kajian tindakan

23
5.0 TINDAKAN KAJIAN 5.1 Perosedur Tindakan Pada kajian tindakan kali ini saya memilih untuk menggunakan model Kemmis dan McTaggart (1988). Ini kerana model tersebut mudah difahami dan mudah dilaksanakan. Jika kita lihat pada rajah di bawah, model ini merangkumi empat fasa iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Pada peringkat pertama, saya akan membuat segala perancangan terhadap isu yang ingin dikaji. saya juga akan menyediakan segala instrumen yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti. Seterusnya ialah fasa tindakan, dalam fasa ini, saya perlulah melaksanakan perancangan yang telah dibuat pada sebelumnya. Saya akan mengaplikasikan bahan atau kaedah yang ingin digunakan bersama responden. Pada peringkat ketiga pula ialah pemerhatian. Pada fasa ini, saya akan memerhati melalui instrumen yang dibuat seperti borang pemerhatian berstrukur, sesi temu bual dan analisi dokumen. Saya akan memerhati perkembangan respoden melalui instrumen yang telah ditetapkan. Pada fasa keempat bagi kajian ini ialah membuat refleksi. saya perlu melihat sejauh mana keberkesanan dan sejauh mana objektif dapat dicapai melalui intervensi yang dilakukan. Saya juga seharusnya membuat muhasabah dan membuat penambahbaikan di dalam penggunaan bahan atau kaedah yang digunakan. Jika terdapat kekurangan atau objektifnya tidak tercapai maka seharusnya saya menggunakan kitaran yang kedua bagi memastikan kajian berjaya dilaksanakan.

Upload: anonymous-4hzumzshjz

Post on 06-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

5.0

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan

5.0 TINDAKAN KAJIAN

5.1 Perosedur Tindakan

Pada kajian tindakan kali ini saya memilih untuk menggunakan model Kemmis dan

McTaggart (1988). Ini kerana model tersebut mudah difahami dan mudah

dilaksanakan. Jika kita lihat pada rajah di bawah, model ini merangkumi empat fasa

iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Pada peringkat pertama, saya

akan membuat segala perancangan terhadap isu yang ingin dikaji. saya juga akan

menyediakan segala instrumen yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti. Seterusnya

ialah fasa tindakan, dalam fasa ini, saya perlulah melaksanakan perancangan yang

telah dibuat pada sebelumnya. Saya akan mengaplikasikan bahan atau kaedah yang

ingin digunakan bersama responden. Pada peringkat ketiga pula ialah pemerhatian.

Pada fasa ini, saya akan memerhati melalui instrumen yang dibuat seperti borang

pemerhatian berstrukur, sesi temu bual dan analisi dokumen. Saya akan memerhati

perkembangan respoden melalui instrumen yang telah ditetapkan. Pada fasa keempat

bagi kajian ini ialah membuat refleksi. saya perlu melihat sejauh mana keberkesanan

dan sejauh mana objektif dapat dicapai melalui intervensi yang dilakukan. Saya juga

seharusnya membuat muhasabah dan membuat penambahbaikan di dalam

penggunaan bahan atau kaedah yang digunakan. Jika terdapat kekurangan atau

objektifnya tidak tercapai maka seharusnya saya menggunakan kitaran yang kedua

bagi memastikan kajian berjaya dilaksanakan.

Page 2: Kajian Tindakan

Rajah 1 : Model Kemmis & McTaggart (1988)

Berdasarkan kitaran pertama dalam penggunaan model kajian ini, saya harus

mengenal pasti isu yang timbul dalam sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku.

Peringkat ini, saya seharusnya memahami isu yang diketengahkan dengan mendalam

dan merancang langkah-langkah penyelesaian isu yang timbul. Kemudian, proses

pertama yang perlu dilakukan oleh individu yang memilih model Kemmis &

McTaggart ini ialah merancang. Pada peringkat ini, perancangan perlu disusun

dengan baik dan rapi supaya ia dapat melicinkan proses kajian yang akan dijalankan.

