jemputan ceramah

2
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA, SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB, TAMAN MATANG JAYA, JALAN MATANG, 93050, KUCHING Tel: 082-648053 Fax:082-648095 Pengarah Ruj. Kami: JPS(W)SHOAW(Mur)/153/02/01/13 ( ) Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak Kementerian Sumber Manusia, No. 11-01 & 02, Aras 11, Bangunan Gateway Kuching Jalan Bukit Mata, 93100, Kuching, Sarawak Pengetua, SMKA SHOAW, Jalan Matang, Taman Matang Jaya, 93050, Kuching, Sarawak. 9/3/2015 Assalamualaikum Tuan, JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH DAN MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA MINGGU VOKASIONAL DAN TEKNIK SMKA SHOAW Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMKA Syeikh Haji Othman Abdul Wahab menjemput pihak tuan untuk mengadakan satu program ceramah kerjaya sempena Minggu Vokasional dan Teknik SMKA Syeikh Haji Othman Abdul Wahab dan pameran kerjaya. Tarikh : 8 April 2015 Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan Abu Bakar As-Siddiq, SMKA SHOAW 3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama program ceramah dan pameran kerjaya ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang prospek kerjaya di masa hadapan yang ditawarkan oleh Bidang Vokasional dan Teknik agar pelajar dapat mengekalkan minat belajar pelajar terhadap subjek-subjek dalam Bidang Vokasional dan Teknik yang ditawarkan di sekolah seperti Kemahiran Hidup, Perdagangan, Ekonomi Asas dan Perakaunan. Diharapkan program ini juga dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa segala yang dipelajari dalam subjek berkenaan ada matlamatnya di masa hadapan dalam Bidang Vokasional dan Teknik.

Upload: shahrul-nizam-yahaya

Post on 02-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Surat jemputan memberi ceramah

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA,

SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB,

TAMAN MATANG JAYA, JALAN MATANG,

93050, KUCHING

Tel: 082-648053

Fax:082-648095

PengarahRuj. Kami: JPS(W)SHOAW(Mur)/153/02/01/13 ( )Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah SarawakKementerian Sumber Manusia,No. 11-01 & 02, Aras 11, Bangunan Gateway KuchingJalan Bukit Mata, 93100, Kuching, Sarawak

Pengetua,

SMKA SHOAW,

Jalan Matang, Taman Matang Jaya,

93050, Kuching, Sarawak.9/3/2015

Assalamualaikum Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH DAN MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA MINGGU VOKASIONAL DAN TEKNIK SMKA SHOAW

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa SMKA Syeikh Haji Othman Abdul Wahab menjemput pihak tuan untuk mengadakan satu program ceramah kerjaya sempena Minggu Vokasional dan Teknik SMKA Syeikh Haji Othman Abdul Wahab dan pameran kerjaya.

Tarikh:8 April 2015

Masa :2.30 petang

Tempat:Dewan Abu Bakar As-Siddiq, SMKA SHOAW

3.Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama program ceramah dan pameran kerjaya ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang prospek kerjaya di masa hadapan yang ditawarkan oleh Bidang Vokasional dan Teknik agar pelajar dapat mengekalkan minat belajar pelajar terhadap subjek-subjek dalam Bidang Vokasional dan Teknik yang ditawarkan di sekolah seperti Kemahiran Hidup, Perdagangan, Ekonomi Asas dan Perakaunan. Diharapkan program ini juga dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa segala yang dipelajari dalam subjek berkenaan ada matlamatnya di masa hadapan dalam Bidang Vokasional dan Teknik.

4.Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk hadir bagi menyampaikan ceramah dan pameran kerjaya tersebut pada ketetapan tarikh yang telah dinyatakan di atas. Berserta dengan surat ini dilampirkan bersama-sama maklumat program bagi rujukan pihak tuan.

5.Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

FLY SHOAW, FLY HIGH

Saya yang menurut perintah,

(Puan Hajah Norlela Binti Bujang)

Pengetua, SMKA SHOAW.

Tentatif program

2.30 petang

Pameran Kerjaya oleh pihak

2.45 petang

Ketibaan pelajar dan guru

3.00 petang

UcapanAlu-aluan oleh penyelaras program

Ceramah Kerjaya

4.00 petang

Minum Petang

4.30 petang

Bersurai

Kumpulan sasaran: Tingkatan 3, 4 dan 5

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Shahrul Nizam Bin Yahaya Penyelaras Program (012-2646765)

SMKA SHOAW : Tel 082-648053

Fax- 082-648095