kajian tindakan

34
BISKUT HURUF MENINGKATKAN PRABACAAN Oleh Felicia Michael [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan membantu menyelesaikan masalah murid-murid yang belum mengenal huruf pada peringkat prasekolah. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan menyebut huruf menggunakan doh dalam kalangan murid prasekolah. Subjek kajian ini terdiri daripada empat orang murid-murid prasekolah yang dikenalpasti mempunyai masalah menyebut dan mengenal huruf. Data diperolehi melalui beberapa instrumen kajian seperti ujian pra dan ujian pos, kaedah pemerhatian, senarai semak dan temu bual. Intervensi yang dilakukan ke atas murid prasekolah mengunakan doh untuk membentuk huruf kecil dan menyebut huruf yang mereka bentuk. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan doh sangat membantu murid-murid prasekolah dalam mengenal dan menyebut huruf kecil. Secara umumnya kajian ini dapat memudahkan tugas guru disamping mampu menimbulkan keseronokan dan pengalaman terhadap murid-murid prasekolah semasa menjalankan aktiviti. Kata kunci : Penggunaan doh, meningkatkan, mengenal huruf, menyebut huruf, murid prasekolah ABSTRACT

Upload: sue-valentino

Post on 13-Sep-2015

114 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

PRA

TRANSCRIPT

BISKUT HURUF MENINGKATKAN PRABACAANOlehFelicia [email protected] tindakan ini dijalankan bertujuan membantu menyelesaikanmasalah murid-murid yang belum mengenal huruf pada peringkatprasekolah. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiranmengenal dan menyebut huruf menggunakan doh dalam kalangan muridprasekolah. Subjek kajian ini terdiri daripada empat orang murid-muridprasekolah yang dikenalpasti mempunyai masalah menyebut danmengenal huruf. Data diperolehi melalui beberapa instrumen kajianseperti ujian pra dan ujian pos, kaedah pemerhatian, senarai semak dantemu bual. Intervensi yang dilakukan ke atas murid prasekolahmengunakan doh untuk membentuk huruf kecil dan menyebut huruf yangmereka bentuk. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan dohsangat membantu murid-murid prasekolah dalam mengenal danmenyebut huruf kecil. Secara umumnya kajian ini dapat memudahkantugas guru disamping mampu menimbulkan keseronokan danpengalaman terhadap murid-murid prasekolah semasa menjalankanaktiviti.Kata kunci : Penggunaan doh, meningkatkan, mengenal huruf, menyebuthuruf, murid prasekolahABSTRACTThis action research was carried out with the aim of assisting pupils insolving problem of letter recognition at preschool level. The study wascarried out to enhance the skill in identification and saying aloud lettersusing doh amongst preschool pupils. The respondents for this studycomprised four preschool pupils identified having problem withidentification and saying aloud letters. Data were obtained through theuse of several instruments e.g. pretest, posttest, observation, checklistand interviews. The intervention carried out on pupils were by usingdough to form small letters and saying out aloud the letters formed. Thefindings showed that the use of dough really helped preschool children inrecognizing and saying aloud small letters. In general, this study hasfacilitated teachers tasks while at the same time able to bring about thejoy and experience to preschool pupils while doing the activities.Key words: Using dough method, enhanced, small letter recognition,preschool pupilsKoleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 72Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBLPENGENALANKonteksMenurut Syed Abu Bakar (1994) peringkat prabacaan meliputi kemahiranpengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasipsikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasapertuturan.Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca dimanaguru perlulah menyediakan pengalaman bahasa, iaitu mengenal dan mengecamhuruf.Kemahiran asas bahasa seperti kemahiran membaca perlulah dikuasaisupaya murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran. Menurut Jamilah Ahmad(1999) menjelaskan bahawa perkembangan bahasa seseorang kanak-kanakmempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan pemikirannya. Oleh yangdemikian, pendedahan awal asas bacaan kepada murid-murid perlulah disediakansupaya dapat mengelakkan daripada kanak-kanak yang buta huruf.Refleksi Pengalaman Pengajaran dan PembelajaranSaya adalah guru pelatih yang menjalani program praktikum fasa tiga di SekolahKebangsaan Jaya(bukan nama sebenar) selama 12 minggu.Semasa menjalankanpengajaran dan pembelajaran sepanjang praktikum yang lepas, saya mendapatiterdapat beberapa orang murid yang tidak memberikan tumpuan semasa sesipengajaran berlaku. Saya juga mengalami kesulitan dalam merangka aktiviti untukmurid-murid prasekolah terutamanya melibatkan aktiviti membaca. Untuk itu, sayamembuat tinjauan dan pemerhatian dan satu masalah telah dikenalpasti yangmenjadi punca murid-murid ini tidak berminat untuk belajar. Saya mendapatibahawa antara punca murid-murid yang tidak memberikan tumpuan ialahdisebabkan murid-murid tersebut belum lagi menguasai kemahiran mengenal danmenyebut huruf. Keadaan ini menyebabkan murid-murid tersebut tidak berminatuntuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.Walaupun sudah berada diprasekolah selama satu tahun namun masih belum menyebut dan mengenal huruf.Hal ini amat menimbulkan persoalan dan membimbangkan saya. Saya jugakecewa kerana ada murid yang bergantung dengan rakan mereka untukmemberikan jawapan setiap kali diajukan soalan kepadanya. Saya perlumenggunakan kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid ini kerana adalahtanggungjawab saya untuk membimbing mereka supaya murid dapat menguasaiprabacaan ini. Oleh sebab itu, saya memberi perhatian tentang masalah murid yangmasih belum mengenal huruf dan mahu menambahbaik amalan pembelajaran danpengajaran saya. Saya sangat mengambil berat terhadap murid yang tidak dapatmengenal huruf ini. Ekoran daripada masalah ini saya telah mengambil inisiatifuntuk menjalankan kajian tindakan terhadap masalah yang dihadapi agar masalahini dapat diatasi. Oleh itu saya telah menjalankan kajian tindakan denganpenggunaan doh dalam membantu kemahiran murid prasekolah untuk mengenalhuruf ini. Kemahiran mengenal huruf amat penting untuk seorang murid prasekolahsebelum mahir dalam kemahiran membaca.Fokus KajianSetelah mengajar di kelas prasekolah saya menghadapi masalah ramai murid yangmasih belum mengenal dan menyebut huruf dengan betul. Menurut Mascle (2006)salah satu cara untuk berjaya dalam membaca perlu mempelajari mengecam huruf.Oleh sebab itu, saya memberi perhatian tentang masalah murid yang masih belum Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 73Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBLmengenal huruf. Masalah ini dikenal pasti selepas saya mengadakan satu aktivitimengecam huruf. Didapati bahawa murid tidak dapat menyebut huruf dengan betul.Ini menunjukkan murid-murid prasekolah belum mengenal huruf. Setelah masalahdikenalpasti, saya telah merangka satu bentuk ujian lisan dalam kalangan muridmurid.Saya telah menggunakan ujian pra, senarai semak dan pemerhatian untukmembantu dalam menyelesaikan dan mendapat maklumat berdasarkanpermasalahan yang saya kaji. Berdasarkan ujian pra, saya mendapati Subjek 1hanya dapat menyebut 19 huruf dan Subjek 2 pula dapat menyebut 21 hurufsahaja. Manakala Subjek 3 pula adalah hanya dapat menyebut 18 huruf dan Subjek4 pula adalah 16 huruf sahaja. Berdasarkan nota lapangan dan senarai semak,bentuk huruf yang hampir sama mengelirukan subjek. Berdasarkan senarai semak,huruf yang mengelirukan subjek adalah huruf d,h,q,l,n,m,g,b,p dan hurufj.Pendedahan awal asas bacaan kepada murid-murid perlulah disediakan supayadapat mengelakkan daripada kanak-kanak yang buta huruf. Apabila muridprasekolah mampu menguasai kemahiran prabacaan ini maka memudahkan muridprasekolah untuk mahir membaca.Objektif KajianObjektif AmKajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid prasekolahuntuk menyebut dan mengenal huruf kecil melalui penggunaan doh.Objektif KhususBerikut adalah objektif khusus dalam kajian tindakan ini iaitu :i. Murid prasekolah dapat menyebut dan mengenal huruf kecil dengan betul.ii. Menarik minat murid prasekolah untuk mempelajari mengenal huruf.iii. Mengenal pasti kesan menggunakan doh dalam membantu kemahiranmurid prasekolah dalam menyebut dan mengenal huruf kecil.iv. Menambah baik pengajaran saya melalui penggunaan doh dalammembantu kemahiran murid prasekolah dalam menyebut dan mengenalhuruf kecil.Persoalan KajianKajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut. Adakah terdapat peningkatan terhadap kemahiran mengenal huruf kecildan menyebut huruf dengan betul melalui