Saya juga seharusnya membuat pertimbangan tentang tindakan yang akan diambil

dan memilih satu tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan isu yang timbul. Ketika

ini, pengkaji telah bertindak berdasarkan impak dan tahap pencapaian yeng

diperolehi oleh responden kajian.

Page 3: Kajian Tindakan

Peringkat kedua merupakan proses tindakan. Pada peringkat ini, pengkaji telah

bertindak mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Susulan daripada proses

tersebut, pengkaji perlu membuat pemerhatian terhadap kesan idea yang ditonjolkan

dalam kajian menerusi data yang telah dikutip dan membuat analisis terhadap hasil

pemerhatian tersebut.

Akhirnya saya berada pada tahap membuat refleksi terhadap kesan kajian dalam

menyelesaikan isu yang timbul. Sekiranya, kajian tersebut tidak berjaya, maka

pengkaji akan melaksanakan kitaran kedua bagi membolehkan isu yang timbul dapat

diselesaikan dengan jayanya.

5.2 Tinjauan Masalah

Kajian tindakan ini juga telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data

iaitu pemerhatian, jurnal dan analisis dokumen ( lembaran kerja) dalam melakukan

tinjauan masalah.

5.2.1 Pemerhatian

Bagi mengenal pasti masalah responden dan melihat kebenaran idea yang

dilontarkan di dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah

pemerhatian berstruktur bagi membuat tinjauan masalah. Pemerhatian berstrukur

dijalankan ke atas reponden sebelum penggunaan bahan kajian dan semasa

penggunaan bahan kajian dijalankan untuk melihat perubahan tingkah laku dan

reaksi responden ketika sesi pengajaran dan pembelajaran serta menilai kemampuan

Page 4: Kajian Tindakan

murid menyebut definisi Allah Bersifat Al-hayat dengan lengkap dan membezakan

fakta anatara kelebihan individu yang beriman dengan Allah Bersifat Al-Hayat

dengan kesan apabila individu itu tidak beriman dengan Allah bersifat Al-Hayat.

Saya telah menggunakan borang pemerhatian bagi memudahkan pengkaji mencatat

dan merekodkan maklumat berdasarkan item-item yang diperhatikan.

5.2.2 Temu bual

Temu bual merupakan kaedah yang terbaik untuk mengetahui dan meneroka

maklumat daripada responden melalui sesi temu bual. Temu bual ini dijalankan

secara formal dan berstruktur. Oleh yang demikian, saya telah menyediakan satu set

soalan untuk dijawab oleh responden. Ini juga bertujuan untuk memastikan soalan

yang diutarakan berfokuskan pada tajuk kajian. Sesi temu bual ini dijalankan selepas

kajian dijalankan untuk membolehkan pengkaji mengetahui kesan kajian terhadap

responden. Data yang diambil telah dicatat dan dianalisis untuk menunjukkan

keperluan terhadap penambahbaikan dalam menangani isu yang diketengahkan.

5.2.3 Analisis Dokumen (Lembaran kerja)

Analisis dokumen merupakan salah satu cara untuk membuktikan isu tersebut wujud

dan membuktikan keberkesanan terhadap kajian yang telah dijalankan. Bagi

memudahkan saya untuk mendapatkan data yang berkait rapat dengan pencapaian

dan prestasi responden dalam menguasai fakta Allah bersifat Al-Hayat, maka saya

telah menyediakan dua set soalan penilaian. Peringkat awal, murid hanya menjawab

di dalam lembaran kerja sahaja tetapi kemudiannya saya memilih untuk

Page 5: Kajian Tindakan

melaksakannya dalam bentuk aktiviti. Ini membolehkan responden tersebut

meningkatkan keyakinannya dalam menjawab soalan berkenaan dengan fakta Allah

Bersifat Al-Hayat. Antara set lembaran kerja yang disediakan kepada reponden

adalah membuat pilihan fakta berdasarkan jawapan-jawapan yang telah disediakan.

Murid perlu memilih fakta yang tepat dan menulisnya ke dalam ruangan yang betul.

