kajian tindakan

32
Menggunakan Kaedah Praktis Dan Latih Tubi untuk Meningkatkan Kemahiran Berlari kanak-kanak BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kemahiran berlari merupakan pergerakan asas yang perlu dikuasai oleh murid- murid. Oleh itu, kemahiran ini diletakkan sebagai kemahiran kedua yang perlu diajar kepada murid Tahun Tiga dalam kemahiran lokomotor di bawah tajuk pergerakan asas, tunjang kemahiran selepas berjalan. Berlari bermaksud bergerak dengan pantas sekali iaitu lebih cepat daripada berjalan. Kemahiran berlari dititik beratkan kerana hampir setiap aktiviti dalam dua tunjang Pendidikan Jasmani, iaitu tunjang kecergasan dan tunjang kemahiran terselit aktiviti larian. Oleh itu, menjadi satu masalah besar dalam perkembangan fizikal kanak-kanak sekiranya mereka tidak didedahkan dengan lebih awal tentang teknik larian yang betul. Pergerakan asas yang lemah pada peringkat kanak-kanak mempengaruhi tahap aktiviti fizikal pada peringkat usia yang lebih dewasa. Kebiasaannya kanak- kanak yang mempunyai pergerakan asas yang lemah mempunyai kesukaran dalam melakukan beberapa aktiviti fizikal terutama yang berkaitan dengan sukan. Menurut Muska Mosston (1986), terdapat lapan spektrum gaya pengajaran Pendidikan Jasmani, iaitu command, practice (task), reciprocal, self check, inclusion, guided discovery, divergent, individual program. Namun begitu, bagi pelaksanaan kajian ini, penyelidik hanya mengutamakan penggunaan kaedah praktis. Kajian ini akan dijalankan sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dari semasa ke semasa mengikut aktiviti yang dijalankan oleh guru. 1

Upload: yatin-godoh

Post on 25-Jul-2015

316 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan

Menggunakan Kaedah Praktis Dan Latih Tubi untuk Meningkatkan

Kemahiran Berlari kanak-kanak

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran berlari merupakan pergerakan asas yang perlu dikuasai oleh murid-

murid. Oleh itu, kemahiran ini diletakkan sebagai kemahiran kedua yang perlu

diajar kepada murid Tahun Tiga dalam kemahiran lokomotor di bawah tajuk

pergerakan asas, tunjang kemahiran selepas berjalan. Berlari bermaksud

bergerak dengan pantas sekali iaitu lebih cepat daripada berjalan. Kemahiran

berlari dititik beratkan kerana hampir setiap aktiviti dalam dua tunjang

Pendidikan Jasmani, iaitu tunjang kecergasan dan tunjang kemahiran terselit

aktiviti larian. Oleh itu, menjadi satu masalah besar dalam perkembangan fizikal

kanak-kanak sekiranya mereka tidak didedahkan dengan lebih awal tentang

teknik larian yang betul.

Pergerakan asas yang lemah pada peringkat kanak-kanak mempengaruhi

tahap aktiviti fizikal pada peringkat usia yang lebih dewasa. Kebiasaannya

kanak-kanak yang mempunyai pergerakan asas yang lemah mempunyai

kesukaran dalam melakukan beberapa aktiviti fizikal terutama yang berkaitan

dengan sukan.

Menurut Muska Mosston (1986), terdapat lapan spektrum gaya pengajaran

Pendidikan Jasmani, iaitu command, practice (task), reciprocal, self check,

inclusion, guided discovery, divergent, individual program. Namun begitu, bagi

pelaksanaan kajian ini, penyelidik hanya mengutamakan penggunaan kaedah

praktis. Kajian ini akan dijalankan sepanjang waktu pengajaran dan

1

Page 2: Kajian tindakan

pembelajaran pendidikan jasmani dari semasa ke semasa mengikut aktiviti yang

dijalankan oleh guru.

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pemerhatian penyelidik setelah mengajar di Sekolah ini, murid-

murid terutamanya bagi Tahap Satu, sangat teruja dan berminat dalam aktiviti

yang berunsurkan larian atau kejar mengejar. Begitu juga situasi yang berlaku di

sekolah dimana penyelidik membuat kajian. Bagi murid-murid di tahap satu,

berlari merupakan satu kemestian yang mesti mereka lakukan semasa bermain.

Namun begitu, terdapat satu masalah yang sama berlaku apabila murid-

murid melakukan larian. Penyelidik dapat melihat beberapa orang murid berlari

seperti menghentakkan kaki iaitu berlari menggunakan tumit dan tidak

menghayunkan tangan seperti teknik asas larian yang betul. Keadaan ini telah

menyebabkan sebilangan kecil daripada mereka mudah kepenatan dan

mengalami sakit pada bahagian tumit kaki setelah bermain. Selain daripada rasa

sakit dan penat, murid-murid terbabit sering mengadu apabila rakan-rakan

sekumpulan dalam aktiviti yang dilaksanakan mempersendakan cara larian

mereka dan mempersalahkan mereka apabila kalah dalam pertandingan

permainan. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, penyelidik rasa perkara

ini adalah tanggungjawab besar. Penyelidik perlu melakukan sesuatu agar situasi

seperti ini tidak akan berulang lagi.

1.3 Tinjauan Awal

Semasa dalam pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 (Unit 4, Bomba Pantas),

pada minggu ke 34 yang lalu, penyelidik mendapati bahawa murid-murid sangat

berminat dalam aktiviti melibatkan permainan. Mereka sedaya upaya mengikuti

aktiviti yang telah diarahkan oleh guru. Pada masa inilah penyelidik mendapati

sebilangan kecil murid-murid tidak melakukan larian yang betul semasa dalam

permainan.

Semasa bermain atau dalam masa seharian mereka, kanak-kanak

biasanya cenderung untuk berlari. Pada usia sekitar empat hingga enam tahun,

kanak-kanak akan melalui perkembangan kemahiran motor kasar dan halus

dengan pesat. Menurut Moore (1984) "Pada usia ini kanak-kanak memerlukan

beberapa jam aktiviti fizikal sehari. Hal ini membantu untuk membina tubuh,

membersihkan darah, meningkatkan fungsi sistem penghadaman dan

2

Page 3: Kajian tindakan

menenangkan saraf". Maka, boleh dikatakan melatih murid dan atlet berlari

dengan teknik yang betul seharusnya bukan satu masalah yang berat buat guru-

guru Pendidikan Jasmani atau jurulatih sekiranya mereka didedahkan dari awal

peringkat kanak-kanak. Namun begitu, permasalahan timbul apabila sehingga

memasuki alam persekolahan, sekitar umur tujuh tahun, masih terdapat kanak-

kanak yang belum dapat berlari dengan teknik larian yang betul. Tanpa asas

larian yang betul, murid-murid sukar untuk menguasai kemahiran larian yang

lebih tinggi seperti lari pecut, lari jarak sederhana dan lari jarak jauh.

Pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan

seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan

proses pertumbuhan” (Gagne, 1970). Oleh yang sedemikian, penyelidik perlu

mengambil langkah untuk membuat perubahan pada teknik larian murid yang

bermasalah kepada teknik larian yang betul bagi memastikan pembelajaran

berlaku ke atas mereka. “Satu-satunya cara meningkatkan prestasi dalam setiap

sukan termasuk berlari adalah melalui latihan” (Ibeatbrucelee, 2007). Walaupun

terdapat pendapat lain atau kaedah lain yang juga biasa digunakan dalam

meningkatkan prestasi larian murid, namun penyataan ini memberikan

penyelidik idea dan keyakinan untuk membantu memperbetulkan teknik larian

murid melalui kaedah praktis yang dipelopori oleh Mosston dan Ashworth (1986).

“Teach a child proper stride technique, controlled breathing, and proper pacing

and they will be well on the wall to mastering correct running technique” Ray

Fauteux (2007).

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :

1.4.1 Mengamalkan teknik larian yang betul semasa mengikuti aktiviti yang

melibatkan larian.

