kaedah suku kata

18
Kaedah suku kata: Kaedah dilakukan sebagai lanjutan daripada kaedah abjad.Melalui kaedah ini kanak-kanak diperkenalkan kepada huruf konsonan dan huruf vokal. Selepas itu barulah guru boleh mengajar kanak-kanak tentang suku kata. Kanak-kanak di ajar mencantumkan satu huruf konsonan dan satu huruf vokal.Misalnya, ka-ki, pa-ku, bu- ku, sa-pu, ra-ja, da-gu, sa -ku dan seumpamanya. Suku- suku kata terbuka hendaklah diajar terlebih dahulu kemudian diikuti oleh suku-suku kata tertutup atau dua suku kata tertutup. Misalnya pintu, lampu, sekolah, rumah, rotan, ikan, ayam, kambing dan kucing. Lanjutan daripada itu kanak-kanak bolehlah diajar membaca ayat-ayat mudah yang terdiri daripada dua suku kata terbuka atau campuran antara satu suku kata terbuka dengan satu suku kata tertutup, dan seterusnya dua suku kata tertutup. Misalnya, i. Saya ada buku Buku saya baru ii. Ibu ada baju Baju ibu biru iii. Saya ada buah duku Buku duku itu dalam raga Raga itu di atas meja Meja itu meja bapa. BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Menurut David Crystal dalam bukunya A Dictionary Of Linguistics and Phonetics (1986) bahawa kajian tentang ilmu bahasa dibuat secara saintifik, emperikal dan objektif. Penganalisisan terhadap sesuatu bahasa itu adalah berasaskan teori-teori bahasa dengan teknik-teknik yang diperaku oleh pakar bahasa, malah kajian tentang sesuatu bahasa itu adalah berasaskan kewujudan sebenar sesuatu bahasa tersebut. Amalan pedagogi pengajaran bahasa telah menarik perhatian ramai pengkaji bahasa untuk memecahkan beberapa persoalan tentang keberkesanan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi di kalangan kanak-kanak prasekolah. Pelbagai teori

Upload: mary-sharpe

Post on 30-Sep-2015

24 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kaedah sukukata

TRANSCRIPT

Kaedah suku kata: Kaedah dilakukan sebagai lanjutan daripada kaedah abjad.Melalui kaedah ini kanak-kanak diperkenalkan kepada huruf konsonan dan huruf vokal. Selepas itu barulah guru boleh mengajar kanak-kanak tentang suku kata. Kanak-kanak di ajar mencantumkan satu huruf konsonan dan satu huruf vokal.Misalnya, ka-ki, pa-ku, bu-ku, sa-pu, ra-ja, da-gu, sa -ku dan seumpamanya. Suku-suku kata terbuka hendaklah diajar terlebih dahulu kemudian diikuti oleh suku-suku kata tertutup atau dua suku kata tertutup. Misalnya pintu, lampu, sekolah, rumah, rotan, ikan, ayam, kambing dan kucing. Lanjutan daripada itu kanak-kanak bolehlah diajar membaca ayat-ayat mudah yang terdiri daripada dua suku kata terbuka atau campuran antara satu suku kata terbuka dengan satu suku kata tertutup, dan seterusnya dua suku kata tertutup. Misalnya,

i. Saya ada bukuBuku saya baru

ii. Ibu ada bajuBaju ibu biru

iii. Saya ada buah duku Buku duku itu dalam raga Raga itu di atas meja Meja itu meja bapa.

BAB 1PENGENALAN1.0 PendahuluanMenurut David Crystal dalam bukunyaA Dictionary Of Linguistics and Phonetics(1986) bahawa kajian tentang ilmu bahasa dibuat secara saintifik, emperikal dan objektif. Penganalisisan terhadap sesuatu bahasa itu adalah berasaskan teori-teori bahasa dengan teknik-teknik yang diperaku oleh pakar bahasa, malah kajian tentang sesuatu bahasa itu adalah berasaskan kewujudan sebenar sesuatu bahasa tersebut.Amalan pedagogi pengajaran bahasa telah menarik perhatian ramai pengkaji bahasa untuk memecahkan beberapa persoalan tentang keberkesanan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi di kalangan kanak-kanakprasekolah. Pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik dan psikologi berhubung pengajaran bahasa di kalangan kanak-kanak.1.1 Latar Belakang KajianMatlamat Dasar Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan, berwawasan dan terlatih dalam pelbagai bidang. Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen perubahan dan pemasyarakatan ke arah menjadikan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan dan berpandangan jauh.Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal satu kurikulum kebangsaanprasekolahyang menitikberatkan enam komponen asas yang meliputi komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen pendidikan kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioemosi, komponen perkembangan fizikal dan komponen kreativiti dan estetika. Dalam melaksanakan programprasekolah, guru dan pelaksana tadika seharusnya mengetahui dan memahami perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur ini. Ini bertujuan supaya mereka boleh mengubahsuai kurikulum mengikut kesesuaian peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat murid. Dengan perkataan lainnya kemahiran guru dalam mengurus pedagogi pengajaran di pusatprasekolahdianggap sebagai satu yang amat vital.Untuk keberkesanan pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak, guruprasekolahperlu meneliti kurikulum kebangsaanprasekolahsecara menyeluruh dan kemudian menstrukturkannya semula mengikut:-a. titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut perkara yang mereka tahu dan boleh buat;b. bahan / kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap serta keperluan kanak-kanak; danc. merancang (pedagogi) aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan dalam bilik darjah.

