di kelas Pendidikan Muzik’ dan 40 % daripada keseluruhan

yang memilih tidak setuju dengan pernyatan berikut. 2 orang murid bersetuju dengan

pernyataan tersebut.

Bagi item ketiga, 40% daipada jumlah murid bersetuju bahawa mereka berasa

gembira ketika bermain rekoder; 20% daripada jumlah murid sangat setuju bahawa

mereka berasa gembira ketika bermain rekoder. Ini dapat menunjukkan bahawa

minat murid terhadap permainan rekoder telah ditingkatkan, 2 orang murid setuju

bahawa mereka berasa gembira bermain rekoder.

Bagi item keempat pula,kebanyakkan murid berasa susah unuk mempelajari

rekoder. 40% daripad jumlah murid setuju dan 20 % daripada jumlah murid sangat

setuju dengan pernyataan ‘Saya rasa sangat susah untuk mempelajari rekoder’. 2

59

Page 60: KAJIAN TINDAKAN

orang murid rasa tidak pasti, dan 2 orang murid lagi tidak setuju bahawa mempelajari

rekoder sangat susah.

Bagi item kelima, 2 daripada jumlah murid setuju dengan pernyataan ‘Saya

akan membawa rekoder pada setiap kelas pengajaran dan pembelajaran rekoder’.

Dua orang murid lagi tidak pasti dengan pernyataan tersebut, mungkin disebabkan

mereka kadang kala membawa dan kadang kala tidak membawa rekoder. Murid suka

pada kelas Pendidikan Muzik yang dipelajari memainkan rekoder dan akan

membawa rekoder setiap kali kelas Pendidikan Muzik mempelajari memainkan

rekoder.

Bagi item keenam, dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan murid rasa takut

untuk bermain rekoder secara berseorangan. Ini dapat dilihat dimana 2 orang murid

(40 % daripada keseluruhan) tidak setuju dan 2 orang murid ( 40 % daripada

keseluruhan) tidak pasti dengan pernyataan item keenam.

Bagi item ketujuh, dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan murid rasa selesa

untuk bermain rekoder bersama-sama dengan kawan dalam kumpulan, 2 orang murid

setuju dan 2 orang murid sangat setuju dengan item ketujuh.

60

Page 61: KAJIAN TINDAKAN

Bagi item kelapan, dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan murid resa

gembira apabila dapat memainkan sebuah lagu yang lengkap dengn rekoder, dimana

20% daripada jumlah murid rasa setuju dan 20 % daripada jumlah murid rsa sangat

setuju degan pernyataan item kelapan. Murid mempunyai minat yang lebih banyak

terhadap permainan rekoder dan mereka akan merasa sandat gembira apabila mereka

dapat memainkan sebuah lagu dengan lengkap dengan rekoder.

Bagi item kesembilan, 2 orang murid memilih setuju dan 2 orang murid

memilih sangat setuju bahawa mereka rasa gembira untuk mempelajari memainkan

lagu baru dengan rekoder. Mereka menunjukkan minat untuk mempelajari

memainkan lagu yang baru dengan rekoder apabila mereka telah menguasai

kemahiran memainkan rekoder dengan baik.

Bagi item yang terakhir, 4 orang murid setuju dan 2 orang murid sangat

setuju dengan pernyataan terakhir. Ini menunjukkan kebanyakkan murid suka akan

pertandingan bermain rekoder antara kumpulan di dalam kelas.

61

Page 62: KAJIAN TINDAKAN

6.3.5 Analisis Data Soal Selidik Pos

Jadual 6.3.5(a) Analisis data Soal Selidik Pos

No Item 1 2 3 4 5 Mean STS TS TP S SS (f) (f) (f) (f) (f) % % % % %

S1 Saya suka bermain rekoder. 0 0 0 4 6

0 0 0 40 60 4.6

S2 Saya lebih suka mempelajari 0 0 0 4 6

rekoder di kelas Pendidikan 0 0 0 40 60 4.6

Muzik.

S3 Saya berasa gembira ketika 0 0 0 8 2

berrmain rekoder. 0 0 0 80 20 4.2

S4 Saya berasa sangat susah 2 6 2 0 0

untuk mempelajari rekoder. 20 60 20 0 0 2

S5 Saya akan membawa - - - 6 4

rekoder pada setiap kelas - - - 60 40 4.2

pengajaran dan pembelajaran

rekoder

S6 Saya berasa takut untuk 2 8 0 0 0

bermain rekoder secara 20 80 0 0 0 1.8

berseorangan.

S7 Saya berasa selesa ketika 0 0 0 4 6

bermain rekoder bersama- 0 0 0 40 60 4.6

sama dengan kawan dalam

kumpulan.

S8 Saya berasa gembira apabila 0 0 0 2 8

Saya dapat memainkan 0 0 0 20 80 4.8

62

Page 63: KAJIAN TINDAKAN

sebuah lagu yang lengkap

dengan rekoder.

S9 Saya berasa gembira untuk 0 0 0 6 4

mempelajari memainkan 0 0 0 60 40 4.6

lagu baru dengan rekoder.

S10 Saya suka akan pertandingan 0 0 0 60 40 4.6

bermain rekoder antara

kumpulan di dalam kelas.

JUMLAH 4 14 2 40 40.2

Jadual 6.3.5(a) telah menunjukkannsatu hasil data yang dikumpul dari soal

selidik yang dijalankan pada ujian pasca.