1.4.2 Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang pentingnya mempelajari

teknik larian yang betul bagi meningkatkan kepantasan larian.

1.4.3 Menambah baik amalan pengajaran guru dalam mengajar kemahiran ini

untuk membolehkan murid-murid melakukan larian yang betul dan

selamat.

1.4.4 Meningkatkan penglibatan dan kemahiran murid melalui kaedah

pengajaran yang sistematik dan inovatif.

1.5 Soalan Kajian

3

Page 4: Kajian tindakan

1.5.1 Adakah aplikasi kaedah praktis dapat membantu meningkatkan

kemahiran berlari bagi murid-murid?

1.5.2 Bagaimanakah kefahaman murid tentang teknik larian yang betul dapat

membantu mengaplikasikan teknik larian yang betul?

1.6 Kepentingan Kajian

Tinjauan kajian-kajian yang bersangkutan menunjukkan bahawa kebanyakan

kajian mengenai aplikasi latih tubi telah dijalankan terhadap kemahiran lari

pecut. Secara amnya adalah dipercayai bahawa kekerapan pengulangan

terhadap sesuatu kemahiran akan membantu responden menguasai kemahiran

dengan lebih berkesan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengatahui aplikasi

kaedah praktis teknik larian yang betul bagi meningkatkan kemahiran berlari.

Hasil kajian ini mungkin dapat memberi maklumat yang berguna kepada guru-

guru, jurulatih-jurulatih dan peserta olahraga dalam mempertingkatkan

kemahiran murid melalui aplikasi teknik larian yang betul. Akhir sekali,

keupayaan murid mengamalkan teknik larian yang betul akan meningkatkan

keyakinan dan keberanian mereka untuk terus melibatkan diri dalam apa-apa

sahaja aktiviti yang melibatkan larian.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dibataskan kepada murid-murid Tahun 3 dan berumur dalam

lingkungan 9 tahun yang dikenalpasti mempunyai masalah larian. Sampel kajian

terdiri daripada 10 orang iaitu 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Intevensi

yang diberikan kepada peserta kajian adalah lebih kepada penguasaan

kemahiran berlari dan bukannya untuk melahirkan atlet. Bentuk latihan adalah

peniruan dan latih tubi bagi teknik larian yang betul bagi membolehkan peserta

kajian menggunakan kemahiran dalam aktiviti harian khususnya melibatkan

larian.

1.8 Definisi Operasional

Berikut merupakan definisi operasional yang diguna pakai dalam kajian ini:

1.8.1 Aplikasi Kaedah Praktis Teknik Larian Yang Betul

Dalam aplikasi teknik larian yang betul ini peserta kajian menjalani latihan

secara individu dan kumpulan. Taklimat mengenai peraturan diterangkan oleh

penyelidik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidik akan

4

Page 5: Kajian tindakan

membimbing murid melakukan kemahiran dengan menyatakan butir-butir

mengajar kemahiran yang akan dipelajari. Selain daripada nota lapangan yang

diberikan, penyelidik juga akan menunjukkan gambar kepada peserta kajian

tentang urutan teknik larian yang betul sebagai rujukan. Rakaman video akan

diambil semasa peserta kajian menjalani ujian untuk dianalisa supaya penambah

baikan dapat dilakukan.

1.8.2 Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Kaedah Praktis

Pembelajaran melalui kaedah praktis merujuk kepada kepentingan pembelajaran

berdasarkan masalah dimana peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran

dalam pembelajaran, mudah memahami kemahiran yang dipelajari,

Meningkatkan pembelajaran kendiri, meningkatkan penglibatan dalam kerja

berpasukan, meningkatkan dalam berkomunikasi, meningkatkan motivasi untuk

belajar, meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan pelajar lebih berdisiplin.

Bagi memperkukuhkan penguasaan kemahiran oleh peserta kajian, penyelidik

akan menggunakan pengajaran latih tubi. Melalui cara ini peserta kajian dapat

menilai penguasaan, berkongsi kemahiran dan seterusnya memperbaiki

kelemahan.

1.8.3 Teknik Larian Yang Betul

Teknik larian bermaksud cara seseorang pelari melakukan larian dari mula

mereka berlepas sehingga ke akhir larian itu. Pelari hendaklah mempelajari

kemahiran teknik larian sebelum menghadapi sesuatu perlumbaan. Dengan

menguasai kemahiran teknik larian, peserta mudah dapat menyesuaikan diri

ketika berlari serta dapat pula menandingi atau mengatasi peserta yang lain.

1.8.4 Kemahiran Berlari

Kemahiran berlari merujuk kepada kemahiran untuk melakukan cara larian yang

betul semasa berlari. Kemahiran yang di kuasai oleh peserta kajian akan dinilai

melalui pemerhatian berdasarkan item yang dikenalpasti oleh penyelidik.

1.9 Kesimpulan

Walaupun terdapat pelbagai aras dalam larian seperti lari pecut, lari jarak

sederhana dan lari jarak jauh, namun untuk kajian ini, penyelidik hanya

memfokuskan pada teknik larian asas murid. Semasa berlari, kesalahan-

5

Page 6: Kajian tindakan

kesalahan yang sering dilakukan oleh peserta kajian ialah berlari dengan

langkah terlalu besar, berlari di atas tumit kaki, tangan disilangkan di dada, lutut

tidak diangkat tinggi, tangan tidak dihayun dan badan terlalu tegak serta kepala

menunduk. Semua pelakuan ini perlu diubah agar murid dapat berlari dalam

keadaan yang selesa dan kurang bebanan.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Asas Penjelasan Masalah Kajian

Hasil dari pemerhatian penyelidik sepanjang menjalankan pengajaran dan

pembelajaran, beberapa orang murid yang belum dapat menguasai teknik asas

larian akan menghadapi masalah semasa melakukan aktiviti fizikal yang lain.

Mereka sukar bergerak pantas dan aktif seperti murid-murid yang lain. Dengan

membantu murid-murid mengubah teknik larian mereka, sedikit sebanyak dapat

membantu mereka menglibatkan diri dengan lebih aktif semasa beraktiviti dan

bermain bersama rakan-rakan.

6

Page 7: Kajian tindakan

Pada mulanya, penyelidik cuba mengatasi masalah ini dengan

mencampurkan murid-murid yang aktif dan dapat berlari dengan baik dengan

murid-murid yang kurang aktif. Namun, maklum balas yang diberikan oleh murid

tidak menepati apa yang penyelidik jangkakan. Malahan terdapat segelintir

murid yang merungut dan berkata, “ …tidak mahu sama kumpulan sama dia…

dia lambat.” Serta merta perasaan bersalah terbit di hati penyelidik. Jadi,

penyelidik mula berfikir untuk menggunakan kaedah praktis, kerana kaedah ini

adalah berpusatkan guru. Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid masih

belum matang untuk membuat keputusan sendiri. Jadi, guru perlu memainkan

peranan penting dalam membimbing murid-murid melakukan pergerakan yang

betul.

2.2 Teori dan Model Berkaitan

Pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang

yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses

pertumbuhan” (Gagne, 1970). Oleh yang sedemikian, penyelidik perlu

mengambil langkah untuk membuat perubahan pada teknik larian murid yang

bermasalah kepada teknik larian yang betul bagi memastikan pembelajaran

berlaku ke atas mereka. “Satu-satunya cara meningkatkan prestasi dalam setiap

sukan termasuk berlari adalah melalui latihan” (Ibeatbrucelee, 2007). Walaupun

terdapat pendapat lain atau kaedah lain yang juga biasa digunakan dalam

meningkatkan prestasi larian murid, namun penyataan ini memberikan

penyelidik idea dan keyakinan untuk membantu memperbetulkan teknik larian

murid melalui kaedah praktis yang dipelopori oleh Mosston dan Ashworth (1986).