penggunaan doh? Adakah penggunaan doh dapat menarik minat murid prasekolah untukmempelajari mengenal dan menyebut huruf ? Adakah penggunaan doh dalam meningkatkan kemahiran menyebut danmengenal huruf kecil dapat mengubah amalan pengajaran saya?PELAKSANAAN TINDAKANPerancangan TindakanSaya telah merancang dan melaksanakan menggunakan doh untuk mengatasimasalah yand dihadapi oleh subjek kajian. Kajian Popp (1964) yang dinyatakandalam Ai Hong Chen & Noor Suriani Mohamad (2002) juga menekankan bahawamengenal abjad dari segi bentuk dan namanya adalah penting pada peringkat Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 74Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBLpermulaan awal mengenal abjad sebagai peringkat permulaan kanak-kanak belajarmembaca. Saya telah memilih menggunakan doh untuk membentuk huruf kecilkerana murid prasekolah berpeluang untuk menguli dan menggentel dan disampingitu murid prasekolah dapat membantu mereka untuk mengingat huruf kecil tersebutdisamping untuk menguasai peringkat prabacaan. Ai Hong Chen & Noor SurianiMohamad (2002), adalah penting guru-guru membantu kanak-kanak pada tahapawal membaca untuk membezakan huruf-huruf secara visual denganmenggunakan alat bantu mengajar. Menurut Bustam Kamri (2010) pengajaranabjad atau huruf dalam bentuk kertas tugasan atau buku kerja dan apa jua jenispengajaran formal kepada kanak-kanak tidak memberi kebaikan. Montessori yangdinyatakan dalam Nor Hashimah & Yahya (2003) percaya pengalaman sangatpenting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut Froebel dinyatakan dalam NorHashimah & Yahya (2003) permainan konstruktif yang melibatkan pergerakanmotor halus seperti menggentel dapat memberi peluang kanak-kanak belajarsesuatu dan dapat melibatkan kemahiran manipulatif. Melalui penggunaan doh,menurut National Association For The Education Of Young Children (2005) yangdinyatakan dalam Swartz (2005) membantu kanak-kanak membina kemahiranliterasi iaitu dapat pengalaman bernilai. Simbolik dan permainan konstruktif dalammengunakan doh membolehkan memperkembangkan kebolehanberbahasa.Menurut Swartz(2005) penggunaan doh menyediakan aktiviti yangmenarik dan pengalaman yang berharga kepada kanak-kanak dan kanak-kanakdapat mempelajari sesuatu dengan cepat melalui memanipulasi bahan dimanamereka boleh melihat kesan tersebut di hadapan mereka. Pengalaman kreatifdengan menggunakan bahan seperti penggunaan doh membolehkan kanak-kanakberpeluang mempelajari aktiviti yang mendatangkan banyak manfaat(Swartz,2005).Pelaksanaan TindakanKajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu dan saya telahmemperuntukkan 30 minit untuk menjalankan intervensi ini.Cara pelaksanaanpenggunaan doh adalah saya memperkenalkan huruf terlebih dahulu. Setiap subjekdiberikan satu kad huruf dan doh untuk membentuk huruf berdasarkan bentuk hurufyang dipaparkan di kad huruf. Subjek perlu menguli dan menggentel doh untukmembentuk huruf berdasarkan kad huruf tersebut. Kemudian subjek menunjukkanhasil kerjanya dan menyebut huruf yang telah dibentuk olehnya. Setiap minggusubjek diperkenalkan lima atau enam huruf melalui penggunaan doh dalam tempohempat minggu. Walaubagaimanapun, saya lebih memfokuskan huruf yang belumdapat dicam oleh subjek. Selepas subjek membentuk huruf menggunakan doh,subjek diberi aktiviti mudah untuk mengukuhkan lagi pemahaman serta untukmengumpul data. Aktiviti yang digunakan adalah guru menunjukkan kad huruf danmurid akan menyebut huruf tersebut. Catatan pemerhatian direkodkanmenggunakan nota lapangan supaya dapat melihat perkembangan subjektersebut.Selepas empat minggu saya membuat ujian pos mengenal dan menyebuthuruf untuk tujuan melihat terdapatnya peningkatan antara ujian pra dan ujian pos.METODOLOGIPeserta KajianKajian ini dijalankan dengan melibatkan empat orang murid prasekolah yang terdiridaripada dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 75Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBLEtika PenyelidikanSebelum saya memulakan penyelidikan tindakan saya, saya terlebih dahulu telahmendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah seterusnya saya telah menulissurat untuk memohon kebenaran daripada ibu bapa keempat-empat subjek bagimembenarkan subjek terlibat dengan penyelidikan tindakan ini.Teknik Mengumpul DataInstrumen yang saya gunakan dalam kajian tindakan saya adalah