jawapan bab 1- tingkatan 4

16
JAWAPAN BAGI LATIHAN 1 1. (a) Berikan definisi ekonomi. Ekonomi adalah satu kajian sains sosial tentang bagaimana manusia mengagihkan sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. (b) Apakah empat faktor pengeluaran yang anda ketahui? (i) Tanah (ii) Buruh (iii) Usahawan (iv) Modal 2. Teka Silang JAWAPAN BAGI LATIHAN 2 1. Terangkan konsep- konsep berikut secara ringkas. (a) Kekurangan Kekurangan merupakan masalah asas ekonomi. Disebabkan sumber yang terhad, individu mahupun masyarakat terpaksa membuat pilihan. Sumber ekonomi t a n k a e u p a h k s k e u n t u n g a n r w a m o d a l k e h e n d a k n g a n 1 4 1 3 2 1

Upload: nieza-la-dolce

Post on 11-Jul-2015

555 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 1/16

 

JAWAPAN BAGI LATIHAN 1

1. (a) Berikan definisi ekonomi.

Ekonomi adalah satu k ajian sains sosial tentang bagaimana manusia mengagihkan

sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak 

terhad.

(b) Apakah empat faktor pengeluaran yang anda ketahui?

(i) Tanah

(ii) Buruh

(iii) Usahawan

(iv) Modal

2. Teka Silang

JAWAPAN

BAGI LATIHAN

2

1. Terangkan konsep-

konsep berikut secara ringkas.

(a) Kekurangan

Kekurangan merupakan masalah asas ekonomi. Disebabkan sumber yang

terhad, individu mahupun masyarakat terpaksa membuat pilihan. Sumber ekonomi

t

a

n

k a

e u p a h

k s

k e u n t u n g a n

r w

a m o d a l

k e h e n d a k n

g

a

n

1

 

4

1

3

2

1

Page 2: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 2/16

 

dikatakan dalam kekurangan apabila sumber yang asas tidak dapat memenuhi

kesemua kehendak manusia.

(b) Pilihan

Pilihan dibuat agar sumber yang ada dapat digunakan dengan rasional dan

secekap mungkin. Dalam membuat pilihan, individu juga menghadapi masalah

kerana perlu memilih apa, nerapa, dan bagaimana sesuatu barang harus dibeli.

(c) Kos lepas

Kos lepas merupakan faedah yang terpaksa dilepaskan dari pilihan kedua

terbaik. Kos lepas bagi barang percuma adlah kosong kerana penawaran barang

percuma adalah tidak terhad.

2. Susunkan huruf-huruf berikut mengikut soalan yang diberikan.

(i) oks sleap : kos lepas 

( Masalah yang berlaku apabila barang-barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang

terpaksa dilepaskan akibat daripada pemilihan barangan terbaik )

(ii) apniilh : pilihan( Manusia terpaksa membuat ________ kesan daripada masalah kekurangan )

(iii) nuaagekkrn : kekurangan

( Keadaan apabila sumber terhad berbanding dengan kehendak yang tidak terhad )

JAWAPAN BAGI LATIHAN 3

1. Bezakan barang percuma, barang awam, dan barang ekonomi dari segi:

(i) kos pengeluaran

(ii) penawaran

2

Page 3: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 3/16

 

(iii) contoh

(i) Barang percuma tidak mempunyai nilai ekonomi dan dapat digunakan tanpa

membayar. Barang awam boleh digunakan oleh masyarakat atau individu tanpa

perlu membayar untuk menggunakannya. Barang eknomi mempunyai sumber

pengeluaran terhad dan melibatkan kos lepas dalam penggunaanya.

(ii) Penawaran barang percuma tidak terhad kerana ia adalah anugerah tanah dan

tidak mempunyai kos lepas. Jadi, barang percuma tidak mempunyai harga.

Penawaran barang awam terhad. Hal ini bermakna barang awam mengalami

masalah kekurangan, maka penggunaan barang awam melibatkan kos lepas.

Penawaran barang ekonomi juga terhad.

(iii) Contoh bagi barang percuma ialah air hujan dan angin. Contoh bagi barang

awam ialah lampu lalu lintas dan perkhidmatan bomba. Contoh bagi barang

ekonomi ialah kereta, rumah, majalah dan sebagainya.

2. Apakah yang anda faham dengan maslah asas ekonomi? Huraikan.

Terdapat 4 masalah asas ekonomi iaitu apa yang hendak dikeluarkan,

berapa yang hendak dikeluarkan, bagaimana hendak dikeluarkan dan untuk siapa

dikeluarkan.

