kajian - aliaa binti ismail (m20122001573)

47
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KBP 6014 – PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MUIRD BERMASALAH PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN : “SIKAP DAN PERANAN GURU DALAM MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN INKLUSIF” NAMA PENSYARAH : DR. NOOR AINI BT AHMAD NAMA PELAJAR : ALIAA BINTI ISMAIL NO. MATRIK : M20122001573

Upload: aliaa-ismail

Post on 04-Jan-2016

212 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

membincangkan sikap dan peranan seorang guru dalam memperkasakan pendidikan inklusif di sekolah rendah

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KBP 6014 – PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MUIRD BERMASALAH PEMBELAJARAN

TAJUK KAJIAN :

“SIKAP DAN PERANAN GURU DALAM MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN INKLUSIF”

NAMA PENSYARAH : DR. NOOR AINI BT AHMAD

NAMA PELAJAR : ALIAA BINTI ISMAIL

NO. MATRIK : M20122001573

NO. KAD PENGENALAN : 831209-02-5020

Page 2: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat saya melaksanakan

kajian dan menghasilkan penulisan ini. Terima kasih kepada pihak yang telah memberikan

kerjasama, bantuan dan dorongan sama ada secara langsung dan tidak langsung di dalam

menjalankan kajian ini. Jutaan penghargaan kepada Pensyarah KBK 6014 Pendidikan Inklusif

Bagi Murid Bermasalah Pembelajaran iaitu yang teristimewa DR. Noraini binti Ahmad, atas

segala nasihat yang bermakna, tunjuk ajar dan bimbingan yang membina sepanjang proses

melaksanakan projek ini. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan

terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi nasihat, bimbingan dan

semangat dalam menghasilkan kajian ini. Sekalung terima kasih kepada Guru Besar SK Hashim

Awang, Penolong Kanan SK Hashim Awang, Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Hashim

Awang, guru-guru SK Hashim Awang yang telah banyak memberi kerjasama yang diberikan.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru pendidikan Khas di SK Hashim

Awang kerana kerjasama dan kesudian mereka untuk menjayakan kajian ini. Ribuan terima kasih

kepada teman-teman perjuangan yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat sepanjang saya

menghasilkan kajian ini.

Sekian, terima kasih.

Page 3: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA

SURAT

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Penyertaan Masalah

1.4 Tujuan Kajian

2.0 SOROTAN PENULISAN

2.1 Sejarah Pendidikan Inklusif

2.2 Sikap dan Peranan Guru

3.0 METODOLOGI KAJIAN

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengetahuan Guru Mengenai Pendidikan Khas dan Kanak-

Kanak Berkeperluan Khas

4.2 Sikap Penerimaan Guru Terhadap Murid Berkeperluan Khas

4.2.1 Penerimaan Guru Terhadap Murid berkeperluan

Khas

4.2.2 Komitmen Pentadbiran Sekolah

4.3 Peranan Guru

5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

1 - 2

2 – 5

5 – 7

7 – 9

10 – 11

11 - -13

13 – 15

16 – 17

17

18 – 19

19 – 21

22

Page 4: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

SIKAP DAN PERANAN GURU DALAM MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN KHAS

Aliaa binti IsmailUniveriti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Pendidikan inklusif dalam konteks pendidikan adalah untuk menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran murid-muird berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya adalah untuk memberikan peluang kepada murid-murid tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama dengan murid normal dan diajar oleh guru biasa. Matlamat selanjutnya supaya murid-murid berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan juga dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. Maka, pendedahan mengenai Pendidikan inklusif ini perlu bagi membolehkan semua pihak medapat penerangan yang betul sebelum melaksanakannya. Ia juga selaras dengan tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan Program Pendidikan Inklusif yang di laksanakan di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data-data. Seramai tujuh puluh enam orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Ia terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru-guru Pendidikan Khas dan Guru-guru Aliran Perdana. Sekolah Kebangsaan Hashim Awang merupakan antara sekolah yang menjalankan Program Inklusif pada setiap tahun. Pada tahun ini terdapat seorang murid yang telah di inklusifkan secara sepenuhnya. Pemilihan murid untuk mengikuti program inklusif adalah mengikut permintaan daripada penjaga sendiri. Dapatan kajian mendapati pertambahan murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan inklusif yang mana murid-murid tersebut dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain. Mereka dapat berkomunikasi dengan baik. Malah, guru pendamping dan guru matapelajaran dapat menjalinkan hubungan yang baik. Pemahaman guru arus perdana terhadap Program Inklusif semakin tinggi. Penolong Kanan menyarankan Program Inklusif ini akan berjalan dengan lancar sekiranya ia dirancang dengan baik.

Page 5: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

ABSTRACT

Inclusive education in the context of education is focusing toward adaption of special needs student in normal school. The goal is to provide opportunity for the students to receive teaching, learning, and also participating in all activities available in the school along with normal student and taught by regular teachers. Further goals is to make sure that students with special needs can adapt themselves in all aspects of community within the school and also in local community with the aim making them more capable of being self-reliance and became more contributing members of society. Thus, exposure of this inclusive education is necessary to enable all parties can get correct explanation before implementing it. Consistent with the purpose of this study is to identify the effectiveness of Inclusive Education Programme implemented in Sekolah Kebangsaan Hashim Awang. This research uses qualitative and quantitative approaches to collect data. A total of seventy-six respondents participated in this study. It consists of a Principal, Senior Administrative Assistant, Senior Assistant Student Affairs, Senior Assistant Co-Curricular, Senior Assistant Special Education, Special Education Teachers and Mainstream Teachers (guru arus perdana). Sekolah Kebangsaan Hashim Awang is one of the schools that run Inclusive Program each year. This year, there is a student who has been fully being inclusive. Selection of students for the inclusive program is at the request of own guardian. Results showed that there is the increase of students with special needs who get inclusive education where students are able to get the teaching and learning activities along other classmates. They were able to communicate well. In fact, the escort teacher and subject teacher can establish a good relationship. Mainstream teacher (guru arus perdana) understanding’s of the Inclusive Program is higher. Senior Assistant Inclusive recommends this program will run smoothly if it is well planned.

