jabatan peguam negara (agc) malaysia … · surat jaminan penyebut harga 4* 16 ... -supply all...
TRANSCRIPT
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
MALAYSIA
DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA
PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
PN/SH/01/2018
Disediakan oleh:
Jabatan Peguam Negara (AGC) Malaysia
No. 45, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
PN/SH/01/2018
2
JADUAL KANDUNGAN
PERKARA NO.
DOKUMEN MUKASURAT
NOTIS SEBUT HARGA 1 3
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA 2 4
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA 3 7
SURAT JAMINAN PENYEBUT HARGA 4* 16
JADUAL HARGA 5* 18
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA 6* 20
JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL 7 22
JADUAL CADANGAN SPESIFIKASI SEBUT HARGA YANG
DIBEKALKAN 8** 24
JADUAL PENGHANTARAN 9** 26
KAEDAH PELAKSANAAN INTEGRITY PACT 10* 28
PERWAKILAN KUASA 11* 31
PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH 12 33
SENARAI SEMAK 13*** 34
* Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL PERTAMA”.
Rujuk DOKUMEN 3, ‘SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA” para 3.2 (i)
** Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL KEDUA”.
Rujuk DOKUMEN 3, ‘SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA” para 3.2 (ii)
*** Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL PERTAMA” &
“SAMPUL KEDUA”
PN/SH/01/2018
3
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
NOTIS SEBUT HARGA DOKUMEN 1
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
1. Sebut Harga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan
Kementerian Kewangan yang pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh
enam (6) bulan dari tarikh Sebut Harga ini ditutup di bawah kod bidang 210101.
210101 (Hardware (low end technology) -Supply all types of computer hardware including PC, notebook, printer, document scanner, peripherals and maintenance)
2. Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar dan dimasukkan ke
peti Sebut Harga Unit Perolehan, Seksyen Kewangan dan Perolehan, Bahagian
Pengurusan, Jabatan Peguam Negara, Aras 1, No. 45 Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.
3. Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak terikat untuk menerima mana-mana Sebut Harga.
4. Tawaran ini ditutup pada 13 Mac 2018 jam 12.00 tengah hari
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
Tarikh : 6 Mac 2018
PN/SH/01/2018
4
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA DOKUMEN 2
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
1. Penyebut Harga diwajibkan menawarkan keseluruhan item yang dinyatakan, tawaran
sebahagian (partial) adalah tidak diterima.
2. Jika dokumen Sebut Harga tidak dihantar sendiri, Penyebut Harga hendaklah mengatur
dan memastikan supaya dokumen Sebut Harganya dan lain-lain dokumen jika dikirim
melalui pos sampai pada tarikh, waktu dan tempat yang ditetapkan.
3. Walau apapun alasan yang diberikan, sebarang dokumen Sebut Harga yang diterima
selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
4. Jabatan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang ditanggung
oleh mana-mana Penyebut Harga dalam menyediakan dan penyerahan tawaran Sebut
Harga ini tanpa mengambil kira samada hasil proses Sebut Harga ini berjaya atau
sebaliknya.
5. Penyebut Harga tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan
penyediaan Sebut Harga ini ke dalam harga Sebut Harga yang ditawarkan.
6. Tiap-tiap Penyebut Harga adalah bertanggungjawab meneliti setiap dokumen Sebut
Harga yang dibekalkan dan hendaklah memastikan bahawa dokumen itu adalah sama
seperti Jadual Kandungan Dokumen Sebut Harga. Jika terdapat kesilapan di dalam
dokumen Sebut Harga yang dibekalkan kepada Penyebut Harga, adalah menjadi
kewajipan dan tanggungjawab Penyebut Harga memohon kepada pegawai yang
mengeluarkan dokumen Sebut Harga untuk membetulkan kesilapan tersebut sebelum
tarikh tamat penyerahan Sebut Harga seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
7. Sebut Harga hendaklah sah laku selama 90 hari daripada tarikh penyerahan Sebut Harga
seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga dan Penyebut Harga tidak boleh
menarik balik Sebut Harga nya dalam tempoh tersebut.
8. Penyebut Harga mestilah membuat tawaran terhadap semua toner yang terdapat di
dalam Sebut Harga .
9. Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah
atau mana-mana Sebut Harga.
PN/SH/01/2018
5
10. Penyebut Harga yang berjaya (jika ada) akan diberitahu melalui surat. Penyebut Harga
mestilah menandatangani surat setuju terima dan surat akuan pembida berjaya.
11. Jabatan Peguam Negara (AGC) adalah berhak untuk meminda atau membatalkan mana-
mana syarat yang terkandung dalam pelawaan Sebut Harga ini pada bila-bila masa
selepas pelawaan Sebut Harga ini dikeluarkan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
12. Keengganan mematuhi syarat-syarat di atas akan menyebabkan Sebut Harga ditolak.
13. Pertanyaan berkaitan dengan butiran Sebut Harga ini bolehlah dimajukan kepada :
(a) Hal berkaitan Perolehan
Nama : Puan Norshahida binti Md Kassim No. Tel : 03-8885 2636 E-mel : [email protected]
(b) Hal berkaitan Spesifikasi Teknikal
Nama : Puan Shazana binti Hamzah No.tel : 038872 2708 E-mail : [email protected]
14. Menandakan dan mengirimkan Sebut Harga.
14.1 Tiap-tiap Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang
berlakri (sealed) dan ditanda pada bahagian atas sampul surat itu dengan
SEBUT HARGA : PN/SH/01/2018
PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN PEGUAM
NEGARA (AGC)
14.2 Semua Sebut Harga hendaklah dialamatkan kepada :-
Seksyen Kewangan dan Perolehan,
Bahagian Pengurusan,
Jabatan Peguam Negara,
Aras 4, No. 45 Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.
14.3 Semua Sebut Harga hendaklah sampai ke Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak
lewat daripada tarikh dan waktu yang ditetapkan.
14.4 Semua Sebut Harga hendaklah juga dilengkapkan dan dihantar melalui Sistem
ePerolehan.
