kajian tindakan

Upload: nor-lia

Post on 18-Jul-2015

178 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

SEMESTER 2 SESI 2011/2012

KOD & NAMA KURSUS

KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

TAJUK:

TUGASAN 1B -ESEIKUMPULAN

EL A20DISEDIAKAN OLEH: NAMA NORLIA BT ISMAIL NO. ID D20102043530 NO. TELEFON 0194370597

NAMA TUTOR E-LEARNING : PN ASMARA BINTI ALIAS TARIKH SERAH : 5 NOVEMBER 2011

Tajuk Kajian : Program Bijak Sifir

Fokus Kajian Kajian difokuskan kepada murid-murid tahun 4,5 dan 6 yang keseluruhannya atau hanya 60% sahaja yang dapat menguasai sifir 2 hingga 9. Namun dalam jumlah ini pun murid tidak dapat menguasai dengan lancar atau tepat. Memandangkan sifir adalah asas matematik paling penting pada setiap murid-murid peringkat sekolah rendah maka perlu ada satu kajian yang dapat memastikan penguasaan murid pada tahap yang lebih tinggi. Dengan ini saya mencadangkan beberapa kaedah yang mungkin boleh mempertingkatkan lagi penguasaan sifir di kalangan murid-murid sekolah rendah.

Objektif Kajian Program Bijak Sifir yang dijalankan bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran asas matematik khususnya dalam kemahiran asas sifir. Didapati terdapat pelajar diperingkat sekolah rendah tidak dapat menguasai matapelajaran matematik dan terlalu lemah dalam matapelajaran matematik. Kelemahan ini adalah disebabkan murid tersebut belum menguasai kemahiran asas matematik iaitu sifir. Di antara murid-murid yang lemah dalam sifir ialah murid-murid di tahun 2, 3 dan 4.

Analisis Ujian Bijak Sifir Ujian Bijak Sifir yang menguji pemahaman dan pengetahuan telah diadakan pada 6 hb Oktober 2011 (Lampiran 1). Ujian tersebut melibatkan murid tahun 3, 4 dan 5. Hasil kajian ujian tersebut adalah seperti berikut : Bil 1 2 3 Kelas Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Menguasai 45.6 % 42.3 % 87.5 % Tidak menguasai 54.4 % 57.7 % 12.5 %

Analisa keputusan aspek penggunaan dalam jadual dia atas menunjukkan penguasaan yang tinggi oleh murid-murid tahun 3 dan tahun 5. Peratus penguasaan murid tahun 4 hanya 42.3 % berbanding jumlah murid yang tidak menguasai adalah lebih tinggi iaitu 57.7 % . Oleh itu , Kelas tahun 4 dijadikan perintis dalam Program Bijak Sifir yang akan dijalankan ini. Perancangan Strategik Dalam usaha mempertingkatkan pencapaian dalam matapelajaran matematik beberapa strategic telah dirancangkan olh panitia matematik sekolah sepanjang tahun 2011. Antara program-program itu adalah seperti PROBIM, Pembelajaran Masteri, Thousand Plus, Peta Minda dan Program Bijak Sifir. Oleh itu. Program Bijak Sifr merupakan suatu program yang menjadi hasrat sekolah untuk dilaksanakan. Namun program ini perlu di buat penambahan untuk mingkatkan keberkesanannya. Perancangan Pelaksanaan Strategik Dalam perancagan pelaksanaan strategic terdapat beberapa faktor-faktor penggalak dan faktor penghalang dalam usaha untuk melaksanakan strategik bagi kajian ini. Antaranya ialah : Faktor Penggalak 1. Kekuatan 2. Peluang

Faktor Penghalang 1. Kelemahan 2. Ancaman FAKTOR PENGGALAK 1. Kekuatan Sekolah ini mempunyai guru-guru yang terlatih yang mencukupi. Dengan adanya guru yang mencukupi segala program yang dirancangkan akan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Tambahan pula, ada dikalangan guru-guru tersebut mempunyai semangat dedikasi dan memberi kerjasama yang baik. Mereka sentiasa mempelbagaikan teknik pengajaran dan sentiasa member latihan yang dapat memahirkan murid. Selain itu, semua program yang dijalankan disekolah ini akan mendapat sokongan dari pihak pentadbiran sekolah.

2. Peluang Sebagaimana program lain yang dijalankan di sekolah ini mendapat kerjasama dari ibu bapa dan penjaga murid, begitu juga yang diharapka terhadap program ini. Ibu bapa sekarang semakin sedar dan mengambil berat terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Tambahan lagi, semua guru di sekolah ini member kerja sama dan komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka amnya dan program ini khasnya.