Untuk masalah asas ekonomi apa yang hendak dikeluarkan, ia berkaitan

dengan penentuan jenis barangan yang hendak dikeluarkan. Barangan yang

hendak dikeluarkan adalah berdasarkan permintaan masyarakat. Contohnya,

pengeluar di kawasan beriklim sejuk seharusnya mengeluarkan pakaian tebal bagi

memenuhi permintaan di kawasan tersebut.

3

Page 4: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 4/16

 

Untuk masalah asas ekonomi yang kedua iaitu berapa yang hendak 

dikeluarka berkaitan dengan penentuan kuantiti barangan. Kuantiti yang hendak 

dikeluarkan dapat ditentukan oleh permintaan masyarakat. Kekurangan adalah

masalah terlalu sedikit barangan dikeluarkan. Lebihan adalah masalah terlalu

banyak barang dikeluarkan.

Untuk masalah asas ekonomi bagaimana hendak dikeluarkan berkaitan

dengan cara pengeluaran barangan. Ada 2 cara pengeluaran bergantung kepada

kecekapan, iaitu intensif modal dan intensif buruh. Cara yang paling cekap dan

menjimatkan kos akan dipilih. Teknik pengeluaran berintensif buruh selalunya

digunakan di negara sedang membangun. Ini disebabkan wujud lebihan buruh di

samping menjimatkan kos dan mengurangkan pengangguran.

 

Untuk siapa dikeluarkan berkaitan dengan masalah penentuan corak agihan

barangan. Corak agihan barangan boleh berasaskan kepada agihan pendapatan

wang. Jika wujud ramai masyarakat kaya maka banyaklah barangan mewah yang

dikeluarkan dan sebaliknya. Mereka yang berpendapatan tinggi akan memperoleh

lebih banyak barang atau perkhidmatan dan sebaliknya. Sistem pengagihan yang

baik seharusnya mengikut pendapatan yang paling optimum agar setiap orangdapat menikmati barangan yang dikeluarkan.

JAWAPAN UNTUK LATIHAN 4

Bahagian A : Soalan Objektif 

1. A

4

Page 5: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 5/16

 

2. A

3. D

4. D

Bahagian B : Esei ringkas

1 (a) Pemilikan sumber 

Dalam sistem ekonomi kapitalis, sumber adalah milikan swasta atau individu.

Individu bebas memiliki faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, modal, usahawan, dan

 buruh. Kerajaan tidak campur tangan langsung dalam sistem ekonomi kapitalis.

(b) Pembuat keputusan

Dalam sistem ekonomi kapitalis, keputusan ditetapkan oleh pengguna &

 pengeluar. Pengguna mempunyai kuasa keagungan pengguna. Pengeluar bebas bersaing

selagi untung masih wujud.

(c) Pilihan

Dalam sistem ekonomi kapitalis, individu bebas memilih barang atau jenis

 pekerjaan. Selain itu, penggunaan faktor ditetapkan oleh individu sendiri demi mencapai

keuntungan maksimum.

(d) Penentu harga

Dalam sistem ekonomi kapitalis, harga barangan ditentukan melalui mekanisme

harga. Mekanisme harga menetapkan kuantiti barangan pada suatu titik keseimbangan

antara permintaan dan penawaran.

(e) Persaingan

Dalam sistem ekonomi kapitalis, persaingan bebas antara pengeluar. Hal ini akan

meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran. Output yang dihasilkan adalah lebih

5

Page 6: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 6/16

 

 bermutu. Namun, persaingan yang terlalu hebat boleh mewujudkan kuasa monopoli

dalam pasaran.

(f) Motif 

Dalam sistem ekonomi kapitalis, motif bagi individu adalah untuk mencapai

keuntungan maksimum. Jadi, kebajikan masyarakat tidak dititikberatkan oleh

 pengeluar 

Bahagian C: Esei Panjang

Dalam sistem ekonomi kapitalis, masalah asas ekonomi iaitu apa yang hendak 

dikeluarkan ditentukan oleh pasaran. Pasaran akan mengikut tingkah laku pengguna &

 pengeluar. Pengguna bebas memilih barang yang diingini. Pengeluar mengeluarkan

  barang yang mempunyai permintaan tinggi bagi memaksimumkan keuntungan.

Untuk masalah asas ekonomi iaitu berapa yang hendak dikeluarkan ditentukan

melalui mekanisme pasaran. Mekanisme pasaran akan melibatkan kuasa antara

 permintaan dan pernawaran. Tiada campur tangan daripada kerajaan dalam mengatasi

masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis.

