jabatan agama islam wilayah persekutuan · lafaz takbir, tahlil dan tahmid bermula hari ini dan...

7
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH AIDILADHA DI RUMAH Tajuk : KETAATAN MENYUBUR KEIMANAN Tarikh Dibaca : 10 Zulhijjah 1441H/ 31 Julai 2020M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah Dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Upload: others

Post on 01-Nov-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · lafaz takbir, tahlil dan tahmid bermula hari ini dan sepanjang hari-hari tasyrik. Mudah-mudahan ia dapat menghidupkan hati dan jiwa dengan

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH AIDILADHA DI RUMAH

Tajuk :

KETAATAN MENYUBUR KEIMANAN

Tarikh Dibaca :

10 Zulhijjah 1441H/

31 Julai 2020M

Disediakan oleh :

Cawangan Khutbah Dan Latihan

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Page 2: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · lafaz takbir, tahlil dan tahmid bermula hari ini dan sepanjang hari-hari tasyrik. Mudah-mudahan ia dapat menghidupkan hati dan jiwa dengan

Khutbah Aidiladha Ketaatan Menyubur Keimanan

1

KETAATAN MENYUBUR KEIMANAN

KHAS AIDILADHA

31 Julai 2020M/ 10 Zulhijjah 1441H

ـلل هأكب ر،ا ـلل ب ر،ا هأكـلل هأكب ر،ا ـلل هأكب ر،ا ـلل هأكب ر،ا ـلل ا هـلل هأكب ر،ا ـلل أكب ر،ا هالح مد.ـل أكب ر،و ل هـلل أكب ر،ا ه

ه ـل ل الح مد و ن ست ع ي الع ال م ين ،ن حم ده و ر ب و ن ست نه إل ه ادأنل أشه .ن توبإل يه غف ره إلا ـالل ي د ن ه س أن و أشه د ل ه، يك ش ر لا د و حد ه مح م ا ع ب ا و ر سده ص ل هم الل ل موله. و س

حب ه و ص دو ع ل ىآل ه ي د ن امح م .أجم ع ين ع ل ىس

ع ب اد ف ي ا ب عد، ا ه ـالل أم قوا ا ت أوص ه ـالل ، ب ت قو إيكم، اي ي اع ت ه ه ـالل و ى كمو ط ـ ل ع ل تفل حون .

چ ڃ ڃ ڃ چ

بى بمبخ بح بج ئي ئى ئى ئى ئى ی ی ی ی ئج ئح ئم

جح تى تي ثج ثم ثى ثي تمبي تج تح تخ

Kaum keluargaku yang dirahmati Allah,

Marilah kita memperkasakan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

melaksanakan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya. Semoga

Aidiladha yang diraikan dengan semangat pengorbanan dapat

menyuburkan keimanan.

Page 3: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · lafaz takbir, tahlil dan tahmid bermula hari ini dan sepanjang hari-hari tasyrik. Mudah-mudahan ia dapat menghidupkan hati dan jiwa dengan

Khutbah Aidiladha Ketaatan Menyubur Keimanan

2

Marilah kita bersama-sama menghayati khutbah yang bertajuk

“Ketaatan Menyubur Keimanan”.

Kaum keluargaku yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, Allah SWT masih mengizinkan kita untuk bersama-sama

berhimpun dan menunaikan solat sunat Aidiladha dalam suasana norma

baharu biarpun kita masih berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Sebagai tanda kita mengagungkan Allah SWT, marilah kita memperbanyak

lafaz takbir, tahlil dan tahmid bermula hari ini dan sepanjang hari-hari

tasyrik. Mudah-mudahan ia dapat menghidupkan hati dan jiwa dengan

mengagungkan Allah SWT.

Hakikatnya, aidiladha sangat berkait dengan perjuangan dan

pengorbanan Nabi Ibrahim AS. Lihatlah bagaimana ketaatan yang

ditunjukkan oleh baginda AS, isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail AS

terhadap perintah Allah SWT. Inilah keluarga mithali yang menjadi contoh

kepada umat Islam apabila ketaatan kepada perintah Allah SWT lebih

diutamakan daripada kehendak diri sendiri. Mereka menunjukkan sifat

sabar dan reda dengan ujian keimanan yang sangat menguji kekuatan

rohani dan jasmani. Firman Allah SWT di dalam surah as-Saaffaat ayat 102

yang bermaksud :

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang

membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim

berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam

mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa

pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang

diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari

orang-orang yang sabar.”

Page 4: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · lafaz takbir, tahlil dan tahmid bermula hari ini dan sepanjang hari-hari tasyrik. Mudah-mudahan ia dapat menghidupkan hati dan jiwa dengan

Khutbah Aidiladha Ketaatan Menyubur Keimanan

3

Kisah pengorbanan mulia ini mesti kita hayati. Ambillah ibrah

daripadanya dalam usaha kita mendidik jiwa kita supaya sentiasa

meletakkan ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi

segala-galanya. Justeru, antara ibrah yang boleh dijadikan pedoman ialah:

Pertama : Ketakwaan dan ketaatan kepada Allah SWT mesti dikukuhkan

melalui sepenuh keyakinan kepada setiap perintah-Nya. Ia akan mengikis

segala perasaan curiga atau prasangka yang boleh menyebabkan

keingkaran terhadap perintah Allah SWT.