FAKTOR PENGHALANG 1. Kelemahan Kesan dari pengajaran dan pembelajaran matematik yang tidak bermutu dan kawalan kelas yang agak longgar maka lahirlah pelajar-pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas matematik dan konsep-konsep matematik. Akibatnya mereka kurang berminat dan kurang memberi perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik. Hal ini juga akan membuat mereka malas dan tidak menghafal sifir, sedangkan sifir dan rumus adalah perkara pokok atau asas dalam matematik.

2. Ancaman Suatu perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru di sekolah ini adalah urutan atau kesinambungan terhenti di sekolah sahaja. Pembelajaran bagi mereka hanya berlaku di sekolah. Pergantungan 100% kepada sekolah merupakan ancaman terbesar bagi sekolah ini. Untuk ini kepelbagaian srategik perlu di olah bagi mengatasi permasalahan ini. Sebagaimana dalam program ini adalah dicadangkan guru yang rajin akan memberi kerja rumah atau merancang aktiviti murid semasa di rumah. Untuk menggalakkan lagi murid diberi ganjaran hadiah sekiranya sentiasa menyiapkan kerja atau aktiviti yang disuruh oleh guru tersebut.

URUTAN AKTIVITI CARTA ALIRAN PELAN PELAKSANAAN

MULA

UJIAN PRA

PELAKSANAAN PROGRAM/RAWATAN

UJIAN PASCA

YA /TIDAK

MEMBERI PENGHARGAAN

TAMAT

PELAKSANAAN STRATEGIK LANGKAH 1 MENJALANKAN UJIAN PRA Ujian Pra diadakan pada 11 Oktober 2011 , dalam ujian ini diberi 20 nsoalan sifir ( lampiran 2) Selepas itu markah diperolehi dan direkodkan dalam borang analisa Ujian Pra ( Lampiran 3 ) LANGKAH 2 PELAKSANAAN PROGRAM FASA 1 Langkah pertama perlantikan 3 orang murid dalam kelas tahun 4 yang mahir dalam sifir. Semua murid yang telah menghafal sifir 2 hingga 9 diberi pel;uang untuk keluar ke hadapan kelas. Selepas membaca sifir murid tersebut ditanya dengan beberapa soalan secara lisan mengenai sifir. Seandainya murid tersebut betul-betul mahir barulah ia dilantik sebagai sifu sifir . ( Lampiran 4) Tugas Sifu Sifir ialah mendengar bacaan sifir oleh murid-murid lain dalam kelas tersebut secara lisan mengikut kemampuan masing-masing dan mencatatkannya di dalam buku nota yang diberikan. Nama murid yang telah menghafal sifir akan diberikan kepada guru. Untuk dicatatkan di dalam Carta Sifir yang dilekatkan di papan kenyataan kelas. FASA 2 Dalam fasa 2 Program Bijak Sifir ini, murid tahun 4 ini didedahkan dengan Jaadual Sifir Serbaguna ( Lampiran 5 ). Carta Sifir Serbaguna ini diperkenalkan mengikut beberapa langkah berikut : 1. Langkah 1 Pembinaan Jadual Sifir. 2. Langkah 2 Penggunaan Jadual Sifir.

Murid-murid dilatih menyediakan jadual sifir seberapa cepat yang boleh. Dalam latihan menyediakan jadual sifir dalam masa yang singkat mereka didedahkan dalam situasi pertandingan. Nama murid disenaraikan dalam jadual mengikut kebolehan masingmasing ( Lampiran 6 ). Terdapat beberapa cara untuk melatih murid melengkapkan jadual sifir serbaguna dengan pantas. Guru memberi penerangan dan melatih murid cara bagaimana untuk melakukannya dengan pantas dan cepat serta tepat. LANGKAH 3 UJIAN PASCA Ujian Pasca telah dijalankan dengan menggunakan alat yang sama dengan Ujian Pra. Tujuan ujian ini adalah untuk melihat keberkesanan aktiviti yang telah dijalankan. Markah perolehan dicatatkan dalam laporan pasca. ( Lampiran 7 ) PENILAIAN STRATEGIK OBJEKTIF PENILAIAN Program Bijak Sifir yang dijalankan bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran asas matematik khususnya dalam kemahiran asas sifir. Keberkesanan program ini dinilai dengan menjalankan ujian pra dan ujian pasca. Dalam ujian ini pelajar tahun 4 telah diberikan ujian pra sebelum aktiviti program/rawatan dijalankan. Selepas menjalankan aktiviti program iaitu pengisian Carta Hafalan Sifir dan Jadual Sifir Serbaguna , ujian pasca telah dijalankan.