Perkara-perkara tersebut di atas adalah selaras dengan matlamat pendidikanprasekolah:Pendidikanprasekolahbertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah ( Huraian Kurikulum KebangsaanPrasekolah, 1993 )

Adalah sangat malang, sekiranya guru-guruprasekolahyang diharapkan untuk mendidik dan memperkembangkan potensi kanak-kanak, tidak mampu serta kurang berkemahiran untuk melaksana, memikul dan menyempurnakan tugas tersebut. Jika keadaan ini berlaku, siapakah yang patut dipersalahkan? Oleh itu, diharapkan agar dapatan kajian ini dapat menyumbang ke arah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.1.2 Tujuan KajianTujuan kajian ini adalah untuk mengkaji beberapa perkara berhubung amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaanprasekolahdi Daerah Sibu, Sarawak. Masalah yang akan dikaji ialah melihat tahap amalan pedagogi pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaanprasekolahdari aspek kemahiran menulis dan kemahiran membaca.3. Pernyataan MasalahPengetahuan tentang amalan pedagogi pengajaran komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun amat kritikal bagi ibu bapa, guru dan semua lapisan masyarakat. Ini akan dapat membantu menghuraikan masalah berhubung tingkah laku kanak-kanak yang berada dalam transisi kemahiran menulis dan membaca. Ramai dalam kalangan ibu bapa dan guruprasekolahkebangsaan berasa bimbang apabila mendapati anak-anak mereka yang sudah melebihi umur 5 tahun tetapi belum boleh menulis dan membaca dengan baik berbanding kanak-kanakprasekolahswasta.Dari sudut yang lainnya pula terdapat ibu bapa menjadi rungsing dan cemas apabila mendapati kanak-kanak yang telah mencapai usia 5 tahun tetapi tidak boleh menulis dan membaca dengan sempurna. Lebih mencemaskan lagi ialah apabila kanak-kanak tersebut telah mencapai umur 6 tahun tetapi belum menguasai kemahiran menulis huruf (abjad) dan menyebutnya (membaca) dengan sempurna.Sepatutnya ibu bapa dan guruprasekolahtidak harus bimbang dan cemas kerana dari segi fisikologi kanak-kanak pada peringkat umur tersebut tidak boleh menulis dan membaca dengan sempurna. Pada peringkat perkembangan yang sedang dialami oleh kanak-kanak tersebut , kordinasi motor mereka belum lagi mantap untuk menulis dengan baik. Peranan orang dewasa ialah memberi motivasi dan peneguhan kepada sebarang perlakuan bahasa yang baik dilakukan oleh kanak-kanak tersebut (Vygotsky, 1978).Berdasarkan kebimbangan yang dialami oleh ibu bapa dan guruprasekolahtersebut maka pengkaji beranggapan terdapat dua masalah dalam amalan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaanprasekolah. Sebagai kesimpulannya, masalah-masalah tersebut dapat dirumuskan seperti berikut :-i. Guru-guru permulaan kurang mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi.ii. Guru-guru permulaan kurang mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi.

