jerry barat.docx

10
 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF TAJUK TUGASAN: KERTAS KERJA (E-PORTFOLIO) PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF T1A3 (RJ) NAMA : JERRY ANAK BARAT NO. MATRIKULASI : 76122313549 5001 NO. KAD PENGENALAN : 761223-13- 5495 NO. TELEFON : 019-863 3197 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SANDAKAN

Upload: ardjuna-marsidi

Post on 14-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jerry Barat.docx

7/27/2019 Jerry Barat.docx

http://slidepdf.com/reader/full/jerry-baratdocx 1/10

 

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 

HBEF3503 

PENDIDIKAN INKLUSIF

TAJUK TUGASAN: 

KERTAS KERJA (E-PORTFOLIO) 

PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF 

T1A3 (RJ)

NAMA : JERRY ANAK BARAT

NO. MATRIKULASI : 761223135495001

NO. KAD PENGENALAN : 761223-13-5495

NO. TELEFON : 019-8633197

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN

SANDAKAN

Page 2: Jerry Barat.docx

7/27/2019 Jerry Barat.docx

http://slidepdf.com/reader/full/jerry-baratdocx 2/10

PRAKATA

Saya sesungguhnya amat bersyukur kerana dalam saat-saat yang mencabar ini saya telah

dapat menyempurnakan tugasan individu “HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF” Semester 

Januari 2013.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan

seperjuangan serta rakan EOS yang dedikasi dan tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar,

mendorong dan memberi sokongan penuh pada saya khususnya dalam menyiapkan laporan

kajian bagi Tugasan 1 Aktiviti 2 [T1A3 (RJ)] ini.

Melalui kesedaran dan minat yang mendalam dalam menjalani kehidupan sebagai

Pelajar OUM, maka saya telah berusaha sedaya upaya untuk menyempurnakan kajian ini

sesuai dengan kehendak soalan tugasan. Saya juga mengaku bahawa semua yang terkandung

dalam laporan kajian ini, adalah hasil kerja saya sendiri kecuali teks dan ringkasan yang

setiap satunya telah dijelaskan sumbernya dalam ruangan rujukan.

Sekian, terima kasih.

JERRY ANAK BARAT

i

Page 3: Jerry Barat.docx

7/27/2019 Jerry Barat.docx

http://slidepdf.com/reader/full/jerry-baratdocx 3/10

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Prakata i

ISI KANDUNGAN ii

JURNAL REFLEKSI

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0 Pengenalan 1

2.0 Permasalahan 2

3.0 Reflektif (Berfikir) 3

4.0 Menganalisis 4

5.0 Tindakan Susulan 5

6.0 Kesimpulan 6

Biblografi 7

ii

Page 4: Jerry Barat.docx

7/27/2019 Jerry Barat.docx

http://slidepdf.com/reader/full/jerry-baratdocx 4/10

JURNAL REFLEKSI

PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0  PENGENALAN

Pendidikan Inklusif ini adalah termaktub dalam SKU KP. Rujukan: Bil.6 SKU Kementerian (m.s.

22) : Sasaran Tahun 2000; 6.1 “Mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di

sekolah biasa”. Golongan sasar pendidikan Inklusif ini dibincangkan juga oleh Jawatankuasa

Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The National Joint Commitee on Learning 

 Disabilities, 1988) sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang

mengakibatkan kesukaran yang nyata pada diri individu itu sendiri. Ekoran dari itu, bagi

menyahut seruan Kementerian Pendidikan dalam membaik pulih kumpulan murid yang

 bermasalah ini, pengkaji telah melaksanakan Program Pendidikan Inklusif di Sekolah

Kebangsaan Menanam, Tongod (Telupid) yang melibatkan tiga orang murid yang tergolong

dalam kumpulan murid berkeperluan khas. Kajian ini dibuat untuk melihat sejauh mana

keberkesanan program Pendidikan Inklusif dengan menggunakan teknik  “Rawatan Klinikal” 

kepada ketiga-tiga murid tersebut. Berdasarkan kepada hasil pelaksanaaan program ini didapati

 program ini telah membuahkan hasil yang positif. Lanjutan dari keberhasilan Pelaksanaan

Program ini walaupun cuma dalam tempoh 8 minggu telah dapat menyakinkan Pentadbir Sekolah

iaitu Encik George Odol, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Menanam, Tongod (Telupid) untuk 

meneruskan program Pendidikan Inklusif khususnya terhadap ketiga-tiga murid yang

 berkeperluan khas yang bersekolah di sekolah ini dan beliau juga mencadangkan agar program ini

diperluaskan kepada murid pemulihan dan murid LINUS dengan mengaplikasikan aktiviti yang

diguna pakai oleh pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa dalam Aktiviti 2

(T1A2) khususnya pelaksanaan program “Rawatan Klinikal” yang terkandung dalam Program

Pendidikan Inklusif.

