jabatan hal ehwal agama islam negeri …ekhutbah.ns.gov.my/upload/3640-mendidik anak... · ......

8

Click here to load reader

Upload: truongdat

Post on 05-Mar-2018

221 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/3640-MENDIDIK ANAK... · ... “Setiap anak yang ... Matlamat cemerlang dalam semua perkara yang ... Bina dan pupuklah

1 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : “MENDIDIK ANAK TANGGUNGJAWAB YANG BESAR”

11 MAC 2016M / 2 JUMADA AL-AKHIRAH 1437H

ٱل

ه ال

ائل :حمد لل

ق

ڄ ڄ ڦ ڦ ڦ ڦ ڤ ڤ ڤ ڤ ٹ ٹ ٹ ٹ

ڄ ڄ

(Luqman : 13)

شن أ

هد أ

ا ل

ــ هللا وح إل

ه ودهه إل

ريك ل

ش

ول

ش

ن محمدا عب ، وأ

ودههد أ

هم وورسول

وسل

هم صل . الل ص

ى آله وأ

ا محمد وعل

دن

ى سي ومن ۦحابهعل

بعهم بإح ى يو ت

ين.سان إل

م الد

ما بع أ

اتهد، ف

ق

نتم ےيا عباد هللا، اتقوا هللا حق ت

وأ

ن إل

موت

ت

، ول

س لمون.م

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Khatib menyeru marilah bersama-sama kita bertaqwa kepada Allah

dengan sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala

perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Sesungguhnya melalui

Page 2: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/3640-MENDIDIK ANAK... · ... “Setiap anak yang ... Matlamat cemerlang dalam semua perkara yang ... Bina dan pupuklah

2 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

ketaqwaan kita dapat mengisi kehidupan dengan sifat-sifat yang baik dan

menghindari diri daripada sifat-sifat yang keji dan tercela. Marilah kita

mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan dengan meningkatkan amal

ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah serta

menjalineratkan hubungan kita sesama manusia. Semoga, hidup kita

sentiasa dicucuri rahmat serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah di dalam surah Ali 'Imran petikan ayat 103 :

ڃڃڃچچ

ڦڄڄڄڄڃڃ

Maksudnya : ″ Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada agama

Allah, dan janganlah berpecah belah.″

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk

“MENDIDIK ANAK TANGGUNGJAWAB YANG BESAR”.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,

Anak adalah amanah kurniaan Allah kepada ibu bapa. Setiap daripada

kita pasti menginginkan anak-anak menjalani kehidupan mengikut

kehendak kita. Sebagai ibu bapa yang beriman, hidup dengan mematuhi

segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, itulah yang

terbaik untuk anak-anak. Islam menegaskan bahawa kehidupan

berkeluarga itu memerlukan tanggungjawab yang besar daripada ibu dan

bapa. Kewajipan mendidik dan membimbing anak-anaknya dan

Page 3: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/3640-MENDIDIK ANAK... · ... “Setiap anak yang ... Matlamat cemerlang dalam semua perkara yang ... Bina dan pupuklah

3 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

membentuk keperibadian seorang muslim yang tinggi dalam jiwa dan diri

mereka adalah tanggungjawab dua ibu bapa.

Islam menggariskan panduan dalam membentuk anak menjadi insan soleh

dan bermanfa‘at kepada ibu bapa adalah bermula dari saat mereka

dilahirkan dalam keadaan suci bersih sebagaimana yang disebut dalam

hadis Rasulullah :

ال رسول هللا و : ما من م ق

ود إل

ل

ال

د

ول

بواه فط

أرة. ف

سانه رانه ويمج

ص دانه وين

يهو

Maksudnya : “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah.

Maka kedua-dua ibu bapanyalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi,

Nasrani atau Majusi.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Allah berfirman dalam surah al-Anfaal, ayat 28 :

ڃ ڃ ڃ ڃ ڄ ڄ ڄ ڄ ڦ

چ چ

Yang bermaksud : Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-

anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah

jualah pahala yang besar.

