jawapan kuiz elektrik

7
Teknologi Elektrik dan Elektronik (BBR21803) Takrifan a. Litar Pengguna Ianya berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna. Litar utama pemasangan pengguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsi melindungi dari arus lebihan seperti litar pintas dan beban lampau dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan dari terkena kejutan elektrik. b. Litar Kawalan Pengguna Ia berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna. Ia terdiri dari alat-alat pengasingan dan pensuisan, alat perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus bocor ke bumi. c. Litar Akhir Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik. A – Unit Pemotong (Cut Out) B – Jangka Kilowattjam (Kilowatt-hourmeter) C – Suis Utama (Main Switch) Mohamad Rizal B. Hashim DB100212

Upload: pemungut-hasil

Post on 25-Nov-2015

64 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

kuiz elektrik

TRANSCRIPT

Teknologi Elektrik dan Elektronik (BBR21803)

Teknologi Elektrik dan Elektronik (BBR21803)

Takrifana. Litar Pengguna

Ianya berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna. Litar utama pemasangan pengguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsi melindungi dari arus lebihan seperti litar pintas dan beban lampau dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan dari terkena kejutan elektrik.b. Litar Kawalan Pengguna Ia berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna. Ia terdiri dari alat-alat pengasingan dan pensuisan, alat perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus bocor ke bumi.c. Litar Akhir Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik.

A Unit Pemotong (Cut Out)

B Jangka Kilowattjam (Kilowatt-hourmeter)C Suis Utama (Main Switch)D Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (Earth Leakage Circuit Breaker)

E Kotak Fius Agihan (Distribution Fuse Board)Fungsi Peralatan Pemasangana. Fius Pemutus sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna.b. Meter kWj

mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif.c. Papan Agihan pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.Maksud Litar Pintas

Litar pintas adalah sambungan berintangan sangat rendah antara dua titik yang berbeza voltannya di dalam litar elektrik secara tidak sengaja. Ia mengakibatkan lebihan arus elektrik mengalir melaluinya yang hanya dihadkan oleh rintangan setara Thevenin bagi sebahagian baki rangkaian pendawaian serta berpotensi mengakibatkan kerosakan litar, lampau panas, kebakaran atau letupan.

Asas Teknologi Komputer dan Rangkaian

a) Definisi Rangkaian Komputer

Sistem yang menyambungkan pc dengan peranti luaran. Peranti penyambungan komunikasi boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan perkakasan dan perisian yang telah ditetapkan cara dan peraturannya. Boleh beroperasi samada secara wayar atau tanpa wayar.

Komunikasi

Adalah berkenaan menghantar maklumat atau data daripada penghantar kepada penerima. Ia menggunakan elektrik, gelombang radio atau cahaya. Maklumat atau data boleh berupa teks, video, grafik, imej atau kombinasi ke semuanya. Penghantaran data menggunakan dua jenis signal iaitu analog dan digital.b) Kepentingan Rangkaian Komputer dan Komunikasi Data Perkakasan

Maklumat

Fail

Perisian

c) Jenis-Jenis Rangkaian Komputer dan 3 Jenis Topologi Rangkaian Komputer

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)Dalam lingkungan kawasan yang kecil seperti dalam makmal computer. Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)

Koleksi kepada beberapa LAN tetapi dalam kawasan gegorafi yang besar seperti bandar.

Rangkaian Kawasan Luas (WAN)

Merupakan koleksi kepada LAN dan MAN atau kedua-duanya tetapi dalam geografi yang sangat besar iaitu satu dunia.

Topologi1. Bas

2. Gelang

3. Bintang

d) Kelebihan dan Kekurangan Setiap Jenis Topologi RangkaianKelebihanKekurangan

BasMudah diurus. Kegagalan satu PC tidak mengganggu rangkaian, tiada gangguan jika membuat hubungan atau mengganti perantiJika kabel rosak, rangkaian tergganggu, kelajuan berkurang jika PC bertambah. Sukar buat pembaikan jika satu PC bermasalah

Gelang

Mudah untuk membetulkan rangkaian. Pembetulan dan mengganti peranti rangkaian masih berjalanSukar diurus. Kelajuan berkurang jika pc bertambah. Sukar buat pembaikan dan gantian. Satu pc rosak mengganggu rangkaian.

Bintang

Mudah diurus. Kegagalan satu pc tidak mengganggu rangkaian. Membetul dan mengganti host semudah ganti atau betulkan sahaja.Host rosak ganggu rangkaian.

Kelajuan berkurang jika pc bertambah. Host mesti dipasang dalam rangkaian

e) Jenis Teknologi Rangkaian Komunikasi Secara Lengkap

InternetAdalah rangkaian beberapa komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini. Rangkaian komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang awam. Bekerja berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet.Intranet

Adalah istilah untuk koleksi rangkaian computer dalam sesebuah organisasi. Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi di antara kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data. Menggunakan perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian seperti Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembokapi (firewall) yang tidak boleh dicapai terus dari luar dan dalam.

EkstranetAdalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat.Mohamad Rizal B. Hashim

DB100212