kajian tindakan

77
1.0 PENDAHULUAN Bahan bantu belajar merupakan elemen penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru seharusnya menyediakan bahan bantu belajar atau media yang paling berkesan dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya. Tujuan penggunaan bahan bantu belajar ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul. Dengan adanya bahan bantu belajar, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan baik dan membantu dalam penguasaan konsep dengan mudah dan berkesan. Apabila guru-guru memilih sesuatu bahan bantu belajar untuk digunakan dalam pengajaran mereka, mereka seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika guru-guru ingin menggunakan bahan bantu belajar yang bercetak, pemilihan bahan yang sesuai adalah terdiri daripada buku, edaran terancang, carta transparensi (kepingan lutsinar), poster atau senarai bertulis. Selepas membuat pemilihan bahan bantu belajar, guru-guru perlu menentukan cara penggunaannya yang paling berkesan dan mudah dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran. Tambahan pula, bahan bantu belajar tersebut juga haruslah bersesuaian dengan tajuk yang ingin diajar. Guru perlulah memastikan bahawa bahan tersebut dapat memudahkan murid memahami tajuk itu dengan lebih pantas dan berkesan. Pemilihan bahan bantu belajar ini biasanya dipengaruhi oleh tujuan, kegunaan, tahap pencapaian murid 1

Upload: cikgu-syazwan-lutfi

Post on 24-Nov-2015

366 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

contoh kajian tindakan untuk guru2 keluaran IPG

TRANSCRIPT

1.0PENDAHULUANBahan bantu belajar merupakan elemen penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru seharusnya menyediakan bahan bantu belajar atau media yang paling berkesan dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya.Tujuan penggunaan bahan bantu belajar ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul. Dengan adanya bahan bantu belajar, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan baik dan membantu dalam penguasaan konsep dengan mudah dan berkesan. Apabila guru-guru memilih sesuatu bahan bantu belajar untuk digunakan dalam pengajaran mereka, mereka seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika guru-guru ingin menggunakan bahan bantu belajar yang bercetak, pemilihan bahan yang sesuai adalah terdiri daripada buku, edaran terancang, carta transparensi (kepingan lutsinar), poster atau senarai bertulis. Selepas membuat pemilihan bahan bantu belajar, guru-guru perlu menentukan cara penggunaannya yang paling berkesan dan mudah dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran. Tambahan pula, bahan bantu belajar tersebut juga haruslah bersesuaian dengan tajuk yang ingin diajar. Guru perlulah memastikan bahawa bahan tersebut dapat memudahkan murid memahami tajuk itu dengan lebih pantas dan berkesan. Pemilihan bahan bantu belajar ini biasanya dipengaruhi oleh tujuan, kegunaan, tahap pencapaian murid serta kebolehan mereka dan jangka masa sesuatu pengajaran. Oleh itu, guru haruslah bijak dan memainkan peranan penting dalam pemilihan bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan tajuk yang ingin diajar.Namun begitu, pada zaman yang serba moden ini, murid-murid mudah dan banyak terdedah dengan fakta serta konsep Sains melalui sekeliling mereka. Banyak rancangan television mahupun laman sesawang yang berkongsi maklumat berkaitan dengan konsep serta teori Sains. Namun begitu, kebanyakan murid hanya mengetahui kesemua konsep tersebut melalui kaedah hafalan dan tidak dapat menerangkan konsep yang berlaku dalam dunia Sains sebenar. Begitu juga di dalam kelas, mereka hanya belajar dan menghafal fakta sains disebabkan oleh mereka perlu belajar dan mengingati kesemua konsep tersebut untuk menduduki peperiksaan. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam memastikan masalah ini dapat dibendung. Para guru haruslah sentiasa mencari inisiatif lain bagi memudahkan murid-murid memahami dengan lebih mudah bagi konsep subjek ini. Aspek yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ialah kesesuain bahan bantu belajar untuk murid-murid. Guru haruslah memastikan bahawa bahan yang digunakan sesuai dengan tahap murid, menarik dan secara tidak langsung dapat memudahkan murid memahami fakta atau konsep tersebut. Penggunaan bahan maujud adalah cara yang terbaik untuk memastikan keberkesanan bahan bantu belajar. Melalui bahan sebenar, murid dapat mengaplikasikan kesemua deria mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Walau bagaimanapun, jika penyediaan bahan maujud sukar untuk disediakan, penggunaan model juga dapat membantu meningkatkan kefahaman murid. Model adalah bahan yang mudah didapati sama ada perlu dibeli mahupun dicipta sendiri. Guru haruslah mempunyai sikap yang kreatif dan inovatif dalam penghasilan model yang berkesan. Pelbagai cara dan kaedah yang boleh guru laksanakan dalam membantu murid memahami konsep Sains dan memupuk perasaan minat terhadap subjek ini. Oleh itu, penguasaan dalam subjek Sains diukur daripada sejauh mana kefahaman murid terhadap fakta dan konsep sebenar kejadian atau fenomena tersebut. Menurut pendapat teori Kognitif yang disokong oleh Atkinson, McClelland dan Bruner, kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu institusi atau keperibadiannya. Ini jelas membuktikan bahawa murid yang dapat menguasai Sains ialah murid yang memahami konsep Sains keseluruhannya. 1.1 Refleksi Proses Pengajaran dan PembelajaranSewaktu menjalani praktikum Fasa III di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran Kuala Terengganu, saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Sains bagi murid tahun 3, 4 dan 5. Kelas yang berikut dinamakan kelas 3 Karisma, 4 Karisma dan 5 Kaliber. Ketiga-tiga kelas ini merupakan daripada golongan kelas yang baik dan berpotensi untuk mencapai pencapaian yang cemerlang. Saya ditugaskan untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru pelatih di sana selama 3 bulan yang bermula daripada 20 Januari 2013 dan berakhir pada 18 April 2013.Selama saya berada di sana, saya dapat mengesan bahawa murid tahun 4 Karisma kurang berminat dalam subjek Sains. Berdasarkan perbualan saya dengan beberapa murid di kelas tersebut, mereka merasakan subjek Sains membebankan dan menjadi punca kepada kegagalan mereka dalam peperiksaan. Menurut mereka, Sains memerlukan kefahaman dan ketelitian yang mendalam bagi memahami sesuatu konsep. Tambahan pula, kaedah pengajaran yang berbentuk kuliah dan perbincangan selalu dipraktikkan oleh guru. Mereka berasa bosan dengan kaedah yang sama dan menunjukkan sikap tidak berminat untuk terus melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Mereka juga sentiasa menggunakan kaedah hafalan dalam mengingati konsep Sains. Kaedah ini sedikit sebanyak telah membebankan mereka. Dalam peperiksaan Take of Value (TOV) yang telah dijalankan pada 10 hingga 13 Mac 2013, kelas tersebut tidak mempunyai seorang wakil pun yang memperolehi gred A bagi mata pelajaran ini (Lampiran 1). Malah, antara soalan yang diajukan ialah berkaitan tajuk Sistem Pernafasan Manusia. Kebanyakan mereka tidak dapat menjawab dengan baik dan tepat. Selain itu juga, berdasarkan kepada keputusan untuk peperiksaan seterusnya iaitu ujian Operational Targeted Increment 1 (OTI 1), kebanyakan mereka turut mendapat keputusan yang agak tidak memberangsangkan (Lampiran 1). Oleh sebab ini, saya telah membuat keputusan untuk menjadikan murid 4 Karisma sebagai responden kajian tindakan saya dan secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk meminati dan memahami subjek Sains khususnya tajuk Sistem Pernafasan Manusia ini.Sewaktu saya mengajar murid tahun 4 Karisma berkaitan tajuk pernafasan manusia, saya telah memilih untuk menggunakan kaedah kuliah dan perbincangan bersama mereka dengan bantuan beberapa kad gambar. Saya telah cuba untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) menjadi lebih menarik dengan adanya kad gambar yang berwarna warni, namun mereka tetap kelihatan tidak berminat untuk menguasai tajuk ini. Antara faktor utama masalah mereka ialah, mereka agak terkeliru dengan konsep sains berkaitan sistem semasa menarik dan menghembus nafas. Ini bermaksud bahawa mereka tidak dapat mengenalpasti pergerakan organ badan ketika menarik dan menghembus nafas seperti ketika menarik nafas, dada akan ke atas dan peparu mengembang manakala ketika menghembus nafas, dada ke bawah dan peparu mengecut. Mereka terkeliru untuk membeza perubahan organ badan bagi dua situasi ini. Ketika saya sedang mengajar tajuk tersebut, mereka terpaksa menghafal perubahan yang berlaku ketika menarik dan menghembus nafas seperti dada mengembang atau mengecut, tulang rusuk keatas dan ke bawah dan gas yang terlibat untuk kedua-dua proses ini. Dalam mempelajari sains haruslah memahami konsep sebenar teori itu, bukanlah menggunakan kaedah penghafalan sebagai jalan penyelesaian bagi memahami tajuk ini. Kaedah penghafalan tidak berkesan dalam mempelajari sains. Contohnya, ketika menarik nafas, peparu akan mengembang, udara akan masuk dan tulang rusuk serta dada akan bergerak ke atas. Murid tahun 4 Karisma menghafal setiap perubahan di dalam badan tersebut untuk mengingat keadaan ketika menarik dan menghembus nafas. Jika diajukan soalan, saya dapat melihat dengan jelas mereka cuba mengingati setiap apa yang dihafal melalui pergerakan tangan mereka. Mereka tidak memahami konsep sebenar bagi proses pernafasan ini.Rentetan daripada masalah ini, saya merancang untuk menjalankan satu kajian tindakan bagi mengatasi masalah ini daripada terus berterusan. Sebelum memulakan kajian tindakan ini, saya perlu membuat perancangan yang komprehensif agar tindakan yang diambil berkesan dalam mengatasi masalah yang dikenal pasti. Saya akan melaksanakan tinjauan awal terhadap masalah dengan pengumpulan awal data bagi mengesahkan isu atau masalah sebenar yang dihadapi. Seterusnya saya mengenalpasti fokus masalah yang menjadi keperihatinan sekaligus merancang tindakan bagi mengatasi masalah tersebut.