PN/SH/01/2018
6
15. Sebut Harga yang dibuat dengan tidak mengikut arahan-arahan di atas tidak akan
dipertimbangkan.
16. Jaminan atas Sebut Harga
16.1 Sekiranya Penyebut Harga menarik balik persetujuan setelah surat setuju terima
ditandatangani tindakan yang boleh diambil adalah seperti berikut:
(a) Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;
(b) Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua;
(c) Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.
16.2 Syarikat-syarikat yang digantung pendaftarannya tidak akan dibenarkan
mengambil bahagian di dalam mana-mana perolehan yang dipelawa oleh semua
Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di seluruh Malaysia.
16.3 Bagi semua penggantungan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah
termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenarai hitamkan.
17. Peringatan mengenai kesalahan rasuah di dalam dokumen perolehan kerajaan.
17.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada atau daripada
mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah
di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
17.2 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan
perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada perkakasan dibekal mengikut
spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana
anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah
melakukan kesalahan dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009 (Akta 694).
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
Tarikh : 6 Mac 2018
PN/SH/01/2018
7
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA DOKUMEN 3
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
1. AM
1.1 Sebut Harga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia (salinan sijil perlu dikembarkan) di dalam Kod
Bidang 210101 serta pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa sekurang-
kurangnya enam (6) bulan dari tarikh Sebut Harga ini ditutup untuk Perolehan
Toner Untuk Pencetak Bagi Jabatan Peguam Negara (AGC).
1.2 Penyebut Harga juga mestilah telah berdaftar dengan ePerolehan.
1.3 Penyebut Harga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan
memiliki pengalaman yang memuaskan di dalam bidang yang berkaitan.
1.4 Sebut Harga yang tidak dibuat dengan menggunakan format yang disediakan
tidak akan dipertimbangkan.
1.5 Kesemua dokumen Sebut Harga yang disertakan hendaklah ditaip dengan jelas.
Dokumen yang tidak terang atau menggunakan tulisan tangan atau tidak boleh
dibaca atau yang dibuat sebarang pindaan akan ditolak.
1.6 Keengganan Penyebut Harga mematuhi syarat-syarat Sebut Harga boleh
menyebabkan Sebut Harganya ditolak.
2. Tarikh Tutup
2.1 Sebut Harga ini ditutup pada 13 Mac 2018 jam 12.00 tengah hari.
3. Penyerahan Sebut Harga
3.1 Tawaran hendaklah diberikan kepada semua butiran yang dinyatakan di Jadual
Penentuan Teknikal (Dokumen 7)
3.2 Sebut Harga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri
(sealed) iaitu:
i) Sampul surat pertama MESTILAH mengandungi :
PN/SH/01/2018
8
(a) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan;
(b) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (jika ada);
(c) Salinan Borang 9, Borang 24 dan Borang 49 SSM;
(d) Salinan Surat Pendaftaran Goods and Services Tax (GST) (untuk
yang berdaftar);
(e) Surat Jaminan Penyebut Harga (Dokumen 4)
(f) Jadual Harga (Dokumen 5) ;
(g) Keterangan Mengenai Penyebut Harga (Dokumen 6);
(h) Penyata Kewangan Bagi Dua (2) Tahun Terakhir Yang Telah Diaudit;
(i) Surat Akuan Pembida (Dokumen 10 - Lampiran A1);
(j) Lampiran Q;
ii) Sampul surat kedua MESTILAH mengandungi :
(a) Jadual Cadangan Spesifikasi Teknikal Yang Dibekalkan (Dokumen 8);
(b) Jadual Penghantaran (Dokumen 9);
(c) Surat Pengesahan / Sokongan Daripada Principal / Distributor yang
mengesahkan ketulenan toner dan kebolehan membekal kesemua item
yang ditawarkan; dan
Kedua-dua sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang
dialamatkan seperti yang dinyatakan di dalam Arahan Kepada Penyebut Harga.
Penyebut Harga tidak dibenarkan menulis nama syarikat atau cop syarikat
di dalam mana-mana dokumen di dalam sampul kedua. Kedua-dua sampul ini
hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang dialamatkan kepada
alamat seperti yang dinyatakan di dalam Arahan kepada Penyebut Harga.
Semua dokumen di Sampul Surat Pertama dan Sampul Surat Kedua mestilah
dimuat naik ke dalam Sistem ePerolehan. Kegagalan memuatnaik kesemua
dokumen tersebut akan menyebabkan Sebut Harga ditolak dan tidak akan
dipertimbangkan.
3.3 Sebut Harga hendaklah dimasukkan sendiri ke Peti Sebut Harga di :
Jabatan Peguam Negara,
Aras 1, No. 45 Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Jabatan tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau secara tidak
langsung jika berlaku kelewatan kehilangan atau lain-lain semasa Sebut Harga
dihantar. Sebut Harga yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan
dipertimbangkan.
PN/SH/01/2018
9
4. Harga
4.1 Semua harga Sebut Harga mestilah dalam RINGGIT MALAYSIA.
4.2 Harga yang disebutkan dalam Sebut Harga hendaklah sah laku dalam tempoh
tidak kurang daripada 90 hari dari tarikh tutup Sebut Harga.
4.3 Harga yang ditawarkan oleh Penyebut Harga hendaklah harga bersih, yang
dikemukakan tanpa kenaan GST.
4.4 Setiap Penyebut Harga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran (sama
ada telah berdaftar ataupun tidak) dan mengemukakan nombor pendaftaran GST
(bagi yang berdaftar) kepada AGC melalui Dokumen 6.
4.5 Bagi Penyebut Harga yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta
GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan
perolehan ini, maka syarikat hendaklah memaklumkan dengan segera kepada
Jabatan berkenaan perubahan tersebut di bawah Akta GST. Syarikat hendaklah
membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST. Pelarasan harga
kenaan GST akan dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal.
4.6 Syarikat yang Berjaya dan berdaftar GST dengan Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (JKDM), akan menerima Surat Setuju Terima perolehan daripada
Jabatan dengan harga tawaran termasuk kenaan GST.
