jka 213

7
1 Perancangan Akademik JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL Sidang Akademik 2013/2014

Upload: lissarlissaa

Post on 17-Sep-2015

44 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jka 213

TRANSCRIPT

  • 1

    Perancangan Akademik

    JKA 213 KETIDAKSAMAAN

    SOSIAL

    Sidang Akademik 2013/2014

  • 2

    JKA213:KETIDAKSAMAANSOSIAL PENGENALAN KURSUS Antropologi dan Sosiologi berkait rapat dengan kajian mengenai manusia dan masyarakat. Secara umumnya, masyarakat mempunyai susun lapis tertentu yang membahagikan ahli-ahlinya kepada status dan strata kedudukan yang berbeza. Perbezaan-perbezaan kuasa, status dan kelas dalam masyarakat ini melahirkan apa yang dinamakan sebagai ketidaksamaan sosial. Ketidaksamaan sosial merupakan suatu fenomena sosial yang bersifat universal. Ia wujud dalam semua masyarakat dan berfungsi sebagai satu kuasa sosial yang mempengaruhi tingkah laku manusia, struktur dan proses-proses penting dalam masyarakat. Fenomena ini jelas bermula daripada masyarakat primitif, masyarakat memburu dan meramu hinggalah ke peringkat masyarakat moden dan kompleks hari ini. Ahli-ahli falsafah seperti Karl Marx dan Max Weber merupakan tokoh tokoh awal yang membincangkan hal ketidaksamaan sosial dalam masyarakat yang mereka kaji. Pelbagai persoalan dapat dikemukakan mengenai isu ketidaksamaan sosial. Antaranya, adakah ketidaksamaan sosial merupakan suatu kejadian yang tidak diingini? Mengapakah ianya berterusan dalam kehidupan masyarakat? Adakah ketidaksamaan ini merupakan suatu yang tidak dapat dielakkan? Sejauhmanakah bentuk-bentuk penindasan dan faktor ideologi dapat dikaitkan dengan kejadian dan penerusan permasalahan ketidaksamaan ini? Walau apa juga keinginan atau kecenderungan para ahli falsafah dan sarjana-sarjana mengenai ketidaksamaan sosial, fenomena ini masih berterusan dalam kehidupan manusia walaupun idea dan keinginan terhadap kesamaan di antara manusia telah lama dipupuk, diaplikasi dan dilaksanakan. Sehubungan itu, kita perlu memahami dengan teliti dan terperinci isu ketidaksamaan sosial sebagai satu mekanisme memahami masyarakat secara menyeluruh. Justeru, kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami isu ketidaksamaan sosial ini dari perspektif sosiologi. OBJEKTIF KURSUS Kursus ini bertujuan membincangkan isu ketidaksamaan sosial. Apakah yang dimaksudkan dengan ketidaksamaan ini? Dalam tafsiran umum, ketidaksamaan sosial dapat dikatakan sebagai perbezaan yang wujud di antara manusia. Persoalannya, apakah perbezaan tersebut? Adakah semua perbezaan di antara manusia, seperti perbezaan dari segi jantina, etnik, tempat tinggal, kecerdasan intelek, pekerjaan, kuasa, dan kekayaan membawa maksud ketidaksamaan sosial? Daripada perspektif sosiologi, tumpuan perbincangan ketidaksamaan sosial bersandarkan kepada tiga sumber yang dimiliki secara tidak sama rata dalam kalangan masyarakat. Sumber-sumber tersebut ialah kuasa, ekonomi/kekayaan dan status. Pengagihan atau pemilikan yang tidak sama rata terhadap sumber-sumber ini telah mewujudkan strata atau lapisan sosial yang berbeza di antara manusia. Ia merujuk juga kepada pembentukan kumpulan-kumpulan manusia yang berlainan kedudukan dan menikmati peluang hidup yang berbeza akibat daripada pemilikan

