istem liga.docx

6
istem Liga : Susunan Pertandingan Liga Susunan Pertindangan Sistem Liga Penyusunan jadual amat penting sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Dalam pertandingan liga, pasukan pertama akan ditetapkan kedudukannya dan pasukan seterusnya akan disusun mengikut pusingan jam atau pusingan lawan jam seperti berikut: PUSINGAN JAM . A lawan B . F lawan C . E lawan D PUSINGAN LAWAN JAM . B lawan A . C lawan F . D lawan E Contoh susunan 6 buah pasukan bagi sistem pertindangan liga adalah seperti berikut: Pusingan 1 1. A X

Upload: d-nes-wari-perumaly

Post on 13-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kokurikulum

TRANSCRIPT

Page 1: istem Liga.docx

istem Liga : Susunan Pertandingan Liga

Susunan Pertindangan Sistem LigaPenyusunan jadual amat penting sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Dalam pertandingan liga, pasukan pertama akan ditetapkan kedudukannya dan pasukan seterusnya akan disusun mengikut pusingan jam atau pusingan lawan jam seperti berikut:

PUSINGAN JAM

. A lawan B

. F lawan C

. E lawan D

PUSINGAN LAWAN JAM

. B lawan A

. C lawan F

. D lawan E

Contoh susunan 6 buah pasukan bagi sistem pertindangan liga adalah seperti berikut:

Pusingan 1

           1.        A X B

           2.       F X C

           3.       E X D

Page 2: istem Liga.docx

       

Pusingan 5

            13.     A X C

            14.   B X D

            15.   F X E

Penentuan Kedudukan Sistem LigaKedudukan sesebuah pasukan atau keputusan pertandingan akan ditentukan dengan pengiraan mata. Pasukan yang menang akan diberi 3 mata; seri 1 mata dan kalah 0 mata. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi akan ditetapkan sebagai jihan dan diikuti pula dengan pasukan yang ke-2; ke-3 dan seterusnya. Jika terdapat dua buah pasukan dengan bilangan mata yang sama, maka bilangan jaringan terbanyak akan diambil kira.

Contoh jadual yang menentukan kedudukan:PASUKAN P M S K J G MATA KEDUDUK

ANSMK Banang Jaya 3 2 1 0 6 2 3 2SMK Tun Ismail 3 2 1 0 10 1 3 1

SMK Tengku Mahmood Iskandar

3 1 0 2 3 6 2 3

SMK Senggarang 3 0 0 3 0 4 0 4

Petunjuk :     P – Jumlah perlawanan   S – Bilangan seri    J – Bilangan jaringan dibuat                    M – Bilangan menang      K - Bilangan kalah     G – Bilangan jaringan bolos

LIGA KUMPULANPertindangan liga kumpulan diadakan jika banyak kumpulan mengambil bahagian. Pasukan tersebut akan dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan mengikut bpertandingan liga kumpulan seperti liga 4 kumpulan;

Pusingan 2

           4.        A X F

           5.       E X B

           6.       D X C

Pusingan 3

            7.        A X E

            8.       D X F

            9.       C X B

Pusingan 4

           10.     A X D

           11.   C X E

           12.   B X F

Page 3: istem Liga.docx

liga 3 kumpulan; liga 2 kumpulan dan liga 1 kumpulan. Tiap-tiap satu kumpulan terdiri daripada 3 hingga 5 buah pasukan. Setiap pasukan akan bermain dengan semua pasukan lain dalam kumpulan masing-masing. Pembahagian mata adalah sama seperti pertandingan liga terbuka. Johan setiap kumpulan akan mewakili kumpulan masing-masing dalam pusingan akhir. Jika terdapat 4 kumpulan, maka 4 pasukan yang menjadi johan dalam setiap kumpulan layak ke pusingan akhir.