4.7 Setiap Penyebut Harga adalah diperlukan mengisi semua ruang dalam Jadual
Harga mengikut format yang telah disediakan di Dokumen 5. Penyebut Harga
yang meminda format Jadual Harga, Sebut Harga akan ditolak. 4.9 Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi projek ini dalam jangka masa sah laku
Sebut Harga tidak akan dilayan.
5. Tempoh Sah Tawaran
Tawaran Penyebut Harga mestilah sah untuk tempoh tidak kurang daripada 90 hari dari
tarikh Sebut Harga ditutup.
6. Spesifikasi Sebut Harga
6.1 Penentuan perkakasan dan perkhidmatan yang perlu dibekalkan ialah seperti di
Jadual Penentuan Teknikal (Dokumen 7) yang dikembarkan.
6.2 Penyebut Harga hanya boleh mencadangkan SATU (1) pilihan sahaja spesifikasi
teknikal yang tidak kurang daripada spesifikasi minima seperti di Jadual
Penentuan Teknikal kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). Penyebut Harga
yang mencadangkan lebih dari satu pilihan spesifikasi teknikal akan
DITOLAK.
PN/SH/01/2018
10
6.3 Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran
tambahan harga akibat perbezaan antara tafsiran Penyebut Harga dengan
tafsiran Jabatan ini mengenai penentuan tersebut.
7. Pindaan Dokumen Sebut Harga
7.1 Pihak Kerajaan berhak pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup penghantaran
Sebut Harga meminda dokumen Sebut Harga dengan menyediakan Addendum
di atas apa-apa sebab sama ada atas inisiatif sendiri atau atas permintaan
penjelasan daripada Penyebut Harga.
7.2 Setiap Addendum yang dikeluarkan akan diedarkan kepada Penyebut Harga dan
akan menjadi sebahagian daripada Dokumen Sebut Harga. Penerimaan setiap
Addendum hendaklah diperakui oleh Penyebut Harga pada borang yang
dikeluarkan bersama Addendum.
7.3 Addendum mungkin dikeluarkan melalui faksimili sebelum dikeluarkan secara pos
kepada/di nombor/alamat yang diberikan oleh Penyebut Harga dalam borang
yang diisi oleh wakilnya pada masa perolehan dokumen Sebut Harga. Kerajaan
tidak akan bertanggungan bagi apa-apa kegagalan oleh Penyebut Harga untuk
menerima apa-apa Addendum jika ia telah difakskan atau dihantar ke
nombor/alamat tersebut, atau jika nombor/alamat tersebut yang diberikan oleh
Penyebut Harga adalah tidak betul.
8. Pembayaran
8.1 Pembayaran bagi pembekalan perkakasan ini akan dibuat dalam RINGGIT
MALAYSIA.
8.2 Pembayaran sepenuhnya akan dibuat setelah kesemua toner diterima serta
pengesahan telah sempurna dilaksanakan dan diakuterima oleh Kerajaan.
9. Perakuan Penerimaan Toner
9.1 Perakuan penerimaan toner hanya akan dibuat setelah toner yang dibekalkan
diperiksa oleh pegawai Jabatan Peguam Negara (AGC) yang diberi kuasa.
9.2 Pegawai tersebut berhak membuat penolakan terhadap bekalan toner yang rosak,
rendah kualiti atau yang tidak mengikut Jadual Cadangan Spesifikasi Sebut Harga
Yang Dibekalkan. Penyebut Harga yang tidak mengikut Jadual Cadangan
Spesifikasi Sebut Harga Yang Dibekalkan hendaklah menggantikan toner yang
ditolak tersebut. Kos perbelanjaan yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh
Penyebut Harga .
PN/SH/01/2018
11
9.3 Pihak Jabatan berhak untuk memanggil wakil daripada prinsipal untuk
menyemak kesahihan ketulenan toner yang dibekalkan. Jika didapati tidak
tulen, pihak penyebut harga hendaklah menggantikan toner berkenaan.
10. Tempoh Penghantaran.
10.1 Penyebut Harga yang berjaya mestilah menyempurnakan pembekalan dan
penghantaran di dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tandatangan setuju terima
oleh pihak Penyebut Harga. Penyebut Harga dikehendaki melengkapkan Jadual
Penghantaran seperti di dalam Dokumen 9.
10.2 Penyebut Harga yang berjaya perlu menyediakan dan menanggung risiko toner
tersebut, buruh, pengangkutan dan segala yang perlu bagi menghantar toner
tersebut ke tempat yang dinyatakan dalam pesanan rasmi.
11. Prestasi Toner
11.1 Penyebut Harga mestilah menjamin bahawa semua toner yang dicadangkan
adalah baru dan tulen, melalui surat pengesahan daripada Principal / Distributor
toner berkenaan.
12. Penerima Sebut Harga
12.1 Jabatan akan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga yang berjaya
apabila Sebut Harganya dipersetujui.
12.2 Notis itu bolehlah mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai tambahan kepada
syarat-syarat yang dilampirkan bersama ini dan sekiranya demikian Sebut Harga
itu tidaklah boleh disifatkan sebagai dipersetujui sehingga pengesahan bertulis
daripada Penyebut Harga menyatakan bahawa syarat-syarat tambahan atau yang
diubahsuai itu adalah diterima.
12.3 Apabila dipersetujui, maka suatu kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah
dibuat diantara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Jabatan Peguam Negara
(AGC) dengan Penyebut Harga.
12.4 Jabatan Peguam Negara (AGC) adalah berhak mempersetujui Sebut Harga
samada kesemuanya atau sebahagiannya dan memberikan sebahagiannya
kepada pembekal syarikat lain.
12.5 Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak terikat mempersetujui Sebut Harga yang
rendah sekali atau mana-mana Sebut Harga jua pun. Jabatan Peguam Negara
(AGC) tidak berkewajipan memberi apa-apa alasan diatas penolakan sebarang
Sebut Harga dan keputusan Jabatan Peguam Negara mengenainya adalah
muktamad.
