islamisasi di malaysia

8
Islamisasi Di Malaysia : Satu Sorotan Pencapaian (Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari, 3 Oktober 2001) BAB 1 : PENGERTIAN ISLAMISASI Pengertian Islam Secara Ringkas Islam ialah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umatnya sebagai satu cara hidup yang sempurna. Ia dibawa oleh nabi terakhir yang diutuskan iaitu nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lampau di Tanah Arab. Allah SWT berfirman (yang bermaksud) : “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. 1[1] Di sisi Allah SWT, hanya agama Islam sahaja yang diiiktiraf dan orang-orang yang menganuti satu cara hidup atau agama selain daripada Islam tidak akan selamat di akhirat kelak. Inilah yang ditegaskan olehNya di dalam Al-Quran : “Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang- orang yang rugi.” 2[2] Syariat Islam adalah merupakan satu cara hidup yang global dan bersesuaian pada setiap masa dan tempat. Ia tidak dibataskan dengan batasan-batasan budaya kerana ia dilengkapkan dengan cara hidup dan sistem yang begitu sempurna. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya yang bermaksud : “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” 3[3] Pengertian Islamisasi Islamisasi ialah merujuk kepada satu proses meng’islam’kan sesuatu dengan memasukkan nilai-nilai suci yang terdapat di dalam ajaran Islam. Akhiran ‘si’ pada perkataan tersebut itulah yang membuktikan ianya merupakan satu proses sebagaimana akhiran ‘isme’ merujuk kepada ideologi. Dalam konteks Malaysia, Islamisasi diertikan sebagai proses menerapkan nilai-nilai Islam dalam segenap segi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. BAB 2 : ISLAM DI TANAH MELAYU SEBELUM PENJAJAHAN Sekitar Kemunculan Kerajaan Melayu Melaka Pada tahun 1000, kerajaan besar pertama Melayu ialah Sri Wijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera. Wilayah pemerintahannya termasuk Semenanjung Tanah Melayu. Sri Wijaya juga berjaya menakluki Jawa yang ketika itu di bawah pemerintahan kerajaan Mataram. Namun begitu, pada tahun 1017, India di bawah Raja Rajendran Chola menyerang Sri Wijaya dan menakluki Tanah Melayu selama 20 tahun. Inilah keadaannya sepanjang kurun pertama hingga ketiga alaf ini iaitu abad ke-11 hingga ke-13 (dari tahun 1000 hingga 1200). Di penghujung kurun ke-13, empayar Sri Wijaya berada dalam keadaan lemah hingga dijatuhkan oleh kerajaan Singhasari dari Jawa pimpinan Raja Kertanegara. Kelemahan Sri Wijaya mengakibatkan kerajaan Siam menganggap Tanah Melayu sebahagian daripada wilayahnya. Namun begitu, suatu perubahan budaya sedang berlaku terhadap bangsa Melayu dan permulaannya ialah apabila raja Pasai di Sumatera memeluk Islam pada tahun 1295. Pada awal kurun ke-15, banyak lagi kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera memeluk Islam di mana Acheh menjadi Islam pada tahun 1400. Kurun ini menyaksikan pembentukan kerajaan besar yang pertama di Tanah Melayu iaitu apabila Parameswara, yang berketurunan raja-raja Sri Wijaya menubuhkan kerajaan Melaka pada tahun 1402. Melaka menjadi kerajaan Melayu yang bersifat internasional apabila diiktiraf oleh China. Pada tahun 1404, Melaka menghantar duta ke Beijing. Ini diikuti oleh kunjungan Laksamana Cheng Ho ke Melaka. Sementara 1[1] Surah Al-Maidah, ayat 3 2[2] Surah Ali-Imran ayat 85 3[3] Surah Al-Anbia’, aat 107

Upload: alexander

Post on 15-Jun-2015

2.760 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Islamisasi Di Malaysia

Islamisasi Di Malaysia : Satu Sorotan Pencapaian(Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari, 3 Oktober 2001)

BAB 1 : PENGERTIAN ISLAMISASI

Pengertian Islam Secara Ringkas

Islam ialah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umatnya sebagai satu cara hidup yang sempurna. Ia dibawa oleh nabi terakhir yang diutuskan iaitu nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lampau di Tanah Arab. Allah SWT berfirman (yang bermaksud) :“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.1[1]”

Di sisi Allah SWT, hanya agama Islam sahaja yang diiiktiraf dan orang-orang yang menganuti satu cara hidup atau agama selain daripada Islam tidak akan selamat di akhirat kelak. Inilah yang ditegaskan olehNya di dalam Al-Quran :“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”2[2]

Syariat Islam adalah merupakan satu cara hidup yang global dan bersesuaian pada setiap masa dan tempat. Ia tidak dibataskan dengan batasan-batasan budaya kerana ia dilengkapkan dengan cara hidup dan sistem yang begitu sempurna. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya yang bermaksud :“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”3[3]

Pengertian Islamisasi

Islamisasi ialah merujuk kepada satu proses meng’islam’kan sesuatu dengan memasukkan nilai-nilai suci yang terdapat di dalam ajaran Islam. Akhiran ‘si’ pada perkataan tersebut itulah yang membuktikan ianya merupakan satu proses sebagaimana akhiran ‘isme’ merujuk kepada ideologi. Dalam konteks Malaysia, Islamisasi diertikan sebagai proses menerapkan nilai-nilai Islam dalam segenap segi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

BAB 2 : ISLAM DI TANAH MELAYU SEBELUM PENJAJAHAN

Sekitar Kemunculan Kerajaan Melayu Melaka

Pada tahun 1000, kerajaan besar pertama Melayu ialah Sri Wijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera. Wilayah pemerintahannya termasuk Semenanjung Tanah Melayu. Sri Wijaya juga berjaya menakluki Jawa yang ketika itu di bawah pemerintahan kerajaan Mataram.