Bagi item pertama, dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan murid lebih suka

bermain rekoder. Hal ini kerana 40% daripada keseluruhan yang memilih setuju

dengan pernyataan “Saya suka bermain rekoder’ dan 60% daripada keseluruhan yang

memilih sangat setuju dengan pernyataan berikut.

Bagi item kedua, dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan murid lebih suka

mempelajari rekoder di kelas Pendidikan Muzik. Hal ini berlaku kerana 40%

daripada keseluruhan yang memilih setuju dengan pernyataan “Saya lebih suka

mempelajari rekoder di kelas Pendidikan Muzik” dan 60 % daripada keseluruhan

yang memilih sangat setuju dengan pernyatan berikut.

63

Page 64: KAJIAN TINDAKAN

Bagi item ketiga, 80% daripada jumlah murid yang setuju bahawa mereka

berasa gembira ketika bermain rekoder; 20% daripada jumlah murid sangat setuju

bahawa mereka gembira ketika bermain rekoder. Ini dapat menunjukkan bahawa

minat murid terhadap permainan rekoder telah dapat ditingkatkan.

Bagi item keempat, kebanyakkan murid tidak lagi berasa sangat susah untuk

mempelajari rekoder. 20% daripada jumlah murid sangat setuju dan 60% daripada

jumlah murid tidak setuju dengan pernyataan ‘Saya rasa sangat susah untuk

mempelajari rekoder’. 2 orang murid rasa tidak pasti.

Bagi item kelima, 60% daripada jumlah murid setuju dengan pernyataan

‘Saya akan membawa rekoder pada setiap kelas pengajaran dan pembelajaran

rekoder’. 4 orang murid lagi (40% daripada keseluruhan) sangat setuju dengan

pernyataan tersebut.Murid suka pada kelas Pendidikan Muzik yang mempelajari

memainkan rekoder dan akan membawa rekoder setiap kali kelas Pendidikan Muzik

mempelajari memainkan rekoder.

Bagi item keenam,dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan murid tidak lagi

rasa takut untuk bermain rekoder secara berseorangan. Ini dapat dilihat di mana 2

orang murid (20 % daripada keseluruhan) sangat tidak setuju dan 8 orang murid (80

% daripada keseluruhan) tidak setuju dengan pernyataan item keenam.

64

Page 65: KAJIAN TINDAKAN

Bagi item ketujuh, dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan murid rasa tidak

selesa untuk bermain rekoder bersama-sama dengan kawan dalam kumpulan. 4 orang

murid setuju dan 6 orang murid sangat setuju dengan pernyataan item ketujuh.

Bagi item kelapan, dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan murid rasa

gembira apabila dapat memainkan sebuah lagu yang lengkap dengan rekoder, dimana

20% daripada jumlah murid rasa setuju dan 80% daripada jumlah murid rasa sangat

setuju dengan pernyataan item kelapan. Murid mempunyai minat yang lebih banyak

terhadap permainan rekoder dan mereka akan rasa sangat gembira apabila mereka

dapat memainkan sebuah lagu lengkap dengan rekoder.

Bagi item kesembilan, 6 orang murid memilih setuju dan 4 orang murid

memilih sangat setuju bahawa mereka rasa gembira untukmempelajari memainkan

lagu baru dengan rekoder. Mereka menunjukkan minat untuk mempelajari

memainkan lagu baru dengan rekoder apabila mereka telah menguasai kemahiran

memainkan rekoder dengan baik.

Bagi item yang akhir, 6 orang murid setuju dan 4 orang murid sangat setuju

dengan pernyataan item terakhir. Ini menunjukkan kebanyakkan murid suka akan

pertandingan bermain rekoder antara kumpulan di dalam kelas.

65

Page 66: KAJIAN TINDAKAN

6.4. Analisa Data Pemerhatian

6.4.1 Pemerhatian Melalui Senarai Semak – Sebelum

Jadual 6.4.1 Pemerhatian Melalui Senarai Semak-Sebelum

ITEM YA(f/%)

TIDAK(f/%)

1. Postur 5/50% 5/50%

2. Pernafasan 3/30% 7/70%

3. Penglidahan 3/30% 7/70%

4. Penjarian 2/20% 8/80%

Jadual di atas telah menunjukkan kriteria pemerhatian bagi Ujian Pra, iaitu

sebelum rawatan dijalankan. Terdapat 4 kriteria utama yang dipentingkan, iaitu

postur, pernafasan,penglidahan dan penjarian. Murid telah diperhatikan sama ada

mereka dapat melakukan kriteria-kriteria tertentu.

Bagi kriteria pertama – postur, 5 orang (50% daripada keseluruhan) dapat

melakukannya dan 5 orang murid (50% daripada keseluruhan) yang tidak dapat

menunjukkan postur yang baik. Murid tersebut ialah murid pertama (M2), Ini

menunjukkan bahawa kebanyakkan murid telah menguasai kemahiran memainkan

rekoder dengan baik.

66

Page 67: KAJIAN TINDAKAN

Bagi kriteria kedua – pernafasan, hanya 3 orang yang berjaya melakukannya.

Seramai 7 orang murid (70% daripada keseluruhan) yang gagal menunjukkan

pernafasan yang betul ketika memainkan rekoder, Ini menunjukkan kebanyakkan

murid lemah dalam kemahiran pernafasan ini.

