kajian tindakan

21
KKD PEMBA GROUP : A24 PENSYARAH :Cik NAMA DAN NO. MATRIK: NOR ATIPAH BT AHMAD (D20112055408)

Upload: azlan-ahmad

Post on 29-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan Pendidikan Jasmani

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

KKD PEMBAGROUP

: A24

PENSYARAH :Cik

NAMA DAN NO. MATRIK:

NOR ATIPAH BT AHMAD

(D20112055408)

ISI KANDUNGAN

KandunganHalaman

Penghargaan2

Abstrak

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Isu/Masalah/Fokus Kajian

Objektif Kajian

Kumpulan Sasaran

Jadual Pelaksanaan Kajian

Pelaksanaan Kajian

Penilaian dan Refleksi Keseluruhan

Bibliografi

Lampiran

PENGHARGAANBismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Illahi kerana hanya dengan izin-Nya,saya dapat menyiapkan Laporan Kajian Tindakan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada mana-mana pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak dalam menyiapkan laporan ini. Terutamanya kepada Guru Besar SK Pengkalan Baharu, Pn. Wan Nor Zarida Binti Mohamad Tamin dan PK Pentadbiran Puan Zarina Yoon atas keprihatinan pihak pentadbiran sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada PK HEM dan PK KoKo SK Pengkalan Baharu di atas kerjasama baik yang diberikan. Tidak lupa juga kepada murid-murid Tahun 2 Delima yang menjadi subjek kajian. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan idea untuk menyiapkan laporan ini samada secara eksplisit mahupun implisit.Sekian, terima kasih.

Nor Atipah AhmadSK Pengkalan Baharu 2012MENINGKATKAN PERBENDAHARAAN KATA BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN KAEDAH LEARN 3 WORDS A DAY BY PICTURE BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA.Oleh:

Pn. Nor Atipah Binti AhmadSK Pengkalan BaharuPerak.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 2 Delima. Guru menggunakan beberapa kaedah semasa membuat tinjauan awal kajian iaitu kaedah pemerhatian, edaran borang soal-selidik dan Ujian-Pra. Pelaksanaan kajian pula memperkenalkan satu kaedah menyalin 3 perkataan sehari serta menggunakan perkataan-perkataan itu untuk melengkapkan tempat-tempat kosong ayat-ayat bahasa inggeris yang diedarkan oleh guru bahasa Inggeris serta memadankan dengan gambar . Kaedah ini diaplikasikan supaya murid-murid dapat menambah perbendaharaan kata dalam suasana yang tidak formal. Pendekatan ini dinamakan Tiga Perkataan Dalam Sehari Melalui Gambar kerana mereka menambah perbendaharaan kata 3 perkataan dalam sehari.. Selain itu,Ujian-Pos juga dilaksanakan bagi membuat penilaian akhir keberkesanan Kaedah 3 words a day yang telah diperkenalkan dalam pelaksanaan kajian. Dapatan daripada tinjauan awal kajian melalui pemerhatian semasa P&P dijalankan, pemerhatian semakan latihan dan Ujian-Pra didapati bahawa majoriti murid Tahun 2 Delima SK Pengkalan Baharu yang merupakan responden kajian, gagal memahami ayat-ayat dalam bahasa Inggeris.Ini menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan dengan betul disebabkan mereka tidak memahami maksud ayat yang diberi. Hasil daripada tinjauan awal kajian, maka Kaedah 3 Words A Day By Picture dilaksanakan. Pendekatan ini amat sesuai diaplikasikan kerana berdasarkan dapatan daripada soal-selidik didapati murid-murid mula memahami maksud ayat yang diberi oleh guru.. Guru mendapati pelaksanaan tindakan yang dijalankan selama lebih kurang seminggu ini amat memuaskan dan berjaya mengubah sikap bosan kepada sikap seronok dan minat kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris. Selain itu, murid juga mula terlibat aktif dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran. Diharap, dapatan kajian ini dapat menyorot sedikit pengalaman, mengintai teladan dan berkongsi keilmuan tentang keinginan meningkatkan kemahiran membaca buku Bahasa Inggeris. Kesimpulan daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid.1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu menyemak latihan murid Tahun 2 Delima, didapati majoriti murid-murid tidak dapat menjawab soalan-soalan mengisi tempat-tempat kosong berdasarkan gambar. Berdasarkan pemerhatian semasa sesi P&P dijalankan, terdapat murid-murid yang tidak mengetahui perbendaharaan kata bahasa Inggeris tentang sesuatu perkara yang diajar contohnya perbendaharaan kata bagi nama tumbuh-tumbuhan . Perasaan sedih dan kecewa terdetik dihati di atas kegagalan ini kerana guru telah berusaha semampu yang boleh untuk memudahkan pemahaman murid. Guru berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Oleh itu, satu tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Guru perlu membuat sesuatu pembaharuan untuk mengubah tanggapan negatif murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris. Satu Kaedah untuk menambah perbendaharaan kata akan diaplikasikan untuk menarik minat murid dan mengelakkan murid hilang fokus semasa P&P dijalankan. Pendekatan 3 Words A day By Picture akan dilaksanakan bagi meningkatkan Perbendaharaan Kata murid-murid Tahun 2 Delima. 2.0 ISU/MASALAH/FOKUS KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada satu masalah khusus yang menjadi pokok kepada masalah yang lebih besar lagi. Fokusnya tertumpu kepada kelemahan murid untuk memahami sesuatu maksud perkataan dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun fokus kajian ini amat besar dalam perkembangan murid seterusnya kerana jika murid-murid itu berjaya meningkatkan perbendaharaan kata ianya bagaikan markah bonus bagi murid itu menguasainya dengan baik matapelajaran bahasa Inggeris. Selain itu juga, guru cuba mengenalpasti punca berlakunya kelemahan murid-murid menambah perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.Dengan membantu murid-murid menambah perbendaharaan kata, guru yakin murid-murid sasaran ini boleh menguasai mata pelajaran tersebut sepenuhnya. Hal ini seterusnya diharapkan dapat membantu mereka membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris serta menanam minat terhadap matapelajaran ini. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:3.1 Objektif Am3.1.1 Meningkatkan kemahiran murid-murid memahami bahan-bahan bacaan Bahasa Inggeris Tahap 1.3.2 Objektif Khusus3.2.1 Murid memahami 3 perkataan Bahasa Inggeris Sehari dalam kaedah 3 words a day By Picture.3.2.2 Meningkatkan prestasi kemahiran membaca dan memahami murid dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris.3.2.3Murid-murid dapat mengisi tempat kosong perkataan yang betul berdasarkan gambar.4.0 KUMPULAN SASARAN

Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah terdiri daripada murid Tahun 2 Delima SK Pengkalan Baharu sesi 2012 . Kumpulan ini seramai 20 orang murid yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Murid-murid dalam Tahun 2 Delima mempunyai pelbagai tahap kecerdasan, tetapi berdasarkan taburan data Ujian-Pra didapati bahawa tahap pencapaian kumpulan sasaran bersifat Homogenous, maka guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas untuk menjalankan segala aktiviti P&P. Berikut adalah data taburan Ujian-Pra.

Carta 1 : Taburan Data Ujian-Pra5.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BilAktiviti/TugasanTarikh

1.Membuat tinjauan masalah melalui semakan latihan, soal selidik dan Ujian-Pra.April

2.Maklum kepada Pihak Pentadbir tentang Kajian Tindakan dan membuat perbincangan.Mei

3.Menyediakan proposal Kajian Tindakan.Mei

4.Melaksanakan Kajian Tindakan.Jun - September

5.Menyiapkan Laporan Kajian Tindakan.Oktober

6.Menyerahkan Laporan KajianNovember

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Dalam memulakan kajian ini, satu tinjauan masalah telah dilakukan untuk mengenal pasti punca dan masalah murid tidak mahir menjawab soalan mengisi tempat-tempat kosong berdasarkan gambar yang diberi. Tinjauan masalah yang dijalankan adalah berdasarkan kaedah pemerhatian, soal selidik dan Ujian-Pra.6.1 Tinjauan Masalah

6.1.1 PemerhatianSaya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majoriti murid mempamerkan ekspresi muka keliru. Selain daripada keliru, murid-murid juga menjadi bosan dan hilang fokus semasa belajar kerana mereka kurang faham tentang perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris. Selain daripada pemerhatian semasa P&P dijalankan, guru juga membuat semakan latihan murid dan didapati 12 orang murid-murid gagal mendapat markah minima lulus.6.1.2 Soal Selidik

Kaedah kedua yang saya gunakan adalah kaedah edaran borang soal-selidik kepada murid-murid. Borang soal-selidik ini terdiri daripada 6 soalan yang mudah. Murid hanya perlu mengisi tempat-tempat kosong bahagian Ya atau Tidak sahaja.6.1.3 Ujian-PraSoalan Ujian-Pra terdiri daripada 10 soalan mudah.Dimana murid-murid dikehendaki mengisi tempat-tempat kosong berdasarkan gambar. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini adalah 10 minit.6.2 Analisa Tinjauan Masalah

Hasil daripada tinjauan masalah melalui tiga kaedah iaitu pemerhatian, soal selidik dan Ujian-Pra, didapati bahawa murid-murid tahun 2 Delima bukan tidak meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris tetapi majoriti murid-murid tidak memahami maksud perkataan. Berikut adalah data yang diperolehi hasil daripada tinjauan masalah menggunakan borang soal selidik:

