kajian-tindakan

8
LANGKAH 1 ( TINJAUAN AWAL). Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sekurang- kurangnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik, bahan bantu mengajar elektronik, dan bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Namun walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunapakai oleh seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik, mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan mempersamakan pengalaman membangkitkan persepsi di kalangan pelajar. Menurut Noor Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari

Upload: manrunner

Post on 24-Sep-2015

100 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian tindakan

TRANSCRIPT

LANGKAH 1 ( TINJAUAN AWAL).Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar.Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik, bahan bantu mengajar elektronik, dan bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.Namun walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunapakai oleh seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik, mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan mempersamakan pengalaman membangkitkan persepsi di kalangan pelajar. Menurut Noor Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mencukupi. Oleh yang demikian adalah jelas bahawa, bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati terdapat satu masalah apabila guru menggunakan alat bantu mengajar elektronik iaitu alat yang digunakan tidak berfungsi. Alat elektronik yang digunakan ialah computer. Permasalahan yang wujud berlaku disebabkan kurangnya persediaan dari guru.

LANGKAH 2 (MERANCANG TINDAKAN)Berdasarkan permasalahan yang dinyatakan di atas, tindakan yang boleh diambil oleh seseorang guru adalah dengan membuat persediaan awal sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah memastikan segala alat bantu mengajar yang hendak digunakan dapat berfungsi dengan baik.Hal ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.Menurut Noor Din Maulud (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mencukupi. Oleh yang demikian adalah jelas bahawa, bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.Pada masa sekarang penggunaan bahan bantu mengajar telah berkembang dengan pesat dalam dunia pendidikan. Perkembangan ini amat ketara sekali disebabkan oleh kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara praktis dalam pengajaran dan pembelajaran.LANGKAH 3 (MENJALANKAN TINDAKAN: PEMERHATIAN DAN ANALISIS DATA)Sesi pengajaran yang telah dilaksanakan melibatkan jumlah pelajar seramai 39 orang. Pada awal sesi pengajaran, guru telah memberi penerangan bagi keseluruhan pembelajaran iaitu topik kebersihan dan keselamatan persekitaran. Di set induksi, guru menayangkan slide show yang berkaitan dengan pengajaran pada hari demikian. Guru menerangkan kepada para pelajar mengenai tajuk yang hendak di ajar dan meminta para pelajar memberikan perhatian sepenuhnya. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti secara berkumpulan di mana pelajar di bahagikan kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 6 atau 7 orang pelajar. Guru memberi kad tugasan di mana kad tugasan tersebut mengandungi soalan yang berkaitan dengan tajuk yang telah di pelajari. Pelajar diminta untuk menyediakan satu peta minda di kertas majung telah telah disediakan. Pelajar diberi masa selama 8 minit untuk menyiapkan peta minda tersebut. Kemudian, pelajar diminta untuk membuat pembentangan secara berkumpulan di hadapan kelas dan sesi pembelajaran pada hari demikian diakhiri dengan refleksi daripada guru.Berdasarkan pemerhatian saya, para pelajar memberikan perhatian sepenuhnya semasa guru menerangkan slide show yang ditayangkan. Pada sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya iaitu pada aktiviti kumpulan terdapat segelintar pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam proses perbincangan kumpulan.

LANGKAH 4 (MELAKUKAN PENILAIAN DAN REFLEKSI)Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati guru-guru lebih banyak menggunakan alat bantu mengajar bukan elektronik. Bagi alat bantu mengajar bukan elektonik, guru-guru dapat memastikan alat tersebut dapat berfungsi dengan baik lebih awal. Namun begitu, ianya kurang menarik minat para pelajar pada masa kini. Pada masa sekarang penggunaan alat bantu mengajar elektronik telah berkembang dengan pesat dalam dunia pendidikan. Perkembangan ini amat ketara sekali disebabkan oleh kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara praktis dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru haruslah memastikan penggunaan alat bantu mengajar elektronik ini dapat berfungsi dengan baik senelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.Menurut Omardin Ashaari (1997), perkembangan teknologi dalam mencipta peralatan pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang sangat nyata dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru dan juga dalam mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan para pelajar.Keberkesanan setiap bahan bantu mengajar bukan terletak pada kecanggihan bahan atau alat tersebut, namun yang lebih utamanya ialah kesesuaiannya berdasarkan penggunaan serta penyerlahan konsep atau idea kandungan sesuatu mata pelajaran. Di samping itu kecekapan seseorang guru mengapliksikan bahan bantu mengajar adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pengajaran dan pembelajaran seluruhnya.Selanjutnya Omardin Ashaari (1997), berpendapat sebagai pendidik, guru juga harus dapat membuat penilaian mengenai bahan bantu mengajar yang dipilih untuk digunakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

LANGKAH 5 (MEREFLEK DAN MENILAI TINDAKAN SEMULA)Bagi pengunaan alat bantu mengajar elektronik, guru-guru tidaklah harus menumpukan alat tersebut terhadap sesi pengenalan sahaja. Ianya boleh digunakan pada sesi kemuncak ataupun aktiviti berkumpulan. Guru akan mencadangkan beberapa laman web yang boleh diakseskan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pelajar boleh mengakses maklumat tambahan yang diperlukan melalui engin carian google, yahoo atau Lycos dengan menaip kata kunci yang sesuai, seperti punca pencemaran, jenis pencemaran,pencemaran udara, langkah pencegahan pencemaran, kesan pencemaran dan seumpamanya melalui engin carian http://www.google.com, http://www.yahoo.com, dan http://www.lycos.com.

RUJUKANAbdul Rahim Hamdan, Hayazi Mohd Yasin,Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor,2010Aszoura Binti Mohame Salleh,Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains dalam tajuk Sel Untuk sains Tingkatan 1,2007.Ngin Wei Haw,Keberkesanan Penggunaan Powerpoint Terhadap Penguasaan Konsep Sains Bagi Murid Tahun 5, 2009

KAJIAN TINDAKANKPD3026 (PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2)

NAMA: AIZUDDIN BIN ABDULLAHNO MATRIK: D20121059128PROGRAM: AT59 (ISMP PENDIDIKAN JASMANI)PENSYARAH: DR AZALI BIN RAHMAT