“Teach a child proper stride technique, controlled breathing, and proper pacing

and they will be well on the wall to mastering correct running technique” Ray

Fauteux (2007).

2.3 Kaedah Praktis

Menurut kajian Magill (2007), menyatakan kesan manfaat yang diperoleh melalui

latihan praktis ditafsirkan dalam istilah menjadikan pergerakan tersebut lebih

bermakna dan unik. Oleh yang demikian, apabila seseorang sering bergilir-gilir

melaksanakan kemahiran lain semasa sesi praktis mereka telah dipaksa untuk

menjadi lebih berhati-hati terhadap kemahiran mereka sendiri. Hal yang

demikian menyebabkan berlakunya pembelajaran bermakna dalam jangka masa

yang panjang. Semakin banyak maklumat bermakna disimpan dalam memori

7

Page 8: Kajian tindakan

ingatan, semakin mudah bagi seseorang itu untuk melakukan kemahiran yang

dipelajari semula pada masa akan datang. Oleh sebab itu, praktis menjadikan

hasil pembelajaran kemahiran lebih efektif (Schmidt & Wrisberg, 2008).

2.4 Kemahiran Berlari

Kemahiran berlari merujuk kepada kemahiran untuk melakukan cara larian yang

betul semasa berlari. “Satu-satunya cara meningkatkan prestasi dalam setiap

sukan termasuk berlari adalah melalui latihan” (Ibeatbrucelee, 2007). Walaupun

terdapat pendapat lain atau kaedah lain yang juga biasa digunakan dalam

meningkatkan prestasi larian murid, namun penyataan ini memberikan

penyelidik idea dan keyakinan untuk membantu memperbetulkan teknik larian

murid melalui kaedah praktis yang dipelopori oleh Mosston dan Ashworth (1986).

“Teach a child proper stride technique, controlled breathing, and proper pacing

and they will be well on the wall to mastering correct running technique” Ray

Fauteux (2007).

2.5 Kajian Lepas

Dalam kajian yang dilakukan oleh Shea dan Zimny (2009) terhadap kesan praktis

random dalam permainan sofbol, hasil dapatan kajian mendapati semua subjek

yang terlibat mengalami peningkatan prestasi apabila kesemua mereka

mendapat pertambahan kemahiran bagi perlakuan yang telah dilakukan semasa

melakukan kemahiran memukul sofbol. Oleh itu, menunjukkan subjek dapat

menguasai beberapa perlakuan dalam kemahiran memukul sofbol. Sekaligus,

persoalan kajian berkaitan praktis random dapat meningkatkan kemahiran

memukul sofbol dalam kalangan murid Tahun 5 Dinamik.

Rusedawatty Osman (2008) telah melaksanakan kajian berkaitan

ketangkasan dan bentuk badan pemain Bola Jaring mengikut posisi di dalam

pasukan. Kajian tersebut membuktikan ketangkasan pemain dalam pasukan

dipengaruhi oleh ketangkasan. Tanpa tahap ketangkasan yang baik, pemain

tidak akan dapat beraksi secara maksimum dalam permainann yang disertai

mereka. Jika melihat kajian yang dijalankan oleh Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim

dan Mariana Binti Abd Manan (2008) yang memilih untuk menjalankan kajian

tentang tahap ketangkasan atlet peninju peringkat negeri, keputusan kajian

mencatatkan hasil yang sama. Di mana, ketangkasan yang baik amat perlu

dalam membaca gerakan tangkas dalam dari pihak lawan. Jika peninju dapat

membaca gerakan pihak lawan, mereka akan bergerak dan bertindak pantas

8

Page 9: Kajian tindakan

seperti mengelak atau menghadiahkan semula gerakan yang diterima kepada

pihak lawan. Melalui kedua-dua kajian ini telah dibuktikan bahawa, ketangkasan

dan kepantasan sangat penting dalam memastikan kejayaan atlet secara

individu mahupun berpasukan. Gambetta (2005), menyatakan bahawa tahap

kecergasan fizikal yang tinggi seperti kekuatan, kuasa, dan ketangkasan saling

berkait rapat antara satu sama yang lain. Jadi, jika aspek seperti ketangkasan

tidak dikuasai, prestasi individu akan menurun. Ini mendorong pengkaji untuk

melaksanakan satu intervensi bagi meningkatkan kemahiran setelah

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh peserta kajian penyelidik.

Kajian Abd Muhammad Mu‟Iz Bin Abd Hamid dan Ramesh Rao A/L

Ramanaidu (2013) menunjukkan bahawa kaedah Bimbingan Fizikal adalah

berkesan dalam meningkatkan prestasi kemahiran asas teknik larian dikalangan

murid kurang upaya. Dalam kajian ini, Pengkaji menggunakan kaedah Bimbingan

Fizikal bagi mengatasi masalah dalam tiga teknik penting fasa larian iaitu teknik

hayunan tangan, pergerakan kaki dan juga postur badan. Hasil kajian mendapati

kaedah Bimbingan Fizikal boleh meningkatkan prestasi kemahiran asas teknik

larian bagi murid bermasalah penglihatan. Kaedah ini yang memerlukan bantuan

daripada individu yang lebih mahir dalam pergerakan fizikal dapat meletakkan

subjek kajian dalam posisi betul untuk berlari (Sulzer-Azaroff dan Myer, 1991).

Pergerakan motor juga merupakan asas kepada keyakinan kanak-kanak untuk

menggunakan lebih banyak bahagian badan mereka (Kail, 2002).

Kajian “The Visually Impaired: Involvement in Physical and Sport‟

(Constancio, 2010), telah membuktikan bahawa dengan menggunakan kaedah

Bimbingan Fizikal berjaya meningkatkan kemahiran larian kepada golongan

bermasalah penglihatan. Keberkesanan kajian ini juga dapat dilihat melalui

penglibatan aktif golongan ini dalam bidang sukan. Kini, penglibatan dalam

sukan bukan lagi sekadar untuk bersosial dan meningkatkan perkembangan diri

mereka yang lewat berbanding kanak-kanak normal, malah mampu bersaing

dalam kejohanan sukan di peringkat antarabangsa seperti sukan Paralimpik dan

memperoleh kejayaan yang memberangsangkan.

2.6 Kerangka Kajian

2.6.1 Perancangan

Merancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan

merupakan proses merancang aktiviti-aktiviti intervensi yang sesuai untuk

9

Page 10: Kajian tindakan

menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti sebagai fokus kajian. Penyelidik

telah menyediakan satu program latihan secara berterusan untuk kemahiran ini

semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Program latihan ini

penyelidik serapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani

agar semua peserta kajian berpeluang menguasai kemahiran ini. Pelaksanaan

dan pemantauan adalah berdasarkan Program Latihan yang telah dirancang

sebelum ini.

2.6.2 Program Latihan

Penyelidik menyediakan nota lapangan mengenai kemahiran berlari kepada

peserta kajian. Peserta kajian akan membaca dan mengingat maklumat yang di

beri. Penyelidik juga menggunakan gambar dan rakaman video supaya peserta

kajian dapat membandingkan perlakuan peserta kajian dengan cara lakuan yang

betul. Latihan latih tubi digunakan supaya peserta kajian dapat mengingat dan

menguasai kemahiran yang di harapkan. “Satu-satunya cara meningkatkan

prestasi dalam setiap sukan termasuk berlari adalah melalui latihan”

(Ibeatbrucelee, 2007). Di samping itu penyelidik memberikan penerangan

keseluruhan mengenai perlakuan ketika melakukan kemahiran ini. Penyelidik

mengadakan latihan melakukan kemahiran berlari yang merangkumi

demonstrasi dan tunjuk cara melalui latihan ansur maju.

Menurut Bompa (1999), latihan yang bersistematik dengan menggunakan

pendekatan yang terbaik mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet

olahraga. Sesuatu program latihan perlu merangkumi factor-faktor asas latihan

iaitu persediaan taktikal, teknikal dan persediaan psikologi. Perkara yang penting

dalam menghasilkan program latihan olahraga yang berkesan ialah kefahaman

jurulatih tentang persediaan fizikal iaitu penggunaan ciri-ciri komponen latihan

dan bentuk-bentuk latihan khusus dan prinsip-prinsip latihan mengikut

peringkat- peringkat latihan.