Namun begitu, pada tahun 1017, India di bawah Raja Rajendran Chola menyerang Sri Wijaya dan menakluki Tanah Melayu selama 20 tahun.

Inilah keadaannya sepanjang kurun pertama hingga ketiga alaf ini iaitu abad ke-11 hingga ke-13 (dari tahun 1000 hingga 1200). Di penghujung kurun ke-13, empayar Sri Wijaya berada dalam keadaan lemah hingga dijatuhkan oleh kerajaan Singhasari dari Jawa pimpinan Raja Kertanegara.

Kelemahan Sri Wijaya mengakibatkan kerajaan Siam menganggap Tanah Melayu sebahagian daripada wilayahnya. Namun begitu, suatu perubahan budaya sedang berlaku terhadap bangsa Melayu dan permulaannya ialah apabila raja Pasai di Sumatera memeluk Islam pada tahun 1295. Pada awal kurun ke-15, banyak lagi kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera memeluk Islam di mana Acheh menjadi Islam pada tahun 1400.

Kurun ini menyaksikan pembentukan kerajaan besar yang pertama di Tanah Melayu iaitu apabila Parameswara, yang berketurunan raja-raja Sri Wijaya menubuhkan kerajaan Melaka pada tahun 1402. Melaka menjadi kerajaan Melayu yang bersifat internasional apabila diiktiraf oleh China. Pada tahun 1404, Melaka menghantar duta ke Beijing. Ini diikuti oleh kunjungan Laksamana Cheng Ho ke Melaka. Sementara Sultan Melaka mengadakan lawatan rasmi ke China pada tahun 1411. Tetapi perubahan yang besar kepada pemantapan jati diri bangsa Melayu berlaku pada tahun 1414 apabila Sultan Melaka memeluk agama Islam dan menjadikan kerajaannya sebuah pemerintahan Islam.

Menurut ahli sejarah, ada dua pengaruh besar dunia yang mendorong kepada Islamisasi kerajaan Melaka. Ketika itu, Islam sedang mara di Asia. Dengan pemerintahan Khalifah Uthmaniah berpusat di Istanbul menjadi kuasa dunia dan menguasai laluan laut, sudah tentu saudagar-saudagar Islam yang membawa perdagangan dan pelaburan akan mengutamakan pelabuhan Islam.

Satu demi satu pelabuhan di Sumatera menjadi Islam. Kalau Melaka mahu menarik perdagangan dan pelaburan Islam, maka sewajarnya Melaka menjadi pelabuhan Islam. Di China pula, Dinasti Ming yang memerintah mempunyai birokrasi yang dikuasai oleh orang Islam. Termasuklah Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam.

Dalam suasana ini, Sultan Melaka memeluk Islam dan menggariskan masa depan jati diri Melayu. Apabila empayar Melaka menjadi luas meliputi keseluruhan Tanah Melayu, Temasik, Sumatera, Jawa dan Kalimantan menjadikan kurun ke-15 sebagai pembentukan bangsa Melayu yang berbudaya Islam. Di sini jugalah muncul Hang Tuah dan kawan-kawannya sebagai penyerlahan jiwa wira Melayu.

1[1] Surah Al-Maidah, ayat 32[2] Surah Ali-Imran ayat 853[3] Surah Al-Anbia’, aat 107

Page 2: Islamisasi Di Malaysia

Pelaksanaan Undang-undang Islam di Melaka

Kewujudan Empayar Melayu Melaka dengan segala kehebatannya amat berkait rapat dengan pengamalan hukum-hukum Islam. Pemerintah Melaka amat menghormati ajaran Islam dan menjadikan istana sebagai pusat perkembangan Islam. Peranan Islam begitu penting ketika itu apabila ia dijadikan syarat untuk menjawat jawatan tinggi dalam hiraki pentadbiran di Melaka. Contohnya, pemimpin dikehendaki mengetahui dan memahami Hukum Kanun Melaka.

Undang-undang Melaka yang disusun lengkap dan dijadikan undang-undang pemerintahan terbahagi kepada dua bahagian :

a. Hukum Kanun Melaka : Ia mengandungi Undang-undang Jenayah, Undang-undang Muamalah, Undang-undang Keluarga, Undang-undang Keterangan dan Acara syarat-syarat menjadi pemerintah serta tanggungjawab terhadap pemerintahan4[4]

b. Undang-undang Laut Melaka : Ia berhubung dengan peraturan pelayaran dan perniagaan, kesalahan jenayah perniagaan dan bidang kuasa nakhoda kapal serta kes-kes yang berkaitan.

