kajian tindakan
TRANSCRIPT
KAJIAN TINDAKAN 2011
KURSUS KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH
45000 KUALA SELANGORSELANGOR DARUL EHSAN
03 NOVEMBER 2011
PENULISAN PROPOSOL
DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
INGIN MENGUBAH KAEDAH P&P MEMAHAMI SESUATU PERISTIWA / PERSOALAN MEMBUAT INKUIRI TERHADAP MASALAH
DALAM BILIK DARJAH (Hopkins,1985) INGIN MENGUBAH PERSEKITARAN SOSIAL REFLEKSI KENDIRI TERHADAP TINGKAH LAKU RAMALAN, PERANCANGAN SESUATU
KEGIATAN MEMBAIKI ATAU MENINGKATKAN KUALITI
AMALAN MENINGKATKAN KEFAHAMAN PROSES MERANCANG,MELAKSANAKAN DAN
MEMERHATI
Adalah untuk mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri disamping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid.
Dengan cara ini, guru mempunyai kesempatan membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik (Gray, 1988). Mengikut Model Profesionalisme Guru (Gillmeeva), menjadikan guru sebagai penyelidik dapat membentuk guru ke arah Guru Profesional seterusnya memartabatkan profesion perguruan sebagaimana yang dikehendaki oleh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
Budaya Kajian Tindakan yang dilakukan oleh guru di dalam kelas pada mata pelajaran masing-masing dapat menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran guru lebih berkesan.
RASIONAL
TUJUAN KAJIAN TINDAKAN
Guru dalam proses membaiki mutu pengajaran Penerokaan dan penyelesaian masalah secara
inkuiri dan pemikiran kritis Penyelesaian masalah secara mikro dan
berkongsi dengan rakan sekerja Perancangan, tindakan sistematik dan usaha
menambah baik lebih penting daripada hasil kajian
Pemikiran kritikal dan kreatif guru dalam proses meningkatkan amalan
Lebih kepada kepuasan diri dan bertindak mengikut situasi
CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
KERAGUAN GURU SENDIRI MASALAH PERLU DI SELESAI SEGERA MASALAH YANG PERLUKAN RESPON KAJIAN PERMULAAN MENDALAMKAN KEFAHAMAN KAEDAH DAN PROSEDUR YANG MUDAH PELAKSANAAN YANG MUDAH DAN
BEBAS INFORMASI YANG BEBAS DAN MUDAH
MENAMBAH KEFAHAMAN DIRI MEMBAIKI KUALITI TINDAKAN TUMPUAN KPD MASALAH UTAMA UTAMAKAN KOLABORATIF TINDAKAN BERSIFAT KITARAN GABUNGAN KAJIAN DAN TINDAKAN PENGAMALAN SECARA LANGSUNG
PRINSIP KAJIAN TINDAKAN
PRINSIP KAJIAN TINDAKAN
PENYELIDIKAN “ IN-SITU”BEBAS MEMILIH TAJUK & METODOLOGIPEMBOLEHUBAH TIDAK DITETAPKANFOKUS KEPADA SATU KESPENILAIAN REFLEKSI AMAT PENTING INOVATIF DAN KREATIF METOLODOGIMODEL,TEORI,RANGKA MEMBANTU
PERANCANGAN
PEMILIHAN ISU KAJIAN TINDAKAN
•Subjek dalam kawalan penyelidik.•Perlukan tindakan segera.•Belum ditemui jalan penyelesaian dan memerlukan pengkajian.•Melibatkan penyelidik dan rakan sejawat.•Diyakini akan mendatangkan kesan baik daripada perlaksanaan tindakan .
BERTINDAK
MERANCANG
MEREFLEK
MEMERHATI
GELUNG 2
GELUNG 1
PROSES KAJIAN TINDAKAN
12
Kertas Cadangan ( Proposal ) ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang projek kajian tindakan yang akan dilaksanakan.