2.6.3 Analisis Data Kajian

Setelah data-data dikumpul, langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan ialah

penyelidik menganalisis data-data tersebut. Tujuan menganalisis data ialah

membantu untuk mendalami data dan hasil dapatan kajian secara dekat dan

jelas. Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan data sama ada dengan

10

Page 11: Kajian tindakan

menggunakan graf, carta pai, jadual dan sebagainya. Dengan menganalisis data,

pengkaji dapat melaporkan hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh

daripada responden (Shamsina, 2013). Dalam kajian ini penyelidik menggunakan

jadual untuk menunjukkan data-data yang diperolehi.

Rajah 2.6. : Kerangka Kajian Tindakan

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

11

Aplikasi Praktis Kemahiran Berlari

Masa pengajaran (30 minit/masa)

Pengajaran individu

Pengajaran kumpulan

Soalan kajian

Intevensi (aplikasi praktis)

Pemerhatian aktiviti

Ujian kemahiran

Analisis data

Hasil kajianMereflek

Page 12: Kajian tindakan

3.1 Pengenalan

Metodologi merupakan unsur penting dalam rancangan kajian tindakan agar

kajian tindakan yang ingin dilaksanakan bersistem dan mencapai objektifnya.

Metodologi Kajian merujuk kepada kaedah penyelidikan bagaimana sesuatu

maklumat itu diperolehi. Menurut Azizi et.al (2006), metedologi penyelidikan

penting dalam menentukan himpunan data yang diperlukan dalam pelaksanaan

serta cara penyelidikan tersebut. Tujuan metodologi ialah untuk membantu

memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan

membuat huraian tentang proses kajian.

Topik kali ini akan membincangkan dan menghuraikan secara terperinci

mengenai reka bentuk kajian, subjek kajian, instrumen kajian serta proses

pengumpulan dan penganalisisan data. Kajian ini dijalankan ke atas 5 orang

murid lelaki dan 5 orang murid perempuan yang dikenalpasti oleh penyelidik

mempunyai masalah penguasaan kemahiran berlari di sebuah sekolah dalam

zon Klias, Beaufort. Terdapat 3 instrumen digunakan bagi mengumpul data iaitu

pemerhatian, senarai semak dan rakaman video. Data dikumpulkan dalam 3

kitaran melalui 3 pengujian yang dikenalpasti. Kaedah analisis secara kualitatif

digunakan dalam kajian.

3.2 Subjek Kajian

Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tahun 3 yang terdiri daripada 5 orang

murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Sesuai dengan kelas Tahun 3,

kesemua responden berumur 9 tahun. Penyelidik memilih murid-murid ini

berdasarkan pemerhatian penyelidik terhadap prestasi mereka dalam aktiviti

fizikal semasa kelas Pendidikan Jasmani penyelidik dan cara larian mereka dalam

aktiviti lumba lari berkumpulan yang penyelidik buat pada pengajaran lepas.

Pengkaji menggunakan teknik persampelan bertujuan untuk menentukan subjek

kajian. Persampelan bertujuan merujuk kepada prosedur persampelan di mana

sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden

kajian. Penyelidik mengambil keputusan untuk menjalankan kajian ke atas

responden ini untuk mengenalpasti keberkesanan intervensi yang digunakan

dalam membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran berlari.

12

Page 13: Kajian tindakan

3.3 Instrumen Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang melibatkan pemerhatian,

senarai semak dan rakaman video. Penyelidikan kualitatif dijalankan untuk

mendapatkan kefahaman yang lebih jelas tentang sikap, kepercayaan, tingkah

laku dan emosi individu mahupun sekumpulan peserta kajian.

Bagi mencapai objektif dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan

model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988).

Menurut Kemmis dan McTaggart (1988), kajian tindakan merupakan suatu kajian

yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi

sosial itu sendiri seperti guru dan pendidik sebagai penyelidik melalui tindakan

praktik mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan

kualiti amalan masing-masing di samping meningkatkan kefahaman mereka

tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Menurut model

penyelidikan tindakan ini, empat langkah kajian tindakan yang disarankan

berdasarkan gelungan (cycle) iaitu mereflek, merancang, bertindak dan

memerhati.

Rajah 3.3 : Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988).

Proses kajian tindakan bermula dengan penyelidik menjalankan refleksi ke

atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Seterusnya

penyelidik menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang

13

MERANCANG Merancang tindakan intevensi

menggunakan kad nota, gambar, video dan

pemerhatian instrumen.

BERTINDAK Melaksanakan intevensi

dengan menggunakan kad nota, gambar, video dan pemerhatian instrumen.

MEREFLEK Melakukan refleksi terhadap

intevensi yang telah dilaksanakan.

MEMERHATI Melakukan pemerhatian dan ujian pencapaian terhadap peserta kajian yang dipilih.

Page 14: Kajian tindakan

dihadapi. Selepas pelan disediakan, penyelidik melaksanakan pelan yang

dihasilkan. Dalam proses pelaksanaan pelan tersebut, penyelidik akan membuat

pemerhatian kemajuan terhadap tindakan yang dijalankan. Amalan refleksi pula

membolehkan penyelidik membuat penilaian secara analitik, kritis dan kreatif

semasa menilai semula pengajaran yang telah dilaksanakan. Dengan ini,

penyelidik dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam

membuat keputusan dan mementukan justifikasi untuk mengubah tingkah laku

dan amalan penyelidik. Keseluruhan proses pelaksanaan itu disifatkan sebagai

gelungan pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka penyelidik

bolehlah memulakan proses semula ke gelungan seterusnya sehinggalah

masalah itu dapat diselesaikan.

Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik, beberapa perkara telah

dipertimbangkan semasa menjalankan penyelidikan. Antaranya termasuklah saiz

kelas atau bilangan peserta kajian, masa pelaksanaan dan strategi pengajaran

dan pembelajaran. Menurut Mohd Sofian Omar Fauzee (2006) saiz kelas yang

terlalu besar memberi kesan ke atas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani. Jumlah bilangan pelajar yang ramai dalam satu satu masa

akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Seandainya bilangan murid terlalu ramai, maka dua orang guru seharusnya perlu

dalam pengajaran dengan menggunakan kaedah ‘Team Teaching’ (J.E Rink,

2002). Oleh sebab itu, bagi kaedah praktis, penyelidik dapat memberi tumpuan

penuh kepada 10 murid tersebut. Maka, penyelidik boleh merancang masa dan

latihan mereka secara individu atau berkumpulan dengan lebih teratur dan

sistematik.

Pelajar yang menggunakan masa lebih lama dalam aktiviti atau latihan

akan lebih cepat memperolehi kemahiran (Rink,2002). Beberapa orang

penyelidik (Rink, 2002; Silverman, Devillier & Ramirez, 1991) telah

mengenalpasti tiga elemen praktis yang diperlukan untuk meningkatkan

pembelajaran atau kemahiran. Pertama, pelajar mestilah menggunakan masa

yang cukup untuk latih tubi dan ulangan. Kedua, kesukaran aktiviti haruslah

bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Ketiga, pelajar seharusnya menumpukan

kepada prestasi aktiviti yang betul. Telah dibuktikan juga bahawa terdapat

hubungan langsung antara masa praktis kemahiran dengan pembelajaran

(Meltzler, 2000).

