kahwin pada usia muda

19
2013 KAHWIN PADA USIA MUDA ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. PENGENALAN 2 2. DEFINISI DAN REALITI PERKAHWINAN PADA HARI INI 3-6 3. FAKTOR-FAKTOR KAHWIN MUDA 6-7 4. HUKUM PERKAHWINAN BAWAH UMUR DALAM ISLAM 7-10 5. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAHWIN MUDA 10 6. CABARAN KAHWIN MUDA 11-12 7. KESIMPULAN 12 8. LAMPIRAN 13-14 9. RUJUKAN 15 1

Upload: noor-izzahtul-aisyah-yusof

Post on 08-Aug-2015

687 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Institusi Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 2

2. DEFINISI DAN REALITI PERKAHWINAN PADA

HARI INI

3-6

3. FAKTOR-FAKTOR KAHWIN MUDA 6-7

4. HUKUM PERKAHWINAN BAWAH UMUR DALAM

ISLAM

7-10

5. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAHWIN MUDA 10

6. CABARAN KAHWIN MUDA 11-12

7. KESIMPULAN 12

8. LAMPIRAN 13-14

9. RUJUKAN 15

1

Page 2: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

PENGENALAN

Agama Islam tidak menganggap perkahwinan itu hanya untuk memenuhi tuntutan hawa

nafsu sahaja tetapi sebagai satu ikatan yang luas merangkumi berbagai tanggungjawab

dan tugas. Ini adalah kerana mengikut agama yang diwahyukan, wanita itu bukanlah

barang mainan kaum lelaki tetapi mereka adalah ciptaan ynag mempunyai moral dan

rohani yang diamanahkan kepada kaum lelaki melalui perjanjian luhur (melalui ikatan

perkahwinan yang sah) di mana Allah S.W.T adalah sebagai saksi untuknya. Oleh itu,

pihak isteri bukan sahaja memberi kenikmatan dan perasaan kepada pihak suami bahkan

mereka bertanggungjawab untuk berkerjasama dengan suami masing-masing di dalam

membina kehidupan berumah tangga dan akhirnya supaya seluruh unsur kemanusiaan itu

menjadi bermakna. Perkahwinan juga adalah pengisytiharan kepada masyarakat umum

bahawa dua jiwa telah disatukan untuk memulakan penghidupan baru dan mengiktirafi

kesahihan anak-anak yang bakal dilahirkan dari segi undang-undang dan agama.

Mendirikan rumah tangga di usia yang muda bukanlah perkara baru dalam masyarakat

kita terutamanya masyarakat Melayu. Fenomena kahwin awal ini seolah-olah menjadi

‘trend’ dan gaya hidup golongan anak muda masa kini terutamanya mereka yang tinggal

di kawasan luar bandar. Di umur seawal 20an mereka sudah mula membicarakan soal

perkahwinan. Bagi sesetengah pihak, mereka menerima dan menganggap perkara ini

adalah perkara biasa dalam masyarakat Melayu. Tetapi, bagi sesetengah yang lain pula,

mereka menganggap situasi dan fenomena ini perlu berubah selaras dengan

perkembangan semasa. Sesetengah anak muda di zaman ini cenderung memilih untuk

berkahwin awal termasuklah ketika masih lagi bergelar mahasiswa. Fenomena kahwin

semasa belajar ini sering kali berlaku di kalangan penuntut pusat pengajian tinggi awam

dan swasta di negara ini.

2

Page 3: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

DEFINISI DAN REALITI PERKAHWINAN PADA HARI INI

Pernikahan merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam memperkasakan

sistem kekeluargaan. Secara umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah

perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan

kesedaran. Sewajarnya masyarakat dewasa, lebih terbuka dan matang dalam

membincangkan isu pernikahan, kerana arus kehidupan terus berubah dari semasa ke

semasa menyebabkan pemikiran dan tindakan golongan muda berbeza mengikut faktor

persekitaran, latar belakang pendidikan dan taraf ekonomi.