Dengan ini, penyelidik melihat dua masalah yang dialami oleh guru-guru permulaanprasekolahsebagai satu permasalahan dalam amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa di pusat-pusatprasekolahyang perlu diselidiki.a. Soalan-soalan kajianKajian ini cuba menjawab soalan-soalan berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan di Pusat-pusatPrasekolahdi Daerah Sibu, Sarawak. Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:-i. Sejauhmanakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?ii. Sejauhmanakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?4. Kesignifikan KajianDari segi kesignifikannya kajian ini diharapkan :i. dapat meningkatkan kesedaran dan amalan belajar melalui bermain dalam kalangan guru-guru permulaan berhubung pengajaran di bilik darjah;ii. akan memberikan maklumat kepada Kementerian Pelajaran tentang tahap amalan guru-guru permulaan terhadap pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi;iii. memberikankan maklumat kepada Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran merangka satu pelan bertindak untuk memastikan amalan pedagogi belajar melalui bermain diamalkan dalam pengajaran perkembangan bahasa; daniv. hasil kajian ini juga membantu BPG KPM dalam mendapatkan maklumat ke arah membuat satu perancangan yang berstruktur ke arah mempertingkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa berasaskan pendekatan belajar melalui bermain di kalangan guru-guruprasekolah.1.5 Definisi operasi1.5.1 AmalanSatu perbuatan yang biasa dilakukan secara berulang-ulang atau satu kebiasaan.1.5.2 PedagogiMerujuk kepada pendekatan-pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru permulaanprasekolahdalam slot komponen perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Pendekatan yang difokuskan ialah pendekatan belajar melalui bermain.1.5.3 Pendekatan Belajar melalui bermainSatu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid-murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, mengembirakan dan bermakna. Ia meliputi main sosioemosi (main pondok, afektif), main kognitif (main bongkah / binaan, manipulatif, bahan maujud), main bebas (psikomotor, permainan luar), dan main sosiodrama (main peranan / simulasi / hasil ciptaan).1.5.4PengajaranMerujuk kepada tingkah laku guru mengajar murid-muridprasekolah.1.5.5 Perkembangan BahasaMerujuk kepada komponen Bahasa dan Komunikasi seperti yang terkandung dalam Huraian Kurikulum KebangsaanPrasekolahyang meliputi lisan, menulis dan membaca.1.6.6 Kemahiran MenulisMerujuk kepada kemahiran mekanis menghasilkan contengan, lakaran dan tulisan yang kemas melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti mengecat menggunakan berus cat, menconteng, membuat corak, menekap dan membentuk huruf.1.7.7Kemahiran MembacaMerujuk kebolehan mengecam bunyi huruf-huruf, menyebut, membaca perkataan dan rangkaikata yang bermakna.1.7.8Guru-guru PermulaanGuru-guru yang berkhidmat dalam tempoh masa antara 1 tahun hingga 3 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu.8. Batasan kajianKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan kekerapan amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Daerah Sibu, Sarawak sahaja. Selain itu kejituan dapatan kajian bergantung kepada kejujuran tindak balas respondan kepada soal selidik yang diberikan. Oleh itu dapatan kajian ini hanya boleh digunapakai oleh semua institusi yang berkenaan di lokasi lain yang mempunyai situasi, latar belakang dan tahap penyebatian amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa yang sama seperti dalam daerah kajian ini.Batasan kajian ini boleh dirumuskan sebagai berikut :1. amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa (perkembangan bahasa dan komunikasi)2. dalam kalangan guru-guru permulaan3. di sekolah-sekolah rendah kebangsaan Daerah Sibu,

