jentolak

13
1. JENTOLAK (BULLDOZER) PENERANGAN Jentolak merupakan jentera yang paling lasak digunakan untuk meolak dan meratakan tanah permukaan. Jentera ini mempunyai kuasa kuda yang tinggi, bertayar getah atau beroda. Di sebelah hadapan dilengkapkan dengan peparang berhidraulik untuk kerja menolak, menorah, memotong dan meratakan tanah. Terdapat jenis peparang seperti peparang lurus, peparang S dan peparang U KEGUNAAN Jentolak ini boleh digunakan untuk membersihkan tanah, menumbangkan pokok dan menghapuskan halangan, mengikis tanah atas, memotong dan menorah sisi bukit untuk menubuhkan laluan baru. GAMBAR

Upload: lyaidma

Post on 16-Sep-2015

170 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jentolak

TRANSCRIPT

1. JENTOLAK (BULLDOZER)

PENERANGANJentolak merupakan jentera yang paling lasak digunakan untuk meolak dan meratakan tanah permukaan. Jentera ini mempunyai kuasa kuda yang tinggi, bertayar getah atau beroda. Di sebelah hadapan dilengkapkan dengan peparang berhidraulik untuk kerja menolak, menorah, memotong dan meratakan tanah. Terdapat jenis peparang seperti peparang lurus, peparang S dan peparang U

KEGUNAANJentolak ini boleh digunakan untuk membersihkan tanah, menumbangkan pokok dan menghapuskan halangan, mengikis tanah atas, memotong dan menorah sisi bukit untuk menubuhkan laluan baru.

GAMBAR

2. JENGKAUT (EXCAVATOR)PENERANGANJengkaut didapati dalam pelbagai jenis yang popular seperti jenis jengkaut bajak belakang (back hoe), jengkaut seret (dragline) dan jengkaut serbaguna. Back hoe diperlengkapkan dengan timba bergigi berukuran 0.13m3 hingga 1.6m3 benjoran hidraulik sesuai digunakan di ruang yang sempit, tanah lembut dan mendaki bukit. Jengkaut beroda rantai perlu diangkut dengan trailer semasa dipindahkan dari satu tapak ke tapak binaan yang lain. Jengkaut serbaguna beroda getah lebih kecil daripada jengkaut bajak belakang dan sangat popular untuk kerja-kerja binaan yang kecil dan sederhana.

KEGUNAANJentera jenis ini digunakan untuk kerja menggali lubang, longkang dan peparit

GAMBAR

3. KREN BERGERAKKEGUNAANKren jenis ini beroda tayar digunakan di tapak binaan yang sederhana, senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain melalui jalanraya biasa. Struktur kerangka tiang yang dinamakan jib dipasangkan di atas sebuah mesin yang berputar. Kerangka jib yang tinggi menguasai kawasan yang luas tetapi memerlukan kedudukan yang rata dan stabil. Kren benjolan teleskopik dikendalikan secara system hidraulik yang boleh dipanjangkan atau dipendekkan dan amat berkesan digunakan untuk mengangkat dan menempatkan konkrit.

KREN BERGERAK ( JENIS KERANGKA JIP)

KREN BERGERAK (JENIS JORAN TELESKOPIK)

4. KREN STATIK

PENERANGANKren jenis ini dipasang secara tetap di tapak bina dan hanya dibuka selepas selesai kerja pembinaan. Ianya sesuai untuk kawasan yang besar dan bertingkat terutamanya pembinaan pasang siap dan kerangka keluli besi. Kren ini terdiri dari jenis derik, menara dan kren panjat.

GAMBAR DAN PENERANGAN Kren Derik

Berupaya berputar dengan jejari mengangkat bebanan seberat 2 tan, kerangka tiang 6m dan jib deriknya sepanjang 40m.

