israk mikraj roh atau jasad

Upload: zamzam

Post on 30-May-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 ISRAK MIKRAJ Roh Atau Jasad

    1/3

    ISRAK MIKRAJ - Roh dan Jasad

    IMAM Nawawi seorang tokoh perundangan dalam Islam, menyatakan dalamkitabnya Syarah Muslim: Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama

    fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau ilmutauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama dahulu dan

    mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diisrak dan dimikrajkan oleh AllahSWT dengan roh dan jasadnya sekali. Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar mempunyai

    pendapat yang sama dalam perkara tersebut.

    Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Israk Mikraj Nabi S.A.W

    dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Israk dan Mikraj agung itu bukan

    atas usaha ikhtiar Nabi s.a.w sendiri, sebaliknya Nabi s.a.w menghebahkan kepadaorang ramai bahawa baginda telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah SWT bersama

    malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah SWT bernama buraq iaitu

    kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatupengembaraan Nabi s.a.w dalam perisitiwa bersejarah diisrak dan dimikrajkan ke

    langit. Ini bermakna bahawa Israk Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan

    Nabi s.a.w untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah SWT berlakuke atas diri Nabi s.a.w dengan dibantu oleh malaikat Jibril.

    Allah SWT melalui firmanNya dalam ayat pertama surah Al Isra', menjelaskan

    tentang peristiwa Israk memulakan dengan kalimah Subhana "Maha Suci Allah."Ertinya, Allah SWT itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan.

    Sekalipun peristiwa Isra Mikraj itu perkara luar biasa(ajaib) di sisi akal manusia,tetapi bagi Allah SWT Yang Maha Suci dari sifat kelemahan, maka Dia boleh

    melakukan apa jua perkara pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahilbagiNya.

    Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar Nabi s.a.w bermimpi pergi ke Baitul

    Muqaddis dan juga mimpi naik ke langit, maka kaum musyrikin Makkah tidak akanmarah dan mempersenda Nabi s.a.w, kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua

    orang. Bukan Nabi Muhammad sahaja yang boleh bermimpi naik ke langit, bahkanorang yang bukan taraf nabi pun boleh bermimpi serupa itu juga.

    Apabila kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian

    menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku kepada roh dan juga jasad NabiMuhammad s.a.w ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa Nabi

    diisrak dan dimikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Bukannya bermimpi pergike langit, kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan

    orang bersengketa kerana mimpi bukan isu yang patut dipertikaikan.

    Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja, maka

    tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy cabar Nabi untuk membuktikankebenaran ceritanya dengan menerangkan rupa bentuk masjid Al-Aqsa serta jumlah

    pintu, tiang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut. Jika hanyadengan bermimpi, tidak mungkin Nabi s.a.w mampu menjawab semua soalan kaum

    musyrikin yang mengkehendaki Nabi Muhammad menjawab dengan lengkapkeadaan rupabentuk masjid Al-Aqsa itu.

    Pertanyaan kaum musyrikin mengenai keadaan rupabentuk masjid Al- Aqsa dengan

    tujuan untuk memerangkap, kerana mereka yakin seratus peratus bahawa Nabi

  • 8/14/2019 ISRAK MIKRAJ Roh Atau Jasad

    2/3

    s.a.w tidak pernah menjejakkan kaki ke Baitul Muqaddis. Sebaliknya apabila semuapertanyaan telah dijawab dengan betul, maka kaum musyrikin menjadi panik dan

    kebingungan. Mereka tahu bahawa Muhammad s.a.w sebelum peristiwa yangmenggemparkan itu, sememangnya tidak pernah pergi ke Baitul Muqaddis, tetapi

    mereka hairan bagaimana Nabi boleh menjawab semua pertanyaan berhubungmasjid Al-Aqsa itu.

    Mereka telah hilang punca, kecuali mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabiadalah seorang ahli sihir, bagi mereka hanya ahli sihir sahaja yang boleh berbuat

    demikian.

    Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi s.a.w tentang rupabentuk masjid Al-Aqsa,

    kerana Nabi s.a.w sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril untuk menunaikansolat dua rakaat. Setelah selesai solat, Nabi s.a.w telah dihidangkan dua bejana yang

    mengandungi dua jenis minuman, satu bejana mengandungi susu dan satu bejanalagi mengandungi arak. Setelah itu, Nabi s.a.w mengambil bejana yang

    mengandungi susu, dan tindakan Nabi memilih bejana mengandungi susu mendapatsanjungan dari Jibril kerana menepati fitrah manusia. Sesi minuman itu dalam masa

    yang singkat, selepas itu Nabi s.a.w naik ke langit bersama Jibril dengan kenderaanBuraq.

    Tidak terfikir oleh Nabi s.a.w untuk melihat persekitaran masjid Al-Aqsa, jauh sekali

    hendak mengingat jumlah pintu dan jumlah tiang serta lain-lain perkara yangberhubung masjid Al-Aqsa. Bagaimanapun Allah SWT tidak membiarkan Nabi dan

    RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cubahendak memalukannya. Ketika Nabi Muhammad agak termangu dengan pertanyaan

    puak musyrikin, Allah SWT datangkan Masjid Al-Aqsa ke hadapan Nabi s.a.w yang

    sedang berdiri pada HIjir Ismail. Justeru itu Nabi dapat melihat masjid Al-Aqsadengan jelas, sehingga begitu mudah Nabi menjawab semua pertanyaan puak

    musyrikin dengan tepat.

    Kejadian Israk Mikraj yang berlaku kepada Nabi s.a.w sememangnya suatu peristiwa

    yang sukar untuk difahami oleh akal dan fikiran manusia secara biasa. Persoalannyabagaimana Nabi naik ke langit dengan kenderaan Buraq yang terdedah kepada

    persekitaran angkasa lepas, ia boleh membahayakan fizikal manusia biasa. Nabimenempuhnya tanpa sebarang persiapan untuk maksud tersebut, sebaliknya Nabi

    s.a.w diarah oleh Tuhan secara mendadak untuk misi Israk dan Mikraj ke langit yangditemani oleh malaikat Jibril.

    Bayangkanlah, ketika manusia mencipta kapal terbang untuk pengangkutan udara,mereka terpaksa mengkaji bertahun-tahun untuk membolehkan manusia berada

    dalam pesawat udara pada kadar ketinggian tertentu dan masa yang agak lama.

    Bukan saja keselamatan pesawat tetapi juga keselamatan penumpang menjadi

    keutamaan.

    Tetapi Nabi s.a.w ke langit yang tertinggi iaitu ke Sidratul Muntaha dengan tidak ada

    kawalan fizikal, suatu tempat yang malaikat Jibril pun tidak boleh sampai padanya.Allah SWT izinkan RasulNya Muhammad s.a.w menjejakkan kaki ke tempat yang

    amat tinggi itu tanpa pakaian keselamatan (menurut istilah sekarang), sekadarpakaian biasa yang ada pada tubuh Nabi ketika itu.

  • 8/14/2019 ISRAK MIKRAJ Roh Atau Jasad

    3/3

    Dengan kelajuan seperti kilat menyambar, kenderaan Buraq terdedah kepadapersekitaran angkasa lepas yang tidak mampu dilalui oleh manusia biasa. Tetapi Nabi

    s.a.w selamat pergi dalam peristiwa Israk Mikraj itu, dan selamat pulang setelahmeredah angkasa raya hanya dalam masa satu malam sahaja. Nabi s.a.w telah

    menjejakkan kaki ke bumi Makkah menjelang subuh.

    Keadaan luar biasa itu sebenarnya adalah mukjizat Allah yang dikurniakan kepadaNabi Muhammad s.a.w, mukjizat itulah yang amat sulit untuk difahami. PeristiwaIsrak Mikraj yang amat menakjubkan, mendorong golongan kafir musyrikin Makkah

    semakin hebat mempersenda Nabi s.a.w setelah gagal untuk menafikan peristiwatersebut.