Di dalam Hukum Kanun Melaka, undang-undang jenayah terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Qisas, Hudud, Ta’zir dan Diat5[5]. Perlu juga disebut di sini bahawa selain daripada undang-undang Islam yang diamalkan di Melaka, bumi semenanjung Tanah Melayu juga pernah menyaksikan kewujudan undang-undang Melayu Lama yang berasaskan Islam seperti Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Kedah, Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak, Undang-undang Sungai Ujong dan Undang-undang Johor. Dalam pemerintahan baginda Umar di Terengganu pada tahun 1837, Undang-undang Jenayah Islam seperti hudud, qisas, dan diat dijalankan. Segala bentuk maksiat termasuk judi dilarang sama sekali. Begitu juga dengan Undang-undang Jenayah di mahkamah negeri Kedah, ia diperuntukkan oleh Criminal Procedure Code 1919 (1336H) menyatakan bahawa kesalahan bagi melakukan kecederaan parah boleh dijatuhkan hukuman diat dan qisas.

Sebagai kesimpulan, sebelum era penjajahan bermula di Semenanjung Tanah Melayu, masarakat sudah hidup di bawah naungan undang-undang Islam terutamanya di Melaka. Di bawah pelaksanaan undang-undang ini, Kerajaan Melayu Melaka menjadi kerajaan dan kuasa Islam yang berpengaruh di rantau Asia Tenggara. Sejarah Melaka dijadikan rujukan untuk membuktikan bahawa sistem hidup yang dianjurkan oleh Allah merupakan undang-undang tempatan dan negeri yang telah diterima pakai sebelum kedatangan penjajah lagi. Undang-undang ini mampu melewati sempadan masa dan tempat apabila ia sekali lagi mengulang model kepimpinan Rasulullah di Madinah sekalipun tidak seratus peratus. Kemajukan masyarakat sama sekali tidak boleh dijadikan helah untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam.

BAB 3 : ISLAM DI TANAH MELAYU PADA ERA PENJAJAHAN

Sejarah Dan Matlamat Kedatangan Penjajah

Penjajah buat pertama kalinya bertapak di Tanah Melayu ialah pada tahun 1511 dengan kedatangan Portugis untuk menjajah Melaka. Bagi penjajah ini sendiri, mereka datang dengan membawa matlamat untuk mengaut kekayaan bangsa Melayu serta menghancurkan kekuatan dan ketuanan Islam. Bagi penjajah Portugis, mereka datang dengan membawa semangat perseteruan lama iaitu permusuhan antara Islam-Kristian. Menurut Harrison sebagaimana yang dipetik oleh Abdullah Ishak (1990)6[6], bagi Portugis kemaraan ke sebelah Timur bukanlah semata-mata kerana peperangan di sepanjang jalan perdagangan di Asia tetapi juga satu kemaraan pergerakan peran suci di antara agama Kristian dengan Islam. Melaka pada ketika itu merupakan pusat penyebaran agama dan pendidikan Islam di rantau ini. Penaklukan ke atasnya merupakan satu jalan bagi menghapuskan perkembangan Islam di samping menghidupkan kembali fahaman Kristian.

Setelah berakhirnya penjajahan Portugis di Melaka, maka tamatlah penjajahan Kristian Katolik dan kemudiannya datang pula penjajah Belanda dengan membawa mazhab Protestan. Walaupun aliran yang dibawa oleh Belanda adalah satu aliran lain yang bertentangan dengan Portugis, ia tetap merupakan ancaman kepada Islam.

Selepas perjanjian 1824, Inggeris pula datang membawa bendera Kristian ke Tanah Melayu. Di bawah penjajahan Inggeris inilah berlakunya gerakan Kristianisasi secara besar-besaran di Tanah Melayu. Sekalipun orang-orang Islam tidak dikristiankan, namun dalam aspek lain, penjajah telah berjaya membawa umat Islam untuk melihat Islam dari kacamata yang amat sempit.

Agenda-agenda Penjajah Yang Mengugat Ketuanan Islam Di Tanah Melayu

Adalah menjadi satu perkara yang tidak perlu dihairankan lagi apabila penjajah Barat melancarkan pelbagai fitnah di tanah jajahan mereka. Ini adalah dengan harapan matlamat penjajahan mereka kerana agama, politik dan kebudayaan akan terhasil setelah negeri tersebut diberi kemerdekaan. Di Tanah Melayu khususnya, sejarah telah menyaksikan bahawa penjajahan telah berusaha sedaya upaya bagi memastikan usaha mereka menanggalkan Islam dari penduduk tempatan berhasil. Antara usaha-usaha mereka ialah :

1) Menterjemah Kitab Injil : Pada zaman kekuasaan Belanda, usaha untuk mengkristiankan orang-orang Islam secara terang-terangan dilakukan tetapi bukan dengan cara kekerasan seperti yang dilakukan oleh Portugis. Menerusi dasar kebebasan menyebar agama, penjajah Belanda didapati telah membiarkan kegiatan menyebar terjemahan kitab Injil dalam bahasa Melayu. Dengan langkah ini, amat nyata sekali satu pendekatan bersungguh-sungguh telah dilakukan oleh Belanda dalam usaha kristianisasi.

Ustaz Abdul Baasir Alias dalam bukunya Ancama Nasionalis Sekular Ekstrim Di Malaysia menyebut : “Terjemahan oleh Dr. Mekhior Leidekler dalam tahun 1733, telah diterima sebagai satu hasil terjemahan yang standard dan digunakan dengan meluasnya pada abad ke-18 dan ke-19 di Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia. Kegiatan menterjemah Injil ini telah terus meningkat dengan munculnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu selepas merdeka dapat menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Melaka pada tahun 1795.