Bagi kriteria ketiga – penglidahan , hanya 3 orang murid (30% daripada

keseluruhan) yang berjaya melakukannya. Sebanyak 7 orang murid (70% daripada

keseluruhan) yang tidak dapat menunjukkan kemahiran penglidahan yang betul. Ini

menunjukkan kebanyakkan murid juga lemah dalam kemahiran penglidahan.

Bagi kreteria terakhir – penjarian, 2 orang murid (80% daripada keseluruhan)

dapat menunjukkan penjarian yang betul. Manakala 8 orang murid (80% daripada

keseluruhan) tidak dapat menunjukkan penjarian yang betul memainkan rekoder.

Secara kesimpulannya, dalam pemerhatian pertama ini, dapat dirumuskan

bahawa prestasi dan tahap kemahiran bermain rekoder bagi murid adalah rendah. Ini

dapat dilihat di mana antara empat kemahiran memainkan rekoder yang diutamakan,

hanya satu kemahiran saja yang dapat dikuasai oleh kebanyakkan murid, iaitu

sebanyak 50% daripada 100% yang boleh menunjukkan postur dengan betul. Bagi

kemahiran yang lain lain, masing-masing hanya terdapat 30%, 30% dan 20% murid

yang dapat menunjukkan kemahiran memainkan rekoder tertentu yang dikehendaki,

67

Page 68: KAJIAN TINDAKAN

di mana semuanya adalah kurang daripada separuh bagi peratusan keseluruhan.

Keadaan seperti ini akan wujud adalah agak normal kerana murid pada peringkat ini

belum menerima rawatan. Oleh itu, prestasi dan tahap kemahiran permainan rekoder

murid masih rendah.

6.4.2 Pemerhatian Melalui Senarai Semak – Semasa

Jadual 6.4.2 Pemehatian melalui Senarai Semak-Semasa

ITEM YA(f/%)

TIDAK(f/%)

1. Postur 7/70% 3/30%

2. Pernafasan 5/50% 5/50%

3. Penglidahan 5/50% 5/50%

4. Penjarian 4/40% 6/60%

Jadual di atas menunjukkan keputusan pemerhatian semasa rawatan

dijalankan terhadap murid. Kriteria-kriteria yang diperhatikan juga termasuklah

postur, pernafasan, penglidahan dan penjarian.

Bagi kriteria pertama - postur, seramai 7 orang murid ( 70% daripada

keseluruhan) dapat melakukannya dan terdapat 3 orang murid (30% daripada

keseluruhan) yang tidak dapat menunjukkan postur yang baik. Murid kedua (M2)

masih tidak dapat menunjukkan postur memainkan rekoder dengan betul.

68

Page 69: KAJIAN TINDAKAN

Bagi kriteria kedua – pernafasan , terdapat 5 orang murid ( 50% daripada

keseluruhan) yang dapat melakukannya. Terdapat 5 orang murid (50% daripada

keseluruhan) yang tidak dapat menunjukkan kemahiran pernafasan memainan

rekoder dengan betul.

Bagi kriteria ketiga – penglidahan , terdapat 5 orang murid (50% daripada

keseluruhan) yang dapat melakukannya manakala 5 orang murid (50% daripada

keseluruhannya) yang tidak dapat menunjukkan kemahiran penglidahan memainkan

rekoder dengan betul semasa rawatan dijalankan.

Bagi kriteria keempat – penjarian, seramai 4 orang murid ( 40% daripada

seluruhan) dapat menunjukkan penjarian dengan betul ketika memainkan rekoder

dan terdapat 6 orang murid (60% daripada keseluruhan) yang tidak dapat

menunjukkan penjarian yang betul ketika memainkan rekoder.

69

Page 70: KAJIAN TINDAKAN

6.4.3 Pemerhatian Melalui Senarai Semak – Selepas

Jadual 6.4.3 Pemerhatian Melalui Senarai Semak – Selepas

ITEM YA(f/%)

TIDAK(f/%)

1. Postur 10/100% 0/0%

2. Pernafasan 9/90% 1/10%

3. Penglidahan 9/90% 1/10%

4. Penjarian 8/800% 2/80%

Jadual di atas menunjukkan jadual pemerhatian selepas rawatan dijalankan

terhadap murid, iaitu ujian pasca. Murid diperhatikan menunjukkan ada peningkatan

setelah rawatan dijalankan. Kriteria-kriteria yang diperhatikan juga termasuklah

postur, pernafasan, penglidahan dan penjarian.

Bagi kriteria pertama - postur, seramai 10 orang murid dapat menunjukkan

postur yang betul.

Bagi kriteria kedua – pernafasan , terdapat 9 orang murid ( 90% daripada

keseluruhan) yang dapat melakukannya. Hanya seorang murid (10% daripada

keseluruhan) yang tidak dapat menunjukkan kemahiran pernafasan memainan

rekoder dengan betul.

70

Page 71: KAJIAN TINDAKAN

Bagi kriteria ketiga – penglidahan, juga terdapat 9 orang murid (90%

daripada keseluruhan) yang dapat melakukannya manakala seorang murid (10%

daripada keseluruhannya) yang tidak dapat menunjukkan kemahiran penglidahan

memainkan rekoder dengan betul semasa rawatan dijalankan.

