kajian tindakan

Upload: mira4292

Post on 04-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONALJABATAN KELUARGA DAN SAINS KONSUMER

( KPD 3026) PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

KAJIAN TINDAKAN

NAMA : NUR AMIRAH BINTI AZHARNO.MATRIK : D20121058226

TAJUKPenggunaan Boneka Tangan Dalam Komunikasi Dua Hala Bagi Meningkatkan Kemahiran Pengajaran Prinsip Memasak Haba Kering

Nur Amirah Azhar

Abstrak Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan boneka dalam komunikasi dua hala antara guru pelatih dan pelajar bagi meningkatkan kemahiran pengajaran dalam proses pengajaran Prinsip Memasak Haba Kering. Sejauh mana keberkesanan penggunaan boneka dapat meningkatkan kompetensi pelajar subjek Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4. Kajian ini telah dijalankan di dalam kuliah kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2, kod kursus KPD3026. Kajian tindakan dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif dengan sampel kajian terdiri daripada 23 orang pelajar dalam kalangan guru pelatih dan seorang pensyarah. Kajian ini menggunakan pendekatan kemahiran pengajaran variasi rangsangan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan kaedah pengiraan gundal.BAB 1 : PENDAHULUAN1.0 Pengenalan Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara. Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki rakyat. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan berpeluang menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Pendidikan menyediakan peluang kepada individu meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara. Sejak kebelakangan ini, system pendidikan negara telah menjadi perkara yang semakin menarik perhatian dan menjadi perbahasan orang ramai. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan akan keupayaan system pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke 21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan. Oleh itu, pihak Kementerian perlu mengambil tindakan yang berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan segera. Hasil daripada penglibatan masyarakat dan penyelidikan meluas yang dijalan oleh Kementerian, satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah diwujudkan. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia dibina dengan tiga objektif utama iaitu memahami prestasi dan cabaran semasa, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas dan menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian. Pertama, memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia adalah dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem. Kedua, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang. Ketiga, menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam. 1.1 Latar belakang kajianKomunikasi ialah satu proses di mana seseorang menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain. Komunikasi yang berkesan akan tercapai apabila maksud penyampai diterima dengan jelas oleh penerima. Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik antara kedua dua individu itu. Komunikasi juga merupakan suatu interaksi sosial yang dilakukan melalui mesej. Menurut Highet, komunikasi ialah pemancaran idea daripada satu pemikiran kepada satu pemikiran yang lain. Elemen komunikasi antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran adalah amat penting bagi menyampaikan isi pelajaran. Menurut Kennenth (2007), tanpa komunikasi, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku. Oleh itu, guru-guru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik akan mewujudkan susasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berjaya untuk pelajar. Sebaliknya, seseorang yang mempunyai kemahiran komunikasi yang besar mempunyai potensi untuk mempengaruhi orang lain dan strategi komunikasi yang berkesan akan membawa kepada kejayaan ( Guerrero & Floyd , 2006 ).Dalam usaha untuk mengajar yang lebih baik, media yang baik adalah diperlukan. Media yang digunakan untuk membuat pelajar menikmati pelajaran, membuat pelajaran menyeronokkan untuk mereka dan tidak bosan. Salah satu media yang boleh digunakan oleh guru adalah boneka tangan. Kimberly (2009: 24) menyatakan bahawa boneka tangan adalah anak patung mempunyai badan yang lembut dan kepala serta ia boleh dikawal dengan mudah dengan tangan.

1.2 Masalah kajian Satu proses pengajaran mikro telah dijalankan oleh guru pelatih Semester 6, ISMP Ekonomi Rumah Tangga bagi memenuhi syarat tugasan KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2. Di dalam proses pengajaran mikro tersebut, guru pelatih hanya menggunakan satu kemahiran pengajaran sahaja iaitu kemahiran variasi rangsangan. Pelajar yang terdiri dalam kalangan guru pelatih menilai semasa proses pengajaran mikro dijalankan. Berdasarkan analisis laporan komen yang telah diberikan oleh pelajar kepada guru pelatih, peratus yang banyak adalah dalam skop komunikasi. Justeru itu, intervensi yang akan digunakan bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dua hala antara guru pelatih dan pelajar adalah dengan menggunakan boneka tangan. Penggunaan boneka tangan dijangka dapat membantu pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran. Ia berdasarkan beberapa sebab, Greensmith (2012) menyebut tujuan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan boneka tangan adalah untuk merangsang imaginasi dan kreativiti pelajar, menggalakkan pelajar yang paling senyap untuk mula bercakap, mendorong dan menyokong pelajar yang mengalami masalah dalam komunikasi dan interaksi, membangunkan kemahiran sosial dan motor pelajar dan menyediakan hubungan penting antara pembelajaran dan permainan yang membuat boneka alat pengajaran yang menarik untuk di rumah, kelas dan di dalam masyarakat yang lebih luas.1.3 Objektif KajianTerdapat 3 objektif yang ingin dicapai melalui kajian tindakan ini. Objektif tersebut adalah :1. Mengenalpasti cara komunikasi yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Prinsip Memasak Haba kering.2. Menganalisis laporan penilaian pengajaran dengan menggunakan kaedah gundal.3. Meningkatkan kemahiran variasi rangsangan dalam tajuk Prinsip Memasak Haba kering dengan menggunakan komunikasi melalui boneka tangan.BAB 2 : SOROTAN KAJIAN2.0 PengenalanSorotan kajian merupakan penyataan atau fakta yang menyokong sesuatu objektif. Sorotan kajian yang juga dikenali sebagai sorotan literatur juga membuktikan bahawa teori yang digunakan bukanlah hanya rekaan. Di dalam sorotan kajian ini mengandungi penyataan, kaedah, teori, pendapat, penilaian dan laporan kajian berkenaan tajuk yang dipilih penyelidik. Sumber sumber kajian boleh diambil daripada artikel, jurnal, tesis atau kenyataan daripada seseorang pakar.2.1 Kajian LepasMenurut (Mansor et. al 1984), komunikasi adalah satu proses. Seperti yang kita tahu, sesuatu proses itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan terus-menerus tanpa henti. Begitu juga dengan komunikasi yang merupakan satu proses yang pastinya bermula dan tidak tahu bila pengakhirannya. Setiap hari pasti kita berkomunikasi samada secara langsung atau tidak langsung, samada sedar ataupun tidak. Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara. Komunikasi bukan hanya melibatkan pertuturan atau percakapan dengan diri kita semata-mata tetapi kita juga berkomunikasi dengan alam sekitar.Menurut Abdul Aziz Yusof (2003), komunikasi melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Tanpa berkomunikasi, maklumat tidak dapat disampaikan daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Kita berkomunikasi kerana kita ingin mempengaruhi pemahaman, sikap dan tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu sebagaimana yang kita kehendaki.Menurut Zulkifli (2000), terdapat sembilan unsur penting yang perlu diberi perhatian dalam komunikasi. Ia adalah seperti komunikasi mata, posisi tubuh dan pergerakan badan, gerak isyarat atau air muka, pakaian dan perawakan, suara dan kepelbagaian, bahasa dan berhenti sejenak dan mendapat penglibatan pendengar. Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses cara guru berkongsi pengalaman dengan murid-muridnya dan begitu juga sebaliknya.Che Su dan Mohd Foad (1993), pula mengatakan untuk menjadikan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti pertuturan yang jelas, pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala. Komunikasi lisan juga dilihat dapat mengeratkan sillaturrahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi pengajarannya pasti membosankan.Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan dan dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif. Menurutnya lagi, penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran afektif, kognitif dan fizikal. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untiuk menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang lebih menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar.Kesimpulannya, daripada sorotan kajian kajian yang lalu, ia menunjukkan bahawa penggunaan boneka tangan atau boleh juga dikenali sebagai puppet ini memberi banyak kelebihan dan manfaat kepada pelajar dan guru. Oleh sebab itu, guru pelatih selaku penyelidik ingin mengkaji sejauh mana penggunaan boneka tangan ini dapat meningkatkan kemahiran variasi rangsangan ketika menyampaikan pengajran di dalam kelas.Beberapa model telah dikenalpasti sebelum melakukan kajian tindakan ini seperti Model Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang telah menggariskan 4 fasa iaitu seperti rajah di bawah :