Carta 2 : Analisa Masalah Murid Berkaitan Fokus Kajian Hasil daripada tinjauan masalah berikut didapati murid majoritinya meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris. Oleh itu, satu pendekatan perlu dilaksanakan bagi memberi satu cara untuk mempertingkatkan perbendaharaan kata murid-murid ini. Selain itu, murid-murid juga mudah hilang fokus kerana apabila mereka gagal mentransformasi memahami istilah-istilah dalam bahasa inggeris tersebut seperti yang diminta oleh guru, mereka menjadi bosan dan cepat putus asa. Maka bagi memenuhi tuntutan seorang kanak-kanak satu kaedah menghafal akan dilaksanakan bersama dengan pendekatan yang memberi satu garis panduan membaca . Kaedah ini dinamakan 3 words A day By Picture kerana hasil daripada tinjauan tadi mendapati 18 orang daripada 20 orang murid boleh mengisi tempat-tempat kosong berdasarkan gambar digit yang telah dipelajari di Tahap 1 sebelum ini.Topik ini menjadi satu fokus kajian kerana selain daripada edaran borang soal selidik, pemerhatian melalui semakan latihan dan pemerhatian semasa P&P dilaksanakan sebelum ini, guru juga telah menjalankan satu Ujian-Pra. Berikut merupakan tahap pencapaian dan peratus pencapaian Ujian-Pra:

Carta 3 : Tahap Pencapaian Murid Bagi Ujian-Pra

Carta 4 : Peratus Tahap Pencapaian Murid Bagi Ujian-Pra

Berdasarkan Kedua-dua carta di atas didapati bahawa perlu guru mengambil satu tindakan bagi mengatasi masalah tersebut kerana jelas menunjukkan bahawa terdapat 11 orang iaitu 55% murid yang gagal menjawab semua soalan Ujian-Pra yang terdiri daripada 10 soalan yang meminta murid mengisi tempat-tempat kosong berdasarkan gambar. Manakala hanya 2 orang ataupun 10% sahaja murid yang mampu menjawab semua soalan. Ini menunjukkan satu jurang yang perlu diatasi dari awal. Selain itu juga, jawapan murid dalam Ujian-Pra juga menunjukkan kekeliruan murid. Sebagai contoh jawapan murid adalah seperti berikut:

(Kesilapan murid tidak memahami maksud perkataan Bahasa Inggeris)

Justeru daripada dapatan tinjauan masalah tersebut, membuktikan bahawa satu tindakan wajar diambil bagi mengatasi masalah perbendaharaan kata dengan harapan kelemahan ini tidak menjadi semakin parah.

6.3 Pelaksanaan TindakanTindakan yang diambil bagi menangani masalah lemah perbendaharaan kata dan secara tidak langsung mengatasi masalah murid mudah bosan dan cepat putus asa kerana kegagalan mereka mentransformasi perkataan dalam bentuk gambar, maka guru menggunakan satu kaedah hafazan yang diberi nama 3 Words A Day By Picture . Selain itu, Kaedah ini juga memberi satu panduan atau satu cara untuk mengingati

Langkah pertama sebelum mengaplikasi kaedah tersebut, guru terlebih dahulu menyediakan bahan-bahan seperti berikut:

1. Papan Kenyataan Di dalam Kelas2. Gambar3. Kad Perkataan4. Kat-kad Ayat RingkasLangkah kedua, guru meletakkan 3 gambar serta Kad Perkataan setiap hari. Gambar dan perkataan ini akan ditukarkan pada setiap hari.

Tiger Aeroplane UmbrellaLangkah ketiga, guru membahagikan murid kepada empat kumpulan. Oleh kerana hanya terdapat 20 orang di dalam kelas ini makan setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli sahaja. Setiap individu di dalam setiap kumpulan akan merekodkan setiap perkataan yang ditampal di dalam buku khas yang disediakan oleh murid-murid. Apabila mereka pulang ke rumah, murid-murid dikehendaki mencari gambar yang berkaitan dengan perkataan dan tampalkan di dalam buku tersebut. Murid dikehendaki menampal satu gambar hanya pada satu mukasurat sahaja. Gambar yang ditampal oleh guru di papan kenyataan adalah sebagai panduan untuk murid-murid mencari gambar mereka sendiri di rumah. Contoh Kerja murid :TIGER

Langkah keempat, pada setiap hari Jumaat, guru mata pelajaran akan menampalkan ayat-ayat ringkas yang ada tempat-tempat kosong. Murid dikehendaki menyalin serta mengisi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang betul. Jawapan adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh murid-murid.