  • 3

    yang tidak sama rata terhadap sumber-sumber berharga. Dalam menilai setiap hubungan yang bersifat tak sama rata ini, kita misalnya dapat memerhatikan ketidaksamaan agihan dalam salah satu sumber ini. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya terdapat hubungan yang saling berkait di antara satu sumber berharga dengan satu sumber berharga lain. Sehubungan itu, orang yang memiliki (atau tidak/kurang memiliki) sesuatu sumber juga akan memiliki (atau tidak/kurang memiliki) sumber berharga yang lain. Justeru, untuk membolehkan para pelajar memahami isu ketidaksamaan sosial ini, kandungan kursus ini akan menekankan objektif-objektif berikut:

    1. Menjelaskan kepentingan mengkaji ketidaksamaan sosial, menghuraikan maksud ketidaksamaan sosial dan membezakan pengertian konsep-konsep lain selain menghuraikan perkaitan antara perbezaan semulajadi dengan pembentukan ketidaksamaan sosial.

    2. Menghuraikan ketidaksamaan sosial dan kesamaan sosial dari sudut pandangan tokoh-tokoh falsafah awal.

    3. Membandingkan penjelasan teoritis sosiologi mengenai ketidaksamaan sosial 4. Menerangkan dimensi-dimensi asas dalam analisis ketidaksamaan sosial. 5. Membincangkan pola evolusi masyarakat dan bentuk-bentuk ketidaksamaan

    sosial yang wujud sepanjang sejarah. 6. Menghuraikan sistem-sistem ketidaksamaan sosial tradisional dengan

    menjurus kepada pola hubungan dan agihan kekayaan, kuasa dan status. 7. Membincangkan pembentukan masyarakat kelas dan membandingkan

    konsep kelas Karl Marx dan Max Weber. 8. Menerangkan pengaruh ketidaksamaan sosial dan kesan-kesan

    ketidaksamaan sosial ke atas masyarakat. LIPUTAN KURSUS Pokok perbincangan dalam kursus ini meliputi tajuk-tajuk yang terkandung dalam buku teks Ketidaksamaan Sosial. Maka, bahan perbincangan akan meliputi perkara-perkara berikut: 1. Makna ketidaksamaan sosial dan konsep-konsep lain yang berkaitan (seperti

    stratifikasi sosial dan pembezaan sosial) serta keperluan mengkaji ketidaksamaan sosial.

    2. Pemikiran awal dalam kalangan ahli falsafah yang membina asas ideologi dan

    yang melahirkan pendekatan sosial yang berbeza untuk menanggani ketidaksamaan sosial.

    3. Pendekatan-pendekatan teori sosiologi mengenai pembentukan ketidaksamaan

    sosial.

  • 4

    4. Dimensi-dimensi dalam menganalisis ketidaksamaan sosial. 5. Evolusi dan bentuk-bentuk ketidaksamaan dalam masyarakat. 6. Sistem-sistem ketidaksamaan tradisional di dunia. 7. Sistem ketidaksamaan kelas dalam masyarakat moden. 8. Ketidaksamaan sosial dan implikasi-implikasi yang timbul. BAHAN BACAAN Modul Asas: Mariappan, Kntayya (2000), Ketidaksamaan Sosial. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Bahan Bacaan Tambahan: Bottomore, T (1991). Classes in Modern Society. London: Routledge. Giddens, A (1979). The Class Structures of the Advanced Societies. London:

    Hutchinson. Kerbo, H.R. (1996). Social Stratification and Inequality: Class Conflict in Historical

    and Comparative Perspective. New: York: Mc Graw-Hill Companies, Inc. Kriesberg, L. (1979). Social Inequality. New Jersey: Prentice Hall, Inc.

    Lewis, O. (1959). Five Families: Mexican Case Studies in the Culture of Poverty. New York: Basics Books, Inc.

    Lewis, O. (1963). The Children of Sanchez. New York: Random House, Inc.

    Lewis, O. (1966). LA VIDA: A Puerto Rican Family in the Culture of Poverty San Juan and New York. New York: Random House, Inc.

    Lewis, O. (1968). A Study of Slum Culture: Backgrounds for LA VIDA. New York: Random House, Inc.