14

Page 15: Kajian tindakan

Semasa menjalankan kaedah praktis, penyusunan kumpulan pelajar

dilakukan secara individu, berpasangan, kumpulan kecil dan keseluruhan peserta

kajian. Jika menggunakan praktis individu, setiap pelajar mempunyai ruang

untuk praktis sendiri dan bebas memulakan aktiviti. Semua pelajar boleh

melakukan aktiviti yang sama atau berlainan. Bagi praktis berpasangan pula,

pelajar dikumpulkan secara berpasangan untuk praktis. kedua-dua pelajar boleh

melakukan praktis yang sama atau seorang melakukan praktis dan pelajar

berikutnya sebagai pembantu. Dalam praktis kumpulan kecil pelajar

dikumpulkan dalam kumpulan tiga hingga empat orang. Biasanya dijalankan

mengikut kaedah stesen, berbeza dengan praktis seluruh yang melibatkan

semua peserta kajian melakukan aktiviti yang sama.

3.4 Prosedur Kutipan Data

Penyelidik telah memilih untuk menggunakan cara pengumpulan data melalui

analisis dokumen dan pemerhatian. Pengumpulan data melalui senarai semak

dapat memberi maklumat yang penyelidik kehendaki berkaitan masalah ini.

Contoh dokumen yang boleh penyelidik gunakan ialah gambar foto, video dan

rekod senarai semak pencapaian. Senarai semak merupakan instrumen yang

boleh digunakan dalam membuat kajian. Senarai semak yang digunakan oleh

penyelidik ini mengandungi item-item atau aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan

untuk diperhatikan. Fungsi yang ringkas dan mudah membolehkan sesuatu

perlakuan atau peristiwa dikesan dengan tepat.

Gambar foto pula digunakan dalam kajian untuk membolehkan suatu

fenomena yang dirakam digunakan untuk menganalisis aktiviti yang dilakukan.

Dengan ini, Penyelidik dapat melihat kedudukan kaki, tangan dan postur badan

melalui gambar foto yang diambil dalam kajian ini. Refleksi yang tepat dapat

dilakukan dengan adanya gambaran ini dan ini memudahkan penyelidik untuk

membuat tindakan yang seterusnya. Melalui pendekatan ini data yang diperolehi

lebih mantap dan boleh dipercayai.

Pemerhatian yang seterusnya ialah rakaman video. Rakaman video ialah

teknik mengumpul data yang baik khususnya melibatkan kemahiran yang

melibatkan pergerakan. Melalui rakaman video ini, penyelidik dapat melakukan

proses pengecaman secara berulang dan dapat mengelakkan keciciran data.

Pengecaman pola terhadap kemahiran berlari dilakukan secara teliti bagi

mengesahkan data yang dikumpulkan.

15

Page 16: Kajian tindakan

Dengan menggunakan kesemua kaedah ini penyelidik mempunyai

pengalaman menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan responden dalam

kajian yang dijalankan. Walau bagaimanapun kelemahannya ialah kesukaran

penyelidik untuk membuat catatan nota lapangan pemerhatian. Penyelidik

hanya melakukan pemerhatian kepada keseluruhan aktiviti yang dijalankan.

Kedua-dua pemerhatian dilakukan dalam situasi sebenar dan secara holistik

(Gay & Airasian, 2008).

3.4.1 Perancangan Kaedah Menganalisis Data

Setelah mengenalpasti masalah yang hendak penyelidik atasi, satu perancangan

telah penyelidik lakukan. Penyelidik telah menyediakan satu program latihan

secara berterusan untuk kemahiran ini melalui pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani. Program latihan ini penyelidik serapkan dalam pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Jasmani agar semua peserta kajian berpeluang

menguasai kemahiran ini. Pelaksanaan dan pemantauan adalah berdasarkan

Program Latihan yang telah dirancang sebelum ini.

Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih untuk membuat analisis data

secara manual. Cara ini lebih bersesuaian dengan cara pelaksanaan kajian dan

cara pengumpulan data yang penyelidik gunakan. Jadi, penyelidik tidak perlu

menggunakan perisian seperti SPSS. Manakala bagi menganalisis pemerhatian

pula, penyelidik menggunakan pemerhatian berstuktur dan tidak berstruktur.

Langkah yang perlu diambil sekiranya melakukan pemerhatian berstruktur

adalah kirakan kekerapan dan peratusan. Bagi pemerhatian tidak berstruktur

pula, semak maklumat dengan terperinci, lihat pemerhatian dan semak

maklumat semula.

16

Page 17: Kajian tindakan

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Penganalisian data asalah satu proses mendapatkan maklumat daripada data

mentah yang melibatkan proses pemilihan, penjadualan dan pengaturan (Azhar

muhammad, 2006). Penyelidik menggunakan kaedah kualitatif dalam kajian ini

kerana bersandarkan hasil maklumat yang diperolehi bagi menyokong

kesimpulan yang lebih rasional. Kajian dijalankan bagi meningkatkan kemahiran

teknik larian murid. Selepas kajian dijalankan penyelidik mendapati adanya

perubahan terhadap teknik larian murid yang dikaji.

4.2 Konteks Kajian

Peserta kajian yang digunakan dalam kajian ini ditunjukkan seperti pada jadual 1

di bawah.

Peserta kajian Jantina

Ciri-ciri fizikalPengalaman

dalam sukan

(peringkat

sekolah/daerah)Tinggi/Cm Berat/Kg

Peserta kajian

1L 137 32 X

Peserta kajian

2L 135 31 X

Peserta kajian

3L 133 30 X

Peserta kajian L 139 33 X

17

Page 18: Kajian tindakan

4

Peserta kajian

5L 135 31 X

Peserta kajian

6P 138 30 X

Peserta kajian

7P 143 31 X

Peserta kajian

8P 140 30 X

Peserta kajian

9P 137 29 X

Peserta kajian

10P 137 28 X

Jadual 1: Peserta Kajian

4.3 Struktur Pelaksanaan

18

Fasa I

Kaedah praktis menggunakan kad nota butir mengajar.

Instrumen :

Kad nota dan pemerhatian instrumen.

Fasa II

Kaedah praktis menggunakan gambar

Instrumen :

Gambar dan pemerhatian instrumen.

Page 19: Kajian tindakan

Rajah 4.3 : Struktur pelaksanaan kajian tindakan.

4.3.1 Perancangan Langkah-Langkah Tindakan

Tinjauan masalah

Sebelum melaksanakan kajian dengan lebih terperinci lagi, penyelidik perlu

membuat tinjauan tentang masalah ini supaya penyelidik lebih faham tentang

punca, kesan dan cara menyelesaikan masalah yang perlu diambil. Menurut

penyataan dalam ‘Summary of Moston’s Teaching Styles’ oleh Muska

Mosston(1986), kaedah praktis sesuai untuk pembelajaran peringkat awal. Selain

itu, kaedah ini sesuai untuk memantapkan kemahiran murid dalam permainan

mahupun larian.

Fasa I : Praktis dengan butir mengajar

Dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani

terutamanya dalam tunjang kemahiran, guru akan membimbing murid

melakukan sesuatu kemahiran dengan menyatakan butir-butir mengajar sesuatu

pelakuan. Oleh itu, penyelidik juga akan melakukan perkara yang sama

mengikut kebiasaan murid untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka

tentang kemahiran berlari apabila penyelidik menggunakan kaedah tradisional

ini. Bagi memudahkan murid untuk mengingati butir-butir mengajar tersebut,

19

Fasa III

Kaedah praktis menggunakan video

Instrumen :

Video dan pemerhatian instrumen.

Refleksi

Page 20: Kajian tindakan

penyelidik akan memberikan satu nota untuk setiap orang murid untuk disimpan

sebagai rujukan.

Rajah 4.3.1: Gambar dan butir mengajar

Kreteria Gambar Perlakuan

Kreteria 1

Pergerakan tangan

bersilang dengan

kedudukan kaki. Siku

dibengkokkan.

20

Page 21: Kajian tindakan

Kreteria 2

Kedua-dua kaki menyentuh

permukaan tanah dalam

tempoh yang singkat.

Kreteria 3

Perletakan kaki sempit

mendarat di atas bebola

atau jari kaki.