Page 6: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk

melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang

individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas, kurikulum yang

dibina berlandaskan kepada tiga prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu

bertujuan memberi fokus kepada petensi individu meliputi aspek jasmini, emosi, rohani, intelek

dan sosial. Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melaluai penglibatan kumpulan pelbagai

disiplin secara kolaboratif dan bersepadu. Prinsip yang kedua ialah pembelajaran yang

menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang

merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran.Suasana

penbelajaran yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan

dan kemahiran yang boleh digunakan untuk keperluan diri dan masyarakat.Ini dapat melahirkan

murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka. Manakala prinsip yang ketiga ialah pendidikan

sepanjang hayat iaitu merupakan pemerolehan ilmu pengetuahuan dan kemahiran di alam

persekolahan yang dapat menjana penguasaan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam

kehidupan seharian.

Prinsip di atas perlu dilaksanakan melalui proses yang melibatkan tiga aspek iaitu bidang

pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian yang berteraskan kepada

Page 7: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

keperluan individu. Untuk menentukan keperluan setiap individu, penilaian awal perlu perlu

dijalankan berdasarkan laporan pakar. Guru perlu menjalankan ujian pengesanan untuk

menentukan murid layak berada dalam program pendidikan khas. Setelah murid berada dalam

pendidikan khas, ujian diagnostik seperti temubual, senarai semak dan pemerhatian perlu

dijalankan untuk menentukan tahap kefungsian murid dan seterusnya merancang program

pendidikan berdasarkan keperluan individu.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris “Inclusive” yang memberikan

maksud “merangumi”. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif

secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah

biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal

seperti murid-murid lain tanpa mengira status dan kekurangan.

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang

direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang

luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan atau kemudahan-

kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah

pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan

berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang

pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-

perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006).

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan

Khas iaitu “ Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan

insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan

menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli

masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara” (Sabilah,

2006).

Page 8: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia

di Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua

mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang

demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu

menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar

secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek intelek, rohani,

jasmani, emosi , sosial, bakat, nilai-nilai moral dan estetika (Mohd Najib, 2006).

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi

memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai

sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan

khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk

Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di

Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara

penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat

keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia

kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan

keperluan sosial.

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran

bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap

kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan

1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah

penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara

umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan

pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini

kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama

dengan rakan sebaya yang lain.

Pelbagai deklarasi antarabangsa yang menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah

suatu hak bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Malahan mengasingkan kanak-kanak ke dalam

Page 9: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa

pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif

agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,

sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan

bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama-sama menikmati hak kesamarataan

termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan

inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas

haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek

pendidikan malahan segala aspek lain.

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk

mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan

kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,

demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah

Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk

meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan

seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas.

Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana

pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan

bekeperluan khas .

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran

masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk

berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan

masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik

dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu

pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di

setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan

bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan

Page 10: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

material kepada pelbagai pihak seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana

pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan

kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara

ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak didedahkan

dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli

terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan

arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih

semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina

persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap orang kurang upaya OKU. Ini kerana

semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan

dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang pendidikan

inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut

kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan

kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk belajar bersama-sama dengan murid-murid

normal, yang mana mereka berada di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Haji

Sabri Salleh, 1996). Pendidikan inklusif menumpukan perhatiannya kearah pengsealiran murid-

murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya adalah memberi peluang

kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran, dan menyertai semua

aktiviti-aktiviti yang terdapat disekolah bersama-sama pelajar normal. Ia juga bertujuan supaya

murid-murid berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dalan semua aspek kemasyarakatan

yang terdapat disekolah dan juga di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka

lebih berupaya dan mampu berdikari seterusnya menjadi anggota masyarakat yang menyumbang

(Mohd. Siraj Awang, 1996).

Page 11: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan arus perdana merupakan

matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Kajian

Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menegah

bersikap negative terhadap pendidikan inklusif. Namun terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam

melaksanakan pendidikan Inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang

menjadi kekangan utama ialah sumber yang terhad, sikap serta pandangan yang negatif guru-

guru aliran perdana terhadap program pendidikan inklusif dan selain itu juga kajian Mohd Najib,

2006 yang meninjau pendapat guru Pendidikan Khas berkaitan pendidikan Inklusif mendapati

cabaran dan isu yang dihadapi sering dihadapi termasuklah:

a. Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama

kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan

dalam kelas inklusif.

b. Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa

dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran

daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa

dengan kelas pendidikan khas. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.

c. Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program

pendidikan khas. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang

ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor

murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.

d. Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain

apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi gambaran

yang negatif kepada guru lain sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bekerjasama.

e. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang

mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas.

Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab

guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan tugas lain seperti

menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain.

g. Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang

menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh,

Page 12: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru. Hal

ini adalah disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan

atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka.

Kadangkala tekanan yang hebat juga diterima dari pentadbiran yang langsung tidak

membenarkan program inklusif dijalankan. Dasar yang telah ditentukan dalam Akta Pendidikan

ini tidak memberi banyak makna kepada guru Pendidikan Khas kerana tekanan yang mereka

terima lebih menyakitkan.persepsi negative dalam kalangan pentadbir menjadi duri kepada guru-

guru Pendidikan Khas meneruskan agenda pendidikan kepada murid-murid Pendidikan Khas.