ujian,pemerhatian, senarai semak dan temubual untuk menghasilkan data deskriptif agargambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian inidiperoleh. Ujian terbahagi kepada dua iaitu ujian pra dan ujian pos mengenal danmenyebut huruf.Ujian Pra Dan Ujian Pos Mengenal Dan Menyebut Huruf KecilUjian pra diadakan sebelum intervensi dijalankan. Kajian ini dijalankan bagi menilaisejauh mana pencapaian dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiranmengecam huruf kecil. Dalam ujian yang dijalankan, saya meminta kanak-kanaktersebut menyebut huruf berdasarkan kad huruf yang ditunjukkan.Ujian posdiberikan kepada subjek kajian setelah proses rawatan selesai dijalankan. Ujian inisama dengan ujian pra dengan meminta murid prasekolah menyebut hurufberdasarkan kad huruf yang ditunjukkan. Perbezaan pencapaian antara ujian posdan ujian pra digunakan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid-murid.Ujian pos dibuat selepas intervensi dibuat iaitu selepas empat minggu.PemerhatianSaya menggunakan pemerhatian tidak berstruktur untuk mengumpul data.Pemerhatian ini dilakukan ketika murid menjalankan sesi pembelajaran danpengajaran di dalam kelas. Tujuannya adalah untuk melihat sama ada subjek dapatmenyebut huruf kecil dengan betul ataupun tidak. Segala pemerhatian direkodkandengan menggunakan nota lapangan.Senarai SemakSenarai semak digunakan untuk mengetahui jenis huruf yang belum dikenal olehsubjek dan dapat mengetahui jenis huruf kecil yang menimbulkan kekeliruan. Inimemudahkan saya untuk menganalisis data yang diperoleh. Semua datadirekodkan pada borang senarai semak.TemubualTemu bual digunakan untuk meninjau persepsi subjek. Temu bual digunakansebagai kaedah untuk mendapatkan data supaya dapat menjawab persoalan kajianpenyelidikan ini. Sebanyak tiga soalan pertanyaan diajukan kepada murid selepasintervensi dijalankan. Saya menggunakan soalan yang ringkas dan berstrukturuntuk mendapatkan maklumat daripada mereka. Semasa temubual, sayamengumpul data dengan menulis jawapan subjek kajian pada lembaran soalanyang telah saya berikan.Teknik Menganalisis DataSaya menggunakan analisis kandungan untuk menganalisis data yang dikumpulmelalui ujian pra, ujian pos, pemerhatian, senarai semak dan temu bual. Bagi ujian Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 76Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBLpra dan ujian pos pula saya dianalisis dengan menukarkan kepada bentukperatusan untuk menerangkan kajian yang telah saya lakukan. Dengan caramembandingkan data-data daripada ujian pra dan ujian pos itu, perkaitan antaradata dapat dilihat dengan jelas. Dalam kajian ini data yang dikumpul diproses dalambentuk peratusan.Formula ini dikira dengan membahagikan bilangan huruf yangdapat dijawab dengan jumlah abjad (26 huruf kecil) dan didarab dengan 100peratus (%).Ujian pos diberikan kepada subjek kajian setelah proses rawatanselesai dijalankan. Ujian ini sama dengan ujian pra dengan meminta muridprasekolah menyebut huruf berdasarkan huruf kecil yang ditunjukkan. Perbezaanpencapaian antara ujian pos dan ujian pra digunakan untuk mengesan kemajuandan pencapaian murid-murid. Ujian pos dibuat selepas intervensi dibuat iaituselepas empat minggu. Pencapaian ujian pos subjek kajian dalam bentuk peratusboleh dilihat dalam jadual 1.Jadual 1: Peratus Ujian Pos Mengenal dan Menyebut Huruf KecilSubjek Kajian Ujian PosSubjek 1 92.30 %Subjek 2 100 %Subjek 3 100 %Subjek 4 88.46 %Saya juga telah menggunakan skala untuk menilai dan menentukan pencapaiansubjek bagi ujian pra dan ujian pos mengenal huruf.Berdasarkan skala gred bagiujian pos subjek yang mendapat gred A dikatakan telah menguasai kemahiranmengenal dan menyebut huruf dengan betul. Berdasarkan jadual 2, Subjek 2 danSubjek 3 mencapai tahap paling cemerlang kerana dapat mengenal 26 huruf kecil.Jadual 2: Skala Gred Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos Mengenal danMenyebut Huruf KecilGred TahapPencapaian Markah InterpretasiA Cemerlang 90-100 Menguasai kemahiran mengenal danmenyebut huruf dengan sangat baik.B Baik 80-89 Menguasai kemahiran mengenal danmenyebut huruf dengan baikC Memuaskan 60-79 Masih dalam proses penguasaankemahiran mengenal dan menyebut huruf.D Lemah 30-59 Lemah dalam menguasai kemahiranmengenal dan menyebut hurufE Sangat lemah 0-29 Sangat Lemah dalam menguasaikemahiran mengenal dan menyebut hurufSaya juga