Bagi kriteria keempat – penjarian, seramai 8 orang murid ( 80% daripada

seluruhan) dapat menunjukkan penjarian dengan betul ketika memainkan rekoder

dan terdapat 2 orang murid (20% daripada keseluruhan) yang tidak dapat

menunjukkan penjarian yang betul ketika memainkan rekoder.

6.4.4 Perbandingan Peratusan Pemerhatian1, Pemerhatian2 dan Pemerhatian3

P1 – Pemerhatian 1

P2 – Pemerhatian 2

P3 – Pemerhatian 3

Jadual 6.4.4

ITEM P1(%)

P2(%)

P2 – P1(%)

P3(%)

P3 – P2(%)

P3 – P1(%)

1.Postur 50 70 20 100 30 50

2.Pernafasan 30 50 20 90 40 60

3.Penglidahan 30 50 20 90 40 60

4.Penjarian 20 40 20 80 40 60

71

Page 72: KAJIAN TINDAKAN

Jadual di atas menunjukkan perbandingan peratusan bagi Pemerhatian 1(ujian

Pra), Pemerhatian 2 ( Semasa Rawatan) dan Pemerhatian 3 (Ujian Pos).

Pertamanya, bagi kriteria postur, perbandingan peratusan antara Pemerhatian

1 dengan Pemerhatian 2 adalah 20% kerana bertambahnya 2 orang murid yang dapat

menunjukkan postur dengan betul. Manakala perbandingan antara Pemerhatian 3

dengan Pemerhatian 2 dan Pemerhatian 3 dengan 1 masing-masing 30% dan 50%.

Seterusnya bagi kriteria pernafasan,perbandingan peratusan antara

Pemerhatian 1 dengan Pemerhatian 2 adalah 20%, iaitu meningkat dari 30% ke 50%.

Manakala perbandingan peratusan antara Pemerhatian 2 dengan Pemerhatian 3

menunjukkan peningkatan 40% iaitu meningkat dari 50% ke 90%. Perbandingan

antara Pemerhatian 3 dengan Pemerhatian 1 telah menunjukkan peratusan sebanyak

60%, iaitu dari 30% kepada 90%.

Bagi kriteria penglidahan, perbandingan antara Pemerhatian 1 dengan

Pemerhatian 2 menunjukkan peningkatan sebanyak 20% iaitu meningkat dari 30%

kepada 50%. Manakala perbandingan peratusan antara Pemerhatian 2 dengan

Pemerhatian 3 menunjukkan peningkatan 40% iaitu meningkat dari 50% ke 90%.

Perbandingan antara Pemerhatian 3 dengan Pemerhatian 1 telah menunjukkan

peratusan sebanyak 60%, iaitu dari 30% kepada 90%.

72

Page 73: KAJIAN TINDAKAN

Bagi kriteria penjarian, perbandingan antara pemerhatian 1 denga

Pemerhatian 2 menunjukkan peratusan sebanyak 20% iaitu meningkat dari 20%

kepada 40%. Manakala perbandingan peratusan antara Pemerhatian 2 dengan

pemerhatian 3 adalah 40% menunjukkan peningkatan dari 40% kepada 80%.

Perbandingan peratusan amtara Pemerhatian 3 dengan Pemerhatian 1 pula

menunjukkan peningkatan sebanyak 60% iaitu dari 20% kepada 80%

Perbandingan Peratusan Pemerhatian 1, Pemerhatian 2 dan Pemerhatian 3

Rajah 6.4.5

Postur Pernafasan Penglidahan Penjarian0

20

40

60

80

100

120

50

30 3020

70

50 5040

10090 90

80

P1 P2 P3

Item

Pera

tusa

n (%

)

Graf bar di atas telah menunjukkan perbandingan peratusan bagi Pemerhatian

1, Pemerhatian 2 dan Pemerhatian 3.

73

Page 74: KAJIAN TINDAKAN

Dengan jelasnya dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan peratusan bagi

setiap kriteria kemahiran permainan rekoder yang diperhatikan dalam ketiga-tiga

pemerhatian. Kemahiran memainkan rekoder yang menunjukkan peningkatan

peratusan yang paling banyak ialah kemahiran penjarian iaitu dari 20% pada

Pemerhatian 1 meningkat ke 80% pada Pemerhatian 3.

Peningkatan peratusan yang kedua tinggi ialah kemahiran penglidahan dan

pernafasan dalam permainan rekoder iaitu dari 30% kepada 90% pada Pemerhatian 1

dan Pemerhatian 3.

Bagi kemahiran postur pula peningkatan peratusan dari Pemerhatian 1 ke

Pemerhatian 2 sedikit iaitu sebanyak 20% dan Pemerhatian 2 ke Pemerhatian 3

sebanyak 30%. Ini kerana sebelum pemerhatian sudah ramai iaitu 50% orang murid

sudah menguasai cara postur yang betul manakala 50% lagi diberi rawatan.

Daripada keputusan di atas, jelas membuktikan kaedah Suzuki yang

digunakan sebagai rawatan telah dapat membantu meningkatkan prestasi murid

terhadap permainan rekoder.