4[4] Prof Ahmad Mohamed Ibrahim Ahilemah Joned (1987), Sistem Undang-undang Di Malasia, Kuala Lumpur. DBP. Hlm : 115[5] Yusuf Iskandar dan Abdul Rahman Kaeh (1978). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (asia Ltd. Hlm : 175.6[6] Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), Islam di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya, al-Rahmaniah, hlm. 164.

Page 3: Islamisasi Di Malaysia

Stamford Raffles ialah seorang tokoh penjajah Inggeris yang terlibat secara langsung dalam kegiatan mengembangkan agama Kristian menerusi kegiatan menyebar terjemahan kitab Injil.

Dalam tahun 1852 versi terjemahan dalam tulisan rumi dan jawi diterbit dan disebarkan dengan meluas di Tanah Melayu. Stamford Raffles juga merupakan seorang penyokong kuat usaha para mubaligh Protestant dari Pertubuhan Mubaligh London yang berhasrat untuk mendirikan pusat percetakan di Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Betawi.

Selain mencetak terjemahan Injil, kegiatan percetakan ini juga menerbitkan majalah-majalah Melayu yang mengandungi pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang diselitkan dengan propaganda Kristian untuk tujuan pengembangan agama di Tanah Melayu. Sekitar tahun 1821 – 1905 berbagai majalah diterbitkan seperti Buletin Arifin, Cermin Mata, Sahabat dan Warta Melayu. Kegiatan menyebarkan bahan propaganda Kristian ini kemudiannya telah disertai oleh para paderi Protestant dari Amerika Syarikat yang mewakili Lembaga Pesuruhjaya-pesuruhjaya Amerika di Luar Negeri (the America Board of Commisioners of Foreign Missions).

2) Merubah sistem pendidikan Islam kepada sistem sekular Barat : Pada tahun 1854, pentadbiran sekolah-sekolah al-Quran telah diambil alih. Pengajian dibiayai dengan diberi bantuan penuh di seluruh negeri-negeri Melayu dan negeri Selat. Kurikulum diubahsuai. Akhirnya pentadbiran dan perjalanan sekolah tersebut berubah corak. Masa persekolahan dibahagi kepada dua sessi ; iaitu sessi pagi dan petang. Sessi pagi dikhususkan dengan pelajaran akademik dan dikenali sebagai Sekolah Melayu. Manakala sesi petang pula diajar pelajaran agama dan dikenali sebagai Sekolah Al-Quran. Guru-guru akademik dibiayai oleh kerajaan manakala guru-guru Al-Quran dibiayai oleh ibu bapa sendiri.7[7]

Pada zahirnya, tindakan pejajah mengadakan sistem pendidikan yang lebih baik ialah untuk menyingkap tabir kejahilan bangsa yang dijajah namun dalam masa yang sama mereka sebenarnya telah menyerapkan ideologi-iedelogi yang sama sekali bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Pemisahan antara kelas Al-Quran dan akademik sebenarnya adalah lambang kepada pemisahan antara agama dan keduniaan.

Berdasarkan kepada fakta inilah, boleh dibuat kesimpulan bahawa kewujudan Sekolah Melayu adalah hasil cantuman benih penjajah dengan Sekolah Al-Quran yang telah diambil alih oleh Inggeris. Apabila Tanah Melayu hampir mencapai kemerdekaan, dasar pelajaran dikaji semula untuk mewujudkan identiti kebangsaan serta falsafah hidup yang bercorak kebangsaan. Kajian semula dasar pelajaran kebangsaan iu dikenali sebagai Laporan Razak dan akhirnya diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1957. Dengan penguatkuasaan itu lahirlah suatu instituti baru yang beraliran kebangsaan terkenal sebagai ‘Sekolah Menengah Kebangsaan’ yang memperuntukkan juga mata pelajaran Agama Islam menjadi satu unit dari kurikulumnya sehingga ke hari ini.

3) Menanam fahaman sekular dalam sistem undang-undang : Proses kristianisasi atau sekularisasi dalam undang-undang bermula di zaman kolonialisme Inggeris. Tokoh yang mempeloporinya ialah Stamford Raffles. Dalam laporan awal kepada kerajaan India pada tahun 1823 beliau menyatakan bahawa 12 orang majistret yang dilantiknya akan menggunakan undang-undang Inggeris dalam keputusan-keputusan mereka.8[8]

Sejarah awal kemasukan undang-undang Inggeris ke negeri ini bermula dengan kedatangan Francis Light. Beliau telah berjaya mengadakan perundingan dengan Sultan Kedah bagi menguasai Pulau Pinang9[9]. Berikutan dengan penyerahan pulau tersebut beberapa piagam keadilan (charter of justice) telah diadakan bermula dengan Piagam Keadilan Pertama 1807. Piagam ini membawa masuk undang-undang Inggeris ke Pulau Pinang.

Pemencilan fungsi undang-undang Syariah boleh dilihat dengan lebih jelas di dalam Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian tersebut menegaskan bahawa semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen Inggeris, kecuali soal-soal agama dan adat istiadat Melayu telah disempitkan skopnya. Perjanjian ini diperluaskan lagi dengan terbentuknya Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895 di samping Negeri-negeri Selat.