1.2Sorotan literatur1.2.1Literatur Berkaitan Penggunaan Model Kajian ini adalah berkaitan dengan meningkatkan kefahaman dan minat murid bagi tajuk sistem pernafasan manusia dengan bantuan penggunaan model. Penggunaan model dalam proses P&P adalah faktor terpenting untuk murid mencapai kefahaman dan terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti. Murid memerlukan ransangan (model) untuk lebih memahami konsep dan seterusnya dapat menarik minat serta tumpuan mereka.Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, model membawa maksud reka bentuk tertentu sesuatu barang yang dikeluarkan, barang tiruan yang sama bentuk dan rupanya seperti atau seiras dengan yang asal tetapi lebih kecil saiznya; tiga dimensi.Gagne et al. (1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku (Behaviorisme), menyatakan bahawa pembelajaran kemahiran dikuasai melalui pengulangan iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin. Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu, pembelajaran kemahiran ini dikaji dari sudut ransangan dan gerak balas. Bagi kajian yang dilakukan oleh saya, penggunaan model yang berterusan dapat meningkatkan kefahaman murid. Model yang dibina perlu diulang fungsinya agar ianya lebih jelas dan mudah diingati. Adalah lebih baik agar setiap murid dapat membina model tersebut sebagai kepunyaannya, dan mengulangi fungsi model itu untuk memantapkan lagi kefahaman mereka.Tambahan pula, menurut Mat Noor dan Ab. Rahman (1998), bahan bantu belajar merangkumi segala benda yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera seperti melihat, mendengar, merasa dan menghidu. Bahan bantu belajar boleh dibahagi kepada tiga kategori seperti berikut:a. Bahan menggunakan media elektronik filem pelajaran yang disediakan oleh pihak kerajaan, filem jalur, slaid, pita rakaman, radio dan sebagainya.b. Bahan bukan elektronik suara, gambar, model, carta, buku dan sebagainya.c. Bahan bercorak pengalaman lakonan, lawatan, projek dan sebagainya.1.2.2 Kajian Berkaitan Penggunaan ModelMenurut Thamby Subahan (1999) menerusi kajian lepas membuktikan bahawa penggunaan Bahan Bantu Belajar iaitu menerusi model meningkatkan kefahaman dan ingatan murid sekaligus membawa kepada peningkatan tahap pencapaian murid yang menjadi sasarannya dalam melengkapkan gambar rajah bagi tajuk Sistem Rangka Manusia. Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan jelas menunjukkan terdapat peningkatan jumlah bilangan murid yang memahami konsep sistem rangka manusia melalui penggunaan model manusia.Menurut Maryam Binti Abdullah (2002), beliau telah mengkaji keberkesanan penggunaan model dalam pengajaran dan pembelajaran lukisan geometri dan pembinaan bangunan mempengaruhi prestasi pelajar di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan model dapat merangsang minat murid tanpa mengira peringkat sekolah sama ada rendah mahupun menengah.Di samping itu, terdapat juga kajian lepas yang membincangkan tentang kepentingan bahan bantu belajar terhadap P&P Sains. Antaranya ialah Siti Halimah (2009), menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains memerlukan banyak bahan sokongan. Proses penerimaan input Sains perlu disalurkan menerusi alat bantuan mengajar. Terdapat pelbagai topik dalam Sains yang memerlukan murid bergantung kepada penggunaan BBB seperti carta, model, gambar, pita dan sebagainya. Dalam kajiannya lagi, beliau berpendapat bahawa murid akan faham akan isi kandungan pembelajaran jika murid itu sendiri yang menemuinya.Terdapat juga kajian terdahulu mengenai keberkesanan penggunaan model sebagai BBB dalam peningkatan pencapaian Sains. Rahimah (2005) dalam kajiannya menyatakan bahawa penggunaan model adalah sesuai, menarik dan sangat berkesan bagi proses PdP. Beliau berkata bahawa pilihannya untuk menggunakan model sebagai bahan bantu belajar adalah bergantung juga kepada pemilihan tajuk dalam Sains. Bahan bantu belajar seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja.Tamby Subahan (1999) telah melaksanakan satu kajian berkaitan penggunaan model. Berdasarkan hasil kajiannya menyatakan bahawa model adalah bahan separa maujud yang mana memberikan pengalaman sebenar yang boleh merangsang aktiviti sendiri di kalangan murid. Hasil kajiannya membuktikan bahawa penggunaan model sebagai bahan bantu belajar dalam sesi PdP meningkatkan daya kefahaman dan ingatan murid metika melabel gambar rajah.W.F Connell lagi turut membuat kajian berkaitan kategori bahan bantu belajar yang dapat membantu menarik minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mengikut W.F.Connell (1981); sumber pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu;1.Alat bantu mengajar am seperti papan hitam dan buku bercetak.2.Alat pandangdengar seperti objek, model, patung, gambar, lukisan, diorama,gambarfoto, glob, peta, carta, gambarajah, graf, poster, kartun dan bahan salinan bagi alat pandang. Manakala alat dengar adalah seperti radio, alat pemain piring hitam, pita rakaman suara dan sistem pembesar suara. Filem suara dan televisyen pula bercorak pandang dengar.3.Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram, modul dan mesin mengajar yang berkaitan seperti alat-alat multimedia.

1.2.3MinatAbu Bakar (1993) menyatakan bahawa minat memanglah merupakan unsur penting dalam diri pelajar untuk membolehkan pelajar itu memikirkan mata pelajaran yang akan diikutinya. Tanpa minat terhadap mata pelajaran itu adalah dipercayai pembelajaran menjadi kurang berkesan dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pencapaian. Keputusan analisis kajian beliau ke atas empat ratus lima puluh pelajar yang telah dipilih secara rawak daripada sekolah menengah bandar dan luar bandar di negeri Johor menunjukkan pelajar yang mempunyai skor minat yang tinggi didapati mempunyai skor pencapaian yang tinggi. Minat merupakan salah satu unsur keperibadian yang memegang peranan penting dalam mengambil keputusan masa depan. Minat mengarahkan individu terhadap suatu objek atas dasar rasa senang atau rasa tidak senang. Perasaan senang atau tidak merupakan dasar sesuatu minat. Minat seseorang dapat diketahui dari penyataan senang atau tidak senang terhadap suatu objek tertentu. (Dewa Ketut Sukardi, 1994)Minat pada hakikatnya merupakan hasil yang terbina daripada pengalaman seseorang. Minat berkembang sebagai hasil daripada suatu keinginan dan akan menjadi sebab akan dipakai lagi dalam kegiatan yang sama. Minat dipengaruhi oleh faktor dalaman, motivasi sosial dan juga faktor emosi. (Crow and Crow, 1973)Minat dan keseronokan merupakan elemen penting yang perlu ada dalam setiap proses pembelajaran. Menurut Renninger, Hidi & Krapp (1992) murid akan lebih memberi perhatian, mempelajari serta mengingati peristiwa, gambar dan bacaan yang menarik minat mereka atau yang berkaitan dengan minat mereka. Pendapat ini menunjukkan guru mampu menggerakkan minda murid untuk lebih fokus dalam sesi pembelajaran jika guru terlebih dahulu berjaya menarik minat murid untuk belajar.Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Mohd Arif (2008), menyatakan murid akan jatuh cinta dalam sesuatu mata pelajaran disebabkan oleh dua perkara iaitu minat dan menarik. Menurut beliau, minat adalah perkara asas dan faktor terpenting bagi murid menyukai sesuatu mata pelajaran terutamanya Sains. Namun, minat boleh dpupuk melalui aktiviti PdP yang menarik. Aktiviti PdP yang menarik serta menyeronokkan akan melipat gandakan minat seseorang murid sekaligus meningkatkan daya kefahaman mereka dalam subjek berkenaan.1.3RumusanBahagian ini menerangkan tentang masalah yang dihadapi oleh murid tahun 4 Karisma melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lepas. Terdapat beberapa bukti masalah yang dikesan untuk menjadikan murid tahun 4 Karisma sebagai responden kajian saya. Tambahan pula, bahagian ini juga menjelaskan beberapa teori dan kajian lepas yang dilaksanakan oleh pengkaji sebelum ini berkaitan dengan penggunaan bahan bantu belajar (BBB) dam minat murid. Segala teori dan kajian ini dijadikan panduan untuk saya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh responden saya seterusnya dapat menyokong kajian yang saya lakukan.

2.0 FOKUS KAJIANBahagian ini menghuraikan berkaitan masalah/isu yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selain itu juga, bahagian ini juga menyenaraikan masalah atau isu yang memerlukan tindakan intervensi untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Menentukan fokus kajian adalah penting bagi memudahkan penyelidik membuat perancangan tindakan seterusnya. Fokus kajian yang tidak jelas akan menyebabkan tindakan yang diambil tidak tepat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kesilapan tersebut juga mengakibatkan tindakan pembetulan tidak berkesan. Berdasarkan refleksi, penyelidik perlu memfokuskan kepada satu daripada beberapa masalah yang dinyatakan. Secara ringkasnya penentuan fokus kajian perlu memberi pertimbangan kepada perkara-perkara berikut:i. Masalah yang memerlukan tindakan segera di mana masalah tersebut merupakan keutamaan daripada dua atau lebih masalah yang telah dikenal pasti.ii. Penyelesaian masalah itu penting untuk guru, murid dan sekolah.iii. Data boleh dikutip dengan cepat dan mudah dalam situasi di tempat kerja terutamanya berkaitan pengajaran dan pembelajaran.iv. Bidang kajian berada dalam ruang lingkup kuasa guru untuk bertindak.2.1Tinjauan Awal MasalahSemasa membuat tinjauan awal, penyelidik dikehendaki mengumpul data dengan menggunakan beberapa instrumen kajian. Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang sesuatu masalah disamping membantu penyelidik memahami masalah yang telah dikenal pasti dengan lebih mendalam. Sebelum merancang, penyelidik perlu mengenal pasti masalah yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Penyelidik boleh mengutip data dengan menggunakan pelbagai kaedah, contohnya dengan menggunakan soal selidik, menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, menjalankan ujian pra, membuat analisis dokumen (hasil kerja murid, jadual kedatangan, rekod keputusan ujian/peperiksaan, rekod latar belakang murid dan sebagainya). Dalam kajian saya, saya menggunakan pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen untuk meninjau masalah mereka.Prosedur yang terlibat dalam mengenalpasti masalah yang timbul di kalangan murid 4 Karisma berkaitan tajuk proses pernafasan ialah:2.1.1PemerhatianApabila guru mengajar tajuk ini, murid kelihatan bosan dan pasif. Mereka hanya mendiamkan diri dan mendengar sepenuhnya pengajaran guru. Apabila diajukan soalan, masing-masing hanya mendiamkan diri dan tidak berkeyakinan untuk menjawab soalan tersebut. Melalui pemerhatian saya sepanjang pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung, mereka tidak berminat untuk mempelajari tajuk ini. Pada pendapat saya, mereka tidak menguasai tajuk ini sepenuhnya melalui soalan yang diajukan dan mereka tidak memberi respons yang positif. Tambahan pula, terdapat murid yang bercakap-cakap ketika saya memberi penerangan. Mereka tidak menghiraukan pengajaran pada ketika itu. Suasana kelas juga menjadi agak bising dan tidak terkawal dengan baik (Lampiran 1: Gambar suasana kelas).Murid cuba untuk menghafal setiap pergerakan tubuh badan ketika proses menarik dan menghembus nafas. Apa yang saya perhatikan semasa mengajar, mereka kelihatan cuba untuk menghafal keadaan tubuh badan ketika menarik dan menghembus nafas. Apabila ditanya, pergerakan tangan mereka jelas menunjukkan bahawa mereka telah menghafal proses pernafasan ini. Mereka tidak memahami konsep yang sebenar bagi tajuk ini. Saya cuba untuk menanyakan soalan yang tidak mengikut urutan yang sepatutnya berdasarkan pergerakan proses pernafasan tersebut, hasilnya mereka langsung tidak dapat menjawab soalan saya. Respon mereka adalah Cikgu, tak aci la macam ni..cikgu tak adil..bagi soalan tak ikut urutan, macam mana nak jawab, susah la cikgu..2.1.2Soal selidikMurid kelihatan tidak menunjukkan minat mereka untuk memahami konsep proses pernafasan ini. Murid tidak minat untuk mempelajari tajuk ini. Apabila ditanya pada akhir sesi pengajaran berkaitan minat mereka terhadap tajuk ini, hanya segelintir murid yang berusaha untuk memahami konsep tajuk ini. Yang lain jelas menunjukkan sikap kurang minat terhadap tajuk ini. Tambahan pula, saya ada membuat tinjauan bagi mengesan sejauh mana minat mereka terhadap tajuk tersebut. Saya membuat soal selidik awal dengan 6 orang murid 4 Karisma yang terdiri daripada 4 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki bagi menjawab persoalan kepada masalah saya. Kebanyakan mereka memang tidak berminat dan berasa bosan untuk menguasai tajuk Sistem Pernafasan Manusia dengan lebih baik berdasarkan konsep sains (Lampiran 2: Hasil soal selidik).2.1.3Analisis DokumenUntuk mengukuhkan lagi persepsi saya terhadap masalah ini, saya cuba untuk menganalisis keputusan ujian yang pernah mereka duduki. Antara ujian yang pernah dihadapi oleh mereka ialah Take of Value (TOV) dan Operational Targeted Increment 1 (OTI 1). Berdasarkan hasil daripada ujian ini, mereka tidak menunjukkan minat mereka terhadap subjek Sains. (Lampiran 1: Markah ujian TOV dan OTI 1). Saya cuba mengkaji aras soalan yang terkandung di dalam skrip soalan bagi kedua-dua ujian ini, namun bagi saya soalan-soalan tersebut menepati kemampuan mereka. Untuk tajuk Sistem Pernafasan Manusia, soalan yang disediakan berada pada aras mudah dan sederhana. Walau bagaimanapun, disebabkan kurangnya minat mereka terhadap tajuk ini, mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik.2.2Analisis Tinjauan MasalahAnalisis tinjauan masalah adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana masalah-masalah itu disenaraikan mengikut keutamaannya. Antara masalah-masalah yang diberi keutamaan adalah seperti berikut:i. Masalah yang membantutkan kemajuan pembelajaran murid. ii. Masalah yang menjadi penghalang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. iii. Masalah yang memerlukan tindakan penyelesaian segera. Terdapat beberapa sebab yang menyokong kepada timbulnya masalah ini di kalangan murid tahun 4 Karisma, antaranya adalah:1. Murid bosan dan tidak berminat untuk memahami konsep bagi tajuk pernafasan ini kerana mereka menggunakan kaedah penghafalan. Mereka Perubahan pergerakan organ adalah berbeza bagi proses menarik dan menghembus nafas. Oleh itu, mereka terpaksa menghafal kesemua perubahan organ itu bagi menguasai tajuk ini.2. Mereka juga perlu menghafal kerana tidak ada kaedah yang lebih sesuai dan mudah untuk mereka memahami tajuk ini ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.2.2.1Analisis PemerhatianSaya telah membina satu jadual untuk menganalisis permerhatian saya semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Analisis ini telah dilaksanakan kepada 6 orang murid yang menjadi responden saya. Terdapat beberapa tema yang telah saya cadangkan untuk mengenalpasti punca kepada masalah yang timbul ini. Jadual pemerhatian adalah seperti berikut:Jadual 1Hasil Pemerhatian RespondenTingkah laku yang diperhatikan dan dikesan ( / ) atau ( X )Responden (R)

