kajian tindakan

23
KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) YANG LALU Operasi Bergabung adalah salah satu tajuk di mana ia menggunakan dua penggabungan operasi tambah dan tolak serta darab dan bahagi. Pada peringkat sekolah menengah, penggabungan operasi melibatkan keempat- empat operasi terutama pada pelajar tingkatan satu. Kelemahan pelajar untuk meyelesaikan dua operasi tambah dan tolak akan lebih menyusahkan mereka untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Penyelidikan yang dilakukan ke atas pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding daerah Hulu Langat, di mana pada peringkat ini mereka kurang mahir dalam menambah dan menolak. Setelah penyelidikan dibuat, didapati masih ada pelajar yang lemah dalam menjawab soalan terutama dalam soalan yang melibatkan penyusunan nombor-nombor dalam bentuk lazim serta soalan yang melibatkan penyelesaian masalah harian. Penyelidikan yang dilakukan berdasrkan ujian pra dan didapati pelajar-pelajar hanya bergantung pada soalan yang lebih senang dan tidak memerlukan pemikiran yang mendalam. Sekaligus menunjukkan pelajar masih belum memahami konsep tambah dan tolak yang sebenarnya. Kesimpulannya, penyelidikan ini dapat membuktikan bahawa kita tidak boleh mengambil mudah pada tajuk- tajuk yang dianggap senang dalam mata pelajaran matematik. Ianya perlu diteguhkan supaya pembelajaran matematik menjadi bermakna, bermanfaat dan berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman seharian. 2.0 ISU / MASALAH DAN FOKUS KAJIAN Dalam dunia serba canggih ini, mata pelajaran matematik amat penting dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah kerana kebanyakkan 1

Upload: khairil-annuar-omar

Post on 26-Oct-2015

321 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) YANG LALU

Operasi Bergabung adalah salah satu tajuk di mana ia menggunakan dua

penggabungan operasi tambah dan tolak serta darab dan bahagi. Pada peringkat sekolah

menengah, penggabungan operasi melibatkan keempat-empat operasi terutama pada pelajar

tingkatan satu. Kelemahan pelajar untuk meyelesaikan dua operasi tambah dan tolak akan lebih

menyusahkan mereka untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Penyelidikan yang

dilakukan ke atas pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding

daerah Hulu Langat, di mana pada peringkat ini mereka kurang mahir dalam menambah dan

menolak.

Setelah penyelidikan dibuat, didapati masih ada pelajar yang lemah dalam menjawab

soalan terutama dalam soalan yang melibatkan penyusunan nombor-nombor dalam bentuk

lazim serta soalan yang melibatkan penyelesaian masalah harian. Penyelidikan yang dilakukan

berdasrkan ujian pra dan didapati pelajar-pelajar hanya bergantung pada soalan yang lebih

senang dan tidak memerlukan pemikiran yang mendalam. Sekaligus menunjukkan pelajar

masih belum memahami konsep tambah dan tolak yang sebenarnya. Kesimpulannya,

penyelidikan ini dapat membuktikan bahawa kita tidak boleh mengambil mudah pada tajuk-tajuk

yang dianggap senang dalam mata pelajaran matematik. Ianya perlu diteguhkan supaya

pembelajaran matematik menjadi bermakna, bermanfaat dan berkaitan dengan kehidupan dan

pengalaman seharian.

2.0 ISU / MASALAH DAN FOKUS KAJIAN

Dalam dunia serba canggih ini, mata pelajaran matematik amat penting dalam

kehidupan seharian. Hal ini adalah kerana kebanyakkan pekerjaan sedikit sebanyak berkaitan

dengan matematik. Sebenarnya dalam kehidupan seharian kita sering menggunakan kaedah

menambah dan mengurangkan hasil tambah. Pelajar-pelajar perlu menguasai dan memahami

konsep tambah dan tolah sebelum menyelesaikan operasi bergabung. Kajian ini dibuat bagi

mengenal pasti pelajar yang masih lemah dalam dua konsep utama matematik iaitu menambah

dan menolak. Terdapat jurang perbezaan di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang

cerdas. Pelajar yang cerdas dapat menjawab soalan dengan lebih baik berbanding dengan

pelajar yang lemah. Ini dapat dilihat dari segi pencapaian pelajar dalam ujian matematik yang

dijalankan. Dengan menganalisa soalan tersebut, kami dapat mengkaji di mana kelemahan

1

Page 2: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

pelajar-pelajar dan dengan ini sekaligus dapat kami mengetahui tahap minda dan sejauh mana

kefahaman murid terhadap mata pelajaran yang diajar.

Berdasarkan daripada masalah yang dinyatakan di atas, kajian ini memfokus

penyelidikan kepada aspek penambahan dan penolakan dalam operasi bergabung yang

melibatkan pengumpulan semula serta cara meletakkan nombor mengikut tertib yang betul

mengikut nilai-nilai tempat.

Diharap penyelidikan yang dijalankan ini dapat dijadikan permulaan dalam usaha untuk

mencapai keberkesanan dalam proses pengajaran-pembelajaran matematik terutama dalam

menguasai konsep-konsep asas matematik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

3.1 Objektif Am

3.1.1 Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah matematik di

kalangan pelajar tingkatan 1

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Mengenal pasti kelemahan murid-murid dalam operasi bergabung.

3.2.2 Mengenal pasti cara mengatasi kelemahan-kelemahan yang dihadapi

oleh murid-murid dalam menyelesaikan masalah pengiraan tambah dan

tolak dalam operasi bergabung.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Penyelidikan ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding

yang terletak di daerah Hulu Langat, Selangor darul Ehsan. Penyelidikan ini dijalankan ke atas

pelajar-pelajar Tingkatan satu seramai 50 orang murid sebagai sampel. Mereka dipilih secara

rawak mengikut jantina dari sekumpulan pelajar yang didapati lemah dalam matematik.

Kumpulan ini terdiri daripada 25 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN 2

Page 3: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Kaedah pemantauan kajian ini adalah melalui ujian pra dan ujian pasca yang

mengandungi 10 soalan subjektif yang perlu dijawab oleh pelajar bagi mengetahui sejauh mana

penguasaan pelajar serta keberkesanan pengajaran guru dalam topik yang dipilih.

5.1 Tindakan guru

Dalam melaksanakan penyelidikan, kami telah menjalankan dua sesi pengajaran

berdasarkan rancangan mengajar yang dirancangkan bagi membolehkan peningkatan terhadap

pembelajaran para pelajar. Seorang guru telah dipertanggungjawabkan dalam menjalankan

sesi-sesi pengajaran ini.

Sesi pengajaran pertama, kami tumpukan kepada topik operasi bergabung yang

melibatkan penekanan terhadap asas pengiraan iaitu tambah dan tolak serta pendaraban dan

pembahagian. Pengajaran sesi kedua di mana kedua-dua aspek diberi penekanan khusus

dalam proses penyusunan yang betul ketika meletakkan nombor-nombor mengikut nilai-nilai

tempat dan rumah-rumah yang betul.

5.1.1 PENGAJARAN SESI PERTAMA

Tingkatan : Satu Budiman

Tarikh : 8.10.2012

Masa : 11.05 – 12.05 tengah hari

Mata pelajaran : Matematik

Tajuk : Operasi Bergabung

Kemahiran : Melaksanakan operasi bergabung tambah, tolak, darab dan bahagi.

Objektif :Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:

1. Melaksanakan operasi bergabung.

2. Melaksanakan operasi bergabung dalam bentuk lazim dari kiri ke

kanan

PSA : Pelajar-pelajar pernah melakukan operasi bergabung serentak dan

faham konsep operasi tambah, tolak, darab dan bahagi secara am.

Isi pelajaran :

1. Operasi Bergabung tambah, tolak, darab dan bahagi.

LANGKAH PENGAJARAN

Set Induksi

3

Page 4: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Guru bercerita mengenai isi pelajaran dan bersoal jawab dengan pelajar.

Langkah 1

Guru menerangkan konsep asas pengiraan tambah, tolak, darab dan bahagi serta

mengemukakan contoh-contoh soalan mengenai isi pelajaran.

Langkah 2

Guru mengemukakan contoh-contoh soalan dan meminta pelajar menyelesaikannya.

Penegasan diterapkan di sini bahawa penyelesaian dilakukan dalam bentuk lazim.

Langkah 3 (Penilaian)

Guru mengemukakan dua soalan dan meminta pelajar selesaikan masalah matematik

tersebut.

Pengukuhan

Aktiviti kerja rumah diedarkan, guru meminta menyiapkan kerja yang diberikan dan perlu

dihantar pada keesokkan hari.

5.1.2 PENGAJARAN SESI KEDUA

Tingkatan : Satu Budiman

Tarikh : 9.10.2012

Masa : 8.45 – 9.45 pagi

Mata pelajaran : Matematik

Tajuk : Operasi Bergabung

Kemahiran : - Melaksanakan operasi bergabung berkaitan operasi tambah, tolak,

darab dan bahagi.

Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:

1. Melaksanakan operasi bergabung operasi tambah, tolak, darab dan

bahagi.

2. Menyelesaikan masalah operasi bergabung

3. Menjawab empat soalan daripada enam soalan yang diberikan

sebagai latihan pengukuhan

4

Page 5: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

PSA : Murid-murid pernah melakukan operasi bergabung serentak dan faham

dengan konsep operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

BBM : Kad manila, papan gulung, lembaran kerja

Isi pelajaran :

1. Operasi Bergabung operasi tambah, tolak, darab dan bahagi

2. Menyelesaikan masalah operasi bergabung darab dan bahagi

3. Lembaran kerja

LANGKAH PENGAJARAN

Set Induksi

Imbasan pelajaran yang lalu dan aktiviti congak tambah, tolak, darab dan bahagi.

Langkah 1

Guru menerangkan konsep asas pengiraan darab dan bahagi serta mengemukakan

contoh-contoh soalan mengenai isi pelajaran. Guru menegaskan pengiraan dilakukan dari kiri

ke kanan.

Langkah 2

Guru menguji kefahaman pelajar dengan mengemukakan soalan yang berkaitan dengan

isi pelajaran dan memanggil beberapa orang pelajar mencuba menyelesaikannya.

Langkah 3

Guru mengemukakan masalah harian yang melibatkan operasi bergabung dan

membimbing mengeluarkan fakta-fakta dan menekankan fakta tersebut adalah melibatkan

operasi darab mahupun operasi bahagi.

Langkah 4 (Penilaian)

Guru mengedarkan satu permainan yang berkaitan dengan isi pelajaran berbentuk

kumpulan iaitu permainan “Pintar Pintas” untuk diselesaikan dalam kumpulan.

Pengukuhan

5

Page 6: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Aktiviti lembaran kerja diedarkan, guru meminta menyiapkan lembaran kerja yang diberi

dalam masa yang ditetapkan dan menumpukan pada aspek yang hendak ditekankan iaitu

konsep pengiraan dan penyusunan nombor-nombor dengan betul.

Selain dari sesi pengajaran latihan pengukuhan dan pengayaan dengan memberi

beberapa seperti latihan tambahan di rumah. Selain itu juga nota-nota tambahan diberikan

untuk mengisi masa terluang pelajar-pelajar di rumah.

5.2 Pelaksanaan Tindakan

Dalam kajian ini kami menggunakan kaedah pengumpulan data iaitu:

A. Soalan pra

Soalan ini mengandungi 10 soalan subjektif, pelajar-pelajar dikehendaki menjawab

soalan yang dikemukakan di atas kertas soalan. Mereka perlu menunjukkan langkah–

langkah pengiraan beserta jawapan di atas kertas soalan tersebut. Jumlah masa yang

diperuntukkan dalam menjawab soalan ini adalah satu jam. Soalan ini merangkumi

kemahiran menambah dan menolak serta darab dan bahagi. Soalan ini dibuat secara

berkumpulan dan dipersetujui oleh semua yang terlibat. Ia dijalankan selepas

pengajaran.

B. Ujian pasca

Saoalan yang sama diberikan kepada murid terbabit. Ini adalah bertujuan untuk

mengetahui tindakan susulan yang dilakukan bagi membantu pelajar-pelajar adalah

bersesuaian ataupun sebaliknya. Ia dilakukan sebaik sahaja selepas pengajaran.

6.0 DAPATAN KAJIAN

6

Page 7: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

6.1.1 ANALISIS SOALAN UJIAN PRA

NO SOALAN

BIL MURID JENIS/PUNCA KELEMAHAN DAN KESALAHAN

Betul Salah Asas pengiraanPenyusunan Nombor Mengikut

Nilai Tempat

1 11 19 7 12

2 7 23 3 20

3 18 12 7 5

4 10 20 9 11

5 12 18 7 11

6 13 17 8 9

7 4 26 7 19

8 8 22 10 12

9 1 29 3 26

10 7 23 14 9

11 8 22 13 9

12 14 16 6 10

13 8 22 12 10

14 8 22 13 9

15 4 26 16 10

7

Page 8: KAJIAN TINDAKAN

6.1.2 ANALISIS SOALAN UJIAN PASCA

NO SOALAN

BIL MURID JENIS/PUNCA KELEMAHAN DAN KESALAHAN

Betul Salah Asas pengiraanPenyusunan Nombor Mengikut

Nilai Tempat

1 22 7 2 5

2 11 18 2 16

3 20 9 0 9

4 16 13 2 11

5 20 9 6 3

6 17 12 6 6

7 8 21 14 7

8 20 9 2 7

9 5 24 2 22

10 15 14 8 6

11 19 10 6 4

12 22 7 1 6

13 16 13 8 5

14 17 12 5 7

15 14 15 8 7

8

Page 9: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

6.2.1 INTERPRETASI DARIPADA UJIAN PRA

Berdasarkan kepada ujian pra yang telah dijalankan serta keputusan yang diperolehi,

boleh dikatakan bahawa pelajar-pelajar masih tidak memahami teknik menjawab dan cara

penyelesaian soalan. Kelemahan yang lebih ketara adalah pelajar-pelajar kurang memahami

konsep pengiraan tambah dan tolak serta kurang pengetahuan dalam penyusunan nombor-

nombor dalam bentuk lazim ketika membuat pengiraan. Ini bermakna segala usaha dan

tindakan yang akan dijalankan mestilah menepati apa yang mereka mahu iaitu dari segi

pengulangan mengenai konsep tambah, tolak, darab dan bahagi serta penerangan cara

penyusunan nombor mengikut rumah-rumah atau nilai-nilai tempat dengan betul.

6.2.2 INTERPRESTASI DARI UJIAN PASCA

Daripada analisis yang diperolehi berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran serta

ujian pasca yang telah dijalankan, kami dapat menghuraikan bahawa pelajar-pelajar sudah

mula memahami teknik, menjawab dan cara penyelesaian serta penguasaan kepada konsep

tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu juga, pelajar-pelajar meningkatkan pengetahuan

dalam penyusunan nombor-nombor dalam bentuk lazim ketika membuat pengiraan. Ini

menunjukkan bahawa segala usaha yang telah dijalankan bagi meningkatkan pemahaman

pelajar-pelajar tidaklah sia-sia sahaja. Kami yakin dengan usaha yang lebih mantap dan

bersungguh-sungguh dijalankan, pasti pelajar-pelajar akan berjaya daripada apa yang didapati

sekarang.

9

Page 10: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

6.3 INTERPRESTASI PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN PASCA

JUMLAH SKOR PRA PERATUS PASCA PERATUS

1 1 3.333333 0 0

2 0 0 0 0

3 9 30 0 0

4 9 30 0 0

5 3 10 1 3.333333

6 5 16.66667 3 10

7 2 6.666667 8 26.66667

8 0 0 0 0

9 0 0 9 30

10 1 3.333333 6 20

11 0 0 2 6.666667

JUMLAH PELAJAR 30 100 29 96.66667

MEAN 4.4483 8.3448

MEDIAN 4 9

10

Page 11: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

JADUAL KEKERAPAN SKOR PELAJAR UJIAN PRA DAN PASCA

11

Page 12: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

12

Page 13: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

7.0 REFLEKSI DAN PENILAIAN

7.1 REFLEKSI DAN PENILAIAN BERDASARKAN MAKLUM BALAS DARIPADA UJIAN

PRA DAN UJIAN PASCA.

Untuk mengkaji prestasi pelajar dalam kebolehan pengiraan operasi tambah, tolak,

darab dan bahagi serta penyusunan nombor-nombor dengan betul mengikut nilai-nilai tempat,

kami telah menjalankan ujian pra dan ujian pasca. Kami dapati jumlah kesalahan yang

dilakukan oleh pelajar-pelajar semakin berkurangan.

Selepas ujian pasca dijalankan, terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar-pelajar

dalam aspek yang diberi penekanan iaitu asas pengiraan tambah dan tolak serta penyusunan

nombor-nombor dalam bentuk lazim.

Berdasarkan analisis serta perbandingan ujian pra dengan ujian pasca, ianya dapat

diringkaskan seperti berikut:

1. Meningkat : 27 orang

2. Tidak berubah : 2 orang

3. Tidak pasti : 1 orang (Tidak hadir ujian)

Banyak penekanan telah diberikan dalam aspek yang dikaji iaitu pengiraan asas

penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian serta penyusunan nombor-nombor

dalam sesi pengajaran khusus dijalankan. Banyak aktiviti yang dijalankan agar pelajar-pelajar

lebih peka dan prihatin terhadap pengiraan yang dijalankan. Pada keseluruhannya, guru mesti

lebih menumpukan khas kepada konsep asas pengiraan tambah dan tolak serta melayani

keperluan murid-murid, kurang menekankan kepada sesi penerangan sahaja. Hasil analisis ini

dapat membantu kami mengambil tindakan susulan yang perlu bagi meningkatkan lagi

kepekaan guru terhadap masalah yang dialami oleh pelajar-pelajar ketika pengiraan operasi

bergabung ini.

8.0 BIBLIOGRAFI

13

Page 14: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Bahagian Teknologi Pendidikan KPM, (2010). Modul Kajian Tindakan Teknologi Pendidikan ,Kuala Lumpur : Malaysia

Universiti Terbuka Malaysia, (2006). Kaedah Kajian Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur : Malaysia

Ee Ah Meng.(2000).Pedagogi III Pengujian dan Penilaian , Pemulihan, Pengayaan dan

Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan

Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). (Cetakan Pertama) Huraian Sukatan Pelajaran

Matemati Tahun 6. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur

Mok Soen Sang. (1997). Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran.Kumpulan Budiman

Pendidikan Inklusif. Fajar Bakti.

Penyelidikan Pendidikan.Kuala Lumpur.

Rosmawati bt Sakdon dan Dr. Mohd Sahandri Ghani b. Hamzah.(2003). Penggunaan 12 langkah

Strategik Untuk Meningkatkan Pengetahuan dan Kemahiran Murid Menulis Ayat “Simple Present Tense”. Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan ke X 2003.Kementerian Pelajaran Malaysia.

http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pfffail/ptkghdfwp/

14

Page 15: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

9.0 LAMPIRAN

9.1 Borang soalan Pra dan Pasca.

9.2 Dapatan SPSS

NAMA: TINGKATAN 1:

Sila selesaikan masalah matematik di bawah bersertakan jalan kerja.

1. 12378 – 3426 + 2790 =

2. 1250 x 144 / 12 =

3. 7000 + 4330 – (7411 + 2259) =

4. (14250 / 125) x 11 =

5. 11016 / 36 + 2177 =

15

Page 16: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

6. 45712 + 175 x 23 =

7. 7344 / 17 + 163 x 18 =

8. 219 x 37 – 95904 / 24 =

9. (71 – 16) x 239 + 12748 =

10. 14127 / 17 + (1755 – 420) x 113=

16

Page 17: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

11. 4523 x 237 + (44444 / 111) =

12. (78021 - 34578) + 2346 x 56 =

13. 78120 – 125 x 247 + 8902 =

14. 9333/ 3 – 1231 + 4678 =

15. 4560 x 313 + (234 / 2 x 73) =

Paired Samples Statistics

17

Page 18: KAJIAN TINDAKAN

KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Mean N Std. Deviation Std. Error Mean

Pair 1SCOREPRA 4.4483 29 1.78458 .33139

SCOREPASCA 8.3448 29 1.65348 .30704

Paired Samples Correlations

N Correlation Sig.

Pair 1 SCOREPRA & SCOREPASCA 29 .260 .172

Paired Samples Test

Paired Differences t df Sig. (2-

tailed)Mean Std.

Deviation

Std. Error

Mean

95% Confidence Interval

of the Difference

Lower Upper

Pair

1

SCOREPRA -

SCOREPASCA

-

3.8965

5

2.09327 .38871 -4.69279 -3.10031-

10.02428 .000

18