1.01.0 TAJUK KAJIANTAJUK KAJIAN2.0 2.0 PENYELIDIKPENYELIDIK3.0 3.0 NAMA SEKOLAHNAMA SEKOLAH4.0 4.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
LALU LALU 5.0 5.0 ISU / KEPERIHATINAN (FOKUS KAJIAN):ISU / KEPERIHATINAN (FOKUS KAJIAN):6.0 6.0 OBJEKOBJEKTIF KAJIANTIF KAJIAN
1.1. OBJEKTIF AM OBJEKTIF AM 2.2. OOBJEKTIF KHUSUS BJEKTIF KHUSUS
7.0 7.0 KUMPULAN SASARANKUMPULAN SASARAN8.08.0 TINDAKAN YANG DICADANGKANTINDAKAN YANG DICADANGKAN9.09.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIANJADUAL PELAKSANAAN KAJIAN10.010.0 KOS KAJIANKOS KAJIAN
BAHAGIAN PROSES/PENJELASAN
TAJUKKAJIAN
a) Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji.
b) Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian.
NAMA PENYELIDIK
Catatkan nama penuh penyelidik/ kumpulan
NAMA SEKOLAH
Catatkan nama sekolah serta beralamat lengkap
ISI KANDUNGAN (CONTENT)
BAHAGIAN PROSES/PENJELASAN
1.REFLEKSI P&P LALU
a) Tema/masalah/isu keprihatinan dikenal pasti dengan melihat kepada empat perkara utama dalam P&P iaitu: Guru MuridIsi kandungan pelajaranPersekitaran
b) Refleks pengalaman P&P lepasc) Kaitkan pengalaman P&P lepas dengan empat perkara utama itu supaya masalah menjadi lebih jelas.d) Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku latihan, ujian, keputusan.
BAHAGIAN PROSES/PENJELASAN
2. FOKUS KAJIAN
Tentukan tema/ isu keprihatinan kajian/ masalah
Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi yang dibuat pada langkah 1
3. TENTUKAN OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian terbahagi dua:OBJEKTIF UMUM dan OBJEKTIF KHUSUS
Objektif hendaklah berkaitan dengan masalah Objektif hendaklah berkaitan dengan aktiviti/ tindakan (P&P) Semua objektif khusus hendaklah diukur/ nilai semasa menjalankan tindakan aktiviti.
BAHAGIAN PROSES/PENJELASAN
4. KUMPULAN SASARAN
Sebutkan bilangan pelajar yang dikaji (mestilah kumpulan pelajar yang diajar oleh penyelidik)
5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Nyatakan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.
6. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
Boleh dibuat dalam bentuk jadual/ carta gantt Memasukkan aktiviti yang dirancang bagi menjalankan kajian. Memasukkan tarikh tentatif kajian yang akan dijalankan.
BAHAGIAN PROSES/PENJELASAN
7. KOS KAJIAN Jelaskan dengan terperinci segala bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti- aktiviti seperti : Apakah bahan yang digunakan Kuantiti bahan yang akan digunakan Harga seunit bahan yang diperlukan
Guru tidak boleh memasukkan perbelanjaan perjalanan, jamuan yang diadakan, cenderahati dan perkara-perkara lain yang tidak berkaitan. Sila simpan segala resit.* GURU BOLEH MENGABAIKAN ITEM INI SEKIRANYA GURU TIDAK MEMERLUKAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN
JADUAL PELAKSANAAN KERJA
BILAKTIVITI TARIKH
PELAKSANAANCATATAN
1. - mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
5 Julai 2006
2. - menulis proposal 12 Julai 2006
3. - merancang tindakan 15 Julai 2006
4. - melaksanakan tindakan 19 Julai 2006
5. - membincang masalah yang timbul dalam tindakan
26 Julai – 2 Ogos 2006
6. - ujian mengesan pencapaian murid
3 Ogos 2006
7. - refleksi kajian 4 Ogos 2006
8. - menulis laporan kajian 6 Ogos 2006
9. - pembentangan dapatan kajian 9 Ogos 2006
KOS KAJIAN
BILJENIS BAHAN KUANTITI x
HARGA SEUNIT
JUMLAH KOS
1. Kertas A4 1 x RM 8.00 RM 8.00
2. Kad Manila 20 x RM 0.50 RM 10.00
3. Buku Catatan Guru
1 x RM2.00 RM 2.00
JUMLAH RM20.00
1.0 TAJUK KAJIAN :
KEAJAIBAN
’ TEKNIK WaKNABH ’
2.0 PEMBIAYAAN:
3.0 NAMA PENGKAJI :
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT MAHANG,45800 JERAM, SELANGOR DARUL EHSAN
ZAHARAH BINTI USINGURU CEMERLANG BAHASA
MELAYUDAERAH KUALA SELANGOR
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU :
Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan pada pelajar untuk menguasai hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Antara kemahiran ini, kemahiran menulis paling sukar untuk dikuasai.