menganalisis kandungan bagi setiap temu bual. Saya aktif mendengardan meneliti isi perbincangan dalam sesi temu bual untuk menjaga kesahan data.Saya memetik ungkapan sebenar peserta kajian dan dijadikan data sokonganberhubung dengan soalan kajian. Saya menggunakan soalan yang ringkas untuk Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 77Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBLmendapatkan maklumat daripada mereka. Soalan yang digunakan adalah sepertijadual 3 berikut.Jadual 3 : Soalan Temu BualBil. Soalan1. Jika diberikan peluang, mahukah anda memiliki sendiri doh ini?2. Adakah susah menggunakan doh untuk membentuk huruf?3. Adakah anda seronok bermain menggunakan doh?Saya telah menganalisis kandungan nota lapangan bagi setiap sesi pembelajarandan pengajaran yang dilaksanakan. Rajah 4 adalah contoh analisis kandungan notalapangan. Saya telah membaca nota lapangan saya berulang kali untukmendapatkan gambaran umum bagi tujuan interpretasi.Saya melabelkan perkarapenting bagi memudahkan saya untuk menjawab soalan kajian.Rajah 4: Sedutan Nota Lapangan (13 April 2012)Teknik Menyemak DataSaya telah menggunakan triangulasi kaedah untuk semakan data. Untuk itu, sayahanya memuatkan contoh triangulasi yang saya laksanakan dalam penyelidikantindakan ini.Triangulasi KaedahSaya memilih triangulasi antara kaedah iaitu penggunaan kaedah yang berbezauntuk mengumpul data daripada subjek kajian yang sama. Subjek kajian sayaadalah tetap dan melibatkan empat orang iaitu Subjek 1, Subjek 2, Subjek 3 danSubjek 4.Namun kaedah yang digunakan adalah berbeza seperti kaedahpemerhatian, temu bual dan senarai semak. Saya telah mendapat maklum balasyang sah dan boleh dipercayai tentang minat murid terhadap penggunaan dohmembentuk huruf menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual. Gambar padaRajah 5 menunjukkan Subjek 4 membentuk huruf menggunakan doh denganbersungguh-sungguh dan dalam sesi temu bual saya dengannya mengesahkan diaSubjek 1, Subjek 2,Subjek 3 danSubjek 4menunjukkanminatdanberasaseronokuntukmembentukhurufmenggunakandoh.Kemahiranperkembanganmotor halusSubjek 2bertambahbaik.Didapati bahawa subjek 2 sudah pandaimembentuk huruf dengan lebih baik. Subjek 2sudah boleh mengguli doh itu dengan baik.Subjek 1 memberitahu Subjek 3 dia membuatdengan lebih cepat dan pandai membuat huruft. Dia sempat memberitahu rakannya yang lain.Subjek 3 juga memberitahu dia juga pandaimembuat huruf t. Kemudian, Subjek 3membentuk huruf t menggunakan doh. Subjek 3juga menunjukkan huruf yang dibentuknyakepada saya. Dia tidak sabar hendak membuathuruf yang lain. Dia meminta kad huruf yang lainlagi. Kesemua subjek juga memberikantumpuan dan menunjukkan riak muka yanggembira.Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 78Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBLseronok serta berminat terhadap penggunaan doh membentuk huruf kecil. Rajah5menunjukkan triangulasi kaedah pemerhatian dan temu bual.Rajah 5 : Triangulasi antara kaedah pemerhatian dan temu bualSaya juga telah membuat triangulasi kaedah iaitu kaedah pemerhatian berdasarkannota lapangan dan kaedah senarai semak. Berdasarkan nota lapangan dan senaraisemak saya mendapati bahawa subjek mengalami kekeliruan huruf terutamanyahuruf yang mempunyai sama bentuk. Subjek memberikan jawapan kepada hampirsama bentuk. Contohnya, untuk huruf b subjek menyebut huruf d. Rajah 5merupakan triangulasi antara senarai semak dan nota lapangan.Subjek 4memberikantumpuanuntukmembentukhuruf .Menunjukkanminatterhadappenggunaandoh.Saya : Jika diberikan peluang, mahukah anda memiliki sendiri doh ini?Subjek 4: Nak.... cikgu(senyum)Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 79Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBLRajah 5: Triangulasi Antara Kaedah Senarai Semak dan Nota LapanganREFLEKSIRefleksi Dapatan Adakah terdapat peningkatan terhadap kemahiran mengenal huruf kecildan menyebut huruf dengan betul melalui penggunaan doh?Dapatan ini telah menjawab persoalan kajian.Peningkatan tahap penguasaanmurid-murid dalam menyebut dan mengenal huruf kecil sangat penting buat muridmuridkerana akan membantu mereka melangkah peringkat kemahiran membaca.Ini adalah kerana asas awal membaca bermula dengan proses mengenal huruf.Dapatan ini selari dengan kajian Safiah (1990), kanak-kanak hanya boleh membacaselepas mereka mengenal huruf dalam