Perkahwinan juga merupakan satu ikatan yang suci di antara seorang lelaki dan wanita

sepertimana lumrah alam bahawa setiap yang dijadikan Allah s.w.t, adalah berpasang-

pasangan. Perkahwinan, seperti yang diketahui secara umumnya merupakan salah satu

daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a

yang bermaksud :

“Telah bersabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: Perkahwinan itu adalah sunnahku,

sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku. 

(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Dalam Al-quran, di dalam surah An-Nisaa’ sebahagian ayat 6, maksudnya :

“ Dan ujilah anak-anak yatim itu sehingga mereka cukup umur (mencapai umur

perkahwinan). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka tanda-tanda yang

menunjukkan bahawa mereka telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya maka

serahkanlah kepada mereka hartanya”.

Di dalam undang-undang Islam cukup umur ataupun Baligh mengikut pendapat Mazhab

Syafie ialah apabila seorang budak lelaki bermimpi keluar mani dan perempuan telah

didatangi haid ataupun apabila mereka cukup berusia 12 tahun, maka mereka boleh

3

Page 4: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

dianggap dewasa.

Jika berdasarkan pula kepada sejarah, Rasulllah S.A.W yang telah menikahi Saidatina

Aisyah r.a ketika Saidatina Aisyah r.a baru berusia 9 tahun. Sebagaimana Hadis yang

diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah sendiri yang bermaksud :

“Bahawasanya Nabi telah mengahwini Aisyah sedang ia berumur enam tahun dan

Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun”. (Riwayat Al-Bukhari

dan Muslim).

Justeru itu, tiada umur spesifik yang ditetapkan sebagai umur perkahwinan. Bermakna,

adalah tidak salah sekiranya berkahwin pada usia muda. Namun begitu, melihat secara

realitinya di Malaysia pada hari ini, di bawah undang-undang syariah telah ditetapkan had

umur minimum untuk berkahwin iaitu pada usia 18 tahun untuk lelaki manakala 16 tahun

bagi perempuan.

Sebagai contoh, Seksyen 8, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)

2003 (EUUKIS) memperuntukkan: “Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan

atau didaftarkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan

belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika

Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu”.

Menurut seksyen di atas, perkahwinan kanak-kanak di bawah umur hendaklah terlebih

dahulu mendapat kelulusan bertulis dari Mahkamah Syariah dan tiada sesuatu

perkahwinan tersebut boleh dijalankan tanpa kebenaran Mahkamah Syariah tersebut.

Peruntukan seksyen itu tidaklah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat kerana

pemerintah atau ulil amri boleh membuat undang-undang tertentu demi kepentingan

umum (maslahah ammah). Hakikatnya kebenaran dari mahkamah ini perlu, bertujuan

memberi peluang mahkamah menyelidik pasangan yang di bawah umur yang hendak

berkahwin tersebut itu dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk

berumah tangga. Semua ini perlu bagi menjaga kepentingan kanak-kanak itu.

4

Page 5: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

Kepentingan kanak-kanak tersebut perlu dijaga kerana perkahwinan adalah sesuatu yang

bukan mainan dan perlu ada asas yang kukuh untuk seseorang bapa atau datuk hendak

mengahwinkan anak gadisnya. Setelah perkara-perkara ini diteliti dan Mahkamah

berpuashati bahawa sesuatu perkahwinan tersebut perlu “dalam keadaan tertentu”

Mahkamah yang berbidangkuasa di tempat gadis tersebut bermaustatin boleh memberi

kebenaran untuk berkahwin.

“Dalam hal keadaan tertentu” mengikut peruntukan di atas bermaksud ada alasan-alasan

yang kukuh di pihak wali yang ingin mengahwinkan anaknya tersebut yang boleh

dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum memberi sebarang kebenaran. Antara alasan

yang kukuh yang boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah, sebagai contoh anak yang

bermasalah dari segi moral serta bebas bergaul serta tidak boleh dikawal oleh ibu bapa.