Maka tidak hairanlah ramai antara rakan kami tidak inklusifkan murid mereka kerana tidak

sanggup menghadapi tekanan yang sedemikian.

Masalah lebih berat lagi jika ada guru aliran perdana yang tidak mahu menerima murid

inklusif tersebut kerana mereka sudah ada target and tov untuk murid mereka. Bagi kebanyakan

guru aliran perdana sukar menerima mereka kerana terpaksa menyediakan pelaporan dan

dokumentasi.

Bagi guru pendidikan khas cabarannya ialah terpaksa mengajar dengan menggunakan dua

sukatan pelajaran yang berbeza. Sukatan aliran perdana untuk murid inklusif dan sukatan

alternative bagi murid pendidikan khas. Modifikasi dalam sukatan tersebut tidak menjadi

masalah sebenarnya, guru pendidikan khas sanggup menyahut cabaran tersebut asalkan murid

berjaya. Namun demikian isunya tidak tamat begitu sahaja. Timbul pula masalah pemberian

markah dan kewibawaan guru pendidikan khas dipertikai dalam menyemak kertas soalan dan

kelayakan memberi markah mengikut skema mereka.

1.4 TUJUAN KAJIAN

Perbincangan dalam kertas ini adalah berasaskan beberapa sumber maklumat. Antaranya

adalah respons guru yang terlibat dalam kajian rintis program pendidikan khas integrasi

pendekatan inklusif dalam interaksi dengan penulis melalui perbincangan formal dan juga tidak

Page 13: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

formal. Selain itu maklumat juga di dapati daripada beberapa kajian ilmiah dan kajian tindakan

yang berkaitan pendidikan inklusif secara langsung atau tidak langsung.

Maklumat tersebut digandingkan dengan maklumat perkembangan semasa yang didapati

melalui projek rintis dalam program pendidikan khas. Dengan kata lain, secara khusus kaedah

yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi penulisan kertas ini adalah seperti berikut:

1. Analisis dokumen laporan kajian-kajian empirikal mengenai pendidikan inklusif di

Malaysia: sikap guru; pengetahuan guru aliran perdana tentang pendidkan khas,

persepsi guru tentang murid berkeperluan khas

2. Perbincangan tidak formal dengan guru dan pentadbir sekolah

3. Pemerhatian dalam kelas yang terdapat murid berkeperluan khas

4. Keratan artikel akhbar

5. Diari penulis: Pengalaman penulis dalam menjalankan pemantauan program

pendidikan khas dan interaksi sosial seharian

1.4.1 OBJEKTIF KAJIAN

Banyak kajian tentang guru telah dijalankan oleh pelbagai pihak. Namun begitu, kajian

tentang pendidikan inklusif di Malaysia adalah amat sedikit. Dalam iklim pendidikan yang

menekankan kualiti, komitmen dan peranan guru adalah dua elemen yang kritikal dalam

menentukan peningkatan kualiti pendidikan secara menyeluruh dan cepat. Kajian ini hanya

kajian kes mengenai sikap serta peranan guru terhadap program pendidikan inklusif dan bukan

untuk tujuan membuktikan sebarang teori. Walau bagaimana pun ia membuka ruang untuk

perbincangan yang mungkin boleh di jadikan asas kajian yang lebih terperinci dan sistematik.

1.4.2 SOALAN KAJIAN

Antara persoalan yang dikenalpasti dalam kajian ini adalah:

1. Apakah faktor yang mempengaruhi sikap dan peranan guru dalam pelaksanaan

pendidikan inklusif?

Page 14: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

2. Sejauh mana guru di aliran perdana memberi komited dengan proses pengajaran dan

pembelajaran murid berkeperluan khas dalam tanggungjawab mereka ? dan

3. Apakah strategi guru aliran perdana dalam mengatasi masalah murid berkeperluan khas?

Page 15: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

2.0 SOROTAN PENULISAN

2.1 SEJARAH PENDIDIKAN INKLSIF

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan

Khas iaitu “ Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan

insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan

menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli

masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara” (Sabilah,

2006).

Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia

di Persidangan Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua

mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang

demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu

menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar

secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek-aspek seperti intelek,

Rohani, Jasmani, Emosi, Sosial, Bakat, Nilai-nilai moral dan Estetika.

Melalui kurikulum sekarang kanak-kanak ini dibimbing untuk menguasai kemahiran asas

yang kukuh. Walau bagaimanapun masih terdapat kanak-kanak yang tidak dapat mengikuti

proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan disebabkan oleh pelbagai kecacatan yang

menganggu proses pembelajaran mereka. Mengikut Bogdan & Kurgelmass (1984); Mercer

(1973); masalah yang timbul berpunca dari ketidakmampuan dalam diri murid dan ini

menyebabkan mereka sukar mengikuti kurikulum biasa. Oleh yang demikian, tumpuan adalah

untuk mengubah kekurangan-kekurangan didalam diripelajar sahaja. Dengan ini perlu dibentuk

pendidikan khas seperti berikut:-

1. Pendekatan mengeluarkan murid dari kelas biasa

Murid yang difikirkan tidak boleh mengikut kurikulum biasa dikeluarkan sama ada

Page 16: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

untuk sesuatu jangkamasa, ke kelas-kelas khas atau ke sekolah khas. Tujuannya

adalah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran setimpal dengan kelemahan-

kelemahan yang terdapat pada murid tersebut.

2. Pendekatan pemulihan

Pendekatan ini mempunyai beberapa bentuk dan strategi. Pada asasnya pendekatan

ini bertujuan untuk menyediakan pencegahan yang boleh mengatasi atau

menghilangkan kekurangan-kekurangan yang terdapat dikalangan murid-murid

tersebut.