Kreteria 4

Kaki yang tidak

menyokong

membengkok kira-kira 90

darjah (rapat ke

punggung).

21

Page 22: Kajian tindakan

Gambar 4.3.1(a): Peserta Kajian mengaplikasikan butir mengajar

Fasa II : Praktis melalui gambar

Bagi langkah seterusnya, penyelidik akan menggunakan gambar. Bagi fasa ini,

penyelidik akan menunjukkan gambar kepada murid-murid tentang cara lakuan

larian yang betul dari satu fasa ke satu fasa yang lain. Kemudian, murid akan

membandingkan lakuan mereka melalui gambar yang penyelidik ambil semasa

mereka berlari. Penyelidik akan menunjukkan bahagian lakuan yang murid

lakukan dengan teknik yang salah dan menunjukkan lakuan yang betul di

samping menganalisis sebab dan punca kesalahan lakuan yang dilakukan oleh

murid terbabit dan mencari cara penyelesaiannya. Namun begitu, penyelidik

perlu membimbing murid membetulkan kesalahan dan membuat praktis lakuan

betul berkali-kali sehingga mencapai tahap dikehendaki.

22

Page 23: Kajian tindakan

Gambar 4.3.1(b): Urutan pergerakan fasa larian

Fasa III : Praktis melalui analisis video

Cara yang paling berkesan untuk melatih kemahiran adalah apabila murid

tersebut dapat melihat sendiri pelakuan mereka dan apakah kesalahan-

kesalahan yang mereka lakukan sebelum melihat lakuan yang betul. Oleh itu,

penyelidik membuat keputusan untuk menggunakan video bagi meningkatkan

kemahiran asas larian murid. Penyelidik hanya perlu mengambil video semasa

murid berlari dan menunjukkannya kepada murid. Murid kemudiannya akan

memerhatikan video larian seorang pelari yang menggunakan teknik yang betul.

Murid juga perlu dibimbing untuk membuat latihan mengikut lakuan yang betul

seperti yang telah mereka perhatikan dalam video. Sekiranya masih berlaku

kesalahan, penyelidik perlu berusaha mengulangi langkah tersebut dengan

membuat praktis secara individu kepada murid-murid agar mereka lebih mudah

memahaminya.

Walaubagaimanapun, aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut

keperluan setelah penyelidik melaksanakan tinjauan awal. Sekiranya perlu

membuat cara pelaksanaan yang lain, penyelidik akan membuat

pengubahsuaian namun masih berpusatkan kaedah praktis/ task mengikut

spektrum yang dipelopori oleh Muska Mosston (1986) , sehingga penyelidik

menemui jalan penyelesaian yang berkesan bagi mengatasi masalah ini.

4.4 Lingkaran Pertama

4.4.1 Dapatan dalam fasa 1

Dapatan melalui praktis dengan butir mengajar menunjukkan hanya murid yang

mempunyai daya ingatan yang tajam sahaja yang boleh melakukan paraktis

23

Page 24: Kajian tindakan

teknik larian dengan betul. Bagaimanapun kaedah ini telah memberikan

kefahaman bahawa perlunya lutut diangkat tinggi semasa melakukan larian.

Jadual 4.4.1 :Analisa senarai semak berdasarkan item

No

Analisi

s

posisi

Nombor Responden Mengikut Senarai Nama Keputusan

penguasaa

n1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1Posisi

lutut/ / x / / x / / / /

8/10

(80%)

2Posisi

tanganx X x x x x x / x /

2/10

(20%)

3Posisi

badanx X x x x x x x x x

0/10

(0%)

4Posisi

kaki/ X x / / x / / / /

7/10

(70%)

5

Posisi

tapak

kaki

x X / / x x / x / /5/10

(50%)

6 Muka / X / / / / / / / /9/10

(90%)

7Tapak

tanganx X / / x x / / / /

6/10

(60%)

Nota :

/ : Menguasai

X : Belum menguasai

4.4.2 Dapatan dalam Fasa II

Dalam fasa II ini, responden telah menggunakan gambar-gambar teknik larian

yang betul sebagai panduan untuk melakukan aplikasi larian yang betul.

24

Page 25: Kajian tindakan

Gambar-gambar ini telah mempermudahkan responden membandingkan amalan

mereka dengan teknik yang sebenarnya. Melalui kaedah ini responden telah

menunjukkan peningkatan penguasaan yang agak ketara kerana adanya

bimbingan rakan sebaya dan juga guru. Berikut merupakan analisa berdasarkan

pemerhatian lakuan responden selepas intevensi dijalankan.

Jadual 4.4.2 :Analisa senarai semak berdasarkan item

No

Analisi

s

posisi

Nombor Responden Mengikut Senarai NamaKeputusa

n1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1Posisi

lutut/ / / / / / / / / /

10/10

(100%)

2Posisi

tangan/ / x / / x x / / /

7/10

(70%)

3Posisi

badan/ / / / x x / / / /

8/10

(80%)

4Posisi

kaki/ / x / / x / / / /

8/10

(80%)

5

Posisi

tapak

kaki

x X / / x x / x / /5/10

(50%)

6 Muka / / / / / / / / / /10/10

(100%)

7Tapak

tanganx / / / x x / / / /

7/10

(70%)

Nota :

/ : Menguasai

X : Belum menguasai

4.4.3 Dapatan dalam Fasa III

25

Page 26: Kajian tindakan

Dalam fasa ini, penyelidik menggunakan video untuk sebagai usaha

meningkatkan kemahiran berlari murid. Penyelidik menggunakan video yang

diambil ketika murid berlari. Melalui rakaman video ini, penyelidik

membincangkan kepada peserta kajian untuk memperbetulkan kesalahan.

Peserta kajian juga dapat membandingkan teknik larian mereka dengan

rakaman video daripada peserta yang telah melakukan teknik larian yang betul.

Rakaman video ini banyak membantu penyelidik menyemak apa yang

diperhatikan untuk di bincang bersama peserta kajian untuk penambah baikan.

Jadual 4.4.3 :Analisa senarai semak berdasarkan item selepas intevensi fasa III

N

o

Analisis

posisi

Nombor Responden Mengikut Senarai NamaKeputusa

n1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1Posisi

lutut/ / / / / / / / / /

10/10

(100%)

2Posisi

tangan/ / X1 / / X1 / / / /

8/10

(80%)

3Posisi

badan/ / / / / / / / / /

10/10

(100%)

4Posisi

kaki/ / / / / X1 / / / /

9/10

(90%)

5

Posisi

tapak

kaki

/ / / / / / / X1 / /9/10

(90%)

6 Muka / / / / / / / / / /10/10

(100%)

7Tapak

tangan/ / / / / / / / / /

10/10

(100%)

Nota :

/ : Menguasai

X : Belum menguasai

X1 : Ada perubahan

26

Page 27: Kajian tindakan

4.4.4 Pencapaian Prestasi Sepanjang Intevensi Dijalankan

Hasil kajian menunjukkan kombinasi latihan melalui fasa I, fasa II dan fasa III

yang dijalankan menunjukkan kesan positif terhadap perubahan teknik larian

peserta kajian. Penambah baikan melalui gerakan yang berasaskan kepada

teknik larian menunjukkan peningkatan ketara apabila terdapat perbezaan yang

ketara melalui pemerhatian dan senarai semak yang digunakan bagi

memerhatikan perlakuan berlari peserta kajian.