74

Page 75: KAJIAN TINDAKAN

6.5 Analisa Temu Bual.

Temu bual yang dijalankan adalah untuk menjawab persoalan kedua dalam

kajian ini yang berbunyi “Adakah kaedah Suzuki dapat membantu meningkatkan

minat permainan rekoder murid tahun 4?”

Jadual di bawah telah menunjukkan transkripsi temu bual.

Jadual 6.5.1 Analisa Temu Bual

Soaalan : Adakah anda berminat terhadap permainan rekoder dalam

pengajaran dan pembelajaran rekoder di kelas Pendidikan Muzik sebelum /

selepas kaedah Suzuki dijalankan?

Murid Respon Kod

M1

M4

Saya tidak begitu suka untuk bermain rekoder dan selaluu lupa membawa rekoder pada kelas pengajaran dan pembelajaran rekoder. Tetapi sekarang, saya suka bermain rekoder di kelas Pendidikan Muzik dan akan sentiasa membawa rekoder pada setiap kelas pengajaran dan pembelajaran rekoder.

1 (Sebelum)

2 (Selepas)

M3

M5

Saya tidak suka untuk bermain rekoder sebelum ini kerana saya rasa agak untuk mempelajari bermain rekoder. Sekarang, saya rasa permainan rekoder bukanlah sesuatu yang sangat susah dan saya juga suka bermain rekoder. Lagipun, kaedah Suzuki yang dijalankan adalah sangat bermanfaat dan baik.

1 (Sebelum)

2 (Selepas)

M2 Saya tidak dapat menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran rekoder di kelas Pendidikan Muzik kerana

1 (Sebelum)

75

Page 76: KAJIAN TINDAKAN

M6 ia sangat membosankan. Namun, saya sentiasa ingin bermain rekoder di rumah atau kelas setelah kaedah Suzuki dijalankan. Saya rasa bahawa permainan rekoder sesuatu yang menarik.

2 (Selepas)

M7

M8

Saya sebenarnya suka untuk bermain rekoder tetapi saya tidak begitu pandai dalam teknik permainan rekoder. Setelah kaedah Suzuki dijalankan, saya lebih mahir dalam teknik permainan rekoder dan lebih suka unruk untuk bermain rekoder dalam setiap kelas pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik.

1 (Sebelum)

2 (Selepas)

M9

M10

Saya memang tidak suka dan tidak mempunyai keyakinan diri dalam permainan rekoder kerana teknik permainan rekoder saya adalah lemah. Namun begitu, setelah kaedah Suzuki diperkenalkan, saya dapati bahawa saya suka bermain rekoder da nada kemajuan dalam teknik penjarian.

1 (Sebelum)

2 (Selepas)

Penentuan Kod:

1 : Tidak Minat 2 : Minat

-tidak suka -suka

-membosankan -lebih suka/seronok

-tidak begitu suka -menarik

76

Page 77: KAJIAN TINDAKAN

Peratusan Peningkatan Minat Murid terhadap permainan rekoder

(Sebelum dan Selepas kaedah Suzuki dijalankan)

Jadual 6.5.2

Minat dalampermainan

rekoder

Sebelum Peratusan

(%)

Selepas Peratusan(%)

PeratusanPeningkatan

(%)Minat 2 20 10 100 400

Tidak Minat 8 80 0 0 -100

Jadual 6.5(a) di atas telah menunjukkan peratusan peningkatan minat murid

terhadap permainan rekoder sebelum dan selepas kaedah Suzuki dijalankan. Seperti

yang dapat dilihat di atas, hanya 2 orang murid sahaja (20%) yang minat untuk

memainkan rekoder sebelum kaedah Suzuki dijalankan, Manakala 8 orang murid

(80%) yang tidak berminat dalam permainan rekoder sebelum kaedah Suzuki

dijalankan. Terdapat murid yang menyatakan bahawa permainan rekoder merupakan

swsuatu yang susah dan membosankan.

Setelah kaedah Suzuki dijalankan ,100% daripada mereka menyatakan

bahawa mereka lebih suka atau suka untuk bermain rekoder. Di antaranya, mereka

menyatakan terdapat kemajuan dalam teknik permainan rekoder dan lebih suka

bermain rekoder dalam kelas Pendidikan Muzik setelah kaedah Suzuki dijalankan.

Ini juga secara tidak langsungnya menunjukkan bahwa tiada lagi murid yang tidak

minat dalam permainan rekoder setelah kaedah Suzuki dijalankan.

77

Page 78: KAJIAN TINDAKAN

Data yang diperolehi selepas kaedah Suzuki dijalankan bagi persoalan kedua

telah menunjukkan peratusan peningkatan sebanyak 400% dalam minat murid

terhadap permainan rekoder. Sehubungan itu,dapat dirumuskan bahawa kaedah

Suzuki dapat membantu meningkatkan minat murid terhadap permainan rekoder.

6.6 Rumusan

Bab ini telah menganalisiskan dapatan ujian Pra dan Ujian Pos, Soal Selidik,

pemerhatian dan Temu Bual dengan murid-murid sekolah untuk mengetahui sama

ada dapatan kajian ini dapat menjawab persoalan kajian.

