kajian ringkas berkenaan isu kad diskaun berbayar · berkala, ialah untuk upah servis dan harga kad...

11
1 Kajian Ringkas Berkenaan Isu Kad Diskaun Berbayar

Upload: vudieu

Post on 05-May-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Kajian Ringkas Berkenaan Isu Kad Diskaun Berbayar

Kad Diskaun Bayar Berkala Haram? 2

Soalan: Saya telah mendengar bahawa kad diskaun berbayar secara berkala (contohnya setahun sekali) adalah haram disebabkan ada gharar. Maksudnya kita tak pasti atau terdapat ketidak-jelasan apa yang kita akan dapat dan kemungkinan terdapat penipuan di mana pengeluar kad tersebut akan menaikkan harga sebelum memberi diskaun. Jika harga dinaikkan ia adalah zalim kepada pembeli yang tiada kad diskaun. Tetapi jika kad diskaun itu percuma atau dibayar cuma sekali sahaja (contohnya semasa baru dikeluarkan) ia adalah harus dan diskaun yang diperolehi melalui kad tersebut adalah harus dan ditakrifkan sebagai hibah/hadiah. Boleh tak ustaz beri komen tentang perkara ini?

Hukum & Dalil Gharar 3

¨  Jawapan: Hukum asal gharar ialah haram dengan berdasarkan hadis dari Abu Hurairah r.a.: “Rasulullah SAW melarang jual-beli al-hashah dan jual-beli gharar.” (HR Muslim). Dan, hadis dari Ibnu Umar r.a.: “Nabi SAW melarang dari menjual anak dari anak yang berada dalam perut unta.”

¨  Tiada dalil khusus dalam Al-Quran, yang ada larangan am iaitu melarang memakan harta orang lain secara bathil: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu…” (An-Nisa: 29)

¨  Sebab maksud gharar secara amnya ialah memakan harta orang lain secara bathil

Adakah Semua Gharar Haram? 4

¨  Gharar bermaksud ketidakpastian, manakala ketidakpastian bermaksud “terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.”

¨  Menurut bahasa Arab, makna al-gharar adalah al-khathr. Al-khathr pula bermaksud pertaruhan ataupun pengambilan risiko. Dalam erti kata lain, gharar adalah pengambilan risiko yang melampau ataupun tanpa pertimbangan dari pihak pengambil risiko tersebut.

¨  Menurut Ibnu Rusyd, gharar adalah kurangnya maklumat tentang keadaan barang ataupun objek yang wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui.

Adakah Semua Gharar Haram? 5

¨  Kesimpulannya dari erti gharar adalah seperti berikut: ¤  Jika makna gharar diambil sebagai ketidakpastian sahaja dan tidak diambil

huraian seperti daripada Ibnu Rusyd, maka terdapat banyak transaksi jual-beli menjadi haram. Contohnya jual-beli yang ditempah seperti menempah baju sebab terdapat ketidak-pastian tentang kualiti atau adakah mengikut spesifikasi apabila siap.

¨  Oleh itu, para ulama membahagikan gharar kepada dua kategori: ¤  Gharar fahiysh atau kabir, iaitu gharar berat yang dilarang kerana

mempunyai elemen yang boleh merugikan dan boleh dielakkan. Seperti bersetuju untuk membeli kereta yang tidak diketahui harganya. Maksudnya terdapat elemen yang bakal merugikan mana-mana pihak dalam sesuatu transaksi.

¤  Gharar yasir atau gharar ringan, iaitu gharar yang tidak menyebabkan kerugian sebab ia tidak dapat dielakkan. Seperti membeli buah durian tetapi tidak pasti ada berapa ulas buahnya. Dan kad khutub-khanah (library), dengan bayarn berkala RM20 setahun, kita tidak tahu berapa banyak buku yang akan kita pinjam, tetapi ia tidak merugikan.

Adakah Semua Gharar Haram? 6

¨  Oleh itu, tidak kesemua urusan niaga dan kontrak akan menjadi haram dan tidak sah disebabkan kewujudan gharar.

¨  Seperti mana yang dibincangkan oleh Imam An-Nawawi dan Ibnul Qayyim menyatakan “Tidak semua gharar menjadi sebab pengharaman jual beli. Gharar, apabila ringan (sedikit) atau tidak mungkin dipisah darinya, maka urusan niaga ataupun kontrak tersebut sah di sisi Islam.”

