kaedah kajian

7
4.0 METODOLOGI Hornby (1985) menyatakan bahawa metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. (Nor Hidayah binti Mohamed, 2004) Bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument kajian, cara pengumpulan data dan cara analisis data. 4.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk kuanitatif. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006). Kajian ini merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan anaisis data (Chua, 2006). Maklumat diperoleh dengan memberikan satu set soal selidik kepada 35 orang responden yang dipilih secara rawak yang berbangsa India untuk mengkaji pengetahuan umum tentang adat perkahwinan masyarakat India. 4.2 Sampel Kajian Pemilihan sampel kajian adalah secara rawak daripada populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000). Pemilihan sampel untuk kajian ini dilaksanakan secara rawak mudah atau dikenal sebagai “simple random sampling” yang melibatkan responden di

Upload: aalia-azraei

Post on 29-Sep-2015

952 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ry

TRANSCRIPT

4.0 METODOLOGIHornby (1985) menyatakan bahawa metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. (Nor Hidayah binti Mohamed, 2004) Bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument kajian, cara pengumpulan data dan cara analisis data.4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kuanitatif. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006). Kajian ini merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan anaisis data (Chua, 2006). Maklumat diperoleh dengan memberikan satu set soal selidik kepada 35 orang responden yang dipilih secara rawak yang berbangsa India untuk mengkaji pengetahuan umum tentang adat perkahwinan masyarakat India.

4.2 Sampel Kajian

Pemilihan sampel kajian adalah secara rawak daripada populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000). Pemilihan sampel untuk kajian ini dilaksanakan secara rawak mudah atau dikenal sebagai simple random sampling yang melibatkan responden di kawasan Sungai Ara. Saiz sampel ini dipilih adalah bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan penggunaan saiz sampel yang besar (Chua. 2006) bagi mewakili populasi yang hendak dikaji.4.3 Instrument Kajian

Menurut Siti Noorshahliza (2002) instrument adalah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang berkatan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Alternatif yang diambil di dalam kajian ini adalah pemerhatian, kepustakaan serta borang soal selidik

4.3.1 Permerhatian

Pemerhatian bermaksud perihal memerhatikan, usaha dan sebagainya memerhatikan atau mengamati sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Pemerhatian yang dijalankan adalah untuk memerhati dan menganalisa upacara-upacara dalam adat perkahwinan komuniti India yang berlangsung di Kawasan Perumahan Sungai Ara.4.3.2 Soal Selidik

Instrumen soal selidik yang digunakan adalah berdasarkan prinsip KISS yang bermaksud Keep It Short and Simple (Kelly Johnson, 1970) iaitu mengemukakan soalan ringkas melalui penggunaan bahasa yang mudah dan jelas dan boleh difahami oleh semua peringkat umur dan kaum. Soalan-soalan yang dikemukan juga tidak terlalu sukar, selaras dengan responden dan tidak mempengaruhi responden, tidak menanyakan soalan dwi-maksud, tidak menggunakan soal selidik yang terlalu panjang dan tidak mengajukan soalan yang berunsur negatif (Marican, 2005) Borang soal selidik ini juga mengandungi 2 bahagaian yang menggunakan ukuran dalam bentuk skala Likert, iaitu skala lima poin. (Rensis Likert, 1932) 4.3.3 Kajian Perpustakaan

Kajian ini dilakukan melalui sumber-sumber ilimiah yang boleh diperolehi di perpustakaan mengenai adat perkahwinan kaum India.

4.4 Cara Pengumpulan Data

Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti, dokumentasi, kepustakaan dan soal selidik.

4.4.1 Dokumentasi

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal, akhbar, majalah dan sumber daripada laman sesawang bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan adat perkahwinan kaum India.4.4.2 Kepustakaan

Kaedah kepustakaan digunakan unutk mendapatkan maklumat dan data berkenaan adat perkahwinan masyarakat India. Bahan rujukan diperolehi daripada :

1) Perpustaan SMK (P) St. George, Jalan Macalister, Pulau Pinang

2) Perpustakaan Cawangan Georgetown, Jalan Scotland, Pulau Pinang.

3) Perpustakaan Hamzah Sendut (I), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

4) Perpustaan Zaaba IPG Bainun, Seberang Prai, Pulau Pinang.4.4.3 PemerhatianKaedah pemerhatian berstruktur digunakan dalam menjalankan kajian ini. Aspek yang hendak dikaji perlu dikenal pasti terlebih dahulu dalam menggunakan kaedah ini. Kaedah ini juga memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti ( Jabatan Penyelidikan dan Penilaian, Kementerian Pelajaran Malaysia). Kaedah ini dugunakan untuk mengetahui adat adat yang terdapat di dalam perkahwinan masyarakat India di kawasan Sungai Ara. Pemerhatian ini dilakukan pada hari perkahwinan penduduk kawasan Sungai Ara yang berbangsa India. 4.4.4 Soal selidik

Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang adat perkahwinan kaum India di kawasan Sungai Ara. Borang ini diperikan kepada 50 orang responden yang sudi bekerjasama dan meluangkan masa semasa kajian ini dijalankan. Responden diberi masa selama beberapa minit untuk menjawab soalan yang disediakan dalam borang soal selidik.

4.5 Cara Analisis Data

Analisis telah dijalankan secara deskriptif untuk membolehkan data dianalisis daripada soal selidik yang telah dilakukan dan penilaian ujian dijalankan untuk menghasilkan laporan kajian di peringkat akhir kajian. Data yang diperoleh kemudian dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratusan. Data-data dalam peratusan ini dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu jadual, graf carta pai, graf bar mudah dan graf bar kompaun. Untuk borang soal selidik, kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert 5 mata. Poin diberikan berdasarkan jadual berikut.

SkalaSangat SetujuSetujuKurang PastiTidak SetujuSangat Tidak Setuju

Poin54321