Pada set kedua pula, pengkaji telah menyediakan soalan yang berbentuk pemahaman.

Murid perlu menjawab soalan yang diberikan berdasarkan pemahaman mereka

setelah diterangkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum ini. Selepas

responden menjawab soalan tersebut, saya perlu membuat semakan jawapan dan

membuat analisis terhadap peningkatan pencapaian mereka. Penilaian ini dijalankan

bagi membolehkan responden tersebut dipilih untuk terlibat dengan kajian.

Pemilihan responden kepada dapatan yang ditunjukkan ketika menjawab kedua-dua

set soalan tersebut.

5.2.4 Jurnal

Jurnal merupakan salah satu cara guru untuk membuat refleksi dan merancang

penambahbaikan yang akan dijalankan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang

seterusnya. Dalam kajian ini, saya telah membuat jurnal pada sesi praktikum sebelum

ini berkenaan dengan kesan penggunaan Rentak ANC dalam membantu murid

menghafal fakta dengan mudah. Berdasarkan jurnal yang telah ditulis, saya dapat

mengesan beberapa perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru dan murid

ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Page 6: Kajian Tindakan

5.3 Analisis Tinjauan Masalah

Data yang diperolehi semasa tinjauan masalah perlu dianalisis untuk mengenal pasti

isu sebenar yang timbul serta membentuk satu kaedah penyelesaian yang sesuai

terhadap isu yang timbul berdasarkan data-data yang telah dikutip.

5.3.1 Analisis Pemerhatian

Dalam pemerhatian yang dijalankan, saya telah mengklasifikasikan pemerhatian saya

kepada dua kategori. Ia merupakan tingkah laku murid secara am dan melihat

tingkah laku murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.

Dalam membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid, saya melihat kepada

perhatian dan tumpuan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Saya

fokuskan kepada reaksi yang bersifat minoriti, ini kerana hanya sebahagian kecil

sahaja yang ingin saya jadikan responden di dalam kajian saya. Saya juga

menfokuskan reaksi murid terhadap arahan-arahan yang diberikan semasa proses

pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana, saya mengjangkakan respon yang berbeza

Page 7: Kajian Tindakan

daripada setiap responden. Contohnya, apabila saya menyuruh murid-murid untuk

menghafal isi pelajaran, maka berkemungkinan ada yang merasakan arahan tersebut

susah untuk dituruti, mungkin juga ada dalam kalangan mereka yang tidak

mempunyai masalah dalam mengikut arahan tersebut. Dari situlah saya

mengenalpasti beberapa tingkah laku murid di dalam borang pemerhatian yang

disediakan. Apabila selesai menanda borang pemerhatian, saya dapati ada sebilangan

murid yang tidak memberikan perhatian terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran.

Ini merupakan faktor murid tidak menguasai fakta yang dipalajari. Murid juga tidak

menunjukkan minat terhadap bidang aqidah. Selain itu, murid tidak melibatkan diri

secara aktif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Ini

disebabkan tidak adanya komunikasi dua hala di dalam sesi tersebut. Seterusnya,

murid seringkali bertanyakan soalan berkenaan dengan fakta berulang kali. Ini

berlaku ketika melakukan aktiviti kumpulan iaitu membuat peta minda mengenai

kelebihan Allah bersifat Al-hayat. Murid tidak dapat membezakan antara kelebihan

dan kesan terhadap inidividu yang percaya dan tidak beriman dengan Allah bersifat

Al-Hayat.

Murid juga dilihat ingin meniru jawapan rakan sebelah ketika membuat lembaran

kerja. Ini disebabkan murid tidak dapat menguasai isi pembelajaran yang dipelajari

dengan baik. Selain itu, murid juga kelihatan termenung ketika menjawab soalan

lembaran kerja. Ini berpunca daripada ketidakfokusan mereka di dalam kelas ketika

isi-isi pembelajaran dibincangkan.