Untuk masalah asas ekonomi yakni bagaimana hendak dikeluarkan ditetapkan oleh

 pasaran. Harga dan kuantiti faktor-faktor pengeluaran ditetapkan oleh paaran. Cara

 pengeluaran yang akan memaksimumkan keuntungan dipilih. Teknik pengeluaran yang

 paling cekap digunakan sama ada teknik intensif modal atau teknik intensif buruh.

Untuk siapa dikeluarkan ditentukan oleh corak agihan pendapatan. Golongan

  berpendapat tinggi mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dan memperoleh lebih

 banyak barangan daripada golongan miskin. Agihan kekayaan tidak setara dalam sistem

ekonomi kapitalis.

JAWAPAN UNTUK LATIHAN 5

Bahagian A : Soalan Objektif 

6

Page 7: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 7/16

 

1. B

2. A

3. A

4. D

Bahagian B : Esei ringkas

1 (a) Pemilikan sumber 

Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, semua sumber adalah milikan  mutlak 

kerajaan. Individu tidak bebas untuk memiliki sumber seperti tanah dan modal.

(b) Pembuat keputusan

Dalam sistem ekonomi perancangan sosialis, kerajaan atau perancang pusat

menentukan segala keputusan ekonomi. Dalam hal ini, individu tidak mempunyai hak 

untuk menentukan keputusan.

(c) Pilihan

Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, penggunaan faktor-faktor pengeluaran

ditetapkan oleh kerajaan atau perancang pusat. Oleh itu, kepuasan individu secara

maksimum tidak dapat dicapai kerana tidak bebas membuat pilihan.

(d) Penentu harga

Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, harga & kuantiti barang ditentukan

oleh kerajaan.

(e) Persaingan

Dalam sistem ekonomi komunis, tiada persaingan antara pengeluar kerana hanya

kerajaan (pengeluar tunggal) mengeluarkan output ekonomi.

(f) Motif 

Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, motifnya ialah memaksimumkan

kebajikan masyarakat & meningkatkan taraf hidup rakyat. Untung bukan dorongan utama

7

Page 8: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 8/16

 

 bagi individu atau pengeluar. Tingkat daya usaha adalah rendah kerana pekerjaan bukan

dipilih sesuka hati oleh individu.

Bahagian C: Esei Panjang

Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, masalah asas ekonomi iaitu apa yang

hendak dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan. Hal ini memyebabkan pilihan pengguna

menjadi terhad. Contohnya, kerajaan mengambil keputusan untuk mengeluarkan lebih

 banyak alat peperangan dan mengurangkan pengeluaran barang keperluan lain. Hali ini

menyebabkan pilihan pengguna menjadi terhad akibat pengeluaran tertumpu kepada alat

 peperangan.

Untuk masalah asas ekonomi iaitu berapa yang hendak dikeluarkan ditentukan

melalui kuasa mutlak kerajaan. Keputusan dibuat oleh unit perancangan pusat. Bancian

dibuat untuk menjamin kuantiti barangan yang dikeluarkan tidak wujud lebihan atau

kurangan.

Untuk masalah asas ekonomi yakni bagaimana hendak dikeluarkan ditetapkan oleh

kerajaan. Cara yang akan menguntungkan rakyat pada keseluruhan akan dipilih. Contoh:Jika kebanyakan rakyat negara B menganngur, maka cara intensif buruh akan dipilih

untuk mengurangkan masalah pengangguran.

Untuk siapa dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan. Kerajaan akan mengagihkan

  barangan secara adil dan saksama untuk setiap individu. Kebajikan masyarakat

diutamakan.

JAWAPAN LATIHAN 6

Jawapan soalan 1

8

Page 9: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 9/16

 

Sistem ekonomi perancangan pusat atau sistem ekonomi sosialis ialah suatu

sistem ekonomi yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Anggota masyarakat tidak 

mempunyai kebebasan untuk menentukan corak kegiatan ekonomi yang dikehendaki.

Masalah-masalah asas ekonomi seperti apa yang hendak dikeluarkan, bagaimana barang-

 barang harus dikeluarkan dann untuk siapa barangan tersebut dikeluarkan ditetapkan dan

diselesaikan oleh kerajaan pusat melalui badan perancangan ekonomi.

Sistem ekonomi perancangan pusat mempunyai ciri-ciri berikut:

Kerajaan mengawasi segala kegiatan ekonomi.

Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, kerajaan mengawasi semua

kegiatan ekonomi melalui suatu badan perancangan ekonomi. Segala

keputusan berhubung dengan peruntukan faktor pengeluaran dan pengagihan

 barangan dibuat oleh kerajaan.

Faktor-faktor pengeluaran dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

Dalam sistem ini, semua faktor pengeluaran dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

Individu atau orang perseorangan tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki

faktor-faktor pengeluaran seperti tanah dan modal. Individu juga tidak 

mempunyai kebebasan memilih barang yang dikehendaki. Malahan individu

diarahkan oleh kerajaan untuk bekerja dalam industri atau kilang tertentu. Ini

 bermakna dalam sistem ekonomi perancangan pusat, kerajaan memiliki semua

ladang dan kilang serta faktor pengeluaran lain yang diperlukan dalam proses

 pengeluaran.

Tidak ada matlamat memaksimumkan keuntungan.

Pengeluaran barang dalam sistem ekonomi perancangan pusat tidak bertujuan

untuk menikmati keuntungan maksimum. Oleh kerana kerajaan memiliki faktor-

faktor pengeluaran, maka sumber-sumber itu dapat diperuntukkan untuk 

mencapai matlamat kebajikan masyarakat dan keselamatan sosial penduduk.

Jawapan soalan 2

9

Page 10: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 10/16

 

Masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh sistem ekonomi perancangan pusat boleh

dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

a. Apa dan berapa banyakkah barang yang hendak dikeluarkan?

 b. Bagaimana barang tersebut dikeluarkan?

c. Untuk siapa barang tersebut hendak dikeluarkan?

Apa dan berapa banyakkah barang yang hendak dikeluarkan?

Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, semua keputusan ekonomi ditentukan oleh

kerajaan pusat. Individu tidak mempunyai kebebasan untuk memilih barang yang sesuai

dengan keinginan sendiri dan kuasa belinya tertekan. Dalam keadaan ini, masalah apa

yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan melalui badan perancangan ekonomi.

Biasanya kerajaan mengeluarkan barang-barang yang boleh meningkatkan kebajikan

masyarakat dan bukan barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada keperluan

semasa masyarakat.

Bagaimana barang hendak dikeluarkan?

Oleh kerana semua faktor pengeluaran dimiliki dan dikawal sepenuhny oleh kerajaan

  pusat, anggota masyarakat tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki faktor-faktor 

 pengeluaran yang penting dan tidak mempunyai kebebasan memilih jenis pekerjaan yang

sesuai dengan keinginan masing-masing. Dalam keadaan ini, bagaimana sesuatu barang

hendak dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan. Biasanya suatu lembaga perancangan

ekonomi ditubuhkan oleh kerajaan dan diberi tugas merancang dan memperuntukkan

faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang-barang yang boleh meningktkan

kebajikan masyarakat secara keseluruhan.

Untuk siapa barang dikeluarkan?

Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, kerajaan menentukan agihan barang-barang

kepada masyarakat. Sistem ini menerima hakikat bahawa setiap manusia perlu dibri

keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat perlindungan. Maka barang-barang

keperluan asas perlu diagihkan kepada setiap angota masyarakat. Kadang-kala untuk 

memastikan agihan tersebut sama rata, kerajaan pusat terpaksa melakukan catuan.

JAWAPAN LATIHAN 7

10

Page 11: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 11/16

 

Jawapan soalan 1

Sistem ekonomi campuran merupakan suatu sistem ekonomi yang dikawal oleh

kerajaan dan pihak swasta. Kedua-dua pihak ini membuat keputusan tentang masalah

asas ekonomi. Sistem ini merupakan gabungan sistem ekonomi kapitalis dan sistem

ekonomi perancangan pusat. Dalam sistem ini, biasanya kerajaan campur tangan dalam

kegiatan ekonomi yang penting sahaja. Masyarakat diberi kebebasan untuk menentukan

kegiatan ekonomi lain yang ingin dijalankan dan kegiatan ekonomi dikawal oleh

mekanisme harga.

Jawapan soalan 2

Tujuan campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi campuran adalah untuk 

menyediakan barang awam. Barang awam tidak disediakan oleh pihak swasta kerana

tidak menguntungkan.

Tujuan lain kerajaan campuran tangan dalam sistem ekonomi campuran adalah

untuk merapatkan jurang pendapatan. Melalui pelaksanaan undang-undang dan

mengenakan cukai, serta subsidi supaya orang kaya tidak bertambah kaya dan golonganmiskin semakin miskin.