Semasa pengajaran dan pembelajaran saya bagi kemahiran menulis nilai murni, didapati murid-murid Tahun 6 Usaha menghadapi masalah dalam pembinaan ayat dan menyatakan nilai. Mereka tidak mempunyai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif ( KBKK ) menyebabkan mereka hanya menyalin semula petikan yang diberi. Mereka tidak dapat menyatakan apakah nilai murni atau pengajaran yang diperoleh berdasarkan petikan tersebut.
Saya telah menyemak latihan buku tulis mereka. Purata murid-murid tersebut hanya dapat menyatakan nilai murni hanya 1 atau 2 nilai sahaja. Selebihnya mereka menyalin sahaja petikan tersebut. Ini merugikan mereka kerana soalan menulis nilai murni menyumbang 20 markah daripada 60 markah dalam pemarkahan UPSR Bahasa Melayu Kertas 2.
Oleh itu, saya berfikir, mereka perlu dibantu bagi membolehkan mereka mendapat markah sekurang-kurangnya 10/20 supaya mereka boleh lulus dalam UPSR bagi Bahasa Melayu Kertas 2.
Setelah saya fikirkan masalah ini, saya patut bertindak memperbaiki kelemahan murid-murid saya. Jika tidak, kesilapan ini akan terus berulang sehinggalah mereka menghadapi UPSR. Ini amat merugikan mereka.
5.0 FOKUS KAJIAN:
Kajian yang saya jalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran menulis nilai murni dari
petikan yang dibaca di kalangan murid-murid Tahun 6 Usaha dengan menggunakan
’ Teknik WaKNABH ’.
Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam kertas
Bahasa Melayu Penulisan UPSR.
Ini secara tidak langsung akan meningkatkan % kelulusan sekolah.
6.0 OBJEKTIF KAJIAN
6.1 Objektif Am:
Membantu meningkatkan kemahiran menulis nilai murni dari petikan yang dibaca di kalangan
murid-murid Tahun 6 Usaha.
6.2 Objektif Khusus:
1. Meningkatkan kemahiran menulis nilai murni dari petikan yang dibaca.
2. Menggunakan ’ Teknik WaKNABH ’ untuk latih tubi membina ayat.
3. Menggunakan penanda wacana, kata kunci dan kata bantu yang sesuai bagi menghasilkan ayat yang kreatif.
4. Menghasilkan penulisan yang bermutu tanpa kesalahan ejaan.
5. Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru kepada yang lebih berkesan.
7.0 KUMPULAN SASARAN :
Kumpulan sasaran saya ialah 20 orang daripada 25 orang murid
Tahun 6 Usaha yang masih belum menguasai kemahiran menulis nilai murni
dari petikan yang dibaca.
8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN :
8.1 Aktiviti 1 : Tinjauan Masalah
* Menjalankan Ujian Pra iaitu menulis nilai murni dari petikan yang dibaca.