R1R2R3R4R5R6

1. Mendengar penerangan guru.X//XX/

2. Tertarik dengan penerangan guru.X/X/XX

3. Bercakap-cakap ketika sesi penerangan.///XX/

4. Berjalan-jalan di dalam kelas dan menganggu rakan./XX//X

5. Menanyakan soalan berkaitan tajuk.X/XXXX

Berdasarkan hasil pemerhatian saya, saya dapati hanya 3 orang murid yang mendengar penerangan oleh guru manakala 3 orang murid lagi tidak memberi tumpuan ketika mengajar, sebaliknya mereka melakukan perkara lain. Perkara lain yang dimaksudkan ialah bercakap-cakap ketika sesi penerangan iaitu sebanyak 4 orang murid dan berjalan-jalan di dalam kelas serta mengganggu rakannnya seramai 3 orang murid. Ini menunjukkan terdapat 3-4 orang murid yang menunjukkan sikap tidak berminat dalam mempelajari Sains. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), saya menanyakan kepada mereka jika terdapat kecelaruan berkaitan konsep Sistem Pernafasan Manusia, namun dukacitanya hanya seorang murid yang bertanya mengenainya. Walaupun terdapat seorang murid, soalan yang diajukan menunjukkan yang dia tidak mendengar penerangan saya. Antara soalan yang ditanya ialah Cikgu, udara masuk dalam peparu ke jantung?. Hasil pemerhatian ini jelas menunjukkan bahawa 6 orang murid ini memerlukan bimbingan sepenuhnya oleh saya.2.2.2Analisis Soal SelidikSelain itu juga, untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan dalam melaksanakan kajian ini, saya telah menyediakan borang pra soal selidik untuk mengkaji minat dan kefahaman mereka terhadap tajuk. Saya telah membina borang pra soal selidik dan mengedarkan kepada setiap 6 orang murid daripada kelas 4 Karisma. Hasil daripada soal selidik ini adalah seperti jadual di bawah.Jadual 2Hasil Pra Soal Selidik RespondenBil.ItemYaTidak

1.Adakah kamu bermain ketika guru mengajar?33

2.Adakah kamu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran kamu di dalam kelas?24

3.Adakah kamu berasa bosan untuk mempelajari tajuk Sistem Pernafasan Manusia?51

4.Adakah kamu cuba untuk menghafal perubahan tubuh badan ketika menarik dan menghembus nafas?42

5.Adakah kamu memahami konsep sebenar proses pernafasan manusia?24

6.Adakah kamu cuba untuk mengingati apa yang dihafal bagi menjawab latihan yang diberikan oleh guru berkaitan tajuk pernafasan manusia?60

Berdasarkan hasil analisis awal melalui borang soal selidik yang diedarkan mendapati bahawa murid-murid tidak begitu berminat dan memahami konsep Sains berkaitan tajuk ini. Analisis awal mendapati terdapat 3 orang murid yang bermain ketika sesi PdP manakala 3 orang murid lagi tidak bermain semasa sesi PdP berlangsung. Namun begitu, hanya 2 orang murid yang mendengar penerangan guru, sebaliknya 4 orang murid tidak memberi tumpuan. Mereka banyak menghabiskan masa dengan bermain dan bercakap dengan rakan. Faktor yang menjadi punca kepada masalah ini ialah mereka berasa bosan untuk menguasai tajuk ini. Terdapat 5 orang murid yang menyatakan bahawa mereka berasa bosan sepanjang pengajaran dan hanya 1 orang murid yang menidakkan perasaan bosan ketika di dalam kelas. Untuk memastikan mereka menguasai tajuk ini, mereka mengambil inisiatif untuk menghafal kesemua maklumat yang berkaitan proses menarik dan menghembus nafas. Hasil analisis soal selidik menunjukkan bahawa kesemua 6 orang murid tersebut mengambil tindakan untuk menggunakan kaedah hafalan bagi menguasai tajuk ini, sedangkan mereka tidak menguasai konsep sebenar proses pernafasan manusia ini.2.2.3Analisis DokumenDi samping itu juga, saya turut menggunakan analisis dokumen sebagai salah satu instrumen kajian saya. Analisis dokumen yang saya maksudkan ialah keputusan hasil peperiksaan Take of Value (TOV) , Operational Targeted Increment 1 (OTI 1) serta Ujian Pra yang telah dilaksanakan pada 15 April 2013 semasa menjalani praktikum 3. Hasil keputusan ujian mereka adalah seperti jadual berikut.

Jadual 3Hasil Ujian TOV, OTI 1 dan Ujian Pra RespondenResponden (R)Ujian TOV (%)Ujian OTI 1 (%)Ujian Pra (%)

R140 4870

R2384260

R3444050

R4444860

R5324650

R6365060

Untuk ujian TOV dan OTI 1, keenam-enam murid ini mendapat markah yang terendah dalam kedua-dua ujian yang dijalankan. Purata daripada mereka mendapat gred D dalam ujian ini. Kemudian, saya telah membina Ujian Pra berkaitan tajuk Sistem Pernafasan Manusia. Hasil keputusan ujian tersebut ialah kebanyakan mereka mendapat gred B dalam ujian ini. Sedangkan murid yang lain memperolehi gred A dalam Ujian Pra ini memandangkan aras soalan yang disediakan adalah mudah. 2.3RumusanBahagian ini merumuskan tentang bagaimana tinjauan masalah dianalisis. Setiap instrumen kajian yang saya gunakan telah saya analisis menggunakan grafik jadual. Melalui analisis tinjauan masalah, saya dapat mengesan masalah yang timbul pada keenam-enam murid saya dan dapat mengetahui masalah mereka dalam memahami konsep Sistem Pernafasan Manusia.Hasil analisis masalah menunjukkan bahawa mereka berasa bosan dan tidak memahami tajuk ini dengan baik, malahan menggunakan kaedah hafalan sebagai cara yang terbaik untuk menguasai tajuk Sistem Pernafasan Manusia.3.0OBJEKTIF KAJIANDalam mengemukakan isu dalam pendidikan, penyelidik seharusnya memahami konsep dan konteks kajian. Dalam hal ini, konsep bermaksud kajian yang akan dijalankan bertujuan untuk penambahbaikan kepada permasalahan yang sedia ada. Para penyelidik terlebih dahulu perlu mempunyai isu atau tujuan yang ingin dikaji. Refleksi pengajaran dan pembelajaran, pengalaman berhadapan dengan masalah di sekolah, serta analisis yang dilakukan menerusi sorotan kajian merupakan kebarangkalian terbitnya tujuan tersebut.Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui kajian berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti. Objektif utama kajian ialah mengakibatkan perubahan tingkah laku guru dan murid. Objektif itu mestilah boleh diukur semasa dan selepas kajian. Ia terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus.3.1Objektif KajianObjektif kajian saya terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus. Kedua-dua objektif ini adalah berkaitan dengan tajuk kajian saya iaitu penggunaan model Dolly dapt meningkatkan minat dan kefahaman murid terhdap tajuk Sistem Pernafasan Manusia Tahun 4.

3.1.1Objektif UmumSelepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:Objektif umum;1. Meningkatkan pemahaman dan minat murid terhadap konsep bagi proses pernafasan manusia. Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah ini. Diharapkan cadangan yang dirancang dapat membantu murid Tahun 4 Karisma dalam memahami konsep sebenar tajuk sistem pernafasan manusia ini. Tambahan pula, ia juga dapat menarik minat dan memudahkan mereka memahami kesemua konsep tersebut tanpa menggunakan kaedah hafalan.3.1.2Objektif KhususObjektif khusus;1. Meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep bagi tajuk pernafasan manusia menggunakan kaedah model manusia.2. Meningkatkan minat murid terhadap tajuk proses pernafasan melalui penggunaan model manusia ketika menarik dan menghembus nafas.3. Memudahkan murid memahami konsep sebenar proses pernafasan manusia tanpa penggunaan kaedah penghafalan.3.2Persoalan KajianBerdasarkan kepada masalah dan kelemahan yang dialami oleh murid, terdapat beberapa persoalan yang timbul. Antara soalan-soalan yang dikaji ialah:i. Adakah penggunaan model Dolly dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep bagi tajuk pernafasan manusia?ii. Adakah penggunaan model Dolly ketika menarik dan menghembus nafas dapat meningkatkan minat murid terhadap tajuk proses pernafasan manusia?iii. Bagaimanakah kaedah penggunaan model Dolly ini dapat memudahkan murid memahami konsep sebenar proses pernafasan manusia tanpa menggunakan kaedah penghafalan.3.3Kepentingan KajianSetiap kajian mempunyai kepentingan dan faedah tersendiri. Begitu juga dengan intervensi yang telah saya cadangkan iaitu penggunaan model Dolly sebagai satu alat bahan bantu belajar murid dalam menguasai tajuk Sistem Pernafasan Murid. Seperti yang kita ketahui, penggunaan bahan maujud amat berkesan kepada murid semasa PdP. Namun tidak semua tajuk kita dapat mengaplikasi penggunaan bahan maujud semasa pengajaran. Oleh itu, adanya model secara tidak langsung dapat menarik minat murid dan seterusnya memudahkan kefahaman mereka tentang sesuatu fenomena. Penggunaan model Dolly ini berkesan untuk menarik minat murid terhadap tajuk ini. Bentuknya yang unik dan dapat dibina oleh murid itu sendiri boleh berjaya untuk menarik minat dan tumpuan mereka terhadap konsep yang ingin dikuasai. Penggunaan bahan kitar semula seperti botol air, paip lama, surat khabar dan sebagainya dapat menimbulkan semangat dan minat mereka di dalam kelas semasa penerangan guru dilaksanakan.Tambahan pula, penggunaan model ini juga secara tidak langsung dapat mendedahkan kepada mereka kefahaman sebenar berkaitan proses semasa menarik dan menghembus nafas. Murid dapar melihat dengan jelas perubahan yang berlaku di dalam badan model tersebut untuk setiap perubahan yang terjadi semasa kedua-dua proses yang terlibat. Mereka tidak perlu menggunakan kaedah hafalan lagi.

