isu penderaan kanak

Upload: shalany-vijayakumar

Post on 01-Mar-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Isu Penderaan Kanak

    1/3

    Isu penderaan kanak-kanak merupakan isu yang tidak habis-habis diperkatakan,

    walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Berita-berita

    tentang kanak-kanak yang didera sering dipaparkan.

    Pada pendapat anda, mengapakan gejala ini berlaku?

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak itu seperti kain putih. Dia dilahirkan dalam

    keadaan bersih dan tidak berdosa, dan kedua-dua ibu bapa merupakan pihak yang

    bertanggungjawab untuk mencorakkan kain putih tersebut. Ini menunjukkan peranan ibu bapa

    yang begitu afdal dalam menentukan anak yang dilahirkan menjadi insan yang sempurna. Si

    anak perlulah diberi kasih sayang yang secukupnya. mereka haruslah dibelai, didodoi, dan diberi

    segenap perhatian. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku, harapkan pagar dan pagar makan

    padi. ada hakikatnya, kenyataan ini mempunyai kebenarannya. Ini telah terbukti apabila

    sesetengah ibu bapa terlibat dalam penderaan kanak-kanak. !ika diselak dada akhbar sesekali

    kita akan digemparkan dengan berita penderaan kanak-kanak yang dipaparkan di dada akhbar.

    Mengapakah fenomena negatif ini akan berlaku" #dakah ibu bapa telah melupakan

    tanggungjawab mereka dalam mencorakkan kain putih tersebut" $ita semua haruslah mengkaji

    masalah ini secara mendalam dan berusaha dengan giat bagi mengatasi masalah yang semakin

    kronik dan melarat ini dengan konsep jika tiada angin yang bertiup masakan pokok akan

    bergoyang dan dengan keyakinan bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya.

    Salah satu punca berlakunya fenomena negatif ini adalah kerana masalah dalaman sesebuahkeluarga. $ajian menunjukkan penderaan sering dilakukan oleh orang yang berdekatan atau

    mempunyai pertalian darah dengan anak-anak yang menjadi mangsa. %ontohnya, pihak yang

    biasanya menjadi titik permulaan kepada penderaan kanak-kanak termasuklah ibu bapa, ayah

    dan ibu tiri, ataupun ibu dan bapa saudara. Dalam banyak kes, penderaan dilakukan oleh ibu

    bapa yang menghadapi konflik kekeluargaan seperti hubungan yang rapuh antara suami dan

    isteri akibat daripada campur tangan pihak ketiga. #pabila keadaan ini berlaku, produkti&iti

    terhadap kerja ibu bapa tentulah akan merosot. Mereka seterusnya akan diberi tekanan oleh

    majikan supaya meningkatkan produkti&iti. $alau tidak, ibu bapa akan menghadapi risiko untuk

    dipecat oleh majikan. Dalam perjalanan pulang ke rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi

    masalah kesesakan jalan raya yang akan menambahkan ketegangan mereka. #pabila sampai di

    rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi karenah anak-anak yang selalunya menginginkan

    perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Semua masalah yang bertali arus ini amat

    menekan perasaan. $eadaan ini menjadi lebih serius apabila ditambah pula dengan kenaikan

    harga minyak belakangan ini yang menyebabkan kos kehidupan semakin tinggi. #pabila

    tertekan, ibu bapa pula akan menjadikan anak-anak sebagai tempat melepaskan geram dan

    anak-anak itu didera.

  • 7/25/2019 Isu Penderaan Kanak

    2/3

    Selain itu, sejarah hitam ibu bapa pada masa kecil juga menjadi satu punca berlakunya

    penderaan kanak-kanak. $ajian menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sering dilakukan

    oleh orang yang pernah menjadi mangsa penderaan semasa mereka dalam alam kanak-kanak

    dahulu. $eadaan ini berlaku kerana ibu bapa beranggapan bahawa mereka pernah menjadi

    mangsa penderaan dan anak-anak mereka pun patut mengalami kesakitan dan penderitaan

    yang pernah dialami oleh mereka. 'iasanya, keadaan ini akan berlaku kerana ibu bapa

    mengalami penyakit mental dan mempunyai emosi yang tidak stabil. enderaan yang berterusan

    pada peringkat umur yang rendah sememangnya akan meninggalkan kesan trauma yang

    mendalam dalam jiwa anak-anak. Di samping itu, ibu bapa juga berpendapat mereka dapat

    memuaskan diri dari segi psikologi apabila mendera anak-anak. Semua ini telah menyebabkan

    titik permulaan di mana si anak akan dimarahi, ditengking dan tidak dihiraukan ataupun

    dipedulikan. $eadaan ini akan menjadi lebih kronik apabila ibu dan bapa mengamalkan salah

    guna bahan berbahaya seperti dadah dan minuman keras untuk mencari ketenangan. #pabila

    ibu bapa berada dalam keadaan mabuk akibat meminum minuman beralkohol atau berkhayal

    akibat penyalahgunaan dadah , mereka tidak akan menyedari akan pembuatan mereka sendiri

    apabila mendera anak-anak mereka. #nak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai

    harganya. #dalah menjadi tanggungjawab setiap insan menjaga dan membimbing anak tersebut

    ke arah yang benar.