PN/SH/01/2018
12
13. Kontrak
13.1 Surat Setuju Terima Sebut Harga yang dihantar oleh Jabatan Peguam Negara
(AGC) kepada Penyebut Harga yang berjaya dan surat perakuan Penyebut Harga
ke atas Surat Setuju Terima Sebut Harga itu akan dianggap sebagai kontrak yang
mengikut di antara Kerajaan dan Penyebut Harga tanpa mengambilkira samada
perjanjian kontrak sebenar akan disempurnakan atau tidak.
14. Penilaian Sebut Harga
14.1 Penyebut Harga dikehendaki mengisi Jadual Cadangan Spesifikasi Sebut Harga
Yang Dibekalkan. Penyebut Harga dibenarkan untuk menaip semula dokumen
berkenaan dengan syarat mengekalkan format asal. Kesemua dokumen
mestilah bertaip dan tidak mengandungi sebarang pembetulan. Dokumen
tulisan tangan tidak akan diterima dan ditolak. Penggunaan jawaban seperti
‘YES’, ‘COMPLY’ dan yang seumpamanya juga tidak akan diterima dan
ditolak.
14.2 Nama syarikat tidak boleh dinyatakan dimana-mana sahaja dalam sebarang
dokumen di dalam sampul kedua. Kegagalan Penyebut Harga mengikut arahan
ini akan mengakibatkan Sebut Harga mereka tidak akan dipertimbangkan.
15. Bon Pelaksanaan
15.1 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki mengemukakan bon pelaksanaan
dalam bentuk jaminan bank daripada bank yang berdaftar di Malaysia yang
diluluskan, dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh Surat Setuju Terima
ditandatangan. Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki memberi cagaran
deposit dengan kadar lima peratus (2.5%) daripada nilai kontrak.
15.2 Bon pelaksanaan ini hendaklah sah laku tidak kurang daripada dua belas (12)
bulan dari tarikh penerimaan toner oleh pihak Kerajaan.
15.3 Penyebut Harga yang berjaya dan telah mengikat kontrak dengan Kerajaan
dikehendaki membayar tuntutan ganti rugi sekiranya didapati pihak Penyebut
Harga melanggar syarat-syarat kontrak (breach of contract) dan disabitkan
kesalahan.
15.4 Bon pelaksanaan akan dikembalikan kepada Penyebut Harga selepas semua
syarat kontrak dipenuhi.
15.5 Pihak Kerajaan berhak merampas bon pelaksanaan sekiranya Penyebut Harga
gagal mematuhi syarat-syarat Sebut Harga dan syarat-syarat kontrak.
PN/SH/01/2018
13
16. Pertikaian
Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga mengenai
pentafsiran, pengertian atau kuat kuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-
pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung
dengannya hendaklah selainnya dipersetujui dengan bertulis di antara Kerajaan dengan
Penyebut Harga, dirujukkan kepada penimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh
Kerajaan dan seorang oleh Penyebut Harga. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah
bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.
17. Tindakan Tatatertib / Pembatalan Pendaftaran Kontraktor
Di dalam mana-mana hal di bawah ini, Kerajaan tanpa menyentuh hal-hal lain yang ada
padanya sentiasa berhak mengambil tindakan terhadap Penyebut Harga atau
memperakukan kepada pihak berkenaan supaya membatalkan pendaftaran Penyebut
Harga sebagai kontraktor dengan Kementerian Kewangan sebagaimana difikirkan perlu
oleh Kerajaan sekiranya:
(a) Penyebut Harga menarik balik Sebut Harganya sebelum tamat tempoh sah laku
tawaran Sebut Harga atau apa-apa tempoh lanjutan;
(b) Penyebut Harga mengenakan had, syarat atau perjanjian tambahan selepas tarikh
akhir yang ditetapkan bagi penyerahan Sebut Harga (dan dalam hal yang
sedemikian ia hendaklah disifatkan enggan dan tidak melaksanakan perjanjian
kontrak yang normal atau mendeposit bon pelaksanaan atau tidak meneruskan
kerja-kerja setelah Sebut Harganya disetuju terima); dan
(c) Sekiranya Sebut Harga disetuju terima tetapi Penyebut Harga enggan dan tidak
menandatangani dokumen perjanjian yang formal atau tidak mendepositkan bon
pelaksanaan atau tidak membekalkan item bekalan/ perkhidmatan.
18. Denda Lewat Pembekalan
18.1 Penyebut Harga yang berjaya mestilah menyempurnakan kontrak pembekalan
dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam perjanjian kontrak.
18.2 Sekiranya Penyebut Harga gagal membekal toner pada tarikh yang dipersetujui,
Penyebut Harga adalah dikehendaki membayar pampasan wang berjumlah satu
peratus (1%) daripada nilai harga Sebut Harga untuk setiap minggu atau
sebahagian daripadanya sehingga maksimum lapan (8) minggu.
18.3 Sekiranya Penyebut Harga masih gagal untuk membekal toner selepas lapan
(8) minggu, Kerajaan berhak untuk sama ada meneruskan atau membatalkan
projek ini.
18.4 Sekiranya Penyebut Harga tidak dapat memulakan/ menyempurnakan mana-
mana aktiviti dalam jadual pelaksanaan projek yang dicadangkan pada tarikh
yang telah dipersetujui, Penyebut Harga hendaklah membuat permohonan
PN/SH/01/2018
14
secara bertulis untuk perlanjutan tarikh/ tempoh tersebut sekurang-kurangnya
dua (2) minggu dari tarikh yang telah dipersetujui.
18.5 Sekiranya Penyebut Harga gagal melaksanakan pembekalan yang diperlukan
dalam masa yang ditetapkan, Kerajaan boleh mendapatkan pembekalan dari
punca lain dan segala perbelanjaan tambahan yang terpaksa ditanggung oleh
Kerajaan akan dituntut terus dari Penyebut Harga.