2.2 SIKAP DAN PERANAN GURU

Sikap adalah merupakan salah satu daripada faktor yang akan menentukan kejayaan

seseorang pelajar dalam pembelajaran yang dipelajari dimana sikap mempunyai hubungan yang

rapat dengan responsibiliti pelajar itu sendiri untuk memahami dan menyelesaikan tugasan atau

aktiviti yang diberikan oleh guru. Secara ringkasnya, sikap wujud daripada keinginan seseorang

dan rangsangan oleh orang disekelilingnya. Lazimnya, sikap individu itu sendiri lambat laun

akan menjadi kebiasaan yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian (Rahil, Abd. Majid, dan

Zaidatul Akmar, 1998). Sikap kemungkinan besar mempengaruhi pencapaian seseorang dan

adalah pengaruh penting kepada perubahan tingkah laku. Berdasarkan penyelidikan yang

dilakukan oleh pendidik iaitu Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983), sikap adalah keadaan dimana

seseorang individu itu dipengaruhi untuk melakukan tindak balas secara positif dan negatif

terhadap individu lain.

Kajian banyak menunjukkan bahawa murid-murid yang diletakkan dalam kelas biasa,

belajar dengan kanak-kanak normal, adalah menunjukkan pencapaian yang lebih baik dari

mereka yang diasingkan. Kelas Pendidikan Khas yang mana murid-murid diasingkan tidak

menunjukkan pencapaian yang diharapkan oleh semua pihak. Daripada pemerhatian juga

didapati bahawa murid lebih berjaya jikalau mereka berada dalam kelas biasa hampir sepanjang

hari berbanding dengan kelas Pendidikan Khas. Ia merupakan amalan yang paling berkesan dan

bermakna untuk anak-anak ini. Anak yang diasingkan daripada rakan sebayanya yang lain, akan

Page 17: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

dengan sendirinya memberi kesan kepada diri mereka dan juga murid-murid yang lain bahawa

mereka adalah sememangnya berlainan.

Minat adalah merupakan salah satu daya pengerak yang dapat membantu pelajar

memberikan sepenuh perhatian kepada seseorang sama ada ianya melibatkan aktiviti atau

kegiatan secara langsung atau tidak langsung. Ia merupakan pengalaman yang dapat

mempengaruhi oleh tindakan individu itu sendiri dan ianya berkait rapat dengan gerakbalas

emosi dan fizikal. Minat yang tinggi boleh merangsangkan seseorang individu itu untuk

melakukan sesuatu perkara tanpa didesak atau dipaksa oleh orang lain yang melibatkan aktiviti

dari segi pengajaran dan pembelajaran mahu pun yang melibatkan rutin seharian. Ciri-ciri ini

amat diperlukan bagi memastikan wujudnya penglibatan yang maksimum dari pelajar didalam

setiap aktiviti pembelajaran.

Menurut (Crow & Crow, 1980), minat adalah daya pengerak yang mendorong pelajar

supaya memberikan perhatian kepada seseorang, benda dan kegiatan. Ia boleh merupakan

pengalaman yang berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. Minat boleh

menjadi punca kepada sesuatu kegiatan itu sendiri. Arah pemikiran dipengaruhi oleh pengalaman

deria dan kesedaran pengamatan untuk membolehkan deria dan kesedaran pengamatan

membolehkan perubahan perhubungan diantara idea dengan proses pemikiran. Oleh yang

demikian, pelajar yang mempunyai minat yang maksimum serta sikap berdisiplin akan lebih

bersemangat dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi dalam

setiap pembelajaran walaupun ianya sukar untuk dikuasai sepenuhnya.

Pencapaian pelajar yang lebih baik dengan persekitaran dan suasana bilik darjah yang

sesuai dengan bilangan pelajar. Susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah faktor keselesaan

yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau sebaliknya.

Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keceriaan susun atau

yang selesa akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar dan dapat membantu pelajar

mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan baik. Sharifah Alwiah (1985)

menyatakan suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya untuk mewujudkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah dan berwarna warni, selesa, riang dan

Page 18: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

terdapat interaksi guru – murid dan murid-murid yang seronok sudah pasti akan menghasilkan

pembelajaran yang lebih mudah dan kekal jika dibandingkan dengan keadaan yang berlawanan.

Masyarakat pada masa kini juga melihat institusi pendidikan merupakan sebuah institusi

yang boleh menjadi sumber utama bagi mendapatkan pekerjaan. Secara tidak langsung martabat

pendidikan sebagai pembentuk keperibadian dan sahsiah yang baik dan berketerampilan dapat

diwujudkan. Zaitun dan rakan-rakan (1991) dalam kajian terhadap kemudahan fizikal sekolah

merumuskan bahawa tiada hubung kaitnya diantara kemudahan fizikal, sebaliknya ini adalah

hasil daripada banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi seperti interaksi antara kemudahan

fizikal dengan pengajaran guru, sikap pelajar, minat dan sebagainya. Rumusannya bolehlah

dirangkaikan dari aspek-aspek iklim, sekolah atau fizikal, intelektual dan emosi. Memupuk aspek

yang saling bersandar dalam mempengaruhi penguasaan pelajar dalam kelas-kelas pemulihan ini.

Sistem pendidikan adalah meruapkan satu usaha yang berterusan sejajar dengan Falsafah

Pedidikan Negara ( FPN) yang ingin melahirkan insan berintelektual, rohani dan jasmani. Ia juga

berperanan untuk memberikan pendidikan bersepadu dan bersistematik bagi menjamin kejayaan

dalam bidang pembelajran dan kurikulum. Kurikulum yang baik dan tersusun boleh menarik

serta menimbulkan minat seseorang pelajar untuk mendapat pencapaian yang baik dan

cemerlang dalam pelajarannya.