Daripada apa yang telah dinyatakan itu, dapatlah diambil satu kesimpulan bahawa kedatangan penjajah khususnya British telah membawa perubahan besar dalam pentadbiran negara. Mereka membawa masuk sistem sekular yang memisahkan antara agama dan kehidupan dunia khususnya pentadbiran negara. Sistem ini sebenarnya tidak pernah difahami oleh orang Melayu sejak memeluk Islam. Hasil daripada pemikiran inilah maka berlakulah dua corak dalam pentadbiran negara iaitu yang berbentuk agama dan tidak berbentuk agama. Dalam pentadbiran undang-undang, maka lahirlah Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Dalam urusan pentadbiran, maka lahirlah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu yang menguruskan urusan dan kegiatan agama sementara urusan pentadbiran harian biasa berada di bawah pentadbiran induk negeri.

Manakala dari segi akidahnya, umat Islam sudah melihat agama Islam dari sudut pandangan yang amat sempit. Islam yang merupakan agama cara hidup dianggap hanya sebagai satu upacara spiritual dalam majlis-majlis tertentu sahaja. Selain daripada itu, Islam sama sekali tidak mempunyai sebarang nilai dalam aktiviti harian mereka.

BAB 4 : ISLAM SELEPAS MERDEKA DAN PROSES ISLAMISASI

Pada bab inilah kami akan menyentuh mengenai proses Islamisasi yang berlaku di Malaysia. Setelah kita mengetahui mengenai sejarah susur galur Islam di Tanah Melayu yang kemudiannya digelar sebagai Malaya seterusnya Malaysia, maka tidaklah merupakan satu perkara yang sukar untuk kita memahami kenapakah berlakunya proses Islamisasi di Malaysia dan faktor-faktor yang menghalang proses ini dari terus tersebar. Namun demikian, perbincangan mengenai proses Islamisasi selepas kemerdekaan tidak lari daripada membincangkan mengenai :

7[7] ?[7] Dr. Haji Abdullah Ishak (1990), Islam di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya, al-Rahmaniah, hlm. 173.8[8] Abdul Rahman Hj. Abdullah, Pemikiran Islam Masa Kini : Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur : DBP & Kementerian Pendidikan Malaysia. Hlm. 153.9[9] Ustaz Abdul Baasir Alias, Ancaman Nasionalis Sekular Ekstrim Di Malaysia, hlm 63

Page 4: Islamisasi Di Malaysia

1. Sejarah UMNO sendiri selaku parti utama yang memerintah selepas kemerdekaan.

2. Perlembagaan Malaysia dan proses penggubalannya yang jelas sekali menunjukkan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara Islam.

Kemunculan UMNO Di Persada Sejarah Dan Pertentangannya Dengan PAS : Satu Analisis Secara Umum

Apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, kerajaan British mengambil alih semula pentadbiran di Tanah Melayu. Namun, kedatangan mereka kali ini dengan membawa satu agenda yang besar iaitu Malayan Union. Melalui perjanjian Malayan Union, kuasa raja-raja Melayu terhapus sekaligus Persekutuan Tanah Melayu akan terus menjadi jajahan British. Inilah antara sebab kenapa bangsa Melayu sedar betapa perlunya bangsa Melayu berpolitik demi untuk mengembalikan kemerdekaan tanah air. Akhirnya lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO. Jika dilihat kepada senarai pimpinan UMNO ketika itu, dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa UMNO ialah sebuah parti politik yang dikuasai oleh golongan feudal. Perjuangan UMNO ketika itu hanyalah menumbangkan Malayan Union dan tidak kepada kemerdekaan sebagaimana Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan pertubuhan-pertubuhan kiri yang lain.

Selepas UMNO berjaya menumbangkan Malayan Union, terbentuklah Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 menggantikan Malayan Union. Persekutuan Tanah Melayu yang diwujudkan ini ialah hasil perbincangan pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu dengan pihak British. Kedudukan UMNO semakin bertambah kukuh dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu kerana kesemua jawatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan dipegang oleh mereka.

Dalam perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1949, tidak ada pihak yang berani bersuara menyentuh soal kepentingan British di Tanah Melayu. Apa yang paling kuat diperkatakan ialah mengenai kuasa raja-raja Melayu dan juga pembahagian kuasa di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO. Sejarah juga mencatat bahawa pemimpin-pemimpin UMNO yang memegang jawatan-jawatan penting ketika itu telah diperalatkan untuk menekan pemimpin-pemimpin politik berhaluan kiri seperti Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestaman.

Dalam persidangan alim ulama seluruh Tanah Melayu di bawah anjuran UMNO pada tahun 1950, telah timbul pandangan yang berlainan antara anggota UMNO. Dalam persidangan kali kedua pada tahun 1951, orang Melayu telah berpecah kepada dua parti iaitu UMNO dan PAS. Golongan ulama dalam UMNO yang telah keluar dari parti ialah Haji Ahmad Fuad Hassan, Haji Maliki dan Haji Ahmad Badawi 10[10]. Walaupun mereka dianggap sebagai tokoh yang telah mengambil peranan awal untuk menubuhkan PAS, tetapi yang berusaha mengadakan perjumpaan menubuhkan PAS ialah bekas pemimpin Hizbul Muslimin dari Gunung Semanggol, Perak.