* Menyenaraikan nilai murni yang pernah mereka pelajari.
* Menyenaraikan penanda wacana dan kata bantu yang mereka ketahui.
8.2 Aktiviti 2 : Latih-tubi menghafal Nilai Murni.
* Guru meminta murid menyenaraikan nilai murni yang mereka telah pelajari.
* Guru menambah senarai nilai murni tersebut. Antara nilai murninya ialah: - Amanah - Menghargai masa
- Baik - Menghormati- Baik hati - Rajin- Bersyukur - Sabar- Berjimat-cermat - Tabah- Gigih - Tekun- Jujur
8.3 Aktiviti 3 : ’Teknik WaKNABH’:
* Guru meminta murid membaca petikan yang ada nilai murni. * Guru minta murid menggariskan perkataan yang menunjukkan aktiviti ( kata kerja ). * Senaraikan aktiviti ( kata kerja ) tersebut:
Contoh: - menolong ibu - menjaga adik - disimpan - mengulangkaji pelajaran - membawa
Mastura seorang anak yang rajin. Dia juga tahu akan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Mastura selalu menolong ibunya melakukan kerja-kerja rumah.
Dia selalu menolong ibunya menyapu sampah, mencuci pinggan-mangkuk, dan mengemas rumah. Jika emaknya memasak, Mastura akan menjaga adiknya yang masih kecil. Dia juga selalu membuat susu dan menidurkan adiknya di dalam buaian. Dia sangat sayang akan adiknya.
Pada hari Sabtu dan Ahad, Mastura akan membasuh kasutnya sendiri. Pada sebelah malamnya pula, dia akan mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah.
Mastura juga seorang yang tidak suka boros ketika berbelanja. Setiap hari dia membawa bekal ke sekolah sementara duit saku yang diberi oleh ayahnya disimpan ke dalam tabung.
Ayahnya amat bangga kerana mempunyai anak yang baik seperti Mastura. Pada masa cuti, ayahnya akan membawa Mastura sekeluarga pergi makan angin.
CONTOH PETIKAN :
* Padankan aktiviti dengan nilai-nilai murni yang telah dipelajari.
Contoh: Nilai Murni Aktiviti
Baik hati - menolong ibu Menyayangi - menjaga adikRajin - mengulangkaji pelajaranBerjimat cermat - menyimpan wangBertanggungjawab - membawa pergi makan
angin
* Murid diminta menghafal :
1 Penanda wacana: ( NOSJA )
# Nilai murni# Oleh itu# Selain itu# Justeru# Akhir sekali
5 Kata kunci:
* saya mestilah* saya hendaklah* saya haruslah* saya patutlah* saya perlulah
* Bina ayat yang gramatis dari kata kerja dengan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dan ditambahkan penanda wacana dan kata kunci di awal ayat.
Contoh:
Penanda Wacana( Wa )
Kata Kunci( K )
Nilai Murni( N )
Aktiviti( A )
Oleh itu saya mestilah
baik hati menolong ibu
Selain itu saya hendaklah
rajin mengulangkaji pelajaran
Justeru itu kita patutlah
berjimat cermat
menyimpan wang
* Setelah itu ayat dilengkapkan dengan kata bantu dan huraian yang sesuai.
Penanda Wacana( Wa )
Kata Kunci( K )
Nilai Murni( N )
Aktiviti( A )
Kata Bantu( B )
Huraian( H )
Oleh itu saya mestilah
baik hati menolong ibu
kerana saya sayang ibu.
Selain itu
saya hendaklah
rajin Mengulang kaji pelajaran
supaya mudah menjawab soalan.
Justeru itu
kita patutlah
berjimat cermat
menyimpan wang
untuk masa depan.
8.4 Aktiviti 4: Latih-tubi menjawab soalan latihan
* Guru memberi lebih banyak latihan dengan ’Teknik WaKNABH’, sekurang-kurangnya seminggu sekali. * Peringkat pertama gunakan jadual berpetak seperti di atas.