Melalui sistem pendidikan masa dahulu dan masa sekarang secara langsung proses

pencapaian ilmu dalam pembentukan peribadi akan membawa kepada perubahan demi

perubahan kepada seseorang pelajar itu. Perkara yang penting dalam menentukan pencapaian

yang cemerlang adalah bergantung kepada minat dan sikap pelajar itu sendiri. Menurut Atan

(1980), pembelajaran ini adalah perubahan dari pengalaman. Pengalaman yang ada seseorang itu

akan digunakan untuk sesuatu tindakan atau tingkahlaku. Pembelajaran memerlukan rangsangan

dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan

diproses oleh kecerdasan untuk menjadi pengetahuan dan pengalaman. Menurut Rahil, Abd.

Majid dan Zaidatul Akmalliah (1995), pembelajaran ialah satu gerakan ke arah penyelesaian

masalah yang belum biasa ditemui mengenal pasti kuasa konsep mata pelajaran tertentu dan

berupaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam bilik darjah kepada masalah diluar

bilik.

Page 19: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif bermatlamat untuk menerokai sesuati

bidang yang belum atau kurang dikaji dimana data dianalisis dan diperolehi dari soal selidik

yang diedarkan kepada guru-guru yang mengajar kanak-kanak pendidikan khas ini. Soalan

selidik yang dikemukakan kepada guru-guru biasa dan Pendidikan Khas bertujuan untuk

mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap guru-guru yang mengajar kanak-kanak

Pendidikan Khas.

Tempat yang dipilih bagi menjalankan kajian adalah sekolah rendah di daerah Kepala

Batas, Pulau Pinang. Populasi kajian adalah terdiri daripada 56 orang guru-guru biasa dan 17

orang guru yang mengajar kanak-kanak Pendidikan Khas. Sampel dalam kajian ini adalah terdiri

daripada 17 orang guru yang sedang mengajar Pendidikan Khas dan 23 orang guru-guru biasa.

Maka pemilihan sampel yang dipilih oleh pengkaji adalah sampelan tidak rawak bertujuan.

Menurut Mohd. Najib (1997), sampel tidak rawak bertujuan iaitu penyelidik dengan segaja

memilih sample yang bertujuan mendapat jumlah sample yang mewakili populasi.

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soalselidik. Soal

selidik digunakan kerana ia lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama responden (Tuckmen,

1998). Menurut Gravetter & Wallnau, 2004, kaedah deskriptif adalah satu prosedur atau teknik

statistik bertujuan untuk meringkaskan data dalam bentuk yang lebih bermakna. Responden

bebas memilih dan menyatakan pendapat, menilai mengikut kehendak soal-selidik dan mereka

tahu apa yang difikirkan untuk menjawab. Soal selidik mempunyai beberapa kelebihan

dibandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha penyelidik mendapatkan maklumat. Ia

dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu :

Bahagian A : Latar Belakang Guru

Di bahagian ini responden dikehendaki mengisi maklumat biodata diri, pengalaman

mengajar, kelulusan ikhtisas, pengkhususan di maktab atau Institut Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) dan kehadiran kursus yang pernah diikuti.

Page 20: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

Bahagian B : Item Soal Selidik

Skala Likert digunakan dalam Bahagian B. Skala jenis ini digunakan kerana ianya dapat

memberikan gambaran yang lebih tepat terhadap maklumbalas responden. Soalan ini

direkabentuk untuk meninjau sikap serta peranan guru pendidikan khas dan guru-guru aliran

perdana.

Selain itu juga, perbincangan dalam kertas ini adalah berasaskan beberapa sumber

maklumat. Antaranya adalah respons guru yang terlibat dalam kajian rintis program pendidikan

khas integrasi pendekatan inklusif dalam interaksi dengan penulis melalui perbincangan formal

dan juga tidak formal. Selain itu maklumat juga di dapati daripada beberapa kajian ilmiah dan

kajian tindakan yang berkaitan pendidikan inklusif secara langsung atau tidak langsung.

Maklumat tersebut digandingkan dengan maklumat perkembangan semasa yang didapati

melalui projek rintis dalam program pendidikan khas. Dengan kata lain, secara khusus kaedah

yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi penulisan kertas ini adalah seperti berikut:

1. Analisis dokumen laporan kajian-kajian empirikal mengenai pendidikan inklusif di

Malaysia: sikap guru; pengetahuan guru aliran perdana tentang pendidkan khas,

persepsi guru tentang murid berkeperluan khas

2. Perbincangan tidak formal dengan guru dan pentadbir sekolah

3. Pemerhatian dalam kelas yang terdapat murid berkeperluan khas

4. Keratan artikel akhbar

5. Diari penulis: Pengalaman penulis dalam menjalankan pemantauan program

pendidikan khas dan interaksi sosial seharian

Page 21: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

4.0 DAPATAN KAJIAN

Penganalisaan data dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B.

Dalambahagian A, dapatan yang di analisis adalah berkisar kepada biodata responden. Sampel

yang dikira sebagai responden adalah seramai 40 orang daripada 73 borang soal selidik yang

telah diedarkan bagi kedua-dua jenis responden.

Majoriti responden yang mengajar Program Pendidikan Khas ini adalah terdiri daripada

guru-guru perempuan iaitu 88.2 peratus dan guru lelaki 11.8 peratus. Responden guru biasa yang

mengajar kelas aliran perdana pula, guru lelaki 17.9 peratus sementara guru perempuan 82.1

peratus. Jumlah responden yang ramai datangnya daripada guru-guru perempuan yang ramai

mengajar kelas Pendidikan Khas ini mungkin kerana guru-guru perempuan mempunyai tahap

kesabaran, prihatin, lemah lembut dalam mengajar dan melayani karenah kanak-kanak istimewa

ini.