Di dalam keadaan ini bagi menyelamatkan kanak-kanak ini dari terus bergelumang

dengan kemaksiatan, bapa sebagai wali mengahwinkan anaknya tersebut.

Di dalam keadaan lain pula, kanak-kanak bawah umur yang tiada ibu bapa tempat

bergantung dan pada masa yang sama mempunyai tahap ekonomi yang rendah serta

mempunyai adik beradik yang ramai. Di dalam keadaan ini gadis bawah umur tersebut

dikahwinkan oleh walinya bagi mengurangkan bebanan di dalam keluarga. Sekiranya

tidak dikahwinkan dikhuatiri akan menyumbang kepada masalah lain seperti masalah

moral sehingga boleh mengundang kepada gejala tidak sihat seperti Bohsia dan

sebagainya.

Segelintir masyarakat mungkin menimbulkan persoalan mengapa umur minima ini

ditetapkan oleh undang-undang sedangkan Saidatina Aisyah telah berkahwin pada usia 6

tahun dan bersama dengan Rasulullah s.a.w pada usia 9 tahun. Maka masyarakat juga

perlu memahami bahawa Saidatina Aisyah r.a merupakan antara orang-orang yang

pertama memeluk Islam. Beliau juga telah mengikuti di dalam perang Uhud dan Badar.

Kebijaksanaan, pengetahuannya dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w serta tindak

tanduknya telah menunjukkan kematangannya dalam usia 9 tahun tersebut.

5

Page 6: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

Berbanding dengan situasi kita pada masa ini, usia 18 tahun adalah umur selepas SPM

manakala 16 tahun adalah umur pelajar tingkatan 4. Oleh sebab itu, kematangan di bawah

umur ini adalah amat dikhuatiri kerana ianya berada di dalam umur zaman persekolahan.

Perkahwinan bukan sekadar satu ikatan menghalalkan yang haram selepas akad nikah,

malahan ianya penuh dengan seribu satu tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh

kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab yang perlu dipikul bukan sahaja berkenaan

dengan makan minum, namun tuntutan nafkah batin, zuriat dan pelbagai tanggungjawab

lain yang perlu ditanggung sebagai seorang suami malah lebih-lebih lagi sebagai seorang

isteri. Tanggungjawab ini mungkin tidak dapat difahami sepenuhnya oleh seseorang yang

masih mentah serta masih bersifat dan berfikiran keanak-anakan. Sedangkan

tanggungjawab berumah tangga ini adalah besar, kematangan akal fikiran adalah perlu

bagi pasangan ini menyelesaikan konflik rumah tangga yang mencabar yang bakal

mereka hadapi kelak.

Justeru, perkahwinan bukanlah untuk sehari dua. Oleh itu, pihak-pihak yang ingin

berkahwin termasuk ibu bapa pasangan tersebut seharusnya memikirkan pada usia

belajar, pendidikan haruslah diutamakan dan bukan hanya memikirkan keinginan untuk

berkahwin semata-mata. Ini kerana selepas berkahwin, kemungkinan besar pendidikan

pasangan tersebut akan terabai dan timbul pula masalah lain pada masa-masa akan

datang.

FAKTOR-FAKTOR KAHWIN MUDA

Pergaulan bebas yang semakin berleluasa dikenal pasti sebagai faktor pemangkin kepada

trend kahwin muda. Bagaimanapun, sering kali perkahwinan seperti itu dianggap satu

jalan penyelesaian oleh pasangan yang terlanjur demi menyelamatkan maruah keluarga

daripada tercemar. Selain itu, desakan keluarga juga dianggap faktor peningkatan

perkahwinan dalam usia muda. Ini berkait rapat dengan latar belakang segelintir keluarga

yang terlalu mementingkan darjat, susur galur dan agama.