3.4Batasan KajianTerdapat beberapa batasan kajian untuk kajian ini. Kajian ini terbatas untuk 6 orang responden sahaja iaitu 4 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki. Responden-responden ini adalah daripada kelas 4 Karisma, Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran Kuala Terengganu. Saya telah memilih mereka sebagai responden saya berdasarkan keputusan ujian TOV dan OTI 1. Hasil daripada kedua-dua ujian ini, mereka adalah golongan enam yang terendah di dalam kelas mereka. Kebanyakan mereka mendapat gred D dalam ujian-ujian ini. Kajian ini memberi penekanan terhadap bahan bantu belajar yang boleh digunakan untuk menarik minat dan kehaman murid bagi tajuk Sistem Pernafasan Manusia. Kajian ini dibina untuk membantu murid menguasai tajuk ini melalui pemahaman konsep sebenar, bukan menggunakan kaedah hafalan semata-mata. Antara instrumen kajian yang digunakan ialah analisis dokumen, soal selidik dan pemerhatian. Kesemua instrumen kajian yang dilaksanakan jelas menunjukkan bahawa mereka memerlukan bimbingan yang sewajarnya dalam menguasai tajuk tersebut.3.5Reka Bentuk KajianReka bentuk kajian yang dilaksanakan ialah berbentuk kajian tindakan. Seperti yang kita ketahui, kajian tindakan dilaksanakan untuk memperbaiki amalan pengajaran berdasarkan masalah yang dikesan di dalam bilik darjah. Oleh itu, saya ingin mengkaji keberkesanan penggunaan model Dolly dalam menarik minat dan kehafaman murid untuk tajuk Sistem Pernafasan Manusia bagi Tahun 4. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif telah digunakan sepanjang kajian ini dijalankan. Pendekatan kualitatif memerlukan huraian dan penceritaan berkaitan kajian manakala pendekatan kualitatif pula dipersembahkan menggunakan grafik seperti jadual dan graf. Pendekatan ini juga melibatkan pengiraan secara matematikal. Dengan adanya kedua-dua pendekatan ini, ia dapat menguatkan lagi kajian saya dengan data-data yang tepat. Instrumen kajian yang digunakan ialah analisis dokumen, soal selidik dan pemerhatian. Setiap instrumen yang digunakan telah dihuraikan menggunakan pendekatan kualitatif dan diperkukuhkan dengan pengiraan yang terlibat bagi pendekatan kuantitatif.3.6Definisi Operasional3.6.1MeningkatkanBahagian ini menjelaskan dan menghuraikan maksud dan makna bagi setiap istilah utama dalam kajian ini. Terdapat 4 istilah penting yang dijelaskan. Berdasarkan sumber-sumber yang dipilih, anatara definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:Menurut Kamus Dewan (2007), meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan, taraf atau membesarkan pengeluaran serta memperhebat. Tambahan pula, menurut Kamus Am (1995), meningkatkan membawa maksud menaikkan darjat, taraf, mempertinggi dan memperhebat. Manakala, dalam Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005), ia menjelaskan maksud meningkatkan ialah mempertingkatkan, meninggikan dan menaikkan. Selain itu, Junior English Dictionary (2008) mendefinisikan meningkatkan dengan membaiki sesuatu. Oleh itu, sebagai rumusan, maksud meningkatkan merujuk kepada kajian saya ialah menaikkan minat dan keninggikan kefahaman murid terhadap tajuk Sistem Pernafasan Manusia dengan menggunakan model Dolly.3.6.2KefahamanMohd Nashuha Jamidin (1995) menjelaskan bahawa maksud kefahaman ialah menekankan kepada menyusun maklumat yang telah dipelajari. Ciri-ciri tingkah laku pelajar ialah mengaitkan, menghuraikan, menyusun semula soalan, membanding, meringkas, mentafsir, menterjemah dan menerang. Dalam Kamus Am (1995) pula, kefahaman diertikan sebagai keupayaan dan kemampuan memahami akan sesuatu yang dipelajari. Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (1999), kefahaman bermaksud keadaan, gambaran tentang pengetahuan atau pandangan tetang sesuatu perkara. Daripada kesemua definisi di atas, saya dapat menyimpulkan bahawa maksud kefahaman untuk kajian saya ini ialah keupayaan dan kemampuan murid memahami fenomena serta konsep sebenar dalam mejelaskan perubahan tubuh badan ketika menarik dan menghembus nafas.3.6.3Bahan Bantu Belajar (Model)Menurut Kamus Am (1995), bahan didefinisikan sebagai sesuatu, benda, alat atau barang yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu untuk tujuan. Bantu pula didefinisikan sebagai menggunakan sesuatu untuk melaksanakan sesuatu manakala mengajar pula bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada orang lain, mendidik, melatih dan memberi petunjuk.Abd. Rahman (1995), pula mendefinisikan bahan bantu mengajar ialah sebarang bentuk benda, bahan, alat perkakas sama ada konkrit atau abstrak yang dapat digunakan atau dieksploitasikan oleh seseorang secara sistematik untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran. Ia melibatkan sebarang alat atau bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas yang melibatkan bahan bercetak dan bukan bercetak yang boleh mendatangkan pengajaran dan membantu guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan.Justera, dalam konteks kajian ini, model Dolly ialah sebuah alat yang digunakan oleh saya yang bersesuaian dengan topik yang diajar iaitu topik Sistem Pernafasan Manusia.

3.7RumusanBahagian ini menjelaskan tentang objektif, persoalan, kepentingan, batasan, reka bentuk dan definisi operasioanl kajian. Saya menerangkan tujuan pelaksanaan kajian ini terhadap responden saya serta beberapa persoalan yang dijadikan sebagai penanda aras kepada kejayaan saya melaksanakan kajian ini. Saya haruslah menjawab kesemua persoalan yang timbul untuk memastikan objektif utama kajian ini dicapai.Tambahan pula, bahagian ini juga menerangkan tentang kepentingan kajian ini terhadap responden dalam memahami tajuk ini. Batasan kajian juga turut dinyatakan agar saya dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap responden yang dipilih. Reka bentuk kajian ialah berbentuk kajian tindakan dan menggunakan pendekatan kualitatif serta kuantitatif. Setiap istilah utama dijelaskan maksudnya dalam bahagian ini agar kita dapat melihatkan dengan lebih luas tujuan kajian ini dilaksanakan.4.0KUMPULAN SASARANBahagian ini membincangkan tentang kumpulan sasaran yang digunakan dalam kajian tindakan, yang meliputi populasi dan sampel kajian serta profil responden kajian. Sampel kajian ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Responden kajian ini pula adalah subjek-subjek yang terlibat secara langsung dalam kajian seperti mereka yang menjawab soal selidik, ditemubual, mereka yang diperhatikan oleh pengkaji, atau yang menjawab soalan ujian dan sebagainya. Profil responden kajian bermaksud latar belakang responden kajian, seperti jantina, umur, pendidikan, pencapaian dan juga status sosio ekonomi.Kumpulan sasaran merupakan kumpulan murid yang terlibat di dalam kajian yang akan dijalankan. Kumpulan murid tersebut mestilah terdiri daripada kumpulan yang terlibat di dalam isu permasalahan kajian dan situasi sosial penyelidikKajian ini melibatkan 6 orang murid tahun 4 Karisma, Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran Kuala Terengganu yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Kesemua daripada mereka merupakan kaum Melayu. Kesemua murid ini dikategorikan sebagai murid yang berada di luar bandar. Status ekonomi keluarga mereka kebanyakannya adalah tergolong daripada keluarga yang sederhana. Dari sudut sikap di dalam kelas, kedua-dua responden lelaki agak aktif di dalam kelas. Mereka suka bermain dan berbual ketika belajar. Namun, bagi 4 responden perempuan, mereka agak pasif dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penerangan guru. Mereka lebih gemar membuat kerja mereka sendiri seperti melukis dan mewarna ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Walaupun mereka tergolong daripada kelas yang cemerlang, namun berdasarkan daripada ujian TOV (Test of Value), Operational Targeted Increment 1 (OTI 1) dan Ujian Pra yang lalu, keputusan yang didapati tidak begitu memuaskan terutamanya bahagian tajuk pernafasan manusia. Pemilihan responden juga berdasarkan kepada tahap hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh mereka. Mereka tidak dapat mencapai kesemua hasil pembelajaran untuk tajuk ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil pembelajaran diukur menggunakan Ujian Pra yang telah diedarkan dan disemak oleh guru. Terdapat 10 soalan yang disediakan bagi ujian tersebut, namun kebanyakan mereka hanya dapat menjawab kurang daripada 7 soalan sahaja. Hakikatnya, soalan yang diberikan itu berada pada paras yang senang. Selain itu juga, pemilihan responden dipilih berdasarkan pemerhatian saya terhadap mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Mereka banyak menghabiskan masa dengan berbual, bermain dan tidak memberi tumpuan sewajarnya ketika saya mengajar tajuk Sistem Pernafasan Manusia.4.1RumusanBahagian ini menerangkan seba sedikit latar belakang responden dari sudut keluarga, tahap pencapaian di dalam kelas dan sikap mereka ketika mengajar. Proses mengenali responden dengan lebih dekat sangat penting untuk membina rapo antara kami. Mereka juga sedia untuk memberi kerjasama dalam menjayakan kajian ini.5.0TINDAKAN PELAKSANAAN KAJIANBahagian ini menerangkan perancangan langkah-langkah tindakan intervensi iaitu menyatakan pendekatan yang digunakan untuk penambahbaikan amalan. Selain itu juga, ia menerangkan cara pelaksanaan tindakan intervensi secara terperinci dan berperingkat-peringkat. Tambahan pula, bahan bantu belajar yang terlibat dalam pelaksanaan kajian ini juga turut disertakan. Perancangan langkah-langkah tindakan perlu diselaraskan dengan objektif kajian supaya kaedah dapat mencapai objektif kajian tersebut.5.1Prosedur Pelaksanaan KajianBerdasarkan kepada tinjauan masalah yang dilaksanakan sepanjang program Intership, saya telah dapat mengesan 6 orang murid yang mengalami masalah dalam menjawab soalan berkaitan tajuk Sistem pernafasan Manusia. Mereka menunjukkan sikap kurang minat untuk belajar dan memahami konsep sebenar sains bagi tajuk ini. Kelemahan mereka terhadap konsep ini dapat saya kesan melalui beberapa instrumen kajian yang terpilih iaitu soal selidik, ujian dan juga pemerhatian. Kelemahan mereka ini telah saya jadikan sebagai semangat saya untuk membantu mereka sehingga mereka peroleh kefahaman mengenai tajuk ini bersama rakan yang lain.Untuk mengatasi masalah kurangnya pemahaman dan minat murid terhadap proses pernafasan, saya telah merancang dan membina satu kaedah bagi memudahkan mereka memahami konsep sebenar bagi tajuk ini. Kaedah yang dipilih ialah penggunaan model pernafasan manusia yang dibina oleh saya sendiri. Model tersebut diberi nama model Dolly. Saya telah memilih untuk menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart sebagai panduan asas bagi melaksanakan kajian tindakan ini secara teratur dan bersistematik. Model ini adalah berbentuk spiral dan berterusan. Sekiranya gelung pertama kurang memuaskan dan tidak berjaya, maka pengkaji boleh meneruskan kajian ini sehingga ianya berjaya dan kesemua masalah dapat diatasi. Model ini telah memberi panduan yang sangat jelas dan teratur dalam pelaksanan kajian tindakan saya. Ianya sedikit sebanyak dapat menjadi panduan untuk saya sepanjang melaksanakan kajian ini. Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini terdiri daripada 4 peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Model berkenaan dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sepenuhnya. Perancangan disemak dan dikemaskini supaya dapat menghasilkan perancangan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pengamal. Model ini digunakan apabila masalah sebenar tidak diketahui lagi dan mengapa masalah berkenaan berlaku dalam amalan. Model ini terdiri daripada dua lingkaran. (Rosinah Edinin, 2012)

Model ini ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

Rajah 1: Lingkaran Model Kemmis dan Mc taggart (1988)