Majoriti respoden adalah berumur dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun sebanyak 27.5

peratus dan lebih 41 tahun 27.5 peratus. Selebihnya kurang 25 tahun 17.5 peratus dan 36 hingga

40 tahun juga 17.5 peratus. Bagi umur 31 hingga 35 tahun 10 peratus. Dari segi kelulusan iktisas,

Sijil Perguruan adalah 57.5 peratus guru yang mengajar adalah lepasan maktab perguruan iaitu

responden yang berumur lebih 30 tahun. Manakala 42.5 peratus kelulusan Diploma Perguruan

yang baru diiktiraf oleh kerajaan. Hanya 5 peratus adalah guru berijazah yang mengambil kursus

Pendidikan Khas di Universiti tempatan.

Dalam kegiatan ko-kurikulum pula guru-guru Pendidikan Khas juga mesti mengikuti

kegiatan iaitu 70 peratus mengikut semua yang disenaraikan. 17.5 peratus persatuan sahaja, unit

Pakaian Seragam 5 peratus dan sukan 7.5 peratus. Di sini menunjukkan guru-guru Pendidikan

Khas tidak terkecuali dalam aktiviti-aktiviti di sekolah. Ini merupakan cabaran kepada guru-guru

Pendidikan Khas ini kerana disamping mengajar kanak-kanak istimewa, mereka mesti

merancang suatu cara yang kreatif untuk mengajar kanak-kanak ini. Ini akan menambah kerja

dan tanggungjawab yang terpaksa mereka pikul.

Page 22: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

Pendekatan Pendidikan inklusif ini telah wujud secara semulajadi di negara ini di mana

pelbagai kategori murid berkeperluan khas belajar bersama rakan sebaya yang normal tanpa

sebarang kemudahan tambahan atau khidmat sokongan. Namun begitu konsep pendidikan

inklusif yang tersusun adalah satu inovasi pendidikan yang radikal di Malaysia buat masa ini.

Berdasarkan analisis kajian-kajian yang ada di Malaysia beberapa dapatan dapat disimpulkan

seperti berikut;

4.1 PENGETAHUAN GURU MENGENAI PENDIDIKAN KHAS DAN KANAK-

KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tidak tahu maka tak cinta’. Guru yang kurang

pengetahuan tentang murid berkeperluan khas biasanya kurang prihatin terhadap MBK. Tahap

pengetahuan guru aliran perdana tentang pendidikan khas adalah masih rendah. Spekulasi ini

dibuat berdasarkan fakta berikut:

1. Hanya 12 peratus (1/8) guru prasekolah aliran perdana tahu definisi pendidikan

inklusif (Supiah Saad, 2003).

2. Tidak ada seorang pun daripada 28 orang guru aliran perdana yang ditanya dapat

memberi maksud pendidikan inklusif dan pendidikan khas dengan tepat.

Kebanyakan menjawab tidak pernah dengar perkataan tersebut (pengalaman

penulis sebagai panel temuduga biasiswa 2005).

3. Kesemuanya 12 orang warga pendidik aliran perdana yang ditemui secara tidak

dirancang (dalam situasi dan masa berasingan), tidak faham maksud ‘special

education’ atau pendidikan khas. Mereka faham singkatan OKU (orang kurang

upaya) tapi bila ditanya lebih lanjut tentang kanak-kanak OKU, ‘buta dan pekak’

adalah golongan OKU yang mereka tahu (Diari penulis dari Januari 2004 hingga

Jun 2005, interaksi sosial).

Page 23: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

4.2 SIKAP PENERIMAAN GURU TERHADAP MURID BERKEPERLUAN

KHAS

Kajian Haniz Ibrahim (1998) telah mendapati beberapa halangan yang menjadi kekangan

kepada keberkesanan pendidikan inklusif; antaranya adalah sikap negatif guru sekolah rendah

terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif. Berlandaskan fakta ini, analisis dapatan daripada

beberapa kajian kes terdahulu serta kajian rintis dibuat.

Sikap guru aliran perdana terhadap perubahan dan pelaksanaan pendidikan inklusif

adalah satu isu yang telah banyak dikaji secara empirikal di negara maju. Menurut Clough dan

Lindsay (1991) untuk meminimumkan kesan negatif ke atas pendidikan inklusif, perubahan tidak

boleh dibuat secara mendadak atau mengambil kira satu pandangan sahaja (immediately or

unilaterally). Kekeliruan sukar dielakkan terutama bagi guru yang belum pernah mendengar

tentang pendidikan murid khas. Kajian Haniz Ibrahim (1998) telah mendapati guru aliran

perdana di sekolah rendah bersikap negatif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif.

Berlandaskan fakta ini, analisis dapatan daripada beberapa kajian kes terdahulu serta kajian rintis

dibuat. Keputusan analisis menunjukkan;

4.2.1 Penerimaan guru terhadap murid berkeperluan khas:

Penerimaan awal guru aliran perdana terhadap murid berkeperluan khas yang belum

didiagnosis lebih positif berbanding murid yang sudah di label dengan sesuatu masalah. Kesan

Labelling ke atas murid berkeperluan khas adalah ketara dalam pelaksanaan pendidikan inklusif.

Dapatan kajian tindakan oleh Nik Khairunnisa 2004 menunjukkan guru aliran perdana tidak

melibatkan murid berkeperluan khas dalam P&P menyebabkan murid berkeperluan khas

berkenaan tidak suka masuk ke kelas pendekatan inklusif.