Page 4: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/3640-MENDIDIK ANAK... · ... “Setiap anak yang ... Matlamat cemerlang dalam semua perkara yang ... Bina dan pupuklah

4 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

Jelas dalam ayat tersebut Allah menyatakan bahawa anak-anak itu ujian

daripada Allah . Tugas dan tanggungjawab ibu bapa lah yang akan

membentuk anak-anak itu, sama ada menjadi fitrah manusia atau fitnah

kepada ibu bapa di akhirat kelak.

Ibu bapa merupakan model kepada anak-anak. Anak-anak akan

mencontohi ibu bapa mereka seperti peribahasa Melayu yang berbunyi

"bapa borek anak rintik". Persoalannya adakah kita yakin bahawa kita

telah mendidik mereka dengan sempurna berpandu kepada al-Quran dan

as-Sunnah? Adakah aspek kepatuhan terhadap syariat Islam telah diberi

fokus dan keutamaan dalam mendidik mereka? Adakah akhlak baik dan

terpuji mencontohi peribadi Rasulullah telah ditanam dalam jiwa

mereka? Adakah kita telah melarang mereka membuat perkara tidak baik

atau yang bertentangan dengan syariat?.

Matlamat cemerlang dalam semua perkara yang dilakukan memerlukan

cara yang terbaik. Demikian jugalah dengan pendidikan anak-anak yang

bermatlamatkan ke arah anak yang baik dan soleh memerlukan beberapa

langkah yang diharuskan oleh Islam sebagai pedoman kehidupan seperti

berikut:

Pertama : Teladan yang baik kepada anak-anak

Setiap ibu bapa perlu ada pada mereka akhlak yang baik, perlaksanaan

ibadah yang baik di rumah dan tatacara kehidupan yang berlandaskan

Islam kerana anak-anak akan meneladani setiap tutur kata, perbuatan dan

perilaku ibu bapa. Anak adalah cerminan ibu bapanya sendiri.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Page 5: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/3640-MENDIDIK ANAK... · ... “Setiap anak yang ... Matlamat cemerlang dalam semua perkara yang ... Bina dan pupuklah

5 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya

daripada pendidikan akhlak mulia."

(Hadis riwayat Bukhari)

Kedua : Mengajar ilmu merangsang (targhib) dan menakut-

nakutkan (tarhib)

Anak-anak perlu sentiasa diberi galakan melakukan kebaikan dan diberi

ganjaran apabila melakukannya. Jika mereka melakukan kesalahan, maka

haruslah dihukum agar dapat menjadi pengajaran kepadanya.

Ketiga : Memahami konsep mencontohi dan mengikuti

Kata Ibnu Khaldun : anak-anak mempelajari dengan cara mengikuti dan

mencontohi lebih daripada yang diambil dengan cara nasihat dan tunjuk

ajar.

Keempat : Memberi pengajaran atau nasihat

Allah merakamkan kisah wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya di

dalam al-Quran dan terkandung nasihat penting daripada seorang ayah

kepada anaknya. Nasihat agar mempercayai kebesaran Allah dan tidak

menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain. Didikan melalui perlakuan

dan percakapan akan melahirkan rasa kasih sayang. Contohilah cara

Luqman al-Hakim dalam memberi nasihat kepada anak-anaknya.

SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,

Kehidupan kita kini semakin maju dan berteknologi tinggi, namun

hakikatnya kita semakin gentar untuk mengetahui bagaimanakah agaknya

anak-anak kita menerima situasi kehidupan masa hadapan mereka.

Page 6: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/3640-MENDIDIK ANAK... · ... “Setiap anak yang ... Matlamat cemerlang dalam semua perkara yang ... Bina dan pupuklah

6 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

Walaupun ibu bapa memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak,

namun tanggungjawab ini juga perlu digalas oleh pelbagai pihak seperti

pemimpin masyarakat, jiran tetangga, sanak saudara dan sebagainya. Hal

ini bagi memastikan generasi muda dibangunkan sebagai pelapis pemimpin

masa akan datang.