BAB IITINJAUAN LITERATUR2.0PengenalanBab ini cuba menganalisis masalah kajian secara terperinci dan kemudiannya menyatakan kerangka teoritis yang dijadikan panduan bagi mengkaji masalah perkembangan dan pengajaran dan pembelajaran bahasa kanak-kanakprasekolah.2.1 Pandangan umum tentang kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanakDewasa ini banyak kajian membuktikan bagaimana kemahiran menulis dan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun dapat dikembangan secara semulajadi oleh kanak-kanak, bagaimana mereka memberi makna kepada dunia mereka melalui penerokaan yang menyeronokkan, dan bagaimana mereka mengggarap maklumat dan membentuk satu peraturan mudah untuk membantu diri mereka sendiri menggunakannya (Beaty,J.J., 1998;293). Kajian-kajian tersebut telah mengubah pandangan kita selamanya tentang cara kanak-kanak mencapai perkembangan mereka dan bagaimana cara terbaik bagi kita membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka.Walau bagaimanapun masalah ini amat membimbangkan dan mencabar peranan guruprasekolahkerana mereka keliru dengan tanggapan, harapan dan keperluan seperti mana yang terungkap dalam kurikulumprasekolahkebangsaan. Melalui bacaan literatur yang berkaitan dengan perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-kanakprasekolahdari aspek kemahiran menulis, guruprasekolahtelah disogokkan dengan dapatan mengatakan kanak-kanak membentuk cara mereka sendiri untuk bercakap dan juga menulis serta membaca (Beaty, J.J.,1998; 293). Dalam satu kajian yang dibuat oleh Temple et.al (1993;2), beliau mengatakan bahawa kanak-kanak belajar menulis melalui pengalaman dan penemuan kendiri. Dengan pandangan tersebut kita kini semacam dihimpit dengan dilema apakah perbuatan mengajar kanak-kanak menulis secara konvensional sudah tidak relevan lagi.2.2 Pandangan Ahli Psikolinguistik Berhubung Kemahiran Menulis dan Membaca di Kalangan Kanak- KanakMenurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal perkembangan mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan melalui tingkah laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan contengan yang mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran ini bahawa apabila seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari dunia di persekitarannya melalui pancainderanya. Pengetahuannya tentang dunia di sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan bahasa dan bacaannya. Dengan penemuan ini, jelaslah bahawa pengajaran bahasa yang agak formal sudah boleh dimulakan pada waktu kanak-kanak mula pandai bercakap iaitu pada umur antara dua atau tiga tahun (Kamaruddin Husin et.al, 1986,2).Saracho (1990) mendapati bahawa terdapat beberapa peringkat tulisan kanak-kanak:-a. Contengan tanpa tujuan (aimless scribbling),b. Pergerakan secara horizontal (horizontal movement),c. Simbol unit secara terpisah-pisah (Separated symbol unit),d. Kesalahan tulisan huruf-huruf (Incorrect written letters), dane. Mengeja perkataan pertama dengan tepat (correct spelling of first name).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa percubaan pembelajaran bahasa dari aspek menulis dan membaca yang pertama dilakukan oleh kanak-kanak adalah dalam bentuk contengan, corengan dan kemudiannya bentuk-bentuk lakaran dan bentuk-bentuk yang dapat dikenal pasti. Dari satu aspek yang lainnya pula, perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-kanak juga dikatakan mempunyai perkaitan yang rapat dengan aspek perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Ada di kalangan bijak pandai mengatakan bahawa mengajar kanak-kanak menulis dan membaca sepatutnya dilakukan sewaktu kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan. Apakah pandangan tersebut masih relevan? Jawapan kepada anggapan tersebut adalah jauh berbeza pada hari ini dengan pengalaman dalam lingkungan lima belas atau dua puluh tahun yang lampau.Kemahiran pratulis di kalangan kanak-kanakprasekolahbermula dengan perkembangan kemahiran motor halus. Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan. Menurut Allyn dan Bacon (1997) kemahiran menulis kanak-kanakprasekolahadalah meliputi kebolehan kanak-kanak menggunakan alat-alat tulis seperti pen, pensil, krayon, marker dan berus cat untuk membuat sebarang bentuk contengan (scribble). Contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah sebarang bentuk lakaran yang berulang dan sebarang perubahan-perubahan pada contengan secara mendatar, dan contengan yang bercampur dengan bentuk-bentuk huruf. Contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak juga meliputi percubaan kanak-kanak menggunakan lakaran gambar untuk membuat ilustrasi cerita. Kanak-kanak pada peringkatprasekolahboleh menulis nama sendiri, mencipta huruf-huruf yang mewakili makna tertentu atau mencipta huruf secara rawak (composed of letters), mencipta ejaan perkataan (invented spelling), dan menulis perkataan yang bermakna (distinguishable words).Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran membaca bukanlah merupakan satu perkara yang mudah dipupuk dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 6 tahun. Ini kerana kemahiran tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat khususnya dalam konteks pengalaman bahasa secara total. Terdapat banyak faktor perkembangan tertentu yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara lain faktor-faktor yang mempengaruhinya ialah faktor fizikal, faktor persepsi, faktor kognitif, faktor bahasa, faktor afektif dan faktor persekitaran atau pengalaman seseorang individu .Menurut Pumfrey (1977)membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik tetapi sebagai satu proses pemikiran yang membina. Berdasarkan pandangan Pumfrey tersebut maka kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanakprasekolahharuslah dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat dan memahami kehendak situasi.Ferreiro dan Teberosky dalan buku merekaLiteracy Before Schooling(1982) menyebutIn childrens own first spontaneously produced graphic representations, drawing and writing are undifferentiated. Gradually some lines acquire forms like drawings, while others evolve towards imitation of the most salient characteristics of written language.(ms. 52)Ketika kanak-kanak mencipta satu penemuan baru tentang menulis melalui penerokaan kendiri dan penglibatan mereka dengan buku-buku bergambar, mereka sebenarnya telah membina pandangan kendiri tentang tulisan. Menurut Tempel et.al (1993), pembelajaran menulis di kalangan kanak-kanak adalah satu tindakan mereka melalui penemuan-penemuan kendiri. Pandangan tersebut diperkukuhkan lagi oleh Schrader et.al (1987) dengan mengatakan bahawa kanak-kanak membina sendiri peraturan dan sistem pemerolehan bahasa mereka sama ada bahasa lisan dan bahasa tulisan melalui pengaruh persekitaran mereka. Daripada pandangan-pandangan tersebut mungkinkah kita boleh menegaskan di sini bahawa kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri untuk bercakap, menulis dan juga membaca.Dengan yang demikian kemahiran-kemahiran menulis, membaca, berfikir, emosi, sosial dan motor diperoleh oleh kanak-kanak pada fasa perkembangan mereka melalui permainan penerokaan dan eksperimen mereka ke atas bahan-bahan di persekitaran (Beaty,J.J., 1998, 294). Pandangan tersebut bukanlah sesuatu yang hakiki dan meliputi untuk semua lapisan kana-kanak. Ini kerana perkembangan menulis dan membaca dalam kalangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Kanak-kanak memerlukan alat untuk menulis, bahan-bahan di persekitaran yang boleh digunakan mereka untuk menulis, dan dorongan kepada mereka untuk melakukan percubaan menulis adalah penting. Kanak-kanak perlu melakukan latihan-latihan pratulis dan dan prabaca seperti mana mereka melakukan latihan-latihan untuk berlari dan bercakap dengan bantuan orang dewasa.Tanpa alat-alat untuk menulis sedia ada di rumah, kanak-kanakprasekolahtidak mendapat peluang menikmati menggunakannya tetapi hanya melakukan latihan tersebut melalui menulis di udara dan di atas debu pasir. Tanpa buku untuk diperhatian, kanak-kanakprasekolahmempunyai kurang daya dorongan untuk membaca. Peranan ibu bapa dan guruprasekolahdengan menunjukkan satu model minat membaca buku dan tingkah laku menulis menyebabkan kanak-kanak merasakan mereka juga ingin melakukan aktiviti bacaan dan tulisan.Berdasarkan pandangan tersebut di atas maka bukanlah bermakna guru terpaksa duduk sepanjang hari dan mengajar kanak-kanakprasekolahmembaca dan menulis dengan menggunakan kaedah konvensyenal. Menurut Schrader dan Hoffman (1987,3) kanak-kanak akan menjadi bosan dan tertekan sekira guru mengajar kanak-kanak menulis dan membaca. Keadaan tersebut berlaku kerana cara tersebut telah menyebabkan kana-kanak merasakan mereka kurang mendapat peluang untuk menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah terbentuk (self-constructed knowledge) dengan cara yang bermakna (meaningful ways).3. Cara-cara dan Aktiviti-aktiviti Yang Menggalakkan Kemahiran Pratulisan dan Prabacaan di Kalangan Kanak-kanak