I. Peringkat permulaan :Mengenalpasti permasalahan tajuk, mengumpul maklumat, mengkaji kajian-kajian lepas yang berkaitan dan membina perancangan perancangan kajian.II. Peringkat pelaksanaan :Melaksanakan perancangan dan mengumpul data dan menganalisis data.III. Peringkat pemantauan:Membuat pemantauan dan pemerhatian terhadap pelaksanaan yang telah dilakukan berdasarkan perancangan.IV. Peringkat refleksi :Berkongsi mengenai dapatan kajian dan merefleksi keseluruhan proses.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN3.0 Reka Bentuk KajianKajian ini merupakan Kajian Tindakan berbentuk inkuiri refleksi melalui tindakan praktik atau intervensi. Pendekatan kuantitatif merupakan reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini. Hal ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada penyelidik semasa proses pengajaran mikro dijalankan. Kajian ini juga dijalankan untuk menilai sama ada objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai ataupun tidak seterusnya membuat penambahbaikan terhadap proses pengajaran bagi meningkatkan kemahiran variasi rangsangan yang digunakan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi profesionalisme keguruan.3.1 Sampel KajianSampel kajian terdiri daripada 23 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan guru pelatih ISMP Ekonomi Rumah Tangga, Universiti Pendidikan Sultan Idris di bawah kursus KPD 3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2.3.2 Instrumen KajianInstrumen kajian merupakan borang penilaian yang mengandungi beberapa aspek dari segi persediaan, perkembangan, sikap dan sahsiah. Selain itu, penyelidik memberi lembaran kerja kepada pelajar (sampel kajian) untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka dan penyelidik melakukan pemerhatian video yang dirakam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3.3 Kaedah Pengumpulan Data1. Data awalanData awal yang diperoleh adalah daripada borang penilaian yang diberikan kepada sampel kajian. Data yang dirperolehi, dianalisis dan diinterpretasikan dengan menggunakan kaedah gundal. Selain itu, data awal diperoleh daripada pemerhatian video yang dirakam ketika pengajaran mikro dijalankan. Berdasarkan daripada data yang diperolehi, penyataan masalah dikenalpasti dan ia merupakan pencetus kepada kajian tindakan ini.2. Data semasa tindakan Data semasa tindakan diperolehi daripada borang penilaiaan yang diberikan kepada sampel kajian. Hal ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada intervensi yang dilakukan berjaya ataupun tidak. Selain itu, data juga diperolehi daripada lembaran kerja yang diberikan kepada guru pelatih yang bertindak sebagai pelajar untuk menilai tahap kefahaman mereka sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Data yang diperolehi daripada pemerhatian video yang dirakam ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan juga digunakan. Data-data yang diperoleh ini diterangkan dan dibincangkan secara deskriptif oleh penyelidik.3.4 Pelaksanaan Pengajaran Menggunakan Boneka TanganBagi kajian tindakan ini, penyelidik telah menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart. Model ini telah mengembangkan konsep dasar Lewin (1946) dengan menyatukan komponen tindakan dan memerhati dengan alasan langkah tersebut tidak boleh dipisahkan dan harus dilakukan pada masa yang sama. Berdasarkan daripada model ini, ia mempunyai empat fasa iaitu tinjauan awal, merancang tindakan, melaksanakan tindakan dan memerhati dan akhir sekali adalah refleksi. Keempat-empat fasa ini merupakan sebahagian daripada pusingan atau kitaran yang berterusan. Hal ini menunjukkan bahawa refleksi pada fasa 1 tinjauan asas kepada kajian tindakan.Fasa 1 : Tinjauan awalPenyelidik telah menjalankan pengajaran mikro dan telah mengenal pasti kelemahan utama yang terdapat dalam pengajaran tersebut. Proses pengajaran mikro ini telah dinilai dalam bentuk pemerhatian dan borang penilaian yang telah diberikan kepada penilai iaitu 23 orang guru pelatih yang bertindak sebagai pelajar. Berdasarkan daripada analisis borang penilaian yang telah dibuat, kelemahan utama yang terdapat dalam pengajaran tersebut adalah dari aspek komunikasi yang kurang jelas dan lantang. Hal ini kerana penyelidik berasa gementar untuk mengajar buat kali pertama. Oleh sebab itu juga, pelajar sukar menerima mesej yang disampaikan guru. Fasa 2 : Merancang tindakanSebagai perancangan awal, penyelidik akan mengkaji mengenai kajian kajian lepas berkaitan intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penyelidik mencari maklumat dan membuat bacaan mengenai teori teori pengajaran serta komunikasi yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran variasi rangsangan dengan menggunakan komunikasi dua hala iaitu penggunaan boneka tangan. Penyelidik akan membuat rancangan pengajaran harian dengan merangka aktiviti yang menarik dengan menggunakan boneka tangan sepanjang pengajaran mikro. Fasa 3 : Melaksanakan tindakan dan memerhatiBagi fasa ini, penyelidik akan melaksanakan pengajaran mikro berrdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat. Penyelidik telah menggunakan kaedah boneka tangan bagi meningkatkan kemahiran variasi rangsangan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Boneka tangan akan digunakan semasa sesi pengajaran bagi meningkatkan komunikasi dua hala. Semasa intervensi ini dijalankan, borang penilaian akan diedarkan untuk mengukur keberkesanan intervensi tersebut. Penyelidik akan memerhati, merekod dan menganalis data yang diperoleh bagi mengenal pasti keberkesanan intervensi yang dipilih dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Analisis borang penilaian dinilai menggunakan kaedah gundal. Manakala dari segi pemerhatian, penyelidik mencatat pemerhatian tentang apa yang berlaku semasa intervensi dijalankan berdasarkan aspek- aspek yang terdapat dalam borang pemerhatian. Rakaman video juga dilakukan agar penyelidik dapat mengenal pasti masalah sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Fasa 4 : MereflekPenyelidik akan melaksanakan refleksi pengajaran mikro yang dijalankan. Hal ini bertujuan bagi mengenal pasti masalah yang terdapat di dalam pengajaran tersebut di samping melihat keberkesanan intervensi yang telah dilakukan secara keseluruhan. Jika intervensi yang dilakukan kurang berjaya, maka penyelidik akan melakukan intervensi yang lain pula sehinggalah kemahiran variasi rangsangan dapat ditingkatkan. Akhir sekali, penyelidik akan berkongsi hasil kajian tindakan yang telah dilakukan bersama pihak lain dengan menggunakan jurnal. Hal ini bertujuan agar hasil kajian yang dibuat boleh dijadikan rujukan untuk kajian pada masa akan datang.