MEREFLEK

MEMERHATIMERANCANGSatu Kitaran Kajian

BERTINDAK

Antara langkah yang dinyatakan oleh Kemmis dan McTaggart adalah seperti berikut :Langkah 1: MereflekMereflek merupakan tindakan mencerminkan diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan amalan kendiri di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan proses penting di mana seseorang individu perlu mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui dan dipertimbangkan serta membuat penilaian. Melalui amalan refleksi ini, tema, masalah, isu atau keprihatinan bagi kajian tindakan yang hendak dijalankan dapat dikenalpasti.Untuk kajian saya, proses mereflek bermula selepas saya selesai menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada murid tahun 4 Karisma berkaitan tajuk Sistem Pernafasan Manusia. Saya dapat melihat bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari tajuk ini. Ada antara mereka yang bermain ketika saya mengajar dan ada juga antara mereka yang berbual-bual sesama mereka. Saya cuba untuk menarik minat mereka terhadap penerangan yang diberi, namun mereka tidak menunjukkan minat dan kefahaman mereka terhadap tajuk ini. Hanya segelintir murid yang mendengar pengajaran yang disampaikan. Pada sesi terakhir PdP iaitu tahap refleksi, saya memanggil 2 orang murid untuk membuat kesimpulan akhir berkaitan tajuk tersebut, namun hasilnya amatlah dukacita. Mereka tidak memahami konsep sebenar tajuk ini, sebaliknya mereka sempat menghafal perubahan tubuh badan untuk sistem ini. Mereka kelihatan terkeliru dalam memahami tajuk tersebut dengan baik.Disebabkan oleh masalah ini, saya mengambil inisiatif untuk mengkaji masalah sebenar mereka. Saya meminta bantuan guru sains kelas 4 Karisma iaitu Puan Rusnah Bt Abd. Rahman untuk menganalisis ujian OTI 1 dan TOV mereka. Sebilangan besar mereka mendapat keputusan yang rendah dan hanya beberapa orang murid sahaja yang mendapat keputusan gred B. Akhirnya, saya menngambil keputusan untuk mengkaji minat dan kefahaman mereka terhadap tajuk ini.Langkah 2:MerancangMerancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan merupakan proses merancang aktiviti-aktiviti intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti sebagai fokus kajian.Bagi menentukan tindakan intervensi yang hendak dijalankan beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian iaitu;i. Memastikan matlamat tindakan intervensi selaras dengan objektif kajian.ii. Menentukan tempoh pelaksanaan kajian.iii. Menyenaraikan bahan yang diperlukan untuk membina intervensi dan sepanjang kajian.iv. Menetapkan instrumen yang bersesuaian dengan kajian dan persoalan kajian.v. Menentukan penanda aras kejayaan kajian. (Buku Manual Kajian Tindakan, 2008)

Setelah saya membuat refleksi ke atas pengajaran saya, saya telah membuat perancangan yang teratur bagi memudahkan saya menjalankan kajian tindakan terhadap mereka. Pada mulanya, saya mengimbas kembali hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh mereka bagi tajuk tersebut. Antara hasil pembelajarannya ialah murid dapat memahami dengan jelas proses yang berlaku semasa menarik dan menghembus nafas. Tambahan pula, mereka juga seharusnya mengetahui anggota badan yang terlibat semasa kedua-dua proses ini terjadi.Setelah itu, saya cuba untuk merancang alat yang sesuai untuk dijadikan bahan bantu belajar saya dalam usaha menarik minat dan kefahaman mereka terhadap tajuk ini. Untuk membina sebuah bahan bantu belajar (BBB), saya perlulah terlebih dahulu mengkaji minat mereka. Melalui pengalaman saya berada bersama mereka semasa praktikum 3, saya dapat melihat bahawa minat mereka cenderung kepada alat yang dapat mereka bina sendiri dan melihat fungsi alat tersebut dengan usaha mereka sendiri.Saya telah berbincang dengan guru sains bagi kelas mereka dan menanyakan pendapat pensyarah pembimbing saya berkaitan bahan yang sesuai untuk dijadikan intervensi kajian saya. Hasil perbincangan yang telah dilaksanakan, saya bersetuju untuk membina model manusia yang diberi nama Dolly sebagai intervensi kajian ke atas mereka. Pembinaan model tersebut mampu dilaksanakan oleh murid tahun 4 Karisma agar mereka berasa lebih tertarik untuk mempelajari tajuk tersebut secara tidak langsung. Berdasarkan kelemahan mereka dalam menguasai tajuk ini, saya dapat melihat bahawa mereka sangat lemah pada bahagian perubahan tubuh badan semasa berlakunya proses menarik dan menghembus nafas. Mereka hanya mampu menghafal dalam menguasai hasil pembelajaran ini. Oleh itu, saya telah merancang untuk membina model yang mampu menunjukkan perubahan terhadap peparu dan dada ketika kedua-dua proses ini berjalan. Perancangan ketika membina model ini perlulah sentiasa selari dengan persoalan kajian yang telah ditetapkan.Selain itu juga, saya turut merancang masa yang sesuai untuk saya mengaplikasikan intervensi saya terhadap mereka. Masa yang dipilih mestilah bertepatan dengan silibus yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengelak daripada masalah keciciran tajuk akan datang.Perancangan yang terakhir saya dalam menyiapkan kajian ini ialah merancang instrumen yang boleh dijadikan penanda aras kepada kejayaan kajian tindakan saya. Instrumen yang diambil mampu untuk menjawab persoalan kajian yang telah saya bina. Langkah 3: BertindakDalam peringkat melaksanakan tindakan bagi mengatasi isu atau masalah yang menjadi objektif kajian, seorang penyelidik perlu melaksanakan aktiviti yang menggunakan intervensi mengikut ketetapan rancangan tindakan. Perancangan yang dibuat perlu dilaksanakan sebaik mungkin bagi memastikan kejayaan kajian tersebut.Langkah pertama yang saya laksanakan ialah dengan mengadakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada responden yang saya pilih. Terdapat 6 orang murid yang memerlukan bantuan saya dalam memahami konsep sistem pernafasan manusia. Saya telah melaksanakan kelas selama 50 minit bersama mereka. Sebelum saya menjalankan sesi ini, saya terlebih dahulu mencari ruang untuk merapatkan hubungan kami dan saling kenal mengenal antara satu sama lain. Masa selama 50 minit diagihkan kepada dua sesi. Sesi pertama ialah sesi pengajaran dan pembelajaran yang mengambil masa selama 30 minit, manakala sesi seterusnya ialah sesi menjawab ujian pos iaitu selama 20 minit.Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menunjukkan demonstrasi penggunaan model Dolly tersebut di hadapan setiap responden. Mereka kelihatan teruja untuk melihat fungsi model tersebut. Saya meneruskan pengajaran dnegan menunjukkan perubahan modle tubuh manusia tersebut semasa menarik dan menghembus nafas. Sebelum mengajar tajuk tersebut dengan lebih lanjut, saya memperkenalkan terlebih dahulu bahagian model tersebut agar ianya kelihatan lebih jelas untuk mereka.Selepas saya menunjukkan demonstrasi dan memberi penerangan berkaitan tajuk, saya memanggil dua orang wakil responden saya untuk mencuba model tersebut. Mereka haruslah menunjukkan demonstrasi dan memberi penerangan tentang konsep menarik dan menghembus nafas di hadapan rakan responden yang lain. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka tentang fungsi model tersebut dalam membantu mereka memahami konsep sebenar sains dan sekali gus menarik minat mereka dalam PdP. Selepas selesai demonstrasi oleh kedua-dua responden, saya dan kesemua responden bersoal jawab berkaitan tajuk Sistem Pernafasan Manusia ini. Sesi seterusnya ialah melaksanakan Ujian Pos kepada setiap responden. Saya telah mengedarkan transkrip ujian dan mereka haruslah menjawab kesemua soalan berdasarkan kefahaman mereka sepanjang sesi PdP berlangsung. Setelah selesai, saya mengumpul kesemua transkrip soalan untuk dianalisis. Saya juga turut mengedarkan borang soal selidik untuk menguji sejauh mana kefahaman dan minat mereka terhadap tajuk ini setelah menggunakan model Dolly.

Selepas semua sudah dirancang, tahap seterusnya ialah bertindak. Segala medium pengumpulan data seperti borang soal selidik, borang pemerhatian dan transkrip Ujian Pra dan Pos telah diagihkan kepada 6 responden daripada tahun 4 Karisma. Segala medium pengumpulan data ini akan digunakan sebelum dan selepas penggunaan model manusia tersebut. Murid akan menggunakan model tersebut untuk memahami konsep proses pernafasan manusia dan segala pemerhatian dicatat serta direkod.Langkah 4: Memerhati Tahap yang seterusnya bagi teori Kemmis & McTaggart ialah memerhati. Saya memerhati dan membuat kesimpulan berkaitan keberkesanan penggunaan model dalam membantu meningkatkan pemahaman murid tahun 4 bagi tajuk proses pernafasan ini. Pemerhatian dilaksanakan bertujuan bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kaedah yang dipilh. Segala penambahbaikan juga akan dilaksanakan sepanjang tahap memerhati ini. Jika terdapat sebarang kekurangan, saya merancang dan melaksanakan penambahbaikan terhadap intervensi tersebut. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam proses memerhati ialah;i. Memerhati perubahan tingkah laku responden.ii. Mencatat jangkaan luar, kekangan dan halangan yang dihadapi.iii. Menganalisis data dapatan untuk menilai keberkesanan intervensi yang dilaksanakan.iv. Mencadangkan tindakan susulan.Berdasarkan pemerhatian saya terhadap perubahan tingkah laku responden sebelum dan selepas intervensi, terdapat banyak perbezaannya. Sebelum intervensi, murid kelihatan tidak bermina untuk memahami tajuk ini. Namun setelah intervensi dilakukan, murid kelihatan teruja dan sangat gembira dapat menggunakan intervensi tersebut. Selain itu juga, mereka memberi tumpuan sepenuhnya ketika saya menunjukkan demonstrasi fungsi model tersebut di hadapan mereka. Mereka tidak lagi bermain dan berbual-bual antara satu sama lain ketika penerangan berlangsung. Terdapat 4 orang responden daripada 6 orang yang bertanya berkaitan tajuk. Ini menunjukkan bahawa mereka telah berminat untuk menguasai tajuk ini sebaiknya.Berdasarkan keputusan soal selidik dan ujian pos, mereka menunjukkan minat dan kefahaman yang baik terhadap tajuk ini. Untuk membuktikan kejayaan intervensi, saya perlulah menganalisis setiap hasil instrumen kajian yang digunakan. Kesemua responden menyatakan bahawa mereka sangat berminat untuk belajar menggunakan model Dolly. Mereka tidak lagi perlu menghafal setiap perubahan tubuh badan untuk menguasai proses menarik dan menghembus nafas.Saya akan membuat penambahbaikan terhadap intervensi saya agar ianya menjadi lebih sempurna untuk digunakan di dalam kelas. Segala penambahbaikan dijelaskan dalam bab 7.Jadual 1: Rumusan Tindakan Aktiviti Mengikut Teori Kemmis dan McTaggartPeringkatAktiviti

MerefleksSelepas saya selesai menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada murid tahun 4 Karisma berkaitan tajuk Sistem Pernafasan Manusia, saya dapat melihat bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari tajuk ini. Ada antara mereka yang bermain ketika saya mengajar dan ada juga antara mereka yang berbual-bual sesama mereka.

Merancang Setelah saya dapat mengesan kelemahan yang terdapat pada sesi pengajaran saya, saya merancang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Perancangan saya melibatkan pembinaan intervensi yang sempurna dan mencapai hasil pembelajaran, masa yang sesuai untuk diaplikasikan dan instrumen kajian yang boleh digunakan untuk menjadi penanda aras kejayaan kajian ini.