1

Page 5: Jerry Barat.docx

7/27/2019 Jerry Barat.docx

http://slidepdf.com/reader/full/jerry-baratdocx 5/10

2.0 PERMASALAHAN

Mengendalikan dan meneruskan Program Pendidikan Inklusif seperti yang disarankan oleh

Pentadbir Sekolah bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi untuk memperluaskan dan

mengendalikan program ini pada murid pemulihan dan murid Linus kerana ia melibatkan guru-

guru dan pembubaran jadual waktu yang sedia ada.

Persoalannya ialah „Dapatkah guru-guru lain menerima perlaksanaan program inklusif 

secara terus menerus di sekolah ini sedangkan program ini baru dilaksanakan kepada dua orang

murid yang berkeperluan khas menumpang di sekolah ini?‟ 

Melalui permuafakatan di dalam mesyuarat kurikulum yang dipengerusi sendiri oleh

Guru Besar tela memutuskan bahawa program Pendidikan Inklusif ini akan diteruskan khusus

kepada ketiga-tiga murid berkeperluan khas dan guru-guru yang mengajar Kelas Pemulihan dan

LINUS. Guru-guru ini disarankan oleh Pentadbir Sekolah untuk mengaplikasikan kemahiran

yang diguna pakai khususnya program “Rawatan Klinikal” iaitu dengan menambah baik aktiviti

tersebut dalam bentuk suku kata dan perkataan bagi Literasi dan dalam Numerasi pula akan

ditambah baik dengan aktiviti menambah dan menolak nombor.

Persoalan yang seterusnya, adakah perluasan Program Pendidikan Inklusif ini akan

 berjaya? Berdasarkan kepada pelaksanaan kajian, walaupun dalam jangkamasa 8 minggu sahaja

namun perubahan tingkah laku dan kebolehan murid ini adalah positif dan melalui ujian yang

dibuat dapat diperhatikan bahawa murid menunjukkan peningkatan pencapaian. Namun

 peningkatan ini tidak konsisten kerana faktor lupaan murid. Oleh itu aktiviti latih tubi haruslah

dibuat dari semasa ke semasa. Kesediaan sekolah untuk melaksanakan Program Pendidikan

Inklusif ini untuk jangka masa agak panjang iaitu dari bulan Mei hingga bulan November tahun

ini diyakini akan dapat menghasilkan peningkatan yang lebih baik berbanding dengan tempoh 8

minggu sahaja. Untuk mencapai kejayaan Program Pendidikan Inklusif kesungguhan, usaha,

kerajinan dan ketekunan sama ada dari murid ataupun dari guru adalah aset yang amat penting.

Page 6: Jerry Barat.docx

7/27/2019 Jerry Barat.docx

http://slidepdf.com/reader/full/jerry-baratdocx 6/10

2

3.0 REFLEKTIF (BERFIKIR)

Jika diimbas semula masalah yang timbul yang melibatkan persoalan „Dapatkah guru-guru lain

menerima Perlaksanaan Program Inklusif secara terus menerus di sekolah ini sedangkan program

ini hanya dilaksanakan kepada dua orang murid yang berkeperluan khas menumpang di sekolah

ini?

Bagi persoalan ini, saya merasakan bahawa apa saja masalah yang dihadapi akan dapat

diselesaikan melalui mesyuarat. Segala keputusan mesyuarat haruslah diterima oleh semua ahli

mesyuarat iaitu guru-guru yang melaksanakan Program tersebut. Pemberian surat perlantikan

kepada guru-guru yang terlibat harus dibuat oleh Pentadbir Sekolah untuk meyakinkan guru-guru

menjalankan tugas seperti yang terkandung di dalam surat perlantikan tersebut.