Tujuan yang seterusnya adalah untuk menstabilkan ekonomi. Kerajaan

menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan untuk menstabilkan keadaan ekonomi. Hal

ini dapat mengawal ekonomi semasa melambung dan meleset.

Tujuan campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi campuran adalah untuk 

menghapuskan kesan luaran negatif. Melalui pelaksanaan undang-undang supaya sektor 

swasta tidak mengabaikan tanggungjawab sosial mereka.

JAWAPAN LATIHAN 8

11

Page 12: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 12/16

 

Jawapan soalan 1

Di antara ciri-ciri penting sistem ekonomi Islam ialah:

I. Kebebasan manusia menjalankan kegiatan ekonomi.

  Islam membenarkan individu menjalankan kegiatan ekonomi. Mengikut Islam,

apabila Allah s.w.t menjadikan manusia, Allah s.w.t telah menganugerahkan segala

unsur yang mulia dan sempurna sama ada dari segi rohani mahupun jasmani kepada

manusia. Manusia juga dikurniakan segala bakat semula jadi dan boleh menggunakan

 bakat ini untuk mencari rezeki, kekayaan dan mengambil bahagian dalam kegiatan

ekonomi lain. Untuk membolehkan manusia menonjolkan bakatnya, Allah s.w.t

menjadikan kebebasan individu menjalankan kegiatan ekonomi sebagai syarat wajib.

Individu bebas mengumpulkan harta kekayaan melalui aktiviti-aktivit ekonomi yang

sesuai dengan bakat yang telah dikurnaikan. Individu juga bebas menggunakan harta

kekayaan yang berjaya dikumpulkannya.

II. Sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam

Perjalanan sistem ekonomi Islam selaras dengan akidah (kepercayaan), syariat

(hukum agama) dan akhlak Islam. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh manusia

  bukanlah semata-mata untuk mendapat keuntungan kebendaan sahaja, tetapikeuntungan tersebut harus menjadi alat untuk memakmurkan bumi, mempersiapkan

diri untuk kehidupan insani dan melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah

Allah. Seandainya kegiatan ekonomi berlandaskan akidah, syariat dan akhlak Islam,

maka akan wujudlah keadilan dalam masyarakat. Manusai bekerjasama untuk 

memelihara dan menegakkan kebajikan serta kesejahteraan masyarakat secara

keseluruhan.

III. Wujudnya persaingan yang sihat dalam kalangan individu

Sistem ekonomi Islam menggalakkan persaingan. Namun demikian, persaingan

mestilah dalam suasana yang adil dan saksama. Ini bermakna pihak yang terlibat

dalam persaingan mestilah dilengkapkan dengan kemudahan dan peluang yang sama.

Dalam hal ini Islam mengharamkan pengenaan faedah ke atas pinjaman wang,

12

Page 13: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 13/16

 

  pelaksanaan wasiat yang berat sebelah dan sebagainya. Amalan-amalan ini tidak 

melahirkan unsur persaingan yang adil.

IV. Kegiatan ekonomi tertakluk kepada tuntutan akhlak dan adab

Ini bermakna Islam hanya menghalalkan segala kegiatan ekonomi yang baik dan

menentang kegiatan ekonomi yang curang. Islam mengharamkan perbuatan rasuah,

menyorok barang, tipu timbangan dan spekulasi terhadap barang. Kegiatan-kegiatan

ekonomi mestilah tertakluk kepada tuntutan akhlak dan adab.

JAWAPAN LATIHAN 9

Jawapan soalan 1

A. Pemilikan sumber

Dalam sistem ekonomi kapitalis, sumber adalah bebas dimiliki oleh pihak swasta

dan individu. Manakala, dalam sistem ekonomi perancangan pusat, sumber adalah

milik mutlak kerajaan.

B. Pembuat keputusan

Segala keputusan ekonomi, iaitu apa, berapa, bagaimana dan untuk siapaditentukan oleh pengguna dan pengeluar dalam sistem ekonomi kapitalis.

Manakala, kerajaan atau perancangan pusat membuat segala keputusan

ekonomi dalam sistem ekonomi perancangan pusat.

C. Pilihan

Dalam sistem ekonomi kapitalis, wujud kebebasan terhadap pilihan barangan

dan jenis pekerjaan. Manakala, dalam sistem ekonomi perancangan pusat tidak 

wujud kebebasan dalam pilihan barangan atau pekerjaan. Kerajaan menentukan

secara mutlak melalui badan perancangan pusat.