* Peringkat kedua, murid menulis tanpa kotak tetapi setiap perkataan di jarakkan lebih kurang sejari, seolah-olah tulisannya masih dalam kotak.
* Peringkat ketiga, menulis seperti biasa dan dibuat hanya seperenggan sahaja.
Penanda Wacana( Wa )
Kata Kunci( K )
Nilai Murni( N )
Aktiviti( A )
Kata Bantu( B )
Huraian( H )
Oleh itu saya mestilah
baik hati menolong ibu
kerana saya sayang ibu.
Selain itu
saya hendaklah
rajin Mengulang kaji pelajaran
supaya mudah menjawab soalan.
Justeru itu
kita patutlah
berjimat cermat
menyimpan wang
untuk masa depan.
Peringkat pertama
Peringkat kedua
Oleh itu saya mestilah baik hati menolong ibu kerana saya sayang ibu.
Selain itu saya hendaklah rajin mengulangkaji pelajaran supaya mudah menjawab soalan peperiksaan.
Peringkat ketiga
Oleh itu saya mestilah baik hati menolong ibu kerana saya sayang ibu.Selain itu saya hendaklah rajin mengulangkaji pelajaran supaya mudah menjawab soalan peperiksaan.
Teknik WaKNABH ialah:
Wa - Penanda WacanaK - Kata KunciN - Nilai murniA - AktivitiB - Kata BantuH - Huraian
9.0 JADUAL PELAKSANAAN:
BIL. AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal.
1 APRIL 2009
2 Menulis Proposal Kajian 20 APRIL 2009
3 Melaksasanakan Tindakan :Aktiviti 1
21 APRIL 2009
4 Menganalisis data berdasarkan tinjauan yang dilaksanakan
24 APRIL 2009
5 Melaksanakan Tindakan :Aktiviti 2
27 APRIL 2009
6 Membuat pemerhatian berdasarkan tindakan 2
4 MEI 2009
7 Melaksasanakan Tindakan :Aktiviti 3
6 MEI 2009
8 Membuat pemerhatian berdasarkan tindakan 3
11 MEI 2009
9 Melaksasanakan Tindakan :Aktiviti 4
18 MEI 2009
10 Membuat pemerhatian berdasarkan tindakan 4
22 MEI 2009
11 Menjalankan ujian bagi mengesan pencapaian murid.
25 MEI 2009
12 Membuat refleksi 15 SEPT 2009
13 Menulis laporan kajian 1 OKT 2009
10. KOS KAJIAN
Bil. Perkara Jumlah Kos
1 Kertas A4 2 rim x RM 13 RM 26.00
2 Kad manila 10 kpg x RM 0.60 RM 06.00
3 Marker pen 1 kotak x RM 10 RM 10.00
4 Buku catatan 1 buah x RM 5 RM 05.00
5 Photastat bahan
RM 35.00
JUMLAH RM 82.00
GURU YANG BERVISI
Guru bervisi tiada pernah bercerita
Tentang gaji yang diterima
Guru adalah pembina maruah
Untuk bangsa yang mencari arah
Agar tidak rebah dalam kancah
Dia adalah perencana hayat
Dan penunjuk jalan
Murid yang sering dahaga
Dalam pengembaraan di gurun ilmu
Dia adalah pahlawan
Yang mencipta jurus kemenangan
Untuk muridnya berpencak
Dalam gelanggang pancaroba
Dia melahirkan pemimpin masa depanKata-katanya adalah keramat
Tersilap langkah,bangsa tiada maruahNegara dipandang rendah
Dia tidak akan bersungutTentang kerja yang tergalasAtau beban yang beriringan
Kerana Tuhan lebih memahamiWarna di hati.
Oleh:PN HJH ZAHARAH BINTI USINGURU CEMERLANGSEK KEB PARIT MAHANG45800 JERAM