Bertindak Setelah model tersebut dibina, saya mengaplikasi model tersebut untuk pengajaran saya. Saya menunjukkan demonstrasi penggunaan model Dolly, kemudian memanggil 2 orang wakil responden untuk menggunakan model tersebut. Akhir sekali, saya mengedarkan transkrip ujian pos dan borang soal selidik untuk menguji keberkesanan penggunaan model Dolly bagi mereka memahami tajuk tersebut.

Memerhati Setelah sesi pengajaran berakhir, saya akan membuat refleksi pengajaran dan rumusan terhadap tindakan yang dilakukan. Segala penambahbaikan dicadangkan untuk memastikan bahawa kajian ini berjaya membantu mereka.

Penambahbaikan Saya akan melabelkan setiap anggota badan pada model tersebut. Saya juga akan menghias model Dolly agar ia lebih menarik dan secara tidak langsung memberi pemahaman terhadap tajuk ini.

5.2Cara Pengumpulan DataKajian tindakan memerlukan asas empirikal yang kuat untuk memastikan tindakan yang tepat dapat dijalankan. Dengan itu, pengumpulan data yang benar amat penting dalam setiap kajian yang dilakukan. Terdapat beberapa cara yang dipilih untuk mengumpul data sepanjang kajian ini dilaksanakan iaitu soal selidik, pemerhatian dan ujian pra dan pos. Cara yang dipilih ini bersesuaian dengan fokus kajian dan memudahkan saya untuk mengumpul data dengan lebih tepat. Instrumen kajian adalah seperti berikut:

1. Soal selidikSoal selidik kerap digunakan oleh seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan. Ia merupakan satu daripada cara yang paling mudah untuk memperoleh data yang diperlukan bagi membolehkan guru mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik yang dibina mestilah menepati objektif atau masalah yang dikaji. Untuk membina soalan bagi soal selidik, perkara berikut perlulah dititik beratkan:i. Soal selidik yang dibina mestilah relevan dengan tujuan kajian.ii. Soalan yang dikemukakan perlulah jelas dan tidak mengelirukan responden.iii. Soalan yang dikemukakan hendaklah mudah dijawab oleh murid atau responden.iv. Soalan yang diajukan dapat mengumpulkan maklumat yang dikehendaki setepat mungkin.Saya telah menyediakan borang soal selidik dan mengedarkan borang tersebut kepada setiap responden terpilih tahun 4 Karisma. Soalan soal selidik yang disediakan ialah menggunakan soalan tertutup iaitu pilihan jawapan hanyalah Ya atau Tidak.Merujuk kepada borang soal selidik tersebut (Lampiran), saya telah menyediakan 10 soalan tertutup berkaitan tajuk kajian saya. Bagi item 1 hingga 3, saya lebih menekankan kepada minat murid pada mata pelajaran sains dan tajuk Sistem Pernafasan Manusia, manakala bagi item 4 hingga 6, saya telah mengfokuskan tentang sejauh mana kefahaman mereka terhadap tajuk ini. Akhir sekali, keberkesanan model Dolly terjawab bagi jawapan item 7 hingga 10. Borang ini diedarkan kepada setiap responden pada sesi sebelum dan selepas pengajaran menggunakan model Dolly.Borang soal selidik ini dibina menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh murid tahap 2. Soalan tertutup disediakan agar mereka senang untuk membuat keputusan dan secara langsung memudahkan saya untuk menganalisis data.

2. Ujian (Ujian pra dan pos)Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian boleh dijalankan secara lisan ataupun bertulis (pada kertas atau komputer).Terdapat dua jenis ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi dijalankan. Jika keputusan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding Ujian Pra, maka objektif kajian tercapai. Kedua-dua set soalan Ujian Pra dan Ujian Pos mestilah sama ataupun setara untuk membolehkan perbandingan dibuat. Keputusan yang diperoleh daripada ujian boleh menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar kepada murid.Bagi kajian yang saya jalankan, untuk menguatkan lagi bukti keberkesanan penggunaan model ini, saya telah menyediakan beberapa ujian berkaitan proses pernafasan manusia (menarik dan menghembus nafas) kepada mereka. Soalan yang sama akan diedarkan sebelum penggunaan model dan selepas melaksanakan p&p dengan bantuan model manusia tersebut. Terdapat 10 soalan yang disediakan di dalam transkrip ujian tersebut. Empat soalan terdiri daripada soalan objektif manakala 6 soalan adalah soalan subjektif. Untuk mendapatkan markah peratus bagi kedua-dua ujian ini, saya perlu mendarabkan jumlah soalan yang dijawab dengan betul kepada 100 dan dibahagi kepada jumlah keseluruhan soalan iaitu 10. Saya memilih untuk menyediakan ujian ini kepada murid kerana melalui instrumen ini, saya dapat mengesan sepenuhnya keberkesanan penggunaan model sebelum dan selepas penggunaannya.

3. PemerhatianKaedah pemerhatian merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu memerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.Untuk kajian ini, saya telah membuat pemerhatian terhadap 6 orang murid 4 Karisma berkaitan sikap dan reaksi mereka sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai bukti pemerhatian saya, saya akan merakam video berkaitan reaksi mereka.5.3Cara Analisis DataSetelah mengumpul segala data, data tersebut haruslah dianalisis. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan bagi menganalisis data. Dengan adanya proses ini, saya dapat melaporkan hasil kajian saya berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada responden terpilih. Data dapat diperoleh daripada dua jenis iaitu data dalam bentuk nombor dan data dalam bentuk teks. Data dalm bentuk nombor dikenali sebagai data kuantitatif manakala data dalam bentuk teks pula dikenali sebagai data kualitatif. Antara data yang perlu saya analisis ialah data daripada soal selidik, pemerhatian berstruktur dan juga ujian.

5.3.1Analisis Data Soal SelidikSesuatu soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu item soalan yang hendak diukur dan juga respons daripada responden sama ada dalam bentuk skala pemeringkatan mahupun jawapan ya atau tidak. Dalam kajian saya, saya telah memilih untuk menjadikan jawapan ya atau tidak sebagai pengukur kepada kehendak soalan. Maksudnya, saya telah memilih soalan tertutup sebagaijawapan kepada persoalan saya pada borang soal selidik. Untuk menganalisis data soal selidik, saya perlulah mengira jumlah dan peratus jawapan ya dan tidak bagi setiap responden saya bagi kedua-dua borang pra dan pos. Kemudian, saya akan membuat perbandingan antara hasil soal selidik pra dan pos. Peratus peningkatan pencapaian bagi item soalan akan dikira. Kesemua langkah ini melibatkan pengiran iaitu menggunakan data kuantitatif. Akhir sekali, saya akan mengulas dan membuat kesimpulan hasil daripada data yang diperolehi dengan menggunakan kaedah kualitaitf iaitu penceritan. 5.3.2Analisis Data PemerhatianSaya telah menggunakan Jadual Pemerhatian untuk merekod kod-kod aktiviti yang dilakukan oleh responden saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.ia menunjukkan tingkah laku murid ketika di dalam kelas. Saya menggunakan pemerhatian berstruktur agar ia memudahkan saya mengenalpasti tingkahlaku yang ingin dikaji.Untuk menganalisis data ini, saya menggunakan jadual. Saya akan memerhati tingkahlaku yang diingini dan kemudiannya saya akan mengira peratus tingkahlaku yang kerap dilakukan oleh keenam-enam responden saya. Akhir sekali, saya membina graf untuk menunjukkan perbezaan tingkahlaku untuk setiap responden pada sebelum dan selepas penggunaan intervensi. Data kuantitatif dan kualitatif terlibat bagi instrumen ini.5.3.3Analisis Data Ujian Pra dan PosUntuk kajian saya, saya telah membina dua jenis ujian iaitu ujian pra dan pos. Ujian pra dilaksanakan sebelum intervensi manakala ujian pos dilaksanakan setelah saya mengaplikasikan intervensi saya terhadap kesemua responden. Untuk menganalisis data ini, saya akan mengira peratus bagi kedua-dua ujian ini untuk setiap responden. Kemudian, saya membina jadual dan graf untuk menunjukkan perbezaan pencapaian mereka bagi kedua-dua ujian tersebut. Peratus peningkatan prestasi mereka juga turut dikira. Ia melibatkan data kuantitatif.5.4Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen kajian mestilah mempunyai tahap kepercayaan sebelum diambil kira sebagai alat kajian yang sah. Kebolehpercayaan dan kesahan diperlukan supaya ianya mampu mengukur apa yang hendak diukur dalam sesuatu kajian.Rosinah (2012) menyatakan bahawa kesahan mengukur sejauh mana alat kajian berkenaan mengukur apa yang hendak diukur. Manakala, kebolehpercayan pula ialah ketekalan dan kestabilan sesuatu ukuran atau alat ukur. Kesahan tebahagi kepada empat jenis iaitu kesahan kandunagn, kesahan hubungan, kesahan konstruk dan kesahan muka. Bagi kebolehpercayaan pula, ianya terbahagi kepada tiga jenis iaitu kestabilan, kesetaran dan ketekalan. Apabila kesemua kesahan dan kebolehpercayaan ini wujud dalam satu-satu kajian, ianya dianggap sebagai kajian yang baik dan sempurna.Ghazali (2004) menyatakan bahawa kesahan ialah sebagai ketepatan, bermakna dan kebolehgunaan sesuatu instrumen yang membolehkan data-data dienferenkan. Merujuk pula kepada Sax dan Newton (1997) menyatakan bahawa kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Fraenkal dan Wallaen (1990), kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut.Bagi kajian saya, saya telah memastikan bahawa kesemua instrumen kajian boleh digunakan untuk responden saya. Instrumen yang dipilh mampu untuk menepati kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Untuk mendapat data kajian yang tepat, saya terlebih dahulu memastikans setiap responden memahami apa yang patut mereka lakukan dalam kajian ini. Penerangan setiap item bagi kesemua instrumen diperjelas.Untuk ujian pra dan pos, saya telah memastikan bahawa mereka telah mempelajari tajuk tersebut. Saya juga telah memperjelas tujuan ujian itu diadakan. Saya telah menyediakan keadaan sekeliling yang kondusif bagi memastikan setiap responden dapat menjawab kesemua soalan dalam keadaan yang selesa. Soalan yang disediakan menepati silibus mereka. Aras soalan yang diaplikasi juga menepati dengan tahap mereka. Menurut Abdul Majis (2000), kesahan item soal selidik yang disediakan seharusnya dapat mengukur apa yang seharusnya diukur. Ini disokong oleh Sekaran (2000) dengan menegaskan bahawa item soal selidik boleh mendapat kesahan dengan bantuan pakar-pakar perkaitan dalam bentuk ujian.Dalam penyelidikan tindakan, kesahan dan kebolehpercayaan ditentukan dengan menggunakan triangulasi alat penyelidikan yang digunakan dan menggunakan sekurang-kurangnya empat responden untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan.Langkah-langkah ini diambil dan dititikberatkan agar saya dapat mewujudkan kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian saya. Aspek keselesaan responden, masa dan tempat yang sesuai, pengajaran intervensi yang tidak membebankan responden serta instrumen kajian diambil kira sebagai aspek penting untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian ini.6.0ANALISIS DAN INTERPRETASI DATAHasil pengumpulan data perlulah dianalisis daripada alat kajian yang digunakan. Alat kajian yang digunakan oleh saya sepanjang kajian ini ialah soal selidik, pemerhatian dan juga analisis dokumen. Keputusan yang diperoleh akan diinterpretasikan menjadi kesimpulan. Biasanya, kesimpulan yang diperoleh akan menjawab soalan kajian yang telah ditentukan pada bab sebelumnya. Bahagian ini menerangkan setiap hasil analisis yang didapati daripada alat kajian yang digunakan serta menerangkan kesimpulan hasil analisis tersebut. Di samping itu juga, saya juga akan membuat refleksi akhir terhadap kesimpulan yang diperolehi. Kebiasaannya, kesimpulan memberi maklumat berkaitan kejayaan penyelidikan tindakan intervensi yang dibina. Jika tidak berjaya, terdapat kaedah penyelesaian masalah tersebut. Pertama, penyelidik perlulah membuat penambahbaikan terhadap intervensi yang dibina, ataupun kaedah kedua ialah penyelidik perlulah merancang tindakan yang baru.Akhir sekali, rumusan akhir dibuat daripada kesimpulan dan refleksi yang diperoleh untuk semua alat kajian dan seterusnya membuat interpretasi terhadap intervensi yang dilaksanakan.6.1Tatacara Penganalisisan DataBahagian ini menjelaskan tentang cara atau kaedah yang digunakan untuk menganalisis data bagi setiap instrumen kajian yang telah dipilh:6.1.1Tatacara Penganalisisan Data Soal SelidikUntuk menganalisis data soal selidik, saya perlulah mengira jumlah dan peratus jawapan ya dan tidak bagi setiap responden saya bagi kedua-dua borang pra dan pos. Kemudian, saya akan membuat perbandingan antara hasil soal selidik pra dan pos. Peratus peningkatan pencapaian bagi item soalan akan dikira. Kesemua langkah ini melibatkan pengiran iaitu menggunakan data kuantitatif. Akhir sekali, saya akan mengulas dan membuat kesimpulan hasil daripada data yang diperolehi dengan menggunakan kaedah kualitaitf iaitu penceritaan. 6.1.2Tatacara penganalisisan Data PemerhatianUntuk menganalisis data ini, saya menggunakan jadual. Saya akan memerhati tingkahlaku yang diingini dan kemudiannya saya akan mengira peratus tingkahlaku yang kerap dilakukan oleh keenam-enam responden saya. Akhir sekali, saya membina graf untuk menunjukkan perbezaan tingkahlaku untuk setiap responden pada sebelum dan selepas penggunaan intervensi. Data kuantitatif dan kualitatif terlibat bagi instrumen ini6.1.3Tatacara penganalisisan Data Ujian Pra dan PosTerdapat 10 soalan yang disediakan di dalam transkrip ujian tersebut. Empat soalan terdiri daripada soalan objektif manakala 6 soalan adalah soalan subjektif. Untuk mendapatkan markah peratus bagi kedua-dua ujian ini, saya perlu mendarabkan jumlah soalan yang dijawab dengan betul kepada 100 dan dibahagi kepada jumlah keseluruhan soalan iaitu 10.Untuk kajian saya, saya telah membina dua jenis ujian iaitu ujian pra dan pos. Ujian pra dilaksanakan sebelum intervensi manakala ujian pos dilaksanakan setelah saya mengaplikasikan intervensi saya terhadap kesemua responden. Untuk menganalisis data ini, saya akan mengira peratus bagi kedua-dua ujian ini untuk setiap responden. Kemudian, saya membina jadual dan graf untuk menunjukkan perbezaan pencapaian mereka bagi kedua-dua ujian tersebut. Peratus peningkatan prestasi mereka juga turut dikira. Ia melibatkan data kuantitatif.