18.6 Bagi kerja-kerja yang terpaksa ditangguh disebabkan oleh keadaan di luar
kawalan Penyebut Harga seperti rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran,
banjir, bahaya laut atau yang seumpama dengannya, maka Kerajaan boleh
membenarkan perlanjutan tempoh kerja-kerja tersebut dengan syarat Penyebut
Harga perlu mengemukakan notis sebab-sebab kerja tertangguh dan masa yang
diperlukan.
19. Denda Bagi Pembekalan Yang Tidak Memuaskan Atau Tidak Dilaksanakan Mengikut
Jadual
19.1 Penyebut Harga yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya pembekalan tidak
memuaskan atau tidak dilaksanakan mengikut jadual yang berpunca daripada
Penyebut Harga sendiri berdasarkan perjanjian kontrak.
19.2 Sekiranya Penyebut Harga melaksanakan pembekalan yang tidak memuaskan
atau tidak menghantar keseluruhan toner atau tidak dilaksanakan mengikut jadual
projek seperti yang dirancang pada tarikh yang dipersetujui, Penyebut Harga
adalah dikehendaki membayar wang berjumlah satu peratus (1%) daripada nilai
harga Sebut Harga untuk setiap minggu atau sebahagian daripadanya
sehingga maksimum lapan (8) minggu.
19.3 Sekiranya Penyebut Harga masih gagal melaksanakan pembekalan yang
memuaskan atau tidak menghantar keseluruhan toner atau tidak dilaksanakan
mengikut jadual selepas lapan (8) minggu, Kerajaan berhak untuk sama ada
meneruskan atau membatalkan projek ini.
20. Penamatan Perjanjian
20.1 Perjanjian termaktub apabila kedua-dua pihak menurunkan tandatangan dan akan
berkuat kuasa sehingga tamat seperti mana masa yang dinyatakan dalam kontrak
perjanjian.
20.2 Pihak Kerajaan mempunyai hak memberi notis bertulis untuk menamatkan
perjanjian bila-bila masa sekiranya diperlukan. Dengan sebab penamatan
perjanjian sebegini, Penyebut Harga mestilah memulangkan keseluruhan atau
sebahagian wang yang telah dibayar sebelumnya. Penyebut Harga tidak berhak
untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Kerajaan.
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
Tarikh : 6 Mac 2018
PN/SH/01/2018
15
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
SURAT JAMINAN PENYEBUT HARGA DOKUMEN 4
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
JAMINAN PENYEBUT HARGA
Kepada :
Peguam Negara, Jabatan Peguam Negara, Aras 4, No. 45 Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya,
Tuan,
PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
[PN/SH/01/18]
Saya / kami tertakluk kepada syarat-syarat Sebut Harga ini, menawar untuk Perolehan Toner
Untuk Pencetak Bagi Jabatan Peguam Negara (AGC) [PN/SH/01/2018] seperti yang terdapat
dalam Jadual Harga berkembar dengan harga sebanyak : RM .....................................................
(Ringgit Malaysia : .......................................................................................................................
.....................................................................................................................................................).
2. Saya / kami mengesahkan bahawa toner yang dibekalkan bagi tawaran Sebut Harga ini
adalah toner baru dan tulen serta bersetuju untuk mengganti dengan tiada apa-apa bayaran
tambahan, mana-mana barang yang saya / kami bekalkan yang didapati rosak akibat
pembekalan atau bungkusan yang tidak sempurna, atau apa-apa kerosakan yang didapati di
dalam tempoh jaminan disebabkan ketidaksempurnaan buatan, atau mana-mana toner yang
telah saya/kami bekalkan yang didapati tidak tulen oleh prinsipal berkenaan atau tidak menepati
senarai butir-butir yang telah ditetapkan.
3. Mana-mana toner yang rosak atau yang tidak menepati senarai butir-butir yang telah
ditetapkan akan menjadi hak Jabatan Peguam Negara (AGC) atau dipulangkan kepada
Penyebut Harga jika terdapat bukti semua cukai Kerajaan telah dibayar.
PN/SH/01/2018
16
4. Saya / kami dengan ini mengesahkan bahawa saya / kami akan menyempurnakan
bekalan dalam tempoh masa seperti yang terdapat di dalam Keterangan Mengenai Penyebut
Harga.
5. Jika Sebut Harga ini diterima, saya / kami bersetuju untuk menendatangani surat
perjanjian atau bersetuju untuk memberi deposit cagaran di dalam tempoh masa tiga puluh
(30) hari dari tarikh surat tawaran Sebut Harga ditandatangan.
6. Apa-apa pertikaian dengan syarat-syarat Sebut Harga ini akan dirujuk kepada
penimbangtara dan akan tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
7. Saya / kami bersetuju bahawa tempoh sah laku Sebut Harga ini akan dibuka selama 90
hari daripada terikh Sebut Harga ditutup dan dalam tempoh tersebut saya / kami tidak boleh
menarik balik tawaran Sebut Harga tersebut.
8. Saya / kami juga telah memahami bahawa Kerajaan berhak menerima atau menolak Sebut Harga ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan harga Penyebut Harga-Penyebut Harga lain. 9. Saya / kami juga mengesahkan, telah menyemak sendiri semua dokumen yang digunakan untuk Sebut Harga ini adalah yang sebenar yang terdapat di dalam Dokumen Sebut Harga yang diterima oleh syarikat.
.........................................................
( Tandatangan Penyebut Harga )
Nama : ............................................
No. K.P. : ........................................
Jawatan : ........................................
Alamat Penyebut Harga :
........................................................
........................................................
........................................................
Tarikh : ...........................................
.........................................................
( Tandatangan Saksi )
Nama : .............................................
No. K.P. : .........................................
Jawatan : .........................................
Alamat Saksi :
........................................................
........................................................
........................................................
Tarikh : ...........................................