  • 5

    JADUAL SIDANG VIDEO Lima kelas sidang video akan dijalankan oleh Pengurus Kursus. Pembelajaran anda di PPPJJ dibantu dengan berbagai cara. Salah satu daripada cara formal ialah menerusi sidang video. Bilangan sidang video adalah berbeza mengikut kursus. Dalam kursus ini, pelajar akan terlibat dalam tiga sidang video sebelum Kursus Intensif dan dua sidang video selepas Kursus Intensif.

    PENILAIAN Tugasan (20%) Peperiksaan Berterusan (20%) Peperiksaan Akhir (60%) TUGASAN (BERKUMPULAN) Tugasan adalah dalam bentuk kumpulan. Setiap kumpulan perlu terdiri daripada 2- 4 orang pelajar dari pusat wilayah yang sama. Berdasarkan topik-topik yang disenaraikan di bawah, setiap kumpulan harus memilih satu topik sahaja. Penulisan lengkap harus meliputi perkara-perkara berikut:

    a) Latar belakang permasalahan yang dikaji

    b) Kepentingan isu yang dikaji dalam dapatan kajian jurnal tempatan & antarabangsa

    c) Peranan dan usaha kerajaan untuk menangani masalah ini dalam konteks Malaysia

    d) Cadangan dan kesimpulan

    Setiap kumpulan perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 8-10 artikel daripada jurnal tempatan atau jurnal antarabangsa berkaitan topik tersebut. Perlu mempertimbangkan pendekatan-pedekatan sosiologikal dalam tugasan. Setiap kumpulan juga perlu menggunakan 5-10 bahan rujukan terkini (tidak termasuk surat khabar, majalah dan carian asas internet) untuk menerangkan peranan dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani masalah tersebut.

  • 6

    TOPIK PILIHAN UNTUK TUGASAN BERKUMPULAN

    i. Kemiskinan bandar ii. Wanita, kerjaya dan diskriminasi pekerjaan iii. Pendidikan dan mobiliti sosial iv. Masyarakat orang asli pendidikan dan pembangunan v. Orang kurang upaya dan pekerjaan vi. Golongan pemodal (bourgeoisie) dan golongan pekerja (proletariat)

    (PERINGATAN: Bagi kumpulan-kumpulan yang membuat topik yang sama, elakkan daripada berkongsi artikel untuk memudahkan proses kerja. Persamaan bahan bacaan yang digunakan akan memberi kesan kepada penggredan) Tarikh akhir penyerahan tugasan: 15 Jan 2014. ARAHAN Esei ini mestilah mematuhi perkara-perkara berikut: a) Tarikh akhir serahan tugasan ialah pada 15 Januari 2014. Kumpulan yang

    gagal menyerahkan tugasan pada tarikh yang ditetapkan akan dianggap gagal dan akan diberi markah 0.

    b) Panjang di antara 15 hingga18 muka surat. c) Esei mesti ditaip berselang dua baris. d) Calon wajib menggunakan sekurang-kurangnya 8-10 artikel jurnal

    tempatan/antarabangsa dan 5-8 bahan rujukan terkini (selain surat khabar, majalah dan carian asas internet). Setiap rujukan mesti ditulis dengan cara yang betul di dalam teks dan di bahagian bibliografi.

    e) Nama, nombor pendaftaran dan tajuk tugasan mestilah ditulis dengan jelas

    dikulit rasmi tugasan yang disediakan bagi kursus ini. Peperiksaan Berterusan Peperiksaan berterusan akan diadakan semasa minggu Kursus Intensif 2014. Anda perlu memahami perbincangan semasa sidang video. Format Peperiksaan Berterusan adalah berbentuk soalan struktur dan soalan esei. Peperiksaan Akhir Format Peperiksaan Akhir adalah berbentuk soalan struktur/pendek dan soalan esei.

  • 7

    E-PORTAL Sila rujuk ruangan forum dari semasa ke semasa. Pelajar juga digalakkan memanfaatkan emel untuk berkomunikasi dengan pensyarah. Pengurus Kursus: Pn. Zurina Mohd Radzi Pusat Pendidikan Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia Emel : [email protected]