abjad setelah itu mengetahui bunyi sukukata dan barulah mengecam perkataaan berdasarkan huruf dan suku kata. Responpositif murid-murid terhadap teknik ataupun kaedah yang diaplikasikanmenunjukkan penggunaan doh untuk meningkatkan kemahiran mengenal danmenyebut huruf adalah satu pendekatan yang efektif bagi murid-murid terhadapmurid prasekolah. Peningkatan ketara terhadap subjek-subjek menunjukkanintervensi yang dilaksanakan berjaya berdasarkan keputusan ujian pra dan pos.Kefahaman terhadap pengenalan huruf kecil menjadi mudah dengan adanya alatbantuan mengajar serta strategi mengajar yang baik. Bahan pengajaran yang baikakan membantu memperkembangkan kebolehan dan kemahiran subjek diprasekolah. Jika sebelum intervensi, murid tidak dapat mengenal huruf denganSubjek 1 dan Subjek 4 pula keliru dengan huruf yangmempunyai bentuk yang hampir sama. Subjek 1memberikan jawapan untuk huruf d adalah huruf p. Subjek4 pula memberikan jawapan untuk huruf b adalah d.Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 80Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBLbaik, selepas rawatan menunjukkan perubahan positif murid terhadap kemahiranmengenal huruf kecil.Ujian pra dan pos, senarai semak, temu bual serta pemerhatian adalah instrumenpenting ketika saya mencari data untuk menjawab persoalan ini. Kemahiranmenyebut huruf meningkat dengan betul berdasarkan huruf yang ditunjukkankerana subjek sudah dapat mengenal huruf kecil dengan baik. Menurut Kamarudin(1993), dalam proses membaca, seseorang perlu mengecam atau mengenallambang dan seterusnya mengaitkan lambang tersebut dengan bunyi sehinggalahboleh diterjemahkan kepada makna perkataan dan ayat. Proses subjek mengenalhuruf kecil ketika menggunakan doh secara tidak langsung memberikan latihanmembunyikan huruf kepada subjek. Kefahaman itu diperkukuhkan lagi apabilamurid perlu menyebut huruf berdasarkan kad huruf yang ditunjukkan. Aktiviti yangberpusatkan murid yang saya jalankan semasa tempoh rawatan berlangsungsangat memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid-murid di dalammembantu mereka menyebut dan mengenal huruf kecil dan telah meningkatkantahap motivasi mereka untuk mempertingkatkan tahap penguasaan mereka. Melaluipenggunaan doh, Subjek 2 dan Subjek 3 telah berjaya mengenal 26 huruf kecilmanakala Subjek 1 dan Subjek 3 juga mengalami peningkatan dalam mengenalhuruf. Rajah 6 menunjukkan perbandingan bilangan huruf yang dapat dikenalberdasarkan ujian pra dan ujian pos.Rajah 6 : Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Mengenal Dan MenyebutHuruf Yang Ditunjukkan Adakah penggunaan doh dapat menarik minat murid prasekolah untukmempelajari mengenal dan menyebut huruf ?Selain daripada itu, penggunaan doh dapat menarik minat murid untuk mempelajarimengenal dan menyebut huruf kecil. Aktiviti seperti menguli dan menggentel doh19 21 18 1624 26 26 23051015202530Subjek 1 Subjek 2 Subjek 3 Subjek 4Bilangan huruf yang dapat dikenaldan disebut dengan betulPerbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengenal danMenyebut Huruf Kecil Yang DitunjukkanUjian PraUjian PosKoleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 81Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBLuntuk membentuk huruf dapat menarik minat murid dan murid berasa seronoksemasa melakukan aktiviti ini. Hasil daripada temubual saya dengan subjekmenunjukkan subjek berasa seronok menggunakan doh untuk membentuk hurufkecil. Safiah (1999), menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehanmengenal huruf merangkumi persekitaran, personaliti dan motivasi dan merupakansatu kombinasi yang boleh meningkatkan atau menjejaskan kebolehan mengenalhuruf. Pencapaian murid-murid di dalam menyebut dan mengenal huruf kecilmeningkat kerana motivasi murid-murid semakin bertambah untuk mereka belajarmenyebut dan mengenal huruf kecil. Jika dahulu, mereka bosan dengan kaedahpengajaran yang sama, tetapi apabila rawatan diberikan telah berjaya menarikminat mereka dan berusaha bersungguh-sungguh untuk terus belajar mengenalhuruf kecil. Ini menunjukkan subjek berasa teruja dan gembira dapat menggunakandoh. Dengan adanya bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran bolehmenjadikan aktiviti bertambah menarik kerana dalam prasekolah murid prasekolahsuka bermain. Sekiranya mereka berasa seronok dan sudah tentulah merekaberminat untuk belajar. Ini akan memudahkan mereka untuk mengingati apa yangdipelajari.Membentuk huruf menggunakan doh mampu membantu subjek untukmengenal huruf ini. Ini adalah kerana ini merupakan kali pertama merekamenggunakan doh. Mereka suka menggunakan doh dibuktikan apabila keempatempatsubjek mahu memiliki sendiri doh ini. Ini menunjukkan mereka berminat danberasa seronok dengan penggunaan doh ini. Menurut Swartz(2005) penggunaandoh menyediakan aktiviti yang menarik dan pengalaman yang berharga kepadakanak-kanak. Selain itu, menyediakan satu aktiviti hands-on yang berharga,pengalaman pembelajaran yang aktif dan membantu pengajaran sertapembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai domain iaitu psikomotor, afektif dankognitif. Jadual 7 menunjukkan catatan temu bual saya dengan subjek yangmenunjukkan mereka seronok menggunakan doh.Jadual 7 : Analisis Temu bual dengan Subjek KajianSoalan 1 : Adakah anda seronok bermain menggunakan doh?Subjek Respon SubjekSubjek 1 Seronok cikgu.Subjek 2 SeronokSubjek 3 Seronok. Boleh buat macam-macam cikgu.Subjek 4 Seronok cikgu.Aktiviti ini juga tidak membosankan juga menjadi faktor dalam membantu merekamenguasai kemahiran mengenal huruf kecil. Subjek menyatakan bahawa merekaseronok untuk bermain menggunakan doh dan mahu memiliki sendiri doh tersebut.Ini dapat dibuktikan melalui temu bual saya dengan subjek dalam Jadual 8 dimanasubjek mahu memiliki sendiri doh ini.Jadual 8 : Analisis Temu bual Subjek KajianSoalan 2 : Jika diberikan peluang, mahukah anda memiliki sendiridoh ini?Subjek Respon SubjekKoleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 82Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBL Adakah penggunaan doh dalam meningkatkan kemahiran menyebut danmengenal huruf kecil dapat mengubah amalan pengajaran saya?Penyelidikan tindakan berkaitan dengan amalan guru dalam pengajaran danmembolehkan seorang guru bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Melaluikajian tindakan ini dapat mengubah amalan saya dari segi cara mengajar danmenggunakan kaedah atau pendekatan yang bersesuaian serta menarik denganmurid prasekolah. Melalui penyelidikan tindakan ini, saya telah meningkatkan lagiamalan profesional saya untuk menjadi seorang guru yang sentiasa membuatpenemuan kendiri terhadap pengaplikasian kaedah dan teknik pengajaran sediaada. Sebagai contoh, penggunaan doh dalam meningkatkan kemahiran mengenaldan menyebut huruf telah memberi satu ilmu baharu kepada saya tentang kaedahyang boleh digunakan untuk menangani masalah mengenal huruf. Penyelidikantindakan ini bukan sahaja membantu saya mengatasi masalah murid saya tetapisecara langsung membantu saya memperbaiki diri saya.Refleksi Penilaian tindakanPenyelidikan tindakan merupakan ilmu baharu yang saya pelajari dan aplikasikandalam pembelajaran dan pengajaran semasa menjalani praktikum di sekolah.Dalam penyelidikan tindakan, pengenalan penggunaan doh mampu membantumurid-murid prasekolah didalam mengenal huruf. Pengenalan kaedah ini jugamembolehkan saya membuat refleksi berterusan tentang amalan pengajaran saya.Ini merupakan cabaran dan juga satu amalan yang penting sebelum menjadiseorang guru permulaan di sekolah. Pengetahuan yang diperoleh dapatdiaplikasikan dan sentiasa bersikap terbuka serta berani melakukan perubahanyangmemberikan manfaat kepada murid-murid. Guru perlu mengenal pasti masalahdan merenung amalan serta ideologi dari perspektif yang luas.Begitu juga dengansaya. Nilai-nilai seperti berfikiran terbuka, bertanggungjawab dan berdedikasi perludipertingkatkan dan kesimpulannya amalan profesionalisme saya perludipertingkatkan lagi.Refleksi Pembelajaran KendiriPenyelidikan tindakan merupakan satu medium yang boleh kita manfaatkan untukmeningkatkan amalan profesional kita. Ini jelas dalam meningkatkan amalanprofesional saya dari segi pengajaran kemahiran prabacaan. Hasil penyelidikanjuga menyedarkan saya bahawa kemahiran prabacaan yang melibatkan mengenaldan menyebut huruf dengan betul perlu dikuasai dan tidak boleh dipandang ringan.Murid prasekolah perlulah menguasai kemahiran prabacaan ini supayamemudahkannya untuk mahir dalam membaca. Sebagai seorang guru prasekolah,adalah tanggungjawab saya untuk membantu meningkatkan kemahiran prabacaanmurid supaya murid prasekolah mahir dalam kemahiran membaca. Kesimpulannya,kajian ini telah meningkatkan lagi amalan profesional saya untuk menjadi seorangSubjek 1 Mahu. Boleh bawa balik ke cikgu?.Subjek 2 Nak cikguSubjek 3 Nak. Nak main dengan adikSubjek 4 Nak...Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 83Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBLguru yang sentiasa membuat penemuan kendiri terhadap pengaplikasian teknikteknikpengajaran yang sedia ada. Lantaran itu, penyelidikan tindakan ini bukansahaja sekadar membantu murid saya dalam meningkatkan kemahiran mengenaldan menyebut huruf malah turut meningkatkan amalan profesional saya sebagaiseorang guru.Cadangan tindakan untuk kitaran seterusnyaUntuk cadangan seterusnya, sebaiknya masa intervensi atau rawatan perludipanjangkan untuk mendapatkan data yang lebih jitu dan sahih. Tindakan-tindakanintervensi boleh dilaksanakan lebih lama untuk membantu murid meningkatkankemahiran mengenal huruf kecil dengan lebih baik. Seseorang guru prasekolahyang kreatif harus bijak mempelbagaikan kaedah pengajarannya. Kepelbagaiankaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagimemastikan murid-murid tidak mudah bosan di samping menarik minat murid-muridpada aktiviti pengajaran. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar menambahlagi aktiviti yang lebih pelbagai dan menarik di dalam menggunakan doh.Selain itu juga, guru boleh menjadikan penggunaan doh ini sebagai satu permainandalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat dan tumpuan muriddalam mengajar kemahiran mengenal huruf kecil. Pengunaan permainan dapatmeningkatkan kefahaman murid kerana bermain merupakan jiwa murid, murid akanmeneroka pengetahuan baru dan akan mendapat pengalaman bersifat handson.Muridsecara tidak langsung akan seronok terhadap pengajaran danpembelajaran guru.Kajian terhadap kemahiran mengenal huruf perlu diperluaskan kepada huruf besarpada masa akan datang. Murid-murid akan belajar untuk membezakan kedua-duahuruf sama ada huruf kecil dan huruf besar melalui bentuk huruf. Kemahiranmengenal huruf sebenarnya amat penting kepada murid-murid dalam konsepprabacaan. Guru secara tidak langsung dapat memperbaiki sesi pengajaran danpembelajaran yang akan datang. Guru seharusnya bertanggungjawab untukmendedahkan kemahiran tersebut kepada murid-muridnya.Diharapkan pada kajian yang seterusnya, penggunaan doh ini dapat diperluaskanmelalui aplikasi di dalam tunjang-tunjang pembelajaran yang lain seperti tunjangBahasa Inggeris, Tunjang Sains, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Ekstetikasupaya menjadikan satu pengajaran lebih menarik dan mempunyai pelbagai fungsi.Kajian ini juga boleh dilanjutkan supaya teknik pengajaran ini dapatdiperkembangkan penggunaannya bukan sahaja kepada guru prasekolah tetapijuga ibu bapa murid-murid prasekolah yang juga boleh menggunakan semasamengajar anak-anak mereka di rumah.Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolahamb. Januari 2009,Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.71-84. 84Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012/27 & 28 September 2012/ IPG KBLRUJUKANAi Hong Chen & Noor Suriani Mohamad (2002). Kekeliruan Mengecam Huruf B-DP-QDi Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Kesihatan MasyarakatIsu Khas 1:46-49Bustam Kamri (2010). Abjad diajar atau tidak diajar. Diperoleh pada 15 Mac 2012dari http://bustamkamri.blogspot.com/2010/07/abjad-diajar-atau-tidakdiajar.html

Kamarudin Hj Husin. (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Mascle, D. (2006). Teach your child the alphabet. Diperoleh pada 15 Februari 2012dari http://EzineArticles.com/?expert=Deanna_MascleNor Hashimah & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah.Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Safiah Osman. (1990). Membaca: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur :BeritaPublishing Sdn. BhdSharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2011). Pendekatan Bermain Dalam PengajaranBahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal PendidikanBahasa Melayu 1(2):1-15Swartz, M.I. (2005). Playdough : Whats standard about it?. Diperoleh pada 14Februari 2012 dari www.journal.naeyc.org/about/permissions.aspSyed Abu Bakar Syed Akil.(1994).Panduan Mengajarkan KemahiranMembaca.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan PustakaJamilah Ahmad. (1999). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu. ShahAlam: Penerbit Fajar Bakti Sdb Bhd.