    Selain itu, kesempitan hidup yang dihadapi oleh sesebuah keluarga juga menjadi antara faktor

    berlakunya penderaan kanak-kanak. Ini kerana ibu bapa tidak mampu menanggungperbelanjaan membesarkan si anak dan terpaksa menyerahkan anak kepada orang lain,

    misalnya saudara terdekat untuk menjaga dan membesarkannya dengan janji akan memberikan

    kadar upah wang yang tertentu pada setiap bulan. Maka, saudara tersebut pula berjanji untuk

    menjaga si anak dengan harapan akan mendapat upah wang seperti yang dijanjikan pada setiap

    bulan. Walau bagaimanapun, apabila ibu bapa gagal untuk memberi upah wang seperti yang

    dijanjikan, maka saudara yang tidak memberi pertimbangan pula akan menyebabkan si anak

    menghadapi akibatnya. $adang-kala, penjaga akan memukul si anak dengan tali pinggang,

    mencucuk si anak dengan puntung rokok ataupun membiarkan si anak dalam keadaan

    kelaparan. (ang menyedihkan lagi , terdapat sesetengah penjaga akan mengejutkan masyarakat

    apabila si anak tersebut dianiaya melalui keganasan seksual. #pabila si anak bertemu dengan

    ibu bapa semula, ibu bapa yang prihatin akan mendapati bahawa tubuh si anak menjadi lebam

    dan lemah dan seterusnya akan melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Walau

    bagaimanapun, sesetengah ibu bapa pula tidak mempedulikan hal ini kerana tidak mahu

    menjejaskan hubungan kekeluargaan antara mereka dengan saudara mereka.

    Di samping itu, kurangnya pendidikan agama dalam kalangan pasangan suami isteri juga

    merupakan antara penyebab masalah penderaan kanak-kanak. Memang tidak dapat dinafikan

  • 7/25/2019 Isu Penderaan Kanak

    3/3

    bahawa kebanyakan ibu bapa ada memperoleh didikan agama. Walau bagaimanapun, tidak

    ramai dala kalangan ibu bapa yang mengamalkan ajaran agama mereka. $eimanan ibu bapa

    pula akan menjadi tidak utuh akibat daripada penghayatan agama yang tidak kuat. !ika

    penghayatan agama kuat, tidak mungkin ibu bapa akan berkelakuan bagai haruan makan anak

    dan sanggup mendera darah daging sendiri. Sebagai orang dewasa, ibu bapa perlulah berfikir

    dengan alasan dan bukti yang nyata dan haruslah mencurahkan kasih sayang dan perhatian

    yang sewajarnya terhadap anak-anak dan bukannya melepaskan geram kepada mereka. $ajian

    menunjukkan mereka yang sanggup mendera darah daging sendiri merupakan pasangan muda.

    Ini kerana pasangan muda menganggap bahawa hidup mereka masih remaja dan tidak berfikir

    secara logik ataupun rasional. Selain itu, mereka pun belum bersedia untuk memikul dan

    melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Di samping itu, orang muda pula

    sering berdarah panas dan mudah naik marah dengan kesalahan-kesalahan kecil yang

    dilakukan oleh anak-anak seperti merosakkan harta benda rumah, menangis sepanjang waktu ,

    menconteng buku, dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kesabaran ibu bapa mula cair dan

    anak-anak pula akan menjadi sasaran kemarahan ibu bapa.

    $onklusinya, punca berlakunya kes-kes penganiayaan terhadap kanak-kanak ini bermula dari

    rumah. Ibu bapa sepatutnya membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi

    menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Ibu bapa juga haruslah berusaha untuk

    mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak di samping

    menanam sikap sayang-menyayangi antara mereka. Selain itu, semua pihak seperti ibu bapa,guru-guru, kerajaan serta masyarakat juga perlulah bertanggungjawab dalam menyelesaikan

    masalah ini. Setiap pihak perlulah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini dan

    bukannya menuding jari ke arah pihak lain. Sebenarnya, pelbagai usaha telah diambil untuk

    mengatasi fenomena negatif sebelum ini tetapi usaha tersebut bagai hujan jatuh ke pasir kerana

    usaha yang diambil tidak berterusan serta tidak berkekalan. )leh itu, usaha baik yang diambil

    oleh setiap pihak perlulah dilakukan secara konsisten dan bukanlah hangat-hangat tahi ayam

    sahaja.