[jur] al-quwwah dan amanah teras kepimpinan islam masa kini.pdf

7
Al-Quwwah dan Amanah Teras Kepimpinan Islam Masa kini Hasri bin Harun Abstrak Kepimpinan dalam Islam adalah satu amanah yang telah dianugerakan oleh Allah SWT kepada hambanya. Namun dalam suasana dan peredaran zaman serta cabaran yang berlaku amanah kepimpinan kurang dirujuk berdasarkan kefahaman menurut pandangan syarak. Tulisan ini bertujuan untuk meneliti kefahamn tentang konsep kepimpinan dalam Islam berdasarkan AL-Quran dan Sunnah serta aplikasinya dalam kehidupan. Tulisan mendapati penegasan dan usaha mendidik masyarakat terhadap kefahaman ini harus dilakukan secara bersungguh agar setiap masyarakat memahami akan tanggungjawab ini. Rujukan terhadap contoh kepimpinan Rasulullah amat penting sebagai asas pembentukan kepimpinan pada hari ini “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa’ : ayat 58) PEMIMPIN YANG LAYAK Memilih pemimpin yang benar-benar layak sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas merupakan suatu tanggungjawab yang sangat besar dan mulia disisi Allah SWT. Hal ini penting kerana kelayakan dalam kepimpinan menjadi teras utama dalam mengemudi sesebuah jemaah atau harakah Islam. Jika baik pemimpinnya, maka akan membentuk pengikut yang baik. Jika kita menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang tidak berkelayakan ia boleh menjerumus kepada kezaliman dan kehancuran. Pemimpin yang adil menurut perspektif al- Quran adalah mereka yang mampu membawa wadah perjuangan ini ke arah keredaan Allah serta dapat menjana al-falah di dunia dan akhirat. Justeru, implikasi melantik kepimpinan dalam kalangan mereka yang tidak layak bakal membawa kepada kebinasaan bukan sahaja dari segi fizikal malah spiritual. Hal ini selaras dengan peringatan besar Junjungan Rasulullah SAW yang mengingatkan kita tentang kesan melantik pemimpin yang tidak layak sebagaimana sabdanya, yang bermaksud: “Apabila sesuatu amanah itu disalahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran. Para sahabat bertanya: Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya atau bukan orang yang layak, maka tunggulah saat kehancuran.”

Upload: suhaila-samsuddin

Post on 10-Jul-2016

260 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: [JUR] Al-Quwwah dan Amanah Teras Kepimpinan Islam Masa kini.pdf

Al-Quwwah dan Amanah Teras Kepimpinan Islam Masa kini

Hasri bin Harun

Abstrak

Kepimpinan dalam Islam adalah satu amanah yang telah dianugerakan oleh Allah

SWT kepada hambanya. Namun dalam suasana dan peredaran zaman serta

cabaran yang berlaku amanah kepimpinan kurang dirujuk berdasarkan kefahaman

menurut pandangan syarak. Tulisan ini bertujuan untuk meneliti kefahamn tentang

konsep kepimpinan dalam Islam berdasarkan AL-Quran dan Sunnah serta

aplikasinya dalam kehidupan. Tulisan mendapati penegasan dan usaha mendidik

masyarakat terhadap kefahaman ini harus dilakukan secara bersungguh agar

setiap masyarakat memahami akan tanggungjawab ini. Rujukan terhadap contoh

kepimpinan Rasulullah amat penting sebagai asas pembentukan kepimpinan pada

hari ini

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada

ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia,

(Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan

(suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya

Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa’ : ayat 58)

PEMIMPIN YANG LAYAK

Memilih pemimpin yang benar-benar layak sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas

merupakan suatu tanggungjawab yang sangat besar dan mulia disisi Allah SWT. Hal ini penting

kerana kelayakan dalam kepimpinan menjadi teras utama dalam mengemudi sesebuah jemaah

atau harakah Islam. Jika baik pemimpinnya, maka akan membentuk pengikut yang baik. Jika

kita menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang tidak berkelayakan ia boleh

menjerumus kepada kezaliman dan kehancuran. Pemimpin yang adil menurut perspektif al-

Quran adalah mereka yang mampu membawa wadah perjuangan ini ke arah keredaan Allah

serta dapat menjana al-falah di dunia dan akhirat. Justeru, implikasi melantik kepimpinan dalam

kalangan mereka yang tidak layak bakal membawa kepada kebinasaan bukan sahaja dari segi

fizikal malah spiritual. Hal ini selaras dengan peringatan besar Junjungan Rasulullah SAW yang

mengingatkan kita tentang kesan melantik pemimpin yang tidak layak sebagaimana sabdanya,

yang bermaksud:

“Apabila sesuatu amanah itu disalahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran.

Para sahabat bertanya: Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah? Baginda

menjawab: Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan

(diserahkan) kepada bukan ahlinya atau bukan orang yang layak, maka tunggulah saat

kehancuran.”

Page 2: [JUR] Al-Quwwah dan Amanah Teras Kepimpinan Islam Masa kini.pdf

Jika kita mengkaji sejarah awal Islam, bagaimana pelantikan seorang pemimpin bukan

daripada mereka yang benar-benar layak akan memberi impak yang cukup besar kepada

organisasi mahupun sebuah negara. Perbincangan tentang kelayakan atau pemimpin ini telah

berlaku sejak zaman sahabat RA terutamanya dalam membincangkan tertib afdhal (layak) para

Khulafa’ Rasyidun. Dr Muhammad ‘Imarah dalam bukunya al-Islam wa Falsafatu al-Hukm

menyatakan:

Ia bersempena dengan dakwaan golongan Syi’ah yang menuduh para sahabat menafikan Ali

daripada kepimpinan yang menurut mereka dia lebih afdhal daripada yang lain, maka

berlakulah perbincangan tentang afdhal dan susunan tertibnya dalam kalangan sahabat, begitu

juga keharusan pemimpin mafdhul ketika wujudnya yang lebih afdhal.

Imam al-Haramain al-Juwaini menegaskan bahawa maksud:

“Al-fadhil dan al-mafdhul bukannya yang lebih tinggi darjatnya dan lebih dekat taqarrub

kepada Allah dalam amalannya. Boleh jadi seorang wali Allah yang menjadi tonggak dan

rujukan seluruh alam yang jika dia bersumpah dengan nama Allah pasti akan terjadi, tetapi

pada zamannya terdapat seorang yang lebih sesuai dan layak daripadanya untuk menguruskan

urusan umat Islam."

Justeru, urusan kelayakan ini adalah suatu amanah dan perintah yang sangat penting dalam

konteks sebuah kepimpinan dalam Islam. Menentukan mereka yang layak wajar diletakkan dari

segi kefahaman erti layak sebagaimana takrifan para ulama muktabar namun dalam masa yang

sama pengertian itu harus diserasikan dengan realiti dan keupayaan pemimpin dalam mengurus

dan mentadbir alam tersebut.

Keadilan menuntut kebijaksanaan

Ciri utama pemimpin yang dinyatakan oleh Allah dalam surah an-Nisa tersebut adalah

mereka yang adil. Keadilan adalah suatu istilah yang cukup besar maknanya dan

mengikut pengertian ia harus difahami secara maknawi. Keadilan dalam jiwa pemimpin

bukan sahaja mampu memberi kesamarataan dan membuat suatu keputusan yang

disukai namun adalah lebih utama adalah kekuatan ilmu dan kebijaksanaan dalam

mengemudi kepimpinan. Sejarah Islam telah menunjukkan bagaimana pemimpin yang

adil bermula dari zaman baginda SAW dan para sahabat sehingga kepada para tabiin

sehingga zaman ulama mutaakhirin. Sebagai contoh kepimpinan Umar Abdul Aziz,

yang memerintah dalam satu tempoh yang pendek namun mempunyai jasa dan kualiti

kepimpinan yang hebat dan menonjol. Sifat adil dalam konteks mengurus negara, serta

mampu membina satu tamadun manusia telah memberi satu contoh bahawa kepimpinan

yang baik bakal memberi kesan yang baik kepada tamadun manusia. Apakah kita

generasi pemimpin masa kini mampu meneruskan tradisi kepimpinan sebegini?

Semua ini boleh kita jadikan sandaran kekuatan bagaimana memilih mereka yang benar-

benar adil dalam memimpin. Istilah keadilan sememangnya mudah diguna pakai oleh

mana-mana pemimpin sebagai senjata untuk membuktikan kepemimpinan mereka.

Namun apakah kayu ukur kepada keadilan yang diwar-warkan? Apakah dengan

memberi sesuatu hasil daripada khazanah rakyat yang dikumpul untuk diberikan kepada

Page 3: [JUR] Al-Quwwah dan Amanah Teras Kepimpinan Islam Masa kini.pdf

rakyat semula diangkat sebagai tema adil atau mempunyai niat tertentu untuk

menaikkan nama dan kehebatan mereka dimata rakyat. Justeru bukan mudah untuk

menobatkan keadilan pada mata masyarakat melainkan kayu ukur keadilan itu harus

dipantau daripada kaca mata hukum syariat Islam.

KONSEP AL-ADALAH

Konsep al-‘Adalah dibicarakan menurut Islam memberi pengertian dan istilah yang

mempunyai kekuatan iman dan keupayaan menterjemah iman kepada amal soleh secara

tersusun dalam kepemimpinannya. Keadilan yang digambarkan dalam ayat ini memberi

satu peringatan bahawa hanya mereka yang adil dalam memimpin mampu membawa

organisasi ke arah yang lebih baik. Keadilan dari perspektif sebuah pemerintahan

menurut menurut al-Mawardi dalam kitabnya al-ahkam al-Sultaniyah menyatakan

bahawa keadilan dalam pemerintahan sangat penting kerana matlamat kepimpinan

adalah untuk menjaga kemaslahatan agama dan dunia.

Keadilan menurut al-Mawardi keadilan adalah satu sifat universal. Justeru mengabaikan

keadilan bererti mengabaikan sifat kemanusiaan, justeru pemimpin harus menegakkan

keadilan dari semua sudut, ekonomi, politik dan sosial. Jika seorang pemimpin

mengabaikan keadilan yang sepatutnya mereka nobatkan, ini merupakan petanda

bahawa kehancuran bakal menimpa ke atas umat di zamannya. Bahkan jika diteliti

secara mendalam bahawa Allah SWT amar murka terhadap mereka yang diberi amanah

tetapi khianat dengan amanah mereka.

Materialisme cabaran Hawa Nafsu sang pemimpin

Antara cabaran besar yang bakal dilalui oleh manusia yang bergelar

termasuk materialisme adalah cabaran hawa nafsu. Hawa nafsu yang sentiasa

bertenggek dalam jiwa ini sentiasa akan menakluki hati dan jiwa jika dibiarkan lalai

dengan perintah Allah SWT. Ketika mereka belum menjadi pemimpin dan sesudah

dianugerahkan amanah ini, antara cabaran dalaman yang bakal dihadapi adalah cabaran

kebendaan, fitnah dunia dan hawa nafsu yang bergejolak dalam apa jua keadaan.

Hakikat ini tidak mampu diatasi jika seseorang pemimpin tidak benar-benar mempunyai

jati diri dan kefahaman mendalam hakikat iman dan akidah yang jelas. Apatah lagi jika

seorang pemimpin mengabaikan kefahaman mereka maka diri mereka mudah dikuasai

dengan hawa nafsu. Apabila datang sahaja kemewahan khususnya dalam apa juga

keadaan maka diri mereka muda dikuasai hawa nafsu.

Allah SWT mengingatkan pemimpin kita tentang kepentingan memelihara hawa nafsu

sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, bermaksud:

“Hai Daud, Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) dimuka bumi, maka

berilah keputusan diantara manusia dengan adil dan jangalah kamu mengikuti hawa

nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah dan mendapat azab yang

berat kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Surat as-Sad : ayat 26)

Page 4: [JUR] Al-Quwwah dan Amanah Teras Kepimpinan Islam Masa kini.pdf

Berapa ramai dalam kalangan para pemimpin yang tenggelam dengan fitnah hawa nafsu

mereka apabila berhadapan dengan kebendaan dan kemewahan dunia. Tatkala itulah

segala khazanah dunia ini sudah tidak lagi dianggap sebagai aturan daripada Allah Taala

dan amanah yang harus dilakukan. Namun yang menjadi keutamaan ialah keselesaan

hidup dan kemewahan yang tidak ada penghujungnya. Maka dengan itulah timbulnya

rasuah, dan penyelewengan yang membawa kepada ketidakstabilan ekonomi dan

kemasyarakatan.

Gejala seperti membolot kemewahan negara, khazanah yang disimpan dengan

mengambil kesempatan meluluskan projek untuk diri dan keluarga seseorang pemimpin

adalah contoh yang paling hampir diperlihatkan bagaimana seorang pemimpin dikuasai

oleh nafsu. Hakikat yang wajar dilihat adalah bagaimana cabaran dalam kepimpinan

bukan sahaja untuk menduduki kepimpinan yang sememangnya besar amanahnya

namun cabaran besar seorang pemimpin adalah memelihara hawa nafsunya agar tidak

terjerumus dengan rasuah, penyelewengan, kronisme dan nepotisme.

Oleh hal yang demikian kepimpinan adalah amanah besar yang dianugerahkan oleh

Allah SWT kepada hamba-Nya bagi melaksanakan memakmurkan bumi ini mengikut

kehendak dan aturan daripada-Nya. Dengan kesedaran inilah yang memungkinkan

setiap hambanya untuk melakukan sesuatu amanah berdasarkan panduan al-Quran dan

Sunnah Nabi SAW serta berkeupayaan mengatur setiap tindakan agar tidak tersasar

daripada kehendak yang maha pencipta. Sifat memenuhkan cita-cita nafsu dalam jiwa

seorang pemimpin akan mengundang kepada meluasnya kehancuran kerana kepimpinan

itu tidak lagi digalas sebagai amanah (taklif) tetapi sebagai suatu kemewahan (tashrif).

Anugerah kepimpinan daripada Allah ini bukanlah suatu kebanggaan yang harus dipuja

dan diangkat sebagai satu kemuliaan namun harus diletak sebagai pertanggungjawaban

besar didunia dan akhirat. Memahami akan kepentingan mengangkat pertanggungjawab

dunia dan akhirat ini memungkinkan tercipta kepimpinan yang berteraskan prinsip

ilahiah yang menjurus kepada kepimpinan rabbaniy sebagaimana yang dituntut oleh

Islam.

Gesaan Allah SWT kepada Nabi Daud AS dalam ayat 26 surah as-Sad ini

menggambarkan akan besarnya pertanggungjawaban seorang pemimpin dalam

membuat keputusan, dan suatu amanah melaksanakan misi dan visi kerasulan

mengangkat martabat insan yang tidak boleh diremehkan dengan sikap bertuhankan

nafsu dan nilai kemanusiaan kosong namun harus adil dalam melaksanakan tugas

berteraskan tauhid kepada Allah SWT. Keadilan yang digambarkan ini memberi satu

kefahaman bahawa amanah kepimpinan tidak boleh dipisahkan daripada kefahaman

ketuhanan iaitu setiap tindakan kepimpinan akan ditanya oleh Allah SWT diakhirat

nanti.

Mengelak pemimpin yang ‘gila dunia’

Memilih pemimpin yang adil, bermaruah ini bukan sekadar tuntutan dunia.Ia tidak

hanya sekadar memilih ketua dalam sebuah pejabat untuk mengurus urusan pejabat

sehari mengikut aturan biasa. Ia juga bukan satu amalan memilih seorang ketua untuk

memimpin aktiviti sukan dan kegiatan harian semata. Kepimpinan adalah suatu amanah

Page 5: [JUR] Al-Quwwah dan Amanah Teras Kepimpinan Islam Masa kini.pdf

dunia dan akhirat. Ia adalah suatu tanggunjawab dan perintah ilahi yang maha benar.

Hal ini kerana, kepengikutan melulu dalam kalangan pemimpin yang zalim bukan

semata dosa dunia malah akan berlaku penyesalan berkekalan sehingga hari kiamat.

Allah berfirman yang bermaksud:

“ Ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri daripada mereka yang

mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka

terputus sama sekali. Dan berkatalah para pengikut : Sekiranya kami dapat kembali

(ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin)

sebagaimana mereka (pemimpin) berlepas diri daripada kami. Demikianlah Allah

memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi kesesalan bagi

mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripada api neraka.” (Surah

ASal-Baqarah : ayat 166 – 167)

Amaran keras daripada Allah SWT ini digambarkan dalam surat al-Baqarah yang

menekankan bahawa pemimpin yang zalim pastinya akan berlepas daripada masalah

mereka diakhirat nanti dan sebagai pengikut mereka akan merasa satu penyesalan

berterusan dan ingin kembali ke dunia memperbaiki kesilapan mereka yang lalu.

Penyesalan ini yang digambarkan dalam ayat ini merupakan suatu ingatan keras

daripada Allah SWT agar manusia benar-benar memahami tanggungjawab dan impak

kepada kepemimpinan yang tidak berlandaskan kepada ciri-ciri islam. Kecenderungan

seseorang pemimpin yang meraih sebanyak mungkin kekayaan dunia untuk kepentingan

diri mereka dan mengaut keuntungan dunia bukanlah suatu perkara pelik dalam dunia

moden pada hari ini.

Justeru, intipati daripada ayat diatas memberi kesedaran bahawa sebagai pengikut kita

harus menyedari bahawa Allah SWT menyatakan bahawa pemimpin yang zalim ini

tidak sama sekali akan mempedulikan kita pada hari akhirat bahkan Allah tidak akan

mempedulikan akan kesengsaraan di dalam neraka. Pemimpin yang baik harus menilai

akan amanah yang dipikul dengan baik. Hal ini kerana setiap amanah tersebut akan

dinilai oleh Allah diakhirat nanti. Jika kesedaran ini wujud dalam diri maka kita akan

dapat mengelakkan lahirnya pemimpin yang gila dunia atau dengan kata lain lalai

dengan penipuan dunia yang bersifat sementara.

Quwwah dan Amanah: Kriteria memilih pemimpin

Menurut Ibnu Taimiyyah, ciri kepimpinan hebat menurut Allah SWT perlu dipelihara

dua rukun iaitu al-Quwwah dan Amanah. Kedua-dua rukun sangat penting sebagai ciri

dan persediaan utama yang mesti ada sebagai seorang pemimpin Islam yang benar.

Quwwah dari segi pemahaman syarak adalah bidang kuasa yang diberikan. Al-Quwwah

dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai

peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya

peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kemampuan dalam berbagai

jenis peperangan. Sebagai contoh al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk

kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan as-Sunnah

Page 6: [JUR] Al-Quwwah dan Amanah Teras Kepimpinan Islam Masa kini.pdf

dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Inilah ciri dan kelayakan yang mesti

dipilih oleh rakyat kepada pemimpin mereka bahawa jika pemimpin mempunyai kedua-

dua ciri ini akan membawa kepada kepimpinan yang benar-benar diredhai Allah SWT.

Kekuatan dan Amanah inilah pra syarat utama yang disepakati oleh ijma ulama bahawa

seorang pemimpin mampu dan berkeupayaan dalam mengemudi kepimpinan mereka

dalam segala kekuatan.

Manurut Al-Mawardi pula menyatakan dalam kitabnya al-Ahkam as-Sultaniyah bahawa

ijma ulama bahawa antara ciri penting pemilihan pemimpin adalah mereka yang

mempunyai keupayaan (quwwah) dalam menyelesaikan masalah berteraskan ilmu,

kebijaksanaan dan kaedah yang sesuai dengan masalah yang dihadapinya. Pelantikan

kepimpinan tanpa diberi tumpuan dari segi aspek quwwah ini adalah merupakan suatu

pengkhianatan terhadap asas penting kualiti kepimpinan yang ada. Apabila pemilihan

kepada mereka yang lemah, ketidakmampuan mengurus sesuatu amanah maka akan

mengundang kepada kelemahan dan ketidakaturan pengurusan kepimpinan.

Manakala Amanah pula merujuk kepada tiga perkara iaitu takutkan Allah, tidak menjual

ayat-ayat Allah dan tidak takutkan manusia. Pemimpin yang beramanah adalah mereka

yang memelihara hubungan dengan yang Maha Penciptanya, mengetahui akan

kedudukan mereka sebagai hamba dan wakil pemimpin didunia ini, tugas mereka adalah

mengurus dan mentadbir alam ini dengan kehendak Allah SWT dan menjaga hubungan

sesama manusia. Syeikh Mustafa Muhammad at-Tohhan di dalam bukunya Syakhsiah

al-Muslim al-Mu’asir telah menyenaraikan beberapa amanah yang perlu dipikul oleh

para pemimpin. Antaranya ialah menegakkan syariat Allah berpandukan apa yang telah

diturunkan oleh Allah. Seterusnya menegakkan keadilan dalam kalangan manusia tanpa

mengira warna kulit dan bangsa serta mengambil tahu dan prihatin terhadap

permasalahan rakyat. Allah berfirman yang bermaksud:

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu

(wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang

memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-

orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan

menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah

diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan

setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat

kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan

(ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang

derhaka.” (Surah an-Nur : ayat 55)

Keupayaan seorang pemimpin memikul amanah kepimpinan berteraskan wahyu Allah

adalah kunci kepada kejayaan. Jika mereka mampu membawa kepemimpinan ke arah

kesedaran maka ia adalah seorang pemimpin yang benar-benar dijanjikan oleh Allah

syurga kerana amanah mereka melaksanakan tugas ini adalah suatu sunnah kerasulan

kerana mereka mentadbir alam ini kerana Allah SWT.

Contohi kepimpinan Rasulullah SAW

Page 7: [JUR] Al-Quwwah dan Amanah Teras Kepimpinan Islam Masa kini.pdf

Justeru, kepimpinan yang baik ini, tidak lain hanya dengan kembali kepada ajaran Islam

sebagaimana yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Yakinilah

bahawa Allah mengurniakan amanah kepimpinan ini bukan suatu yang mutlak kerana

kita sebagai insan adalah wakil yang diperintahkan oleh Allah untuk melaksanakan

tugas mengurus dunia ini yang akhirnya akan dibawa bertemu dengan Allah SWT.

Mahu tidak mahu contoh besar kepimpinan kita adalah Muhammad SAW seorang

model pemimpin yang hebat dari segi akal, jiwa dan ruhaniahnya untuk memberi

panduan membawa manusia kepada kebenaran kepada Allah SWT. Menurut Chowdry

dalam bukunya “ The Prophet Muhammad : His Life & Eternal Message” menyatakan

bahawa Rasulullah SAW bukan semata-mata seorang pemimpin spiritual yang berjaya

sahaja tetapi baginda adalah seorang pemimpin masyarakat dan pemimpin negara yang

berjaya.

Kepimpinan Rasulullah SAW diteladani oleh para sahabat diperingkat awal Islam

sehinggalah kepada para tabi’ dan tabiin hinggalah sekarang adalah contoh besar yang

tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pemimpin. Pemimpin pada hari ini berdepan

dengan cabaran yang tidak ada tolok bandingnya. Sememangnya sukar untuk

melahirkan pemimpin sebagaimana yang kehendaki tetapi cukup untuk kita melihat

bahawa pemimpin yang hebat itu adalah mereka yang benar-benar mewarisi sifat dan

ciri kepimpinan Rasulullah SAW. Firman Allah yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang

baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik)

hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam

masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab : ayat 21)

Hasri Bin Harun berasal dari Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Beliau

bekerja sebagai pengurus syariah di sebuah syarikat swasta.

Hasri bin Harun 20 Februari 2013.

Artikel ini merupakan pemenang sagu hati pertandingan menulis esei

berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.