Menurut Golden (1984; 4) kanak-kanak pada seawal umur tiga tahun boleh mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan contengan untuk lakaran. Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya. Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun.Di pusatprasekolahkanak-kanak diberi penekankan dengan kemahiran menulis secara mekanis dengan tujuan kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas. Pada peringkat awal pembelajaran menulis dalam kalangan kanak-kanakprasekolahadalah suatu aktiviti yang menyeronokkan Aktiviti-aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman asas. Melalui aktiviti tersebut ia dapat membantu kanak-kanakprasekolahmenguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.Menurut Ann Miles Gordon et.al (1995), kebolehan kanak-kanak untuk menulis dan membaca bukanlah ditentukan oleh faktor tahap umur. Kesediaan kanak-kanak untuk menulis dan membaca (graphic language) mestilah disuburkan oleh orang dewasa. Kecekapan bahasa kanak-kanak merupakan penentu ulung kesediaan membaca di kalangan kanak-kanak. Peranan guru adalah untuk mengenal pasti faktor kesediaan tersebut melalui sejauhmana kanak-kanak memahami struktur ayat dan penggunaan perbendaharaan kata dalam interaksi seharian mereka.Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa apabila wujudnya jalinan antara bahasa yang diungkap (baca) dengan perkataan yang ditulis. Ini adalah sejajar dengan pandangan sarjana..... that sounds are how language is put together(Nurss, 1980)Berdasarkan saranan tersebut guru boleh merancang aktiviti bahasa yang mengaitkan perkara yang disebut (baca) dengan perkara yang ditulis (Gordon, 1995; 317).

Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang dikenal pasti oleh ahli linguistik untuk memupuk minat kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanakprasekolah(Beaty, J.J., 1998).