Keputusan Ujian Pra dan Pasca Ujian Pra telah diadakan pada 11 Oktober 2011 dan Ujian Pasca pada 8 November 2011. ( Lampiran 8 ) . Berikut adalah dapatan daripada ujian tersebut : BIL 1. 2. 3. 4. 5. SKOR 0 19 ( Kritikal ) 20 40 ( Lemah ) 41 60 ( Sederhana ) 61 80 ( Baik ) 81 100 ( Cemerlang ) 4 5 10 2 21 N PRA % 19.0 23.8 47.6 9.5 0 N 2 2 9 5 4 22 PASCA % 9.0 9.0 40.9 22.7 18.1

Jadual 1 : skor Ujian Pra dan Ujian Pasca Berdasarkan jadual 1 yang menunjukkan skor yang diperolehi dari ujian pra dan pasca didapati seramai 21 pelajar telah mengambil ujian pra dan 22 pelajar mengambil ujian pasca kerana terdapat pelajar baru masuk. Dalam ujian pra terdapat 42.8 % pelajar yang lemah dan kritikal tetapi peratus ini telah menurun kepada 18.1 % dalam ujian pasca. Dapatan ini menunjukkan bilangan pelajar yang masih belum menguasai kemahiran asas sifir telah berkurangan daripada 9 orang kepada 4 orang iaitu menurun sebanyak 10 %. Selain itu, peratus pelajar dalam kategori sederhana telah berubah dari 47.6 % kepada 40.9 %. Manakala dalam kategori 61 80 telah meningkat dari 9.5 % semasa ujian pra ke 22.7 % dalam ujian pasca. Begitu juga skor 81 100 dalam ujian pra tidak ada pelajar dalam kategori tersebut berbanding dalam ujian pasca seramai 4 orang pelajar atau 18.1 % telah memperolehi skor tersebut. Keseluruhan murid yang Berjaya menguasai sifir dengan baik telah meningkat dari 57.1 % dalam ujian pra kepada 81.7 % dalam ujian pasca, pertambahan sebanyak 24.6 %.

Rumusan Berdasarkan Ujian Pra dan pasca jelas menunjukkan terdapat peningkatan peratusan pelajar yang dapat menguasai sifir dan penurunan pelajar yang belum menguasai sifir. Peratusan ini menunjukkan pelajar tahun 4 boleh menerima pelajaran yang diajar cara terancang dan sistematik. Kekuatan dalam program ini ialah khidmat rakan pembimbing ( Sifu Sifir ) yang dapat membantu pelajar yang belum menguasai sifir dengan membetulkan kesalahan semasa rakan menghafal sifir. Penggunaan khidmat rakan sebaya amat berkesan kerana pelajar lebih mempercayai rakannya. Latih tubi juga penting dan latihan congak juga dapat membantu ingatan pelajar. Latihan dan menghafal berulang-ulang kali dapat menambahkan ingatan pelajar. Namun begitu, penjelasan konsep yang jel;as amat penting agar pelajar dapat memahami tentang sifir. Pelajar telah diterangkan oleh guru tentang konsep sifir. Dengan memahami konsep pelajar mudah menghafal dan mengingati sifir walaupun pada peringkat awal agak lambat tetapi latih tubi dan latihan berterusan akhirnya pelajar dapat menguasai sifir dengan baik. Selain itu, penghargaan kepada pelajar juga penting agar dapat memotivasikan diri mereka untuk terus berusaha dan merasai dirinya dihargai guru. Cadangan Penambahbaikan. Program Bijak Sifir ini boleh dipertingkatkan keberkesanannya kepada pelajar. Berikut ialah beberapa cadangan yang boleh diambil perhatian oleh pihak sekolah untuk penambahbaikan.

Mempelbagaikan teknik pengajaran seperti penggunaan muzik semasa pengajaran dan pembelajaran. Memberi latihan sifir di rumah di bawah pengawasan ibu bapa. Menjalankan latihan mencongak selama 5 minit sebelum P & P matematik bermula.

Latihan menghafal sifir di tapak perhimpunan setiap hari mengikut kelas. Mengadakan pertandingan Bijak Sifir, sama ada menulis sifir terpantas atau menyediakan jadual sifir serbaguna terpantas. Program atau aktiviti yang berterusan atau berkala. Hanya aktiviti yang berterusan sahaja yang mampu meraih kejayaan.

LAMPIRAN 1