jungle tracking

5
LATIHAN DALAM KUMPULAN MEREMPUH HALANGAN - ( JUNGLE TRACKING ) 1. PENERANGAN PROGRAM : 1.1. Program dilaksanakan untuk menguji ketahan fizikal dan mental peserta semasa menghadapi suasana yang tidak menentu sesuai untuk melengkapkan peserta kepada suasana bekerja yang berubah-ubah dari masa mengikut kesesuaian tempat bertugas. 1.2. Program untuk menilai kesepakatan dan semangat berkerja secara berkumpulan oleh setiap peserta sebagai satu usaha memupuk sikap bertolak ansur dalam melaksanakan tugas yang diarahkan. 2. GERAK KERJA SEBELUM BERMULA AKTIVITI : 2.1. Setiap kumpulan akan diarah melantik seorang Ketua Kumpulan dan seorang Penolong Ketua. 2.2. Jurulatih akan memastikan semua peserta berada dalam keadaan yang sihat dan mana-mana peserta yang kesihatan mereka tidak mengizinkan hendaklah dikecualikan dari sesi ini. Antaranya ialah mereka yang mengidap sakit jantung, darah tinggi, asmah / lelah / semput dan mengandung. 2.3. Taklimat akan diberikan oleh Jurulatih mengenai aktiviti yang dijalankan dan antaranya ialah pandu arah, tempat mula dan tamat, tempat hentian rehat dan alat perhubungan apabila berlaku kecemasan. 2.4. Setiap kumpulan akan disertai oleh Jurulatih / Pemudahcara yang dilantik oleh Ketua Jurulatih dan mereka bertindak sebagai penasihat dan apa jua yang hendak dilakukan oleh peserta adalah keputusan kumpulan itu sendiri. 2.5. Semua peserta semasa melalui aktiviti merempuh halangan ini hendaklah sentiasa peka pada keadaan sekeliling dan sentiasa berwaspada serta bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. 2.6. Semua peserta diingatkan supaya sentiasa berada dalam kumpulan dan tidak berpecah. Semangat sepasukan adalah satu elemen yang amat penting dalam sesi ini untuk mencapai tujuan dan matlamat.

Upload: dek-seha

Post on 05-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

LATIHAN DALAM KUMPULAN

LATIHAN DALAM KUMPULANMEREMPUH HALANGAN - ( JUNGLE TRACKING )

1. PENERANGAN PROGRAM :

1.1. Program dilaksanakan untuk menguji ketahan fizikal dan mental peserta semasa menghadapi suasana yang tidak menentu sesuai untuk melengkapkan peserta kepada suasana bekerja yang berubah-ubah dari masa mengikut kesesuaian tempat bertugas.

1.2. Program untuk menilai kesepakatan dan semangat berkerja secara berkumpulan oleh setiap peserta sebagai satu usaha memupuk sikap bertolak ansur dalam melaksanakan tugas yang diarahkan.

2. GERAK KERJA SEBELUM BERMULA AKTIVITI :

2.1. Setiap kumpulan akan diarah melantik seorang Ketua Kumpulan dan seorang Penolong Ketua.2.2. Jurulatih akan memastikan semua peserta berada dalam keadaan yang sihat dan mana-mana peserta yang kesihatan mereka tidak mengizinkan hendaklah dikecualikan dari sesi ini. Antaranya ialah mereka yang mengidap sakit jantung, darah tinggi, asmah / lelah / semput dan mengandung.

2.3. Taklimat akan diberikan oleh Jurulatih mengenai aktiviti yang dijalankan dan antaranya ialah pandu arah, tempat mula dan tamat, tempat hentian rehat dan alat perhubungan apabila berlaku kecemasan.

2.4. Setiap kumpulan akan disertai oleh Jurulatih / Pemudahcara yang dilantik oleh Ketua Jurulatih dan mereka bertindak sebagai penasihat dan apa jua yang hendak dilakukan oleh peserta adalah keputusan kumpulan itu sendiri.

2.5. Semua peserta semasa melalui aktiviti merempuh halangan ini hendaklah sentiasa peka pada keadaan sekeliling dan sentiasa berwaspada serta bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

2.6. Semua peserta diingatkan supaya sentiasa berada dalam kumpulan dan tidak berpecah. Semangat sepasukan adalah satu elemen yang amat penting dalam sesi ini untuk mencapai tujuan dan matlamat.

2.7. Peserta akan dinilai tahap pencapaian secara individu dan berkumpulan. Penilaian akan dibuat mengikut kaedah :-

a. Kecekapan menyelesaikan masalah.

b. Keberanian menghadapi sebarang kemungkinan.

c. Semangat kerjasama sepasukan.

d. Mematuhi arahan.

e. Menepati masa.

{ 2 }2.8. Semua kumpulan akan melalui 4 hentian (Check-Point) dan dikehendaki melaporkan kedudukan kumpulan masing-masing seperti :

a. Jumlah peserta dalam kumpulan.

b. Kesihatan peserta samada sihat atau cedera

c. Menyerah kembali amanah diberikan oleh Ketua Jurulatih.