6.2Analisis dan Interpretasi DataSemua data yang diperolehi perlulah dianalisis dan diinterpretasikan untuk membentuk kesimpulan atau rumusan kajian. Untuk bahagan ini, data boleh dianalisis menggunakan pendekatan kualitatif mahupun kuantitatif. Ia bergantung kepada instrumen kajian yang dipilih. Dalam kajian saya, saya telah menggunakan soal selidik, pemerhatian dan ujian sebagai instrumen kajian. Saya telah menggunakan kedua-dua pendekatan ini. Data dianalisis seperti yang dijelaskan di bawah.6.2.1Analisis Data Soal SelidikBagi menganalisis data soal selidik, saya telah menyediakan dan mengedarkan borang soal selidik kepada setiap responden yang telah saya pilih. Berdasarkan hasil dapatan soal selidik tersebut, saya menganalisisnya dengan mengira peratus. Saya menggunakan jadual sebagai medium untuk memepersembahkan hasil analisis tersebut.Soal selidik digunakan untuk menjawab persoalan pertama dan kedua iaitu berkaitan dengan kefahaman serta minat murid. Melalui borang tersebut, saya boleh mengesan minat murid terhadap penggunaan model Dolly bagi tajuk Sistem Pernafasan Manusia seterusnya sejauh mana kefahaman mereka terhadap tajuk itu. Terdapat dua borang soal selidik iaitu untuk pra dan pos soal selidik. Bagi soal selidik pra, terdapat hanya 6 item soalan manakala bagi soal selidik pos terdapat 8 item soalan dibina. Bagi soalan 1 hingga 6, kesemua soalan dibina untuk menguji minat dan kefahaman mereka terhadap tajuk tersebut sebelum penggunaan intervensi. Manakala bagi soalan 7 hingga 10, kesemua soalan berkaitan dengan keberkesanan penggunaan model Dolly kepada mereka yang melibatkan tema minat dan kefahaman.Data telah dianalisis berdasarkan item jawapan Ya dan Tidak. Maka, soalan untuk soal selidik merupakan jenis soalan tertutup. Secara keseluruhannya, soal selidik ini bertujuan untuk mengesan minat dan kefahaman murid bagi tajuk Sistem Pernafasan Manusia. Data soal selidik ini telah dipersembahkan dalam bentuk peratus serta menggunakan bantuan jadual.Jadual Analisis Soal Selidik Sebelum dan Selepas Pelaksanaan IntervensiBilItemSebelum RawatanSelepas Rawatan

Ya (%)Tidak (%)Ya (%)Tidak (%)

1.Adakah kamu bermain ketika guru megajar?3(50%)3(50%)0((0%)6(100%)

2.Adakah kamu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran kamu di dalam kelas?2(33%)4(67%)6(100%)0(0%)

3.Adakah kamu berasa bosan untuk mempelajari tajuk Sistem Pernafasan Manusia?5(83%)1(17%)0(0%)6(100%)

4.Adakah kamu cuba untuk menghafal perubahan tubuh badan ketika menarik dan menghembus nafas?4(67%)2(33%)0(0%)6(100%)

5.Adakah kamu memahami konsep sebenar proses pernafasan manusia?2(33%)4(67%)6(100%)0(0%)

6.Adakah kamu cuba untuk mengingati apa yang dihafal bagi menjawab ujian yang diberikan oleh guru berkaitan tajuk pernafasan manusia?6(100%)0(0%)0(0%)6(100%)

7.Adakah kamu berasa seronok mempelajari tajuk ini dengan menggunakan model Dolly ini?6(100%)0(0%)

8.Adakah kamu sudah memahami konsep sains bagi tajuk Sistem Pernafasan Manusia?6(100%)0(0%)

9.Adakah kamu berminat dalam mempelajari tajuk ini dengan menggunakan model Dolly?6(100%)0(0%)

10.Kamu yakin bahawa kamu akan mendapat keputusan cemerlang bagi soalan yang berkaitan tajuk Sistem Pernafasan Manusia?6(100%)0(0%)

Merujuk kepada jadual di atas, murid berminat untuk mempelajari tajuk Sistem Pernafasan Manusia dan mereka juga turut memahami konsep sebenar tajuk ini setelah menggunakan intervensi model Dolly sebagai bahan bantu belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Bagi item 1, selepas intervensi kesemua responden iaitu 100% memilih untuk menjawab jawapan Tidak iaitu memberi makna mereka tidak bermain ketika guru mengajar. Ini menunjukkan bahawa mereka berminat terhadap pengajaran guru menggunakan model Dolly tersebut. Begitu juga dengan item 2, keputusan menunjukkan bahawa 100% responden memberi tumpuan ketika guru mengajar dengan menggunakan intervensi. Bagi item 3 dan 4, kesemua responden memilih untuk menjawab Tidak iaitu 100%, mereka tidak berasa bosan ketika P&P berjalan dan tidak perlu menghafal konsep itu lagi. Item 3 menunjukkan bahawa responden tidak berasa bosan semasa mempelajari tajuk ini, manakala item 4 menjelaskan bahawa responden tidak perlu menghafal perubahan tubuh badan ketika menarik dan menghembus nafas dengan adanya model Dolly.Sebelum intervensi, item 5 menunjukkan peratus 67% responden iaitu sebanyak 4 orang murid menjawab bahawa mereka tidak memahami konsep sebenar tajuk ini. Hanya 33% iaitu mewakili 2 orang responden menunjukkan bahawa mereka memahami tajuk Sistem Pernafasan Manusia. Namun selepas melaksanakan intervensi, terdapat 6 orang responden iaitu 100% menjawab Ya, iaitu mereka memahami konsep bagi tajuk ini dan tidak terdapat sebarang responden yang menjawab bahawa mereka tidak memahami tajuk ini. Perubahan besar berlaku pada item 6 berkaitan dengan penggunaan hafalan bagi tajuk ini. Sebelum intervensi, 100% responden menggunakan kaedah hafalan untuk menjawab ujian yang diberi dengan menjawab Ya. Namun setelah melaksanakan intervensi, terdapat 100% responden menjawab Tidak, iaitu mereka tidak lagi perlu menghafal perubahan tubuh badan bagi menjawab ujian yang diberikan oleh saya. Akhir sekali, bagi item 7 hingga 10, ia berkaitan dengan kefahaman dan minat murid terhadap model Dolly. Keputusan menunjukkan bahawa 100% responden berminat dan memahami tajuk Sistem Pernafasan Manusia dengan lebih jelas setelah menggunakan model Dolly sebagai bahan bantu belajar di dalam kelas. Dengan ini, melalui soal selidik yang dilaksanakan kepada responden secara langsung telah menjawab persoalan kajian. Kesemua responden menunjukkan minat terhadap tajuk ini dan mereka juga turut memahami konsep sebenar proses menarik dan menghembus nafas dengan adanya model Dolly ini. Ia dapat memudahkan responden untuk menguasai tajuk tersebut.6.2.2Analisis Data PemerhatianUntuk kajian ini, saya juga telah membina satu jadual untuk melaksanakan satu pemerhatian berstruktur. Pemerhatian berstruktur membawa maksud bahawa saya telah menetapkan tingkah laku yang ingin saya perhatikan sepanjang sesi PdP terhadap kesemua responden saya. Terdapat 5 tingkah laku yang ingin saya perhatikan semasa sesi PdP. Untuk item 1 hingga 4, ianya bertujuan untuk menguji sejauh mana minat murid terhadap pengajaran guru bagi tajuk Sistem Pernafasan Manusia. Manakala bagi item 5 pula, item dibina bertujuan untuk mengesan tahap kefahaman mereka dalam menguasai tajuk ini bagi sebelum dan selepas intervensi. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah membawa bersama borang tersebut. Tumpuan saya lebih tertumpu kepada 6 orang responden yang telah dipilih. Jika saya dapat mengesan tingkahlaku yang ditetapkan terhadap mereka, saya akan menanda /, manakala jika tiada tingkah laku yang tidak diingini ditunjukkan, saya akan menanda x. Sesi pemerhatian telah dilakukan sebelum dan selepas intervensi. Keputusan hasil dapatan pemerhatian adalah seperti di bawah. Selepas mendapat hasilnya, saya telah menganalisis data tersebut dengan mencari peratus bagi setiap tingkah laku sebelum dan selepas intervensi. Data ditunjukkan dalam bentuk jadual. Jadual Analisis Pemerhatian Sebelum dan Selepas Pelaksanaan IntervensiBilItemSebelum RawatanSelepas Rawatan

Ya (%)Tidak (%)Ya (%)Tidak (%)

1.Mendengar penerangan guru.3(50%)3(50%)6((100%)0(0%)

2.Tertarik dengan penerangan guru.2(33%)4(67%)6(100%)0(0%)

3.Bercakap-cakap ketika sesi penerangan.4(83%)2(17%)0(0%)6(100%)

4.Berjalan-jalan di dalam kelas dan menganggu rakan.3(50%)3(50%)0(0%)6(100%)

5.Menanyakan soalan berkaitan tajuk.1(17%)5(83%)4(67%)2(33%)