5.3.2 Analisis temu bual

Page 8: Kajian Tindakan

Melalui kaedah temu bual, pengkaji menggunakan kaedah temu bual yang

berstruktur. Pengkaji menggunakan kaedah ini terhadap responden kajian. Pengkaji

juga ada menjalankan temu bual secara tidak berstruktur kepada guru Pendidikan

Islam mengenai isu tersebut. Mereka mengatakan bahawa murid kurang berminat

terhadap bidang aqidah disebabkan kekangan idea guru dalam menyediakan bahan

bantu belajar dalam bidang tersebut. Apabila ditanyakan pada murid pula, mereka

tidak menyukai bidang aqidah ialah kerana sesi pembelajaran tersebut hanya

menggunakan satu kemahiran sahaja iaitu mendengar. Selain itu, murid turut

menyatakan kesusahan mereka dalam menghafal fakta dalam bidang aqidah. ini

kerana mereka harus menghafal ayat Al-quran yang juga merupakan dalil naqli

dalam tajuk tersebut. Mereka juga menyatakan keberkesanan dan keterujaan selepas

menggunakan kaedah yang diterpkan di dalam kajian ini. Mereka menyatakan

kaedah tersebut mamapu untuk membantu mereka dalam menguasai fakta-fakta yang

telah diperolehi.

5.3.3 Analisis dokumen (lembaran kerja)

Melalui analisis dokumen pula, pengkaji mendapati terdapat seorang murid bertukar

jawapan antara kelebihan mengimani Allah bersifat Al-hayat dengan Akibat tidak

mengimani Allah bersifat Al-hayat. Ini disebabkan oleh kurang penguasaan murid

terhadap fakta yeng dipelajari. Dalam analisis dokumen tersebut juga, saya

mendapati jawapan yang diisi pada ruangan-ruangan yang tidak tepat berdasarkan

apa yang mereka pelajari. Ini disebabkan oelh ketidakfokusan di dalam sesi

pembelajaran dan pengajaran. Mereka tidak dapat menjawab definisi dengan tepat.

Page 9: Kajian Tindakan

ini merupakan perkara asas bagi sesuatu mata pelajara. Itu membuatkan saya memilh

responden tersebut untuk dijadikan sebahagian daripada kajian.

Kitaran 1

a) Merancang

Berdasarkan kepada pemerhatian dan permasalahan yang telah ditemui oleh saya,

saya merancang satu strategi dan kaedah yang terbaik untuk membantu responden

dalam menguasai fakta Allah Bersifat Al-Hayat. saya menengahkan isu ini kerana

aqidah merupakan perkara asas bagi umat Islam dan ini merupakan masalah utama

yang dihadapi oleh responden dalam menguasai definisi dan perbezaan antara kesan

Page 10: Kajian Tindakan

dan kelebihan bagi orang yang beriman dan tidak beriman terhadap Allah Bersifat

Al-Hayat. Ini merupakan satu asas ilmu yang perlu mereka ketahui bagi

membolehkan ilmu tersebut menjadi pendinding bagi kehidupan mereka pada masa

akan datang.

Pada permulaan proses pembelajaran dan pengajaran, murid-murid sukar untuk

menguasai definisi dan perbezaan antara kesan dan kelebihan bagi orang yang

beriman dan tidak beriman terhadap Allah Bersifat Al-Hayat. Oleh yang demikian,

saya telah mengatur langkah untuk memilih dan menggunakan satu langkah yang

sesuai dan menarik bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. Oleh itu, saya

menggunakan satu kaedah nyanyian yang dipanggil rentak ANC “Atas Nama Cinta”

dalam membantu murid tahun 5 Khawarizmi dalam menguasai fakta Allah Bersifat

Al-Hayat. Menurut Shamsuri Shafie (2008) menerangkan muzik juga ditakrifkan

sebagai bunyi yang mengalunkan irama yang sangat merdu dan sedap didengar

malah menyenangkan perasaan. Akhir sekali, saya merancang kaedah penilaian bagi

tujuan melihat pencapaian murid. Ini bertepatan dengan kenyataan Azizi yahaya

(2005) kebanyakan kita lebih mudah menghafal lagu berbanding nota.