Langkah kelima, guru akan menyemak semua kerja setiap kumpulan. Markah akan diberi berdasarkan jawapan yang betul. Setiap markah akan direkodkan di dalam borang yang disediakan secara individu dan markah kumpulan. Kumpulan yang berjaya mendapat markah tertinggi akan diberi 4 bintang diikuti 3 bintang, 2 bintang dan terakhir 1 bintang.Langkah kelima, pada setiap hujung bulan satu ujian akan diberikan. Murid-murid yang mendapat markah A akan diberi hadiah. Begitu juga kumpulan yang mendapat markah tertinggi. Diharap pemberian hadiah ini akan menyebabkan minat murid-murid untuk bersaing akan meningkat.

Bagi membuat penilaian akhir, satu Ujian-Pos telah dijalankan dan berikut adalah dapatan daripada Ujian-Pos :

Carta 5 : Analisa Tahap Pencapaian Ujian-Pra dan Ujian-Pos

Carta 6 : Analisa Peratus Ujian-Pra Dan Ujian-Pos

Berdasarkan keputusan tersebut, didapati terdapat peningkatan perbendaharaan kata murid-murid 2 Delima. Di mana pada Carta 5, boleh disimpulkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dimana pada Ujian-Pra terdapat 2 orang murid sahaja yang dapat menjawab semua soalan manakala pada Ujian-Pos terdapat seramai 13 orang murid yang dapat menjawab semua soalan. Fakta ini dikuatkan lagi dengan keluk peratus di Carta 6 yang mana keluk peratus Ujian-Pos menunjukkan peningkatan peratus murid yang dapat menjawab semua soalan iaitu sebanyak 65% berbanding pada Ujian-Pra iaitu sebanyak 10% sahaja.Kami berasa puas hati kerana terdapat perubahan dalam kalangan murid sasaran ini, bukan sahaja perubahan dari segi pencapaian dan perbendaharaan kata, malah perubahan dari segi tingkah laku murid berkenaan. Tindakan yang dilaksanakan sungguh berkesan dalam mengatasi masalah kajian. Hasil kajian menunjukkan perubahan kepada murid-murid amat tinggi nilainya jika dibandingkan dengan kos perbelanjaan yang digunakan dalam menyelesaikan kajian ini.

7.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI KESELURUHAN

Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan ini berjaya dilaksanakan walaupun menghadapi pelbagai kekangan. Hasil dari kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Namun, terdapat juga beberapa kelebihan dan kelemahan dalam kajian ini:Kelebihan Saya amat berpuas hati khususnya dari segi pencapaian murid-murid dalam ujian yang menunjukkan peningkatan yang begitu positif dan memberansangkan. Daripada pemerhatian secara tidak formal yang dilakukan oleh guru Bahasa Inggeris kelas lain, komen-komen yang diberikannya adalah positif dan menggalakkan. Malah, saya amat gembira apabila guru-guru lain tertarik dengan kajian tindakan ini dan bercadang untuk dikongsikan bersama. Daripada pemerhatian saya sendiri semua pelajar telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi tersebut dengan aktif.

Kelemahan Walaupun secara keseluruhannya analisis telah menunjukkan hasil yang baik, namun saya masih tidak berpuas hati. Ini memandangkan masih lagi terdapat murid yang tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul. Masih lagi ada kesilapan kecuaian murid. Justeru itu saya perlu memikirkan satu cara untuk mengatasi masalah kecuaian murid.CadanganMemperbanyakkan/menambah unsur-unsur warna dan kartun dalam kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid, terutamanya murid-murid lemah sekaligus dapat menanam konsep learning is fun.BIBLIOGRAFIUniversiti Terbuka Malaysia, (2006). Kaedah Kajian Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Malaysia.

Bahagian Teknologi Pendidikan KPM, (2010). Modul Kajian Tindakan Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Malaysia.Abdul Rahman Abdul Majid Khan, (2007). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.LAMPIRANBORANG SOAL SELIDIK

Soalan 1

Adakah kamu meminati Mata Pelajaran Bahasa Inggeris?

YaTidak

Soalan 2

Adakah kamu boleh menyatakan perkataan bahasa inggeris berdasarkan gambar

YaTidak

Soalan 3

Jika Ya, nyatakan apakah perkataan itu dalam Bahasa Inggeris?A. PayungB. BasikalC. AeroplaneD. Umbrella

Soalan 4

Tandakan masalah yang mungkin kamu hadapi semasa menulis perkataan. (Boleh ditanda kedua-dua jika berkaitan)

Keliru dengan ejaan

Tidak mengetahui makna

Soalan 5

Adakah anda boleh membaca perkataan dalam Bahasa Inggeris?

YaTidak

A .. is a wild animal.

PAGE 1