¨  Oleh itu elemen gharar harus diteliti dan diberi huraian yang lebih terperinci mengikut konteks isu yang dibincang untuk menjauhi kekeliruan.

Contoh Jenis-Jenis Kad Diskaun Dalam Pasaran 7

¨  Kad diskaun tulen, diskaun untuk pengluar kad sahaja seperti kad Nice Bus Member

¨  Kad diskaun tidak tulen, beri diskaun dan manfaat lain di banyak syarikat seperti Tesco Card and AEON Member Card dan kad-kad kredit

¨  Kad diskaun tulen, diskaun di banyak syarikat, seperti Kad Diskaun Siswa

¨  Kad asalnya bukan kad diskaun, kredit/debit tetapi mendapat diskaun jika menggunakannya seperti menggunakan MyKad di Acquaria KLCC.

Bayaran Yang Dikenakan 8

¨  Kad Nice Bus Member dikenakan bayaran RM10 setahun untuk dapat diskaun tiket bas

¨  AEON Member Card dikenakan bayaran RM12 setahun dan memberikan berbagai manfaat seperti diskaun dan majalah dwi-bulanan

¨  Kad Diskaun Siswa adalah percuma dan dikeluarkan olej KPDNKK

¨  Tesco Card tidak mengenakan apa-apa bayaran dan memberikan berbagai manfaat seperti diskaun dan kupon

¨  Setiap kad mempunyai laman web yang memberikan maklumat terkini mengenai manfaat kad seperti kadar dan tempat diskaun

Huraian & Penelitian 9

¨  Jika dikenakan bayaran, apakah ada elemen gharar atau ketidak-pastian kad-kad tersebut? ¤  Dari penyelidikan ringkas, pengeluar kad-kad tersebut memberikan

maklumat yang terperinci dalam laman web mereka. Dengan teknologi web, pemegang dapat maklumat terkini mengenai manfaat

¨  Apakah jenis kontrak jika dikenakan bayaran? ¤  Pada pendapat saya, bayaran yang dikenakan samada sekali atau

berkala, ialah untuk upah servis dan harga kad untuk mendapatkan manfaat itu, seperti: n  Keperluan sistem komputer dan kakitangan untuk pengelolaan kad n  Menerbitkan majalah berkala n  Mendapatkan diskaun dan manfaat dari syarikat lain

¤  Maka kontrak yang digunakan ialah kontrak ujrah (upah) dan wakalah (wakil) (wakalah bil ujrah) iaitu pemegang kad wakilkan kepada pengeluar kad untuk uruskan sistem kad diskaun dengan upah

Huraian & Penelitian 10

¨  Adakah alasan syarikat akan menaikkan harga menjadi lebih mahal apabila mengeluarkan kad diskaun menjadikan kad diskaun itu tak patuh shariah? ¤  Yang pertama sekali, kena sahkan mereka menaikkan harga sebab

adanya kad diskaun ¤  Walaubagaimana pun, dalam muamalat Islam, peniaga bebas

menentukan harga masing-masing dan pembeli bebas membeli di mana-mana mereka pilih asalkan tiada monopoli untuk barang-barang keperluan asas seperti makanan asas (seperti beras, gula, tepung) dan servis asas (seperti perubatan, pendidikan, telefon, pengangkutan awam).

¤  Jika harga barang sekali pun, dan apabila tiada monopoli, pembeli dengan sendirinya akan tahu dan membeli di tempat lain. Harga yang tinggi akan kembali kepada harga yang stabil.

Huraian & Penelitian 11

¨  Adakah alasan ketidak-tentuan untuk mendapatkan manfaat merupakan alasan untuk menjatuhkan hukum gharar atas kad diskaun dengan bayaran yuran berkala? ¤  Beberapa soalan boleh ditanya untuk menentukannya:

n  Adakah maklumat tentang bayaran keahlian itu jelas? n  Adakah maklumat tentang manfaat itu jelas? n  Adakah manfaat yang dijanjikan ialah manfaat yang dinikmati (what you see

is what you get)? n  Adakah syarat-syarat, terma-terma dan harga-harga itu jelas? n  Adakah syarikat itu syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dalam

pasaran?

¤  Jika semua jawapan kepada soalah di atas adalah “Ya” maka, Insha Allah, tiada elemen gharar berat yang mengharamkannya

¤  Wallahu’alam….