(a) Liga 4 Kumpulan Dalam sistem liga 4 kumpulan, pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Semua pasukan akan bermain dalam kumpulan masing-masing. Johan daripada setiap kumpulan akan bermain dalam pusingan separuh akhir. Pasukan yang kalah di dalam pusingan separuh akhir akan bermain bagi menentukan tempat ke-3 dan ke-4. Pasukan yang menang dalam seperuh akhir akan bermain ke peringkat akhir untuk menentukan johan dan naib johan.

Contoh susunan pasukan dalam liga 4 kumpulan:Kumpulan W Kumpulan X Kumpulan Y Kumpulan Z

Johan Naib Johan Ke-3 Ke-4Undian Undian Undian UndianUndian Undian Undian UndianUndian Undian Undian UndianUndian Undian Undian Undian

(b) Liga 3 KumpulanDalam sistem liga 3 kumpulan, pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagiak kepada 3 kumpulan. Semua pasukan akan bermain dalam kumpulan masing-masing. Kemudian johan dan naib johan dari setiap kumpulan akan bermain dalam pusingan seterusnya iaitu bagi kumpulan A dan B. Johan dan naib johan dalam setiap kumpulan akan dimasukan dalam kumpulan A dan B mengikut syarat pertandingan yang dipersetujui.

Susunan pasukan dalam liga 3 kumpulan:Kumpulan M Kumpulan N Kumpulan O

Johan Naib Johan Ke-3Undian Undian UndianUndian Undian Undian

Kedudukan pasukan bagi pusingan seterusnya adalah seperti berikut:Kumpulan A Kumpulan B

Johan Kumpulan M Naib Johan Kumpulan MNaib Johan Kumpulan N Johan Kumpulan N

Page 4: istem Liga.docx

Johan Kumpulan O Naib Johan Kumpulan O

Seterusnya, pasukan yang menang akan bermain dalam pusingan yang akhir dimana, Johan Kumpulan A akan bertemu Naib Johan Kumpulan B dan Naib Johan Kumpulan A akan bertemu Johan Kumpulan B. Pasukan yang menang akan bertemu di pusingan akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan kumpulan, manakala pasukan kalah akan bermain menentukan tempat ke-3 dan ke-4.

(c) Liga 2 KumpulanPasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Semua pasukan akan bermain dalam kumpulan masing-masing. Kemudian Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan akan bermain di pusingan separuh akhir. Pasukan yang kalah di separuh akhir akan bermain untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4 sementara pasukan yang menang di seperuh akhir pula akan bermain untuk menentukan Johan dan Naib Johan keseluruhan.

Kumpulan X Kumpulan YJohan Naib JohanKe-4 Ke-3

Undian UndianUndian Undian

Pertindang liga 2 kumpulan sesuai untuk pertandingan antara bangsa atau profesional.

(d) Liga 1 Kumpulan

Page 5: istem Liga.docx

Sistem liga 1 kumpulan digunakan jika jumlah pasukan yang bertanding tidak melebihi 5 pasukan. Faktor-faktor yang dipertimbangkan untuk menggunakan sistem ini ialah:

(i)                  jumlah pasukan yang kecil(ii)                tempoh masa yang diperuntukan(iii)               sumber kewangan yang diperuntukan(iv)              kemudahan yang ada(v)                jumlah pegawai

Dalam sistem ini, pasukan yang mendapat mata tertinggi dikira Johan.

Kebaikan dan Keburukan Sistem LigaKEBAIKAN KEBURUKAN

Setiap pasukan berpeluan bermain dari sekali

Mengambil masa yang panjang

Banyak perlawanan dapat dijalankan

Memerlukan kos perbelanjaan yang lebih banyak

Pasukan yang kalah di dalam perlawanan awal berpeluang menjadi johan

Menjadikan perlawanan kurang menarik kerana johan pertandingan dapat diramal

Menghasilkan pemenang yang mutlak

Bilangan permainan yang banyak

Sistem ini dapat mengekalkan minat pertandingan dan penyertaan -Peluang untuk bermain adalah dengan sepuas hati -

Posted by Alessandro Costacurta at 5/06/2012 11:28:00 am