Selain itu dapatan juga menunjukkan guru aliran perdana berkenaan tidak memahami

dengan jelas peranan yang boleh dimainkan untuk menangani murid khas. Keadaan yang

sebaliknya berlaku di dalam perkembangan kajian rintis pendekatan inklusif untuk murid

autisma selepas guru diberi pendedahan yang cukup tentang murid berkeperluan khas. Guru-guru

Page 24: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

yang pada awalnya risau dan ragu-ragu untuk mengambil bahagian dalam projek tersebut telah

memberi komitmen yang padu selepas memahami peranan mereka sebenar dan murid-murid

khas yang terlibat menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Selepas 2 bulan

diinklusifkan murid-murid autisma turut menduduki peperiksaan pertengahan tahun untuk setiap

mata pelajaran, sama seperti rakan sebaya yang normal. Pencapaian mereka dalam peperiksaan

tersebut juga membanggakan.

4.2.2 Komitmen Pentadbir sekolah:

Persepsi dan komitmen guru besar dalam menangani isu MBK mempunyai impak ke atas

sikap guru terhadap MBK. Berdasarkan dua sumber maklumat yang didapati dalam konteks yang

berbeza, dua situasi sikap guru aliran perdana hasil campur tangan pentadbir dapat dibuat

perbandingan; iaitu;

1. Terdapat guru yang proaktif, mencari jalan penyelesaian bagi menangani murid

berkeperluan khas dengan berkesan. Mereka ini adalah guru yang prihatin dan

bersikap positif dalam banyak perkara.

2. Ada guru yang komited atas dasar kewajipan yang diamanahkan. Mereka akan

membuat kerja mengikut arahan dan kurang inisiatif untuk memperbaiki

kemahiran dan pengetahuan tentang murid berkeperluan khas.

4.3 PERANAN GURU

Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan

belajar  bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid

pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran

sahaja. Jalanmenuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya

melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan

perubahan sistem disekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan,

tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan

Page 25: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat

terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan

khas.

Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi

murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda

(2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja

kepada murid pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti

pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan

(seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup. Oleh itu

adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan perananmereka masing-

masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikaninklusif di sekolah.

Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikaninklusif perlu sedar

dan memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke

arah kebaikan semua pihak.

Peranan guru sebenarnya telah berubah secara dramatic sejak beberapa dekad ini, iaitu

berubah daripada individu yang menyampaikkan ilmu dengan pengajaran secara terus kepada

fasilitator dan konsultan (Nancy Disa Turner, 2008). Ini adalah benar kerana sekarang guru

bukan sahaja sebagai penyampai maklumat namun melangkaui perhubungan yang lebih rumit

dan mendalam.Guru menjadi bahan rujukan kepada beberapa aspek dalam kehidupan tidak kira

dalam aspek  pendidikan mahupun rohani.Selepas keluarga, guru merupakan salah satu pihak

yang paling berpengaruh dalam pendidikan murid pendidikkan khas. Mereka berperanan sebagai

sumber sokongan yang berterusan kepada ibubapa( Eitan, Rachel & Zohar 2009). Ini adalah

kerana sokongan dan perhatian yang guru berikan kepada murid pendidikan khas ini membuka

mata ibubapa tentang kepentingan pendidikan inklusif dan memberi sokongan moral kepada

mereka.

Dalam melaksanakan pendidikan inklusif yang berkesan guru pendidikan

khasmemainkan peranan penting kerana mereka perlu mempunyai pengetahuan unik sebagai

amalanyang terbaik bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan konsultasi bersama

Page 26: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

guru aliran perdana (Lim Kilanowski et.al 2010). Pengetahuan dan pengalaman mereka

berinteraksi dan berhubung dengan murid pendidikan khas memberikan mereka kelebihan dalam

menjalinkanhubungan dengan guru aliran perdana. Mereka perlu selalu berbincang dan

mendapatkan idea bagi mencari jalan penyelesaian tentang beberapa konflik pendidikan inklusif

di dalam kelas aliran perdana.

Pembelajaran kooperatif merupakan kaedah pembelajaran yang sinonim

dengan pendidikan inklusif. Ini disokong dengan dapatan yang dikaji oleh Lim Kilanowski et.al

2010 yang menyatakan pembelajaran kooperatif merupakan model bagi amalan dalam inklusif

yang paling berguna. Dalam pembelajaran kooperatif guru pendidikan khas dan guru aliran

perdanaakan berkerjasama di dalam pengajaran dan pembelajaran namun mengikut gaya masing-

masingdalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran. Menurut Frederickson et. al 2004

mendapati adalah satu kebiasaan dalam memaparkan definisi kejayaan inklusif di kalangan guru

melibatkan proses inkusif.

Guru mula beberapa bentuk sokongan dan program peningkatan kemahiran bagi

masyarakat. Ini adalah penting bagi memastikan semua pihak yang berkenaan memndapat

latihan dan pendedahan yang berterusanmengenai program inklusif yang berkesan. Guru juga

memainkan peranan yang sangat pentingdalam kejayaan program inklusif (Burrack, Root et.al

1997) yang turut menyatakan ianya ada perkaitan program latihan perguruan yang mereka hadiri

sebelum mula mengajar. Komitmen guru dan sekolah dalam menjayakan program inklusif adalah

salah satu perkara yang paling penting dalam merealisasikannya. Ini disokong oleh Avramidis

et.al 2000 yang menyatakan guru dengan sikap positif adalah disebabkan ilmu pendidikan

inklusif dan pendidikan khas yang mereka perolehi semasa program latihan penguruan.Selain itu

para guru juga perlu dibina secara professional dan bersedia secara psikologi,social dan sikap

supaya dapat menghadapi situasi yang memerlukan mereka menyokong pendidikan inklusif

dengan apa cara sekalipun (Mittler, 2000). Ini adalah penting kerana banyak karenah dalam

pendidikan inklusif yang perlu mereka hadapi sepanjang karier mereka sebagaiguru inklusif.