PAS dan UMNO akhirnya menjadi dua parti Melayu yang utama dan mempunyai idealisme yang amat berbeza antara satu sama lain hinggalah ke hari ini. Parti UMNO yang ahlinya pada peringkat awal terdiri daripada golongan nasionalis sekular di kalangan istana dan bangsawan membawa fahaman bahawa agama dan politik pentadbiran adalah dua perkara yang tidak boleh dicampuradukkan. Kebanyakan mereka berpendidikan Barat. Manakala PAS pula mendokong fahaman politik sebahagian daripada Islam. Mereka terdiri daripada tokoh-tokoh agama dan rakyat jelata serta pelajar-pelajar lulusan Timur Tengah.

Dalam keadaan pertentangan antara PAS dan UMNO inilah, pilihanraya 1955 menyaksikan UMNO dan Parti Perikatan memenangi sebahagian besar kerusi yang dipertandingkan dan membawa kepada pembentukan kerajaan oleh mereka. Seterusnya kemerdekaan pada tahun 1957 memberikan mandat yang sepenuhnya kepada UMNO dan Parti Perikatan untuk memerintah Malaya dan meneruskan ideologi sekularnya.

Perlembagaan Malaysia : Bukti Malaysia Bukan Sebuah Negara Islam

Perlembagaan adalah merupakan undang-undang tertinggi sesebuah negara. Identiti dan jatidiri sesebuah negara itu bolehlah dinilai dengan melihat kepada perlembagaannya.

Sejarah pembentukan perlembagaan Malaysia bermula dengan mesyuarat penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan antara Donald Mac Gillivary, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu dan raja-raja Melayu pada tahun 1955. Selepas pilihanraya 1955, satu persidangan berkaitan dengan perlembagaan telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956. Persidangan tersebut dihadiri oleh empat orang wakil raja-raja Melayu, Ketua Menteri Persekutuan, tiga menteri dan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris serta penasihatnya. Hasil persidangan tersebut, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan demokrasi berparlimen. Suruhanjaya bebas itu dipengerusikan oleh Lord Reid dan dianggotai oleh seorang pakar undang-undang perlembagaan dari tiap-tiap negara seperti United Kingdom, Australia, India dan Pakistan yang dilantik oleh Queen dan raja-raja Melayu.

Jika dilihat kepada anggota-anggota yang menjadi jawatankuasa penggubal perlembagaan, nyata ianya tidak berpihak kepada Islam. Malahan di dalam laporan Suruhanjaya Reid, Islam yang diperuntukkan sebagai agama rasmi negara. Ini ialah berikutan satu memorandum yang telah dihantar oleh UMNO kepada suruhanjaya Reid : “Agama bagi Malaya hendaklah agama Islam. Pengakuan dasar ini tidaklah akan mengenakan apa-apa sekatan bagi orang-orang bukan Islam untuk menganuti dan mengamali agama mereka sendiri dan tidaklah akan membawa pengertian bahawa negara ini bukan sebuah negara sekular”11[11]

Manakala kertas putih dari Suruhanjaya Reid pula antaranya menyebut : “Telah pun dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan yang dicadangkan tersebut satu pengisytiharan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Ini tidaklah dengan apa cara sekalipun menjejaskan kedudukan Persekutuan sebagai sebuah negara Sekular sebagaimana yang terdapat pada masa sekarang ini.12[12]”

10[10] Ketiga-tiga tokoh ini tidak kekal lama dalam PAS. Haji Ahmad Fuad telah keluar menyertai IMP pimpinan Dato’ Onn. Sementara Haji Maliki dan Haji Ahmad Badawi kembali menyertai UMNO.11[11] Kamarul Zaman Haji Yusoff, Benarkah Malaysia Negara Islam?, Pustaka Qamar, (2000) halaman 13 seperti yang dipetik dari Arkib Negara, Fail Sulit UMNO/SUA 108/56, bil.800, bertarikh 14 April 1956 dan 15 Oktober 1956.12[12] Ibid, halaman 13 seperti yang dipetik dari Federation of Malaya Constitutional Proposals, 1957 (Legislative Council Paper No. 42 of 1957), Kuala Lumpur.

Page 5: Islamisasi Di Malaysia

Manakala Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman pernah menyatakan semasa beliau masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri : Saya ingin menjelaskan bahawa negara ini bukanlah negara Islam sepertimana ianya difahami umum. Kita hanya memperuntukkan bahawa Islam hendaklah menjadi agama rasmi negara.”13[13]

Hakikat ini diperkuatkan lagi dengan peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia ; perkara 162 (1) Perlembagaan Malaysia sendiri menyebut bahawa seandainya terdapat sebarang percanggahan antara undang-undang yang terpakai (atau yang dipinda sesudahnya) dengan Perlembagaan Malaysia, maka undang-undang tersebut perlu dipinda supaya selaras dengan Perlembagaan. Manakala perkara 4, Perlembagaan Malaysia menyebut dengan jelas bahawa ia adalah merupakan undang-undang tertinggi negara. Inilah antara penghalang kepada mana-mana kerajaan negeri untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang syariah secara syumul terhadap setiap kesalahan jenayah dalam sebarang penghakiman.14[14]

Oleh yang demikian jelaslah bahawa negara Malaysia bukanlah sebuah negara Islam sebagaimana yang ditegaskan sendiri oleh perlembagaan dan para penggubalnya. Berikutan dengan itu, setiap proses Islamisasi sebenarnya tidak akan membawa makna kepada pelaksanaan Islam secara syumul. Ia juga tidak seharusnya dilihat sebagai proses setapak demi setapak ke arah pembentukan negara Islam. Proses Islamisasi yang dilaksanakan hanyalah memasukkan nilai-nilai Islam di dalam aktiviti-aktiviti kerajaan dan ia sama sekali tidak lebih dari itu.