PN/SH/01/2018
17
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL HARGA DOKUMEN 5
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
Bil Kod Toner Kuantiti Harga Seunit
(RM)
Jumlah Harga
(RM)
1 CF226A (HP 26A) 220
2 CE255A (HP 55A) 50
3 CC364A (HP 64A) 20
4 CF410A (HP 410A) Black 180
5 CF411A (HP 410A) Cyan 100
6 CF412A (HP 410A) Yellow 100
7 CF413A (HP 410A) Magenta 100
8 C9364WA (HP 98) Black 4
9 C8766WA (HP 95) Tri Color 4
10 C9730A (HP 645A) Black 10
11 Q5950A (HP 643A) Black 16
12 Q5951A (HP 643A) Cyan 8
13 Q5952A (HP 643A) Yellow 8
14 Q5953A (HP 643A) Magenta 8
15 CE410A (HP 305A) Black 30
16 CE411A (HP 305A) Cyan 16
17 CE412A (HP 305A) Yellow 16
18 CE413A (HP 305A) Magenta 16
19 B3P19A (HP 727) Cyan 2
20 B3P20A (HP 727) Magenta 2
21 B3P21A (HP 727) Yellow 2
22 B3P22A (HP 727) Matte Black 2
23 B3P23A (HP 727) Photo Black 2
24 B3P24A (HP 727) Gray 2
25 Ricoh Black Cartridge 821137 16
26 OKI 45536416 Black 2
PN/SH/01/2018
18
27 OKI 45536415 Cyan 1
28 OKI 45536414 Magenta 1
29 OKI 45536413 Yellow 1
30 Evolis CAD00572 Ribbon Cassette RCT023NAA Black Monochrome 2000 Prints Per Roll
2
31 Evolis 22300001 Ribbon Cassette R5F002SAA 5 Panel Colour YMCKO 200 Prints Per Roll
20
32 Canon FX-9 Black 12
33 Canon U Black 6
JUMLAH HARGA KESELURUHAN
PN/SH/01/2018
19
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA DOKUMEN 6
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
1. NAMA PENYEBUT HARGA : .................................................................................. 2. ALAMAT PEJABAT : .................................................................................. .................................................................................. .................................................................................. 3. NO. TELEFON : ............................................................................. 4. NO. PENDAFTARAN SYARIKAT : ................................................................. 5. NO. RUJUKAN PENDAFTARAN : ................................................................. KEMENTERIAN KEWANGAN 6. NO. SIJIL AKUAN PENDAFTARAN : .................................................................
SYARIKAT BUMIPUTERA (JIKA BERKAITAN)
7. STATUS PENDAFTARAN GST : (BERDAFTAR / TIDAK BERDAFTAR)
(POTONG YANG TIDAK BERKENAAN)
8. NO. PENDAFTARAN GST : .................................................... (UNTUK YANG BERDAFTAR & SERTAKAN SALINAN SURAT PENDAFTARAN GST)
9. MODAL BERBAYAR : RM ........................................... 10. MODAL DIBENAR : RM ........................................... 11. JUMLAH TAWARAN : RM ........................................... (Ringgit Malaysia ................................................................................................... ...............................................................................................................................) 12. TEMPOH SAH HARGA TAWARAN SEBUT HARGA : ................ hari
PN/SH/01/2018
20
13. SENARAI AHLI LEMBAGA PENGARAH :
BIL NAMA JAWATAN
14. SENARAI PEMEGANG SAHAM :
BIL NAMA / NAMA SYARIKAT PERATUS (%)
15. TEMPOH PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN : ......... hari.
16. LAIN-LAIN KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA :
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
..................................................................................................................................... Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.
Tandatangan Penyebut Harga : .................................................................. Nama : ..................................................................
No. Kad. Pengenalan : .................................................................. Jawatan : ..................................................................
Tarikh : .................................................................. Cop Syarikat :
PN/SH/01/2018
21
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL DOKUMEN 7
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
Senarai toner yang mesti dibekalkan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) adalah seperti
berikut :
Bil Kod Toner Kuantiti
1 CF226A (HP 26A) 220
2 CE255A (HP 55A) 50
3 CC364A (HP 64A) 20
4 CF410A (HP 410A) Black 180
5 CF411A (HP 410A) Cyan 100
6 CF412A (HP 410A) Yellow 100
7 CF413A (HP 410A) Magenta 100
8 C9364WA (HP 98) Black 4
9 C8766WA (HP 95) Tri Color 4
10 C9730A (HP 645A) Black 10
11 Q5950A (HP 643A) Black 16
12 Q5951A (HP 643A) Cyan 8
13 Q5952A (HP 643A) Yellow 8
14 Q5953A (HP 643A) Magenta 8
15 CE410A (HP 305A) Black 30
16 CE411A (HP 305A) Cyan 16
17 CE412A (HP 305A) Yellow 16
18 CE413A (HP 305A) Magenta 16
19 B3P19A (HP 727) Cyan 2
20 B3P20A (HP 727) Magenta 2
21 B3P21A (HP 727) Yellow 2
22 B3P22A (HP 727) Matte Black 2
23 B3P23A (HP 727) Photo Black 2
24 B3P24A (HP 727) Gray 2
PN/SH/01/2018
22
25 Ricoh Black Cartridge 821137 16
26 OKI 45536416 Black 2
27 OKI 45536415 Cyan 1
28 OKI 45536414 Magenta 1
29 OKI 45536413 Yellow 1
30 Evolis CAD00572 Ribbon Cassette RCT023NAA Black Monochrome 2000 Prints Per Roll
2
31 Evolis 22300001 Ribbon Cassette R5F002SAA 5 Panel Colour YMCKO 200 Prints Per Roll
20
32 Canon FX-9 Black 12
33 Canon U Black 6
Kesemua item MESTILAH yang tulen (original) yang dikeluarkan oleh principal berkaitan. Jabatan Peguam Negara berhak mendapatkan pengesahan daripada principal berkaitan bagi mengesahkan ketulenan toner berkenaan semasa proses penerimaan oleh Jabatan. Pihak Jabatan berhak untuk tidak menerima sebarang toner yang disahkan tidak tulen oleh pihak principal.