Antara cara-cara tersebut adalah :-1. Menyediakan Sudut TulisanApabila matlamat guruprasekolahuntuk menggalakkan kanak-kanak meneroka sendiri kemahiran menulis, kita seharusnya menyediakan satu suasana untuk memungkinkan perkara tersebut berlaku. Bagi kanak-kanak sudut bacaan mempunya kesan menarik sama dengan sudut main blok. Alat-alat tulisan seperti meja, kertas, sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah pemadam, pad stamp, klip kertas dan sebagainya disediakan di sudut ini memang mempunyai daya tarikan pada diri kanak-kanak. Selain dari itu papan tulis kecil ataustand-up chalk boarddibekalkan untuk menggalakkan aktiviti menconteng dan menulis menggunakan kapur. Minat dan keinginan mereka untuk meniru tingkah laku menulis oleh orang dewasa dapat di penuhi dengan melakukan cakaran, contengan dan lakaran tertentu di sudut ini.2. Melengkapi BilikPrasekolahDengan Persekitaran TulisanGuruprasekolahbolehlah melengkapkan bilik prasekolahnya dengan bahan-bahan yang menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang perlu disediakan dalam bilikprasekolahadalah seperti buku-buku, majalah-majalah, katalog, poster, tanda nama jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-iklan, logo-logo restoran seperti KFC dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yang dilengkapi dengan bahan-bahan tulisan (print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness) mereka tentang tulisan dan bacaan.3. Menyediakan Sudut BacaanPusatprasekolahperlu dilengkapi dengan sudut bacaan. Bahan-bahan seperti buku-buku bergambar,buku-buku abjad, poster, majalah dan buku besar ditempatkan di sudut ini.4. Menggunakan Tray Pasir / Garam Untuk Menulis Dengan JariGuru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanak-kanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam. Cara ini mudah bagi kanak-kanak untuk memadam dan menulis semula bentuk-bentuk yang diminatinya. Kanak-kanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika ingin memadam untuk menulis semula huruf dan sebaginya.5. Menggalakkan Kanak-Kanak Menulis PesananKanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan tulisan mereka boleh menulis pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock writing)kepada rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok (mock letter writing)kepada ibu bapa mereka. Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok, guru akan menulis sebenar mesej surat tersebut dalammock letter writingtersebut. Apabila ibu bapa mereka bertindak balas terhadap surat tersebut kanak-kanak akan merasakan bahawa tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu bapa. Dari detik inilah akan timbul motivasi mereka untuk terus belajar menulis huruf-huruf yang sebenarnya.6. Pengesahan Setelah Mendapat GiliranKanak-kanak digalakkan menggunakan sebarang bentuk tulisan olok-olok (mock writing)dalam buku catatan khas yang ditempatkan disetiap sudut pembelajaran sebagai menunjukkan atau membukti bahawa mereka telah melaksanakan sesuatu aktiviti. Sebatang pensil atau pen diikat pada buku tersebut supaya kanak-kanak tidak perlu mengambil masa untuk mendapatkan pensil / pen bagi tujuan tersebut.7. Mengenali Nama Dengan AbjadKanak-kanak lazimnya belajar dalam cara yang bermakna, menyeronokkan dan berkait rapat dengan dirinya. Guruprasekolahatau orang dewasa boleh membantu kanak-kanak mengenal abjad pertama tentang namanya secara yang menyeronokkan. Misalnya guru boleh membuat rantai leher yang diperbuat dari benang dan kad abjad pertama namanya digantungkan padanya. Kanak-kanak kemudiannya diminta mencari rakan-rakannya yang mempunyai abjad nama yang sama dengannya.8. Kad-kad AbjadGalakkan kanak-kanak bermain dengan kad abjad yang mempunyai gambar selari dengannya. Cara begini dapat membantu kanak-kanak melihat perkaitan abjad dengan persekitran yang selari dengannya.9. Membaca Buku AbjadMembaca buku abjad adalaah berkesan apabila dibaca oleh guru kepada seorang atau dua orang kanak-kanak dalam sesuatu masa. Kanak-kanak perlu duduk bersebelahan dengan guru ketika pembacaan sedang dilakukan oleh guru agar mereka berpeluang untuk mengenal pasti objek yang sedang disebut dan bentuk huruf yang berkenaan.10. Peti Surat PeribadiKanak-kanak digalakkan membuat peti surat peribadi dengan menggunakan kotak-kotak buangan yang sesuai. Kanak-kanak akan menandakan kotak peti surat peribadi tersebut dengan nama mereka masing-masing. Guru akan membuat pesanan ringkas setiap hari kepada murid-murid tertentu dan guru akan memberi galakkan kepada mereka untuk membalas pesanan tersebut.11. Permainan Abjad KomputarDewasa ini setiap pusatprasekolahada dibekalkan dengan kemudahan komputer. Kanak-kanak amat meminati komputer. Guru boleh menggunakan komputer sebagai media yang menggalakkan mereka untuk minat menulis dan membaca. Program abjad komputer adalah amat baik untuk satu pengenalan kepada kanak-kanak untuk mengenali abjad di papan kekunci komputer.12. Buku Besar /Big BooksWalaupun harga sebuah buku besar jauh lebih mahal berbanding dengan buku biasa, buku besar mempunyai peranan penting dalam meningkatkan minat murid untuk membaca. Buku besar ini digunakan oleh guru untuk membaca cerita atau ayat mudah kepada kanak-kanak secara kumpulan. Kanak-kanak berpeluang melihat tulisan huruf dan gambar yang terdapat pada buku tersebut dengan jelas.13. Meletakkan Buku-Buku Di setiap Sudut PembelajaranBuku-buku bergambar sesuai ditempatkan pada setiap sudut pembelajaran.Contohnya di sudut blok diletakkan bukuBuilding a Bridge, sudut permainan dramatik diletakkan bukuIf I Ran The Family,sudut Sains diletakkan bukuPlanting a Rainbow,sudut matematik / manipulatif diletakkan bukuMovingfrom One to Ten, dan sudut motor kasar diletakkan bukuNo Jumping on the Beddan sebagainya.14. Hidangan Sup AbjadPermainan hidangan sup abjad membantu kanak-kanak untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang terdapat dalam hidangan tersebut. Kanak-kanak boleh membanding dan membuat perbezaan kandungan hidangan sup abjadnya dengan rakan-rakannya.15. Menyediakan Mesin Taip ManualGuruprasekolahboleh menggunakan mesin taip manual untuk meningkatkan minat kanak-kanak mengenali abjad dan membaca abjad. Kanak-kanak seronok bermain dengan hurut-huruf dan perkataan-perkataan yang dapat mereka taipkan dengan mesin taip manual. Kanak-kanak digalakkan menerokai dan mempelajari secara sendiri bagaimana mereka menggunakan mesin taip seperti menyiasat sendiri di manakah papan kekunci untuk menaip huruf yang dikehendaki.3.0 Rumusan.Walaupun kanak-kanak membentuk kemahiran pratulisan dan prabacaan pada kadar masa yang sama seperti mereka menguasai kemahiran lisan, kita sedar bahawa guruprasekolahsemacam tidak memberi tekanan kepada aspek perkembangan semulajadi mereka dalam aspek tersebut. Oleh yang demikian mungkin terdapat kanak-kanak yang dapat membuat tulisan olok-olok (mock writing) tetapi tidak pernah melakukannya diprasekolah. Mungkin juga terdapat dalam kalangan kanak-kanak yang telah menyedari tentang kewujudaan huruf-huruf (print) dan cuba untuk membacanya tetapi telah diabaikan oleh guru-guruprasekolahdan orang dewasa.