Terdapat dua faktor yang mendesak keluarga menamatkan zaman bujang anak. Pertama,

6

Page 7: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

kerana khuatir mereka tidak akan mendapat jodoh jika perkahwinan ditangguhkan dan

kedua, bagi keluarga miskin di kawasan pedalaman, anak perempuan mahu dikahwinkan

untuk mengurangkan beban. Kepercayaan anak perempuan tidak perlu bekerja dan hanya

perlu menyerahkan untung nasib mereka kepada suami masih berlaku walaupun pada

zaman yang kian global. Tidak kurang juga keluarga yang berpegang kepada pendapat

perkahwinan akan menyelamatkan struktur ekonomi keluarga, justeru anak perempuan

wajar dikahwinkan pada usia muda.

Aspek perlindungan juga dikatakan memainkan peranan penting kerana ramai ibu bapa

percaya anak gadis mereka akan dilindungi suami sebaik sahaja berumah tangga.

Aspek itu lahir daripada kegusaran ibu bapa terhadap kemungkinan anak masing-masing

diperkosa atau melakukan hubungan kelamin di luar ikatan perkahwinan.

HUKUM PERKAHWINAN BAWAH UMUR DALAM ISLAM

Pertama: Daripada Al-Quran

1. (Surah Al-Talaq: 4)

Maksudnya: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari

kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka

iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak

berhaid.

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa iddah perempuan yang dicerai apabila dia masih kecil

atau belum haid.

Al-Baghawi berkata: "Perkataan ( �ِح�ْض�َن� َي �ْم� َل �ي iaitu mereka yang kecil belum lahi ,(َو�اَلالِئ

haid. Maka iddah mereka juga tiga bulan." (Tafsir al-Baghawi: 8/152)

Ibn Qayyim berkata: "iddah perempuan yang tiada haid ada dua jenis, iaitu kecil yang

tiada haid dan besar yang sudah putus haid."

7

Page 8: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

2. Allah SWT menerangkan iddah kedua-duanya melalui firman-Nya: (Surah Al-

Talaq:4)

Maksudnya: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari

kedatanganhaid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka

iddahnya ialah tiga bulan, dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak

berhaid.

Al-Hakim dan Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam sekumpulan perawi yang lain daripada

Ubai Ibn Ka'ab, setelah turunnya satu ayat tentang iddah isteri beberapa orang penduduk

Madinah mengatakan: "Antara iddah para isteri itu masih terdapat iddah-iddah yang

tidak disebutkan di dalam Al-Quran iaitu isteri yang masih kanak-kanak dan perempuan

tua yang sudah berhenti haid serta perempuan-perempuan yang hamil."

Lalu, turunlah firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa yang amat pendek iaitu

sebahagian ayat sahaja.

Kedua: Sunnah

Maksudnya: daripada Aisyah r.a bahawa Nabi SAW mengahwininya sedangkan beliau

berusia enam tahun dan bersama dengannya ketika berusia sembilan tahun. Kemudian

hidup bersama Rasulullah SAW selama sembilan tahun. [Riwayat Bukhari (4840) dan

Muslim]

Kanak-kanak yang kecil ini hendaklah dikahwinkan oleh ayahnya sahaja, buka wali yang

lain mengikut pendapat yang sahih di kalangan ulama'. Begitu juga, kanak-kanak tersebut

tidak memiliki khiar apabila sudah baligh.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah Rahimahullah berkata: "Perempuan tidak sayugia bagi

seseorang mengahwininya kecuali dengan izinnya, sebagaimana Rasulullah SAW

perintahkan. Jika perempuan itu enggan dan benci, maka tidak boleh dipaksa untuk

perkahwinan kecuali kanak-kanak kecil, yang mana bapanya boleh mengahwininya

8

Page 9: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

tanpa izin.

Ketiga: Athar Sahabat

Diriwayatkan, ramai dikalangan sahabat berkahwin dengan kanak-kanak perempuan.

Antaranya, Sayyidina Umar Ibn al-khattab r.a berkahwin dengan anak perempuan

Saiyyidina Ali r.a yang pada masa itu masih kecil. Hal ini sabit dalam sejarah dan tarikh

Khulafa' al-Rasyidin.