Persoalan yang seterusnya, adakah perluasan Program Pendidikan Inklusif ini berjaya?

Bagi persoalan ini, saya berfikir bahawa perluasan ini kelak akan menghasilkan impak yang lebih

 baik berbanding dengan tempoh 8 minggu sahaja. Guru Besar mengaitkan kata-kata Robert M.

Gagne (1977) dalam proses pembelajaran dikhususkan kepada murid dan juga kepada guru-guru

yang mengajar dan terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Inklusif dan guru-

guru yang disarankan mengaplikasikan Pendidikan Inklusif dalam pengajaran Pemulihan dan

LINUS. Mengikut kata-kata Robert M. Gagne (1977) yang digunapakai oleh pentadbir sekolah

adalah, yang menyatakan bahawa “Proses pembelajaran individu adalah melalui lapan fasa

iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa pemerolehan, fasa penahanan, fasa ingatan

kembali, fasa generalisasi, fasa perlakuan dan fasa maklum balas.” Tindakbalas seumpama

inilah yang amat-amat diharapkan Pentadbir Sekolah kepada guru-guru yang terlibat dalam

Program Pendidikan Inklusif.

Reaksi yang ditunjukkan oleh guru-guru dalam mesyuarat tersebut menunjukkan mereka

 bersetuju untuk menyahut cabaran dalam memperluaskan Program Pendidikan Inklusif mengikut

keputusan mesyuarat. Berdasarkan kenyataan ini, saya yakin dan percaya bahawa Program

Pendidikan Inklusif yang akan dilaksanakan ini mampu untuk meningkatkan penguasaan murid

 berkeperluan khas, murid Kelas Pemulihan dan murid LINUS di sekolah ini.

3

Page 7: Jerry Barat.docx

7/27/2019 Jerry Barat.docx

http://slidepdf.com/reader/full/jerry-baratdocx 7/10

4.0 MENGANALISIS

Impak dari Program Pendidikan Inklusif yang dijalankan dalam tempoh masa 8 minggu kajian

adalah sangat memberangsangkan dan saya merasakan bahawa program ini berupaya untuk 

meningkatkan penguasaan murid khususnya dalam masalah penguasaan Literasi dan Numerasi.

Selain dari itu, program ini juga memberi impakyang amat besar kepada pihak pengurusan

sekolah. Pihak Pengurusan Sekolah amat tertarik kepada program yang dilaksanakan semasa

kajian dijalankan. Keberhasilan kajian ini akan digunapakai dalam proses pengajaran dan

 pembelajaran di Kelas Pemulihan dan kepada murid LINUS. Selain dari itu, dalam minggu

 pemerhatian saya, terdapat beberapa guru yang tidak terlibat dalam menjalankan kajian ini telah

turut sama berganding bahu melaksanakan aktiviti yang dijalankan ke atas murid berkeperluan

khas di sekolah ini. Situasi ini sesuai dengan pandangan Edward M. Anthony (1963) yang

menyatakan bahawa “teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu

teknik yang digunakan dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara

optimum”. Ini menunjukan teknik atau strategi yang dijalankan dengan mengadakan Program

Pendidikan Inklusif ke atas murid berkeperluan khas ini adalah suatu teknik yang berjaya dan

 berkesan. Jika dilihat dari pencapaian keputusan murid berkeperluan khas ini, menujukkan

 peningkatan prestasi yang baik. Walaupun peningkatan masih di tahap yang minimum namun,

ianya dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui aktiviti latih tubi.

Melalui pemerhatian dan tinjauan daripada kesan yang dapat dilihat daripada perubahan

tingkah laku murid berkeperluan khas ini, saya dapat mengenalpasti kekuatan tindakan saya dan

guru-guru yang lain adalah menerusi usaha yang gigih, sabar dan bijak dalam melaksanakan

Program Pendidikan Inklusif menerusi slot-slot yang diagihkan mengikut tajuk. Sikap guru-guru

yang sentiasa berinteraksi dan bergaul mesra dengan murid tersebut menimbulkan keyakinan diri

dan murid tidak segan silu untuk meminta tunjuk ajar, pandangan serta meminta nasihat yang

membina daripada guru-guru demi untuk kepentingan diri mereka sendiri. Kelemahan yang dapat

saya lihat pula, murid berkeperluan khas ini masih lagi bergantung penuh kepada guru-guru

kerana murid ini mengalami masalah faktor lupaan yang amat kritikal dan membimbangkan.