Islam telah menetapkan garis panduan terbaik dalam melaksanakan

harapan tersebut. Antaranya :-

1. Bina dan pupuklah kasih sayang dalam keluarga.

Keluarga adalah pihak utama yang memainkan peranan dalam mendidik

anak-anak. Mengamalkan ajaran Islam dalam membina rumahtangga akan

memantapkan institusi keluarga. Nabi turut menerangkan bagaimana

anak-anak mampu membawa kebaikan kepada ibu bapa selepas kematian

mereka, iaitu dalam menyalurkan pahala tanpa putus walaupun kedua-dua

ibu bapa telah tiada.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputus pahala

amalannya kecuali daripada 3 perkara, iaitu sedekah jariah

(pahalanya yang berterusan), ilmu yang dimanfa‘ati oleh manusia lain

yang masih hidup, atau anak soleh yang sentiasa mendo‘akannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

2. Bina institusi pendidikan yang bercirikan Islam.

Institusi pendidikan adalah medan yang baik dan mampu mendidik anak-

anak mengikut syariat Islam yang sebenar. Setiap institusi pendidikan yang

Page 7: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/3640-MENDIDIK ANAK... · ... “Setiap anak yang ... Matlamat cemerlang dalam semua perkara yang ... Bina dan pupuklah

7 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

ada sekarang ini perlu menyediakan guru-guru yang bukan sahaja pakar

dalam bidang akademik, tetapi perlu juga mahir dalam bidang agama untuk

membantu mendidik jiwa anak-anak ini.

3. Kukuhkan silaturahim dan kenali rakan anak-anak.

Anak-anak mudah terpengaruh dengan masyarakat sekelilingnya terutama

rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengawasi pergaulan anak-anak

dan perlu tahu dengan siapa mereka berkawan. Kawan yang baik, mampu

mempengaruhi sikap anak-anak itu.

4. Mantapkan peranan institusi masjid dan masyarakat sekeliling.

Masjid bukan sahaja menjadi institusi ibadah semata-mata, malahan

sebagai pusat tarbiah bagi anak-anak. Anak-anak yang sentiasa

didekatkan dengan masjid akan melihat masjid sebagai sebuah tempat

yang penuh dengan ilmu dan pelajaran yang bukan sahaja mendidik jiwa

malah turut mentarbiah akhlak mereka mengikut garis panduan Islam.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Mengakhiri khutbah, mimbar berharap pesanan ini dapat membuka hati dan

fikiran kita betapa pentingnya penjagaan zahir batin anak-anak sejak

daripada buaian sehingga anak ini membesar dalam satu acuan yang baik.

Mereka ini generasi pewaris ummah dan akan bertanggungjawab

memastikan Islam terus kukuh bertapak di bumi ini.

Firman Allah dalam surah at-Tur ayat 21 :

Page 8: JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/3640-MENDIDIK ANAK... · ... “Setiap anak yang ... Matlamat cemerlang dalam semua perkara yang ... Bina dan pupuklah

8 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو

جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص

ک ک ک ڑ ڑ ژ ژ ڈ ڈ ڎ ڎ ڌ

ڳ ڳ ڳ ڳ گ گ گ گ ک

Maksudnya : Dan orang-orang beriman yang diturut oleh zuriat

keturunannya dengan cara beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat

keturunannya itu dengan mereka (didalam syurga); dan Kami (dengan itu)

tidak mengurangi sedikit pun pahala amal-amal mereka; tiap-tiap

seseorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

م ك

بارك هللا لي ول

ر في ال

ق

م ءان ال

اك عني وإ

ف

بما فيه من عظيم، ون

ال ك

وال ا

م ر ال

ي ومنك

ل من ب

ق

ميع حكيم، وت ه هو الس

ه إن

وت

تل

و ال

ول ق

ق

عليم، أ س

ا وأ

لي ه

غ

ت

م فر هللا ال

ك

ئر عظيم لي ول

، ولسا

ال س

وال

لمين س

، وال لما

ؤ

وال

منين

ؤ اس

، ف ا

من

غ

يات

و فروه ف

ف

ز

ال س

غ

ت

ا الت

جاة

.فرين ويا ن

ئبين