D. Penentu harga

13

Page 14: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 14/16

 

Harga barang dalam sistem ekonomi kapitalis ditentukan oleh mekanisme harga,

iaitu interaksi antara permintaan dan penawaran pasaran. Manakala, dalam sistem

ekonomi perancangan pusat, harga ditentukan oleh kuasa mutlak kerajaan.

E. Persaingan pasaran

Dalam sistem ekonomi kapitalis, wujud persaingan bebas antara pengeluar 

untuk mengeluarkan barangan. Manakala, dalam sistem ekonomi perancangan

  pusat tidak wujud persaingan langsung kerana hanya terdapat seorang

 pengeluar tunggal dalam pasaran, iaitu kerajaan.

F. Motif  

Objektif utama pengeluaran barangan dalam sistem ekonomi kapitalis adalah

untuk mencapai keuntungan maksimum. Manakala, dalam sistem ekonomi

  perancangan pusat tujuannya adalah untuk memaksimumkan kebajikan

masyarakat.

JAWAPAN LATIHAN 10

Lengkapkan jadual yang menunjukkan persamaan penyelesaian masalah ekonomiantara sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi campuran yang berikut :

Masalah asas ekonomi Penerangan

apa yang hendak  

dikeluarkan

- Ditentukan oleh pengguna dan pengeluar untuk 

 barangan swasta.

- Pengguna bebas memilih, pengeluar bebas

 bersaing.

Bagaimana hendak  dikeluarkan

- ditetapkan oleh kuasa pasaran faktor untuk  barang swasta.

- Kaeadah intensif modal atau intensif buruh

untuk tujuan keuntungan maksimum.

berapa yang hendak 

dikeluarkan

- ditentukan oleh mekanisme harga untuk barang

swasta.

14

Page 15: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 15/16

 

- Kuantiti yang hendak dikeluarkan ialah kuantiti

keseimbangan pasaran.

untuk siapa dikeluarkan - ditentukan oleh corak agaihan pendapatan

untuk barangan swasta.

- Golongan kaya dapat banyak barangan.

- Kemampuan membayar diutamakan.

JAWAPAN LATIHAN 11

Isikan tempat kosong yang berikut:

1. Jenis barang awam yang hendak dikeluarkan dalam sistem ekonomi

campuran adalah ditentukan oleh kerajaan dan mekanisme harga.

2. Mekanisme pasaran ialah kuasa interaksi antara permintaan dengan

penawaran pasaran.

3. Pengguna dan pengeluar akan menentukan jenis barangan yang hendak 

dikeluarkan dalam sistem ekonomi kapitalis.

4. Dalam sistem ekonomi kapitalis, teknik yang cekap ialah teknik yang dapat

memaksimumkan kebajikan.

 

JAWAPAN LATIHAN 12

15

Page 16: JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4

5/11/2018 JAWAPAN Bab 1- Tingkatan 4 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/jawapan-bab-1-tingkatan-4 16/16

 

1. Lengkapkan jadual yang menunjukkan persamaan penyelesaian masalah

ekonomi antara sistem ekonomi perancangan pusat dan sistem ekonomi

campuran yang berikut :

Masalah asas ekonomi Penerangan

APA hendak yang

dikeluarkan

- Ditentukan oleh kerajaan untuk mengeluarkan

 barangan awam.

- Pengguna tidak berkuasa dalam hal ini.

BAGAIMANA yang

hendak dikeluarkan

- ditetapkan oleh kerajaan untuk barang awam.

- Kaeadah intensif   modal atau intensif buruh

untuk tujuan kebajikan masyarakat.

BERAPA yang hendak 

dikeluarkan

- ditentukan oleh kerajaan melalui bancian

untuk barangan awam.

- Seboleh-bolehnya kerajaan cuba mengeluarkan

 jumlah yang mencukupi.

UNTUK SIAPA

dikeluarkan

- Dikeluarkan untuk semua individu tanpa

mengambil kira golongan tersebut membayar

atau tidak.

- Golongan miskin dan kaya boleh menikmati

 barang awam secara bersama.

2. Isikan tempat kosong yang berikut.

a. Sistem ekonomi campuran barangan swasta ditetapkan kuantitinya melalui

mek anisme har ga.

 b. Sistem ekonomi campuran, barang swasta diagihkan berasaskan corak agihan

 penda patan

c. Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, kerajaan akan memilih teknik yang

cekap untuk tujuan k ebajik an masyrakat

16