Jadual 4 : Perancangan Pelan Tindakan Kitaran 1

Bil Tindakan

Page 11: Kajian Tindakan

1. Saya menganalisis tingkah laku murid ketika sesi pembelajran dan penagajran.

2. Saya mengeluarkan isu hasil daripada analisi pemerhatian.

3. Saya menggunakan kaedah nyanyian untuk memudahkan murid menguasai

fakta Allah bersifat Al-Hayat.

4. Saya membuat lirik berdasarkan fakta yang terdapat dalam isi pelajaran Allah

bersifat Al-Hayat

5. Saya memnggunakan kaedah nyanyian terhadap responden kajian dan

memberikan contoh nyanyian lagu tersebut.

6. Saya membuat penilaian pertama melalui lembaran kerja.

7. Saya mengkaji kekuatan dan kelemahan kaedah kajian dan membuat

penambahbaikan.

8. Saya merancang pelan tindakan Kitaran 2

b) Bertindak

Dalam fasa ini, pengkaji telah melaksanakan teknik dan kaedah terhadap responden

yang telah diilih. Pada permulaan, pengkaji telah memberikan contoh nyanyian

dalam penggunaan rentak ANC kepada responden serta iramanya. Sehubungan itu,

berikut merupakan langkah-langkah yang pengkaji laksanakan untuk menggunakan

Penggunaan Rentak ANC ini dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Antara langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut :

Page 12: Kajian Tindakan

Jadual 5 : Pelaksanaan Bahan Kajian di dalam Kelas

1

.

Saya mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah dalam menguasai

definisi dan perbezaan antara kesan dan kelebihan bagi orang yang beriman dan

tidak beriman terhadap Allah Bersifat Al-Hayat

2

.

Saya mencipta lirik berdasarkan isi pelajaran dan memlih penggunaan rentak

yang sesuai diterapkan pada murid-murid.

3

.

Saya meminta responden untuk menyanyikan lagu yang telah dicipta

berdasarkan isi pelajran yang dipelajari oleh mereka.

4

.

Rasional penggunaan kaedah ini adalah memudahkan responden kajian

menguasai fakta Allah Bersifat Al-Hayat dengan baik.

Setelah responden menguasai penggunaan rentak ANC, pengkaji telah

meminta mereka untuk menyanyikan lagu secara berdua. Hal ini dapat memastikan

responden kajian benar-benar mengikuti aktiviti yang disediakan oleh guru.

Kemudaian, responden diminta melengkapkan lembaran kerja yang telah diberikan.

c) Memerhati

Fasa ketiga ini merupakan fasa memerhati. Pengkaji sendiri telah membuat

pemerhatian terhadap perkembangan responden dalam penguasaan fakta Allah

bersifat Al-Hayat. Melalui hasil dapatan, responden menunjukkan keterujaan yang

Page 13: Kajian Tindakan

tinggi dan berminat untuk menggunakan kaedah tersebut dalam meningkatkan

penguasaan mereka dalam isi pelajran Allah Bersifat Al-Hayat secara optimum.

Melalui pemerhatian pengkaji, penggunaan Kaedah Nyanyian dapat

membantu responden menguasai fakta sepserti definisi dan perbezaan antara kesan

dan kelebihan bagi orang yang beriman dan tidak beriman terhadap Allah Bersifat

Al-Hayat. Bagi responden kajian pertama, responden kajian ketiga dan keempat

menunjukkan perubahan dari segi tahap keyakinan dan telah mewujudkan

komunikasi dua hala. Ini menyebabkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam

sesi pembelajaran dan pengajaran. Bagi reponden keempat, dia sudah tidak kerap

bertanyakan soalan yang sama tentang definisi dan perbezaan antara kesan dan

kelebihan bagi orang yang beriman dan tidak beriman terhadap Allah Bersifat Al-

Hayat. Ini disebabkan responden tersebut menguasai isi pelajaran. Mereka tidak lagi

bersifat pasif, bosan dan suka berkhayal. Mereka menumpukan tumpuan terhadap

sesi pembelajaran dan pengajaran.