i. BAB IIIii. METODOLOGI1. PengenalanDalam bab ini, penyelidik akan menghuraikan kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini. Antara kaedah tersebut ialah proses pengumpulan data, pemilihan sample, tempat kajian, kajian rintis, alat pengukuran kajian dan kedah penganalisisan data. Kajian ini secara umumnya adalah jenis kuantitatif dalam bentuk deskriptif yang mengukur keberkesanan amalan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema dalam pengajaran oleh guru tersebut.1. Reka Bentuk KajianPenyelidik menggunakan kaedah tinjauan dan juga pemerhatian yang akan dijalankan melalui setsenaraisemakuntuk mengumpul dapatan dari maklumat guru-guru permulaan yang baru berkhidmat sebagai guru pra-sekolah di sekolah-sekolah yang terlibat. Maklumat-maklumat tersebut terdiri daripada kekerapan amalan pedagogi pengajaran dalam slot perkembangan bahasa dalam pengajaran harian, perancangan pengajaran, perlakuan-perlakuan pengajaran dan pemaparan imej dan personaliti guru terlibat.iii. 3.2Prosedur Pengumpulan Dataiv. 3.2.1 Penentuan Subjek kajianPopulasi dan responden kajian ini adalah meliputi semua guru permulaanprasekolahdi Daerah Sibu, Sarawakyang telah berkhidmat dalam tempoh masa 1 hingga 3 tahun. Terdapat seramai 15 orang guru permulaanprasekolahdi sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu, Sarawak. Oleh kerana jumlah populasi di daerah tersebut adalah kecil, maka semua populasi tersebut telah diambil sebagai sample kajian untuk mendapatkan data.v. 3.2.2. Taburan Responden Mengikut Sekolah Dan DaerahSeramai 15 orang guru-guru permulaan akan terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Bilangan ini merupakan 100 % daripada keseluruhan populasi. Mereka terdiri daripada guru-guruprasekolahdi sekolah kebangsaan yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Gabungan Sibu.(vii)3.2.3 Metod Yang DigunakanUntuk memperoleh data bagi menjawab semua soalah kajian, penyelidik menggunakan 2 kaedah iaitu pertama kaedah tinjauan dan kedua ialah kaedah kedua ialah amalan pemerhatian.Untuk kaedah tinjauan, penyelidik akan mengedarkan satu set borang soal selidik yang menggunakan Sekala Likert 5 mata. Ia bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap aspek perancangan dan pelaksanaan amalan pedagogi pengajaran guru permulaan. Soal selidik yang dihantar kepada subjek kajian mengandungi tiga bahagian iaitu:-f. Bahagian A : demografi responden ;g. Bahagian B: Aspek perancangan pengajaran guru yang berkaitan dengan amalan pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertemah. Bahagian C: Aspek pelaksanaan pengajaran guru yang berkaitan dengan amalan pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema.

Penggunaan soalselidik sebagai alat pengukuran yang sesuai adalah kerana mengikut Rubin dan Babie (1993), bagi mengukur responden yang besar atau keseluruhan daripada populasi yang dipilih, penggunaan soalselidik adalah lebih tepat dari segi kebolehpercayaan. Soalselidik juga memudahkan responden memberikan reaksi sebenar terhadap apa juga pertanyaan yang dikemukakan. Ia memberikan masa kepada responden untuk berfikir sebelum menjawabnya. Di samping itu, soalselidik juga dapat ditujukan kepada banyak responden pada masa yang sama di samping membolehkan keseragaman dalam situasi pengukuran kerana setiap responden memberi tindakbalas kepada soalan yang sama. Secara kesimpulannya, data yang diperolehi nanti akan lebih tekal semasa dianalisis dan ditafsir.Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung pengajaran guru permulaanprasekolahdalam bilik darjah. Satusenaraisemakpengajaran slot pengajaran Bahasa dan Komunikasi akan digunakan untuk mendapat data yang berkaitan dengan amalan pedagogi pengajaran guru dalam bilik darjah selain dari data-data yang diperoleh melalui soal selidik yang diberikan kepada subjek kajian. Setsenaraisemakini akan dibina berpandukan kajian-kajian terdahulu dan ditambah dengan aspek-aspek baru yang difikirkan perlu.Senaraisemakpengajaran di bilik darjah ini meliputi dua bahagian iaitu:-a. perancangan pengajaran slot Bahasa dan Komunikasi oleh guru permulaan; danb. amalan pelaksanaan pedagogi pengajaran slot Bahasa dan Komunikasi oleh guru permulaan.3. Pentadbiran Alat Kajian1. Untuk melicinkan perjalanan kajian ini, penyelidik akan berjumpa terus subjek kajian yang dipilih dan menerangkan tujuan kajian tersebut dibuat. Perjumpaan secara langsung dengan semua subjek kajian akan dapat mengurangkan rasa syak wasangka dan tahap kebimbangan tinggi di kalangan subjek.2. Penyelidik juga akan mengamalkan satu prosedur untuk memasuki kawasan kajian. Oleh kerana subjek kajian adalah di kalangan guru-guru permulaanprasekolah, maka penyelidik akan membuat satu temu janji untuk membuat satu sesi pertemuan untuk mengedar borang-borang soal selidik dan untuk menentukan tarikh-tarikh untuk sesi pemerhatian.3. Set soal selidik yang telah tekal kebolehpercayaannya, akan diedarkan kepada semua responden dan dipungut sendiri oleh penyelidik pada hari berkenaan atau beberapa hari selepas itu.4. Senaraisemakpula akan ditadbir sendiri oleh penyelidikan melalui sesi pemerhatian terhadap pelaksanaan pengajaran guru mengikut slot-slot pilihan dalam pengajaran-pembelajaran guru-murid.4. Kajian RintisKajian rintis telah dijalankan oleh penyelidik ke atas 28 orang guru permulaan di sekolah pilihan yang bukan termasuk dalam sample kajian. Sample untuk tujuan kajian rintis ini mempunyai persamaan dari segi sifat dan cirri daripada sample sebenar. Penyelidik menggunakan 28 sampel dalam kajian rintis kerana Sarrilla (1998) pernah menggunakannya terhadap 20 sampel sahaja.

Kajian rintis dibuat adalah untuk menguji tahap kebolehpercayaan / realibiliti instrument bagi menentukan tahap ketekalan dalaman melalui nilai pekali cronbach alpha. Hasil kajian rintis tersebut dinyatakan seperti jadual 1 berikut:Jadual 1: Keputusan Kajian RintisNo. ItemItemVariableNilai Alpha () Pilot TestJumlah

1-6Demografivar 1 var 6-.9101

B1 B10Bahagian B: Perancangan Pengajaran dan Pembelajaranvar1 var 10 .8992

C1 C8Bahagian C; Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaranvar 1 var 8 .7926

Berdasarkan Jadual 1 di atas, dari kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik menunjukkan indeks nilai kebolehpercayaan berada pada cronbach . 7926(stability coefficients) dan .8992 (sufficient realibility) dan ditafsirkan sebagaiacceptable standardised test for internal consistency(Walter R. Borg & Meredith Maien Gall, 1979. Dari satu aspek yang lainnya pula nilai pekali cronbach keseluruhan item berada pada nilai . 91 yang ditafsirkan sebagaivery good realibility( Vierra, A., & Pollock, J., 1992).5. Prosedur Pemerosesan Dan Analisis Datavi. Untuk pepemprosesan data yang diperolehi, bentuk statistik yang akan digunakan ialah statistik Deskriptif. Data yang dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan perisian `Statistical For The Sosial Science ( SPSS ) version 10.0 .