PN/SH/01/2018
23
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL CADANGAN SPESIFIKASI
SEBUT HARGA YANG DIBEKALKAN DOKUMEN 8
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
Bil Kod Toner Kod Toner Dicadangkan Kuantiti
1 CF226A (HP 26A)
2 CE255A (HP 55A)
3 CC364A (HP 64A)
4 CF410A (HP 410A) Black
5 CF411A (HP 410A) Cyan
6 CF412A (HP 410A) Yellow
7 CF413A (HP 410A) Magenta
8 C9364WA (HP 98) Black
9 C8766WA (HP 95) Tri Color
10 C9730A (HP 645A) Black
11 Q5950A (HP 643A) Black
12 Q5951A (HP 643A) Cyan
13 Q5952A (HP 643A) Yellow
14 Q5953A (HP 643A) Magenta
15 CE410A (HP 305A) Black
16 CE411A (HP 305A) Cyan
17 CE412A (HP 305A) Yellow
18 CE413A (HP 305A) Magenta
19 B3P19A (HP 727) Cyan
20 B3P20A (HP 727) Magenta
21 B3P21A (HP 727) Yellow
22 B3P22A (HP 727) Matte Black
23 B3P23A (HP 727) Photo Black
24 B3P24A (HP 727) Gray
25 Ricoh Black Cartridge 821137
26 OKI 45536416 Black
PN/SH/01/2018
24
27 OKI 45536415 Cyan
28 OKI 45536414 Magenta
29 OKI 45536413 Yellow
30 Evolis CAD00572 Ribbon Cassette RCT023NAA Black Monochrome 2000 Prints Per Roll
31 Evolis 22300001 Ribbon Cassette R5F002SAA 5 Panel Colour YMCKO 200 Prints Per Roll
32 Canon FX-9 Black
33 Canon U Black
PN/SH/01/2018
25
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL PENGHANTARAN DOKUMEN 9
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
Sila nyatakan tempoh penghantaran bagi setiap toner :
Bil Kod Toner Kuantiti
Tempoh
Penghantaran
(Hari)
1 CF226A (HP 26A) 220
2 CE255A (HP 55A) 50
3 CC364A (HP 64A) 20
4 CF410A (HP 410A) Black 180
5 CF411A (HP 410A) Cyan 100
6 CF412A (HP 410A) Yellow 100
7 CF413A (HP 410A) Magenta 100
8 C9364WA (HP 98) Black 4
9 C8766WA (HP 95) Tri Color 4
10 C9730A (HP 645A) Black 10
11 Q5950A (HP 643A) Black 16
12 Q5951A (HP 643A) Cyan 8
13 Q5952A (HP 643A) Yellow 8
14 Q5953A (HP 643A) Magenta 8
15 CE410A (HP 305A) Black 30
16 CE411A (HP 305A) Cyan 16
17 CE412A (HP 305A) Yellow 16
18 CE413A (HP 305A) Magenta 16
19 B3P19A (HP 727) Cyan 2
20 B3P20A (HP 727) Magenta 2
21 B3P21A (HP 727) Yellow 2
22 B3P22A (HP 727) Matte Black 2
23 B3P23A (HP 727) Photo Black 2
PN/SH/01/2018
26
24 B3P24A (HP 727) Gray 2
25 Ricoh Black Cartridge 821137 16
26 OKI 45536416 Black 2
27 OKI 45536415 Cyan 1
28 OKI 45536414 Magenta 1
29 OKI 45536413 Yellow 1
30 Evolis CAD00572 Ribbon Cassette RCT023NAA Black Monochrome 2000 Prints Per Roll
2
31 Evolis 22300001 Ribbon Cassette R5F002SAA 5 Panel Colour YMCKO 200 Prints Per Roll
20
32 Canon FX-9 Black 12
33 Canon U Black 6
Lokasi penghantaran dan pentauliahan adalah di :
Seksyen Teknologi Maklumat,
Bahagian Pengurusan,
Jabatan Peguam Negara,
Aras 2, No. 45 Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 PUTRAJAYA.
PN/SH/01/2018
27
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
KAEDAH PELAKSANAAN INTEGRITY PACT DOKUMEN 10
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
1. Peringkat Pertama – Semasa penghantaran dokumen tawaran oleh Penyebut Harga
Kesemua Penyebut Harga yang menghantar dokumen Sebut Harga hendaklah
menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawarkan atau memberi
rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang
menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan
Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti
di Lampiran A1. Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida juga dijadikan
sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran Penyebut
Harga.
2. Peringkat Kedua – Semasa mengembalikan Surat Setuju Terima oleh Penyebut Harga
Berjaya
Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida
Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan
kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembina Berjaya hendaklah
juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format
Surat Akuan Pembida Berjaya adalah seperti di Lampiran A2 (Tidak perlu diisi). Agensi
hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya juga dijadikan sebagai dokumen
wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima. (Akan disertakan bersama-sama
dengan Surat Setuju Terima).
PN/SH/01/2018
28
LAMPIRAN A1 (SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
Saya, ......................................................................... nombor K.P. ............................................
yang mewakili .......................................................................................................................
Nombor Pendaftaran ......................................................................................... dengan ini
mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Peguam Negara
atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas.
Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Peguam Negara
atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka
saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-
mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga
seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada
pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar, ........................................................ Nama : No. K.P. : Cop Syarikat :
PN/SH/01/2018
29
Tidak perlu diisi
LAMPIRAN A2
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
Bagi
PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
[PN/SH/01/2018] Saya, ................................................................................. nombor K.P. .......................................
yang mewakili ........................................................................................................ Nombor
Pendaftaran ........................................................................... dengan ini mengisytiharkan
bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Peguam Negara atau mana-mana
individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini
dilampirkan Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk
membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Peguam Negara
atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka
saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-
mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga
seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada
pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar, ................................................. Nama : No. K.P. : Cop Syarikat :
PN/SH/01/2018
30
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
PERWAKILAN KUASA DOKUMEN 11
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH01/2018]
SURAT PERWAKILAN KUASA
____________________________ Kepala Surat Syarikat _____________________________ Peguam Negara, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Pengurusan, Aras 4, No. 45, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. Tarikh : Tuan,
PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa saya, …………………………………............................. no. K.P.