2.9. Masa untuk sesi ini bergantung kepada kemampuan setiap peserta dan akan dinilai oleh Ketua Jurulatih sebaik sampai ke garisan penamat.

3. ARAHAN-ARAHAN TETAP CHECK POINT a) Garis Permulaan :

i. Semua peserta akan dibekalkan peralatan bagi tujuan merempuh halangan dan pastikan semua peralatan mencukupi dan tidak ada yang tertinggal. Peserta dikehendaki menjaga peralatan yang diberikan dengan baik dan tidak rosak.

( Tali / Selo Tape / Air / Gum / Buku Nota / Bag Plastik / Bandage / Kapas / Sampul Surat / Telor )

ii. Ketua Kumpulan dikehendaki melantik salah seorang peserta untuk menjaga peralatan yang dibekalkan.

b) Check Point 1.

i. Kumpulan anda dikehendaki mencantumkan gambar yang terdapat didalam sampul surat bernombor 1.

ii. Apabila siap tunjukkan kepada Jurulatih untuk pengesahan dan sambung perjalanan ke Check Point 2.c) Check Point 2.i. Cantumkan gambar didalam sampul surat bernombor 2. Apabila selesai cantumkan gambar tersebut dengan gambar yang telah siap di Check Point 1.

ii. Semasa kumpulan anda sedang menyiapkan tugasan, seorang ahli kumpulan terjatuh dan mengalami kecederaan di kedua-dua belah mata. Beri rawatan dan bantu perjalanannya ke Garis Penamat.

iii. Dapatkan pengesahan dari Jurulatih Kumpulan untuk meneruskan perjalanan ke Check Point 3.

{ 3 }d) Check Point 3.

i. Cantumkan gambar didalam sampul surat bernombor 3. Apabila selesai cantumkan gambar tersebut dengan gambar dari Check Point 1 dan 2.

ii. Dalam kesibukan itu seorang rakan anda terjatuh dan patah kaki. Beri rawatan dan bantu perjalannya ke Garis Penamat.iii. Dapatkan pengesahan dari Jurulatih kumpulan untuk meneruskan perjalanan ke Check Point 4.

e) Check Point 4.i. Cantumkan gambar didalam sampul surat bernombor 4. Apabila selesai cantumkan gambar tersebut dengan gambar-gambar dari Check Point 1, 2 dan 3.

ii. Tahniah !! anda semakin hampir ke garisan penamat. Dalam masa yang sama tiba-tiba salah seorang ahli kumpulan anda pengsan dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

iii. Bincang dalam kumpulan bagaimana hendak membawa rakan anda yang buta, patah kaki dan pengsan ke garis penamat.

iv. Dapatkan pengesahan dari Jurulatih Kumpulan untuk meneruskan perjalanan ke Garisan Penamat.

f) Garis Penamat :

i. Tahniah !!! Kumpulan anda telah berjaya menamatkan perjalanan dengan kejayaan mengembalikan maruah pemimpin yang berpecah belah.

ii. Lapodiri kepada Ketua Jurulatih dan maklumkan kekuatan anggota kumpulan.

iii. Serahkan semua peralatan yang dibekalkan dan tugasan yang diberikan kepada Ketua Jurulatih.iv. Duduk dalam satu bulatan dan adakan perbincangan untuk membuat rumusan pengalaman dalam aktiviti ini. Perbincangan hendaklah berkaitan perkara-perkara seperti berikut :

{ 4 }a. Pengalaman sepanjang perjalanan aktiviti.

b. Apa kaitan gambar pemimpin negara dengan diri anda sebagai seorang Pegawai JASA.

c. Apa kaitan kecederaan yang dialami oleh ahli kumpulan anda dengan aktiviti ini.

d. Falsafah keseluruhan aktiviti.

4. FALSAFAH PROGRAM :4.1. Memberi penekanan kepada peserta bahawa peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang Pegawai JASA kepada negara amat penting dan tiada tolak ansur dalam menegakkan tunggak pemerintahan negara.

4.2. Membina jatidiri untuk bekerja dalam satu keluarga JASA yang tidak mempunyai rasa hasat dengki dan iri hati sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang Pegawai JASA.

4.3. Memupuk semangat berkerja dalam apa jua keadaan apabila diarah dan melaksanakan tugas sebagaimana arahan tanpa sebarang persoalan.

4.4. Membina sikap kreatif di kalangan pegawai supaya bekerja dengan semangat tinggi untuk menghasilkan satu kerja yang boleh dibanggakan oleh Jabatan.

4.5. Memupuk sikap menghormati diantara satu sama lain tanpa mengira pangkat dan umur serta dapat bekerjasama bagi mencapai tujuan dan matlamat bersama kearah kegemilangan Jabatan.( MD. NOR BIN BACHOK )

Pen. Pegawai Penerangan (Penyelia)

Jabatan Hal Ehwal Khas,

Negeri Johor.

Tarikh:02 Julai, 2007.