kajian tindakan

10
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012 TAJUK MENINGKATKAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 4 DENGAN MENGGUNAKAN MODEL BUNKER DAN THORPE OLEH: SHAHRUL NIZAM BIN MOHD AZLAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TEKNOLOGI KAJANG, 43657 KAJANG, SELANGOR KELOLAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43657 BANGI, SELANGOR

Upload: shah-niezam

Post on 31-Oct-2014

671 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

koordinasi dan pendekatan TGFU dalam PnP

TRANSCRIPT

Page 1: kajian tindakan

KERTAS CADANGAN

KAJIAN TINDAKAN

2012

TAJUK

MENINGKATKAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 4 DENGAN

MENGGUNAKAN MODEL BUNKER DAN THORPE

OLEH:

SHAHRUL NIZAM BIN MOHD AZLAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TEKNOLOGI KAJANG,

43657 KAJANG, SELANGOR

KELOLAAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

43657 BANGI, SELANGOR

Page 2: kajian tindakan

1.0PENGENALAN

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2001) disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu Tunjang 1:Kecergasan, Tunjang 2:

Kemahiran, dan Tunjang 3:Kesukanan. Tunjang Kecergasan memfokuskan kepada

komponen kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Di dalam

tunjang ini, murid perlulah menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek

daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi

badan bagi komponen kecergasan berasaskan kesihatan. Bagi komponen

kecergasan berlandaskan perlakuan motor, murid perlu menguasai ilmu konten dan

kecekapan kemahiran dalam aspek koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa,

masa tindak balas dan kepantasan.

Koordinasi ialah keupayaan untuk menggunakan deria penglihatan dan

sentuhan secara serentak untuk menghasilkan pergerakan badan yang tepat, dan ia

dapat dilakukan pada masa dan keadaan yang paling sesuai (Mohd Salleh Aman,

2004). Sebagai contohnya dalam menghasilkan pergerakan badan ialah kecekapan

koordinasi mata-tangan untuk bola keranjang, koordinasi mata-kaki untuk sukan

bola sepak.

Koordinasi merupakan komponen penting dalam ujian kecergasan berasaskan

kemahiran. Kecergasan berasaskan kemahiran membolehkan seseorang itu

mencapai kecergasan berasaskan kesihatan dengan cara yang lebih seronok (Wee

Eng Hoe,1998). Semua komponen dalam ujian kecergasan fizikal tersebut turut

dinilai dalam Penilaian Kecergasan Fizikal Berasaskan Sekolah Pusat

Perkembangan Kurikulum.

Disiplin Pendidikan Jasmani kaya dengan strategi dan model.Antaranya ialah

model taktikal atau Teaching Games for Understanding (TGFU) yang diasaskan

oleh Bunker dan Thorpe. Menurut Mandigo (2002), teori dan model ini berupaya

Page 3: kajian tindakan

mewujudkan program latihan sukan dan permainan yang mendatangkan kesan

positif kepada pemain. Sebenarnya model dalam Pendidikan Jasmani dan Sains

Sukan boleh dimanipulasikan untuk meningkatkan tahap koordinasi murid .

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran motor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan motor

halus (Magill, 2001). Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang melibatkan

kumpulan otot-otot kasar atau besar yang melibatkan banyak anggota. Kemahiran

motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kecil atau

halus dan sukar dilihat. Walaubagaimanapun, terdapat kesukaran dalam

mengaplikasikan sesetengah kemahiran bagi menentukan penggunan kumpulan

otot kasar atau otot halus.

Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang

mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran

motor kasar atau motor halus.Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran

motor halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak,

keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak

Perkembangan koordinasi yang lambat merupakan salah satu masalah dalam

gerakan motor. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mengalami kesukaran

untuk melakukan aktiviti seperti berjalan dengan betul, menunggang basikal, malah

untuk bermain bola. Kanak-kanak seperti ini menunjukkan pergerakan yang tidak

teratur, perlahan dan tidak sukar untuk melakukan sesuatu aktiviti.

3.0RASIONAL KAJIAN

Rasional kajian ini dijalankan kerana murid-murid sering gagal dalam memukul bola dengan tepat.

Page 4: kajian tindakan

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Melihat keberkesanan model Bunker dan Thorpe untuk meningkatkan koordinasi

individu.

4.2 Untuk mengetahui kesukaran yang dialami semasa melakukan latihan

berdasarkan model Bunker dan Thorpe.

5.0 METADOLOGI KAJIAN

5.1 Reka bentuk kajian

5.1.1 PEMERHATIAN

Di dalam kajian ini, saya akan menjalankan pemerhatian

berstruktur dengan memerhatikan pergerakan motor kasar serta koordinasi

responden semasa melakukan ujian serta latih tubi. Selain itu, aspek tingkah laku,

pola bermain, emosi, komunikasi serta interaksi sosial akan diperhatikan dan dicatat

samada berlakunya peningkatan ataupun tidak.