Keempat: Ijma'

Terdapat ramai ulama' menaqalkan ijma'. Antaranya:

Bdn Ibn al-Bar berkata: "Ijma' para ulama' bahawa ayah boleh mengahwini anak

perempuannya yang kecil tanpa bertanya pendapatnya dan Rasulullah SAW telah

berkahwin dengan Aisyah r.a, anak Abu Bakar r.a, sedangkan dia masih kecil

usianya, enam tahun atau tujuh tahun yang dikahwini oleh ayahnya." [al-

Istizkar(16/49-50)]

Ibn hajar al-Asqalani berkata: "Anak dara yang kecil boleh dikahwini oleh ayahnya

secara ittifaq dikalangan ulama' kecuali yang asing dan pelik." [Fath al-Bakri

(9/239)]

Syeikh Sa'di Abu Jaib dalam Mausu'ah al-Ijma' 3/1185 berkata: "Ulama' ijma'

bahawa ayah boleh mengahwinkan anaknya yang kecil dan memaksanya. Dan ijma'

orang Islam bahawa ayah boleh mengahwini anak perempuannya yang kecil tanpa

persetujuannya. Inilah ijma' ahli Ilmi."

Fatwa Ulama'

Lajnah Buhuth dan Ifta' (8416/2009) menyebut: "Hal demikian tidaklah bercanggah

dengan syariat."

Dlam Mausu'ah Fatawa juga menyebut: "Ketika Rasulullah SAW berkahwin dengan

9

Page 10: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

Aisyah r.a, usianya 50 tahun dan Aisyah pula berusia 6 tahun.

Syeikh Jad al-Haq dalam Buhuth wa Fatawa al-Islamiyyah (2/133) menyebut:

"Bahawa harus dikahwinkan kanak-kanak yang belum baligh sebagaimana pendapat

jumhur."

Syeikh al-Islam dalam al-Fatawa al-Kubra (3/79-80) berkata: "Jika yang meminang

itu kufuk,maka hukumnya harus perkahwinan menurut yang paling asas dikalangan

ulama'. Ia adalah mazhab Abu Hanifah dalam masyhur pendapatnya. Ada pendapat

yang menyatakan, perempuan tersebut boleh membuat pilihan apabila sudah baligh.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAHWIN MUDA

Kebaikan

Terdapat banyak kebaikan yang terbentuk apabila pemuda masa kini berkahwin pada usia

yang muda. Perkara yang paling utama adalah ia dapat mengelakkan maksiat yang

semakin berleluasa pada zaman ini. Masyarakat di Timur pada hari ini semakin terikut-

ikut dengan budaya masyarakat Barat yang mengagung-agungkan maksiat. Kita

masyarakat timur, ada agamanya, ada adatnya. Oleh itu,bagi mengelakkan golongan ini

daripada terus melakukan maksiat dan kemungkaran, maka sebaiknya mereka dinikahkan

mengikut tuntutan agama Islam itu sendiri.

Selain daripada itu, berkahwin pada usia yang muda dapat menjadikan seseorang itu lebih

bertanggungjawab jika dibandingkan dengan remaja lain yang seusia dengan mereka.

Rasa tanggungjawab terhadap pasangan dan keluarga akan dipupuk secara tidak

langsung. Hal ini kerana mereka akan memikirkan tentang kebajikan dan keperluan

pasangan masing-masing. Secara tidak langsung, ia akan menjadikan remaja tersebut

akan lebih cepat bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh

mereka.

Keburukan

10

Page 11: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

1. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan

tentang ilmu rumah tangga.

2. Rasa diri masih bujang.

CABARAN KAHWIN MUDA

Cabaran utama kahwin muda adalah kekangan kewangan untuk menanggung pengajian

dan keperluan keluarga. Hal ini perlu kepada perancangan yang teliti dan rapi kerana

kegagalan dalam menyelesaikan masalah ini mungkin akan menyebabkan pengajian

terbantut. Kehadiran anak dalam situasi yang belum bersedia kadang-kala memberi

masalah dan cabaran kepada mereka. Justeru, perancangan yang rapi dan matang adalah

perlu untuk mengelakkan sebarang masalah timbul. Perkahwinan dalam usia dan keadaan

yang belum matang boleh menyebabkan penceraian berlaku. Justeru itu, berkahwin

semasa atau selepas belajar bukanlah persoalannya, tetapi persediaan dari semua aspek

terhadap ilmu dan cabaran alam rumah tangga perlu dititikberatkan dan diutamakan.

