jurnal minggu ketiga belas

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH JURNAL PRAKTIKUM NAMA PELAJAR : ERIC SHAM SAMIT KURSUS & AMBILAN : PISMP PEMULIHAN AMBILAN JAN 2012 TEMPOH PRAKTIKUM : 12 MINGGU ( 01/02/2015 – 30/04/2015) PENGKHUSUSAN : PEMULIHAN BM/MT NAMA GURU PEMBIMBING : CIKGU KAMALIAH/ CIKGU RUGAYAH NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : CIK OOI SIEW TIN/ TUAN HAJI AHMAD BIN SAAD CATATAN MINGGU KE: (13).TARIKH : 26/04/2015 SEHINGGA 30/04/2015 Tajuk Jurnal: Peningkatan Diri Dalam Profesionalisme Perguruan Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan Pada minggu ini ialah minggu terakhir saya menjalani praktikum di SK Seri Banai. Tempoh tiga bulan praktikum ini telah memberi kesan yang mendalam kepada saya dalam membentuk diri menjadi warga pendidik. Pelbagai pengalaman yang berguna telah saya pelajari di sekolah ini dan ramai kenalan baru dari

Upload: eric-sham-samit

Post on 18-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Jurnal Minggu Ketiga Belas

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUMNAMA PELAJAR :ERIC SHAM SAMITKURSUS & AMBILAN :PISMP PEMULIHAN AMBILAN JAN 2012TEMPOH PRAKTIKUM : 12 MINGGU ( 01/02/2015 30/04/2015)PENGKHUSUSAN :PEMULIHAN BM/MTNAMA GURU PEMBIMBING :CIKGU KAMALIAH/ CIKGU RUGAYAHNAMA PENSYARAH PEMBIMBING :CIK OOI SIEW TIN/ TUAN HAJI AHMAD BIN SAAD

CATATAN MINGGU KE: (13).TARIKH : 26/04/2015 SEHINGGA 30/04/2015Tajuk Jurnal: Peningkatan Diri Dalam Profesionalisme PerguruanMasalah/Isu/Peristiwa yang difokuskanPada minggu ini ialah minggu terakhir saya menjalani praktikum di SK Seri Banai. Tempoh tiga bulan praktikum ini telah memberi kesan yang mendalam kepada saya dalam membentuk diri menjadi warga pendidik. Pelbagai pengalaman yang berguna telah saya pelajari di sekolah ini dan ramai kenalan baru dari guru-guru dan murid-murid yang begitu membuatkan saya terharu dengan layanan yang di berikan oleh mereka. Sebagai seorang guru saya perlu mengambil inisiatif untuk memajukan kualiti dan kemahiran-kemahirannya sebagai individu yang menyumbang kepada masyarakat dan negara. Dalam profesion perguruan, seorang guru yang berdedikasi perlu yang mahu berjaya harus mempertingkatkan imej diri, status dan pengetahuan kendiri melalui program-program peningkatan profesionalisme keguruan.Analisis masalah/Isu/peristiwaMenurut Mok Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai salah satu perkerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi yang mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh organisasinya.Kamus Dewan Edisi Ke 3 menjelaskan bahawa profesionalisme bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat atau dilakukan oleh orang yangprofesional. Antara punca yang menyebabkan seorang guru tidak profesional dalam kerjayanya ialah tidak mematuhi kod etika perguruan yang telah ditetapkan, tidak dapat mengawal emosi dan bertindak terburu-buru serta guru tidak mempunyai disiplin diri yang tinggi dalam kerjaya yang diceburi seperti datang lewat ke sekolah dan sebagainya.Apabila seseorang memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, akan menghadapi pelbagai cabaran dan melalui beberapa pengalaman. Segala pengalaman manis dan pahit akan memperkayakan diri mereka. Guru-guru professional yang cemerlang belajar melalui segala kesilapan dan pengalaman mereka.Pembelajaran adalah proses sepanjang hayat. Guru-guru harus terus memperoleh pengetahuan sepanjang hayat walaupun merekatelah menamatkan pendidikan formal mereka. Guru-guru harus memperkayakan diri sendiri dengan mengamali kehidupan yang sentiasaberasaskan budaya ilmu.Cadangan PenyelesaianPelbagai kaedah boleh dilaksanakan bagi meningkatkan tahap profesionalisme perguruan oleh pelbagai pihak. Antaranya ialah guru hendaklah didedahkan dengan kod etika guru. Kod Etika guru merupakan satu garis panduan bagaimana tingkah laku di dalam profesionalisme perguruan. Selain itu, guru hendaklah mendisiplinkan diri dengan mengawal situasi yang berlaku di sekolah dengan tenang dan bijak tanpa emosi yang tidak diingini. Di samping itu, guru hendaklah sentiasa mengikuti sesi kaunseling peningkatan profesionalisme bagi mempertingkatkan diri menjadi seorang guru yang professional.

Tempoh penyelesaianSaya akan cuba menyelesaikan isu ini selama saya bergelar seorang pendidik kerana setiap masa merupakan pengalaman yang berharga dalam kerjaya sebagai seorang guru.

Tindakan susulanSebagai seorang guru, saya akan perlu sentiasa fokus dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik. Saya juga perlu memberikan perhatian terhadap persekitaran sekeliling agar proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan keadaan pelajar di sesuatu tempat. Ini kerana pelajar dibandar dan dikampung tidak sama cara pergaulannya disebabkan faktor budaya, cara pergaulan dan juga rutin kehidupan harian. Faktor ini perlu diambil berat agar guru dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dalam melaksanakan tugas sebagai guru.

KesimpulanKesimpulannya, untuk menjadi seorang guru yang professional, seseorang itu haruslah berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar. Di samping itu, seorang guru yang baik sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan.

RujukanMok Soon Sang (2001),Pendidikan di Malaysia untuk Kursus Perguruan Diploma :Semester 1, Kumpulan Budiman sdn. Bhd, Subang Jaya.Mok Soon Sang (2004),Penghantar Pendidikan Teras untuk Kursus PersediaanProgram Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd, Subang Jaya.

Pandangan / komen guru pembimbing.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Tarikh : ............................................. Tandatangan : ............................................. Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Tarikh : .............................................. Tandatangan : .............................................. Nama : ........................................................