4

Page 8: Jerry Barat.docx

7/27/2019 Jerry Barat.docx

http://slidepdf.com/reader/full/jerry-baratdocx 8/10

0.5 TINDAKAN SUSULAN

Hasil dari mengikuti kursus ini, saya amat yakin bahawa saya dapat mengaplikasikan Program

Pendidikan Inklusif ini di dalam bilik darjah khususnya dalam pengajaran Literasi. Saya haruslah

sentiasa memperbanyakkan dan mempelbagaikan aktiviti serta sentiasa menimba pengetahuan

 baru dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang akan digunapakai ke atas murid-murid di

dalam bilik darjah dan mengajar murid-murid semaksimum yang boleh. Bagi menjayakan

 program ini saya perlu mewujudkan “sistem tandatangan ibu bapa” pada setiap kerja rumah yang

diberikan oleh guru. “Sistem tandatangan ibu bapa” ini bertujuan untuk memastikan ibu bapa

mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak mereka.

Perubahan sikap murid dan ibu bapa perlulah direkodkan oleh guru. Selain dari itu,

mesyuarat PIBG haruslah diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun. Tujuannya ialah

supaya ibu bapa dan guru dapat membincangkan masalah-masalah yang timbul dan dapat

mencari penyelesaian kepada masalah yang berkaitan dengan pembelajaran dengan kadar yang

segera. Selanjutnya, untuk menggalakkan ibu bapa melaksanakan tugas mereka sebaik yang

mungkin. Saya dan guru-guru yang lain bercadang akan memberi penghargaan kepada ibu bapa

yang perihatin terhadap pelajaran anak-anak mereka pada Hari Penyampaian Hadiah pada setiap

akhir tahun. Tujuannya adalah untuk mewujudkan satu persaingan sihat di antara ibu bapa murid

dalam mendidik anak-anak mereka. Tindakan yang seterusnya yang akan diambil ialah pihak 

sekolah adalah untuk melaksanakan Program Pendidikan Inklusif iaitu murid belajar bersama ibu

 bapa mengikut jadual yang akan digubal kelak. Dengan cara ini, bebanan guru-guru yang terlibat

dalam mengajar Literasi dan Numerasi sedikit sebanyak akan dapat diringankan dan

mempermudahkan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di dalam bilik darjah.

5

Page 9: Jerry Barat.docx

7/27/2019 Jerry Barat.docx

http://slidepdf.com/reader/full/jerry-baratdocx 9/10

0.6 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pelaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini berdasarkan aktiviti-aktiviti yang

digunakan merangsang kepada keinginan murid-murid berkeperluan khas untuk belajar dengan

lebih giat untuk memperolehi kecerdasan dan kebolehan seiring dengan murid arus perdana.

Perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kedua-dua murid berkeperluan khas ini sesuai

dengan Teori Pelaziman klasik Pavlov, menyatakan bahawa “rangsangan ialah apa-apa sahaja

bentuk tenaga yang menimbulkan gerak belas. Gerak belas ialah apa-apa sahaja tingkah

laku yang timbul akibat rangsangan”. Rangsangan melalui aktiviti-aktiviti Program

Pendidikan Inklusif khususnya “Rawatan Klinikal” telah berupaya menyuntikkan semangat murid

untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam pelajaran Literasi dan Numerasi.

6

Page 10: Jerry Barat.docx

7/27/2019 Jerry Barat.docx

http://slidepdf.com/reader/full/jerry-baratdocx 10/10

BIBLIOGRAFI

Open University Malaysia. (2012), HBEF3503 Pendidikan INKLUSIF.

The Ministry Of Education Malaysia (2008), The Development Of Education. National

Report Of Malaysia.

Jabatan Pendidikan Khas (1998). Hala Tuju Pendidikan Khas. Kuala Lumpur .

Jabatan Pendidikan Johor(1998). Pelaksanaan Program Pendidikan Murid dan Pelajar 

 Dengan Keperluan Khas. Unit Pendidikan Khas.

http://epic.oum.edu.my/

http://www.kiwifamilies.co.nz/articles/numeracy/.

Lt Kol (B) Hamid bin Awang : Penulisan Jurnel Reflektif. [email protected]

7