Kedua : Pelihara hubungan dengan Allah SWT pada setiap masa melalui

ibadah yang ikhlas. Dengannya, hubungan sesama manusia juga akan turut

terpelihara.

Ketiga : Ibadah korban akan mengikis segala sifat bakhil yang merosakkan

hubungan sesama manusia dan ia sebagai tanda mensyukuri nikmat

kurniaan Allah SWT.

Mengakhiri khubah, marilah kita sama-sama berusaha membentuk diri yang

sanggup berkorban jiwa dan harta demi Islam tercinta. Firman Allah SWT

di dalam surah al-Mumtahanah ayat 6 :

ڃ ڃ ڃ چ چ

ٿ ٺ ٿ ٿ ٺ ٺ ٺ ڀڀ ڀ ڀ پٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ

ٿ

Bermaksud : “Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi

Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi

orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari

akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka

Page 5: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · lafaz takbir, tahlil dan tahmid bermula hari ini dan sepanjang hari-hari tasyrik. Mudah-mudahan ia dapat menghidupkan hati dan jiwa dengan

Khutbah Aidiladha Ketaatan Menyubur Keimanan

4

padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia

lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”

ـالل ر ك اب الع ظ يم ه ،ل يو لـ كميم الع ظ ه ـالل و أست غف رذ اه ل يق وأقول،ل يو لـ كمب القرآن و المؤم ن ين و المسل م ات المسل م ين ئ ر و و ل س ا ههو ف اس،ن ات مؤم ال يم.الغ فورالر ت غف روهإن ح

هأكب ر،ـلل هأكب ر،ا ـلل هأكب ر،ا ـلل ا اإل ه لا إلا ـه او لل ـه أكب ر،الل ـه الح مدـل و ل أكب رلل .ه

KHUTBAH KEDUA

ـلل ا ـلل ا أكب ر،ه ـلل ا أكب ر،ه ـلل ا أكب ر،ه أه ـلل ا ،كب ر ـلل ا أكب ر،ه ـلل ا ب ر،أكه ه أكب ر،لاإل ه ـلل ا إلا ـالل و ه ـلل ا أكب ر،ه ه لح مد.اه ـل ل و أكب ر

ل الع ال م ين ه ـل الحمد أشه ،ر ب أنلا ـالل إلا إل ه د ه ل ه،و حد ه يك ش ر و ألا أن شه دل مع ص ل و س هم د اع بدهو ر سوله.الل دي د س ل ىمح م و أصح ن امح م أجم ع ين .و ع ل ىآل ه اب ه

اب عد،ف ي اع ب اد قواه ـالل أم ،أوه ـالل ،ا ت يك قون .ف ق دف ه ـالل قو ىفس يب ت مو ن ص المت از

ـالل و ق ال يز ه الع ز :ت ع ال ىف ىك ت اب ه

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ

Kaum keluargaku yang dirahmati Allah,

Pada hari ini juga, marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Page 6: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · lafaz takbir, tahlil dan tahmid bermula hari ini dan sepanjang hari-hari tasyrik. Mudah-mudahan ia dapat menghidupkan hati dan jiwa dengan

Khutbah Aidiladha Ketaatan Menyubur Keimanan

5

ي د س دو ع ل ىال ي د ن امح م ع ل ىس ص ل هم م امح م ن االل ي د ن ص د،ك ع ل ىس يت و ع ل ىل بر اه يم اإمح م ي د ن ا س ع ل ى و ب ار ك بر اه يم ، إ ي د ن ا س ال ي د ع ل ىو د س ب ال م ا ك د، مح م ع ل ىن ا ار كت

ف بر اه يم ي د ن اإ و ع ل ىال س بر اه يم ي د ن اإ إن ك ع ال م يالس ح م يدم ج يد.ين Marilah kita mengambil peluang di hari yang mulia ini untuk memanjatkan

doa kepada Allah SWT.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu, ampunkanlah segala

dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami serta muslimin

muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada

hamba-hamba-Mu yang bertaubat.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami juga memohon kepada-Mu, hapuskanlah

wabak penyakit COVID-19 yang melanda Negara kami dan Negara-negara

lain di seluruh dunia. Engkau berilah perlindungan dan kesejahteraan

kepada kami sekelurga serta seluruh sanak-saudara kami, jiran tetangga

kami dan seluruh masyarakat daripada dijangkiti wabak penyakit berbahaya

ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami mengharapkan belas kasih daripada-Mu,

kurniakanlah kekuatan, ketabahan, kecekalan, semangat dan keselamatan

kepada barisan hadapan Negara dalam memerangi pandemik COVID-19

pada ketika ini.

و المؤم ن و المسل م ات اغف رل لمسل م ين هم الأالمؤو ين الل م نهمو الأم ن ات .حي اء مو ات

Page 7: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · lafaz takbir, tahlil dan tahmid bermula hari ini dan sepanjang hari-hari tasyrik. Mudah-mudahan ia dapat menghidupkan hati dan jiwa dengan

Khutbah Aidiladha Ketaatan Menyubur Keimanan

6

ح الآخ ر ة و ف ي ح س ن ة ني ا الد ف ي آت ن ا ن ا و ة س ن ر ب الن ع ق ن ا و ار ذ اب ، ه ـل ل الحمد ر ب .الع ال م ين

ـلل ا ـلل ا أكب ر،ه ـلل ا أكب ر،ه مد.الح ه ـل ل أكب ر،و ه