Islamisasi Di Malaysia Selepas Kemerdekaan

Islamisasi secara rasminya bermula di zaman Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat menggantikan Tun Hussein Onn pada tahun 1981. Ini tidaklah bermakna bahawa Dr. Mahathir adalah lebih Islamik berbanding dengan perdana menteri-perdana menteri sebelumnya dan juga tidak bererti bahawa perdana menteri-perdana menteri sebelum beliau merupakan anti-islam. Namun akibat daripada tekanan semasa samada dari luar atau dalam negara memaksa kerajaan Malaysia di zaman beliau melakukan pelbagai perubahan termasuklah proses Islamisasi supaya dengan ini kerajaan akan terus popular di mata rakyat15[15]. Banyak faktor-faktor yang mendorong ke arah pelaksanaan proses Islamisasi dan ianya berkait antara satu sama lain. Antara faktor-faktor utama (dengan tidak menafikan faktor-faktor sampingan yang lain) tersebut ialah :

1. Revolusi Islam Iran 1978 : Setelah kejatuhan empayar khilafah Othmaniyah di tangan gerakan Turki Muda di bawah pimpinan Mustafa Kamal, tidak ada lagi kerajaan yang mengamalkan sistem yang berasaskan pemerintahan khilafah Islamiah. Zaman selepas kejatuhan dinasti Othmaniyah disifatkan sebagai zaman kegelapan bagi Islam di seluruh dunia. Kesedaran demi kesedaran mula bangkit sedikit demi sedikit terutama selepas pengasasan gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir oleh As-Syahid Hassan Al-Banna pada tahun 1927. Gerakan yang dipimpin oleh beliau mendapat sambutan yang hangat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. 16[16] Di Iran, selepas beberapa siri kediktatoran rejim yang dipimpin oleh Shah Iran, rakyat Iran mula bangkit melalui satu revolusi yang dinamakan Revolusi Islam Iran17[17] bagi menumbangkan rejim Shah Iran. Revolusi tersebut dipimpin oleh seorang ulama yang bergelar Ayatullah Khomeini yang ketika itu berada di dalam buangan di Perancis. Kejayaan revolusi rakyat tersebut telah membuka mata dunia terhadap satu kuasa baru yang boleh mengancam ketuanan Barat selepas komunis iaitu Islam. Pengaruh dan semangat yang tercetus hasil daripada revolusi tersebut telah merebak ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Desakan demi desakan agar satu ‘revolusi’ juga diadakan di Malaysia bagi melaksanakan tuntutan-tuntutan Islam secara lebih menyeluruh daripada apa yang dilakukan sebelum ini. Seandainya tuntutan-tuntutan seperti ini tidak diberikan layanan langsung, maka tidak mustahil revolusi yang tercetus di Iran boleh tercetus di Malaysia sekalipun dalam suasana dan bentuk yang sama sekali amat berlainan.

2. Pengaruh ABIM dan Anwar Ibrahim : Pengaruh gerakan Islam kepada masyarakat juga adalah satu perkara yang tidak boleh diperkecilkan oleh pihak kerajaan pada masa itu. Sekalipun PAS selaku parti yang berusaha melaksanakan agenda Islam dalam masyarakat sudah wujud pada masa itu, populariti PAS jatuh dengan begitu teruk di kalangan ekstrimis Islam ekoran keputusan parti tersebut menyertai pakatan Barisan Nasional pada tahun 1973. Ekoran daripada itu juga, golongan muda yang begitu bersemangat untuk melaksanakan Islam bergabung dan menubuhkan satu gerakan Islam lain yang dinamakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pemimpin kedua gerakan ini yang juga seterusnya merupakan sinonim kepada ABIM ialah Anwar Ibrahim (sekarang Dato’ Seri). Soal utama dalam agenda politik Mahathir semasa beliau mula menduduki jawatan Perdana Menteri ialah bagaimana untuk menangani cabaran Islamis. Kaedah paksaan dan penapisan dan penggunaan Akta Keselamatan untuk menahan aktivis Islam -- termasuk pemimipin ABIM Anwar Ibrahim dari 1974 hingga 1976 -- tidak menampakkan kesan yang diinginkan. Berbeza dengan Hussein Onn sebelumnya, Mahathir lebih bersedia untuk menyesuaikan kerajaannya dengan tuntutan Islamis. Malah beberapa tahun sebelum memegang jawatan Perdana Menteri, Mahathir telah menyatakan kesediannya untuk mengusahakan peranan yang lebih bagi Islam dalam masyarakat dan kerajaan. Kesediaan ini, dan janji Mahathir untuk meningkatkan liberalisme dan toleransi politik, membantu memujuk Anwar Ibrahim untuk menerima tawaran Mahathir untuk menyertai UMNO sejurus sebelum pilihanraya 1982. Kejayaan Mahathir itu sesungguhnya merupakan satu coup politik. Bukanlah satu rahsia bahawa PAS -- yang sedang menghadapi masalah kepimpinan akibat krisis dalaman selepas kegagalan perikatannya dengan Barisan Nasional -- juga berminat dengan pemimpin ABIM yang karismatik itu. Anwar juga telah membawa bersamanya sebilangan penyokongnya ke dalam UMNO, dan ABIM sendiri mula berubah daripada pengkritik kepada pendokong dasar dan program-program UMNO. Anwar berada dalam UMNO dan kerajaan selama enam belas tahun dan, di bawah naungan Mahathir, terus meningkat dalam hirarki kepimpinan sehingga dikenalpasti sebagai bakal pengganti penaungnya sebelum beliau disingkirkan daripada kabinet dan UMNO pada September 1998 atas tuduhan rasuah dan salah laku seksual. Kehadiran Anwar dalam UMNO melambangkan komitmen baru parti itu kepada Islam. Kemasukan Anwar, seperti juga kemasukan PAS dalam kerajaan campuran dahulu, mengikat kerajaan untuk melakukan lebih untuk Islam.18[18]