78

Page 79: KAJIAN TINDAKAN

7.0 RUMUSAN KAJIAN / REFLEKSI SELEPS DAPATAN

7.1 Pengenalan

Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan telah menunjukkan

pencapaian yang positif. Keputusan yang diperolehi melalui kaedah Suzuki

merupakan satu kaedah yang efektif dan berkesan dalam meningkatkan prestasi dan

minat murid dalam permainan rekoder. Salah satu dapatan ialah minat murid

terhadap pembelajaran permainan rekoder melalui kaedah Suzuki telah meningkat

kerana sebelum ini mereka tidak pernah didedahkan dengan kaedah Suzuki ini.

7.2 Rumusan Dapatan Kajian

Rumusan dapatan kajian untuk mendapatkan maklumat sama ada persoalan

kajian dijawab dibahagikan kepada tiga bahagian seperti jadual berikut :-

Jadual 7.2 Rumusan Dapatan Kajian

Bahagian Butiran

A Rumusan Dapatan Analisa Persoalan 1

B Rumusan Dapatan Analisa Persoalan 2

C Rumusan Keseluruhan

79

Page 80: KAJIAN TINDAKAN

7.2.1 Bahagian A : Rumusan Dapatan Analisa Persoalan Kajian

Hasil daripada kajian ini, didapati kaedah Suzuki dapat menjawab persoalan

kajian yang pertama iaitu Adakah Kaedah Suzuki dapat meningkatkan prestasi

permainan rekoder murid Tahun Empat?

Kemahiran memainkan nilai notasi rekoder adalah aspek penting dalam

pembelajaran rekoder. Asas untuk permainan rekoder perlu dibina terlebih dahulu

sebelum mendalami aspek-aspek yang lain. Permainan rekoder memerlukan luangan

masa yang banyak dan latihan yang konsisten supaya seseorang individu dapat

menguasai kemahiran permainan rekoder dengan lebih baik, cepat dan cekap.

Berdasarkan analisis data yang diperolehi, terdapat perbezaan yang positif

antara Ujian Pra dan Ujian Pos dalam permainan rekoder iaitu dari 42.8% kepada

72.8% iaitu peningkatan sebanyak 30%. Dapatan data ini telah menjawab persoalan

kajian yang pertama mengenai kemahiran memainkan nilai notasi yang betul.

Selain itu, berdasarkan analisa data yang diperolehi, didapati mempunyai

perubahan yang ketara dimana pada Ujian Pra terdapat 2 orang murid memperolehi

markah rendah iaitu (0-7m) manakala 8 orang murid mendapat markah sederhana (8-

17m) sahaja. Setelah Ujian Pos dijalankan 2 orang murid yang mendapat markah

80

Page 81: KAJIAN TINDAKAN

rendah (0-7m) telah melonjak mencapai markah (8-17m). Oleh itu pembelajaran

kaedah Suzuki harus dipertimbangkan sabagai satu kaedah alternative untuk

pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder.

7.2.2 Bahagian B: Rumusan Dapatan Analisa Persoalan Kajian 2

Terdapat peningkatan mean yang positif antara mean Soal Selidik Pra dan

Pos untuk kemahiran memainkan permainan rekoder iaitu sebanyak 3.02% . Analisa

data juga menunjukkan terdapat peningkatan peratusan mean soal selidik sebanyak

37.2% selepas murid mengikuti kaedah Suzuki dalam permainan rekoder. Hal ini

juga telah menunjukkan kaedah Sezuki adalah berkesan untuk mengajar kemahiran

penjarian rekoder.

Selain itu ,terdapat peningkatan mean yang positif untuk Pemerhatian melalui

Senarai Semak selepas menggunakan kaedah Suzuki. Analisa data menunjukkan

peningkatan sebanyak 100% dalam pemerhatian postur, 90% melalui pemerhatian

pernafasan 90% melalui penglidahan dan akhir sekali 805 melalui senarai semak

penjarian not. Dengan jelasnya dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan peratusan

bagi setiap kriteria kemahiran permainan rekoder yang diperhatikan dalam ketiga-tga

pemerhatian. Kemahiran memainkan rekoder yang menunjukkan peningkatan yang

paling ketara dalam peratusan yang paling banyak ialah kemahiran penjarian iaitu

dari 20% pada pemerhatian pertama meningkat ke 80% pada Pemerhatian 2.

81

Page 82: KAJIAN TINDAKAN

Disamping itu.analisa data temu bual tentang kemahiran penjarian rekoder juga

menunjukkan kemajun yang ketara sebelum dan selepas menggunakan kaedah

Suzuki dalam pengajaran dan pembelajara permainan rekoder. Analisa data

menunjukkan peningkatan sebanyak 371.8 % dalam permainan rekoder selepas

menggunakan kaedah Suzuki. Hal ini menunjukkankaedah Suzuki adalah amat

berkesan untuk meningkatkan minat murid untuk mempelajari rekoder ketika waktu

Pendidikan Muzik.

Berdasarkan analisa data yang telah diperolehi, terdapat peningkatan mean

dan peratusan untuk Ujian Pra dan Pos, Soal Selidik Pra dan Pos, Pemerhatian

melalui Senarai Semak Pra dan Pos serta Temu Bual Pra dan Pos selepas

menggunakan kaedah Suzuki dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekodar

bagi meningkatkan prestasi dan minat murid.