GAMBAR DAN PENERANGAN Kren Menara Dan Panjat

Terdiri daripada kerangka joran untuk mengangkat beban dan diseimbangkan dengan memanjangkan kerangka jib pengimbang dan boleh berpusing bebas sehingga 3600. Kren menara didirikan bebas daripada struktur bangunan dan boleh ditambat kepada bangunan sebagai penyokong.

GAMBAR

DAN PENERANGAN Kren Panjat

Didirikan melalui ruang khas di dalam bangunan yang sedang dibina dan boleh ditinggikan mengikut kesesuaian tingkat bangunan dengan menggunakan sistem jek hidraulik. Bebanan maksima yang boleh diangkat oleh kren panjat di antara 4 12 tan dengan ukuran jejari 18 21m.

5. LIF PENGANGKATKEGUNAANLif pengangkat merupakan jentera yang berfungsi untuk mengangkat pekerja dan bahan binaan dari bawah ke atas bangunan dalam pembinaan. Penggunaan lif pengangkat dapat menjimatkan waktu berbanding jika menggunakan titian tangga. Pengangkat peranca adalah jenis yg mudah digunakan dengan sistem kabel yang dikendalikan oleh motor diesel. Dibina atau dipasang pada tapak yang stabil dan digerakkan oleh system kabel yang dikawal. Lif pekerja hendaklah di gerakkan oleh motor elektrik dengan tiang layarnya diikat kepada bangunan. Bahan binaan tidak boleh digunakan untuk mengangkat pekerja dan sebaliknya.

GAMBAR PENGANGKAT BAHAN LIF PENGANGKAT PERANCA

JENTERA PENGANGKUT1. LORI DAN TRAKPENERANGANMerupakan jentera pengangkut yang paling banyak digunakan dalam industri binaan dengan keupayaan muatan yang berbeza

KEGUNAANuntuk mengangkut bahan binaan seperti simen, bata, pasir dan lain-lain kerja yang dikendalikan.

GAMBAR

2. PEMBUANG (DUMPER TIPPER)PENERANGANJentera pengangkut dan pembuang dengan keupayaan mengikut ukuran timba (bucket), dikuasai oleh enjin diesel dan bergerak dalam berbagai keadaan tanah serta memerlukan seorang pemandu.

GAMBAR

JENTERA PEMBANCUH KONKRIT

Penggunaan konkrit bancuh siap menunjukkan perkembangan dalam teknologi binaan yang sangat digalakkan. Kelebihan menggunakan konkrit bancuh siap boleh dipandang dari segi ekonomi serta kawalan mutu konkrit yang dikehendaki. Konkrit bancuh siap memerlukan bancuhan secara mekanikal di mana kuantiti yang dibancuh adalah besar dan kualiti antara bancuhan tidak berbeza.

1. TRAK PENGGAUL KONKRITPENERANGANMerupakan jentera yang direka khas dilengkapi dengan dram penggaul yang berputar satu atau dua pusingan setiap minit untuk mengelakkan konkrit daripada mengeras dalam perjalanan ke tapak binaan. Sebelum mengeluarkan konkrit, dram penggaul dikehendaki berpusing lebih cepat dari 10 15 pusingan seminit dan konkrit dituang melalui pengelunsur yang disediakan. Dengan muatan dram antara 4minit. Selepas konkrit dikeluarkan industry binaanan 4 6m3. Masa tuangan ialah 30 dram penggaul dibersihkan dengan air.

GAMBAR

.

2. PAM KONKRIT BERGERAKPENERANGANTerdiri daripada pam yang terletak di atas trak beroda tayar. Hos yang digunakan boleh meluntur dengan diameter 100mm dan dipasang pada joran teleskopik, dikendalikan secara hidraulik dan boleh bergerak dalam pelbagai kedudukan. Pengendalian jentera ini memerlukan pekerja yang mahir, berkeupayaan menuangkan sehinggga 100m konkrit dalam masa satu jam. Disamping itu, ia boleh mengawal berlakunya pemisahan konkrit serta memerlukan pekerja minima.

GAMBAR