Sebelum intevensi Selepas intevensi

Gambar 4.4.4 : Sebelum dan selepas intevensi

Jadual 4.4.4 Perbandingan Pencapaian Mengikut Fasa Intevensi

Bil Analisis item

Fasa I Fasa II Fasa III

Lulus % Lulus % Lulus %

1 Posisi lutut 8/10 (80%) 10/10(100%

)10/10

(100%

)

2 Posisi tangan 2/10 (20%) 7/10 (70%) 8/10 (80%)

3 Posisi badan 0/10 (0%) 8/10 (80%) 10/10(100%

)

4 Posisi kaki 7/10 (70%) 8/10 (80%) 9/10 (90%)

27

Page 28: Kajian tindakan

5 Posisi tapak kaki 5/10 (50%) 5/10 (50%) 9/10 (90%)

6 Muka 9/10 (90%) 10/10(100%

)10/10

(100%

)

7 Tapak tangan 6/10 (60%) 7/10 (70%) 10/10(100%

)

Latihan berterusan terhadap kemahiran ini telah memberi kesan positif terhadap

teknik larian yang dibuat oleh peserta kajian. Dalam semua kemahiran item yang

dinilai oleh penyelidik telah menunjukkan peningkatan penguasaan oleh peserta

kajian. Walaupun terdapat kemahiran tertentu seperti posisi tangan, posisi kaki

dan posisi tapak kaki yang belum dikuasai sepenuhnya oleh peserta kajiann

namun terdapat peningkatan penguasaan yang dikuasai walaupun tidak

mencapai standard yang ditetapkan oleh penyelidik. Peningkatan penguasaan

oleh kesemua peserta kajian ini membuktikan bahawa intevensi yang dibuat

oleh penyelidik telah dapat membantu meningkatkan kemahiran berlari.

Keputusan ini secara langsung telah menjawab soalan kajian penyelidik pada

soalan 1.5.1.

Dalam kajian ini, semua 10 peserta kajian telah mencapai penguasaan

penuh (100%) dalam kemahiran pada item bilangan 1, 3, 6 dan 7. Walaupun

tidak menguasai sepenuhnya kemahiran pada item 2, 4 dan 5 namun terdapat

peningkatan yang baik pada kemahiran ini. Hasil kajian yang dilaksanakan juga

menunjukkan bahawa penggunaan nota lapangan dan gambar foto memberi

kesan positif terhadap kefahaman peserta kajian tentang pentingnya menguasai

kemahiran berlari. Nota lapangan dan gambar fasa larian yang diberikan oleh

penyelidik telah memudahkan peserta kajian untuk membuat rujukan dan

perbandingan terhadap lakuan yang dilakukan sendiri serta lakuan yang

dilakukan oleh rakan lain. Dengan ini peserta kajian dapat menguasai kemahiran

sepertimana yang diharapkan oleh penyelidik. Penglibatan dan kerja berpasukan

yang ditunjukkan oleh peserta kajian semasa latihan dijalankan adalah amat

baik. Oleh itu soalan kajian penyelidik pada 1.5.2, secara langsung telah

terjawab.Keupayaan peserta kajian menguasai kemahiran berlari melalui

intevensi yang diperkenalkan oleh penyelidik membuktikan bahawa objektif yang

di sasarkan oleh penyelidik telah tercapai khususnya pada objektif 1.4.1 dan

objektif 1.4.2. Pelaksanaan intevensi secara berperingkat menggunakan model

28

Page 29: Kajian tindakan

yang diperkenalkan oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988) secara tidak langsng

telah menambahbaik amalan pengajaran penyelidik supaya merancang

pengajaran yang sistematik dan lebih inovatif. Ini telah menggalakkan

penglibatan peserta kajian dalam melibatkan diri secara aktif dalam latihan yang

dilakukan.

Secara keseluruhannya, peningkatan penguasaan peserta kajian secara

konsisten bermula dari pelaksanaan intevensi pada fasa I hinggalah pada fasa III

jelas menunjukkan bahawa inevensi yang diperkenalkan oleh penyelidik telah

berhasil dan menjawab kepada soalan kajian penyelidik serta mencapai objektif

yang telah disasarkan.

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

29

Page 30: Kajian tindakan

5.1 Perbincangan

5.1.1 Adakah aplikasi kaedah praktis dapat membantu meningkatkan

kemahiran berlari bagi murid-murid?

Dapatan kajian menunjukkan hasil usaha latihan berterusan telah memberi

kesan positif terhadap teknik larian yang dibuat oleh peserta kajian. Peningkatan

perubahan posisi badan semasa berlari selepas latihan dibuat menunjukkan

kaedah praktis berjaya mempertingkatkan teknik larian yang betul peserta

kajian. Kaedah yang betul dapat diterapkan melalui proses penambahbaikan

terhadap kesilapan secara berperingkat-peringkat. Kemahiran larian yang betul

dapat dibangunkan melalui siri-siri latihan secara berfasa bagi membentuk

kaedah larian yang betul.

Berdasarkan refleksi awal semasa memerhatikan murid-murid membuat

larian, penyelidik merasakan bahawa kelemahan dalam aplikasi teknik larian

yang betul menjadi penghalang mereka untuk terus aktif dalam aktiviti-aktiviti

yang melibatkan pergerakan khususnya larian. Melalui intevensi yang telah

penyelidik perkenalkan didapati bahawa peserta kajian telah mampu

meningkatkan keinginan untuk menyertai aktiviti melibatkan larian. Pada usia

sekitar empat hingga enam tahun, kanak-kanak akan melalui perkembangan

kemahiran motor kasar dan halus dengan pesat. Menurut Moore (1984), "Pada

usia ini kanak-kanak memerlukan beberapa jam aktiviti fizikal sehari. Hal ini

membantu untuk membina tubuh, membersihkan darah, meningkatkan fungsi

sistem penghadaman dan menenangkan saraf."

Melalui latihan yang dijalankan dalam fasa II, kemahiran dalam teknik

larian yang betul dapat ditingkatkan. Gambar-gambar teknik larian yang betul

yang telah diperlihatkan kepada peserta kajian membolehkan mereka

melakukan perbandingan dengan asas teknik larian yang mereka dan rakan

mereka lakukan. Dalam latihan ini juga penyelidik telah memainkan peranan

yang penting dengan memberikan panduan tunjuk ajar dalam perlakuan supaya

peserta kajian lebih yakin dalam amalan lakuan teknik larian yang betul.

5.1.2 Bagaimanakah kefahaman murid tentang teknik larian yang betul

dapat membantu mengaplikasikan teknik larian yang betul?

30

Page 31: Kajian tindakan

Dalam kajian ini, menunjukkan bahawa latihan yang dilakukan secara berulang-

ulang telah banyak membantu penyelidik memperbaiki teknik larian peserta

kajian kerana latih tubi telah memperkukuhkan kefahaman dan kemahiran

peserta kajian. “Satu-satunya cara meningkatkan prestasi dalam setiap sukan

termasuk berlari adalah melalui latihan” (Ibeatbrucelee, 2007). Walaupun

terdapat pendapat lain atau kaedah lain yang juga biasa digunakan dalam

meningkatkan prestasi larian murid, namun penyataan ini memberikan

penyelidik idea dan keyakinan untuk membantu memperbetulkan teknik larian

peserta kajian melalui kaedah praktis yang dipelopori oleh Mosston dan

Ashworth (1986). “Teach a child proper stride technique, controlled breathing,

and proper pacing and they will be well on the wall to mastering correct running

technique” Ray Fauteux (2007).

Dapatan pengkaji lain juga menunjukkan hasil yang positif. Berdasarkan

kajian lepas yang telah dilakukan oleh Abd Muhammad Mu‟Iz Bin Abd Hamid dan

Ramesh Rao A/L Ramanaidu (2013) menunjukkan bahawa kaedah Bimbingan

Fizikal adalah berkesan dalam meningkatkan prestasi kemahiran asas teknik

larian dikalangan murid kurang upaya. Hasil kajian mendapati kaedah Bimbingan

Fizikal yang dilakukan secara berulang-ulang boleh meningkatkan prestasi

kemahiran asas teknik larian bagi murid bermasalah penglihatan. Kaedah ini

yang memerlukan bantuan daripada individu yang lebih mahir dalam pergerakan

fizikal dapat meletakkan subjek kajian dalam posisi betul untuk berlari (Sulzer-

Azaroff dan Myer, 1991). Pergerakan motor juga merupakan asas kepada

keyakinan kanak-kanak untuk menggunakan lebih banyak bahagian badan

mereka (Kail, 2002).