Secara triangulasi, analisa dapatan data Soal Selidik, Pemerhatian melalui

Senarai Semak dan Temu Bual telah menyokong dapatan data Ujian Pos yang

menunjukkkan peningkatan peratusan yang tinggi. Hl ini telah menunjukkan kaedah

Suzuki adalah amat berkesan untuk meningkatkan prestasi kemahiran permainan

rekoder dari segi kemahiran penjarian rekoder dngan betul dikalangan murid-murid

yang telah dipilih untuk kajian tindakan ini.

82

Page 83: KAJIAN TINDAKAN

7.2.3 Rumusan Keseluruhan

Justeru itu, dapatlah dirumuskan bahawa saya telah dapat menjawab

persoalan kajian satu dan persoalan kajian dua berdasarkan analisa dapatan kajian .

Secara keseluruhannya dapatan kajian Ujian Pra dan Ujian Pos secara keseluruhan

menunjukkan perbezaa peratusan yang positif dimana terdapat perbezaan sebanyak

42.8% kepada 72.8% iaitu peningkatan sebanyak 30%. Dapatan ini telah menjawab

persoalan kajian yang pertama dan kedua.

Selain itu, perbezaan mean Soal Selidik Pra dan Soal Selidik Pos juga

menunjukkan hubungan yang positif, Malah,Pemerhatian melalui instrument Senarai

Semak dan instrument temubual dengan murid juga menunjukkan dapatan data yang

positif.

7.3 Implikasi Dapatan Kajian

Hasil dapatan kajian ini telah mempunyai beberapa implikasi penting kepada

golongan murid, para guru dan pihak sekolah.

83

Page 84: KAJIAN TINDAKAN

7.3.1 Implikasi Kepada Murid

Dapat diperhatikan bahawa kekuatan yang didapati dalam kajian ini ialah

aktiviti yang dijalankan berdasarkan kaedah Suzuki Berjaya menarik minat murid

dan meningkatkan prestasi mereka dalam permainan rekoder. Kaedah Suzuki telah

Berjaya memberangsangkan murid dan menjadikan suasana pembelajaran kondusif

dan juga menarik. Selain itu, kaedah Suzuki dapat menambahkan semangat murid

untuk mempelajari sesuatu lagu yang baru dalam permainan rekoder. Melalui

pembelajaran secara kumpulan yang dijalankan berdasarkan kaedah Suzuki,murid

dapat memperolehi dan menambahkan pengalaman dan skel ensemble.

7.3.2 Implikasi Kepada Pendidik

Kaedah Suzuki merupakan alternative yang sewajarnya diterapkan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran muzik terutamanya permainan rekoder. Oleh itu,

guru muzik boleh menggunakan kaedah Suzuki dalam proses pengajaran dan

pembelajaran permainan rekoder. Hal ini adalah disebabkan pengajaran dan

pembelajaran permainan rekoder memerlukan masa dan latihan yang mencukupi.

Tambahan pula, kaedah Suzuki membawa kepada perubahan radikal tanggungjawab

guru.

84

Page 85: KAJIAN TINDAKAN

7.3.3 Implikasi Terhadap Sekolah

Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mendidik murid secara

menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh

itu mata pelajaran Pendidikn Muzik adalah amat penting bagi membantu

mengembangkan murid-murid secara menyelurih dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial. Oleh itu segala pendekatan yang membina dan boleh membantu

murid-murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran secara optimumnya

harus dipertimbangkan dan dilaksanakan kerana murid merupakan bakal pemimpin

negara di masa hadapan. Justeru itu, sekolah harus menitikberatkan kepentingsn

murid menguasai ilmu dan kemahiran secara seimbang dan menyeluruh dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

7.4 Refleksi Kajian Tindakan

Secara keseluruhan , kajian yang dijalankan telah menunjukkan pencapaian

yang positif. Keputusan yang diperolehi melalui kaedah yang diaplikasikan telah

menunjukkan penggunaan kaedah Suzuki merupakan satu kaedah yang efektif dan

berkesan dalam meningkatkan prestasi dan minat murid dalam permainan rekoder.

Salah satu dapatan ialah minat murid terhadap pembelajaran permainan rekoder

melalui kaedah Suzuki telah meningkat kerana sebelum ini mereka tidak pernah

didedahkan dengan kedah Suzuki.

85

Page 86: KAJIAN TINDAKAN

Kelemahan yang dapat dikesan ialah pengurusan masa (kekangan waktu) dan

penerangan yang kurang jelas menyebabkan murid kurang memahami kehendak

dalam kajian ini sehingga tempoh masa yang digunakan untuk menjalankan rawatan

adalah agak panjang. Tambahan pula, kekakngan masa juga melambatkan proses

menjalankan rawatan. Hal ini berlaku kerana adanya pelbagai program kurikulum

serta aktiviti kokurikulum disamping peperiksaan menyebabkan kelas tergendala dan

kelas penambahan terpaksa diberikan.

Bagi murid lemah, saya mendapati mereka memerlukan masa yang lebih

panjang untuk menguasi sesuatu kemahiranyang diperlukan. Ekoran daripada itu,

kekurangan dan minat dan keyakinan diri akan timbul dikalangan murid yang lemah

ini apabila mereka membandingkan diri dengan murid-murid yang telah menguasai

sesuatu kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sama.

