jurnal budaya salam

5
Jurnal : budaya salam Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan Sepanjang minggu ini, saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang dapat saya perhatikan. Memandangkan ini adalah kali pertama saya menjalani praktikum, saya menggunakan peluang ini untuk meronda kawasan sekolah untuk memerhatikan kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam sekolah. Apa yang menarik perhatian saya ialah, budaya memberi salam yang kurang dipraktikkan oleh murid-murid sekolah ini. Apabila terserempak dengan guru muurid-murid dengan lancer tanpa masalah boleh memberi salam, tetapi apa yang dapat saya perhatikan, mereka hanya akan memberi salam dengan guru-guru sahaja. Sebaliknya berlaku apabila mereka terserempak atau bertembung dengan staf-staf atau pekerja-pekerja sekolah. Apabila berselisih atau terserempak dengan staf-staf atau pekerja-pekerja sekolah mereka hanya baerlalu berjalan sahaja tanpa mengucapkan salam. Walaupun staf-staf atau pekerja-pekerja sekolah bukanlah seorang pendidik, tetapi memandangkan mereka jauh lebih tua daripada murid-murid, adalah wajar bagi para murid untuk mengucapkan salam.

Upload: elisya-emira

Post on 27-Dec-2015

101 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Budaya salam di sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Budaya Salam

Jurnal : budaya salam

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

Sepanjang minggu ini, saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid

yang dapat saya perhatikan. Memandangkan ini adalah kali pertama saya

menjalani praktikum, saya menggunakan peluang ini untuk meronda kawasan

sekolah untuk memerhatikan kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam

sekolah.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, budaya memberi salam yang kurang

dipraktikkan oleh murid-murid sekolah ini. Apabila terserempak dengan guru

muurid-murid dengan lancer tanpa masalah boleh memberi salam, tetapi apa

yang dapat saya perhatikan, mereka hanya akan memberi salam dengan guru-

guru sahaja.

Sebaliknya berlaku apabila mereka terserempak atau bertembung dengan staf-

staf atau pekerja-pekerja sekolah. Apabila berselisih atau terserempak dengan

staf-staf atau pekerja-pekerja sekolah mereka hanya baerlalu berjalan sahaja

tanpa mengucapkan salam.

Walaupun staf-staf atau pekerja-pekerja sekolah bukanlah seorang pendidik,

tetapi memandangkan mereka jauh lebih tua daripada murid-murid, adalah

wajar bagi para murid untuk mengucapkan salam.

Sebagai seorang guru, jujur saya katakan budaya memberi salam yang kurang

ditunjukkan oleh murid amat membimbangkan. Saya menyifatkan keadaan ini

bukan saja akan memberi kesan kepada murid malahan kepada sekolah itu

sendiri. Oleh itu, masalah ini mestilah diambil tindakan dan perlu diselesaikan

secepat mungkin.

Analisis masalah/Isu/peristiwa

Page 2: Jurnal Budaya Salam

Budaya memberi salam adalah salah satu elemen penting yang perlu diambil

berat oleh setiap individu kuhususnya murid-murid sekolah. Ia juga merupakan

suatu perbuatan yang positif yang mana wajar diamalkan oleh setiap individu.

Budaya mengucapkan salam haruslah diamalkan dari kecila lagi untuk

membiasakan para murid dengan budaya yang sungguh indah ini. Bak kata

pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Budaya ini bukan sahaja mendidik murid dari segi budi pekerti yang murni

malahan iklim sekolah yang sihat tergambar menerusi jalinan kemesraan antara

setiap orang warganya.

Antara sebab-sebab yang membuatkan murid-murid tidak memberi salam

kepada staf-staf sekolah atau pekerja-pekerja sekolah ialah mereka merasakan

mereka tidak perlu memberi salam kerana pekerja-pekerja tersebut hanyalah

pekerja sahaja dan bukan guru-guru.

Kekurangan penerapan nilai dalam kalangan pelajar juga menjadi salah satu

punca masalah ini timbul. Penerapan nilai itu sendiri memang ada, cuma pelajar

tidak dijelaskan dengan lebih jelas tentang siapakah orang yang wajar diberi

ucapan salam.

Kepala surat Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam kepada pembesar-pembesar

bukan Islam dimulai dengan ungkapan Aslim Taslam, bermaksud Islamlah

supaya kamu sejahtera. Jika orang bukan Islam mengungkapkan "assalamu

alaikum", jawapan salam itu dibalas dengan "alaikum" sahaja yang bermaksud

"atas kamu juga". Hal itu tidak ada kena-mengena dengan diskriminasi,

melainkan ucapan salam berkenaan berkaitan langsung dengan pegangan

aqidah (kepercayaan agama tawhid).

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua.

Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang

Page 3: Jurnal Budaya Salam

duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih

ramai."

(Shahih Bukhari, volume 8, buku 74, nombor 250)

Kita harus sedar budaya salam ini dapat mewujudkan iklim atau persekitaran

sekolah yang sihat dan dapat meningkatkan imej sekolah juga.

Cadangan penyelesaian

Bagi mengembalikan iklim sekolah yang mesra dan sihat, budaya memberi

salam haruslah disemarakkan semula. Usaha membendung masalah tidak

mengucapkan salam ini patut dipertanggungjwabkan kepada semua individu.

Pihak sekolah perlu melancarkan kempen memberi salam dalam sekolah. Pihak

sekolah juga boleh menghebahkan edaran brosur kepada guru kelas-guru kelas

agar meraka boleh melekatkannya di papan notis kelas. Hebahan brosur boleh

diberikan kepada murid dan menyuruh murid memberikan kepada ibu bapa

mereka.

Guru-guru juga boleh sentiasa mengingatkan kepada murid-murid setiap kali

sebelum tamat waktu kelas. Guru harus mengingatkan kepada murid betapa

pentingnya budaya memberi salam kepada semua warga sekolah baik dengan

guru, staf-staf, pekerja-pekerja ataupun dengan rakan mereka sendiri.

Ibu bapa di rumah juga memberikan peranan yang beasr memandangkan

meraka ialah contoh kepada anak-anak mereka. Sekolah boleh memberi

hebahan brosur dan para ibu-bapa boleh memberikan kata-kata nasihat dan

teguran kepada anak mereka.

Tempoh penyelesaian

Page 4: Jurnal Budaya Salam

Tindakan susulan

Murid-murid harus diberi nasihat dan peringatan yang berterusan. Guru-guru

bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Edaran

hebahan serta kempen boleh dilakukan secara berterusan. Selitkan segmen

nasihat ketika perhimpunan pagi sekolah secara seminggu sekali.

Kesimpulan

Mewujudkan budaya positif seperti memberi atau mengucap salam dalam

suasana sekolah bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh dan tidak

penting, kerana pada hakikatnya, ianya sangat penting dalam mewujudkan

pelbagai kesan yang positif dalam sesuatu situasi rutin harian di sekolah.