13[13] Ibid, halaman 13.14[14] Keadaan ini berlaku kepada Kerajaan PAS Kelantan. Walaupun Enakmen Jenayah Syariah telah dibentang dan diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undang Negeri, namun kerana ia bertentangan dengan perlembagaan, maka ia dengan sendirinya terbatal.15[15] Dakwaan ini dibuat bukanlah kerana prejudis semata-mata tetapi berasaskan syak wasangka yang kuat terutamanya sikap kerajaan yang mengekalkan status agama Islam hanya sebagai agama rasmi untuk upacara-upacara tertentu sahaja tetapi tidak menerapkan seratus peratus nilai-nilai Islam seperti yang terdapat di dalam Al-Quran. 16[16] Pengaruh gerakan Ikhwan kepada gerakan Islam di Malaysia akan dibincang secara khusus selepas ini.17[17] Sesetengah penulis gemar menamakannya sebagai Revolusi Syiah Iran.

Page 6: Islamisasi Di Malaysia

Selain daripada dua faktor tersebut, beberapa faktor lain juga tidak boleh dinafikan sama sekali. Namun, faktor-faktor boleh dikatakan amat berkait rapat dengan kedua-dua faktor tersebut di atas. Ekoran daripada itulah, kerajaan Malaysia mula mengubah dasar ke arah yang lebih Islamik. Dasar itu bukanlah satu arah baru yang radikal; ia bukan untuk membentuk sebuah negara Islam atau melaksanakan keseluruhan undang-undang syariah klasik. Namun dasar itu merupakan satu ekspresi yang paling bersungguh tentang proses Islamisasi yang pernah diluahkan oleh UMNO.

Program-program di bawah dasar ini banyak dan pelbagai. Menyedari tentang pentingnya nilai "politik tindakan simbolik", penekanan kepada simbol-simbol Islam -- pengunaan terminologi dan ucap salam Islamik, pembinaan kompleks-kompleks Islam dan institut-institut pendidikan dan penyelidikan, persidangan-persidangan antarabangsa, program-program Islam di radio dan televisyen dan kursus-kursus untuk masyarakat awam -- diperhebatkan dengan gigihnya. Tetapi terdapat juga program-program yang lebih substantif dalam senarai dasar tersebut : penubuhan Universiti Islam Antarabangsa, pengenalan sistem perbankan, insurans dan sekuriti Islam, pindaan-pindaan perlembagaan yang memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa Islam, reform kepada pentadbiran mahkamah dan undang-undang Islam dan usaha-usaha bersungguh untuk meningkatkan penyelarasan di antara pihak berkuasa Islam negeri-negeri.

Mulai awal 1990-an, selain daripada hudud (undang-undang dan hukuman berhubung dengan curi dan rompak, zina, menuduh orang berzina, meminum minuman alkoholik dan murtad) dan selain daripada membuat pengisytiharan formal sebagai sebuah negara Islam, dakwaan UMNO bahawa Malaysia bersifat Islamik hasil inisiatifnya telah semakin mendapat pengiktirafan. Malah ketidaksediaannya untuk melaksanakan hukum-hukum hudud dengan hujah kepelbagaian terjemahan dan dengan memetik konsep tawassut (kesederhanaan) dan awlawiyyat (pengutamaan) turut disokong oleh sarjana-sarjana Islam yang dihormati. Penerimaan antarabangsa terhadap pendekatan Islamisasi Malaysia digambarkan oleh sanjungan-sanjungan yang diterimanya oleh ulama-ulama terkemuka seperti Sheikh Muhamad Al-Ghazali, Yusuf al-Qaradhawi dan Sheikh Al-Azhar Mohamad Sayed Tantawi.19[19] Dasar Islamisasi kerajaan Mahathir telah juga berjaya menangani cabaran golongan Islamis dan menjinakkan ketaatan-ketaatan Islamik yang pelbagai itu untuk keperluannya.

18[18] Sebagaimana yang dapat disimpulkan dari karangan Mohd Fauzi bin Zakaria, Pengaruh Hakimiyah Terhadap Gerakan Islam : Aqidah Yang Menggoncang Dunia.19[19] Utusan Malaysia, Ogos 24-26, 1998.