5.1.2 UJIAN PRA DAN POS

Ujian pra dan pos telah digunakan di dalam kajian ini. Ini bertujuan bagi

memudahkan saya untuk membuat analisis hasil dapatan yang diperolehi. Ujian pra

bertujuan untuk mendapatkan data bagi menguji tahap koordinasi dalam kemahiran

motor kasar murid. Manakala Ujian pos pula bertujuan untuk melihat hasil tahap

prestasi koordinasi dalam kemahiran motor kasar murid samada meningkat ataupun

tidak selepas menjalani intervensi menggunakan model Bhunker dan Thorpe.

Page 5: kajian tindakan

5.2 Sasaran kajian

kajian ini dijalankan ke atas murid tahun 4 di sebuah sekolah. Seramai 30

orang murid telah dipilih sebagai subjek kajian. Di samping itu juga, subjek ini dipilih

setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua sekolah, pihak sekolah, ibu bapa

dan penjaga terlebih dahulu

5.3 Instrumen kajian

Di dalam kajian ini, kajian telah dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa

pertama,kedua dan ketiga.

Fasa pertama : Ujian Pra

Di dalam fasa ini, saya akan menjalankan ujian pra ke atas murid – murid bagi

menguji tahap motor kasar serta koordinasi mereka. Ujian Test Of Gross Motor

Development digunakan , dimana saya telah menggunakan sub ujian yang kedua,

item bernombor lapan daripada dua belas item iaitu kemahiran mengawal objek, dari

segi kemahiran murid memukul bola. Pemerhatian terhadap tingkah laku murid

direkodkan dengan menggunakan borang skor. Saya akan membaling bola paras

pinggang dengan hantaran yang perlahan kepada murid. Seterusnya,

murid dikehendaki memukul bola dengan kuat. Bola yang dipukul di antara paras

pinggang dan bahu sahaja yang diambil kira. Masa yang diperuntukkan bagi setiap

murid ialah 15-20 minit bagi setiap percubaan.

Fasa kedua : Intervensi

Di dalam fasa ini, saya telah mengaplikasikan permainan Playing for life yang

menggunakan model Bunkher & Thorpe dalam memberi rawatan kepada murid

yang bermasalah ini. Intervensi ini telah dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu

peringkat pertama dan kedua.Peringkat pertama : saya telah menjalankan

Page 6: kajian tindakan

permainan “badminton mini di mana kemahiran motor kasar dan koordinasi banyak

digunakan dalam permainan ini. Intervensi Penerangan serta demonstrasi cara

permainan telah ditunjukkan terlebih dahulu kepada murid. Permainan ini

menekankan koordinasi mata dan tangan dalam kemahiran motor kasar murid

semasa semasa memukul bola ke dinding.

Jarak daripada garisan permulaan sehingga garisan memukul adalah sejauh 3

meter pada sesi latihan yang pertama. Pada sesi latihan yang kedua ditambah

kepada 4 meter, dan seterusnya meningkat kepada 5 meter. Jarak sebanyak 6

meter telah ditambah pada latihan akhir intervensi pertama.

Latihan ini telah diadakan pada satu sesi sahaja iaitu sesi pagi selama dua

minggu. Masa yang diperuntukkan setiap murid bagi setiap sesi adalah 10 hingga

15 minit. Peringkat kedua : peringkat ansur maju diaplikasikan dalam intervensi ini.

Saya menjalankan latihan permainan “Rounders” kepada murid. Penerangan serta

demonstrasi telah dijalankan terlebih dahulu agar murid-murid memahami prosedur

permainan ini dilaksanakan.

Murid-murid telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A (lelaki)

dan B (perempuan). Kumpulan A akan membaling bola terlebih dahulu kepada

kumpulan B. Kumpulan B dikehendaki memukul bola dan seterusnya lari

mengelilingi bulatan. Murid menjalankan permainan ini secara bergilir-gilir. Latih tubi

ini dilaksanakan selama 2 minggu dengan peruntukan masa selama 45 minit bagi

setiap sesi.

Fasa ketiga : Ujian Pos

Ujian Pos pula dijalankan bertujuan menilai dan melihat prestasi koordinasi

dalam kemahiran motor kasar murid sama ada meningkat ataupun tidak setelah

menjalani sesiintervensi selama 4 minggu. Ini penting bagi menguji keberkesanan

intervensi “badminton mini” dan “Rounders” yang menggunakan model Bunker &

Page 7: kajian tindakan

thorpe yang telah dilaksanakan ke atas murid-murid. Pemerhatian berstruktur juga

dijalankan terhadap murid bagi melihat perubahan tingkahlaku dan membolehkan

saya membuat perbandingan prestasi sebelum, semasa dan selepas intervensi

dilaksanakan. Setiap murid diberikan dua percubaan dan masa selama 15

hingga 20 minit bagi setiap percubaan.

6.0 KESIMPULAN

Melalui kajian ini, diharapkan murid akan dapat meningkatkan koordinasi mereka dan seterusnya kajian ini dapat digunakan untuk rujukan.