Selain itu, isu berkahwin semasa belajar ini perlu diteliti dan dibincang secara terbuka

dan matang oleh semua pihak. Keterbukaan dalam menerima dan membincangkan isu ini

dapat memberi momentum yang positif kepada mahasiswa dalam memastikan mereka

memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran mahupun rumah tangga. Setiap keputusan

yang dibuat akan memberi impak yang besar kepada mahasiswa, proses pembelajaran,

keluarga juga kepada usaha melahirkan graduan yang berkualiti. Cabaran-cabaran itu,

jika berjaya dihadapi dengan sebaiknya, maka rumah tangga tersebut mampu memberi

impak positif kepada mahasiswa, jika sebaliknya, maka ia pasti memberi masalah besar

kepada mahasiswa tersebut. Mengikut kajian yang telah dijalankan, kadar perceraian

antara pasangan yang berumur bawah 25 tahun adalah lebih tinggi berbanding pasangan

yang dewasa. Ini berkemungkinan disebabkan atas faktor kematangan pasangan tersebut.

Sebaiknya, pasangan yang merancang untuk berkahwin muda harus mempersiapkan diri

dari segi mental mahupun fizikal terlebih dahulu. Perkahwinan bukanlah suatu perkara

11

Page 12: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

yang boleh dianggap mudah. Pastikan pasangan muda tersebut telah bersedia untuk

menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Apabila mereka sudah bersedia untuk berkahwin, mereka perlu memahami mengenai

konsep perubahan psikologi yang perlu dilakukan. Ini juga merupakan masalah utama

untuk pasangan muda kerana mereka masih belum bersedia untuk melakukan perubahan.

Sekiranya mereka masih mengikut rentak kehidupan bujang yang dilalui sebelum ini,

sudah pasti ia akan membawa masalah terhadap keluarga yang ingin dibina. Perkara ini

seharusnya dielakkan dan memerlukan perancangan untuk anda menghadapinya.

Komunikasi antara pasangan adalah jalan terbaik.

Sekiranya orang muda telah bersedia untuk menghadapi cabaran ini, tiada masalah untuk

mereka berkahwin pada usia yang muda. Ia amatlah digalakkan. Cubalah untuk

melakukan yang terbaik untuk keluarga masing-masing, sebagaimana ibubapa cuba

memberikan yang terbaik kepada mereka.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, usaha ke arah menggalakkan remaja hari ini supaya berkahwin adalah

suatu usaha yang sangat baik. Pelbagai pihak patut menyumbang dalam menjayakan

usaha seperti ini. Alangkah bagus jika ada pihak yang memberi fokus dalam usaha

menyedarkan golongan muda ini tentang Islam, tentang hubungan mereka dengan Allah,

pembinaan jati diri sebagai muslim yang mukmin dan sebagainya. Satu pihak yang lain

pula memberi fokus dalam usaha membantu mereka mendapatkan sumber kewangan

untuk berkahwin, membantu mereka dalam membuat perancangan hidup dan sebagainya.

Seandainya usaha-usaha ini dilaksanakan, dan golongan muda tidak lagi melihat

perkahwinan sebagai jalan keluar yang mustahil bagi mereka, saya optimis, gejala sosial

yang semakin merosakkan anak muda kita hari ini akan dapat dikurangkan. Semoga Allah

menyinari hati-hati kita dengan petunjukNya. Amin

12

Page 13: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

LAMPIRAN

13

Page 14: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

14

Page 15: Kahwin Pada Usia muda

2013 KAHWIN PADA USIA MUDA

15