kajian tindakan

6
1.1 pengenalan kajian ini merupakan satu usaha yang berterusan bagi mengkaji keberkesanan dalam menggunakan kaedah muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini merupakan satu cara untuk memastikan pelajar dapat memehami dan juga mengingat hasil pelajaran dengan lebih efektif dan kekal lama. Kajian ini termasuklah dengan menguji sejauh mana keberkesanan penggunaan muzik dalam pendekatan tersebut dapat membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun pelbagai usaha dan inisiatif yang telah diberikan oleh kerajaan bagi meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun usaha ini masih lagi perlu dimurnikan oleh guru menerusi perlaksanaan yang bermakna dan berkesan kepada murid. Miskonsepsi boleh diertikan sebagai salah faham, keliru,delusi, salah fikiran, salah perhitungan dan salah

Upload: timmy-khayla

Post on 12-Aug-2015

79 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

simulasi

TRANSCRIPT

Page 1: kajian tindakan

1.1 pengenalan

kajian ini merupakan satu usaha yang berterusan bagi mengkaji keberkesanan dalam

menggunakan kaedah muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini

merupakan satu cara untuk memastikan pelajar dapat memehami dan juga mengingat

hasil pelajaran dengan lebih efektif dan kekal lama. Kajian ini termasuklah dengan

menguji sejauh mana keberkesanan penggunaan muzik dalam pendekatan tersebut dapat

membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Walaupun pelbagai usaha dan inisiatif yang telah diberikan oleh kerajaan bagi

meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun usaha ini

masih lagi perlu dimurnikan oleh guru menerusi perlaksanaan yang bermakna dan

berkesan kepada murid.

Miskonsepsi boleh diertikan sebagai salah faham, keliru,delusi, salah fikiran, salah

perhitungan dan salah pegangan. Perkara seperti ini sering berlaku kepada pelajar sekolah

rendah. Nyanyian merupakan gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan dengan suara,

bunyi atau suaran berirama dan berlagu (kamus pelajar, 1995). Kajian membuktikan

miskonsepsi atau salah faham boleh diatasi dengan menggunakan teknik atau kaedah ini.

Oleh yang demikian, dalam kajian ini saya akan menggunakan pendekatan tersebut iaitu

kaedah nyanyian dalam mengatasi masalah miskonsepsi atau salah fakta berhubung

dengan Magnet Tahun 3. Dalam kajian in, ujian pra akan saya gunakan bagi

mengenalpasti salah faham dan temu bual bagi mengesahkan salah faham tersebut.

Page 2: kajian tindakan

Keputusan kajian menunjukkan 5 orang responden yang mengalami masalah miskonsepsi

tersebut dapat diatasi. Oleh itu, kajian ini menyokong kenyataan daripada kajian

sebelumnya yang menyimpulkan penggunaan kaedah nyanyian dapat mengatasi salah

fakta di kalangan pelajar.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengalaman saya dalam praktikum 2 adalah masalah dalam kalangan segelintir murid

tahun 3 dalam tajuk magnet. Apabila saya mula mengajar tajuk ini saya akan memberikan

aktiviti kepada murid dalam bentuk yang maujud iaitu dengan memberikan contoh

magnet kepada murid. Pertamanya saya memperkenalkan jenis-jenis magnet kepada

mereka. Mereka tidak mempunyai masalah dalam mengenal jenis-jenis magnet. Namaun

begitu apabila sampai ke hasil pembelajaran yang seterusnya iaitu tentang tarikan magnet

didapati segelintir mereka iaitu 10 daripada 35 orang murid mengahadapi masalah untuk

menjawab lembaran kerja yang diberikan jika tidak diberikan bar magnet untuk mereka

mencubanya. Pada fikiran saya mustahil jika setiap kali ingin menjawab latihan yang

berkaitan dengan tarikan magnet guru harus memberikan bar magnet kepada murid yang

bermasalah ini untuk dijadikan panduan menjawab soalan. Oleh yang demikian saya

berpendapat bahawa murid yang sering salah konsep tentang daya trikan magnet ini perlu

menghafal atau menyematkan fakta tentang tarikan magnet ini dalam minda mereka.

Dalam menjalani praktikum fasa 3 ini saya ingin mengetengahkan pemersaalahan ini

untuk mencari jalan penyelesaian. Pada fikiran saya timbul persoalah adakah hanya

murid tahun 3 semasa saya menjalani praktikum 2 mengahadapi masalah ini? Adakah

Page 3: kajian tindakan

murid tahun 3 sekolah Pulau Nyior juga mengalami masalah yang sama. Untuk

merungkai persoalan saya ini saya merujuk kepada guru sains tahun 3 di sekolah ini.

Ternyat tidak semua murid dapat menguasai konsep tarikan magnet ini. Apabila mereka

masuk ke topik yang seterusnya selepas tajuk magneut mereka akan terus lupa tentang

tajuk ini. Sehubungan dengan itu mereka juga menghadapi masalah untuk menjawab kuiz

mahupun latihan yang berkaitan dengan tajuk magnet ini.

Ternyata persolan yang bermain di minda saya ini juga menghantui segelintir murid

tahun 3 di sekolah ini. Oleh yang demikian saya mempunyai insiatif untuk membantu

pelajar tahun 3 ini untuk memperbetulkan miskonsepsi mereka tentang tajuk magnet

dengan intervensi yang saya ciptakan bagi mempermudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran dalam tajuk ini.

Saya pernah mencuba intervensi ini kepada murid tahun3 di sekolah convent Alor

Setar semasa saya menjalani praktikum 2. Namun saya juga ingin mencuba

memperkenalkan teknik ini kepada murid tahun 3 di sekolah Pulau Nyior ini. Walaupun

saya tidak berpeluang untuk mengajar tahun 3 dalam semester ini namun saya berpeluang

menjalankan kajian ini kepada murid tahun 3 melalui kerjasama guru sains tahun 3 di

sekolah ini iaitu Pn Azizah Ali. Saya diberi peluang oleh Puan Azizah untuk

memperkenalkan teknik ini kepada murid tahun 3. Oleh yang demikian saya diberi

amanat untuk mengajar tajuk ini bagi 4 masa sains beliau. Dengan kerjasama yang

diberikan oleh Pn Azizah saya dapat menjalankan kajian saya untuk kelas 3 Jurutera.

Page 4: kajian tindakan

Ternyata murid dalam kelas ini juga mengalami msalah untuk menyempurnakan

lembaran kerja yang diberikan dalam tajuk megnet. Memandangkan kelas ini merupan

kelas yang ke-2, maka hamper keseluruhan murid mengalami masalah dalah tajuuk daya

tarikan magnet ini. Terdapat juga murid yang berada dalam kelas ini juga merupakan

murid yang mempunyai masalah untuk membaca dan menulis. Namun menerusi

intervensi yang saya ciptakan ini masalah untuk mengingat konsep daya tarikan magnet

tidak menjadi masalah lagi.