Karenah birokrasi sekolah, karenah rakan sekerja, karenah murid aliran perdana, karenah murid

masalah pembelajaran dan karenah ibubapa adalah perkara yang sering terjadi dalam karier

sebagai guru.

Page 27: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN

Kerjasama antara guru-guru keperluan khas dan guru biasa adalah terdedah kepada

beberapa faktor luaran. (Soodak L. et al, 1998) Faktor-faktor ini boleh mendorong atau

menggalakkan kedua-dua pihak. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menentukan pendapat dua

kategori guru-guru mengenai kerjasama dalam kelas inklusif. Melalui kedua-dua temuduga dan

kaedah pemerhatian, didapati bahawa keperluan khas guru-guru mempunyai semangat kurang

bagi kerjasama dalam kelas daripada rakan-rakan tetap mereka. Penemuan ini menunjukkan

bahawa terdapat keperluan untuk guru keperluan khas dibuat menyedari manfaat bekerjasama

dengan guru biasa. Mungkin mereka boleh inhibitions telah dibawa oleh jurang dalam

pelaksanaan. Selain itu, beberapa keperluan khas guru ditandakan satu bentuk kompleks

kelebihan, yang menjadikan sukar untuk bekerjasama dengan profesional lain. Dalam usaha

untuk menghapuskan sikap negatif ini, adalah penting untuk memperbaiki struktur sokongan di

sekolah-sekolah dan pada masa yang sama melatih guru-guru keperluan khas mengenai

keperluan untuk bekerjasama dengan guru-guru biasa dan keperluan untuk menghormati mereka

juga. (Jausovec dan Siegel 1994,)

Selepas menentukan kategori guru mempunyai semangat kurangnya untuk kerjasama, ia

kemudian perlu untuk membongkar beberapa sebab di sebalik sikap negatif ini atau halangan

kepada proses kerjasama. Kajian mendedahkan bahawa beberapa faktor telah sinonim kepada

guru-guru biasa dan lain-lain adalah sinonim kepada guru-guru keperluan khas. Ia didapati

bahawa keperluan istimewa guru bimbang tentang kurangnya peranan yang jelas di sekolah.

Mereka dijangka menjalin peranan mereka sendiri dan ia sukar. Kebimbangan lain seperti

kekurangan struktur sokongan dan pengalaman miskin juga dipetik oleh kumpulan. Pentadbiran

sekolah patut membuat perubahan dengan mengambil kira kerjasama antara kedua-dua jenis

guru. (Snyder, 1999)

Mereka harus memberi sumber yang mencukupi untuk membantu kanak-kanak keperluan

khas dan mereka juga perlu menangani penjelasan peranan guru keperluan khas. Dalam kes ini,

pentadbir sekolah boleh memberitahu kedua-dua kategori guru apa harapan dan tugas-tugas

mereka di dalam kelas inklusif ini. Maklumat ini juga perlu dalam proses mereka bentuk

Page 28: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

kurikulum latihan untuk kedua-dua keperluan guru-guru biasa dan istimewa. Semasa latihan,

kedua-dua kategori guru-guru perlu diberi penjelasan yang jelas mengenai apa yang mereka

sepatutnya lakukan di dalam kelas supaya dapat mengurangkan kejadian perselisihan antara

kedua-dua kumpulan. (Vaughn et al, 1996)

Penyelidikan yang bertujuan untuk mewujudkan model yang paling berkesan bagi

kerjasama antara keperluan khas dan guru biasa. Sejak didapati bahawa model yang paling

berkesan ialah kelas mengintegrasikan model, maka sekolah-sekolah termasuk hendaklah

menerima pakai model ini. Ini bermakna perlu ada bekalan yang mencukupi guru keperluan khas

dalam bilik darjah untuk membolehkan masa yang cukup bagi mereka untuk berurusan dengan

kelas-kelas tertentu. Model lain yang tidak menggalakkan kehadiran berterusan oleh guru

keperluan khas tidak boleh menjadi pendekatan terbaik kerana guru keperluan khas tidak

mendapat masa untuk belajar pelajar. Oleh itu, guru biasa adalah terlalu membebankan dan perlu

menangani semua cabaran kelas sahaja

Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru

danmurid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas

mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang

tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa

yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid

berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah

perkara/tugasan yang sangatdiminatinya. Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat

diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang

berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka

dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan

ketidakupayaan kanak-kanak khas. Tambahan pula, “pendidikan untuk semua” yang telah

diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak

berkeperluan khas. Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan

yang sama rata terjamin, terutamanya dalam persekitaran semula jadi.

Page 29: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

Walaubagaimanapun, pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan

inklusif dan di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya

mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang

berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi

semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani

segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah

bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga

perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada

yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru pendidikan khas perlu

bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai

perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar

keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi

peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita

sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.

Page 30: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

BIBLIOGRAFI

Akta Pendidikan 1996

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan

Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan

Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor

Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Roben W. Taylor & Ravic P. Ringlaben. 2012. Impacting Pre-Service Teacher’ Attitudes toward

Inclusion. Canadian Center of Science and Education.

V. Donnelly & A. Watkins. 2011. Teacher educations for inclusion in Europe Denmark.

European Agency for Development in Special Needs Education.

D. Vaillant. 2011. Preparing teacher for inclusive education in Latin America. Uruguay. ORT

University.

W. Hodgkinson & M. Cheryl. 2012. The Role of postgraduate student in co-authoriting open

educational. Centre for Educational Technology, University of Cape Town, Cape Town. South

Africa.

Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol. 24. No. 1 (pp. 3-6)

Culatta, R.A. & Tompkins, JR., “ Fundamentals of Special Education ”, 1999.

Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk

Page 31: KAJIAN - Aliaa Binti Ismail (M20122001573)

Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.

Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali. 2008. Amalan Program Intervensi Awal Kanak-kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.