d) Mereflek

Berdasarkan penilaian yang dibuat, pengkaji mendapati responden satu dan tiga

dapat menguasai fakta dan sangat berminat terhadap aktivit yang dilakukan setelah

menggunakan kaedah nyanyian. Mereka boleh menjawab soalan yang diutarakan

oleh guru secara langsung. Namun, responden kedua dan keempat masih lagi tidak

menunjukkan minat yang mendalam terhadap penggunaan kaedah ini. Setelah

membuat penelitian, pengkaji telah menneruskan kitaran kedua bagi penggunaan

rentak ANC ke atas reponden kajian ini.

Page 14: Kajian Tindakan

Kitaran 2

a) Merancang

Saya telah menilai dan melaksanakan kitaran kedua dengan penambahbaikan pada

aktiviti selepas penggunaan kaedah tersebut. Pengkaji telah berbincang dengan

rakan-rakan praktikum dan guru pembimbing, hasilnya saya mendapat satu idea

untuk membuat penambahbaikan dengan menggunakan kad board sebagai bahan

bantu di dalam aktiviti. Ini untuk memupuk minat murid dalam aktiviti yang

dijalankan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, ialah untuk

mengukuhkan lagi ingatan murid di dalam menguasai fakta Allah Bersifat Al-Hayat.

Jadual 6 : Perancangan Pelan Tindakan 2

Bil Tindakan

1. Saya mengenal pasti masalah pada kitaran pertama.

2. Saya menyemak kembali data awal yang dikutip pada kitaran pertama.

3. Saya membuat penambahbaikan dari segi aktiviti yang lebih menarik untuk

mengukuhkan ingatan murid.

4 Saya menyediakan kad board untuk digunakan di dalam aktiviti selepas

penggunaan kaedah penggunaan rentak.

Page 15: Kajian Tindakan

5. Saya menyediakan lembaran kerja dan intrumen kajian (borang pemerhatian,

borang temu bual dan dua set soalan)

6. Saya mengaplikasikan segala penambahbaikan tersebut ke atas responden

kajian.

7. Saya menjalankan menjalankan pemerhatian dan membuat temu bual

berstruktur.

8. Saya membuat penilaian terhadap instrumen kajian.

9. Saya menganalisis data dan membuat dapatan kajian.

10. Saya membuat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan kajian untuk

penambahaikan.

b) Bertindak

Pada kitaran pertama dalam kajian ini, pengkaji hanya menjalankan soal jawab

sahaja sebagai aktiviti pengukuhan selepas penggunaan rentak ANC. Namun, pada

kitaran kedua, pengkaji telah membuat penambahbaikan dari segi aktiviti iaitu

menggunakan kad board sebagai bahan dalam aktiviti tersebut.

Dalam aktiviti tersebut, pengkaji menyediakan kad board sebagai satu papan untuk

melekatkan sesuatu ke atasnya. Pengkaji juga telah menyediakan potongan –

potongan perkataan yang boleh dibentuk ayat menerusi fakta Allah bersifat Al-hayat.

Murid akan membina perkataan menjadi satu ayat fakta menjurus kepada soalan

yang ditanyakan oleh pengkaji. Dengan ini, responden kajian lebih menarik untuk

terlibat di dalam aktiviti pembelajaran dan dapat mengukuhkan lagi ingatan

Page 16: Kajian Tindakan

responden kajian. Akhirnya minat dan tumpuan responden terhasil daripada

penggunaan kaedah nyanyian tersebut.

Bagi mengukuhkan kecekapan responden dalam menguasai fakta Allah Bersifat Al-

hayat, pengkaji telah memeberi masa yang singkat untuk melengkapkan fakta yang

diingini. Ini menajamkan lagi kecerdasan responden dalam sesi pembelajaran.

Berikut merupakan langkah-langkah pengkaji yang telah dilaksanakan untuk

penggunaan kaedah rentak ANC pada sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam

kelas. Antara langkah-langkahnya ialah :

Jadual 7 : Langkah Pelaksanaan Penggunaan Rentak ANC

Bil. Langkah Pelaksanaan

1. Responden mendengar contoh nyanyian dengan menggunakan audio.

2. Responden menyanyikan lagu secara kelas berdasarkan lirik yang telah

dihasilkan oleh pengkaji.