Dalam melatih peserta kajian membina kemahiran teknik larian, teknik

aplikasi larian yang betul diperkenalkan kepada peserta kajian bagi

membolehkan mereka menguasai kemahiran yang diperlukan. Pada masa yang

sama, kecergasan fizikal dapat dibina dan mengelakkan peserta

kajianmelakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kecederaan berlaku.

Latihan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat ini bukan sahaja berjaya

membina kemahiran teknik larian tetapi juga kekuatan fizikal seperti kekuatan

otot dan daya tahan kardiovaskular. Hal ini disokong oleh Dick (2002) yang

menyatakan kecergasan fizikal memainkan peranan penting bagi mencapai

sesuatu prestasi sukan kerana ia dapat mengelakkan daripada berlakunya

kecederaan.

31

Page 32: Kajian tindakan

Kesimpulannya, latihan aplikasi teknik larian yang betul yang digunakan

penyelidik dalam meningkatkan kemahiran berlari telah mencapai objektif dan

menjawab soalan kajian. Hasil kajian telah menunjukkan aplikasi teknik larian

yang betul membantu meningkatkan kemahiran berlari peserta kajian. Hal ini

selaras dengan pendapat Ibeatbrucelee (2007) bahawa latihan adalah satu-

satunya cara meningkatkan prestasi dalam setiap sukan termasuk larian.

5.2 Rumusan

Selepas melakukan kajian ini bagi melihat peningkatan teknik larian selepas

enam minggu program latihan, keputusan menunjukkan terdapat kesan positif

terhadap aplikasi teknik larian yang betul oleh peserta kajian. Perbezaan analisis

data yang dicatatkan dalam pemerhatian penyelidik menunjukkan bahawa

program latihan aplikasi teknik yang betul bagi meningkatkan kepantasan larian

murid telah membuahkan hasil. Latihan aplikasi teknik yang betul dalam larian

yang dijalankan secara ansur maju telah membina kemahiran dan keyakinan

kepada peserta kajian untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti permainan

yang melibatkan larian. Berdasarkan dapatan kajian juga penyelidik

merumuskan bahawa aplikasi teknik larian yang betul dapat memberikan kesan

kepada kepantasan larian peserta kajian disamping meningkatkan penglibatan

peserta kajian dalam aktiviti permainan. Walaubagaimanapun kaedah aplikasi ini

perlu dikendalikan dalam jangka masa yang lebih panjang dan konsisten bagi

mendapatkan kesan yang terbaik.

5.3 Cadangan Kajian Lanjut

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan pendekatan berpandukan model

yang di asaskan oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988). Bagaimanapun kajian oleh

penyelidik dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan batasan-

batasan ini, penyelidik mencadangkan beberapa kajian lanjutan antaranya kajian

terhadap penggunaan latihan kaedah aplikasi teknik larian yang betul ke atas

jenis-jenis sukan yang lain khususnya sukan olahraga. Selain itu, kajian lanjut

juga boleh dijalankan terhadap gabungan kaedah aplikasi teknik larian yang

betul dengan bentuk latihan lain seperti bebanan bagi menilai impak terhadap

ahli sukan. Guru-guru yang terlibat sama dalam pengajaran dan pembelajaran

pendidikan jasmani di sekolah boleh menggunakan kaedah ini terhadap atlet

sekolah dengan melanjutkan lagi tempoh intevensi bagi melihat kesan yang

optimum terhadap atlet dengan tujuan meningkatkan lagi kepantasan.

32

Page 33: Kajian tindakan

5.4 Penutup

Penyelidik telah diberi peluang mengajar matapelajaran pendidikan jasmani

Tahun 3. Dengan ini, penyelidik berkesempatan untuk menjalankan intevensi

terhadap peserta kajian yang telah dipilih. Kerjasama daripada warga sekolah

amat memberangsangkan apabila turut membantu seperti mengambil gambar

dan membuat rakaman video terhadap setiap intevensi yang dilaksanakan.

Kerjasama seumpama ini merupakan satu yang amat bermakna kepada

penyelidik dimana kolaboratif terjalin antara penyelidik dengan warga sekolah.

Aplikasi teknik larian yang betul yang diperkenalkan oleh penyelidik dapat

meningkatkan kemahiran teknik berlari murid-murid. Pemerhatian yang

dijalankan terhadap peserta kajian menunjukkan peningkatan terhadap teknik

larian peserta kajian. Perbandingan dapat dilihat melalui analisis video yang

diambil sebelum dan selepas intevensi dijalankan. Perkembangan positif ini

seterusnya telah meningkatkan minat peserta kajian untuk turut terlibat dalam

apa sahaja aktiviti permainan yang melibatkan larian.

RUJUKAN

33

Page 34: Kajian tindakan

Asha Hasnimy Mohd Hashim dan Mariana Abd Manan. (2008). Kajian Terhadap Tahap Ketangkasan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri.

Azhar Muhammad, (2006). Pembelajaran Balaghah Arab Di Peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia: Satu Kajian Kes, Fakulti Bahasa Dan Linguistik, Universiti Malaya.

Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan. 2007, Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.

Bompa, T.O (1983). Theory and Methodology of Training–The Key To Athletic Performance.

Constancio, J.L.L. (2010). The Visually Impaired: Involvement in Physical Activity and Sport. Dick F.W. (2002). Sport Training Principles. London : Lepus Book.

Dick B. (2002). Grounded theory: A thumbnail sketch.

Ibeatbrucelee. (2007). Recreational and Youth : How to Teach Correct Athletic Running Technique to Children.

Gambetta, H. (2005). Fitness Exercise in Sport. London : Harcourt Brace Jovanovich, Inc.

Gay, L. R., Airasian, P. W., Airasian, P. & Mills, G. E .(2008). Educational research: Competencies for analysis and application. USA: Prentice Hall.

Rink. J.E. (1996). The handbook of physical education. Sage.

Rink. J.E. (2002). Teaching Physical Education for Learning. McGraw-Hill.

Lieberman, L.J. & Houston-Wilson, C. (1999). Overcoming the Barriers to Including students With Visual Impairments and Deaf-Blindness in Physical Education.

Kail, R. V. (2002). Human Development: A life-span view.6th ed. Cengage Learning.

Magill R.A. (2007). Motor learning concepts and applications and control(8th ed.). New York:McGraw-Hill Companies.

Mohd Sofian Omar Fauzee. (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani. Karisma Publications Sdn. Bhd.

Mosston, M. & Ashworth. S. (1986). Teaching Physical education. Columbus, OH: Merrill

Metzler. M.W. (2000). Instructional Models For Physical Education. United States.

Ray, Fauteux. (2007). Recreational and Youth: How to Teach Correct Athletic Running Technique to Children.

Raymond S. Moore & Dorothy N.Moore. (1984). Home Grown Kids : A Practical Handbook for Teaching Your Children At Home.

34

Page 35: Kajian tindakan

Rusedawatty Osman. (2008). Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Mengikut Kumpulan Posisi Atlet Bola Jaring Peringkat Universiti.

Gagne. R.M. (1970). The Condition of Learning. New York.

Schmidt R.A. and Wrisberg C.A. (2008). Motor learning and perfomance: A Situation based.

Shamsina Shamsuddin dan Akhiar Pardi. (2013). Pengantar Penyelidikan Tindakan Dalam Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Shea,J.B, dan Zimmy S.T. (1983). Context effects in memory and learning movement information.

Siverman, S.J. Devillier, R. and Ramirez T. (1991). The validity of academic learning time physical education (ALT-PE) as a process measure of student achievement. Reseacrh Quarterly for Exercise and Sport.

Stephen Kemmis. (1988). Becoming Critical : Knowing Through Action Research. Melbourne: Deakin University.

Sulzer-Azaroff, B. and Myer, G. R. (1991). Behavior analysis for lasting change. Michigan.

35