Bagi kelemahan-kelemahan yang dinyatakan, penambahbaikkan yang dapat

diberi ialah saya herus memberi penjelasan yang jelas dan mudah difahami supaya

murid lebih peka dan tahu dengan kehendak kajian yang akan dijalankan. Selain itu,

perancangan dan pembahagian masa yang sesuai bagi setiap sesi rawatan harus

diraktikkan supaya rawatan dapat berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Dalam kajian ini, saya juga sedar bahawa sebagai seorang pendidik haruslah

sentiasa peka terhadap perubahan keadaan semasa. Guru haruslah bersikap kreatif

86

Page 87: KAJIAN TINDAKAN

dan inovatif dan bukan hanya mengajar mengikut apa yang ditetapkan tampa

penambahbaikkan dan pengubahsuaian. Ini disebabkan zaman ini dan akan datang

adalah berbeza dengan pengalaman kita sebelum ini. Tambahan pula dengan media

masa, pengaruh budaya barat mudah tersebar. Fenomena ini ini telah membawa

kesan kepada generasi muda bukan sahaja dari segi pendidikan, kehidupan malah

juga dari segi pemikiran dan sahsiah mereka.

Kesimpulannya, murid-murid menunjukkan peningkatan yang jelas dari segi

prestasi dan minat dalam permainan rekoder. Ini telah menunjukkan keberkesanan

kaedah Suzuki dalam meningkatkan prestasi dan minat terhadap permainan rekoder

di kalangan murid Tahun 4.

87

Page 88: KAJIAN TINDAKAN

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

8.1 Pengenalan

Lanjutan daripada kajian ini, cadangan-cadangan kajian lanjutan

dikemukakan dan diakhiri dengan rumusan kajian secara keseluruhan pada bab ini.

8.2 Cadangan Lanjutan

Kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk kajian pada masa hadapan

tentang pembelajaran permainan rekoder secara kaedah Suzuki. Dari segi populasi

dan sampel kajian, saya mencdangkan melibatkan populasi dan sampel yang luas.

Kajian yang telah dijalankan hanya melibatkan 10 orang murid. Oleh itu ini tidak

bermakna 10 orang ini boleh mewakili semua murid Tahun Empat di sekolah rendah.

Untuk mendapat keputusan yang lebih berkesan dan baik, saya mencadangkan kajian

lanjutan harus melibatkan populasi yang lebih luas dan banyak serta melibatkan

murid-murid dari sekolah rendah yang berlainan.

Sebagai cadangan, pengkaji seterusnya boleh menggunakan kaedah ini

dengan melakukan kaedah ini dengan melakukan sedikit pengubahsuaian dalam

cara melaksanakan kaedah pengajaran. Apa yang penting ialah kaedah yang

diaplikasikan dapat membantu murid-murid dalam pembelajaran permainan rekoder

Pendekatan ini dapat diperkembangkan lagi dengan membuat beberapa

88

Page 89: KAJIAN TINDAKAN

pengubahsuaian yang baik dari segi murid mahupun teknik penyampaiannya. Jumlah

atau populasi sampel boleh dipertingkatkan dalam pelaksanaan kajian.

Kajian yang seterusnya. Saya juga mencadangkan menggunakan lebih

banyak instrument Ujian Pra dan Ujian Pos, Soal Selidik, Pemerhatian dan Temu

Bual untuk mendaptkan data mengenai kemahiran memainkan not dan penjarian

rekoder. Dicadangkan kajian lanjutan seterusnya menggunakan banyak instrument

untuk mengumpul data seperti analisis dokumen dan rakaman video untuk

mendapatkan maklumat yang lebih tepat san sahih.

Bukan itu sahaja,saya juga mencadangkan pembelajaran secara kumpulan

digunakan dalam permainan alat perkusi ataupun nyanyian. Ini kerana murid dapat

mempelajari nilai moral seperti bekerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya

serta dimotivasikan diri dari ahli kumpulan lain dalam satu persekitaran yang tidak

mempunyai persaingan.

Kajian tindakan ini akan dicadangkan kepada guru-guru Pendidikan Muzik

supaya dapat dilaksanakan bagi kelas masing-masing mengikut tahap kemampuan

murid-murid yang diajar. Guru-guru Pendidikan Muzik perlulah menghadiri latihan

dalam perkhidmatan atau kursus jangka pendek bagi membantu mereka menguasai

penggunaan kaedah Suzuki dalam Pendidikan Muzik.

89

Page 90: KAJIAN TINDAKAN

Kesimpulannya, dengan sedikit penambahbaikan terhadap sesuatu kaedah,ia

dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang

muzik. Diharap pihak Kementerian Pendidikan dapat berkolaborasi dengan pihak

sekolah untuk memperkembangkan penggunaan kaedah Suzuki dalam bidang muzik

terutamanya bagi permainan rekoder.

8.3 Rumusan

Kesukaran untuk menguasai kemahiran memainkan nilai notasi yang tepat

dan kemahiran penjarian rekoder soprano yang betul akan mengakibatkan murid-

murid yang mula mempelajari permainn rekoder kehilangan keyakinan diri dan

minat terhadapnya. Jesteru itu, kajian ini dijalankan untuk membant para guru

mencari pendekatan alternative untuk melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran memainkan rekoder soprano serta meningkatkan prestasi dan minat

dalm permainan rekoder dikalangan murid Tahun Empat. Secara keseluruhnnya.

Kajian ini telah menunjukkan kaedah Suzuki dapat meningkatkan prestasi dan minat

murid Tahun Empat di dalam permainan rekoder.

90