3. Responden diminta untuk datang ke hadapan kelas.

4. Responden diminta melengkapkan satu ayat fakta menjurus kepada soalan

yang ditanyakan oleh pengkaji.

5. Setiap responden akan melakukan aktiviti dihadapan kelas secara berseorangan

c) Memerhati

Melalui pemerhatian pengkaji dalam kitaran kedua, kesemua responden telah

menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti yang dilakukan. Secara tidak

Page 17: Kajian Tindakan

langung, ia telah mewujudkan satu komunikasi yang baik di antara responden dan

pengkaji. Kesemua responden juga telah dapat menjawab persoalan dengan baik. Ini

disebabkan penggunaan kaedah dan aktiviti tersebut sesuai dengan minat murid yang

juga dapat mengukuhkan lagi inngatan murid. Secara keseluruhannya, apa yang

pengkaji lakukan pada kitaran kedua ini dapat memberikan impak positif kepada

responden kajian. Pengkaji juga telah melihat kesungguhan yang dipamerkan oleh

responden kajian di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Mereka juga

bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh pengkaji.

Hasilnya, mereka dapat menguasai fakta Allah bersifat Al-hayat dengan baik.

d) Mereflek

Setelah melakukan penambahbaikan pada kitaran kedua, pengkaji mendapati

kesemua reponden mempunyai penguasaan dalam fakta Allah Bersifat Al-Hayat.

Pengunaan Rentak ANC dan aktiviti yang dijalankan dapat membantu kesemua

responden untuk lebih mudah mengingati fakta yang terdapat di dalam isi pelajaran.

Responden juga mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menjawab persoalan

daripada guru.

Pada fasa refleksi ini, pengkaji memperoleh kesedaran bahawa kelas cemerlang pun

masih mempunyai masalah di dalam penguasaan fakta inikan pula kelas yang berada

pada tahap yang rendah. Ia menuntut pengkaji untuk lebih kreatif dan inovasi di

dalam menghasilkan sesuatu kaedah yang dapat membantu murid untuk menguasai

fakta di dalam isi pelajaran.

Page 18: Kajian Tindakan

5.4 Cara mengumpul data

Perlaksanaan kajian ini telah menggunakan ketiga-tiga instrument dalam proses

pengumpulan data bagi tujuan triangulasi data. Pengkaji telah menggunakan

instrumen pemerhatian berstruktur, temu bual berstruktur dan analisis dokumen yang

dijalankan menerusi lembaran kerja.

Jadual 8 : Instrumen Kajian

INSTRUMEN TUJUAN

Pemerhatian berstruktur Memerhati tindak balas responden

kajian serta tingkah laku yang

ditunjukkan semasa perlaksanaan

kajian.

Temu bual berstruktur Mendapatkan respon lisan berkenaan

penggunaan rentak ANC di dalam

kelas.

Mengukuhkan data hasil pemerhatian

berstruktur.

Analisis dokumen ( lembaran kerja) Menilai tahap penguasaan responden

dalam penguasaan fakta Allah

Page 19: Kajian Tindakan

Bersifat Al-Hayat.

5.4.1 Pemerhatian

Dalam melakukan proses kutipan data pemerhatian ini, pengkaji telah mengmbil

peranan peserta sebagai pemerhati. Menurut Chong (2011), pengkaji terlibat dalam

melaksanakan kajian dan pada masa yang sama memerhati serta merekod data yang

diperoleh sepanjang kajian berlansung. Menurut Akhiar dan Shamsina (2011) pula,

peranan pemerhati sebagai peserta membolehkan pengkaji menyelidik dangan lebih

mendalam isu yang dikaji. Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap

responden semasa proses pembelajran dan pengajaran di bawah tajuk Allah Bersifat

Al-hayat. Pemerhatian ini dijalankan untuk meneliti dan menilai tingkah laku

kesemua reponden kajian. Tempoh pemerhatian ialah sepanjang 60 minit sepanjang

sesi pembelajaran dan pengajaran berlangung. Pengkaji telah melaksanakan

pemerhatian berstruktur dalam kajian ini iaitu memerhati responden berdasarkan

aspek-aspek yang telah ditentukan. Aspek-aspek yang ditentukan ialah aspek tingkah