………………………....... selaku pemilik syarikat ………………….........…………………………..…
akan menandatangani sendiri semua dokumen berkaitan dengan urusan perolehan kontrak bagi
PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
[PN/SH/01/2018] dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) atau mewakilkan kuasa untuk
menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan perolehan tersebut iaitu:
Nama : ..……………………………………….
Alamat : …………………………………………
Jawatan : …………………………………………
No. K.P : …………………………………………
No Telefon : …………………………………………
No Faks : …………………………………………
E-mel : …………………………………………
3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman / rujukan pihak tuan selanjutnya. Pihak
kami akan memaklumkan kepada pihak tuan sekiranya terdapat perubahan penama bagi perkara
ini secara rasmi.
Sekian, terima kasih.
PN/SH/01/2018
31
………(Tandatangan)…........
(NAMA PEMILIK SYARIKAT)
Jawatan:
Cop Syarikat:
* potong yang mana tidak berkenaan.
PN/SH/01/2018
32
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DOKUMEN 12
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau
menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan
projek ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Any act or attempt to corruptly offer or give, solicit or receive any gratification to and from any person in connection with the project is a criminal offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).
2. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-
mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki
membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau
balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu
kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
If any person offers or gives any gratification to any members of the public service, the latter shall at the earliest opportunity thereafter lodge a report at the nearest office of the Malaysian Anti Corruption Commission or police station. Failure to do so is an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).
3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota
perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Penyebut Harga atau pembekal boleh diambil
sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Without prejudice to any other actions, disciplinary action against a member of the public service and blacklisting of the contractor or supplier may be taken if the parties are involved with any act of corruption under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).
4. Mana-mana Penyebut Harga atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan
projek ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang
ditetapkan dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan
berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694)
Any contractor or supplier who makes a claim for payment in relation to this project although no work was carried out or no goods were supplied in accordance with the prescribed specifications and any member of the public service who certifies the claim commits an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).
PN/SH/01/2018
33
JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)
DOKUMEN SEBUT HARGA
SENARAI SEMAK DOKUMEN 13
SEBUT HARGA : PEROLEHAN TONER UNTUK PENCETAK BAGI JABATAN
PEGUAM NEGARA (AGC) [PN/SH/01/2018]
SENARAI SEMAK
Nota
1. Tujuan Senarai Semak ini adalah bagi menolong Penyebut Harga mengemukakan satu
dokumen Sebut Harga yang lengkap dan sempurna. Oleh itu, Penyebut Harga
dinasihatkan menggunakannya dengan efektif.
2. Senarai Semak ini menyenaraikan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan oleh
Penyebut Harga dalam mengemukakan dokumen Sebut Harga mereka. Namun begitu,
adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga sepenuhnya bagi menentukan
lengkapnya sesuatu dokumen Sebut Harga yang dikemukakannya.
3. Penyebut Harga adalah digalakkan menggunakan Senarai Semak ini sebagai panduan
dan peringatan bagi sesuatu tindakan yang perlu diambil untuk memastikan
kesempurnaan dokumen Sebut Harga yang akan dikemukakan.
4. Penyebut Harga dikehendaki mengisi dan melengkapkan semua butiran di dalam Senarai
Semak. Isi semua butiran di dalam lampiran ini dengan betul dan lengkap. Kegagalan
mengisi maklumat atau tidak lengkap akan mengakibatkan dokumen Sebut Harga ditolak.
5. Penyebut Harga dikehendaki mengisi dan melengkapkan semua butiran di dalam Senarai
Semak dan dikembalikan bersama dengan “SAMPUL PERTAMA” dan “SAMPUL
KEDUA”.
PN/SH/01/2018
34
SENARAI SEMAK UNTUK SAMPUL PERTAMA (CADANGAN KEWANGAN)
Bil. Perkara Tandakan
√ Jika
Tindakan
Telah
Diambil
Semakan oleh
Jawatankuasa
Pembuka
Sebut Harga
1 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat,
Kementerian Kewangan
2 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera
(jika ada)
3 Salinan Borang 9, Borang 24 dan Borang 49 SSM
4 Salinan Surat Pendaftaran Goods and Services Tax
(GST) (untuk yang berdaftar)
5 Surat Jaminan Penyebut Harga (Dokumen 4)
6 Jadual Harga (Dokumen 5)
7 Keterangan Mengenai Penyebut Harga (Dokumen
6)
8 Penyata Kewangan Bagi Dua (2) Tahun Terakhir
Yang Telah Diaudit
9 Surat Akuan Pembida (Dokumen 12 - Lampiran A1)
10 Lampiran Q
PN/SH/01/2018
35
SENARAI SEMAK UNTUK SAMPUL KEDUA (CADANGAN TEKNIKAL)
Bil. Perkara Tandakan
√ Jika
Tindakan
Telah
Diambil
Semakan oleh
Jawatankuasa
Pembuka
Sebut Harga
1 Jadual Cadangan Spesifikasi Teknikal Yang
Dibekalkan (Dokumen 8)
2 Jadual Penghantaran (Dokumen 9)
5 Surat Pengesahan / Sokongan Daripada Principal /
Distributor yang mengesahkan ketulenan toner dan
kebolehan membekal kesemua toner yang
ditawarkan
Untuk diisi oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Sila bulatkan L (Lengkap) sekiranya pembida mengemukakan semua
Dokumen Wajib seperti yang telah disenaraikan. L TL
Sila nyatakan dengan jelas sekiranya TL (Tidak Lengkap) dibulatkan:
………………………………………………………………………………………………
Pemilik/Pengarah/Wakil Syarikat Pengesahan Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga ……………………………………. …………………………………………………... (Tandatangan) (Tandatangan) Nama : Nama : No.K.P: Cop Jawatan: Tarikh: Tarikh: Cop Syarikat: