irrrrr

4
Kepentingan aktiviti fizikal APAKAH Aktiviti fizikal? Ia di definisikan sebagai pelbagai pergerakkan badan yang dihasilkan dari pengecutan otot dan meningkatkan penggunaan tenaga. Contoh-contoh aktiviti fizikal adalah seperti berjalan, berbasikal, bermain, angkat berat, membuat kerja rumah dan lain-lain. Segala pergerakkan juga merupakan aktiviti fizikal. Sama ada aktifikal itu dibuat dengan kerap atau tidak. Mengikut piramid fizikal, terdapat empat bahagian. Seperti contoh di bawah:

Upload: hakimah-suib

Post on 25-Jan-2016

9 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nvbvn

TRANSCRIPT

Page 1: irrrrr

Kepentingan aktiviti fizikal

APAKAH Aktiviti fizikal?

Ia di definisikan sebagai pelbagai pergerakkan badan yang dihasilkan dari pengecutan otot dan meningkatkan

penggunaan tenaga. Contoh-contoh aktiviti fizikal adalah seperti berjalan, berbasikal, bermain, angkat berat,

membuat kerja rumah dan lain-lain. Segala pergerakkan juga merupakan aktiviti fizikal. Sama ada aktifikal itu

dibuat dengan kerap atau tidak. Mengikut piramid fizikal, terdapat empat bahagian. Seperti contoh di bawah:

Page 2: irrrrr

Aktiviti fizikal ini sering kali dikaitkan dengan senaman, Apa itu senaman? senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.

Dibawah merupakan beberapa faedah atau kepentingan senaman melalui aktifiti fizikal.

1. Bersenam dapat meningkatkan mood anda Perlukan sesuatu selepas satu hari yang tertekan dan memenatkan? Bersenam di gimnasium atau berjalan kaki selama 30 minit dapat merangsang pelbagai sel-sel otak yang boleh membuatkan anda rasa lebih bahagia dan lebih tenang. Penampilan anda juga akan kelihatan lebih menarik apabila kerap bersenam di mana ianya dapat meningkatkan keyakinan diri anda. Aktiviti fizikal biasa juga boleh membantu mencegah tekanan atau stress.

2. Bersenam dapat melawan penyakit yang kronik Risau tentang serangan jantung? Berharap dapat menghalang diri dari penyakit osteoporosis? Aktiviti fizikal mungkin dapat menjadikannya realiti. Aktiviti fizikal boleh membantu anda dengan menghalang atau menghindarkan diri dari tekanan darah tinggi. Aktiviti fizikal juga dapat meningkatkan kepadatan lipoprotein (HDL) dan menurunkan trigliserida. Ini dapat membuatkan darah anda mengalir dengan lebih lancar serta mengurangkan pertambahan plak-plak dalam arteri anda.

3. Bersenam dapat membantu mengurangkan berat badan anda. Inginkan berat badan ideal? Kurangkan berat badan anda dengan berjalan atau melakukan aktiviti fizikal yang lain berbanding duduk di atas sofa sepanjang masa. Ianya satu cara yang amat mudah. Apabila anda melakukan aktiviti fizikal, ianya dapat membakar kalori yang ada dalam diri anda. Lebih kerap anda melakukan aktiviti tersebut, lebih banyak kalori anda akan terbakar dan lebih mudah bagi anda untuk mengawal berat badan. Anda juga tidak perlu memperuntukkan masa untuk bersenam. Contohnya, menggunakan tangga dan mengelak dari menggunakan lif, berjalan selepas makan tengah hari dan melakukan lompatan ketika mempunyai masa lapang. Kegiatan fizikal sepanjang hari juga dapat membantu membakar kalori yang ada dalam tubuh anda.

4. Bersenam dapat meningkatkan tahap tenaga anda Berpeluh ketika membeli belah di kedai runcit atau ketika membuat kerjakerja rumah? Aktiviti fizikal biasa boleh membuatkan anda lebih cergas. Aktiviti fizikal dapat menghantar oksigen dan nutrien ke seluruh tisu badan anda. Malah, aktiviti fizikal dapat membantu keseluruhan sistem kardiovaskular, seperti peredaran darah melalui hati dan urat darah anda seterusnya membuatkan anda bekerja lebih cekap serta anda akan mempunyai lebih banyak tenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang digemari.

Page 3: irrrrr

5. Bersenam dapat membuatkan tidur anda lebih nyenyak. Menghadapi masalah untuk tidur lena? Ianya mungkin dapat membuatkan aktiviti fizikal waktu siang anda terganggu. Tidur yang bagus pada waktu malam dapat memperbaiki tumpuan, produktiviti dan suasana hidup anda. Pernahkah anda terfikir bahawa aktiviti fizikal kadangkala merupakan kunci untuk tidur yang lebih lena. Sesetengah pihak mengatakan bahawa jika anda bersenam hampir dengan waktu tidur anda, anda mungkin akan lebih mudah untuk tidur lena. Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk tidur, anda boleh bersenam terlebih dahulu pada hari tersebut.

6. Senaman dan aktiviti fizikal boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan Ingin tahu apa yang harus dilakukan pada hari Sabtu petang? Cari kegiatan yang sesuai dengan seluruh keluarga - anda boleh lakukan senaman. Aktiviti fizikal tidak seharusnya membosankan seperti kelas tarian, wall climbing atau mendaki bukit. Lakukan aktiviti fizikal yang anda sukai dan jika anda bosan, cuba sesuatu yang baru. Bersama-samalah kita melakukan senaman dan mengamalkan cara hidup yang sihat