laku ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Aspek yang kedua

menjadi pemerhatian pengkaji ialah dari segi lisan responden. Berikut merupakan

aspek-aspek yang telah digunakan oleh pengkaji di dalam kajian yang dijalankan.

Jadual 9 : Senarai Semak Pemerhatian

ASPEK YANG DIPERHATIKAN SEBELUM SELEPASR1 R2 R3 R4 R1 R2 R3 R4

Page 20: Kajian Tindakan

1. Memberi perhatian semasa proses pembelajaran dan pengajaran.

2. Menunjukkan minat dalam pembelajaran aqidah.

3. Sering melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. Menunjukkan minat dalam penggunaan rentak ANC

5. Dapat menyebut fakta-fakta Allah bersifat Al-Hayat dengan baik selepas penggunaan rentak ANC

6. Dapat mengaplikasikan kaedah nyanyian dalam melengkapkan papan fakta dihadapan.

Dapat menyenaraikan kelebihan beriman dengan Allah bersifat Al-Hayat

7. Dapat membanding beza kelebihan beriman dengan Allah bersifat Al-Hayat dengan akibat tidak mengimani Allah bersifat Al-hayat.

5.4.2 Temu bual

Menurut Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian

Palajaran Malaysia (2008), temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang

melibatkan interaksi bersemuka antara pnyelidik dan informan atau orang yang

Page 21: Kajian Tindakan

ditemu bual. Pengkaji telah menggunakan temu bual secara berstruktur sebagai

instrumen kajian.

Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011) temu bual secara

berstruktur merupakan kaedah penyelidikan yang lazimnya digunakan di dalam

penyelidikan tinjauan. Pengkaji telah melaksanakan temu bual berstrukutr bersama

responden. Soalan temu bual ialah berdasarkan pengalaman pemebelajaran yang lalu,

penguasaan selepas menggunakan rentaj ANC dan bagaimanan penggunaan kaedah

ini dapat membantu responden dalam penguasaan fakta Allah Bersifat Al-Hayat.

Temu bual ini juga digunakan untuk mengukuhkan jawapan dari pemerhatian yang

telah dijalankan kepada responden. Jadual 10 menunjukkan item temu bual bersama

responden yang telah pengkaji gunakan dalam pelaksanaan kajian.

Jadual 10 : Soalan Temu Bual

Page 22: Kajian Tindakan

Soalan 1 : Adakah sebelum ini kamu berminat untuk mempelajari bidang aqidah?

Kenapa?

Soalan 2 : Bagaimanakah penggunaan rentak ANC ini boleh membantu kamu

mengingati fakta-fakta Allah bersifat Al-Hayat? Kenapa?

Soalan 3 : Adakah kamu boleh membezakan kelebihan orang beriman dengan Allah

bersifat Al-hayat dengan akibat tidak beriman dengan Allah Bersifat Al-Hayat?

5.4.3 Analisis Dokumen

Bagi tujuan menyokong data yang diperoleh, pengkaji turut menggunakan analisis

dokumen untuk mengukur sejauh mana pencapaian responden dalam menguasai

fakta Allah bersifat Al-Hayat. Dalam pelaksanaan kajian ini, dokumen yang

dikumpul adalah dua set lembaran kerja yang salah satunya berkenaan padanan

perbezaan antara kelebihan dan kesan apabila individu itu beriman atau tidak

beriman dengan Allah Bersifat Al-Hayat. Kedua ialah berkisar soalan pemahaman.

Item dalam setiap ujian adalah sama bagi kesemua responden kajian. Ini bertujuan

bagi mengelakkan bias dan mendapatkan data yang tekal.