jurnal minggu kelima

5
Jurnal Minggu Kelima Bilangan Jurnal : 5 Minggu Praktikum : Minggu Kelima Tarikh Peristiwa / Kejadian : 2 – 6 Mac 2015 Tajuk Jurnal : Murid tidak memberi tumpuan dan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran Masalah Pada permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran, semua murid dapat memberi tumpuan dengan baik. Segala aktiviti yang dirancang dan dijalankan dapat mereka ikuti dan melibatkan diri. Namun selepas aktiviti kumpulan, saya dapati terdapat dua orang murid iaitu Robhan dan Shenatipan berbual dan tidak menumpukan perhatian dalam sesi pembelajaran. Saya telah memberi teguran yang pertama kepada mereka tetapi kesalahan tersebut masih mereka lakukan. Melihat perkara tersebut, saya agak marah ditambah lagi, mereka tidak dapat menjawab soalan yang saya berikan berkaitan isi pelajaran. Oleh itu, bagi memastikan semua murid dapat memahami isi pelajaran dan mencapai objektif pembelajaran saya perlu memastikan semua murid dapat memberi perhatian dan faham isi pelajaran yang diajar. Punca / sebab

Upload: osong-indie-wenn-frankey

Post on 19-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Minggu Kelima

Jurnal Minggu Kelima

Bilangan Jurnal : 5

Minggu Praktikum : Minggu Kelima

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 2 – 6 Mac 2015

Tajuk Jurnal : Murid tidak memberi tumpuan dan mengganggu sesi pengajaran

dan pembelajaran

Masalah

Pada permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran, semua murid dapat memberi

tumpuan dengan baik. Segala aktiviti yang dirancang dan dijalankan dapat mereka

ikuti dan melibatkan diri. Namun selepas aktiviti kumpulan, saya dapati terdapat dua

orang murid iaitu Robhan dan Shenatipan berbual dan tidak menumpukan perhatian

dalam sesi pembelajaran. Saya telah memberi teguran yang pertama kepada

mereka tetapi kesalahan tersebut masih mereka lakukan. Melihat perkara tersebut,

saya agak marah ditambah lagi, mereka tidak dapat menjawab soalan yang saya

berikan berkaitan isi pelajaran. Oleh itu, bagi memastikan semua murid dapat

memahami isi pelajaran dan mencapai objektif pembelajaran saya perlu memastikan

semua murid dapat memberi perhatian dan faham isi pelajaran yang diajar.

Punca / sebab

Saya berpendapat punca mereka tidak memberi tumpuan kerana kedudukan

mereka di barisan belakang dan aktiviti pembelajaran yang kurang menyeronokkan

Kekuatan / kelemahan

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut pelbagai aktiviti telah dirancang

dan berjaya dilaksanakan. Bagi set induksi, saya telah menyediakan video untuk

tontonan murid-murid, selepas itu sesi penerangan dan diikuti aktiviti kumpulan (teka

silang kata). Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini dapat merangsang minat mereka

untuk mengikuti sesi pengajaran kerana melibatkan penglibatan semua murid.

Page 2: Jurnal Minggu Kelima

Selepas aktiviti kumpulan dijalankan saya membincangkan hasil dapatan mereka,

bermula daripada aktiviti ini saya dapati murid-murid ini mula berbual. Pada

mulanya, saya memberi teguran secara lisan, tetapi setelah kesalahan tersebut

masih diulang saya mengarahkan dua orang murid ini untuk berdiri dihadapan kelas.

Saya dapati ia memberi pengajaran kepada rakan mereka yang lain untuk terus

memberi perhatian terhadap sesi pengajaran yang seterusnya.

Cadangan penambah baikan

Tindakan yang saya lakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut

adalah dengan mendenda mereka berdiri dihadapan kelas. Pada masa akan datang

saya bercadang untuk menukar kedudukan mereka duduk dibaris paling hadapan. Ia

bertujuan supaya mereka boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya dan bagi

menghalang mereka melakukan kesalahan yang sama. Selain itu, saya perlu

memikirkan aktiviti-aktiviti yang lebih kreatif dan mencabar supaya mereka lebih

seronok untuk belajar. Penglibatan murid juga perlu dioptimumkan supaya mereka

menerima pembelajaran yang lebih bermakna.

Tindakan susulan

Bagi isu ini, tindakan yang saya lakukan pada tempoh tersebut ialah bertindak

tegas dengan mendenda mereka berdiri dihadapan kelas. Selain itu, bagi

memastikan mereka juga dapat memahami isi pelajaran, saya melibatkan mereka

dalam aktiviti penyoalan dan sumbangsaran. Tindakan mendenda mereka telah

menyebabkan murid lain lebih serius mengikuti aktiviti pembelajaran.

Selain daripada tindakan tegas dengan mendenda mereka, pada kelas akan

datang, saya akan menukar kedudukan mereka duduk dibaris paling hadapan. Ia

bertujuan supaya mereka boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya dan bagi

menghalang mereka melakukan kesalahan yang sama. Selain itu, saya perlu

merancang aktiviti-aktiviti yang lebih menyeronokkan dan bermakna. Contohnya

Page 3: Jurnal Minggu Kelima

mempelbagikan aktiviti kumpulan seperti permainan, lakonan, bercerita, inkuiri

penemuan, pembelajaran berasaskan projek dan sebagainya.

Saya akan terus memantau dan memerhatikan tingkah laku mereka di dalam

kelas supaya budaya bermain-main, berbual-bual kosong tidak berlaku lagi di dalam

kelas. Perkara ini penting bagi memastikan tiada lagi gangguan didalam kelas

sewaktu saya mengajar dan menjadikan keadaan kelas yang lebih harmoni. Saya

percaya, kelas yang harmoni dapat membantu murid-murid meningkatkan

pemahaman mereka dan mengubah tingkah laku mereka kearah yang lebih positif.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

.............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................