Berdasarkan jadual di atas, ia menunjukkan bahawa terdapat perubahan bagi setiap item yang telah ditetapkan. Bagi item 1, tingkah laku yang ingin dilihat ialah sama ada responden mendengar mahupun tidak penerangan oleh guru di dalam kelas. Sebelum intervensi dilaksanakan, separuh responden iaitu 50% daripada mereka mendengar penjelasan daripada saya manakala 50% yang lain tidak memberi tumpuan terhadap penerangan saya bagi tajuk ini. Namun, selepas model Dolly diaplikasikan, kesemua mereka iaitu 100% mendengar dan memberi tumpuan terhadap apa yang telah saya ajari. Begitu juga dengan item 2 tentang tarikan mereka terhadap pembelajaran, 100% daripada mereka tertarik dengan model Dolly dan lebih bersemangat untuk belajar jika dibandingkan sebelum intervensi, hanya 2 responden iaitu 33% daripada mereka yang tertarik untuk belajar tajuk ini. Utnuk item 3 dan 4, ianya bertujuan untuk melihat sejauh mana tumpuan mereka di dalam kelas. Tingkah laku yang dilihat ialah adakah mereka bercakap-cakap dan berjalan-jalan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebelum intervensi, amsing masing menunjukkan peratus 83% dan 50 % responden melakukan tingkahlaku tersebut. Sebaliknya, selepas intervensi dilaksanakan, 100% daripada mereka tidak lagi melakukan sikap tersebut dan mendengar sepenuhnya pengajaran saya denagn bantuan model Dolly. Bagi item 5, ianya berkaitan dengan tingkah laku menyoal di dalam kelas. Sebelum intervensi, hanya seorang murid yang mewakili 17% bertanyakan saya mengenai tajuk tersebut. Namun setelah melakukan intervensi terhadap alat bantu belajar iaitu adanya model Dolly, 4 daripada 6 orang responden iaitu sebanyak 67% bertanyakan tentang tajuk ini. Ini menunjukkan bahawa mereka lebih bersemangat dan tertarik untuk mnguasai tajuk Sistem Pernafasan Manusia dengan lebih mendalam.Kesimpulan untuk data pemerhatian ini, kita dapat lihat bahawa berlaku perubahan sikap dan tingkah laku terhadap muris selepas melaksanakan intervensi. Model Dolly dapat menarik minat mereka dalam sesi PdP dan seterusnya dapat mengukuhkan lagi kefahaman mereka untuk tajuk ini.

6.2.3Analisis Data Ujian Pra dan PosSelain daripada soal selidik dan pemerhatian, saya juga turut menggunakan ujian sebagai instrumen kajian saya. Ujian digunakan untuk menjawab persoalan yang pertama iaitu berkaitan dengan kefahaman murid terhadap tajuk ini. Terdapat dua jenis ujian yang telah saya laksanakan kepada setiap responden saya iaitu ujian pra dan ujian pos. Kedua-dua ujian ini mempunyai transkrip soalan yang sama. Ini bertujuan untuk melihat dengan lebih jelas tentang perubahan kefahaman mereka terhadap tajuk tersebut. Terdapat 10 item soalan dibina bagi setiap ujian ini. Soalan dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian soalan objektif dan subjektif. Bagi bahagian objektif, terdapat 4 soalan dibina dan bagi bahagian subjektif terdapat 6 soalan. Ujian pra dilaksanakan sebelum pelaksanaan intervensi manakala ujian pos dilakukan selepas pelaksanaan intervensi.Markah bagi ujian pra dan pos diterjemahkan oleh saya dalam bentuk jadual peratusan bagi kesemua responden terlibat. Setelah itu, saya juga turut menggunakan graf untuk melihat perbandingan dan perbezaan peratusan mereka bagi ujian pra dan pos.JadualPerbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos RespondenResponden(R) Ujian Peratus Peningkatan (%)

Pra Pos

Markah (%) Gred Markah (%) Gred

R170B100A30

R260B100A40

R350C100A50

R460B100A40

R550C90A40

R660B100A40

Jadual di atas menunjukkan perbezaan skor markah bagi setiap responden yang telah menjalani kedua-dua ujian iatu ujian pra dan pos. Berdasarkan jadual tersebut, jelas menunjukkan bahawa setiap responden mencapai peningkatan dalam ujian pos. Saya telah mengenalpasti peratus markah mereka bagi kesemua ujian tersebut. Kemudian perbandingan peratusan bagi ujian pra dan pos juga turut dikenalpasti.Bagi responden pertama (R1), murid tersebut telah mendapat sebanyak 70% bagi ujian pra. Setelah melaksanakan intervensi, R1 telah mencapai peningkatan yang sangat memberangsangkan iaitu memperolehi markah sebanyak 100% dalam ujian pos. Peratus peningkatan pencapainnya adalah sebanyak 30%. Penggunaan model Dolly berjaya menambah kehafaman R1 bagi tajuk Sistem Pernafasan manusia.Manakala bagi responden kedua (R2), pada ujian pra yang telah dihadapinya, R2 memperolehi markah sebanyak 60%. Kemudian, setelah R2 mempelajari tajuk tersebut dengan bantuan model Dolly, saya telah melaksanakan ujian pos dan R2 memeperolehi markah sebanyak 100%. Peningkatan pencapaian bagi R2 ialah sebanyak 40%. Kejayaan ini membuktikan bahawa R2 juga turut berminat dan memahami tajuk ini setelah intervensi dilaksanakan.Untuk responden ketiga (R3), markah bagi ujian pra adalah 50%. Berdasarkan jadual di atas kita dapat melihat bahawa setelah menjalani intervensi dan menduduki ujian pos, R3 memperolehi markah sebanyak 100% dan peningkatan yang berlaku adalah sebanyak 50%. Responden ketiga mendapat peningkatan markah yang paling tinggi bagi kesemua responden dalam kajian ini.Setelah itu, peratusan markah untuk ujian pra bagi responden keempat (R4) ialah sebanyak 60%. Peningkatan skor bertambah daripada 60% kepada 100% dalam ujian seterusnya iaitu ujian pos. R3 berjaya memahami konsep sebenar tajuk ini setelah mempelajari Sistem Pernafasan Manusia dengan bantuan model Dolly. Setelah dikira peratus peningkatan markah bagi ujian pra dan pos adalah sebanyak 40%.Responden seterusnya ialah responden kelima (R5). Sebelum melaksanakan intervensi dan menjalani ujian pra, R5 memperolehi markah sebanyak 50%. Namun setelah menjalani intervensi dan ujian pos, responden kelima memperolehi markah sebanyak 90%. Walaupun R5 menadapat markah paling rendah dalam ujian pos jika dibandingkan dengan reponden lain, namun peningkatan markah ini dianggap sebagai kejayaan yang sangat bermakna bagi saya serta R5. Perbezaan peratusan markah bagi ujian pra dan pos untuk R5 ialah sebanyak 40%.Responden terakhir iaitu responden keenam (R6) memperoleh markah sebanyak 60% dalam ujian pra. Untuk ujian seterusnya iaitu ujian pos, R6 memperolehi markah 100% dengan kesemua jawapan adalah betul dan tepat. Peningkatan peratusan merkah bagi R6 ialah sebanyak 40%.Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan jadual di atas ialah kesemua responden memperoleh markah yang tinggi dan mencapai peningkatan yang membanggakan untuk ujian pos. Ini bermakna, penggunaan model Dolly berjaya meningkatkan kefahaman mereka untuk tajuk Sistem Pernafasan Manusia.Untuk memudahkan lagi kita melihat berbandingan markah bagi ujian pra dan pos untuk setiap responden, saya telah membina satu graf yang menunjukkan perbezaan peratusan markah mereka. Graf adalah seperti di bawah.

Rajah : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Responden(R)R1R2R3R4R5R6

Ujian Pra70%60%50%60%50%60%

Ujian Pos100%100%100%100%90%100%

7.0DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGANBahagian ini menerangkan tentang hasil dapatan kajian yang bertetapatan dengan persoalan kajian saya. Ketiga-tiga persoalan kajian akan diterangkan dengan adanya sokongan daripada hasil analisis data serta teori-teori yang terlibat. 7.1Dapatan Kajian Mengikut Persoalan KajianSegala dapatan kajian akan diterangkan mengikut persoalan kajian. Setiap dapatan kajian ini haruslah menjawab kesemua persoalan sebagai penanda aras kepada kejayaan kajian saya. Terdapat tiga persoalan kajian telah dikemukakan dan huraian bagi setiapnya diperjelaskan seperti di bawah.7.1.1Adakah penggunaan model Dolly dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep bagi tajuk pernafasan manusia?Untuk persoalan kajian yang pertama, terdapat beberapa dapatan kajian yang menyokong persoalan ini. Dapatan kajian ini dapat membuktikan bahawa persolan pertama berjaya diselesaikan dengan penggunaan model Dolly ketika sesi PdP.Berdasarkan persoalan kajian pertama ini, saya telah menggunakan instrumen ujian dan soal selidik untuk menjawab persoalan ini. Terdapat dua jenis ujian telah dijalankan terhadap responden saya. Ujian ini berlangsung pada sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi. Dengan cara ini, saya dapat melihat sejauh mana kerberksanan model ini dalam membantu meningkatkan kefahaman mereka. Berdasarkan hasil dapatan ujian tersebut, sebelum menjalani intervensi, responden menghadapi kesukaran untuk menjawab item soalan yang telah disediakan. Sedangakn aras soalan tersebut berada pada aras mudah dan sederhana. Mengikut peratusan markah bagi setiap responden untuk ujian pra, purata daripada mereka hanya memperoleh gred B dan juga C. Namun setelah mempelajari tajuk ini dengan bantuan bahan bantu belajar model Dolly, kesemua mereka mendapat gred A untuk ujian pos. Peratus peningkatan pencapaian mereka juga naik secara mendadak dan menunjukkan kejayaan ayng membanggakan.Untuk soal selidik pula, bagi item soalan nombor 4,5,6 dan 8 jelas menunjukkan bahawa ianya dibina untuk menguji tahap kefahaman murid bagi tajuk ini. Berdasarkan item soalan tersebut, ia berkaitan dengan penggunaan kaedah hafalan dalam menguasai tajuk tersebut dan memahami konsep sebenar tajuk. Sebelum intervensi, kesemua responden menggunakan kaedah hafalam untuk menguasai tajuk ini. Mereka merasakan dengan cara ini, mereka dapat menjawab ujian dengan baik serta cemerlang.Namun setelah melaksanakan intervensi, kesemua responden menganggap bahawa kaedah hafalan tidak lagi perlu digunakan kerana mereka telah memahami konsep sebenar tajuk ini. Kesimpulannya, hasil dapatan kajian melalui instrumen ujian dan soal selidik jelas membuktikan bahawa kesemua responden memahami konsep Sistem Pernafasan Manusia dengan adanya model Dolly sebagai bahan bantu belajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

7.1.2Adakah penggunaan model Dolly ketika menarik dan menghembus nafas dapat meningkatkan minat murid terhadap tajuk proses pernafasan manusia?Berdasarkan persoalan kedua ini, saya telah menggunakan instrumen pemerhatian dan soal selidik untuk menjawab persoalan tersebut. Persoalan ini melibatkan minat murid terhadap fungsi model tersebut bagi tajuk ini. Kedua-dua instrumen ini diguna pakai untuk mengesan minat mereka. Bagi soal selidik, item soalan 1,2,3, 7 dan 9 dibina untuk melihat sejauh mana minat murid terhadap model Dolly. Soalan dibina untuk mengesan tingkah laku yang tidak diingini berlaku di dalam kelas seperti bermain, tidak memberi tumpuan dan perasaan bosan terhadap PdP. Sebelum intervensi dilakukan, terdapat responden yang bermain ketika pengajaran guru berlangsung, tidak memberi tumpuan terhadap penerangan guru dan juga berasa bosan untuk mempelajari tajuk ini. Namun setelah model Dolly diaplik